Penderaan Kanak kanak dan Keganasan Ruma

PENSYARAH
DR.JAL ZABDI BIN MOHD YUSOF

SUBJEK
PERUNDANGAN DAN ADVOKASI PERKHIDMATAN MANUSIA-APEA2102

TAJUK TUGASAN
LAPORAN MANDATORI DALAM KES PENDERAAN KANAK-KANAK DAN
KEGANASAN RUMAH TANGA

NAMA PELAJAR
MUHAMAT HAMZAH BIN EKSAN-AEP120007

SESI AKADEMIK
2013/2014-SEMESTER DUA

1.0 PENDAHULUAN
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWM) menyatakan bahawa
hampir 3,900 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan tahun 2012 dan sekurang-kurangnya 1,023
kes penderaan kanak-kanak dilaporkan sepanjang Januari hingga Mac tahun 2013 cukup
membimbangkan(Harian Metro,2012).Bagi


kes

melibatkan

kematian, Ketua Penolong

Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed yang
dipetik daripada Utusan Malaysia(2014), seramai 18 kanak-kanak menjadi mangsa kes bunuh
pada 2009, diikuti 2010, 21 orang; 2011 (31); 2012 (26); 2013 (24) dan tahun 2014 sudah dua
kes direkodkan termasuk satu di Paka, Dungun, baru-baru ini.Beliau menambah lagi, siasatan
lanjut daripada pihaknya menunjukkan bahawa kes yang berhubung kait dengan penderaan
ini pada kebiasaanya melibatkan individu yang mempunyai hubungan dengan kanak-kanak
tersebut

seperti

ibu,bapa, saudara

mara,pengasuh


dan

juga

orang

terdekat

dengan

mangsa.Walau bagaimana pun, menurut Shamsiah Abd Rahman(2001) statistic masalah
penderaan dan pengabaian kanak-kanak ini hanya 10% sahaja daripada kes yang benarbenar berlaku. Terdapat banyak kes-kes yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa atas
pelbagai faktor.
Masalah penderaan kanak-kanak ini bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang rendah
dan dibiarkan tanpa adanya apa-apa inisiatif untuk membanterasnya. Lantaran dari itu,
Akta kanak-kanak 2001 telah digubal dan juga ia merupakan manifestasi kepada
Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dalam
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu pada tahun 1989. Akta kanakkanak ini digubal untuk melindungi dan memastikan hak kanak-kanak dilindungi sebaik


2

mungkin dan mengelakkan kanak-kanak dianiaya oleh ahli keluarga mereka khususnya
penganiayaan melalui penderaan.
Walau bagaimanapun, setelah penggubalan akta kanak-kanak 2001, jumlah kes penderaan
masih lagi tidak berkurangan sama sekali. Kini, timbul

beberapa persoalan

yang

melibatkan kes penderaan kanak-kanak di Malaysia.Antara isu yang hangat diperkatakan
ialah persoalan berkenaan pihak manakah yang perlu dipertanggungjawabkan untuk
melaporkan kes-kes penderaan yang berlaku. Kes penderaan ini tidak boleh dibendung
sekiranya tanggungjawab memantau kes berkenaan diletakkan pada pihak berkuasa sahaja.
Salah satu jalan terbaik yang dicadangkan bagi mengurangkan kes penderaan ini ialah
melalui penglibatan orang berada berhampiran kanak-kanak dalam melaporkan kes kepada
pihak berkuasa. Jal Zabdi(2009) menyatakan bahawa tugas melaporkan kejadian penderaan
kanak-kanak ini merupakan mekanisme pencegahan paling awal yang boleh dilaksanakan
untuk mencegah kes penderaan dan ia telah diperkenalkan sejak awal tahun 1960-an lagi.

Mekanisme ini timbul selepas sekumpulan doctor yang menjalankan kajian terhadap keskes yang melibatkan kanak-kanak merasa ragu dengan alasan-alasan yang diberikan oleh
ibu bapa atau penjaga apabila kanak-kanak di bawah jagaan mereka dimasukkan ke
hospital

kerana

mengalami

kecederaan

dan

ada

kalanya

sehingga

membawa


kematian(Kempe,1962).Jelas Kempe(1962) lagi,terdapat juga doctor pada waktu itu yang
seolah-olah tidak percaya bahawa kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak berkenaan
diakibatkan oleh perbuatan tidak sengaja ibu, bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut.
Secara konseptualnya, Jal Zabdi(2009) menjelaskan bahawa tugas untuk melaporkan kes
penderaan dan pengabaian kanak-kanak ialah pihak yang dikenakan tugas berkenaan
diwajibkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mempunyai alasan
3

