Guru Granth Sahib Peranan dan Kedudukan

1

KANDUNGAN

HALAMAN

1. PENGENALAN

2

2. GURU GRANTH SAHIB

3

3. AJARAN-AJARAN DI DALAM GURU GRANTH SAHIB

5

4. PERANAN GURU GRANTH SAHIB

10


4.1 HARI MELAHIRKAN ANAK
4.2 PERKAHWINAN
4.3 KEMATIAN

5. RUMUSAN

RUJUKAN

13

14

2

1. PENGENALAN
Agama Sikh merupakan agama kelima yang terbesar dan yang teramai penganut di dunia.
Penganut agama Sikh turut di gelar sebagai Sikh yang membawa maksud ‘pengikut, pelajar atau
pencari kebenaran’. Dalam mengembangkan agama Sikh, terdapat sepuluh orang Guru yang
memainkan peranan penting. Guru-Guru tersebut ialah:

i.

Guru Nanak

ii.

Guru Angad

iii.

Guru Amar Das

iv.

Guru Ram Das

v.

Guru Arjan


vi.

Guru Hargobind

vii.

Guru Har Rai

viii.

Guru Har Krishan

ix.

Guru Tegh Bahadur

x.

Guru Gobind Singh


Kesepuluh Guru-Guru tersebut memainkan peranan penting dalam membentuk ajaran serta
disipilin-disiplin agama Sikh yang mana akhirnya dikumpulkan ke dalam satu kitab yang disebut
sebagai Guru Granth Sahib. Kitab ini akhirnya menjadi sebagai satu kitab suci yang melakari
kehidupan masyarakat Sikh bermula daripada aspek kelahiran hingga kepada kematian.

3

2. GURU GRANTH SAHIB
Guru Granth Sahib atau turut dikenali sebagai Adi Granth merupakan kitab suci utama bagi
agama Sikh. Bagi menamakan kitab suci Sikh, penggunaan Adi Granth adalah yang terawal di
mana perkataan Granth membawa maksud koleksi, antologi atau buku manakala perkataan Adi
membawa maksud pertama atau utama. Penamaan kitab ini sebagai Guru Granth Sahib muncul
selepas tahun 1708 apabila guru kesepuluh melantik kitab tersebut sebagai warisnya. (Ellode
1983 : 28)
Guru Granth Sahib ini telah dihimpunkan oleh Guru Arjan Dev pada tahun 1604 di
Amritsar dengan menggunkan bahan-bahan yang telah dikumpulkan oleh Guru Nanak iaitu
pengasas agama Sikh dan daripada Guru Amar Das iaitu Guru ketiga dalam agama Sikh yang
turut membuat beberapa penambahan sendiri. Penulis atau penyalin kitab suci ini adalah Bhai
Gurdas. (Ellode 1983 : 28)
Guru Granth Sahib yang asal adalah terletak pada sabda-sabda oleh Guru Nanak. Selain

itu, terdapat juga dakwaan lain yang menyatakan bahawa terdapat koleksi-koleksi sabda lain
yang turut dikumpulkan semasa hayat Guru Nanak. Pertama ialah di dalam Puratan Janam
Sakhi, menyatakan bahawa seorang pengikut Sikh iaitu Mansukh menghabiskan tiga tahun di
Kartarpur untuk menyiapkan pothi dibawah seliaan Guru Nanak. Selain daripada itu, semasa
Guru Nanak melawat Mekah, Bhai Gurdas menyatakan bahawa ‘he carried a staff in his hand, a
book under his arm, a water pot and a prayer carpet for the call to prayer’. Buku ini yang
dikatakan mengandungi bani daripada Farid, Namdev, Kabir serta sabda-sabda lain sebelum
Guru Nanak yang dijumpai di dalam Guru Granth Sahib yang terdiri daripada mereka yang
beragama Sikh, Hindu serta Islam. Antara mereka yang turut menyumbang di dalam Guru
Granth Sahib ialah:
i.

Jaidev- Hindu

ii.

Sheikh Farid- Islam

iii.


Namdev- Hindu

iv.

Trilochan- Hindu

4

v.

Sadhna- Islam

vi.

Kabir- Islam

vii.

