Otak dan Minda Anugerah Tuhan Yang Boleh

Otak & Minda : Anugerah Tuhan Yang Boleh Dipertingkatkan
Samhani Ismail
Dewan Kosmik, DBP, 2009

Untuk mengingati nama sendiri, mengingati tarikh lahir ibu­bapa, nombor telefon
kawan­kawan  dan  memandu kenderaan –  segalanya   memerlukan   ingatan yang
cekap dari diari minda kita. Mengingat adalah suatu kerja yang bukan rumit tetapi
kadang­kala   ia   terlalu   sukar   bagi   sesetengah   orang.   Bagaimanakah   minda   kita
melakukan kerja mengingat? Kenapa kita mengingat sesuatu perkara dengan jelas
tetapi terlupa pada perkara lain? Kenapa pula daya ingatan terjejas di kala usia
meningkat   tua?   Bolehkah   daya   ingatan   kita   dipertajam?   Untuk   menjawab
persoalan ini mari kita singkap keistimewaan memori manusia.
Tentang Otak
Mengingat   adalah   kerja   penting   yang   dilakukan   oleh   otak.   Otak   adalah   organ
untuk mengingat, berfikir, bercakap, dan mengawal emosi. Otak merupakan pusat
kawalan badan manusia yang berbentuk umpama jeli dengan berat 1.4 kilogram.
Otak  mempunyai  tiga   bahagian  utama   iaitu  serebrum,  sereblum,  dan  medula
oblongata. Persoalan di sudut manakah tersimpannya memori dalam otak masih
menjadi tanda tanya dalam kalangan saintis semenjak 200 tahun dahulu. Pakar
neuroanatomi  Jerman, Franz Joseph Gall dan Flourens   telah banyak memberi
sumbangan   dalam   menyelesaikan   masalah   ini.   Gall   orang   pertama   yang

mencadangkan   bahawa   kawasan   berbeza   pada   otak   mempunyai   fungsi   yang
berbeza.   Seterusnya   Flourens   menjelaskan   cadangan   Gall   pada   1820,
menyimpulkan bahawa fungsi sensor dan motor terletak pada lapisan yang lebih
dalam, dan di sinilah proses intelek berlaku. Selepas abad ke­19, ilmu tentang
anatomi dan fungsi otak semakin bertambah dengan pesat.
Bagaimana Proses Mengingat?
Ingatan jangka pendek adalah tidak stabil dan boleh berakhir dalam masa beberapa
minit sahaja manakala ingatan jangka panjang adalah stabil dan kekal sehingga
beberapa   hari,   berbulan­bulan   malah   mungkin   seumur   hidup.   Pengulangan
seringkali   dikaitkan   sebagai   kaedah   terbaik   yang   boleh   menjadikan   ingatan
tersebut berkekalan sebagai ingatan jangka panjang. Penemuan terbaru dan paling
penting oleh Kandel adalah bagaimana  daya ingatan atau memori dibentuk untuk
mengingat sesuatu untuk jangka masa pendek ataupun panjang. Untuk membentuk
ingatan   jangka   panjang,   sejenis   protein   akan   dihasilkan.   Protein   amat   penting

dalam kehidupan­berfikir, bergerak, semuanya menggunakan protein yang wujud
dalam badan. Tetapi untuk membentuk memori, kita memerlukan sejenis protein
baru   yang   harus   dibina   untuk   menyimpan   maklumat   tersebut.   Pembentukan
protein ini berdasarkan arahan daripada gen yang akan menentukan protein apakah
yang akan terhasil. Sejenis  neurotransmitter, iaitu  serotonine  turut memainkan

peranan   yang   penting   dalam   proses   mengingat.   Neurotransmitter   adalah   bahan
kimia yang membawa maklumat dari satu neuron ke neuron seterusnya dengan
melintasi   simpang   yang   dinamakan  sinaps.   Mengikut   Cordosa,   seorang  ahli
psikobiologi  dari   State   University   of   Campinas   di   Brazil,   “Setiap   kali   kita
memperolehi   satu   pengetahuan   atau   pengalaman   baru,   satu   sinaps   akan
timbul.” Ujian imbasan terhadap otak telah membenarkan kata­kata ini di mana
otak seseorang yang pakar pada bidang tertentu mempunyai lebih banyak sinaps,
yang berkemungkinan khusus untuk kemahirannya.

Mengapa Mudah Lupa?
Kita   sudah   mengetahui   bahawa   untuk   mengingat,   sejenis   protein   tertentu
diperlukan, dan dengan kaedah mengulang, kita boleh mengingat sesuatu perkara
dengan lebih lama. Namun tahukah kita apakah yang membentuk keseimbangan
antara   ingat   dan   lupa   ?   Sejenis   molekul   kecil   iaitu  CREB  telah   dikenalpasti
merupakan   suis   bagi   penghasilan   protein   yang   diarahkan   oleh   gen   seterusnya
menjadikan kita ingat akan sesuatu.  CREB  terdapat dalam dua bentuk.  CREB
Pengaktif  akan   mengikat   pada  DNA,   seterusnya   memasang   gen   tertentu,
menyebabkan   terbentuknya   protein.  CREB   Penghalang  pula   bertindak
menggangu   tindakan   CREB   Pengaktif   dan   menghalang   pembentukan   memori.