yang munasabah untuk mempercayai bahawa seorang kanak-kanak itu telah didera
ataupun mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menjadi mangsa.Jelas beliau lagi,
andainya pihak

yang dipertanggungjawabkan gagal melaporkan kejadian dera atau

pengabaian kepada pihak berkuasa, mereka boleh dikenakan hukuman penjara atau denda
atau kedua-duanya sekali.
2.0 KEWAJIBAN MELAPORKAN KES PENDERAAN KANAK-KANAK:PERSPEKTIF
GLOBAL
Sebelum meninjau lebih lanjut berkenaan dengan kewajiban melaporkan kes undangundang di Malaysia, kita perlu melihat dari perspektif global berkenaan dengan peruntukan
undang-undang yang mewajibkan orang ramai melaporkan kes penderaan kepada pihak

berkuasa. Pence dan Wilson(1994) dalam Jal Zabdi(2009) menjelaskan bahawa di Amerika
Syarikat, pelaksanaan

undang-undang berkenaan

dengan

kewajiban

melaporkan

kes

penderaan kanak-kanak telah dilaksanakan dikesemua 50 buah negerinya sekitar tahun
1968. Denmark dan Canada pula menggariskan peruntukkan undang-undang melaporkan
kejadian dera melalui akta yang dinamakan sebagai Social Welfare Act 1992 dan
Individual State legislation yang mana akta ini mewajibkan masyarakat umum melaporkan

kepada pihak berkuasa berkenaan dengan kes dera. Beberapa negara lain seperti Sweden
pula ada menetapkan peguatkuasaan laporan penderaan melalui Social Servive Act 1980

namun hanya pengamal perubatan sahaja yang diwajibkan untuk membuat laporan kepada
pihak berkuasa dengan berbekalkan laporan perubatan terhadap mangsa.
Berdasarkan

kepada

beberapa

gambaran

awal

berkenaan

dengan

undang-undang

melaporkan kejadian dera kanak-kanak ini, dapatlah dirumuskan bahawa mekanisme


4

melaporkan kejadian dera ini merupakan suatu mekanisme yang sudah bersifat global
dimana banyak negara telah melaksanakan undang-undang berkaitan dengan laporan awal
kes dera ini.
3.0 KAEDAH TERBAIK MENGGALAKKAN ORANG RAMAI MELAPORKAN
KEJADIAN DERA
3.1 PERUNTUKAN UNTUK PEGAWAI ATAU PENGAMAL PERUBATAN YANG
BERDAFTAR
Dalam Seksyen 27 Akta Kanak-kanak 2001, akta tersebut menyatakan bahawa mana-mana
doctor atau pengamal perubatan berdaftar yang mempercayai kanak-kanak yang diperiksa
ataupun dirawat telah didera baik dari segi fizikal,mental mahupun seksual maka doctor
tersebut perlulah melaporkan kepada pihak pelindung. Sekiranya doctor tersebut gagal
melaporkan kejadian itu kepada pihak pelindung, doctor atau pengamal perubatan itu
boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000.00

atau dipenjara tidak melebihi dua

tahun atau kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun, Jal Zabdi(2002) menyatakan bahawa
peruntukan melaporkan kes penderaan ini hanya terhad kepada pengamal perubatan atau

doctor sahaja.Jururawat dan pembantu perubatan tidak diperuntukkan untuk melaporkan
kejadian penderaan. Isu yang timbul dari sudut ini ialah apabila kejadian penderaan yang
berlaku di kawasan bandar kecil dan pemeriksaan perubatan di klinik-klinik di bandar
tersebut pada kebiasaannya akan dilakukan oleh pembantu perubatan dan jururawat
sahaja(Jal Zabdi,2002).Jadi, mereka tidak wajib melaporkan kes penderaan kepada pihak
pelindung kerana tidak ada peruntukan statuori yang mewajibkan mereka berbuat
demikian. Oleh hal demikian, dalam konteks menggalakkan masyarakat umum melaporkan
kejadian dera, peruntukan seksyen 27 ini perlu diperluas dari hanya mewajibkan pengamal
perubatan atau doctor melaporkan kes dera kepadan jururawat, pembantu perubatan dan

5

juga pegawai pentabiran hospital.Hal ini bagi mengatasi masalah yang berlaku di kawasan
pendalaman atau bandar-bandar kecil seperti yang telah dinyatakan. Dengan adanya
penggubalan ini, maka kesemua pihak yang terlibat secara langsung dalam menjalankan
pemeriksaan dan rawatan boleh membuat laporan penderaan.
Walaubagaimanapun, Jal Zabdi(2002) sekali lagi menimbulkan persoalan dalam konteks
Kod kelakuan Professional. Dalam kod ini, pengamal perubatan berdaftar tidak dibenarkan
untuk mendedahkan laporan perubatan pesakit mereka untuk tujuan apa pun.Hal ini telah
menyebabkan wujudnya dilema dalam kalangan doctor. Namun demikian, dalam Seksyen

116(2) Akta Kanak-kanak 2001 telah jelas memperuntukan berkenaan dengan larangan
pemberian maklumat berkenaan dengan kes penderaan dalam beberapa situasi:
i.
ii.

