Pengajian Melayu dan Pengajian Dunia Mel

PENGAJIAN MELAYU DAN PENGAJIAN
DUNIA MELAYU DALAM ABAD KE-21:
ANTARA CABARAN DENGAN MASA
DEPAN QG
s”Gr”Goœ

G

PENDAHULUAN: KAJIAN WILAYAH DAN
KAJIAN DISIPLIN
Penyelidikan ilmu pengetahuan umumnya terbahagi kepada kajian
berdasarkan disiplin ataupun wilayah. Istilah !disiplin" wujud terutamanya
sebagai sebuah deskripsi umum tentang apa yang dimaksudkan dengan
amalan ilmu pengetahuan pelbagai bidang penyelidikan, iaitu merangkumi
bidang sains sosial dan kemanusiaan, yang biasanya mencakupi bidangbidang seperti sejarah, sains politik, sosiologi, kajian budaya, bahasa,
geografi, sastera dan bidang-bidang yang berkaitan. Maksud disiplin
akademik atau bidang penyelidikan merupakan satu cabang ilmu yang





#This work was supported by Hankuk University of Foreign Studies Research
Fund of 2012.# Artikel ini adalah edisi semakan daripada kertas kerja yang
dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa Pengajian Melayu dengan tema:
#Pengajian Melayu dalam abad ke-21: Cabaran dan Masa Depan# yang
diadakan di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS), Seoul, Korea pada
25 Jun 2010.
Dr. Lim Kim Hui ialah Profesor (pelawat) di Jabatan Pengajian MelayuIndonesia, Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea. Beliau dapat
dihubungi melalui e-mel: limkimhui@yahoo.com.

diajari dan diselidiki di universiti dan diakui berdasarkan isi kandungannya
yang selalunya diterbitkan dalam jurnal akademik disiplin tertentu.
Manakala kajian wilayah (area studies) merupakan bidang penyelidikan
dan

ilmu

pengetahuan

antara


disiplin

menyentuh

sesuatu

bahagian/wilayah/daerah geografi, negara/pemerintahan persekutuan atau
budaya tertentu. Pada peringkat ekstremnya, golongan yang mempercayai
kesejagatan disiplin menghujahkan bahawa kajian wilayah semata-mata
tidak begitu relevan. Bagi golongan ini, kajian wilayah kalaupun mungkin
lebih bersifat perbandingan yang bertitik-tolak daripada sesuatu perspektif
disiplin yang dikuasainya, biasanya bahasa dan sastera, sejarah, sains
politik dan antropologi bagi melihat sesuatu wilayah. Perbezaan kajian
berdasarkan disiplin dengan wilayah dapatlah dilihat sebagai apa yang
disebut oleh David Ludden (1998: 1) sebagai !ilmu disiplin sejagat
(universal disciplinary knowledge)" dengan !ilmu antara disiplin, dengan
wilayah khusus (area-specific, inter-disciplinary knowledge)." Dalam hal
tersebut, kajian wilayah dibezakan dengan penekanan diberikan kepada
penyelidikan lapangan (field research), dengan sejumlah kesetiaan
multidisiplin bagi mengkaji sesuatu bangsa atau negara. Pendekatan

disiplin pula berusaha mengenal pasti !kelaziman yang sah, yang mana,
mengikut definisi, tidak harus terikat kepada konteks (lawful regularities,
which, by definition, must not be context bound" (Bates 1997: 166). Sarjana
disiplin bercita-cita menjadi seorang ahli sains sosial yang !tidak berusaha
untuk menguasai karya tentang sesuatu wilayah, tetapi sebaliknya untuk
menguasai karya tentang sesuatu disiplin (do not seek to master the
literature on a region, but rather to master the literature of a discipline)"
(Bates 1997: 166). Secara kebiasaannya, terdapat pelbagai trend pengkajian
wilayah dilihat dari segi konsep sumbangan disiplin yang dikuasai atau
ditanggapi

seseorang

sarjana.