Bhikhan- Islam


viii.

Surdas- Hindu

ix.

Sundar- Sikh

x.

Kumpulan penyair yang dinamakan ornag-orang Bhat

Guru Granth Sahib kebiasaannya akan diletakkan di atas meja atau tempat yang lebih
tinggi di dalam Gurdwara iaitu rumah ibadat agama Sikh. Hal ini adalah kerana masyarakat Sikh
menganggap Guru Granth Sahib sebagai seorang raja yang sedang bersemayam di atas
singgahsananya. Semasa penganut agama Sikh berkumpul untuk bersembahyang, seorang
penganut akan pergi berhampiran dengan Guru Granth Sahib dan mengipasnya dengan satu kipas
(chawr). Selain itu, apabila seseorang penganut itu hendak menghadap Guru Granth Sahib
hendaklah dia menyembah kitab itu seolah-olah mengadap seorang raja. Disamping itu, mereka
hendaklah sujud ke lantai dan memberikan wang persembahan (nazrana).

Bagi penganut agama Sikh juga, sekiranya terdapat bilik khas untuk Guru Granth Sahib,
maka penghormatan yang dibuat adalah sama seperti yang dilakukan di Gudwara. Namun begitu,
ia bukanlah bermaksud penganut tersebut menyembah Guru Granth Sahib tapi adalah sekadar
menghormati semangat sabda-sabda Guru yang terdapat di dalamnya. (Gurbacan 1969:20-21)

5

3. AJARAN-AJARAN DI DALAM GURU GRANTH SAHIB
Di dalam kitab The Gospel of the Guru Granth Sahib yang ditulis oleh Duncan Greenless, M.A.
(Oxon), (The Theosophical Publisihing House, Adyar, Madras, India). Dalam kitab ini terdapat
beberapa ajaran dari sabda-sabda Guru agama sikh. Ajaran-ajaran tersebut ialah:
i.

Bagaimanakah alam ini terjadi?
Menurut agama Sikh tiada siapa melainkan Tuhan yang Maha Kuasa dimana dengan
kuasanya terjadilah alam yang berubah-ubah dari masa ke semasa.

ii.

Siapakah Tuhan?

Menurut kitab ini, Tuhan itu sentiasa ada tetapi ia tidak dapat dilihat. Dia adalah Raja,
Dia adalah Bapa, Dia adalah pengasih kepada semua yang dijadikannya di seluruh alam
ini. Dia terdapat di dalam seluruh alam ini dan Dia juga sebagai sebuah lautan yang suci.

iii.

Di manakah Tuhan?
Menurut Guru Granth Sahib Tuhan terdapat di dalam semua yang dijadikannya sebagai
rohnya.

iv.

Tidak adakah sebuah rumah sembahyang untuk Tuhan?
Menurut Guru Granth Sahib, di seluruh alam, di hati-hati tiap-tiap makhluk, di manamana sahaja namanya disebut itulah rumah sembahyang untuk Tuhan.

v.

Mengapa Tuhan menjadikan alam ini?
Menurut Guru Granth Sahib, Dia sentiasa suci. Dia menjadikan alam ini supaya dapat
peluang kepada diriNya memberikan apa yang Dia miliki kepada orang lain.


vi.

Adakah Dia behajat kepada sesuatu?
Oleh kerana Dia sempurna maka Dia tidak berhajat kepada sesuatu. Tetapi Dia hanya
berhajat supaya penganutnya tahu yang Dia kasihkan mereka.

6

vii.

Bolehkah kebendaan itu kekal?
Tidak. Kerana kebendaan itu terjadi oleh kehendak atau kuasa Tuhan. Semuanya itu akan
musnah apabila tidak dikehendaki lagi oleh Tuhan yang Maha Kuasa.

viii.

Kekalkah syurga dan neraka?
Tidak. Tiada apa-apa yang kekal melainkan Tuhan dan roh-roh yang bersatu dengan-Nya.


ix.

