GERAKAN ISLAM DAN PENGLIBATANNYA DALAM POLITIK DI MALAYSIA, 1981-2014: KAJIAN TERHADAP PENDEKATAN ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) DAN JEMAAH ISLAMIYAH MALAYSIA (JIM).

9th International Conference on
Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9)
Faculty Of Social Sciences
Yogyakarta State University, 15-16 September 2015
GERAKAN ISLAM DAN PENGLIBATANNYA DALAM POLITIK DI MALAYSIA, 19812014: KAJIAN TERHADAP PENDEKATAN ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
(ABIM) DAN JEMAAH ISLAMIYAH MALAYSIA (JIM)
Norazlan Hadi Yaacob
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
norazlanhadi@gmail.com
Islam seringkali menjadi faktor penggerak dalam membentuk perubahan sosial masyarakat Melayu
Malaysia. Kebangkitan Islam era 1970-an di Malaysia telah ditandai dengan penyertaan dan pewarnaan
dakwah Islamiah oleh beberapa gerakan dakwah Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organization NGO) mahupun gerakan yang bersifat politik. Setiap gerakan ini mempunyai pendekatan tersendiri tentang
bagaimana usaha dalam menyedarkan masyarakat Islam khususnya dapat digerakkan dengan cara yang
berkesan. Kajian ini bertujuan menganalisis dan membuat perbandingan tentang pendekatan politik yang
digunakan oleh gerakan Islam seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan JIM (Jemaah Islamiyah
Islam) dalam politik demokrasi di Malaysia dalam usaha untuk mendekati sasaran dakwah mereka. Selain
itu, peranan dan usaha-usaha penyebaran dakwah oleh gerakan-gerakan ini terutama dalam pendekatan
politik mereka dalam berdakwah turut dikaji bagi melihat sumbangannya dalam konteks dakwah
kontemporari. Tinjauan mendapati wujud kedinamikan dalam pendekatan politik dalam gerakan Islam
Bukan Pemerentah dari segi manhaj dan uslubnya yang tidak jauh berbeza. Walaupun mereka merupakan
sebuah pertubuhan Islam, tetapi mereka turut serta dalam arus politik nasional. Ini disebabkan kejayaan

dakwah bagi sebuah gerakan Islam bergantung kepada suasana politik semasa. ABIM dan JIM sebagai
gerakan Islam utama di Malaysia mempunyai pelbagai pendekatan politik bergantung pada suasana politik
ketika itu. Tinjauan mendapati wujud kedinamikan dalam pendekatan politik dalam gerakan Islam Bukan
Kerajaan dari segi manhaj dan uslubnya yang tidak jauh berbeza. Kedua-dua pertubuhan juga mempunyai
tujuan dan matlamat yang sama iaitu, menyeru umat manusia untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Keyword : ABIM, JIM, Politik Malaysia, Demokrasi, Gerakan Islam.

PENGENALAN
Pengaruh Islam dalam proses politik telah bermula semenjak Zaman Kesultanan Melayu dan
berpengaruh besar ke dalam sistem politik Melayu. Penjajahan British telah menukarkan lanskap
politik Melayu - Islamnya dengan membawa unsur sekularisme dari segi pemerentahan dan
politik serta membawa unsur moden dengan memperkenalkan demokrasi dan membawa kepada
PAHMI 9th International Conference
Yogyakarta State University, 15 -16 September 2015

1

kemunculan partai politik yang akan menjadi wadah kepada kumpulan politik Islam. Ia telah
memberi impak besar terutamanya di peringkat awal kemerdekaan apabila proses politik Islam

membawa kepada pertentangan antara partai nasionalis dan partai Islam. Walaubagaimanapun, ia
mula berubah bermula tahun 1970-an ekoran daripada fenomena kebangkitan semula Islam yang
memunculkan elemen baru pembentukan organisasi – NGO dan gerakan Islam berbanding
dengan sebelumnya.
KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DI MALAYSIA
Chandra Muzaffar(1987) menjelaskan bahawa kebangkitan Islam ialah suatu proses
untuk bangkit kembali dengan mengandungi beberapa tahap tertentu 1 Manakala sejarawan
terkenal Malaysia, Mohammad Abu Bakar (1992) pula melihat kebangkitan Islam sebagai
penguatan orang Islam untuk kembali menghayati Islam sebagai ad-din. Walaupun begitu, beliau
menyenaraikan dua persoalan yang harus dilihat dalam proses kebangkitan Islam. Pertama,
sejauh mana realiti yang terkandung dalam kebangkitan tersebut merupakan pengulangan realiti
dalam sejarah Islam. Kedua, sejauh mana realiti tersebut mampu untuk bertahan bagi mendepani
arus masa hadapan.2
Kebangkitan Semula Islam di peringkat awal tahun 1970-an sinonim dengan
berkembangnya fahaman radikalisme. Keadaan ini disebabkan dua faktor. Pertama, kekecewaan
generasi muda terhadap sikap elit pemerintah yang bergelumang dengan sekularisme. Kedua,
pengaruh kebangkitan Islam terutamanya di Timur Tengah yang telah melahirkan semangat
baharu bagi generasi terpelajar Melayu. Faktor luaran dan dalaman inilah yang merancakkan
proses kebangkitan Islam di Malaysia.3 Menurut Muhammad Kamal Hassan (1987),
perkembangan dakwah pada dekad 1970-an ialah penerusan kepada perkembangan ajaran Islam

di Alam Melayu bermula dengan fasa penjajahan yang memberi perhatian kepada ibadat asas,
diikuti dengan fasa kedua, iaitu fasa peningkatan ilmu pengetahuan Islam melalui institusi
pondok. Fasa ketiga ialah fasa selepas penjajahan politik iaitu kemunculan golongan dakwah
sebagai satu cara hidup. Fasa ini dikenali sebagai fasa penghayatan Islam secara meluas dan
bersepadu. Ini merupakan perkembangan tabii daripada agama itu sendiri dan bukan suatu yang
diimport dari luar.4 Walaupun begitu, ramai pengkaji terutamanya pengkaji dari Barat terlalu
menumpukan faktor luaran yang banyak mempengaruhi kebangkitan semula Islam dari dalam. 5
Tahun 1970-an di Malaysia dapatlah dikatakan sebagai era kebangkitan semula Islam. Ia
adalah satu fenomena dunia dimana faktor paling utama kebangkitannya boleh dilihat oleh
beberapa faktor.Dalam konteks Malaysia faktor kebangkitan Islam diterajui oleh beberapa
kelompok. Antaranya ialah dari kelompok yang berlatarbelakangkan pendidikan agama iaitu
mereka yang telah mendapat pendidikan di Arab. Manakala yang keduanya ialah golongan
pemuda yang berlatarbelakangkan pendidikan Inggeris dan Melayu samada yang menuntut di
dalam atau luar negeri. Kelompok kedua ini mendalami Islam secara tidak formal iaitu melalui
usrah dan sebagainya. Kelompok kedua ini menitikberatkan peranan organisasi dalam
mengislamkan masyarakat.6
Para pengasas gerakan dakwah mengadakan halakah ilmu dengan tokoh-tokoh utama
tempatan mengkaji kitab tradisi dan moden. 7 Faktor yang lain ialah kefahaman baharu Islam
sebagai nizam al-hayah yang didakwahkan oleh tokoh Ikhwan al-Muslimin seperti Hasan alBanna dan tokoh Jamaah Islam seperti al-Maududi. Kefahaman baharu ini terjadi akibat daripada
PAHMI 9th International Conference

