Agama dan masyarakat doc 1

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Kebebasan beragama telah sedia terjamin di dalam perlembagaan Negara. Kebebasan ini
telah mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperolehi
kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama yang ditunjukkan
telah mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama, berinteraksi dan harmoni
dalam menangani masalah yang dihadapi.
Sejauhmanakah kebebasan beragama mempengaruhi konsep “Wasathiyah” dalam
kalangan pelbagai kaum dan umat beragama di negara ini. Bincangkan

Hantar : 31.12.15
10-20 m/surat
Langkau 2 baris
10 bhn rujukan

Etika Kebebasan Beragama
6.
Abdul Aziz Bari, “Di Malaysia tidak ada Kebebasan Akhbar!”,
Eksklusif

,Bil. 42, 31 Januari 2000, hal. 17.
7.
Abdul Aziz Bari, “Murtad dalam konteks Kebebasan Beragama
d i Malaysia”, (1998) 3 JUUM 54.8 .N i la i d an E ti ka da la m P e rk hi dm at an Aw a m
( IN TA N ) 19 91 .
9.
Syahrin Harahap (1997),
Islam Dinamis: Menegakkan Nilai-nilai Ajaranal-Qur’an Dalam Kehidupan Modern di
Indonesia
. Yogyakarta: TiaraWacana
,
h. 286-287.
10.
Le Bon, Gustave (1969),
Hadarat al‘
Arab
.
Zu‘aytir, ‘Adil (terj.), Kaherah:Matba‘ah ‘Isa al-Babi al-Halabi, h. 126.

JKA 314


[AGAMA DAN MASYARAKAT]

11.
Muhammad Natsir (1983),
Islam dan Kristen di Indonesia
.
Jakarta: MediaDakwah, h. 205.
12.
Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (2004), “Budaya Kenal-Mengenaldalam
Pembinaan Ummah Sejagat” dalam Mohd Fauzi Hamat
et al.
(eds.),
Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa
.
Kuala Lumpur: JabatanAkidah dan Pemikiran Islam, APIUM, h. 259.
13.
Ghazali Basri (Dr.) (2004),
Islam dan Keharmonian Hidup Beragama diM a l a y s i a : P r o s p e k d a n C a b a r a n .
S e l a n g o r : A k a d e m i K a j i a n Ketamadunan, h. 10.

14.
Bahtiar Effendy (2001),
op.cit
, h. 42.
15.
Alwi Sihab (1999),
I s l a m I n k l u s i f : M e n u j u S i k a p Te r b u k a D a l a m Beragama.
Bandung: Penerbit Mizan, h. 23-27.
Etika Kebebasan Beragama
s em pi t ya ng b er s i fa t pe rk au ma n. Wal au pu n m as ya ra ka t M a la ys ia s u da h b e r a d a
p a d a t a h a p t e r s e b u t , p r o s e s i n t e g r a s i i n i t i d a k m e n a m p a k k a n transformasi
berterusan menuju ke tahap yang seterusnya iaitu “
the stage of coalescence
”. Ini kerana memerlukan penyatuan masyarakat dari pelbagai kaum atau etnik sebagai
asas bagi penyempurnaan sebuah masyarakat baruyang sekaligus akan menyebabkan kaum
pendatang kehilangan sebahagianbesar daripada identiti asalnya.
31
PENUTUP
Keadaan yang dialami kini amatlah membimbangkan. Ini
k e r a n a pengabaian terhadap budaya toleransi beragama ini mampu mendatangkanbe nc an a

k ep ad a ne ga ra . J u s t er u, s ew aj ar ny a ki ta p er lu be rs am a- s a ma menangani persoalan
toleransi beragama sebagaimana yang diasaskan olehajaran Islam yang
rahmah
.S e h u b u n g a n d e n g a n i t u , p e n d e k a t a n s e c a r a d e f e n s i f
d e n g a n menganggap isu agama merupakan suatu yang sangat sensitif
u n t u k diperbincangkan perlu ditinggalkan. Sebaliknya pendekatan secara
ofensif perlu diambil dalam usaha mewujudkan toleransi beragama di Malaysia, iaitude ng an
m en gh arg ai pe rs am aa n da n p er be za an y an g w u ju d d al am s et ia pa ga m a.

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

K ej ah il an te nt an g pe rk ar a in i a ka n m en im bu lk a n k ek el ir ua n d ans al ah f ah am
y an g m am pu me nd or on g pe mb in aa n “t em bo k” te rs en di ri ,
31
Untuk kupasan lanjut sila lihat Mazrui, Ali (1971), “Pluralism and National Integration”,
dalamKuper, Leo & Smith, M.G. (eds.),
Pluralism in Africa.
Berkeley: University of California Press, h. 334;Mohd Anuar Ramli (2003),

op.cit.
, h. 112-114.
24

Etika Kebebasan Beragama
sekaligus menghalang terjadinya interaksi agama yang
a k h i r n y a mengakibatkan persengketaan dan permusuhan.H a s r a t i n i p a s t i n y a
m e m e r l u k a n t i n d a k a n y a n g b e r s e p a d u d a n berkesan untuk setiap lapisan
masyarakat. Antara metode terbaik yang bolehdilakukan kini adalah dengan memperbanyak
dan mempelbagaikan bentuki nt er ak s i a ga ma di k al an ga n ma s y ar ak at . D i
s am pi ng me mp er ba ny a kk an program-program dialog dan perbincangan di kalangan tokohtokoh agama,ia seharusnya diperluaskan di peringkat sekolah dan IPT agar sikap
prejudisda n s a la h fa ha m d i k al an ga n s e ti ap p en ga nu t a ga ma te rh ad ap
p en ga nu ta ga m a y an g la in d ap at d ib en du ng da n d ik aw al pa da pe ri ng ka t aw al
l ag i. Pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi
seharusnyabertanggungjawab memperkasa dan menyeragamkan subjek/disiplin agama-agama
di Malaysia di seluruh institusi pendidikan. Selain daripada itu juga, k e r a j a a n p e r l u
b e r u s a h a m e m p e r k u k u h k a n k e f a h a m a n s e l u r u h w a r g a Malaysia terutamanya
di kawasan-kawasan pedalaman untuk menghormatipernyataan yang terkandung di
dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysias e ba ga i ja ti d ir i b an gs a M al ay s i a.
U n tu k i tu , m ed ia el ek tr on ik da n me di a massa perlu berperanan sebagai wadah informasi

berkesan dalam menyalurd an me na na mk an ke fa ha ma n t en ta ng p er ka ra in i ke pa da
s el ur uh la pi s a n masyarakat terutamanya generasi muda.Secara keseluruhannya ternyata
Islam adalah asas yang menunjangis el ur uh ke hi du pa n m an us ia m el ip ut i ag am a,
b ud ay a m ah up un ta ma du n
25