Spektrum

sumbangan

itu


sendiri

menunjukkan perjalanan sejarah kajian wilayah, yang bermula daripada

Z_WGGG櫃嚩凰管緈GYY ఺GY 㓦G

suatu bentuk kajian asing (foreign studies) kepada kajian wilayah bersifat
multidisiplin (multidisciplinary area studies), seterusnya kepada kajian
wilayah transdisiplin (transdisciplinary area studies). Kini gelintaran
sastera turut menyaksikan kemunculan suatu konsep kajian wilayah yang
baharu, iaitu melihat wilayah penelitian sebagai konsep !unit-dunia (unitworld)" sebagai gantian kepada konsepsi lama kajian wilayah. Konsep
wilayah (area) merupakan suatu entiti yang tidak boleh diberi batas
(unboundable) tetapi khusus. Konsep ini bukan semata-mata suatu entiti
ontologi, atau suatu ruang fizikal tetapi entiti epistemologi atau entiti
relasional, dengan batasnya dihasilkan lewat perhubungan. Dalam tafsiran
tersebut, Tachimoto (1995) menamai kawasan ini sebuah #unit-world.#
Beliau meneliti dunia maritim atau dunia Melayu sebagai suatu kes !unitworld" dan menghujahkan bahawa pengkajian wilayah atau kajian wilayah
global (global area studies) dalam konteks seperti itu dapat memberi suatu
paradigma baharu bagi abad ke-21 yang melampaui konsep negara-bangsa

atau etnik (Tachimoto 1995). Perkembangan kajian wilayah dalam
pengertian yang lebih luas sebenarnya boleh dilihat sebagai kesan daripada
globalisasi yang melihat kerelevanan kawasan (atau rantau) sebagai unit
analisis. Secara analogi, perbezaan antara disiplin dengan kajian wilayah
diibaratkan sebagai perbezaan antara pejabat dengan rumah seperti yang
dirumuskan Macdonald (2004):
Let me conclude with a few short statements. Area studies are
useful but their importance should not be overstated. While local
scholars keep an edge over their foreign colleagues, nobody can be
said to have an exclusive access to the truth, nor even to the facts
themselves. Multiple personality disorder is incurable. I may regard
myself primarily as a social anthropologist but my heart belongs to
area studies. Anthropology is my office, but Philippine studies is
wlunhqphuGtlsh€|GkhuGwlunhqphuGk|uphGtlsh€|GkhshtGhihkGrlTYXaGG
hu{hyhGjhihyhuGklunhuGthzhGklwhuG6;4#

my home (Hal. 4, bold penekanan penulis).

Izinkan saya mengakhirinya dengan beberapa kenyataan singkat.
Kajian wilayah adalah berguna tetapi kepentingannya tidak

seharusnya

dilebih-lebihkan.

Sementara

sarjana

tempatan

mempunyai kelebihannya berbanding dengan rakan-rakan sekerja
asing mereka, tiada siapa yang boleh berkata dirinya mempunyai
akses eksklusif kepada kebenaran, ataupun kepada fakta itu sendiri.
Gangguan pelbagai personaliti adalah tidak boleh diubati. Saya
mungkin menganggap diri saya terutamanya sebagai ahli antropologi
sosial tetapi hati saya milik kajian wilayah. Antropologi adalah
pejabat saya, tetapi kajian Filipina adalah rumah saya (hal. 4).

Perbandingan !pejabat (office)" dan !rumah (home)" MacDonald
nampaknya menarik tetapi masih memberi elemen !formal" dan !rasmi"

kepada disiplin, berbanding dengan kajian wilayah yang bersifat
!informal" dan !personal." Dalam perbincangan di sini, baik pengajian
Melayu mahupun pengajian dunia Melayu1, kedua-duanya termasuk dalam
bidang kajian wilayah sama ada dalam pengertian yang sempit atau luas.
Secara sempitnya, pengajian Melayu itu merupakan kajian etnik (yang
sering terletak dalam wilayah geografi tertentu) manakala pengertian yang
lebih luas kajian dunia Melayu merupakan kajian wilayah yang lebih global
tanpa keterikatan kepada sesuatu negara-bangsa.

1

Pengajian Melayu merujuk kepada segala program pengajian yang memberi fokus
kepada kajian bahasa, sastera dan budaya Melayu-Indonesia baik di negara-negara
berbahasa Melayu mahupun antarabangsa; manakala pengajian dunia Melayu
meliputi ruang-lingkup yang lebih besar mencakupi semua ilmu pengetahuan yang
dilahirkan ataupun berkaitan dengan dunia Melayu atau Nusantara.