Yogyakarta State University, 15 -16 September 2015

2

gerakan islah dan tajdid dalam bentuk organisasi. Faktor kefahaman baharu yang mentafsir Islam
sebagai satu cara hidup yang menyeluruh, sempurna, dan dinamik juga telah menarik minat
ramai penuntut Melayu dan berjaya merubah pemikiran mereka yang sekular sebelum ini. 8 Di
samping itu, sebilangan penuntut Melayu yang belajar di luar negara dan juga dalam negara juga
berasa kecewa dengan krisis nilai yang berlaku di Barat dan kegagalan kaum elit pemerintah
yang mengikuti cara hidup Barat, selain mengatasi masalah-masalah masyarakat dan negara
melalui ideologi kapitalis dan sosialis. 9 Oleh itu, penyertaan mereka dalam kegiatan dakwah
ketika itu bertujuan membentuk idealisme baharu dalam perjuangan belia bagi menangani
kegagalan ideologi manusia dan menawarkan Islam sebagai alternatif kepada penyelesaian hidup
bermasyarakat dan negara. Penyertaan generasi muda terpelajar secara menyeluruh dalam
gerakan dakwah pada dekad 1970-an mempunyai hubungan dengan pelbagai faktor dalaman dan
luaran yang saling berkaitan antara satu sama lain seperti faktor kegagalan Barat dengan
kefahaman Islam sebagai cara hidup.10
Pada sekitar awal tahun 1970-an semasa ABIM ditubuhkan secara rasmi, struktur sosial
masyarakat Malaysia berada keadaan yang rapuh. Negara baru sahaja mengalami pergolakan
kaum yang diingati sebagai `Tragedi Berdarah 13 Mei’. 11 Ia adalah antara kesan yang terpaksa

ditanggung oleh rakyat Malaysia akibat dari dasar-dasar penjajahan yang diamalkan oleh British.
Sebagai sebuah gerakan Islam, ABIM merasakan bahawa kerajaan telah gagal untuk
menyelesaikan ketidakharmonian dari segi kaum. 12 Antara kesan lain yang ditinggalkan penjajah
ialah pemikiran dualisme yang membentuk kerangka berfikir masyarakat Malaysia. Pemikiran
ini yang diasaskan dari faham sekularisasi telah memberi impak yang besar terutama kepada
umat Melayu dalam menanggapi agama Islam yang dianutinya. 13 Pemikiran ini tidak sekadar
dihayati oleh rakyat terbanyak malah beberapa tokoh dan pemimpin utama negara pada waktu
itu. Oleh kerana itu, idea-idea dan citra kehidupan Barat berkembang dengan amat pesat di
negara ini di mana manifestasinya dapat dilihat dalam kurikulum pengajian, fesyen dan hiburan.
Dalam kata lain, walaupun sebahagian besar umat Melayu di negara ini beragama Islam, namun
kebudayaan Barat menjadi satu amalan yang dominan dalam kehidupan mereka.14
Dalam berdepan dengan latar sosial yang diwarisi dari penjajah ini, ABIM memulakan
langkah dalam rangka memperjuangkan cita-cita Islamiyyahnya menerusi proses yang dikenal
sebagai `agenda pembudayaan Islam’. Ia digubal atas kesedaran bahawa cita-cita bagi
merealisasikan Islam dalam segenap sistem kehidupan memerlukan suatu pembudayaan baru
masyarakat berteraskan dasar, prinsip dan nilai ajaran kerohanian Islam yang bersifat syumul,
dinamik dan sejagat.15 Agenda pembudayaan Islam tertumpu kepada usaha pemurnian pandangan
hidup, perubahan sikap, keyakinan dan jatidiri, dan pembinaan akhlak umat Islam serta
penciptaan dan pengukuhan model-model Islam dalam pelbagai bidang dan sistem kehidupan
yang praktik meliputi seluruh dimensi ketamadunan. Sistem budaya ini diterjemahkan dalam

bentuk pakaian menutup aurat dan juga ucapan salam sesama orang Islam.16
ABIM menyedari bahawa tanpa agenda pembudayaan ini, Islam tidak akan mampu
difungsikan secara realistik dalam latar sosial yang kompleks. Untuk itu, agenda pembudayaan
Islam memerlukan usaha pembaharuan pemikiran dan pengislaman semula ilmu-ilmu yang
diwarisi. Sebagai sebuah gerakan massa, agenda ini perlu digerakkan ke segenap lapisan struktur
diperingkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Manakala wahana pembudayaan Islam
bersifat pelbagai meliputi pendidikan, latihan, khidmat sosial dan penerbitan.17
PAHMI 9th International Conference
Yogyakarta State University, 15 -16 September 2015

3

Kebangkitan dakwah Islamiyah boleh juga dilihat dari peranan pelajar-pelajar luar negeri
terutamanya dari Britain, Autralia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Namun kesan besar
datangnya dari penuntut di Britain yang mendapat pengaruh besar dari Mesir dan Pakistan iaitu
dari Ikhwan Muslimin hasil pemikiran Hasan Al Banna dan Jamaat Islami melalui ideolognya
Maududi. Pelajar-pelajar Malaysia pada ketika itu banyak didedahkan dengan program anjuran
Federation of the Students Islamic Societies atau FOSIS. 18 Untuk memenuhi keperluan pelajar
Melayu, dua pertubuhan dakwah telah muncul iaitu Suara Islam dan Majlis Syura Muslimin
(atau Islamic Representative Council atau IRC) yang ditubuhkan pada tahun 1975. 19 Kedua-dua

gerakan ini mempunyai pendekatan yang berbeza. Bagi Suara Islam mereka menyediakan asas di
Britain untuk membentuk Parti Revolusi Islam apabila pulang di Malaysia. Mereka percaya di
dalam perubahan sosial yang lebih menyeluruh dan merasakan bahawa pendekatan moderat yang
berdasarkan kepada tolak ansur hanya akan diakhiri dengan kegagalan.Suara Islam menekankan
kepada pendekatan parti politik Islam. Manakala bagi IRC pula, pendekatan konfrontasi secara
terbuka adalah tidak bijak. Pendekatan terbaik adalah melalui pergerakan secara rahsia yang
lebih menekankan kepada tarbiyyah dan menjalankan Islah di kalangan masyarakat dan
penekanan utamanya ialah kepada para pelajar.20
PERKEMBANGAN AWAL GERAKAN ISLAM TAHUN 1970-AN
Dalam berdepan dengan latar sosial yang diwarisi dari penjajah ini, ABIM memulakan
langkah dalam rangka memperjuangkan cita-cita Islamiyyahnya menerusi proses yang dikenal
sebagai `agenda pembudayaan Islam’. Agenda pembudayaan Islam tertumpu kepada usaha
pemurnian pandangan hidup, perubahan sikap, keyakinan dan jatidiri, dan pembinaan akhlak
umat Islam serta penciptaan dan pengukuhan model-model Islam dalam pelbagai bidang dan
sistem kehidupan yang praktik meliputi seluruh dimensi ketamadunan. ABIM menyedari
bahawa tanpa agenda pembudayaan ini, Islam tidak akan mampu difungsikan secara realistik
dalam latar sosial yang kompleks. Untuk itu, agenda pembudayaan Islam memerlukan usaha
pembaharuan pemikiran dan pengislaman semula ilmu-ilmu yang diwarisi. Dalam bulan
September 1977 sebagai misalanya melalui deklarasi 6 Dzulhijjah 1395, ABIM telah mendesak
kerajaan Malaysia supaya melaksanakan Syariah sepenuhnya. Selain dari menekankan soal