Etika Kebebasan Beragama

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

dalam menghadapai sebarang bentuk cabaran. Dalam era globalisasi ini kitaharus bersikap
secara kritis dan selektif untuk menentukan elemen-elemen yang sesuai dan positif
dengan budaya tempatan kita. Ini kerana kebudayaanIs la m ad al ah k eb ud ay aa n ya ng
a ko mo da ti f, me mi l ik i ke te rb uk aa n ya ng cukup luas untuk menampung dan
sekaligus mengintegrasikan unsur-unsurpositif dari budaya asing. Secara langsung ia
menjamin suasana yang rukundamai dan harmoni dapat dirasai oleh seluruh
masyarakat beraneka agamadan bangsa di Malaysia.
KONSEP TOLERANSI

D al am S u ra h a l- A n bi ya ’ 21 :1 07 m em be ri k an ga mb ar an y an g je la s bahawa Islam
membawa suatu ajaran yang bersifat universal (
Rahmatan lil‘Alamin
). Namun demikian, sifat universal yang dimaksudkan tertakluk padake s e s u ai an da n
k ew aj ar an ny a y an g bo le h d it er im a da n di pr ak ti kk an ol eh seluruh manusia
18
. Dengan kata lain, tidak kesemua inti pati ajaran Islam ituadalah bersifat universal kerana ibadah
khasnya, ia melambangkan nilai-nilai“
absolute
” yang terkandung di dalam agama Islam itu sendiri
Mukaddimah :
Perpaduan adalah isu berpanjangan yang perlu dihadapi negara. Malaysia terkenal sebagai
sebuah negara demokrasi yang memberi kebebasan kepada orang ramai menjalankan kegiatan
dan menubuhkan organisasi tertentu sama ada dalam bidang politik, dakwah, kebajikan dan lainlain. Malah, dalam kalangan masyarakat wujud pelbagai pertubuhan yang berusaha untuk
mendapat publisiti dan pengaruh. Situasi ini boleh mengundang perpecahan masyarakat terutama
umat Islam dalam berbagai bidang kehidupan, menimbulkan keretakan sosial dengan pelbagai
kritikan, tuduhan perang mulut antara satu dengan yang lain, fitnah dan tohmahan. Sifat
mazmumah telah digunakan sepenuhnya. Ini semua adalah gejala berbahaya yang boleh
membawa tragedi lebih besar iaitu permusuhan dan perpecahan ummah, sekiranya dibiarkan,
tidak ditangani dan dibendung. Sesungguhnya perpecahan dan permusuhan sesama Islam adalah

terang-terang bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya bersatu padu dan
berpegang teguh dengan agama Allah SWT yang sebenar. Allah SWT berfirman yang
bermaksud: Berpeganglah dengan tali (agama) Allah dan janganlah berpecah belah. (Surah aliImran:103). Apa yang dimaksudkan dengan perpaduan ialah penyatuan tenaga, idea dan cita-cita
dalam satu ikatan bersepadu. Islam sangat menggalakkan umatnya bersatu padu dan melarang
berpecah belah, berselisih pendapat atau berlainan cita-cita. Kepentingan perpaduan dalam
masyarakat amat mustahak sekali, sama ada masyarakat kecil atau besar seperti keluarga, desa,
daerah, negeri dan negara. Menurut falsafah masyarakat kita, sudah lama tertanam semangat
perpaduan, kita warisi daripada mereka kata-kata 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.'
Penerimaan agama amalan Rasullah Di negara kita, Islam adalah agama Persekutuan, manakala
penganut agama lain bebas mengamalkan pegangan masing-masing. Penerimaan agama seperti
ini adalah amalan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat Baginda menurut
Piagam Madinah. Orang bukan Islam menurut Piagam Madinah tidak terjejas kedudukan dan

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

hak mereka sebagai rakyat Madinah. Dokumen ini adalah bukti konkrit memperlihatkan
bagaimana orang Islam dan bukan Islam dapat hidup bersama dan setiap orang menikmati hak
masing-masing. Oleh itu nilai wasatiyyah tidak menghalang kerukunan hidup bersama orang

Islam dan bukan Islam. Islam dengan jelas mengiktiraf hakikat kewujudan masyarakat majmuk
sesebuah negara. Malah konsep kongsi kuasa seperti diamalkan di Malaysia tidak bercanggah
dengan nilai wasatiyyah Islam. Justeru, ia memberi impak yang cukup besar dalam kerukunan
hidup di negara ini sejak mula Malaysia mengecapi kemerdekaan sehingga hari ini. Jelas sekali
betapa pentingnya perpaduan menurut pandangan Islam. Bagi menjamin kelangsungan dalam
pembangunan negara, ia memerlukan kerjasama, tolong-menolong dan persefahaman semua
lapisan masyarakat di negara. Justeru, inilah kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib
Razak mempelopori pendekatan wasatiyyah yang membawa satu asas kukuh kepada
keharmonian, menyayangi dan saling menghormati. Pendekatan ini berintipatikan
kesederhanaan, keseimbangan, keadilan dan kecemerlangan sebagai amalan hidup sama ada
daripada peringkat rakyat mahupun kerajaan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/82789
Kesimpulan :
Mutakhir ini juga, keharmonian dalam kalangan penganut agama yang berbeza di Malaysia
sedikit tercalar. Ini berlaku kerana ada pihak mahu mempolitikkan agama sama ada dalam
kalangan penganut Islam atau bukan Islam. Dalam sebuah negara berbilang kaum, polemik
mengenai agama harus diurus dengan berhemah dan cermat kerana perbincangan berkaitan
agama mampu membakar perasaan semua pihak. Menyuarakan pendapat dalam negara yang
mengamalkan demokrasi adalah dibenarkan. Namun begitu, isu panas sewajibnya semua pihak
berhati-hati dan mengambil pendekatan bijaksana (hikmah) demi kestabilan nasional. Malah,

itulah yang dituntut oleh semua agama.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/82789
PENGERTIAN “WASATIYYAH”

Dari segi bahasa perkataan “wasatiyyah” adalah masdar atau
“kata terbitan” dari perkataan “al-wasat”. Dari perkataan “alwasat” terbit pula perkataan “al-Awsat” ism tafdil yang
bermaksud sangat adil dan tidak melampau.
Perkataan lain dalam bahasa Arab yang sama dengannya ialah
“I’tidal” bererti “tidak melampau” (rigid, ketat) dan tidak cuai
(longgar).
Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najid Tun Haji Abdul Razak semasa berucap
di Majlis Perjumpaan Bersama Ulama’ dan Umara’ pada 5 Februari
2010 yang lalu telah menyarankan umat Islam di Malaysia supaya
menghayati dan mengamalkan pendekatan “Wasatiyyah”.
Seterusnya beliau menegaskan dalam perjumpaan tersebut
dengan katanya:

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]


“Pendekatan “Wasatiyyah” menekankan kepada ajaran
Islam secara sederhana, berimbang dan syumul dalam
semua kegiatan hidup individu dan
Abdullah-BM.indd 40 2/28/2013 3:32:52 PM Pendekatan

Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 41 ]