Pelanggaran etiket atau etika professional ;
Bercanggah dengan standard tingkah laku prodessional yang diterima

Menurut Jal Zabdi(2002) peruntukan tersebut merupakan suatu yang positif kerana ahli
perubatan yang
bimbang

jika

sememangnya terikat dengan etika kerahsiaan mereka sendiri tidak perlu
mereka

mendedahkan

maklumat


pesakit

mereka.Oleh

hal

demikian,

diharapkan agar pihak pengamal perubatan yang berdaftar akan membuat laporan
sekiranya mereka secara munasabah berpendapat bahawa kanak-kanak di bawah rawatan
mereka telah didera. Biarpun tanggungjawab memaklumkan ini menyebabkan wujudnya
risiko
3.2 AHLI-AHLI KELUARGA KANAK-KANAK
Berdasarkan fakta-fakta kes lampau, kebanyakan kejadiann dera berlaku di rumah, jadi,
dengan hal demikian, Akta Kanak-kanak 2001 telah memperuntukkan ahli keluarga sebagai
kelompok yang wajib melaporkan kes dera kepada pihak pelindung. Ahli keluarga juga
6

pada kebiasaanya tinggal bersama kanak-kanak dan secara rasionalnya mereka juga pasti
tahu punca mengapa kanak-kanak itu dipukul(Jal Zabdi,2002). Seksyen 2 Akta Kanakkanak 2001 mendefinisikan “anggota keluarga” sebagai ibu bapa atau penjaga atau
seorang anggota keluarga luas, yang merupakan seorang anggota rumah.Selain itu, bahagian
ini juga ada mendefinisikan “anggota rumah” sebagai seorang yang pada lazimnya tinggal
serumah dengan seorang kanak-kanak. Akhir sekali, seksyen 2 juga mendefinisikan konsep
“keluarga

luas”

yang

membawa

maksud

orang-orang

yang

mempunyai

hubungan

persaudaraan melalui pertalian darah, persemendaan atau pengangkatan. Seksyen 28(1)
memperuntukkan bahawa :
Jika mana-mana anggota keluarga seorang kanak-kanak itu telah dicederakan
dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya,tercabai,terbuang atau terdedah,
atau teraniaya dari segi seks, dia hendaklah dengan serta -merta memberitahu
Pelindung.

Dalam hal ini, andainya pihak keluarga gagal melaporkan kejadian itu, ahli keluarga boleh
dikenakan bon dengan syarat-syarat

tertentu dan andainya gagal menyempurnakan bon

tersebut, barulah denda tidak melebihi RM5000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya sekali.
3.3 PENGASUH KANAK-KANAK
Peruntukan untuk pengasuh kanak-kanak ini diletakkan di bawah seksyen 29 Akta Kanak
kanak 2001. Seksyen 2 akta ini telah mendefinisikan dengan jelas berkenaan dengan
pengasuh yang mana ia bermaksud seorang yang mengasuh seorang kanak-kanak atau
lebih bagi balasan berharga bagi apa-apa tempoh masa. Sama seperti pengamal perubatan
dan ahli keluarga, pengasuh juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000.00 atau
penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika gagal memaklumkan
7

kejadian dera kepada pihak pelindung. Jal Zabdi(2002) menyatakan terdapat tiga kategori
pengasuh

secara

umumnya

di

Malaysia

dan

ketiga-tiga

kategori

itu

mempunyai

tanggungjawab undang-undang:i.

Pengasuh tradisional: Ibu bapa menghantar anak ke rumah jiran atau pihak lain bagi
tujuan dijaga dan pengasuh akan diberikan bayaran tertentu.
Pengasuh yang diambil kerja: pengasuh ini akan tinggal di rumah untuk menjaga
kanak-kanak yang terbabit
Pengasuh institusi: Ibu bapa kanak-kanak menghantar kanak-kanak terbabit ke pusat
asuhan untuk dijaga.

ii.
iii.