ukhwah, umat Islam harus mengadakan kerjasama dengan umat Islam yang lain terutama di
kalangan yang tertindas.ABIM di bawah pimpinan Anwar Ibrahim menjadi organisasi dakwah
yang berpengaruh dan berani mengkritik pemerintah. Walaubagaimanapun, mulai 1982, beliau
mula memasuki partai pemerentah iaitu UMNO dan cuba membuat islamisasi dari dalam.
Mulai tahun 1980-an, ABIM menjadi semakin matang. ABIM yang diterajui oleh Siddiq
Fadhil telah mengemukakan gagasan seperti Hikmah dalam Dakwah dan berpolitik, konsep
Manhaj Malizie dan Corrective Participation.21 Dalam tahun 1980-an, dunia telah menyaksikan
percubaan dan pendekatan baru beberapa gerakan Islam. Tribulasi, fitnah dan penindasan yang
dihadapi oleh gerakan Islam telah menjadikan mereka membuat kesimpulan bahawa sebarang
perjuangan untuk menegakkan Islam akan akhirnya berhadapan dengan konfrontasi dan
permusuhan daripada rejim dan pemerintah. Gelombang pemikiran untuk mengendurkan
konfrontasi dengan rejim pemerintah bertiup deras. Cetusan untuk mengelakkan konfrontasi dan
konflik dengan rejim dan pemerintah dan sekali gus mendekati masyarakat telah memberi kesan
penilaian semula beberapa gerakan Islam terhadap pendekatan dan strategi pembaharuan atau
Islah.22
PAHMI 9th International Conference
Yogyakarta State University, 15 -16 September 2015

4


JIM (Jemaah Islamiyah Malaysia) diwjudkan dalam iklim dan suasana yang sebegini.
Kalau dakwah boleh berkembang secara aman, apakah keperluannya menggerakkan islah secara
konfrontasional.23 JIM telah ditubuhkan pada 27 Julai 1990 dengan beberapa objektif untuk
mengislahkan masyarakat di Malaysia. JIM yang mengambil pendekatan Islah mempunyai
pandangan yang tersendiri tentang peranan mereka dalam masyarakat. Dalam proses
mengislahkan masyarakat, suasana aman di Malaysia hendaklah dimanafaatkan oleh organisasi
Islam dalam meningkatkan kesedaran dan kecintaan umat Islam terhadap Islam. Suasana aman
ini hendaklah digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan dakwah, pendidikan dan penerangan
kepada masyarakat bukan Islam.24 Bagi mengukuhkan usaha-usaha mendaulatkan syariat Islam,
sudah pasti kepimpinan Islam serta golongan yang mendukung cita-cita Islam mestilah
ditonjolkan. Imej pendokong-pendokong organisasi Islam sebagai golongan yang kompeten,
produktif, berkemampuan tinggi, professional, berprestasi cemerlang dan berwibawa mestilah
diperkenalkan kepada seluruh masyarakat.25
Dari segi politik pula, asas dan dasar pendirian politik JIM adalah berasaskan kepada
beberapa prinsip asas. JIM akan terus berusaha agar syariat dan undang-undang Islam dapat
dilaksanakan sepenuhnya di negara ini.26 JIM juga memberikan justifikasi yang kukuh kenapa
dalam hal yang tertentu mereka menunjukkan sokongan kepada kerajaan Perseketuan. Sokongan
JIM pada dasar-dasar kerajaan nampak terserlah terutamanya dalam konteks sokongan mereka
kepada Wawasan 2020.27 Apabila Dr. Mahathir Mohammad menggagaskan konsep Melayu Baru,
JIM juga turut memberikan formula terbaik dalam menggariskan konsep Melayu Baru. 28 Bagi

JIM teras Melayu Baru adalah Islam yang sebenar. Melayu Baru bukan ditegakkan atas dasar ras
atau bangsa, tetapi dimantapkan dengan asas Islam.29
PENDEKATAN TAHUN, 1980-AN-1990-AN
Dalam tahun 1980, ABIM dilihat sebagai sebuah organisasi yang digeruni oleh kerajaan. Ianya
adalah hasil dari persaingan politik UMNO dan PAS dan kekuatiran pemimpin ABIM akan
terlibat aktif dalam PAS. Menambahkan kepada kerisauan tersebut adalah kekerapan mesyuarat
antara DAP dan ABIM dalam menangani isu Akta Pertubuhan menimbulkan jangkaan akan
berlaku satu kerjasama politik.30 Diantara tahun 1979 sehingga 1981, ABIM dikatakan mendapat
sokongan besar di kawasan luar bandar atas dasar perjuangan kemiskinan yang dicetuskan oleh
ABIM di akhir 1970-an selain daripada isu-isu keagamaan yang melanda umat Islam. Di
kawasan bandar pula pengaruh ABIM telah menjangkau ke kampus-kampus universiti. Untuk
membendung fenomena ini, kerajaan telah meletakkan peraturan yang ketat terutamanya
mengekang pengaruh gerakan Islam di universiti dengan menghadkan kempen politik di kampus
terutamanya sewaktu pilihan raya kampus, menghukum pemimpin dan penyokong ABIM di
Jabatan-Jabatan kerajaan dan juga meminda Akta Pertubuhan.31
Kemasukan Anwar Ibrahim kedalam UMNO telah membawa kesan yang besar kepada
ABIM. Perletakan jawatannya sebagai Presiden ABIM dan seterusnya mengaktifkan dirinya ke
dalam UMNO sememangnya tidak diduga oleh pelbagai pihak. 32 Menurut perspektif kerajaan,
kemasukan Anwar Ibrahim mempunyai kesan berganda. Pertamanya, ia telah melemahkan
kredibiliti ABIM sebagai satu kekuatan bangkangan dan juga telah berjaya memasukkan tokohtokoh yang berkaliber di dalam UMNO dimana dengan sendirinya kedudukan Islam dalam

UMNO akan diperkukuhkan. Dalam aspek yang lain, kemasukan Anwar ke dalam UMNO telah
menghilangkan sokongan ABIM di kawasan luar Bandar apabila ramai ahlinya pada ketika itu
PAHMI 9th International Conference
Yogyakarta State University, 15 -16 September 2015