Z_YGGG櫃嚩凰管緈GYY ఺GY 㓦G

SENARIO PERUBAHAN DAN TREND

PERKEMBANGAN PENGAJIAN MELAYU:
DARIPADA ILMU KOLONIAL KE ILMU
NEGARA-BANGSA
Pengajian Oriental pada asalnya merupakan suatu bentuk kajian kolonial.
Hal ini juga benar terhadap pengajian Melayu. Penubuhan pusat pengajian
Oriental

di

Barat

umumnya

bertitik-tolak

daripada

minat

dan


kecenderungan untuk menguasai budaya dan ekonomi timur. Orang Eropah
dahulunya berusaha untuk menguasai Asia dan Afrika kerana adanya
kepentingan 3G (gold, gospel, glory). Benua Asia dan Afrika dilihat
mereka seperti sebuah komoditi yang dapat dijual-beli. Mereka berlumbalumba mendapatkan hak monopoli untuk menguasai wilayah-wilayah di
Asia dan Afrika yang kaya. Dunia Melayu misalnya turut menjadi komoditi
Inggeris dan Belanda. Bersesuaian dengan sikap mereka yang rasional,
analitik dan objektif, mereka berusaha mencari secara saintifik cara terbaik
untuk menguasai wilayah-wilayah ini. Bagi mendukung hasrat tersebut,
pelbagai institut ditubuhkan atas nama pengajian ketimuran yang di
dalamnya termasuk kajian tentang agama, bahasa, sastera dan budaya
negara-negara yang mempunyai sumber kekayaan. Sejarah penubuhan
Institut Asia-Afrika (yang sebelum itu dikenali sebagai fakulti ketimuran
[Fachbereich Orientalistik]) di Hamburg, Jerman merupakan antara contoh
terbaik. Institut tersebut dimulakan pada 1908 sebagai Institut Kolonial
(Kolonialinstitut). Dengan tertubuhnya Institut Kolonial ini, kota-bangsa
Hamburg dikatakan hendak meniru pusat-pusat lain yang sudah wujud di
Eropah Barat seperti England, Perancis atau Belanda. 2 Tujuan mereka
2
Penulis memilih Institut Kolonial sebagai perbincangan kerana namanya yang

unik dengan objektifnya. Pusat-pusat lain yang mungkin dapat dijadikan contoh
kerana minatnya terhadap dunia Melayu ialah School of Oriental and African

wlunhqphuGtlsh€|GkhuGwlunhqphuGk|uphGtlsh€|GkhshtGhihkGrlTYXaGG
hu{hyhGjhihyhuGklunhuGthzhGklwhuG6;6#

adalah untuk menyediakan maklumat dan pengetahuan kepada para
pedagang, pegawai kolonial dan mubaligh mereka sewaktu tinggal di tanah
jajahan. Memandangkan koloni-koloni Jerman terletak di Afrika dan
Pasifik Selatan, fokus utama Institut Kolonial Hamburg terdiri daripada
Kajian Afrika dan Oceania dengan penekanan diberikan kepada bahasa.
Bagaimanapun, pengalaman kolonial Jerman tidak bertahan lama.
Koloninya diambil-alih oleh sekutu-sekutu Barat lain semasa Perang Dunia
I (1914-1918), dengan status quo baharu secara rasmi diakui dalam
Perjanjian Versailles (1919). Berikutan daripada itu, Institut Kolonial
Hamburg menjadi sia-sia sepuluh tahun selepas penubuhannya. Kegagalan
institut kolonial itu akhirnya mendesak kota perdagangan Hamburg yang
sehingga itu selalu berasa ragu-ragu bagi mendirikan sebuah universiti
yang rasmi dan mahal dipaksa untuk bertindak. Dalam 1919, Universiti
Hamburg ditubuhkan. Institut Kolonial tersebut akhirnya bertukar menjadi

Fakulti Ketimuran yang kemudiannya diubah menjadi Institut Asia-Afrika,
iaitu sebahagian daripada Universiti Hamburg. Jerman gagal menjajah
banyak negara kerana Jerman dikatakan terlalu lambat mendirikan institusi
ketimuran berbanding dengan negara-negara Eropah lain (Lim 2003).
Acuan ilmu kolonial ini kemudiannya diteruskan dan juga berkembang
dalam bentuk kajian etnik dan wilayah di negara jajahan selepas merdeka
di universiti-universiti tempatan. Jabatan Pengajian Melayu dengan bentuk
dan acuannya sesungguhnya merupakan model tinggalan ilmu kolonial.
Memandangkan tujuan asal penubuhannya menyediakan pengetahuan
bahasa kepada para pedagang, pegawai kolonial dan mubaligh, maka yang
difokuskan umumnya tiga komponen utama, iaitu bahasa, sastera dan
budaya (BSB) yang saling berkaitan bagi menguasai sesuatu bahasa. Model
Studies (SOAS) didirikan pada 1916 di London, England dan Royal Netherlands
Institute of Southeast Asian and Carribean Studies (KITLV), didirikan pada 1851 di
Leiden, Belanda.

