APA ITU evolusi apa HIDROPONIK

APA ITU HIDROPONIK ?
Posted on January 24, 2011 by ysuhaimi

Walaupun teknologi hidroponik ini semakin dilupakan tetapi teknologi ini sememangnya memberikan
keuntungan kepada pengusaha terutama bagi pengeluaran sayuran daun serta ulam – ulaman. Dengan
kos permulaan yang tinggi, pengeluaran sayuran daun dan ulaman secara hidroponik dapat memberikan
pulangan yang lumayan pada jangka masa panjang. Teknologi hidroponik ini telah lama dipraktiskan di
negara barat seperti di Israel, Holland, Belgium dan Australia untuk. Namun begitu tahap kesedaran
pengguna terdapat sayuran hidroponik di Malaysia adalah sangat rendah.

Hidroponik merupakan kaedah menanam pokok dengan menyediakan hampir keseluruhan keperluan
nutrien dengan cara melarutkannya kedalam air dan diberikan kepada akar pokok. Tujuan hidroponik
ialah untuk membolehkan garam-garam galian yang diperlukan itu tersedia dan boleh diserap akar-akar
pokok terus melalui air.

Pokok hidup dan membesar dengan mengambil sekurang-kurangnya 14 unsur yang berbeza dari tanah
(bersama-sama 3 unsur-unsur lain yang lebih penting dari udara) untuk membuat makanannya melalui
proses fotosintesis. Unsur-unsur ini tidak ujud bersendirian tetapi dalam bentuk sebatian seperti kalsium
nitrat atau kalium nitrat dan lain-lain. Di dalam larutan, garam-garam sebatian ini dipisahkan dan ianya
membentuk ion-ion. Sebagai contoh kalium nitrat tersedia untuk pokok sebagai ion K+ dan NO3- . Oleh
itu kesemua unsur di atas hanya boleh diserap oleh akar pokok apabila ianya dalam bentuk yang terlarut

dalam air.

Disebabkan nutrien yang diperlukan oleh pokok telah tersedia terlarut dalam air, ini bermakna bahawa
akar tidak perlu lagi banyak dan panjang-panjang untuk merayau mencari makanan. Sebaliknya air yang
diperkaya dengan nutrien (boleh larut) yang mengalir kepada akar itu menyebabkan pokok
mengeluarkan akar yang kecil/sedikit tetapi efisien dan menggunakan tenaga untuk membesarkan
bahagian pokok yang lebih bernilai seperti daun, bunga atau buah. Ini juga bermakna bahawa kita boleh
menanam pokok dengan lebih rapat dan tidak perlu risau berlakunya pertandingan antara pokok kepada
makanan yang mungkin berkurangan di sekeliling akar. Tetapi tidaklah terlalu padat sehingga ketidakcukupan ruang di bahagian atas pokok untuk mendapatkan cahaya matahari dan gas karban dioksida.

Dalam sistem hidroponik, sisa nutrien yang tidak terambil oleh pokok dan nutrien yang tak seimbang
dengan mudah boleh dibuang. Kemudian dengan menambah air bersih dan dengan adunan nutrien yang

berbeza kita dengan mudah pula boleh menukar formulasi nutrien seterusnya menukar kesedia-adan
nutrien kepada pokok. Dengan menukar keseluruhan nutrien membolehkan kita mengalirkan larutan
lama keluar dari sistem pengairan dan media tanaman dan memberikan semula nutrien makro atau
mikro dalam bentuk yang seimbang kembali. Dalam sistem tanaman konvensional menambah makanan
mudah dilakukan tetapi untuk membuang sisa yang berlebihan adalah amat sukar. Sisa yang berlebihan
inilah yang akan menyebabkan toksik kepada tanaman.


KELEBIHAN HIDROPONIK

• Tidak memerlukan kawasan yang luas.
• Masa menanam yang pendek = lebih pusingan tanaman setahun.
• Kerja-kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan.
• Air dapat dijimatkan kerana air tidak semuanya hilang – sebab berkitar.
• Serangan penyakit dan serangga yang dibawa oleh tanah dapat dielakkan.
• Perosak tanaman (serangga dan penyakit) akan lebih mudah dikawal tanpa menggunakan racun yang
merbahaya.
• Masalah rumput dapat dikurangkan.
• Nutrient dapat dikitar kembali = penjimatan penggunaan baja.
• Hasil yang lebih tinggi.
• Kejutan kepada anak benih semasa mengubah dapat dikurangkan – anak benih tidak terencat.
• Musim menanam sepanjang tahun = tidak dipengaruhi oleh musim yang mungkin tidak menentu.
• Kualiti hasil yang tinggi dan sekata (uniform), suci dari sebarang sisa racun atau sisa gigitan makhlok
perosak.
• Lebih banyak jumlah pokok boleh ditanam pada setiap unit luas kawasan (kepadatan tinggi memungkin
hasil maksima).
• Alam sekitar yang lebih bersih dan harmoni. Tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau najis
dan sebagainya

• Pokok–pokok hidroponik hanya memakan makanan (nutrien) yang kita beri, masalah logam berat
dalam produk yang dihasilkan tidak timbul. Tanaman konvensional yang menggunakan najis ayam pula

akan mengambil bersama-sama sisa-sisa antibiotik dan juga hormon-hormon. Jika berlebihan yang
diambil mungkin akan membahayakan mereka yang memakan produknya.

KELEMAHAN HIDROPONIK

• Kos permulaan yang lebih tinggi.
• Tidak dapat faedah dari kelebihan aktiviti mikro-organisma dalam tanah.
• Memerlukan sedikit kemahiran sebelum seseorang itu mahu memulakan hidroponik.
• Memerlukan keperluan asas (air bersih dan tenaga letrik) yang lebih sempurna.
• Tidak semua jenis tanaman dengan mudah boleh ditanam secara hidroponik.

JENIS-JENIS/TEKNIK HIDROPONIK

1. Jenis statik
2. Deep Flow Technique (DFT) (teknik aliran dalam)/ Hidroponik terapung/ (DFT)/ Hidroponik rakit (Raft
hydroponics)
3. Nutrient Film Technique (NFT)

4. Teknik pasang surut (Ebb and Flow Technique)
5. Teknik pengairan titis (Drip Irrigation Technique)
6. Aeroponik
7. Teknik aggregat

KEPERLUAN ASAS UNTUK SESEORANG MEMULAKAN PERUSAHAAN HIDROPONIK

1. Tanah/kawasan
2. Air

3. Tenaga elektrik
4. Rumah hidroponik
5. Biji benih
6. Nutrien/ baja