Adakah alam ini satu benda yang benar?
Oleh sebab alam ini dijadikan oleh Tuhan sendiri maka ia boleh dlihat secara fizikal.
Tetapi oleh kerana Tuhan yang menjadikannya maka Dia juga boleh membinasakannya.
Oleh itu barulah kita dapati alam ini bukanlah satu benda yang bebas dari kuasa Tuhan.
Jika kita bandingkan antara Tuhan dan alam maka kita dapati alam ini adalah seperti
bayang-bayang Tuhan atau satu mimpi malam.

x.

Alam ini baik atau buruk?
Dengan sendirinya alam ini baik kerana ia dijadikan oleh Tuhan sendiri. Tetapi alam ini
akan menjadi buruk bagi roh yang memilih alam ini lebih daripada Tuhan.

xi.

Apakah yang dikatakan dosa atau kejahatan?
Dengan sengaja melakukan perkara-perkara yang patut dikhidmatkan kepada Tuhan
tetapi dibuat untuk faedah diri sendiri dan mencari kesukaan dunia ini untuk kesukaan
sahaja. Maksudnya kita tahu perintah Tuhan tetapi kita tidak taat seperti yang
dikehendaki oleh Tuhan yang maha Kuasa itu.

xii.

Bagaimnakah kejahatan berlaku di dunia ini ?
Tuhan memberi kepada setiap orang akal dan bebas untuk memilih ketuhanan. Tetapi ada
orang yang salah pilih mereka hanya mementingkan diri mereka sahaja.

7

xiii.

Mengapa Tuhan membiarkan kejahatan itu ada?
Supaya setiap orang dapat mempelajari melalui pendapatnya sendiri bagaimana hendak
menyelamatkan dirinya dan menunjukkan kasih kepada Tuhan. Dengan ini manusia boleh
mendapat kebaikan yang boleh menyatukan mereka dengan Tuhan.

xiv.

Apakah Tuhan yang jadikan kejahatan yang menguasai dunia ini?
Tuhan menghantar pesuruhnya dengan kuasanya untuk menunjukkan dan mengilhamkan
kepada manusia dalam kehiupan yang sebenarnya dan untuk menarik kepercayaan
kepada Tuhan dengan contoh-contoh yang diberikan.

xv.

Wujudkah syaitan dalam agama Sikh?
Orang yang membuat dosa adalah syaitan tetapi tidak ada siapa yang boleh melawan
Tuhan yang Maha Kuasa itu.

xvi.

Siapakah manusia?
Manusia adalah keturunan Tuhan. Manusia boleh binasa bila dia menyatukan dirinya
dengan perkara dunia yang fana tetapi ia tidak akan binasa jika dia dapat menyatukan
rohnya dengan Tuhan.

xvii.

Mengapakah Tuhan menjadikan manusia?
Supaya sejenis kejadian yang hidup boleh memilih dan sayang kepada kepada Tuhan dan
pada akhirnya boleh bersatu dengan Tuhan,

xviii.

Darimankah datangnya roh itu?
Roh itu datang dari Tuhan sebagai satu percikan api dan sebagai satu ombak dari laut.
Roh ini bebas semasa didunia. Mungkin roh ini bersih selama-lamanya atau mungkin
juga bercampur dengan perkara kotor. Tetapi pada akhirnya ia akan kembali pada Tuhan.
Apabila kembali kepada Tuhan sebarang azab tentang perkara kotor tadi adalah
datangnya dari dirinya sendiri.

8

xix.

Apakah kewajipan manusia di atas muka bumi ini kepada Tuhan, kepada orang lain dan
kepada dirinya sendiri?
Kewajipan manusia di atas bumi ini ialah sayang dan menyembah Tuhan, selalu ingat
Tuhan hadir dalam hatinya dan melakukan sesuatu dengan nama Tuhan. Berkhidmat dan
menolong manusia dengan merendahkan diri,lemah lembut dan berani. Cita-citanya ingin
menjadi penganut Tuhan dan membuat kerja di atas muka bumi ini dengan taat setia
kepada Tuhan supaya mendapat mutu yang boleh menolongnya bersatu dengan Tuhan.

xx.

Bagaimanakah manusia itu boleh menjadi bebas?
Berhubung dengan Gurunya, mengingati Tuhan setiap masa, taat setia kepada
kewajipannya dengan demikian soal mementingkan diri sendiri akan musnah dan seorang
itu akan sedar bahawa dirinya tiak berbeza dengan Tuhan.

xxi.