Z_[GGG櫃嚩凰管緈GYY ఺GY 㓦G

Eropah ini kemudiannya berkembang ke serata dunia termasuk di Brunei,
Indonesia dan Malaysia.
Apabila Amerika bangkit sebagai pusat rujukan akademik menggantikan
Eropah, kajian wilayah yang berteraskan ilmu etnik ini kemudiannya
menjadi kurang relevan. Di Amerika, kajian wilayah pasca Perang Dunia
Kedua (PDII) dilihat sebagai suatu cara mengenal pasti siapakah musuh
Amerika yang !berikut"nya. Kajian wilayah berkembang lebih sebagai
maklumbalas kepada !Sputnik" dan bukannya semangat ingin tahu yang
sentimental tentang tarian Bali (Acharya 2005). Berakhirnya Perang Dingin
oleh itu menghilangkan rasional strategis yang ada pada kajian wilayah
(Acharya 2005). Berikutan kemunculan Amerika sebagai gergasi politik
dan ekonomi selepas PDII, arah penelitian kajian wilayah nampaknya
menyaksikan kepentingan hubungan antarabangsa dan keselamatan. Dalam
konteks tersebut, bahasa dan etnik menjadi sekunder dibandingkan dengan
konsep negara-bangsa dan keselamatan. Atas sebab tersebut, kajian
wilayah lebih memberi penekanan kepada kuasa ekonomi (misalnya China)
dan keselamatan (misalnya isu terorisme dan dunia Islam). Ekoran daripada
itu, pengajian etnik semakin berubah ke arah pengajian berdasarkan
negara-bangsa dan agama bukan Kristian, seperti pengajian Indonesia, Iran,
Islam dan sebagainya, dengan memberi fokus kepada bukan setakat bahasa,
sastera dan budaya, tetapi mencakupi politik, ekonomi, sosial dan lainlainnya sesuai dengan polisi hubungan antarabangsa. Hal tersebut turut
secara tidak langsung mempengaruhi arah tuju sesetengah pusat pengajian
Melayu-Indonesia, terutamanya di luar negara seperti Jepun dan China.
Manakala di Malaysia misalnya, atas tuntutan pemikiran Melayu yang
berfikiran lebih global, usaha dilakukan untuk melihat sumbangan Melayu
sebagai bangsa besar dunia dalam perspektif yang lebih luas dan bukan
semata-mata suatu suku seperti yang dicorakkan oleh ilmu kolonial yang
wlunhqphuGtlsh€|GkhuGwlunhqphuGk|uphGtlsh€|GkhshtGhihkGrlTYXaGG
hu{hyhGjhihyhuGklunhuGthzhGklwhuG6;8#

diteliti daripada segi bahasa, sastera dan budaya sahaja. Di Universiti
Kebangsaan Malaysia misalnya, selain daripada adanya jurusan pengajian
Melayu (dikenali dengan nama Jabatan Persuratan Melayu pada awalnya
tetapi kini bertukar menjadi Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu), terdapat juga Institut Alam dan Tamadun Melayu
(ATMA) yang dahulunya hanya memberi tumpuan kepada BSB dengan
namanya bermula sebagai Institut Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan
Melayu (IBKKM) dan ditubuhkan pada 1 Disember 1972. Tujuan
penubuhan institut ini ialah menawarkan program pengajian pascasiswazah
iaitu Sarjana Persuratan dan Doktor Falsafah serta penyelidikan dalam
Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu serta menjadi pusat
rujukan bidang-bidang tersebut. Penukaran nama IBKKM kepada ATMA
pada tahun 1992 telah meluaskan daerah kajiannya kepada Alam dan
Tamadun Melayu yang juga mencakupi politik, ekonomi, sehinggalah
kepada sains dan teknologi dalam konteks dunia Melayu.
Sekiranya ditinjau secara umum, ada dua kecenderungan perubahan dan
perkembangan

