Kerangka Konsep dan Teori. doc

NOTA KAJIAN:
Konsep dan Teori
Asmawi Noor Saarani
Institute of Malaysian and International Studies
University Kebangsaan Malaysia
sasmawi@gmail.com

ABSTRAK
Tujuan nota ini adalah untuk berkongsi pengetahuan penyelidik mengenai kerangka
konsep dan kerangka teori dalam kajian. Sebelum ini penyelidik telah didedahkan
mengenai sorotan literatur. Sorotan literatur tidak pernah tamat sehinggalah sesuatu
tesis itu dikemukakan untuk pemeriksaan. Di samping tu sorotan lieratur diperlukan
dalam membangunkan kerangka teori dan konsep.
Key words: Sorotan Literatur, Konsep, Teori
1.

PENGENALAN

Sebelum kerangka teori dan kerangka konsep dibangunkan, adalah menjadi
tanggungjawab penyelidik untuk membuat bacaan secara komprehensif dan membuat
sorotan literatur. Sorotan literatur biasanya merangkumi tiga aspek iaitu empirikal,

teoritikal dan metodologi seperti di rajah 1.

Rajah 1: Sorotan Literatur

2
2.

HUJAH TEORITIKAL

Sorotan secara empirikal akan memberi arah kepada penyelidik untuk berhujah
mengenai persoalan apa, di mana dan bila. Seterusnya memberi gambaran kepada
penyelidik mengenalpasti jurang (lacunae) dan penyelidik mampu membina
permasalan kajian, menyenaraikan objektif dan persoalan kajian.
Sorotan teoritikal akan memberi gambaran kepada penyelidik untuk berhujah
tentang persoalan kenapa dan bagaimana. Mengikut alirannya, bagaimana keduadua sorotan berfungsi adalah seperti di rajah 2.

Rajah 2: Aliran Sorotan Literatur

2.1


Membangunkan Kerangka Teoritikal

Mengambil contoh Wah (2005) yang membicarakan konsep keusahawanan dan
budaya dalam sorotan literatur beliau. Merujuk kepada rajah 3, Di sini dapat dilihat
teori datang untuk menjelaskan kedua-dua konsep tersebut.

3

Rajah 3: Hubungan Konsep dan Teori

Berdasarkan sorotan empirikal, Wah (2005) berhujah mengenai apakah yang
membentuk keusahawanan kaum Cina. Beliau mendapati Redding (1990) mengatakan
bahawa konfusianisma membentuk budaya keusahawanan kaum Cina. Beliau
seterusnya meletakkan posisi bahawa konfusian tidak mengajar keusahawanan kepada
pengikutnya. Jadi beliau berhujah bahawa pasti ada faktor lain. Beliau pada mulanya
membuat andaian, berkemungkinan jaringan adalah faktor utama yang membentuk
budaya keusahawanan Cina, namun setelah diteliti dengan lebih mendalam, beliau
mendapati jaringan hanya signifikan di peringkat pertumbuhan dan tidak di peringkat
awal perniagaan. Di sinilah penulis telah menggunakan teori strukturasi (Giddens
2011) untuk menghuraikan fenomena tersebut. Seterusnya beliau mendapati, budaya

sebenarnya ditentukan oleh pelbagai faktor mengikut kepentingan dan keperluan.
Beliau menggunakan teori pilihan rasional dalam menerangkan penemuan tersebut.
Konsep kelihatan seperti terma atau istilah harian. Walau bagaimanapun dalam
penulisan tesis, konsep adalah istilah abstrak yang merupakan lantunan daripada
pelbagai perspektik teori. Sebagai contoh konsep kelas. Ianya difahami secara harian
mungkin sebagai bilik darjah atau kategori mengikut ukuran. Tetapi di dalam konteks
kesarjanaan, sebagai contoh Marx melihat kelas dari perspektif teori mode
pengeluaran. Mode pengeluaran pula mempunyai pelbagai-bagai perspektif dari
pandangan sarjana. Di sinilah hujah penyelidik amat penting untuk menetapkan posisi
pengkaji. Dalam erti kata lain konsep mendefinisikan istilah, manakala teori akan
menghuraikan istilah tersebut.

4
3.

KESIMPULAN

Sorotan empirikal menghujah persoalan apa, bila dan di mana, manakala sorotan
teoritikal menghujah persoalan kenapa dan bagaimana. Konsep adalah definisi ilmiah
kepada istilah tertentu yang dijelaskan dengan teori.


RUJUKAN

Giddens, A. 2011.

Sociology. 6th. Cambridge, United Kingdom: Polity Press.

Wah, C. Y. 2005.
UKM.

Budaya Dan Keusahawanan Cina Di Malaysia. Bangi: Penerbit