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

masyarakat
dengan
memberi
penekanan
kepada
meningkatkan kualiti hidup ummah dari segi ilmu
pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan
kewangan, pengetahuan dan perpaduan”.
Sebenarnya mengamalkan pendekatan Wasatiyyah di Malaysia
khususnya dan di Nusantara umumnya telah lama diamalkan oleh
umat Islam di rantau ini. Dalam konteks Malaysia proses
meninggikan syiar Islam dengan menggunakan pendekatan
Wasatiyyah bermula dengan cara yang lebih jelas ialah sejak kita
mencapai kemerdekaan. Kita tidak boleh hanya melihat era
pemimpin tertentu sahaja yang menekankan penghayatan Islam,
kerana setiap pemimpin ada cara yang tersendiri. Ini dapat
dibuktikan kerana kita telah mendaulatkan Perlembagaan
Persekutuan dengan memberi peruntukan bahawa agama Islam
sebagai agama Persekutuan selari dengan sejarah dan amalan
yang ada di Negara ini. Walau bagaimanapun, Perlembagaan
Abdullah-BM.indd 41 2/28/2013 3:32:52 PM Pendekatan

Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 42 ]

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Persekutuan menyatakan agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian dalam
Persekutuan.
Dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan kedudukan
Islam sebagai Agama Persekutuan tanpa mengenepikan peranan
agama-agama yang lain; kedudukan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan tanpa melupakan peranan bahasa-bahasa
lain; dan kedudukan istimewa kaum Melayu dan Bumiputra Sabah
dan Sarawak tanpa menafikan kepentingan sah kaum-kaum yang
lain. Ini adalah bukti kukuh tentang prinsip Wasatiyyah diamalkan
di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Malaysia sebagai sebuah Negara berbilang kaum dengan 60
peratus warganegaranya menganut agama Islam. Minoriti besar
rakyat Malaysia sejumlah 40 peratus yang lain pula menganut
pelbagai agama seperti Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain lagi.
Selain
Abdullah-BM.indd 42 2/28/2013 3:32:52 PM Pendekatan

Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 43 ]

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

itu warga Malaysia juga berbeza dari segi bahasa, budaya dan
taraf sosio-ekonomi.
Meskipun di Malaysia wujud kepelbagaian yang kompleks,
kedudukan Islam amat baik kerana telah dimaktubkan secara
rasmi di dalam undang-undang tertinggi Negara iaitu
Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh atau
Perlembagaan Negeri. Ia telah dimantapkan lagi dengan
penubuhan institusi-institusi bagi mentadbir dan melaksanakan
undang-undang Syariah seperti penubuhan Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Selain itu beberapa institusi lain juga telah ditubuhkan bagi
memajukan kepentingan sosial dan ekonomi umat Islam seperti
penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji di peringkat
Persekutuan dan Pusat Pungutan Zakat di Peringkat Negerinegeri. Oleh itu dapatlah ditegaskan bahawa Islam di Malaysia
bukan setakat ritual sahaja namun telah diamalkan sebagai cara
hidup yang syumul.
Abdullah-BM.indd 43 2/28/2013 3:32:52 PM Pendekatan

Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 44 ]

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Sekalipun Islam telah diberikan kedudukan perundangan dan
pentadbiran yang “preeminent” atau yang tertinggi, agamaagama lain tetap diberi jaminan oleh Perlembagaan serta bebas
diamalkan secara aman dan damai.
Di dalam mengurus perhubungan etnik dan agama di Malaysia,
Kerajaan semenjak merdeka lagi telah memilih untuk
mengamalkan dasar integrasi berbanding asimilasi. Perbezaan
antara kedua-dua dasar ini amat besar. Integrasi bermakna
kepelbagaian dihormati, dikekalkan seterusnya diraikan. Ia
selaras dengan prinsip ajaran Islam yang menegaskan bahawa
tidak ada paksaan di dalam beragama dan kepelbagaian adalah
asas untuk kenal-mengenal sebagai satu kerahmatan. Berbeza
dengan dasar integrasi, dasar asimilasi menggabungkan
perbezaan bagi tujuan mencipta indentiti yang sama. Malaysia
menolak dasar ini bagi membina Negara kerana tidak bersesuaian
dengan realiti yang ada di Malaysia.
Abdullah-BM.indd 44 2/28/2013 3:32:52 PM Pendekatan

Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 45 ]

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Sebenarnya pendekatan Wasatiyyah bukanlah sesuatu yang
baru diperkenalkan di Malaysia. Ia sebenarnya telahpun
diamalkan semenjak berdekad-dekad lalu setelah Malaysia
mencapai kemerdekaan. Malaysia sebagai sebuah Negara Islam
demokratik telah muncul menjadi sebuah Negara perindustrian
moden berpendapatan sederhana tinggi. Kita dapat menolak
tanggapan barat selama ini tentang kononnya sesebuah Negara
Islam itu lazimnya tidak demokratik, bersifat autokratik, walaupun
kaya dengan sumber asli namun gagal menguruskannya dengan
baik.
Sesungguhnya kesederhanaan berimbang yang kita utarakan
bukanlah kesederhanaan menurut tafsiran pihak luar atau pihak
Barat. Sebaliknya Wasatiyyah dalam pengertian kita adalah
Wasatiyyah yang dididik oleh Rasulullah (s.a.w) melalui sirahnya,
antaranya semangat Piagam Madinah serta kesederhanaan
berimbang para Sahabat, tabi’in, ulama-ulama silam dan ulamaulama muta’akhirin yang muktabar.
Abdullah-BM.indd 45 2/28/2013 3:32:52 PM Pendekatan

Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 46 ]

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Setelah YAB Dato’ Sri Mohd Najib memperkenalkan pendekatan
Wasatiyyah untuk menjadi prinsip pedoman “guiding
principle” kepada Gagasan 1Malaysia: “Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”. Inilah falsafah dan formula yang
akan merealisasikan aspirasi Negara dalam mencapai Wawasan
2020.
Berpandukan kepada Islam adalah agama rahmat kepada seluruh
alam, YAB Dato’ Sri Mohd Najib semasa berucap dalam
perbahasan umum sesi ke-65 Perhimpunan Agong Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Isnin 27 September 2010,
beliau antara menegaskan:
“Cubaan untuk memburuk-burukkan Islam menyinggung
satu setengah billion penganutnya. Ia memburukkan lagi
jurang antara dunia Islam dan Barat. Isu sebenar bukan
antara Muslim dan bukan Muslim tetapi di antara
kesederhanaan dan
Abdullah-BM.indd 46 2/28/2013 3:32:52 PM Pendekatan

Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 47 ]

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

pelampau semua agama sama ada Islam, Kristian dan
Yahudi….”.
Seterusnya beliau menjelaskan:
“Kita mesti memilih kesederhanaan dan menolak fahaman
pelampau. Kita perlu memilih rundingan dan bukannya
konfrantasi. Kita perlu memilih untuk bekerjasama dan
bukan bertelagah antara satu sama lain…. ”.
Dalam ucapan tersebut akhirnya beliau mencadangkan
Pergerakan Global Kumpulan Sederhana (Global Movement of
the Moderates) daripada semua agama, untuk bekerjasama
bagi memerangi dan menyisih kumpulan ekstrem yang
mengancam dunia dengan ketaksuban mereka dan pendapat
yang berat sebelah.
Abdullah-BM.indd 47 2/28/2013 3:32:52 PM Pendekatan

Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 48 ]

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Ucapan YAB Dato’ Sri Mohd Najib memperlihatkan iltizam
Malaysia untuk melihat keamanan global kembali semula,
sekaligus menghapuskan golongan pelampau. Yang lebih menarik
lagi dalam ucapan tersebut, beliau melahirkan keyakinan untuk
mengutarakan idea ini bagi menyelamatkan dunia dari
kehancuran. Pertembungan antara dunia Islam dan Barat
bukanlah isu pokok yang menyebabkan dunia dalam keadaan
buru-hara dan kacau-bilau, sebaliknya ia berpunca dari wujudnya
pelampau dan oportunis yang suka menangguk di air keruh.
Idea kesederhanaan yang diutarakan oleh Dato’ Sri Mohd Najib
perlu
disokong
oleh
masyarakat
antarabangsa
untuk
menjadikannya halatuju baru dunia bagi merangka strategi ke
arah mewujudkan keadilan, kesamarataan peluang dan keamanan
sejagat.
Abdullah-BM.indd 48 2/28/2013 3:32:52 PM Pendekatan

Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 49 ]

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

PENUTUP
Meninggikan syiar Islam adalah perjuangan mulia yang perlu
dikekalkan dalam Negara kita. Umat Islam hendaklah menjadi
peneraju, juara dan pejuang agama kita yang suci. Pendekatan
Wasatiyyah adalah dipilih oleh Kerajaan kerana ianya satu
pendekatan yang sederhana dan berimbang, tidak melampau dan
tidak pula cuai dan longgar.
Pendekatan ini adalah satu pendekatan pembangunan manusia,
masyarakat dan Negara berdasarkan ajaran Islam yang syumul
iaitu merangkumi tuntutan jasmani (fizikal), rohani (spiritual) dan
aqli (minda). Ini bererti, Islam adalah merupakan satu cara hidup
yang lengkap dan sempurna (a complete way of life)
merangkumi keseluruhan kehidupan manusia. Islam adalah
akidah, syariah, akhlak dan juga mengandungi aspek
pembangunan dan ketamadunan. Pada masa yang
Abdullah-BM.indd 49 2/28/2013 3:32:52 PM Pendekatan

Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 50 ]

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

sama, hak kebebasan penganut agama lain untuk mengamalkan
agama mereka tetap dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Umat Islam kini tidak cukup dengan hanya bernostalgia dengan
kecemerlangan zaman lampau sahaja, malah mereka hendaklah
menjadi umat contoh dan terbilang (khaira ummah) dalam
mencipta sejarah dan membina tamadun. Untuk membina
personaliti terbilang sebagaimana zaman kegemilangannya,
penguasaan kedua-dua ilmu wahyu dan ilmu aqli hendaklah
disemarak dan dimantapkan.
Sudah tentu banyak lagi yang perlu kita lakukan bagi mendaki
puncak kejayaan supaya kita mencapai ketahap kehebatan
Cendekiawan Islam silam. Namun apa yang penting, kita perlu
melangkah dan terus melangkah supaya hari ini lebih baik dari
hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini, sebagaimana
Allah (s.w.t). berfirman dalam surah alAbdullah-BM.indd 50 2/28/2013 3:32:52 PM Pendekatan

Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 51 ]

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Taubah, ayat 105:
Yang bermaksud:
“Dan katakanlah “Bekerjalah kamu, maka Allah akan
melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orangorang Mukmin…” !
Abdullah-BM.indd 51 2/28/2013 3:32:52 PM Abdullah-BM.indd 52 2/28/2013 3:32:52 PM

1.0
2.0
3.0
4.0

PENGENALAN
KEBEBASAN BERAGAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
HARMONI,KERJASAMA, BERINTERAKSI
KONSEP WASATHIYAH
KESAN KEBEBASAN BERAGAMA DALAM KALANGAN PELBAGAI KAUM
DAN UMAT DI NEGARA INI

Takrif Wasathiyyah
Wasathiyah dari sudut istilah mempunyai pelbagai maksud. Menurut Muhammad al-Munawi,
“Washat iaitu persamaan yang nisbah sudut-sudut kepadanya semua adalah sama, ia adalah
khiyar asy-Syai’ (sesuatu yang terpilih). Apabila tergelincir daripada pertengahan, terjadilah
kezaliman (ketidaksamaan) yang terjerumus dalam kesesatan daripada tujuan”
Manakala Dr.Ahmad Umar Hashim pula mengatakan, “Yang dimaksudkan dengan wasathiyyah
iaitu keseimbangan dan kesaksamaan antara dua pihak, yang mana satu pihak tidak mendominasi
yang lain, tidak terlalu rigid dan tidak terlalu longgar, tidak melampau dan tidak mengabaikan,
tetapi mengikut kepada yang paling utama, paling tepat, paling baik dan paling sempurna.
Apakah itu Wasathiyyah secara ringkas ?
Berdasarkan kedua-dua pendapat tokoh di atas, wasathiyyah boleh disimpulkan sebagai, “AlI’tidal (Kesederhanaan) , al-khairiyyah (kebaikan), al-inshaf (keadilan) dan ar-Rif’ah
(ketinggian) dengan sebab sifat-sifat mahmudah (terpuji) yang tidak terlalu rigid (ifrath) dan
tidak terlalu longgar (tafrith).
Apabila istilah wasathiyyah disandarkan kepada umat Islam, maka ia membawa maksud : Umat
Islam yang mencapai sifat-sifat mahmudah yang terbit daripada kedudukan syariat Allah dalam
kesederhanaan, kebaikan, keinsafan dan ketinggian yang menjadikannnya penghulu segala umat.
Justeru, wasathiyyah bukanlah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Hal ini tidaklah pelik
kerana permasalahan ini telahpun berlaku semenjak zaman Rasulullah saw :
Terjemahan Hadis:

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Berkata Imam Bukhari: Sa`id bin Abi Maryam bercerita kepada kami: Muhammad bin Ja`far
memberitahu kami: Humayd bin Abi Humayd Tawil (yang tinggi) memberitahu kami bahawa
beliau mendengar Anas bin Malik radiyallahu `anhu berkata:
“Tiga orang lelaki datang ke rumah isteri-isteri Nabi saw bertanyakan tentang ibadah Nabi saw.
Apa mereka diberitahu mereka bagaikan menganggapnya sedikit. Lantaran itu mereka berkata:
“Di manakah kita berbanding Nabi saw sedangkan telah diampunkan untuk baginda dosa-dosa
terdahulu dan terkemudiannya”. Berkata salah seorang mereka: “Adapun saya pasti akan
mengerjakan solat sepenuh waktu malam selama-lamanya”. Berkata pula yang lain: “Saya
akan berpuasa setahun penuh tanpa berbuka”. Berkata lagi seorang lagi: “Saya pula akan
mengasingkan diri daripada wanita-wanita dan tidak berkahwin selama-lamanya”. Baginda
saw lalu datang menemui mereka lantas bertanya: “Kamukah yang berkata demikian-demikian?
Adapun saya demi Allah merupakan orang yang paling takut dan paling bertaqwa kepada Allah
di kalangan kamu tetapi saya berpuasa dan berbuka, saya solat dan tidur dan saya mengahwini
wanita-wanita. Oleh itu sesiapa yang bencikan sunnahku maka dia bukan di kalanganku.”
Paradiqm Shift
Justeru, wasathiyyah bukan bermaksud seseorang itu berada pada tingkatan sederhana dalam
ibadah, amalan atau akhlaknya, atau sederhana dalam ilmu atau pekerjaan sehingga tidak
menjadi seorang yang terkehadapan atau cemerlang dalam kehidupannya. Tetapi wasathiyyah itu
adalah yang benar, yang paling terbaik, paling utama, paling sempurna dan paling adil.
Maka maksud wasathiyyah dalam firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 143 :
Maksudnya : Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus),
Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak
menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang
salah) dan Rasul (Nabi Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu.
Berdasarkan ayat ini, jelas menunjukkan umat ini adalah umat yang bercirikan manhaj
kesederhanaan dalam semua aspek, samada akidah, ibadah, muamalah kewangan dan pergaulan,
pemikiran, sudut pandang, politik, serta soal wang sara diri dan makan serta minum.
Akhir kata renungi kata-kata Mufti Ismail Menk mengenai Wasathiyyah
“Wasathiyyah itu boleh diumpamakan seperti cahaya mentari, lemah pada waktu pagi, lemah
juga pada waktu petang. Tetapi , sangat kuat pada waktu tengah-hari iaitu waktu pertengahan”.

KONSEP AL-WASATIYYAH DALAM GAGASAN 1MALAYSIA:
SATU ANALISIS

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Nurul Huda Yacob1[1]
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang.
Tel: 04-6533422 Faks: 04-6532124
Email: guidedlighted@gmail.com
Abstrak
Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Tun Abdul Razak
telah cuba dikaitkan dengan konsep al-Wasatiyyah. Al-Wasatiyyah di sini merujuk kepada
kesederhanaan, pertengahan, keseimbangan atau pendekatan jalan tengah. Ia bertujuan untuk
mengimbangi sesuatu perkara sama ada daripada aspek pemikiran atau tingkahlaku supaya tidak
melampau atau ekstrem. Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah menjadikan Al-Wasatiyyah sebagai
pendukung Gagasan 1Malaysia yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di
Malaysia. Persoalannya, bagaimanakah konsep al-Wasatiyyah ini dapat mendukung Gagasan
1Malaysia? Apakah elemen-elemen al-Wasatiyyah yang terdapat dalam Gagasan 1Malaysia itu? Kertas
kerja ini akan cuba menjawab dua persoalan ini dengan menganalisis tiga perkara utama. Pertama,
meninjau konsep al-Wasatiyyah dari perspektif Islam. Kedua, meneliti Gagasan 1Malaysia. Ketiga,
menganalisis elemen-elemen al-Wasatiyyah yang terdapat dalam Gagasan 1Malaysia. Isu-isu ini
dirungkai berasaskan tinjauan karya terhadap kedua-dua konsep dan gagasan ini. Kertas kerja ini akan
merumuskan hubung kait antara elemen-elemen yang membentuk konsep al-Wasatiyyah dengan Gagasan
1Malaysia.
Kata Kunci: Konsep al-Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia

PENGENALAN

1

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Gagasan 1Malaysia yang bermotokan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ adalah
satu falsafah yang menjadi tunjang kepada pentadbiran negara Malaysia di bawah pimpinan
Mohd Najib Tun Abdul Razak. Ia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru, tetapi
merupakan kesinambungan daripada dua konsep yang telah diperkenalkan oleh dua Perdana
Menteri terdahulu, iaitu Mahathir Mohamad (1981-2003)2[2] dan Abdullah Ahmad Badawi
(2003-2009)3[3] (Bahagian Penerbitan Dasar Negara, 2009).

Bagi mencapai hasrat dan visi kedua-dua konsep tersebut, soal kesatuan dan perpaduan rakyat
pelbagai kaum dan etnik di negara ini sangat ditekankan. Mohd Najib Tun Abdul Razak
menyatakan usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah pun
dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lagi. Usaha ini kemudiannya telah
disambung oleh pemimpin-pemimpin negara yang seterusnya (Bahagian Penerbitan Dasar
Negara, 2009).

Untuk menyambung usaha yang telah dilakukan oleh para pemimpin yang terdahulu itu, maka
Mohd Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia. Ia bertujuan
memperkukuhkan pendekatan-pendekatan yang sedia ada dan mengukuhkan lagi perpaduan
kaum di negara ini. Hal ini bagi menjamin kestabilan ke arah mencapai kemajuan dan
pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam perkataan lain, Gagasan
1Malaysia adalah sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu
Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap

2
3

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

lapisan masyarakat. Acuannya adalah dengan memperkukuhkan hubungan antara rakyat pelbagai
kaum di negara ini.

Bagi mencapai hasrat ini, Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah meletakkan al-Wasatiyyah4[4]
sebagai pendukung kepada gagasan 1Malaysia. Persoalannya, bagaimanakah konsep alWasatiyyah ini dijadikan sebagai pendukung Gagasan 1Malaysia? Apakah elemen-elemen alWasatiyyah yang terdapat dalam Gagasan 1Malaysia itu? Untuk menjawab kedua-dua persoalan
ini, maka kertas kerja ini membincangkan konsep al-Wasatiyyah yang menjadi acuan dalam
membentuk, menstabilkan dan seterusnya mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia berdasarkan
prinsip-prinsip dalam Gagasan 1Malaysia. Semua perbincangan dilakukan dengan meninjau
karya-karya yang ada hubung kait dengan kedua-dua konsep dan gagasan ini.

Secara keseluruhannya, perbincangan dalam kertas kerja ini terbahagi kepada empat bahagian
utama. Bahagian pertama meninjau konsep al-Wasatiyyah dari perspektif Islam. Bahagian kedua
pula menyentuh tentang Gagasan 1Malaysia dan hubung kaitnya dengan konsep al-Wasatiyyah.
Bahagian ketiga memuatkan analisis tentang elemen-elemen al-Wasatiyyah yang terdapat dalam
Gagasan 1Malaysia. Akhir sekali merupakan bahagian penutup dan rumusan daripada
keseluruhan perbincangan dalam kertas kerja ini.