Kandel turut menjangkakan kejadian dementia seperti Penyakit Alzheimer turut
diakibatkan oleh gangguan pada CREB Pengaktif.

Meningkatkan Daya Ingatan
Otak   merupakan  organ  manusia   yang  paling  istimewa.   Dengannya   menjadikan
manusia   makhluk   rasional   yang   paling   sempurna.   Otak   harus   diasah   agar
potensinya bertambah tajam dan menjadi lebih aktif untuk menjalankan fungsi­
fungsinya dengan lebih cekap. Begitu juga sebaliknya, jika otak dibiarkan tanpa
sebarang   aktiviti   yang   menggerakkannya,   ia   akan   menjadi   lesu   dan   tumpul.
Aktiviti   kecerdasan   seperti   berfikir,   bermain   permainan   yang   merangsang   otak
untuk   berfikir,   membaca   bahan   ilmiah   dan   sebagainya   mampu   meningkatkan
ketajaman otak anda. Mempelajari bahasa asing adalah satu senaman untuk otak.
Hanya orang­oang tertentu sahaja yang mampu menguasai lebih dari satu bahasa.
Kanak­kanak   lebih   mudah   mempelajari   bahasa   asing   berbanding   mereka   yang
berusia. Meskipun begitu, tidaklah bermakna orang tua tidak boleh mempelajari
bahasa kedua. Para intelek rata­rata mempelajari bahasa asing pada umur 20an.
Bahkan  ada   yang  mampu  belajar   berkomunikasi   bahasa   asing  pada   usia   40an.
Dalam   satu   penyelidikan   yang   dilakukan   oleh   para  neurosaintis  di   Eropah,
mereka mendapati bahawa proses pembelajaran bahasa asing mampu mengubah
anatomi   otak.   Jirim   kelabu   otak  iaitu   bahagian   yang  mengolah  informasi  akan

berkembang   dengan   pesat   umpama   setelah   melakukan   olahraga.   Sebagaimana
telah dimaklumi oleh para ilmuan sebelum ini bahawa otak mampu mengubah
kemampuan strukturnya akibat ransangan, memang diakui bahawa kapasiti otak
akan   bertambah   dengan   pembelajaran   bahasa   asing.   Penelitian   pada   otak   telah
menunjukkan mereka yang menguasai lebih dari satu bahasa mempunyai sel­sel
kelabu yang lebih banyak dan padat terutama jika mereka menguasainya semenjak
kecil.

Di   samping   itu,   di   dapati   anak­anak   yang   mengikuti   program   bahasa   asing
(bilingual) menunjukkan perkembangan yang lebih pesat dalam proses kognitif,
kreativiti   dan  divergent   thinking  berbanding   anak­anak  monolingual.   Mereka
yang bilingual juga didapati mengalami kemerosotan mental yang lebih lambat.
Ramai   yang   mengatakan   bahawa,   ‘   mempelajari   bahasa   asing   menghabiskan
kapasiti   memori   yang   sepatutnya   digunakan   untuk   tujuan   yang   lebih   penting.’
Sebenarnya   tanggapan   sebegini   adalah   tidak   benar.   Ini   sebab   semakin   banyak
maklumat   yang   diperolehi,   semakin   banyak  unjuran   glia  yang   akan   tumbuh.
Unjuran   glia  telah   dikenalpasti   berfungsi   menyimpan   maklumat   di   otak
sebagaimana yang dilakukan oleh simpang sinaps. Kehidupan kita keseluruhannya
bergantung kepada daya ingatan, dan daya ingatan inilah yang menjadikan siapa
diri kita hari ini. Daya ingatan boleh meningkat atau menurun bergantung kepada

amalan kehidupan kita seharian.  Beberapa perkara yang boleh meningkatkan
ketajaman minda seseorang :
o Membaca dan menghafaz Al­Quran boleh meningkatkan ketajaman
minda   seseorang.   Ini   terbukti   apabila   para   huffaz   (penghafal
AlQuran) di seluruh dunia tidak pernah direkodkan sebagai pesakit
gangguan mental ataupun masalah nyanyuk.
o Meransang   pertumbuhan   minda   anda   ke   tahap   yang   optima.   Beri
minda anda cabaran dan belajarlah kemahiran­kemahian baru yang
berbeza   dari   bidang   anda.   Jika   anda   seorang   jurutera,   belajarlah
berkarya, jika anda seorang suri rumah, belajarlah Bahasa Perancis.
o Melaungkan   idea   dengan   kuat   boleh   menukarkan   ingatan   jangka
pendek kepada jangka panjang.

o Gunakan kaedah mnemonik untuk mengingati langkah­langkah atau
fakta­fakta penting. Jangan hafal semua perkara.
o Ambil vitamin yang boleh membantu menguatkan memori anda.
o Minum   air   yang   cukup   .   Kajian   menunjukan  dehidrasi  boleh
mengganggu   memori,   menyebabkan   kekeliruan   dan   kesukaran
berfikir.
o Dapatkan tidur yang cukup. Tidak cukup tidur boleh menyebabkan

gangguan pada konsentrasi dan proses penyimpanan maklumat.
o Jauhkan diri anda dari bahan­bahan kimia yang boleh merosakkan
minda seperti merokok, mengambil alkohol, dadah, dan telalu kerap
menonton television atau mendengar radio.