Berdasarkan penerangan yang diberikan, maka jelas bahawa Akta kanak-kanak telah
mewajibkan golongan pengamal perubatan, ahli keluarga dan pengasuh untuk melaporkan
kejadian dera kepada pihak pelindung. Namun demikian, kategori ini perlu lebih diperluas
untuk

memastikan

lebih

ramai

masyarakat

awam

membuka

mulut

dalam

kes

penderaan.Untuk itu, guru perlu dijadikan pihak yang mempunyai tanggungjawab undangundang dalam melaporkan kes penderaan ini
3.4 GURU SEKOLAH SEBAGAI PIHAK YANG WAJIB MELAPORKAN KES
PENDERAAN.
Dalam akta kana-kanak 2001, sememangnya guru tidak diletakkan dalam kategori pihak
yang wajib melaporkan kejadian dera. Namun demikian, guru merupakan orang yang perlu
diletakkan

sebagai

golongan

ada

tanggungjawab

undang-undang

atas

beberapa

hujah.Pertama sekali, kanak-kanak merupakan golongan yang berada dalam lingkungan
umur 18 tahun ke bawah dan pada usia ini mereka merupakan pelajar sekolah yang
berada di sekolah bermula jam 7.30 pagi hingga ke waktu petang. Jadi sepanjang berada di
dalam sekolah aktiviti mereka akan dipantau oleh guru dan andai wujud beberapa
perubahan fizikal kesan daripada

penderaan yang ketara, maka guru pasti mampu

mengesannya.Hal ini kerana menurut Mariani dan Asrulkhadi(2009), kanak-kanak yang
8

sedang didera akan mengalami konflik personality yang krtitikal seperti mengalami
kebimbangan melampau, perasaan takut dan pemalu serta rendah diri. Hal ini pasti boleh
dikesan oleh guru dan andainya guru mendapati ia mempunyai alasan munasabah,maka
kes itu boleh dilaporkan kepada pihak pelindung. Selain itu, hujah kedua berkenaan
dengan mewajibkan guru melaporkan kes penderaan ini disandarkan pada sistem
pendidikan rendah yang diwajibkan(Jal Zabdi,2009). Umum mengetahui bahawa pendidikan
rendah di Malaysia sememangnya telah diwajibkan yakni melalui Seksyen 29A Akta
Pendidikan(Pindaan)2002. Berdasarkan statistic terkini iaitu hingga Februari 2014, jumlah
pelajar sekolah dari peringkat prasekolah hingga sekolah menengah ialah kira-kira 5 juta
orang dan dalam aspek ini guru merupakan individu yang paling sesuai diberikan
tanggungjawab untuk melaporkan kejadian dera kepada pihak pelindung. Selain itu, jumlah
guru yang ramai juga membolehkan peluasan laporan penderaan ini lebih mudah.
Berdasarkan statistik kementerian Pendidikan yang terkini(Hingga Februari 2014), jumlah
guru bagi kesemua peringkat pendidikan ialah sekitar 420 ribu dan taburan mereka yang
merangkumi seluruh kawasan di Malaysia membuktikan guru sangat sesuai untuk
dijadikan pihak yang wajib melaporkan ke pihak pelindung( Jal Zabdi, 2009). Tambah
beliau lagi, di Malaysia, guru masih lagi sebagai orang yang dihormati dan dipercayai.
Kebiasaanya, kanak-kanak yang menjadi mangsa dera menjadi seorang yang pasif dan
mereka “menyimpan” apa yang berlaku dan tidak akan mendedahkan kepada mana-mana
pihak.Jadi, dengan kapasiti guru sebagai golongan yang dihormati dan dipercayai, pelajar
tersebut mungkin boleh terdorong untuk menceritakan apa kejadian yang berlaku dan
masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut di rumah mereka.

9

Secara ringkasnya, berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan, jelaslah bahawa bagi
meluaskan penglibatan masyarakat dalam melaporkan kejadian dera, pihak guru antara
golongan yang dipertanggungjawabkan melalui undang-undang bagi mengatasi masalah ini.
3.5 JIRAN TETANGGA DALAM MELAPORKAN KES DERA
Menurut Jal Zabdi(2002), pihak yang telah diwajibkan untuk melaporkan kes penderaan
pada kebiasaannya akan melaporkan kes dera setelah ia berlaku dan berkemungkinan
telah sampai ke tahap kritikal. Oleh sebab itu, wujud cadangan untuk menjadikan jiran
juga sebagai pihak yang diwajibkan melaporkan kejadian dera dan hal ini secara tidak
langsung mampu menjadikan penglibatan masyarakat umum dalam “membuka mulut”
apabila mereka tahu wujudnya kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Masyarakat
Malaysia sememangnya terikat dengan norma dan budaya ketimuran yang masih
menebal.Masyarakat sering kali berpendapat bahawa mengambil tahu atau mencampuri
urusan rumah tangga orang atau dalam istilah perumpamaannya “menjaga tepi kain
orang” merupakan satu perkara yang perlu dielakkan. Namun begitu, dalam kes penderaan
, peranan jiran tetangga amatlah ditagih bagi memastikan kejadian dera dapat dilaporkan
kepada pihak pelindung secepat mungkin. Jiran merupakan kelompok yang berada paling
hampir dengan kediaman kita, mungkin dengan penglibatan jiran ia dapat mengelakkan
kes penderaan itu mecapai tahap kritikal.Dalam hal ini, kelompok masyarakat perlu lebih
memikirkan soal keselamatan berbanding dengan pegangan norma mereka. Masyarakat
sekeliling perlu ada rasa bertanggungjawab dalam melaporkan kejadian yang disyaki
sebagai dera yang berada di sekeliling mereka.