KONSEP AL-WASATIYYAH

4

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Al-Wasatiyyah adalah istilah Arab iaitu daripada kata dasar wasat. Sebenarnya istilah ini diambil
dan dikembangkan daripada ungkapan ummatan wasatan yang disebut dalam al-Qur’an (alBaqarah, 2:143)5[5] dan ia mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah jalan tengah
(Abdulmalik Abdulkarim Amrullah, 1982:333), keadilan, pertengahan (Sayyid Qutb, 2000:295297; Syekh Muhammad Mutawalli Sya’rawi, 2004:474; Ghazali Basri, 2008:156) sederhana
(Salahuddin Abdullah Omar Khalid, 2009:108), kedudukan terbaik, paling mulia, paling
sempurna (Abu al-Fida Ismail Ibn Kathir, 2003:422-42; Ahmad Omar Hashem, 2006:1), dan
alternatif (Ghazali Basri, 2008:156).

Maksud istilah al-Wasatiyyah yang dikemukakan oleh penulis-penulis di atas telah diperincikan
pula oleh beberapa penulis lain. Misalnya M. Quraish Shihab (1996:328) yang menyatakan alWasatiyyah itu bermaksud segala yang baik sesuai dengan objeknya, yakni sesuatu yang baik
berada pada posisi di antara dua ekstrem. Posisi ekstrem tersebut kemudiannya dijelaskan oleh
Muhammad Haniff Hassan (2003) sebagai berada di antara ekstrem yang melampau dengan sifat
kekerasan dan ekstrem yang melampau dengan sifat memudahkan.

Selain M. Quraish Shihab (1996), Mohamed Baianonie (2004) pula menyatakan al-Wasatiyyah
atau atawasoot bermaksud umat Islam perlu mencuba yang terbaik untuk menjadi sederhana
dalam setiap perbuatannya. Maksud sederhana ini telah diperincikan pula oleh Nik Salida
Suhaila Nik Salleh (2010) sebagai satu keadaan yang tidak lebih dan tidak kurang, keadaan
biasa dan tenang. Menurutnya lagi, kesederhanaan juga bermaksud meletakkan sesuatu pada
tempatnya ataupun memberikan sesuatu yang berhak kepada pemiliknya. Ia juga sama

5

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

maksudnya dengan adil. Senada dengan Nik Salida Suhaila Nik Salleh (2010) ini ialah Mohd
Asri Zainul Abidin (2007) dan Khadijah Mohd Khambali@Hambali dan Nor Adina Abdul Kadir
(2010). Mereka berpandangan bahawa al-Wasatiyyah adalah sifat adil dengan meletakkan
sesuatu itu betul pada tempat dan hirakinya, seimbang dan pertengahan di antara dua ekstrem
yang berbeza.

Dalam perkataan lain, al-Wasatiyyah bermaksud tidak bersikap al-Ghuluww dan al-Tatarruf
(melampau dan keterlaluan) dalam menganut kepercayaan. Demikian juga akhlak dan amalan,
segala-galanya berkeadaan sederhana dan seimbang (Abdullah Basmeih, 2001:55). Dalam hal
ini, seseorang itu tidak boleh terlalu mengejar dunia semata-mata sehingga mengabaikan akhirat
atau terlalu mengejar akhirat sehingga melupakan dunia (Ridhuan Tee Abdullah, 2010).
Begitulah juga tidak boleh mengejar kekayaan semata-mata sehingga melupakan individuindividu lain yang kurang berkemampuan.

Berdasarkan penjelasan makna etimologi di atas, jelaslah bahawa umat Islam disifatkan sebagai
umat yang adil dan sederhana pada tempatnya. Menurut Syed Qutb (2000:295), umat Islam
adalah umat yang adil dalam segala erti keadilan sama ada keadilan dengan erti kebaikan dan
kelebihan atau keadilan dengan erti kesederhanaan atau dengan ertinya yang fizikal iaitu duduk
di tengah-tengah. Umat Islam berada pada posisi yang tengah. Oleh itu umat Islam tidak hanyut
oleh materialisme. Posisi umat Islam di tengah ini menjadikan umat Islam mampu
menyeimbangkan antara aspek rohani dan jasmani, material dan spiritual termasuk segala sikap
dan perbuatan (M.Quraish Shihab, 1996:328-329).

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Umat Islam menjadi lemah apabila berkembangnya sikap fanatik dan taksub terhadap
pendekatan tertentu sehingga mencapai tahap ekstrem (ifrat, ghuluww) atau meluasnya fahaman
liberal (tafrit, tasahul) yang melonggarkan kefahaman dan amalan agama. Kedua-dua
kecenderungan ini terpesong daripada kefahaman Islam yang adil dan sederhana (al-‘adl wa alwasat) (Mahamad Kamil bin Abdul Majid, 2004). Oleh itu, setiap perkara di dunia ini perlukan
keseimbangan. Apabila tidak wujud elemen keseimbangan, maka pelbagai masalah akan timbul
(Imam Munawwir, 1986:177).

AL-WASATIYYAH SAMA DENGAN AL-TAWAZUN?

Selain istilah al-Wasatiyyah, terdapat satu lagi istilah yang bermakna keseimbangan, iaitu istilah
al-Tawazun. Berhubung perkara ini, pemikir-pemikir Islam mempunyai pandangan yang sedikit
berbeza. Pandangan-pandangan mereka ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk. Bentuk
pertama mengatakan ia adalah sama sahaja, manakala bentuk kedua pula mengatakan ia tidak
sama.

Bagi bentuk pertama, Haron Din (1992:111-123), Yusof al-Qaradhawi (2000:271), Mohd Asri
Zainul Abidin (2007) dan Mashitoh Ibrahim (2011) menyatakan al-Wasatiyyah dan al-Tawazun
mempunyai maksud yang sama. Kedua-dua istilah ini disamakan kerana kedua-duanya terdapat
elemen keseimbangan. Bentuk yang kedua pula, Ghazali Basri (2008:155-156) menyatakan ia
berbeza kerana al-Wasatiyyah lebih bersifat cara atau pendekatan sebagai alternatif, sedangkan
al-Tawazun adalah suatu keadaan yang dilahirkan dalam keadaan keseimbangan. Maksudnya,
bila disebut Islam itu bersifat al-Tawazun ia bermaksud Islam itu sendiri mengimbangi dua

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

suasana yang berbeza dalam keadaan yang harmonis, selaras dengan dengan fitrah manusia dan
peraturan Allah s.w.t (sunnatullah). Misalnya, agama Islam mengimbangi antara tuntutan
keperluan di dunia dan akhirat. Manakala al-Wasatiyyah pula adalah satu pendekatan alternatif
kepada dua keadaan yang ekstrem. Misalnya, kapitalisme mahukan kekayaan menjadi hak
mutlak individu (pemodal), manakala bagi sosialisme pula, kekayaan menjadi hak milik
bersama. Perkara ini jelas berbeza dengan konsep al-Wasatiyyah dalam Islam di mana Islam
mengajarkan bahawa harta kekayaan itu adalah hak milik mutlak Allah s.w.t. Manusia
diamanahkan untuk menggunakannnya sekadar yang perlu sahaja. Maka dengan itulah Islam
mensyariatkan ibadah zakat, sedekah, wakaf dan seumpamanya.