jabatan/program

pengajian

Melayu-Indonesia

dalam

universiti masa kini. Pertama, wujudnya usaha penutupan Jabatan
Pengajian Melayu-Indonesia atau pengecilan jabatannya menjadi program
dalam jabatan pengajian Asia Tenggara. Memandangkan !perdagangan"
merupakan pemangkin kepada penubuhan dan perkembangan ilmu Melayu
sebelum ini, maka, secara semulajadinya, apabila paradigma kepentingan
ekonomi berubah dari Asia Tenggara ke Asia Timur, maka penelitian Asia
Tenggara menjadi terpinggir dan minat terhadap Asia Timur, khususnya
China menjadi semakin membesar. Keadaan ini dapat dilihat misalnya di
Universiti Hamburg dan Universiti Frankfurt di Jerman. Hal ini sudah tentu
merupakan cabaran dan tamparan kepada pengajian Melayu. Kedua,
disebabkan oleh kebangkitan diplomasi budaya dan konsepsi politik

Z_]GGG櫃嚩凰管緈GYY ఺GY 㓦G

negara-bangsa, penyelidikan berfokuskan konsep !Melayu-Indonesia"
semakin berubah; dengan konsep !Melayu-Indonesia" bertukar menjadi
dua jabatan yang berbeza, yakni pengajian Malaysia dan pengajian
Indonesia. Manakala pendekatan pertama kelihatan pesimis, pendekatan
kedua ini mengambil langkah pragmatisme hubungan antarabangsa.
Keadaan ini dapat dilihat misalnya kepada Beijing Foreign Studies
University (BFSU) dan Tokyo University of Foreign Studies (TUFS) yang
memisahkan Jabatan Pengajian Melayu kepada Jabatan Pengajian Malaysia
dan Jabatan Pengajian Indonesia sebagai jabatan-jabatan yang berasingan.
Di TUFS misalnya, program dalam bahagian Pengajian Malaysia, subjeksubjek wajib termasuklah Bahasa Malaysia (bagi pelajar tahun 1 hingga
tahun 4), Pengenalan Pengajian Asia Tenggara dan Pengenalan Pengajian
Malaysia bagi pelajar-pelajar tahun pertama. Selain daripada kursus-kursus
wajib tersebut, para pelajar di dalam jurusan Pengajian Malaysia boleh
mengambil banyak kursus pilihan lain, seperti Kerajaan dan Masyarakat di
Malaysia yang merupakan salah satu kursus pilihan. Sebagai langkah
mempersiapkan diri dalam menghadapi dunia realiti, Pengajian Malaysia di
TUFS dirancang lebih luas daripada sekadar bahasa dan bangsa, tetapi
negara-bangsa dalam konteks tuntutan global. Manakala para pelajar tahun
tiga perlu memilih salah satu aliran, yakni Kajian Bahasa dan Informasi,
Kajian Merentasi Budaya, dan Kajian Wilayah dan Antarabangsa.3 Pada
tahun keempat, setiap pelajar mesti menulis sebuah tesis BA (sarjana muda
sastera) di bawah bimbingan seorang penyelia akademik, yang boleh terdiri
daripada salah seorang pensyarah dalam bahagian Pengajian Malaysia atau
jurusan lain (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Tokyo
University of Foreign Studies: http://www.tufs.ac.jp/index-e.html).

3

Sumber: Naoki Soda, pensyarah !Government and Society in Malaysia", TUFS,
emel 27 Jun 2008.
wlunhqphuGtlsh€|GkhuGwlunhqphuGk|uphGtlsh€|GkhshtGhihkGrlTYXaGG
hu{hyhGjhihyhuGklunhuGthzhGklwhuG6;:#