10

4.0 KERAHSIAAN IDENTITI PEMBERI MAKLUMAT
Isu yang kerap timbul dalam hal penyaluran maklumat kes penderaan ini ialah kerahsiaan
identity

pemberi

maklumat. Dalam

hal

ini, seksyen

116(1)

telah

memperuntukkan

perlindungan identiti pemberi maklumat:
“Mana-mana orang yang memberikan apa-apa maklumat bahawa seseorang kanakkanak memerlukan perlindungan tidak menanggung apa-apa liability kerana fitnah
atau selainnya berkenaan dengan pemberian maklumat itu.”
Walau bagaimanapun, pihak berkenaan perlulah membuktikan bahawa maklumat yang
diberikan haruslah suci hati(Jal Zabdi,2002). Selain itu, sekyen 116 juga ada menyediakan
beberapa peruntukkan tambahan yang bagi memastikan perlindungan identity pemberi
maklumat benar-benar dilindungi. Menerusi beberapa subseksyen:
(3) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (4) dan (6), seseorang
saksi dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah tidak boleh dikehendaki atau
dibenarkan untuk mendedahkan nama dan alamat seseorang informer atau isi maklumat
yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin
menyebabkan informer itu diketahui.

Dalam subseksyen 4 pula, ia memperuntukkan bahawa jika keterangan yang hendak
dikemukakan di mahkamah dalam bentuk dokumen yang mana di dalamnya terdapat
catatan tentang nama atau maklumat tersebut hendaklah ditutup atau dilindungi setakat
mana yang perlu bagi melindungi identity informer.Bagi subsekyen 5 pula,ia menjelaskan
peruntukkan

perlindungan

informer

bagi

pihak-pihak

yang

dikenakan

tugas

untuk

memaklumkan.
Walau bagaimanapun, perlindungan kepada pemberi maklumat akan diketepikan

jika

mahkamah mendapati bahawa terdapat unsur-unsur maklumat palsu atau tidak benar
seperti mana yang diperuntukkan dalam seksyen 116(6):

11

“Jika semasa perbicaraan bagi apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, Mahkamah selepas
siasatan penuh ke atas kes itu mempercayai bahawa informer itu dengan sengaja
membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah
palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain
Mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara
pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa identiti informer itu diketahui, maka sah bagi
Mahkamah untuk menghendaki supaya aduan asal, jika bertulis, dikemukakan, dan
membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya mengenai informer
itu.”
Ringkasnya, dalam konteks kerahsiaan pemberi maklumat,informer sememangya sudah
dilindungi dengan peruntukkan undang-undang seperti yang di atas dan tidak timbul isu
informer diancam oleh mana-mana pihak kerana laporannya. Berkenaan dengan laporan
palsu pula, akta ini juga ada peruntukkan tertentu yang boleh mengetepikan Jadi perkara
ini perlulah disebarluaskan bagi memastikan semua lapisan masyarakat tahu akan
kewujudan peruntukkan ini. Hal ini mungkin mampu meyebabkan orang ramai berani
tampil kehadapan untuk melaporkan kejadian dera dan pengabaian yang berlaku di
sekeliling mereka.
Jadi setelah penjelasan dan klasifikasi pihak yang bertanggungjawab dengan laporan
penderaan dan perlindungan informer, kini tiba masanya untuk pembabitan kempen-kempen
melalui media massa mengenai pelaksanaan laporan mandatori ini.Dalam sebuah kajian
oleh