Bolehkah manusia membuat ini dengan tidak ada sebarang pertolongan?
Tidak. Untuk mendekati dengan Tuhan kurnia Tuhan adalah yang paling penting sekali.

xxii.

Bagaimana Tuhan menolong manusia?
Apabila manusia ini bersedia Tuhan mendatangkan peluang melalui pangajaran agama
yang mencontohi perhubungan dengan Tuhan.

xxiii.

Mengapa Tuhan tidak memberi pertolongan ini kepada semua orang?
Dengan kehendak Tuhan semua orang mesti ada harapan untuk mendapat pertolongan itu.
Tetapi manusia apabila mereka dihantar ke dunia mereka bebas untuk mencari jalan
untuk kehidupan mereka. Jika mereka ingin pertolongan ini mereka mesti bersungguhsungguh untuk mendapatkannya. Ketika roh itu telah bersedia Kurnia Tuhan akan
diturunkan melalui ajaran agama untuk member petunjuk kepada mereka.

xxiv.

Apakah keputusan perlakuan yang sebenarnya?
Di dalam dunia ini kebaikan akan menarik pengurniaan Tuhan. Oleh itu roh itu akan
dibawa untuk diserahkan dan disatukan dengan Tuhan. Kemudian Tuhan akan menarik
roh itu kepadanya supaya roh itu tidak jatuh lagi ke dunia.

9

xxv.

Apakah yang akan terjadi kepada orang yang kejam?
Dalam hidup ini mereka melalui hidup yang susah kerana Tuhan tidak member
keberkatan kepada mereka. Selepas mereka mati roh mereka berpusing-pusing kerana
perbuatan mereka itu. Kemudian apabila giliran mereka menjadi manusia semula sekali
lagi mereka akan dapat peluang untuk membaiki hubungannya dengan Tuhan.

xxvi.

Kalau begitu bolehkan roh itu kembali ke dalam tubuh manusia?
Tentu boleh, tetapi sehingga dia dapat menghindarkan dirinya daripada kesukaan dunia
dengan hati yang penuh dengan kemahuan sebenar kembali kepada Tuhan.

xxvii.

Apakah yang patut dibuat oleh orang yang berdosa supaya dapat mengelakkan daripada
rohnya berpusing?
Bertaubat dengan dosa-dosanya dengan terus menumpukan ingatan yang tidak berbelah
bagi kepada Tuhan. Mereka boleh melakukannya dengan mengamalkan ajaran agama.

xxviii.

Bagaimanakah manusia boleh menemui Tuhan yang Maha Kuasa?
Manusia melakukan perbuatannya dengan mengingati Tuhan dalam setiap masa. Oleh itu
hatinya menjadi suci dan Tuhan mendekatinnya.

xxix.

Bolehkah pengetahuan mengenai ketuhanan diberikan kepada seseorang kepada
seseorang yang lain?
Tidak, seorang Guru sahaja yang boleh melakukan demikian iaitu membuka pandangan
roh kepada cahaya Tuhan. Sebenarnya Tuhan sendiri memberikan pengetahuannya tetapi
melalui Guru.

xxx.

Siapakah Guru yang sebenarnya?
Tuhan itu berada dalam hati dan mengajar dengan mata hati. Guru itu bukanlah tubuh
badan seseorang itu. Kerana cahaya Tuhan itu boleh melalui hati yang suci atau kitab
yang suci. Maka itulah dipanggil Guru. (Gurbachan Singh 1969:52-57)

10

4. PERANAN GURU GRANTH SAHIB
Peranan Guru Granth Sahib dapat dilihat terutamanya di dalam pelbagai keraian-keraian atau
upacara-upacara tertentu.