5

telah masuk PAS. Di universiti pula ABIM telah dilihat sebagai kumpulan pendesak yang
diterima oleh kerajaan dan dengan sendirinya kehilangan momentum sebagai pergerakan protes
di kalangan pelajar.33
Untuk beberapa ketika ABIM telah dilanda keributan dan kegawatan akibat daripada
ketidakpuashatian mereka kepada pendirian Anwar yang menyokong parti pemerintah tersebut
yang dikatakan bertentangan degan prinsip syariah. Walaupun kemasukan Anwar Ibrahim itu
dikatakan diputuskan oleh Syura Tertinggi ABIM, tetapi kritik banyak merujuk kepada hasilnya
yang dikatakan sebagai tidak mengikut syarak. 34 Pada ketika itulah Dr. Siddiq Fadhil muncul
mententeramkan keadaan yang gawat dengan tuduhan bahawa ABIM adalah sebuah gerakan
yang tidak tetap pendirian dengan cuba menarik perhatian kepada asas gerakannya yang
berlandaskan dakwah Islamiah.35 Gagasan-gagasan pemikiran dan halatuju pimpinan ABIM
selepas Anwar Ibrahim secara tidak langsung boleh dianggap sebagai percubaan untuk
merombak pendekatannya yang dikatakan lebih terbuka dan pragmatik. Sikap baru yang
disifatkan sebagai era kematangan ABIM yang berpaksi kepada dasar non-partisan yang
kemudiannya melahirkan beberapa pendekatan lain seperti corrective participation,36Atas dasar
pendekatan dakwah bercorak Malaysia, ABIM terpaksa mengambil pendekatan sederhana.
Kemenangan Revolusi Iran dan tersingkirnya PAS dari Barisan Nasional telah memberikan
impak baru dalam pendekatan politik di negara ini.37
Konsep Manhaj Maliziy (kaedah Ke Malaysian) menjadi dasar utama dalam fasa partner
in nation building. Menurut pencetus konsep ini iaitu Dr. Siddiq Fadil, idea al-Manhaju ‘lMaliziy ialah bahawa ABIM mempertahankan model gerakan Islam yang mempunyai ciricirinya yang tersendiri yang beroperasi dalam linkungannya yang tersendiri tanpa menjadi
carbon copy kepada mana-mana gerakan Islam sedunia. Oleh kerana ABIM beroperasi dalam
linkungan alam Melayu, maka model yang dikemukakan mestilah berteraskan kepada alam
tersebut.38 ABIM memilih kaedah terbaru ini dengan alasan bahawa zaman retorikanya telah
berakhir dan ia mesti berjuang atas dasar realiti semasa. Masuknya Anwar Ibrahim ke dalam
UMNO adalah satu strategi dan berubahnya sifat radikalisme ABIM kepada sifat menyokong
pemerintah juga adalah satu strategi.39
Satu lagi konsep yang menjadi asas kepada manhaj Maliziy ialah konsep Partner in
Nation Building ataupun Rakan Dalam Pembinaan Negara Bangsa iaitu berperanan berganding
bahu dengan kerajaan dalam proses pembinaan Negara bangsa. Keadaan ini tidak bermakna
ABIM sudah menjadi sebahagian dari kerajaan, tetapi kerjasamanya lebih bersifat selektif dalam
perkara yang menyentuh Islamisasi yang lebih bermakna dan berkesan. 40
Manakala perkembangan JIM dikaitkan dengan penubuhan IRC. Pada peringkat
awal kembalinya aktivis IRC daripada luar negara, kegiatan mereka berkisar kepada
aktiviti usrah dan aktiviti kerohaniannya sepertimana yang dilakukan di luar negara.
Perbincangan setelah kembali ke Malaysia menjurus kepada peranan-peranan yang
dimainkan dalam masyarakat seperti dalam gerakan Islam, institusi pendidikan dan
sebagainya. 41 Pergerakannya lebih bersifat tersendiri dan tidak begitu menonjol di dalam
masyarakat42 Di akhir tahun 1970-an antara gerakan Islam yang menonjol adalah ABIM
dan kebanyakkan aktivis IRC di luar negara mengambil keputusan untuk meneruskan
penglibatan dalam ABIM. Keputusan penglibatan dalam ABIM diambil kerana mereka
PAHMI 9th International Conference
Yogyakarta State University, 15 -16 September 2015

6

merasakan ABIM mampu menjadi juru bicara ummah dan mampu memainkan peranan
untuk menyedarkan masyarakat.43Namun penglibatan mereka di dalam ABIM dihentikan
apabila Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan pada ketika itu IRC mengkritik tindakan
ABIM yang membenarkan Anwar Ibrahim memasuki UMNO 44 Sudah tentu kritikan
bekas ahli IRC in menyebabkan ABIM memandang serong akan keikhlasan mereka
menyertai ABIM sebelum ini dan menyebabkan ABIM hilang kepercayaan kepada
kelompok ini.45
Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO telah memberi peluang beberapa
kelompok Islam yang lain untuk mendiskredit imej ABIM. Bagi kelompok IRC
kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan dikatakan sebagai bertentangan dengan
prinsip syariah. Bagi mereka apa sahaja percubaan untuk merubah daripada dalam
kerajaan dianggap selari dengan perbuatan taghut yang sudah tentu mengorbankan
prinsip Islam itu sendiri.46 Perkembangan baru ini telah diambil peluang oleh IRC untuk
menonjolkan pergerakan mereka sebagai alternatif kepada pergerakan Islam terutama di
universiti tempatan dan luar negara.47
Pada ketika itu berlaku satu perubahan kepimpinan dalam PAS dimana Dato Asri
Muda telah tersingkir dan digantikan dengan kepimpinan ulama di dalam PAS. Beberapa
aktivis dalam IRC telah merintis kemasukan mereka dalam PAS, antaranya ialah Mustafa
Abdul Kadir.48 Namun penglibatan IRC dalam PAS telah menimbulkan kecurigaan di
kalangan PAS apabila terdapat percubaan Mustapha Kadir untuk menjadi Naib Ketua
Pemuda PAS.49 50Strategi penyusupan ke dalam kepimpinan PAS sebenarnya adalah
sebagai satu usaha untuk merubah PAS dari dalam. 51 Kehadiran IRC dipersoalkan,
terutamanya di musim pemilihan dalam parti PAS. Keadaan boleh menjadi tidak baik
bagi PAS dan IRC lalu IRC pada ketika itu telah memutuskan untuk tidak menimbulkan
pertentangan dalam PAS.52 Bermulanya saat itu tokoh-tokoh PAS yang mempunyai
kaitan dengan IRC telah berjaya disingkirkan terutamanya daripada Pemuda PAS dan
Jawatankuasa Tarbiyyah. 53 Perkembangan yang berlaku di dalam ABIM dan PAS telah
menyebabkan kebanyakan ahli IRC memikirkan untuk menubuhkan pertubuhan baru
yang boleh digunakan oleh mereka. Suasana ini berterusan sehinggalah kelompok IRC
ini memutuskan hubungan dengan PAS apabila mereka menubuhkan jamaahnya yang
tersendiri yang dikenali sebagai Jamaah Islah Malaysia pada tahun 1990.54
Walaupun JIM selalunya menafikan bahawa mereka adalah penerus kepada
aspirasi IRC secara terbuka, namun hubungan antara kedua-dua tersebut tidak boleh
dinafikan. JIM bolehlah diibaratkan sebagai wadah aktivis IRC yang berada di luar
negara untuk meneruskan aspirasi mereka di Malaysia. 55 Proses untuk menubuhkan
pertubuhan sendiri dengan identiti yang tersendiri sebenarnya bermula semenjak tahun
1988 lagi dan keputusan untuk menubuhkan NGO baru dikatakan telah dibincangkan
dengan kepimpinan PAS dan ABIM. Akhirnya Jamaah Islah Malaysia telah tertubuh pada
27 Julai 1990 dengan wawasan untuk membangun sebuah negara Malaysia yang
melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020.56 Manakala misi JIM pula ialah
yang pertamanya membangun sumber manusia untuk melahirkan insane salih wa muslih.
Keduanya membudaya pendekatan perkongsian dan permuafakatan dan akhirnya
PAHMI 9th International Conference
Yogyakarta State University, 15 -16 September 2015