The VicHealth (2009) National Survey on Community Attitudes to Violence Against

Women, kempen melalui media massa sememangnya mendatangkan manfaat yang sangat

tinggi dalam menggalakkan masyarakat melaporkan kejadian dera atau pengabaian. Kajian
itu juga menerangkan kaedah terbaik dalam menjalankan kempen ialah kempen menerusi
kumpulan sasaran. Misalnya, bagi kelompok orang muda, kempen perlulah menerusi laman
sosial dan menggunakan elemen-elemen yang terkini manakala bagi golongan yang
berusia, kempen perlulah seiring dengan zaman mereka. Selain itu, bagi memastikan

12

masyarakat benar-benar membuka mulut dalam kes penderaan dan pengabaian, pihak
kerajaan perlulah mengua-uarkan talian hotline yang dinamakan Talian Nur 15999 yang
berfungsi sebagai tempat untuk melaporkan kejadian penderaan ataupun pengabaian kanakkanak.Jika

perkara

ini

boleh

disebarkan

secara

meluas, maka

masyarakat

umum

berkemungkinan akan cuba melaporkan kejadian dera yang berlaku di sekitar mereka.
Kesimpulannya, dalam proses meningkatkan penglibatan masyarakat dalam melaporkan
kejadian dera ini, semua pihak perlu memainkan peranannya secara maksima tanpa
wujudnya sebarang prejudis atau diskriminasi. Hal ini kerana kanak-kanak ialah insan
yang lemah dan tak berdaya, jadi, sekiranya mereka dianiaya, mereka tidak mampu
melakukan apa-apa tanpa bantuan daripada orang sekeliling mereka. Dengan adanya
penglibatan masyarakat umum, maka secara tidak langsung masalah penderaan dan
pengabaian ini dapat dikurangkan dan masa depan kanak-kanak mungkin akan lebi
terjamin. Kaedah menambahKan kategori individu yang bertanggungjawab dalam undangundang dari yang sedia ada dilihat sebagai altenatif terbaik bagi menggalakkan orang
ramai “membuka mulut” apabila mengetahui perlakuan kes dera dan menyebarluaskan
maklumat berkenaan laporan mandatory melalui kempen membolehkan masyarakat cakna
tentang

adanya

peruntukkan

undang-undang

tersebut

serta

perlindungan

kepada

informer.Akhir sekali, diharapkan dengan wujudnya pindaan yang dicadangkan makan kes
penderaan ini dapat dikurangkan.

13

6.0 LAPORAN MANDATORI DALAM KONTEKS KES KEGANASAN RUMAH
TANGGA
Selain

penderaan

kanak-kanak, perkara

yang

kerap

berlegar

dalam

ruang lingkup

masyarakat kita ialah kes keganasan rumah tangga. Konsep operasionalnya sama dengan
penderaan kanak-kanak namun ianya melibatkan kelompok yang telah berumah tangga
dan jumlahnya kian meningkat saban hari serta ada kes yang hingga membawa
kematian.Wujud cadangan untuk mewajibkan
rumah

tanggan

seperti mana

yang

telah

pihak terdekat melaporkan kes keganasan
diperuntukkan

dalam

Akta

Kanak-kanak

2001.Namun yang menjadi persoalan, adakah ianya sesuai diimplemenkan dalam konteks
rumah tangga.
Jika merujuk kepada situasi semasa, sudah tiba masanya untuk pihak berwajib meminda
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 supaya meletakkan tanggungjawab melaporkan
kejadian keganasan rumah tangga sebagai

suatu

yang wajib dari sudut undang-

undang.Hujah kerelevanan pelaksanaannya disandarkan pada kajian Coulter dan Chez(1997)
berkenaan kewajiban melaporkan kes keganasan rumah tangga. Dalam kajian ini, mangsamangsa keganasan rumah tangga diberikan 14andat soal selidik yang mengandungi
beberapa item berkaitan dengan laporan 14andatory dan hasilnya, 53% golongan tersebut
menyatakan bahawa laporan keganasan kepada pihak berkuasa boleh menyedarkan
pasangan mereka betapa seriusnya masalah ini dan secara keseluruhannya 73% mangsa
menyatakan bahawa pengimplementasian “mandatory reporting” dalam kes penderaan
merupakan jalan yang paling baik dalam memerangi masalah ini.Hal ini menunjukkan
bahawa mangsa keganasan rumah tangga merasakan amat perlu untuk pihak-pihak
disekitarnya membantu mereka melaporkan kes keganasan yang berlaku.
14