4.1 HARI MELAHIRKAN ANAK
Pada hari seorang anak itu dilahirkan, ianya akan dianggap sebagai suatu yang setaraf dengan
pemberian daripada Tuhan. Wanita-wanita akan membuat karah parshad dan membawanya ke
Gudwara. Selain itu, romalla iaitu sutera atau kain bertenun benang emas juga akan dibawa
untuk diberikan kepada Guru Granth Sahib. Sabda-sabda daripada Guru Granth Sahib juga akan
dibaca. Antaranya ialah yang dikarang oleh Guru Arjan semasa kelahiran anaknya, Hargobind
dan juga oleh Guru kelima iaitu:
“The supreme Lord has given me his support, the abode of distress and disease is demolished.
Men and women alike make merry as God, the Lord masters has extended his mercy to them. O
saints, now there is peace everywhere” (Cole & Sambhi 1978 : 112)
Nama anak itu akan diberikan pada hari itu juga jika mengikut adat istiadat masyarakat Sikh di
Malaysia dan Singapura. Manakala jika di Punjab mereka akan menamakan atau memberi nama
kepada anak mereka pada hari keempat puluh anak itu dilahirkan.
Cara untuk menamakan anak mereka ialah dengan membuka Guru Granth Sahib dan
membaca sabda yang pertama pada muka surat tersebut dan di sebelah kiri dan diambil huruf
yang pertama. Oleh itu, huruf itu akan dijadikan huruf permulaan bagi nama anak tersebut.
Sebagai contoh, jika huruf pertama itu adalah huruf ‘S’ lalu budak itu akan dinamakan dengan
“Swaran Singh” jika kanak-kanak itu lelaki manakla jika kanak-kanak itu perempuan, dia akan
dinamakan “Sunderjeet Kaur”.
Setelah kanak-kanak itu diberi nama dan umurnya telah genap empat puluh hari maka
kanak-kanak ini di bawa oleh ibu bapa mereka dan saudara mara mereka berkumpul di sebuah
Gurdwara. Pada masa itu Imam atau ahli agama di Gurdwara itu memberi air gula yang telah di

11

bacakan sabda-sabda Guru Nanak I kepada anak itu dan dan ibunya. Air gula itu telah diasahkan
khanda di dalamnya. Upacara ini juga dinamakan Janam Sanskar.(Gurbachan Singh 1969:60)

4.2 PERKAHWINAN
Dalam adat istiadat perkahwinan pada mulanya seorang imam atau ahli agama menerangkan
kepada mereka yang hadir tentang tujuan mereka berkumpul pada hari itu. Selain itu juga imam
dalam agama Sikh akan menerangkan tujuan-tujuan berkahwin menurut pandangan dalam agama
Sikh dimana perkahwinan bukanlah seperti satu sosial kontrak tapi adalah penyatuan dua jiwa
kepada satu. Ini dianalogikan sebagai penyatuan manusia dan Tuhan yang merupakan matlamat
utama ketaatan kepada agama.(Gurbachan Singh 1969:61). Antara sabda-sabda yang dibacakan
semasa majlis perkahwinan ialah:
“The bride should knowno other man except her husband, so the Guru ordains. She alone is of
good family, she alone shines with light who is adorned with the love of her husband. There is
only one way to the heart of the beloved, to be humble and true and to do his bidding. Only thus
is true union attained. They are not man and wife who have physical contact only. Only they are
truly wedded who have one spirit in two bodies” (Cole & Sambhi 1978 : 116)
Seterusnya kedua-dua pengantin akan menghadiri majlis perkahwinan dan tunduk kepada
Guru Granth Sahib. Sebaik sahaja mereka duduk, ayah kepada pengantin perempuan akan
mengalungkan kalungan bunga kepada Guru Granth Sahib dan mengikatkan dupatta kepada
hujung kain skarf yang tergantung di bahu pengantin lelaki. Seterusnya, sabda ini akan
dinyatakan:
“Praise and blame I forsake both. I seize the edge of your garment. All else I let pass. All
relationship I have found false. I cling to thee, O my Lord”
Pendeta akan membuka Guru Granth Sahib pada mukasurat yang mengandungi lavan
daripada Guru Ram Das dimana ia merupakan sabda-sabda yang diciptakan olehnya semasa
perkahwinan anak perempuannya. Ayat pertama akan dinyanyikan manakala pasangan pengantin
pula akan berjalan mengelilingi Guru Granth Sahib mengikut arah putaran jam. Kemudian