Secara keseluruhannya, hujah Ghazali Basri (2008) ini mempamerkan terdapat perbezaan antara
al-Wasatiyyah dan al-Tawazun. Al-Wasatiyyah digunakan untuk hal-hal kehidupan yang tidak
ditentukan oleh syariat, seperti pengagihan kekayaan dan kekuasaan politik, manakala alTawazun pula digunakan dalam hal-hal yang ada hubung kait dengan syariat, seperti
menyeimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat.

Justeru, konsep al-Wasatiyyah yang dikemukakan oleh Ghazali Basri (2008) inilah yang akan
digunakan dalam kertas kerja ini. Perkara ini bertepatan dengan Gagasan 1Malaysia yang
digunakan untuk mentadbir hal ehwal masyarakat di Malaysia. Secara lebih khusus lagi, ia
bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,
agama dan budaya.

BENTUK-BENTUK AL-WASATIYYAH

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Konsep al-Wasatiyyah jelas dilihat dalam semua aspek. Menurut al-Qaradawiy (2000:272-279),
konsep al-Wasatiyyah terbahagi kepada empat bentuk. Pertama, al-Wasatiyyah dalam aspek
ibadah. Kedua, al-Wasatiyyah dalam aspek akhlak. Ketiga, al-Wasatiyyah dalam aspek
perundangan. Keempat, al-Wasatiyyah dalam aspek sosial (hubungan antara individu dan
masyarakat6[6]).

Dari keempat-empat bentuk al-Wasatiyyah ini, bentuk yang ketiga dan keempat akan diguna
pakai dalam kertas kerja ini. Tujuan digunakan bentuk al-Wasatiyyah yang ketiga adalah kerana
Gagasan

1Malaysia

adalah

berdasarkan

Perlembagaan

Persekutuan7[7].

Perlembagaan

Persekutuan ini adalah undang-undang utama negara. Pemilihan bentuk al-Wasatiyyah yang
keempat pula kerana perbincangannya tentang kesederhanaan hubungan antara individu dan
masyarakat itu selari dengan tujuan gagasan 1Malaysia, iaitu untuk membina kesepaduan yang
harmoni dalam masyarakat. Apabila perpaduan antara masyarakat berbilang kaum ini
dihubungkan dengan konsep al-Wasatiyyah dan pada masa yang sama masyarakat juga
memahami konsep al-Wasatiyyah ini, maka ia akan mudah dicapai dan bertambah kukuh.
Menurut Bahagian Penerbitan Dasar Negara (2009:8), apabila perpaduan yang dicapai itu telah
kukuh, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Perkara ini telah jelas ditegaskan dalam al-Qur’an (lihat Ali ‘Imran, 3:103) 8[8] bahawa
perpaduan itu adalah satu anugerah besar daripada Allah s.w.t., manakala perpecahan dan
6
7
8

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

permusuhan itu adalah amat dilarang oleh Allah s.w.t. Pengajaran dari ayat ini yang boleh
dikaitkan dengan gagasan 1Malaysia ialah semua rakyat hendaklah berpegang teguh kepada
prinsip hidup secara berjemaah dan mendukung agenda perpaduan dan pembangunan negara.
Apabila kehidupan bersatu padu dapat dibentuk, maka permusuhan dan perpecahan dapat
dielakkan. Jika ada masalah pun, ia diselesaikan dengan cara perundingan dan bukannya
pergaduhan.

DEFINISI GAGASAN 1MALAYSIA

Oleh kerana Gagasan 1Malaysia lahir daripada idea atau pemikiran Perdana Menteri, Mohd
Najib Tun Abdul Razak, maka definisinya juga terlebih dahulu dirujuk kepada penjelasan beliau
seperti berikut:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil
tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Ini bukan
bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan
dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan
Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar
daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama” (Bahagian
Penerbitan Dasar Negara, 2009:8).
Daripada penjelasan Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenai Gagasan 1Malaysia ini, maka
dapatlah dirumuskan bahawa Gagasan 1Malaysia adalah satu gagasan penyatuan kaum. Di
dalamnya terkandung tiga teras utama iaitu prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip
keadilan sosial. Prinsip gagasan 1Malaysia menghormati dan menghargai prinsip-prinsip
Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia. Ini bermaksud
Gagasan 1Malaysia adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Hak keistimewaan orang

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Melayu dan agama Islam tidak akan dipersoalkan, manakala kaum lain bebas untuk
mengamalkan agama dan budaya masing-masing. 1Malaysia juga bermaksud kerajaan akan
mendahulukan rakyat dan merentasi seluruh lapisan masyarakat serta kumpulan etnik di setiap
pelusuk tanah air (Shamsudin Moner, 2010).

MATLAMAT GAGASAN 1MALAYSIA

Gagasan 1Malaysia bermatlamat mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian
yang selama ini menjadi kekuatan negara dan rakyatnya. Prinsip yang menjadi teras Gagasan
1Malaysia ialah kenegaraan yang berakar umbi daripada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara (Zainul Rijal Abu Bakar, 2010). Daripada penjelasan Zainul Rijal Abu Bakar (2010) ini
dapatlah dirumuskan bahawa Gagasan 1Malaysia bukanlah kesatuan agama dan bukan juga
kesatuan bangsa atau kesatuan budaya. Ia hanya mengiktiraf keunikan Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum, budaya dan agama ini atas nama perpaduan demi mencapai
pembangunan. Dalam al-Qur’an telah dinyatakan bahawa perpaduan adalah anugerah terbesar
daripada Allah s.w.t, manakala perpecahan dan permusuhan adalah suatu yang dicela oleh-Nya.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai
berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah)
bermusuh-musuhan. Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat
Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah
menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu,
agar kamu mendapat petunjuk” (Ali ‘Imran, 3:103).

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

PRINSIP- PRINSIP GAGASAN 1MALAYSIA

Elemen yang menjadi teras utama dalam Gagasan 1Malaysia adalah tiga prinsipnya. Prinsip
pertama ialah prinsip penerimaan, kedua ialah prinsip kenegaraan manakala yang ketiga ialah
prinsip keadilan sosial. Segala nilai serta prinsip dalam Gagasan 1Malaysia adalah berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan. Prinsip-prinsip tersebut dihuraikan secara terperinci seperti berikut:

Pertama: Prinsip Penerimaan
Prinsip ini bermaksud walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan, budaya dan
agama yang berbeza, tetapi rakyat Malaysia menerima satu sama lain sebagai rakan setia
(Bahagian Penerbitan Dasar Negara, 2009). Perbezaan faktor kaum, agama dan budaya tidak
sepatutnya menjadi batu penghalang dalam usaha melahirkan masyarakat yang harmoni dengan
menyuburkan sikap saling hormat menghormati, memahami dan bertoleransi (Zainul Rijal Abu
Bakar, 2010)

Kedua: Prinsip Kenegaraan
Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak
dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan
yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lok, Tun V.T Sambathan berjuang untuk
mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. Tun
Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru bertujuan untuk
menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Selain itu, Tun Hussien Onn juga berusaha
memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat sehingga digelar ‘Bapa Perpaduan’. Begitu juga

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

dengan Tun Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memperkenalkan
Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan yang bertujuan
untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini (Bahagian
Penerbitan Dasar Negara, 2009).