Dari segi model pelaksanaanya, negara kita telah melaksanakan konsep “mandatory
reporting” ini dalam Akta Kanak-Kanak 2001 dan ia tidak menjadi masalah yang begitu
rumit. Pihak berwajib boleh meletakkan kategori-kategori seperti dalam seksyen 27,28 dan
29 seperti dalam akta kanak-kanak 2001. Dalam konteks keganasan rumah tangga,pihak
pengamal perubatan perlu dipertanggungjawabkan dalam hal melaporkan kes keganasan
rumah

tangga. Kajian Coulter

dan

Chez(1997)

mendapati

bahawa

83%

responden

menyatakan bahawa pengamal perubatan perlu menjadi orang pertama yang melaporkan
keganasan

rumah

tangga

setelah

melakukan

pemeriksaan.Hal

ini

kerana

pengamal

perubatan ada bukti teknikal yang kukuh dalam laporan perubatan mereka dan secara
tidak langsung ia mampu menjadi bahan bukti dalam perbicaraan.
Bagi golongan ahli keluarga dan jiran tetangga, wujud argumentasi dalam kalangan
pengkaji terdahulu mengenai tanggungjawab melaporkan ini. Hal ini kerana Hyman dan
J.D(1997) dan

Hill(2001)

menyatakan

bahawa

mangsa

keganasan

rumah

tangga

kebiasaanya merupakan orang yang telah dewasa dan mampu menilai secara kritikal suatu
keputusan dalam hidupnya. Tambah beliau lagi, dari sudut psikologikal, mangsa keganasan
rumah tangga akan lebih tertekan apabila wujud pihak yang melaporkan kejadian yang
berlaku ke atasnya tanpa pengetahuannya. Keganasan rumah tangga ianya berbeza dari kes
penderaan kanak-kanak yang mana mangsa penderaan ialah golongan yang masih tidak
mampu berfikir secara kritikal dalam membuat keputusan dan mereka kurang arif tentang
perilaku jenayah (Hyman dan J.D,1997).
Hasil laporan Evaluation of the Impact of Mandatory Reporting of Domestic and Family
Violence

2012

di

Australia

mendedahkan

bahawa

apabila

laporan

mandatory

ini

diperkenalkan, pihak berkuasa Australia mendapati bahawa kebanyaka informer yang terdiri
15

daripada golongan jiran tetangga dan ahli keluarga sukar untuk mengklasifikasi bentuk
keganasan rumah tangga dan laporan mereka kebanyakkannya tidak tepat. Kesannya, pihak
berkuasa mengalami kesukaran untuk mendapatkan maklumat sebenar dan apabila laporan
sedemikian

dilakukan, kebanyakkan

mangsa

akan

menyembunyikan

diri

daripada

ditemubual pihak berkuasa. Laporan ini juga mendedahkan bahawa kebanyakan jiran
tetangga dan ahli keluarga melakukan laporan secara bertindih dengan deskripsi maklumat
yang berbeza sama ada melalui panggilan telefon dan laporan terus ke balai polis.
Dari perspektif peribadi informer, laporan ini menjelaskan bahawa kebanyakan informer
atau saksi yang ditembubual menyatakan bahawa mereka sebolehnya enggan melaporkan
kejadian

keganasan

rumah

tangga ini

kerana

mereka

takut

bahawa

pelaku

akan

dipenjarakan jika didapati bersalah dan menjejaskan struktur kekeluargaan mereka.
Dalam sudut yang positif, laporan itu memperlihatkan setelah pengimplementasian laporan
mandatory

ini, kebanyakkan

kelompok

masyarakat

mulai

sedar

tentang

fenomena

keganasan rumah tangga dan masyarakat merasakan bahawa ianya merupakan satu
tanggungjawab bersama untuk memerangi masalah ini. Kesedaran ini bertambah setelah
adanya papan kenyataan dan kempen-kempen berkenaan dengan perlaksanaan laporan
mandatory dalam kes keganasan rumah tangga. Kenyataan tersebut selari dengan hasil
kajian
Women

impak

The VicHealth (2009) National Survey on Community Attitudes to Violence Against

yang mendapati bahawa kempen melalui media massa
yang

besar

kepada

masyarakat

di

sana

dan

sememangnya memberi

kebanyakkan

golongan

yang

melaporkan kejadian keganasan rumah tangga ialah golongan belia yang mana mereka
lebih terdedah dengan media massa. Kebanyakkan masyarakat di sana juga mula berani
menegur jiran mereka jika mereka mendapati bahawa berlakunya keganasan rumah tangga
16

dalam keluarga jiran mereka dan mengancam akan melaporkannya kepada pihak berkuasa
sekiranya perbuatan itu masih berlanjutan.
Berdasarkan fakta yang dikemukakan, dalam konteks Malaysia, andainya pihak berwajib
mahu melaksanakan laporan mandatory dalam kes keganasan rumah tangga, maka perkara
pertama sekali yang perlu diperincikan ialah klasifikasi bentuk keganasan rumah tangga
agar