7

mengislah dan menggembeling masyarakat kea rah penegakan kebenaran dan keadilan
sejagat.57
ERA 1990-AN
Dalam polemik politik Islam yang berlaku dalam awal 1990-an apabila wjudnya tuntutan untuk
melaksanakan undang-undang syariah di Malaysia, ABIM mempunyai pandangan tersendiri
dalam menangani perdebatan tersebut.58 Dalam konteks siyasah syariah, gerakan ABIM juga
melihat amalan demokrasi ala Malaysia adalah satu realiti yang perlu diambil perhatian oleh
semua pihak. Bagi ABIM sistem demokrasi ala Malaysia adalah satu mekanisma yang terbaik
hingga setakat ini dimana umat Islam bersama-sama dengan bukan Islam berkongsi kuasa. 59
ABIM telah mencadangkan supaya perpecahan politik umat terutamanya antara UMNO dan PAS
dapat dikurangkan dan kedua-dua parti memikirkan awlawiyyat dalam siyasah daripada hanya
memikirkan kepentingan politik kepartaian dan mula bersatu tenaga bukan sahaja dalam bidang
pendidikan, perniagaan dan social, malah yang lebih penting ialah politik. Bagi ABIM kedua-dua
parti harus mengambil iktibar dari parti-parti bukan Melayu samada dalam kerajaan ataupun
pembangkang dimana mereka bersatu dan bertindak secara bijaksana terutaman dalam musimmusim pilihan raya umum dalam mengatur strategi untuk mempastikan kepentingan kaum-kaum
bukan Melayu tercapai.60
Kepimpinan ABIM yang diterajui oleh Ahmad Azam Abdul Rahman bagi sesi 1997-1999
mempunyai satu sikap terutamanya pada tahun 1998, iaitu jika Anwar menjadi Perdana Menteri,
maka ABIM akan benar-benar menjadi kumpulan pendesak agar segala cita-cita Islamisasi dapat
dilaksanakan dengan berkesan.61 Namun segalanya tidak kesampaian kerana pergolakan politik
nasional di pertengahan tahun 1998 benar-benar mengheret ABIM kekancah pergolakan
tersebut.62 Penubuhan gerakan reformasi rakyat adalah antara program pertama dimana ABIM
dan JIM dapat bekerjasama dengan pendekatan politik yang sama. Penangkapan empat
pemimpin tertinggi ABIM telah menyebabkan gerakan yang dimulakan oleh ABIM tidak dapat
diselesaikan oleh ABIM sendiri.63 Sikap agresif ABIM selepas Black September 1998 dari segi
politiknya boleh dijustifikasikan sepertimana yang disebutkan oleh Ahmad Azam iaitu tindakan
terhadap Anwar telah menimbulkan masalah political succession yang sangat besar yang boleh
menggugat kestabilan negara.64
PAS dibawah pimpinan Ust. Fadhil Noor telah berjaya mengambil insiatif menubuhkan
GERAK (Gerakan Keadilan Rakyat) pada 27 September 1998 dengan matlamat untuk
menegakkan keadilan dan menentang keazaliman. Insiatif GERAK ini bukan sahaja berlaku di
peringkat nasional, tetapi telah diakar-umbikan dengan penubuhan diperingkat negeri-negeri.
GERAK telah berjaya menghimpunkan gerakan-gerakan Islam di Malaysia dibawah satu
bumbung dan sedikit sebanyak berjaya menyelesaikan masalah perselisihan yang berlaku
semenjak belasan tahun dahulu.65 Diatas nama GERAK, ABIM telah mula berada dipentaspentas politik PAS untuk membicarakan soal keadilan dan kezaliman yang melanda negara. 66
Dengan maneuvering ahli-ahli ABIM, sebuah parti iaitu Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia
(Ikatan) yang didaftarkan di Trengganu pada 1990 telah ditukarkan kepada Parti Keadilan
Nasional dan dilancarkan pada 4 April 1999. Majlis Syura ABIM telah berjaya diyakinkan akan
pendekatan baru politik ini berdasarkan kepada ketidakmampuan PAS untuk menyakinkan
kelompok bukan Melayu untuk menyokong mereka dan Keadilan akan bertindak sebagai
perantara kepada politik PAS dan DAP.67 Bagi ABIM, tindakan menyokong Barisan Alternatif
PAHMI 9th International Conference
Yogyakarta State University, 15 -16 September 2015

8

mempunyai natijahnya yang tersendiri.68 Ia telah menjadikan faktor Islam semakin penting,
kerana ia terkumpul dalam satu barisan dan Islam sendiri pada ketika itu menjadi isu sentral.
JIM mengambil pendekatan yang seakan-akan sama dengan ABIM apabila berhadapan
dengan pemerintah. Antara dasar yang menyerlah pada ketika itu ialah Dasar Partner in Nation
Building JIM yang mempunyai teras dan sikap huznuz-zan terhadap BN. Dasar dan amalan
huznuz-zan telah menjadikan JIM sentiasa bersedia menerima dan bekerjasama dengan sesiapa
sahaja asalkan tujuannya adalah untuk membawa pengislahan kepada masyarakat samada di
peringkat individu, institusi mahupun sistem.69 Alasan yang dikemukakan oleh JIM ialah bahawa
dalam realiti sosio-ekonomi dan politik Malaysia masakini, 70 Ini menjadi alasan kuat JIM kenapa
ia tidak lagi cenderung kepada sifat radikalisme, atau setidak-tidaknya lebih berminat
menyembunyikan sifat radikalisme berkenaan untuk mula bergerak melalui arus perdana.71
Kerajaan BN yang diterajui UMNO dilihat mempunyai sikap dan pendirian positif
terhadap Islam. Perubahan dasar yang dikukuhkan dengan usaha untuk membawa reformasi
dalam UMNO oleh aktivis Islam sendiri dianggap amat positif oleh JIM. 72 Sikap huznuz-zan JIM
ini telah membantu untuk menganjakkan sikap permusuhan gerakan Islam terhadap rejim dan
pemerintah kepada sikap non-konfrontasional.73
Melihat betapa berkesannya peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim di dalam
UMNO dalam menyemarakkan institusi Islam, JIM mengambil langkah untuk bereksperimen
dengan mengajukan suatu ijtihad baru dengan mengemukakan kertas kerja “Usul Pendekatan
Terhadap UMNO” yang telah menyarankan dua objektif utama iaitu membolehkan ahli melibat
dalam UMNO dengan pendekatan yang ditentukan oleh Jamaah, sebagai satu daripada langkah
penglibatan politik kepartian dalam strategi dakwah yang bersepadu. Keduanya, ialah
menubuhkan Jawatankuasa Khas (Majlis Syura Jamaah) yang diberi kuasa meluluskan dan
mengawasi tindakan-tindakan yang berkaitan dengan keputusan tersebut.74
Pertimbangan yang dilakukan ialah atas dasar pengaruh Anwar Ibrahim yang semakin
dominan dalam UMNO dan potensinya yang boleh menjadi Perdana Menteri pada ketika itu.
Walaupun begitu anjuran ini gagal untuk mendapatkan sokongan majoriti ahli-ahli JIM.
Sebahagian mereka yang menentang mendesak supaya JIM menjadi suatu wadah tersendiri yang
berteraskan tarbiyyah dan dakwah, sebagaimana yang dianjurkan oleh Ikhwan Muslimun di
Mesir.75
Sewaktu krisis politik 1998, JIM meletakkan gerakan reformasi sebagai kemenangan dan
kejayaan gerakan Islam. Sejak bermula reformasi dan penubuhan GERAK, gerakan Islam di
negara ini telah berganding bahu merapatkan barisan untuk menentang gejala fitnah dan
kezaliman Akta ISA..76 Suasana gerakan reformasi yang berlaku dalam tahun 1998 sesungguhnya
telah merubah pendekatan JIM terutamanya dari segi politik. JIM telah menjadi lebih terbuka
dan menumpukan perhatian kepada asas-asas politik dan demokrasi. 77 Antara halatuju JIM dalam
era reformasi tergambar jelas dalam pernyataan terbuka mereka. 78 Selain daripada itu usaha
untuk meningkatkan aktivisme politik negara dibuat melalui usaha untuk meneruskan setiakawan
melalui gerakan reformasi, GERAK dan Gagasan Demokrasi Rakyat. Menurut pandangan JIM
kezaliman kerajaan BN telah menjadikan JIM membuat pendirian terbuka mengajak rakyat
menolak kerajaan BN pimpinan Dr. Mahathir.79
PAHMI 9th International Conference
Yogyakarta State University, 15 -16 September 2015