PROGRAM PENGAJIAN DAN NILAI
EKONOMI: TANGGAPAN TEORI SECARA
UMUM DAN REALITI SEMASA
Daripada perbincangan di atas, didapati bahawa jatuh bangunnya sesuatu
jabatan misalnya program pengajian Melayu sering mempunyai hubungan
dengan faktor politik dan ekonomi pada sesuatu waktu. Makalah ini
berusaha menjelaskan bagaimana persoalan kuasa, baik kuasa ekonomi
mahupun kuasa politik (misalnya dasar pemerintah Malaysia) tentang
kepentingan sesuatu bahasa atau wilayah merupakan cabaran terhadap
kedudukan jabatan pengajian Melayu yang sebenar. Kuasa ekonomi
misalnya dapat dilihat berdasarkan trend pemilihan kursus oleh pelajar di
seluruh dunia. Pelajar umumnya semakin kurang memilih pengajiannya
atau belajar sesuatu bahasa baharu berdasarkan minatnya. Kuasa ekonomi
dan peluang pekerjaan sering mewarnai pilihan pelajar. Hal ini misalnya
disentuh oleh Tinjauan Komuniti Amerika 2009 (American Community
Survey 2009) dengan data perangkaan terperinci mengikut 171 major yang
seolah-olah menyarankan bahawa kepentingan ekonomi, gaji dan peluang
pekerjaan sesudah lulus seharusnya menjadi salah satu faktor penentuan
utama pemilihan program pengajian (Carnevale, Strohl & Melton 2009).
Daya ketahanan program pengajian yang sifatnya berdasarkan bahasa
justeru itu umumnya didukung oleh dua faktor utama, bilangan penuturnya
yang banyak dan juga nilai yang ada pada sesuatu bahasa itu, baik ekonomi
atau lain-lainnya seperti ilmu dan pengetahuan penting yang dapat
dijanakan daripadanya. Semakin banyak penutur sesuatu bahasa, maka
semakin berdaya tahan sesuatu bahasa dari segi penggunaannya (misalnya
bahasa Cina, Sepanyol dan Indonesia). Walaupun bahasa MelayuIndonesia memenuhi ciri yang pertama daripada segi bilangan penuturnya
yang banyak, nilai ekonominya sering tidak menentu. Kepentingan bahasa

Z__GGG櫃嚩凰管緈GYY ఺GY 㓦G

Melayu dalam perdagangan dan dunia pekerjaan misalnya sesungguhnya
selalu terabai. Dalam dunia pekerjaan di Malaysia, bahasa Inggeris dan
bahasa Cina Mandarin kadang-kadang dijadikan prasyarat yang lebih
penting, bukannya bahasa Melayu (Rohami 2011). Kalau diteliti dari segi
kemunculan jurusan pengajian Austronesia di Hamburg, Jerman,
perdagangan ternyata juga merupakan kunci utama. Menurut laporan:
Indonesia sejak awal menyumbang hal penting dalam penelitian dan
pengajaran Asia Tenggara di Universiti Hamburg. Salah satu sebabnya
adalah bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang paling banyak
digunakan di dunia. Alasan lainnya kerana Hamburg, pelabuhan kedua
terbesar di Eropah memiliki kontak perdagangan dengan Asia Tenggara.
Profesor Rainer Carle, Ketua Jabatan Austronesistik Universiti Hamburg
pada waktu itu sewaktu mengulas perkara tersebut menyatakan:
Masa dulu waktu lembaga kita didirikan Hamburg sebagai tempat
perdagangan yang kuat ada minat berdagang juga ke Asia Tenggara.
Dan tentu Indonesia main peran dalam hal itu. Ada perusahaanperusahaan dari Hamburg yang punya perwakilan di sana sehingga
minat tumbuh untuk mempelajari Indonesia, mempelajari bahasa.
Dan mereka bersedia untuk mendirikan satu institut yang
memperhatikan hal itu (Redaksi-Kabarindonesia 2007).

Selain daripada nilai penggunaan, bahasa mempunyai nilai budaya,
sosial dan simbolik. Mengaplikasikan idea Pierre Bourdieu (1930-2002,
lihat Bourdieu 1986), seorang ahli sosiologi Perancis terkemuka, ketigatiga nilai bahasa yang dinyatakan itu adalah bentuk-bentuk modal pada
bahasa, yakni modal budaya, modal sosial dan modal simbolik dan modalmodal tersebut boleh ditukarkan kepada modal ekonomi yang mempunyai
!nilai pertukaran." Modal ekonomi merujuk kepada kekayaan material dan
wlunhqphuGtlsh€|GkhuGwlunhqphuGk|uphGtlsh€|GkhshtGhihkGrlTYXaGG
hu{hyhGjhihyhuGklunhuGthzhGklwhuG6;