tidak

berlaku

percanggahan

maklumat

atau

maklumat

kurang

tepat

dan

menyenaraikan pihak mana yang perlu diberi tanggungjawab untuk melakukan laporan kes
keganasan rumah tangga. Selain itu, semasa tahap awal pelaksanaan laporan mandatori ini
di Australia(2009-2012), pihak kerajaan di sana menyediakan dana yang banyak untuk
memperkukuhkan pelaksanaan laporan mandatory yang merangkumi aspek latihan khas
untuk pegawai tertentu yang terlibat dalam kes keganasan rumah tangga, kempen-kempen,
peyemakan semula kandungan undang-undang berkaitan.Jadi, untuk melaksanakannya di
Malaysia, kita perlu menyediakan dana yang banyak bagi memastikan kelancaraan
pendekatan laporan mandatory ini.
Kesimpulannya, setelah mengambil kira laporan pelaksanaan di Australia dan kajian-kajian
ahli akademik terdahulu, sememangnya sudah tiba masanya untuk Malaysia meminda Akta
Keganasan

Rumah

Tangga

1994

dengan

memasukkan

laporan

mandatori

sebagai

komponen akta tersebut walaupun ada beberapa dapatan kajian yang bertentangan dengan
pelaksanaan ini.Namun atas prinsip kemanusiaan dan melindungi nyawa manusia, pindaan
ini merupakan suatu kaedah yang terbaik bagi membendung masalah keganasan rumah
tangga. Walau bagaimanapun, penelitian yang menyeluruh menerusi kajian-kajian ilmiah
perlu dilaksanakan dari sudut kategori individu yang mempunyai tanggungjawab, klasifikasi
dan perincian kes keganasan rumah tangga itu sendiri serta pelaksaan diperingkat
17

pentadbiran. Dengan adanya pelaksanaan laporan mandatory ini, Malaysia sudah maju
setapak lagi dalam proses membanteras gejala keganasan rumah tangga.
7.0 RUJUKAN
1. Akta Kanak-kanak 2001(AKta 611) dan Peraturan-peraturan (International Law Book
Services).
2. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994(Akta 521)
(International Law Book Service).
3. National Survey on Community Attitudes to Violence Against Women 2009. (2009).
Australia: The Victorian Health Promotion Foundation.
4. Evaluation of the Impact of Reporting of Domestic and Family Violence
(2012). In N. T. D. o. C. a. Families (Ed.). Australia: KPMG International.
5. "Kes kanak-kanak didera membimbangkan’. (2012). Harian Metro.
6. Maklumat Asas Pendidikan:Portal Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan. (2014).
from http://emisportal.moe.gov.my/
7. Coulter M.L, Chez R.A. (1997). Domestic Violence Victim Support Mandatory
Reporting: For Others. Journal of Family Violence, 12(3), 349-356.
8. Hill, M. (2001). Mandatory Reporting of Domestic Violence. Current Surgery, 58(4).
9. Hyman.A, J.D. (1997). Mandatory Reporting of Domestic Violence by Health Care
Providers:A Policy Paper. San Francissco,CA: The Family Violence Prevention Fund.
10. Jal Zabdi Mohd Yusoff. (2002). Akta Kanak-kanak 2001:Tanggungjawab untuk
Memaklumkan. In N. T. Siti Zaharah Jamaluddin, Jal Zabdi Mohd Yusoff, (Ed.), Siri
undang-undang Mimi Kamariah : Akta Kanak-Kanak 2001 Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
11. Jal Zabdi Mohd Yusoff. (2003). Penderaan Seksual di bawah Akta Kanak-kanak 2001.
Journal of Social Administration, 2, 45-61.
12. Jal Zabdi Mohd Yusoff. (2009). Guru Sebagai Pelapor Statutori dalam kes Penderaan
dan Pengabaian Kanak-kanak di Malaysia. Journal of Social Administration, 6, 19-32.
13. Kempe, C.H. (1962). The Battered Child Syndrome. Child Abuse and Neglect, 14(4),
471-480.
14. Mariani Mansor, Asnarulkhadi Abu Samah. (2009). Kanak-kanak Mangsa Penderaan
Fizikal. Journal of Social Administration, 9, 33-46.
15. Pence, D.M, Charles A.Wilson,. (1994). Reporting and Investigating Child Sexual
Abuse. The Future of Children, 4(2), 70-83.
16. Safrizal Azmi. (2014). Trend bunuh kanak-kanak serius, Utusan Malaysia .
17. Shamsiah Abd.Rahman. (2001, 13-15 Julai). Working Together Fot The Protection of
Children. Paper presented at the National Seminar on Management of Child Abuse and
Neglect, Kuala Lumpur.

18

19