9

Dalam era reformasi, pertama kali dalam sejarah, JIM telah membuat pernyataan
sokongan kepada parti politik.80 Sokongan JIM pada Barisan Alternatif tergambar jelas dalam
Ucapan dasar Presidennya ketika itu.81 Penglibatan terus JIM dalam politik terlihat dengan jelas
apabila JIM membuat tafsirannya yang tersendiri dalam mengungkap slogan Barisan Alternatif
dalam menghadapi PRU ke 10.82 Ia bukan saja penting dalam mewujudkan semak dan imbag
(check and balance), tetapi ia amat penting kearah wujudnya sistem dua parti. Sistem dua parti
ini akan lebih menguntungkan rakyat dan negara. BA akan menjadi wacana untuk memahami
budaya dan agama di Malaysia. Dalam mengungkap kerjasama erat itu, JIM turut mencadangkan
supaya BA bergerak dengan satu nama dan simbol.83
Demi memastikan struktur dan proses demokrasi terus berjalan dengan baik, pilihan raya
hendaklah dilaksanakan dengan bebas, adil dan jujur. Atas kapasiti inilah JIM telah berusaha
untuk menggerakkan Badan NGO Pemantauan Pilihan raya seperti Pemantau dan MAFREL.
JIM akan menggerakkan usaha untuk memastikan daftar pengundi yang betul-betul bersih
disediakan, para pengundi baru didaftarkan secara sistematik dan undi pos dihapuskan. 84Dalam
berhadapan dengan PRU ke 10 juga, JIM telah membuat arahan kepada ahlinya untuk memilih
calon dan parti politik yang akan dimenangkan. 85Penglibatan terus JIM dan ahlinya dalam
Pilihan raya Umum ke 10 dapat diperjelaskan lagi dalam ucapan pemimpinnya dalam
Perhimpunan Nasional tahunannya. JIM pula, setidak-tidaknya dalam pilihanraya umum 1999,
bukan sahaja telah membuat pernyataan dan pendirian politik yang jelas, tetapi juga secara
terbuka telah menggerakkan ahli-ahlinya terlibat aktif dalam politik kepartian. Bagi JIM, proses
pilihanraya merupakan satu wahana utama dalam program pengislahan masyarakat dan satu
proses penting dalam menentukan dinamika kuasa negara.86
GERAKAN ISLAM PASCA 2000
Dalam memasuki alaf baru, pandangan dan tindakan ABIM dalam konteks politik banyak
ditentukan oleh suasana yang melatari politik Islam di seluruh dunia. 87 Daripada sebuah gerakan
Islam yang mempunyai pandangan keras kepada pemerintah, ABIM mulai kembali kepada jalan
tengah untuk mengelakkan konflik umat daripada menjadi lebih parah lagi.88 Tragedi Twin
Towers di New York memberikan implikasi tersendiri dalam aksi politik gerakan Islam
terutamanya di Malaysia. ABIM sebagai sebuah gerakan Islam tidak mempunyai pilihan
melainkan kembali ke tengah.89Usaha-usaha untuk menjadi paksi tengah telah mula digagaskan.90
Strategi Paksi Tengah ini telah membawa kepada pertemuan pimpinan kanan ABIM
bertemu dengan Presiden Parti-parti politik seperti Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir
Mohammad, Presiden PAS, Ust. Fadhil Noor, Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan
Ismail dan Presiden PRM iaitu Dr. Syed Husin Ali. Peranan paksi tengah ini menjadi bertambah
mudah apabila berlaku pengnyahan ahli-ahli ABIM dari Keadilan. 91Walaupun ABIM berada di
luar gelanggang parti politik, ABIM akan bertindak sebagai satu suara sebagai kekuatan ketiga
(third force) yang boleh dilakukan kepada parti pemerintah atau pembangkang.
Bagi JIM pula, mulai fasa ini telah berlaku peralihan kepimpinan dalam JIM dari seorang
yang terlibat sepenuhnya dengan politik dengan seorang pemimpin yang sepenuhnya terlibat
dengan NGO telah membawa pendekatan baru politik dalam JIM. 92 JIM pada tahun 2000
dengan Presidennya yang baru mempunyai pendekatan yang lebih lunak. Misi JIM ialah dakwah
PAHMI 9th International Conference
Yogyakarta State University, 15 -16 September 2015

10

first and last. 93 Presiden JIM juga menegaskan sebagai sebuah gerakan Islam, JIM tidak boleh
politically naïve, walaupun dari segi realiti sebenarnya ia tidak membawa pendekatan
politik.94Dalam tahun 2001 menerusi pemberitaan akhbar nasional, JIM telah dituduh militan dan
juga dituduh menjadi dalang di dalam kancah politik dalaman Parti Keadilan Nasional. 95 Dalam
proses menjawab isu ini, JIM telah menegaskan bahawa cara militan bukanlah cara dakwah JIM
dan JIM juga tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam suasana politik intra party
politics yang berlaku dalam mana-mana pertubuhan politik di negara ini. 96 Semua ahli JIM
mestilah celik politik supaya mereka tahu parti mana yang menjadi pilihan mereka dalam Pilihan
raya umum. Para penggerak politik JIM mestilah cerdik sewaktu berhempas pulas untuk
mencapai aspirasi politik dan tidak bergantung kepada JIM secara rasmi. Sikap JIM yang tidak
menjadi dalang di dalam percaturan politik dalaman mana-mana parti politik telah mendatangkan
kesan positif dan perasaan berbaik sangka terhadap JIM di pihak para pemimpin politik negara
khususnya Barisan Alternatif.97
Manakala ABIM di bawah kepimpinan baru berusaha untuk mengembalikan semula
imejnya daripada terjebak dalam politik reformasi. Melalui pendekatan baru yang berdasarkan
kepada Agenda 3 P iaiatu Pembela, Prihatin dan Pendidik, strategi ini adalah semata-mata untuk
mengembalikan ABIM di landasan yang sebenarnya. 98 Penjenamaan semula ABIM melibatkan
kaedah untuk mengembalikan peranan ABIM sebagai gerakan utama dalam membela hak
Melayu Islam di Malaysia. ABIM telah mengistiharkan penentangannya kepada beberapa
gerakan yang melemahkan umat Islam seperti Islam Liberal, Pluralisma Keagamaan dan juga
pejuang hak asasi manusia yang berteraskan kepada sekularisma. 99 ABIM telah menjadi
penggerak utama kepada PEMBELA (Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam) dan juga ACCIN
(Allied Coordinating Committee on Islamic Non Gobernmental Organization) PEMBELA adalah
gabungan 70 pertubuhan NGO Islam dimana ianya tertubuh daripada mesyuarat ACCIN yang
merupakan gabungan 14 NGO Islam yang pada peringkat awalnya ditubuhkan untuk menentang
penubuhan Interfaith Commission (IFC).
Mulai tahun 2004, gerakan Islam mula mendapat kekuatan baru apabila Anwar Ibrahim
dibebaskan dari penjara. Sebagai tokoh karismatik, beliau berjaya mengabungkan semua gerakan
Islam di Malaysia dan juga partai-partai politik oposisi dalam satu gabungan baru yang di beri
nama Pakatan Rakyat. Anggota ABIM dan JIM secara terbuka mendokong gagasan Pakatan
Rakyat ini. Hasilnya pada Pemilihan Umum ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan pertama kali
dalam sejarah, partai pemerentah Malaysia iaitu Barisan Nasional kalah di lima Negara Bahagian
iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.
Ini menunjukkan kekuatan gabungan gerakan Islam ini memberi cabaran baru pada pemerentah
Barisan Nasional di Malaysia.
Pada Pemilu ke 13 pada tahun 2013, Anwar Ibrahim sekali lagi memainkan peranan
mempersatukan gerakan Islam sehingga pertama kali menafikan penguasan 2/3 Barisan Nasional
di Parlemen Malaysia. Ini menyebabkan selepas Pemilu ke 13, beliau sekali lagi di hantar ke
penjara kerana pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, undi popular di menangi oleh partai
oposisi sebanyak 52% dan Barisan Nasional hanyalah 48%. Walaubagaimanapun Barisan
Nasional masih memerentah Malaysia kerana sistem di Malaysia berdasarkan jumlah kerusi
parlimen yang di kira bukan berdasarkan undi popular. Pasca 2013, gerakan Islam iaitu ABIM
PAHMI 9th International Conference
Yogyakarta State University, 15 -16 September 2015