Ketiga: Prinsip Keadilan Sosial
Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik
mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui Gagasan 1Malaysia,
setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat
mereka kepada kaum-kaum lain. Namun begitu, Gagasan 1Malaysia bukanlah platform bagi
mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan melampaui batas (Bahagian
Penerbitan Dasar Negara, 2009).

HUBUNG KAIT GAGASAN 1MALAYSIA DENGAN KONSEP
AL-WASATIYYAH

Mohd Najib Tun Abdul Razak cuba menghubungkan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkannya
itu dengan konsep al-Wasatiyyah9[9]. Ini sebagaimana yang dijelaskan dalam ucapan beliau
seperti berikut:

“Gandingan konsep Gagasan 1Malaysia dan konsep al-Wasatiyyah dalam Islam yang
mementingkan kesederhanaan dan keseimbangan perlu terus dipromosikan bagi membentuk
ummah yang berpaksikan kekuatan iman tanpa mengabaikan prinsip toleransi dan keadilan
sosial rakyat berbilang bangsa serta agama di negara ini bagi memastikan sokongan padu

9

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

rakyat terhadap agenda transformasi sosioekonomi yang sedang dilaksanakan terus mendapat
dokongan masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti negara ini.” (JAKIM, 2010).
Tujuan dihubungkan antara dua perkara ini adalah untuk meningkatkan persefahaman dan
perpaduan antara kaum berdasarkan konsep al-Wasatiyyah. Secara tidak langsung, ia juga
bertujuan mengelak daripada lahirnya golongan radikal dan ekstremis dari pelbagai agama, sama
ada agama Kristian, Hindu, Buddha, dan Islam sendiri (Ismail Ibrahim, 2009). Menurut Mohd
Najib Tun Abdul Razak (2010:46), konsep al-Wasatiyyah akan merealisasikan ajaran Islam yang
lebih komprehensif dan syumul serta berimbang antara pelbagai tuntutan. Ini untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara Islam contoh yang maju dan berimbang dalam segenap bidang.

Pandangan Mohd Najib Tun Abdul Razak (2010) ini selari dengan pandangan Ghazali Basri
(2008) yang menyatakan al-Wasatiyyah merupakan pendekatan Islam terhadap pelbagai pelbagai
masalah pemikiran yang pada kebiasaannya berada dalam dua kontinum yang berbeza iaitu
terlalu ekstrem atau liberal. Ia berperanan mengimbangi dan menyediakan pilihan kepada dua
keadaan yang ekstrem dengan berpandukan kepada memenuhi objektif hukum-hukum Islam
(Maqasid al-Syar’iyyah). Pandangan Ghazali Basri (2008) ini juga selari dengan pandangan
Yusof al-Qaradhawi (2003:293 & 2000:2). Menurut beliau, sebaik-baik sikap ialah sikap
sederhana, seimbang, berada di antara sikap berlebih-lebihan dan meremehkan, atau di antara
sikap melampaui batas (al-Thughyan) dan melalaikan (al-Ikhsar). Maksudnya, al-Wasatiyyah itu
ialah keadilan dan kesederhanaan yang berada antara dua aspek yang bertentangan tanpa
cenderung sedikit pun kepada salah satunya dengan meninggalkan aspek yang lain.

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Gandingan konsep al-Wasatiyyah yang dikatakan mendukung Gagasan 1Malaysia masih baru
dan belum dikaji orang secara lebih serius. Jadi, kertas kerja ini cuba merungkaikan perkara ini
dengan menganalisis elemen-elemen al-Wasatiyyah dalam Gagasan 1Malaysia.

ANALISIS ELEMEN-ELEMEN AL-WASATIYYAH DALAM GAGASAN 1MALAYSIA
Berdasarkan penelitian terhadap prinsip utama yang terdapat dalam Gagasan 1Malaysia, didapati
sememangnya terdapat elemen-elemen al-Wasatiyyah yang mendukung Gagasan 1Malaysia ini.
Elemen-elemen al-Wasatiyyah tersebut dijelaskan di bawah.

Pertama: Al-Wasatiyyah Dalam Prinsip Penerimaan
Prinsip ini bermaksud semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bebas untuk
mengamalkan agama dan cara hidup masing-masing. Menurut Mashitoh Ibrahim (2011), konsep
al-Wasatiyyah boleh dilaksanakan dalam seluruh aspek kehidupan dan salah satunya adalah
dalam kehidupan beragama. Agama merupakan satu perkara yang bersifat ekslusif. Oleh itu,
perkara ini perlu dititikberatkan supaya tidak menimbulkan konflik dalam masyarakat. Di
Malaysia, walaupun masyarakat berbeza agama dan cara hidup, namun mereka saling
menghormati dan menerima perbezaan tersebut. Prinsip kebebasan dalam mengamalkan ajaran
agama inilah yang dikatakan al-Wasatiyyah. Walaupun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia
bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara, namun penganut agama lain tidak dihalang
untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing dengan aman dan harmoni.

JKA 314

[AGAMA DAN MASYARAKAT]

Berhubung perkara ini, Gagasan 1Malaysia dilihat selari dengan sejarah pembentukan negara
dan ketamadunan Islam di Madinah oleh Rasullullah s.a.w. Piagam Madinah yang dipersetujui
oleh Rasullullah s.a.w dengan masyarakat bukan Islam menyerlahkan semangat toleransi dalam
mengamalkan ajaran agama masing-masing (Mashitoh Ibrahim, 2011). Melalui Piagam Madinah
ini masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup harmoni dan saling
menghormati walaupun berlainan agama. Rasullullah s.a.w memberi kebebasan kepada kaum
minoriti dan memberi kebebasan beragama untuk kaum bukan Islam. Hal ini selaras dengan
firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang
benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu, sesiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman
kepada Allah s.w.t, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat
yang tidak akan putus. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”. (al-Baqarah, 2:256).
Ayat di atas jelas sekali membuktikan bahawa tidak ada unsur paksaan dalam agama Islam. Umat
manusia tidak dipaksa untuk menganutinya, tetapi mereka diajak untuk berfikir. Jika mereka
berfikir secara sihat, maka sudah pasti akan sampai kepada Islam. Tetapi jika wujud paksaan,
akan timbul pencerobohan fikiran dan sudah tentu akan menimbulkan masalah (Zulkifli
Mohamad al-Bakri, 2008). Menurut Yusof al-Qaradhawi (2009:194), pihak pemerintah berhak
mengadakan peraturan dan undang-undang yang dapat melindungi dan menjaga kelangsungan
kewujudannya. Oleh yang demikian, sistem ini akan tetap menjadi sistem yang hidup dan terus
berkembang.

Perk