12

mereka akan duduk danayat kedua pula dibacakan dan mereka akan melalukan putaran
mengelilingi Guru Granth Sahib buat kali kedua. Ritual ini dilakukan sebanyak empat kali.
(Cole & Sambhi 1978 : 116)

4.3 KEMATIAN
Apabila seseorang meninggal dunia hendaklah dimandikan mayatnya kemudian dipakaikan baju
yang lengkap lalu mayat itu dibawa ke tempat pembakaran (shamsan bhumi). Upacara ini
dilakukan pada hari itu juga kerana mayat tidak boleh disimpan lama dirumah.
Selepas mayat itu di bakar maka semua orang yang hadir pada masa itu hendaklah pergi
ke Gurdwara lalu sembahyang beramai-ramai dan kemudian mereka ini diberi makan halwa.
Pada masa inilah Guru Granth Sahib dibacakan. Pembacaan kitab suci ini dibaca di Gurdwara
atau di rumah si mati itu.
Dalam agama Sikh semua penganut yang hadir tidak dibenarkan menangis atas
pemergian si mati kerana menurut sabda Guru Nanak: “Mati, hidup, lahir, adalah Kuasa Tuhan”.
Sebab itulah itulah pembacaan kitab Suci itu dimulakan. Dengan keadaan demikian orang yang
datang menziarahi keluarga si mati tidak menangis atau meratap atas kematian itu tetapi datang
untuk mendengar bacaan kitab suci tersebut.
Selepas beberapa hari selepas itu atau pada masa lapang, ahli keluarga atau saudara-mara
si mati berkumpul dirumahnya atau Gurdwara untuk bersama-sama membaca doa memohon roh
simati itu kembali ke rahmat Tuhan. Selepas itu tidak dibenarkan untuk mengingati si mati
tersebut. (Gurbachan 1969:63)
5. RUMUSAN
Berdasarkan temubual yang dilakukan, agama Sikh merupakan agama yang lahir daripada
pertembungan agama Islam dan agama Hindu. Bagi mengharmonikan pertembungan tersebut,
maka lahirlah agama Sikh. Maka, tidak hairanlah sekiranya terdapat beberapa ritual mahupun
cara hidup masyarakat Sikh mengandungi unsur-unsur agama Islam dan Hindu. Selain itu,

13

berdasarkan temubual juga mereka menyatakan bahawa agama Sikh merupakan jalan
perdamaian antara kedua agama tersebut dan bersifat lebih universal.
Secara keseluruhannya, Guru Granth Sahib meliputi hampir keseluruhan tatacara serta
kepercayaan di dalam agama Sikh. Ini dapat dilihat berdasarkan sabda-sabda yang wujud di
dalam Guru Granth Sahib iaitu mengenai:
i.

Konsep ketuhanan

ii.

Alam dan makhluk

iii.

Baik dan buruk

iv.

Taraf dan kedudukan Guru

v.

Kitab suci

vi.

Gudwara

Selain daripada digunakan sebagai bahan bacaan, kitab ini turut digunakan semasa majlis-majlis
tertentu seperti majlis perkahwinan, kematian serta kelahiran anak. Walaupun dilihat seolah-olah
masyarakat Sikh memuja Guru Grand Sahib seperti masyarakat Hindu memuja para dewa,
namun begitu, ia hanyalah sekadar satu penghormatan bagi sebuah kitab yang dianggap sebagai
suci.
Secara kritisnya, kitab Guru Granth Sahib bukanlah seperti kitab-kitab suci agama lain
seperti al-Quran, Injil dan sebagainya. Ini adalah kerana kitab ini merupakan satu kompilasi
daripada kata-kata hikmah atau ajaran-ajaran baik daripada Guru-Guru dan individu lain yang
beragama Islam dan Hindu.
RUJUKAN

Cole, W. Owen & Sambhi, Piara Singh. 1978. The Sikhs: Their Religious Beliefs and Practices.
London. Routledge & Kegan Paul Ltd.

14

Ellade, Mircea. 1983. The Encyclopedia of Religion. Jil 1. New York. Macmillan Publishing
Company.
Fisher, Mary Pat. 1999. Living Religion. Ed. 7. Prentice Hall
Singh, Gurbachan. 1969. Ugama Sikh. Malaysia. Sikh Naujawan Sabha.