11

dan JIM seolah-olah di lihat memberi sokongan sepenuhnya kepada partai oposisi iaiatu Pakatan
Rakyat.
KESIMPULAN
Sebagai sebuah pertubuhan Sukarela Islam, ABIM telah melalui beberapa fasa yang mencabar
dari segi politik. Sikap pemerintah yang lebih terbuka dari segi Islam telah menyebabkan
pendekatan ABIM turut berubah. Para pemimpin ABIM ataupun bekas pemimpinnya yang
dikategorikan sebagai golongan idealis yang praktikal, memprojekkan idealisma mereka melalui
arena politik tanpa berkompromi dengan dakwah dan idealisma mereka
Dalam waktu yang sama ABIM menjadi saluran kepada dakwah dan penyebaran idealisma Islam
dan juga aspirasi sosio-politik kepada golongan birokrasi dalam perkhidmatan awam. Dengan
naiknya Anwar Ibrahim dalam UMNO, ahli ABIM dan penyokongnya telah mula menyerap
dalam Jabatan kerajaan samada di peringkat Pusat atau negeri. Proses ini disebut juga sebagai
proses pengABIMan birokrasi Malaysia
Perubahan aksi politik JIM dari bersifat bawah tanah kepada politik secara terbuka telah
membawa perubahan yang banyak dari segi pendekatan. Pada peringkat awal kesesuaian untuk
mengukuhkan parti politik tertentu telah diubah kepada penglibatan politik secara langsung
apabila berlakunya era reformasi dalam tahun 1998. Penglibatan beberapa pimpinan JIM dalam
Pilihan Raya Umum ke 10 telah mengheret JIM kepada gerakan politik secara langsung.
Penglibatan politik bangkangan secara aktif telah menyebabkan batang tubuh JIM terpaksa
mencari pendekatan yang berbeza dengan terlibat dalam proses demokrasi tanpa mengheret JIM
kedalam kancah parti politik. Penglibatan mereka dalam gerakan demokrasi seperti perjuangan
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan penglibatan dalam MAFREL adalah merupakan pendekatan
baru yang boleh memberikan impak tersendiri dalam proses politik Islam di Malaysia.
BIBILIOGRAFI
Ahmad Azam Abdul Rahman, Pemerkasaan Masyarakat Islami : Awlawiyat Gerakan Islam.
Dalam Ahmad Azam Abdul Rahman, Memimpin Belia Islam, 2008.
Ahmad Azam, Cabaran dan Keutamaan Gerakan Dakwah Pasca 11 September 2001 dalam
Politik Malaysia dan Penyatuan Ummah, ABIM, Kuala Lumpur, 2002.
Ahmad Azam Abdul Rahman. Meniti Era Transisi Menjana Hikmah Nabawi, Selangor :
Angkatan Belia Islam Malaysia, 2003.
Angkatan Belia Islam Malaysia Politik Melayu dan Penyatuan Ummah. Kuala Lumpur : ABIM,
2002.
Angkatan Belia Islam Malaysia. Model Dakwah ABIM, Meniti Sejarah Membangun Ummah.
Kuala Lumpur : Biro Dakwah dan Tarbiyah ABIM, 2003.
Khairul Arifin Mohd Munir. PRU 12 : Pendirian politik ABIM, Demi Masa, ABIM, Mei 2008.
Mohamed Hatta Shaharom, Menerajui Inovasi Perjuangan, Kuala Lumpur: JIM : Kuala Lumpur
,2000.
Mohamed Hatta Shaharom, Meneguh Misi Islah : Merealisasi Potensi Ummah, JIM: Kuala
Lumpur. 2001.

PAHMI 9th International Conference
Yogyakarta State University, 15 -16 September 2015

12

Zaid Kamaruddin, Membina Permuafakatan Ummah Alam Dilimpahi Rahmah, Ucapan Dasar
Presiden Perhimpunan Perwakilan Nasional ke 16, 2009 Pertubuhan Jamaah Islah
Malaysia (JIM), JIM : Kuala Lumpur, 2009
Usul Pendekatan Terhadap UMNO, kertas kerja JIM bertarikh 28 Februari 1990.
Esposito, J.L. Islam : The Straight Path. New York : Oxford University Press, 1991.
Faaland, Just; Parkinson,J.R; and Rais Saniman, Growth and Ethnic Inequality: Malaysia’s New
Economic Policy, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka in association with Chr. Michelson
Institute, Norway, 1990.
Fan Yew Teng. Anwar Saga : Malaysia on Trial. Selangor : Genting Raya, 1999.
Fan Yew Teng. The UMNO Drama: Power Struggles in Malaysia, Kuala Lumpur: Egret
Publications, 1989.
Farish A. Noor, Islam Embedded, The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic
Party PAS (1951-2003) Vol. 2, Malaysian Sociological Research Institute : Kuala
Lumpur, 2004.
Firdaus Abdullah, Radical Malay Politics Its Origins and Early Development, Petaling
Jaya, Pelanduk Publication, 1985
Gale, Bruce. Readings in Malaysian Politics. Petaling Jaya: Pelanduk, 1986.
Hilley, J., Malaysia: Mahathirism, Hegemony and the New Opposition. London: Zed Books,
2001.
Husin Mutalib, Islam and Ethnicity in Malay Politics, Singapore University Press: Singapore,
1990._______________, Islam in Malaysia : From Revivalism to Islamic State,
Singapore: Singapore University Press, 1993.
Ibrahim Ahmad. Konflik UMNO-PAS Dalam Isu Islamisasi. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd,
1989.

PAHMI 9th International Conference
Yogyakarta State University, 15 -16 September 2015

13

Nota Hujung

PAHMI 9th International Conference
Yogyakarta State University, 15 -16 September 2015

14

1

2
3

4

5
6
7
8

9
10

11
12

13

14
15
16

17
18
19
20

21
22

23
24
25
26
27
28
29
30
31

32

33
34

35
36
37

38

39

40

Chandra Muzaffar, 1987. Kebangkitan Islam di Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, hlm. 27. Lihat juga Chandra
Muzaffar, 1993. “Kebangkitan Islam di Asia Tenggara: Satu Pandangan Global” dlm. Saiful Muzani (ed.). Pembangunan dan
Kebangkitan Islam di Asia Tenggara. Jakarta: LP3ES, hlm. 60-101.
Mohamad Abu Bakar, 1993. ”Selepas Kebangkitan Semula Islam, Pengislaman dan Pendakwahan Masa Kini: Satu Overview” dlm.
Ahmad Azam Abdul Rahman (ed.). Gerakan Dakwah dan Orde Baru Di Malaysia. Petaling Jaya: ABIM, hlm. 12.
Muhammad Abu Bakar, 1987. Penghayatan Sebuah Ideal, hlm. 73-115; Ahmad Zaki Haji Abd. Latiff, 2006. Transformasi Gerakan
Islah dan Dakwah di Timur Tengah dan di Malaysia. Shah Alam: Penerbit Universiti Teknologi MARA, hlm. 112-116.
Muhammad Kamal Hassan, 1986. “Pendekatan Dakwah Islam di Malaysia.” Kertas kerja Seminar Islam dan Kebudayaan Melayu.
Universiti Kebangsaan Malaysia, 13-15 Februari 1986, hlm. 79.
Ahmad Zaki Haji Abd. Latiff, 2006. Transformasi Gerakan Islah, hlm. 113.
Mohamad Abu Bakar, Islamic Revivalism and the Political Process in Malaysia, Asian Survey, Vol. XXI, No. 10. October, 1981.
Ibid., hlm. 114.
Mohammad Abu Bakar, 1987. “Islam Sebagai Addin Sebagai Slogan Dalam Penulisan Islam Semasa”. Kertas kerja Pemikiran Islam
Semasa. Fakulti Usuluddin, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 9 Oktober, hlm. 2.
Ahmad Zaki Haji Abd. Latiff, 2006. Transformasi Gerakan Islah, hlm. 114.
Ghazali Basri, 1995. “Malaysia Responses to Islamic Resurgence: A Socio Religion Political Analysis”. Kertas kerja Post Graduates
Seminar. Department of Religious Studies, University of Aberdeen, 22 Oktober 1995, hlm. 2.
Leon Comber, 13 May 1969: A Historical Survey of Sino-Malay Relations. Kuala Lumpur: Heinemann, 1983.
Sila lihat Mohamad Abu Bakar, Islam, Civil Society and Ethnic Relations in Malaysia, dalam Nakamura Mitsuo, Sharon Siddique
dan Omar Farouk, Islam and Civil Society in South East Asia, Singapore: ISEAS, 2001.
Chandra Muzaffar, Islamic Resurgence: A Global View, dalam Taufik Abdullah and Sharon Siddique, Islam and Society in Southeast
Asia, Singapore, Institute of Southeast Asian Studies, 1986, hlm. 12-17.
Ibid.
Judith Nagata ,The Reflowering of Malaysian Islam, Vancouver: University of British Columbia Press, 1984.
Chandra Muzaffar, Malaysia: Islamic Resurgence and the Question of Development, SOJOURN 1, 1: 55-75.
Mohamad Abu Bakar, Generasi Muda dan Kesedaran Islam: Konflik dan Integrasi Dalam Masyarakat Melayu, Ilmu Masyarakat :
3, 1983.
Sila lihat Mohamad Abu Bakar, 1981, Penghayatan Sebuah Ideal, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987.
Zainah Anwar, Islamic Revivalism in Malaysia Dakwah Among Students, Petaling Jaya: Pelanduk, 1987.hlm. 27.
Untuk perbincangan lanjut sila lihat Nagata, The Reflowering of Malaysian Islam; Zainah Anwar, Islamic Revivalism in
Malaysia; Chandra Muzaffar, Islamic Resurgence in Malaysia; Husin Mutalib, Islam and Ethnicity in Malay Politics; Jomo anad
Cheek, “Malaysia’s Islamic Movements.
Badlihisham Mohd Nasir, Ketokohan dan Pemikiran Dakwah. hlm. 63
Saari Sungib, Bersama Menggarap Erti Perjuangan , Jamaah Islah Malaysia, Kuala Lumpur, 1999, hlm. 44
Ibid,. hlm. 45.
Saari Sungib, JIM 1991-1993, Menentukan Agenda Pemikiran, JIM, Kuala Lumpur, 1993, hlm. 9
Ibid. hlm. 15.
Ibid,.
Saari Sungib, Bersama Menggarap Erti Perjuangan, hlm. 72-73.
Ibid
Ibid,. hlm.113-114.
Fred R. Von der Mehden, Malaysia in 1980: Signals to Watch, Asian Survey, Vol. XXI, No. 2, Februari 1981, hlm. 246.
David Camroux, State Responses to Islamic Resurgence in Malaysia, Accommodation, Co-Option and Confrontation, Asian
Survey, Vol. XXXVI, September 1996, hlm. 859.
Sila lihat Zulkifli Daud, ABIM dan Polimik Politik di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia 1971-1996, ABIM, Petaling Jaya,
1996, hlm. 61.
David Camroux, State Responses to Islamic Resurgence in Malaysia, hlm. 859.
Sila lihat tesis PhD Mohammad Nor Manutty, Perception of Social Change in Contemporary Malaysia : A Critical Analysis of
ABIM’s Role and its impact Among Muslim Youth. Temple University, U.S.A. 1991.
Badlihisham Mohd Nasir, Ketokohan dan Pemikiran Dakwah Dato’ Dr. Siddiq Fadhil, hlm. 67.
Badlihisyam Mohd Nasir, Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa, hlm. 51.
Siddiq Fadhil, Da’I Pembina Aqidah Pembangun Ummah, dalam Koleksi Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ABIM, Mengangkat
Martabat Umat, hlm. 75-79.
Ahmad Azam Abdul Rahman, Manhaj Maliziy Dan Lain-lain, Angkatan Belia Islam Malaysia 1971-1996, ABIM, Petaling Jaya,
1996 , hlm. 79.
Muhammad
Syukri
Salleh,
Reformasi,
reradikalisasi
dan
kebangkitan
Islam
di
Malaysia.
www.geocities.com/muhammadsyukri/PEMIKIRReradikal.html
Sidiq Fadil, Koleksi Ucapan Dasar, Angkatan Belia Islam Malaysia : Petaling Jaya, 1989.

41

42

43
44

45
46
47
48
49

Siti Hamisah Binti Manan, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar di United Kingdom : Peranan Islamic Representive Council
(1975-199), Tesis Ijazah Sarjana Sastera, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi. 2003, hlm 102.
Ibid,. hlm. 103
Siti Hamisah, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar di United Kingdom, hlm. 103.
Zaid Kamaruddin, Membina Permuafakatan Ummah Alam Dilimpahi Rahmah, hlm. 9.
Siti Hamisah, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar di United Kingdom, hlm. 104.
Sila lihat Majlis Shura Muslimun (IRC) (1983), Isu-Isu Semasa – Satu Analisa Gerakan Islam 1981-1983, IRC, London.
Mohd Nor Manuty telah disingkirkan dari kepimpinan MISG di Amerika Syarikat di pertengahan tahun 1980-an.
Siti Hamisah Binti Manan, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar di United Kingdom. hlm 104.
Riduan M. Nor, Mengenggam Bara : Menelusuri Perjuangan 50 Tahun Dewan Pemuda PAS Pusat dan Kezaliman ISA, Kuala
Lumpur: Penerbitan Ahnaf. 2003, hlm. 15.

50
51

52
53

54
55

56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66

67
68
69
70

71
72
73
74
75

76
77
78
79

80
81
82
83
84
85
86

87
88
89

Askiah Adam, Islam and Civil Society, Islamic NGOs and Electoral Politics dalam Mavis Puthucheary and Norani Othman,
Elections and Democracy in Malaysia, Bangi: UKM, 2005, hlm. 233.
Zaid Kamaruddin, Membina Permuafakatan Ummah Alam Dilimpahi Rahmah, hlm. 10.
Jomo, K.S dan Ahmad Shabery Cheek, Malaysia’s Islamic Movements’ in Kahn, J.S and Loh Kok Wah, F (eds.), Fragmented
Vision. 1992, hlm. 101.
Riduan M. Nor, Mengenggam Bara, hlm. 20.
Dzulkifli Ahmad, Furqan, January-March 1991, lidah rasmi IRC di Britain. Dzulkifli Ahmad adalah bekas Yang Dipertua JIM di
Kelantan.
Zaid Kamaruddin, Membina Permuafakatan Ummah Alam Dilimpahi Rahmah, hlm. 10.
Ibid,. hlm. 11.
Siddiq Fadhil dan Muhammad Nur Manuty Keprihatinan Umat dan Transformasi Sosial, ABIM : Petaling Jaya, 2003, hlm. 100.
Ibid, h