UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA MASTER OF IS

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA
MASTER OF ISLAMIC STUDIES
(MIST)

AMSS5103
KAEDAH PENGAJIAN SYARIAH
TAJUK TUGASAN:
Doktrin pengasingan kuasa dan analisa doktrin pengasingan kuasa dalam
Islam serta perbezaanya dengan doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan
dalam sistem pemerintahan di Malaysia

SEMESTER

:

SEMESTER 1 /2016

NAMA PENSYARAH

:


DR.SARIP BIN ADUL

FAKULTI

:

FAKULTI SAINS SOSIAL

TARIKH SERAHAN

:

16 JULAI 2016

1

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK


MUKA SURAT

1

PENGENALAN

1

2

KONSEP PENGASINGAN KUASA

2

3

KONSEP DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

5


YANG DIAMALKAN DI MALAYSIA PADA
HARI INI
4

ANALISA PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN

8

ANTARA DOKTRIN PENGASINGAN KUASA
ISLAM DAN PEMERINTAHAN DI MALAYSIA
HARI INI.
5

KESIMPULAN

10

6


RUJUKAN

11

2

1.0 PENGENALAN.
Menurut Kamus Komprehensif Bahasa melayu (2010), doktrin merupakan ajaran ( berkenaan
agama, sesuatu ilmu) yang dijadikan pegangan. Ini bermaksud doktrin adalah prinsip atau
kepercayaan yang dianggap benar dan satu-satunya yang dapat diterima. Manakala
pengasingan bermaksud perbuatan mengasingkan sesuatu.
Menurut sarjana barat, konsep dan teori pengasingan kuasa mula dipelopori oleh seorang ahli
falsafah pokitik Perancis terkenal, iaitu Charles Secondat de Monstesquieu. Beliau
menegaskan kebebasan tidak akan wujud jika seseorang atau sesuatu badan itu memiliki
semua kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman.
Ini ekoran Revolusi Perancis (1789-1799) yang mana merupakan satu tempoh peralihan
politik dan sosial dalam sejarah Perancis, daripada struktur kerajaan Perancis yang
bermonarki mutlak dengan sistem feudal yang memberikan keistimewaan bagi golongan
autokrat dan paderi kotalik, berubah kepada prinsip kesedaran terhadap nasionalisme,
kewarganegaraan dan hak rakyat.

Konsep pengasingan kuasa memberi kefahaman kuasa pemerintahan sesebuah negara
dibahagikan dan diasingkan kepada tiga buah badan yang bebas terdiri daripada badan
perundangan (legislative power), badan pentadbiran (executive power) dan badan kehakiman
(judiciary power)
Pengasingan fungsi dan kuasa kerajaan ini mempunyai tujuan tersendiri. Antaranya untuk
mengelakkan pertindihan bidang kuasa iaitu pihak yang sama tidak terlibat dalam pengurusan
lebih dari satu kuasa. Ia juga bertujuan mengelakkan berlakunya ketidakadilan dalam
pemerintahan kerana kuasa dibahagikan kepada tiga badan utama dan akhirnya dirujuk
kepada kuasa utama iaitu ketua negara. Selain itu pengasingan kuasa juga mengelakkan
berlakunya pemusatan dalam pemerintahan yang akan melahirkan pentadbiran secara
diktator.
Kerta kerja ini bertujuan membincang dan menghuraikan konsep doktrin pengasingan kuasa,
analisa doktrin pengasingan kuasa dalam Islam serta perbezaanya dengan doktrin
pengasinagn kuasa yang diamalkan dalam sistem pemerintahan di Malaysia pada hari ini.

3

2.0 KONSEP PENGASINGAN KUASA.
Menurut teori Monstesquieu, dalam sesebuah pemerintahan terdapat tiga sumber kuasa yang
perlu diasingkan untuk mencapai kebebasan politik. Pengasinagn kuasa perlu untuk

mengelakkan kezaliman dengan memberi kebebasan kepada badan-badan yang ada supaya
tidak dipengaruhi oleh badan lain.
Konsep pengasingan kuasa banyak dibincangkan menurut perspektif barat. Namun begitu,
dalam sistem pemerintahan Islam juga konsep ini diterima pakai sejak sekian lama. Cuma
tiada perbincangan secara mendalam.
Pengasingan kuasa menurut Islam mestilah bersesuaian dengan Islam dengan syarat tidak
terdapat padanyan amalan-amalan yang bercanggah dengan prinsip Islam. Pentadbiran islam
meletakkan keadilan dan penghormatan kepada semua manusia sebagai prinsip Islam sebagai
rahmat seluruh alam. Ini kerana apabila wujudnya pengasingan kuasa, tugas pemerintahan
akan dibahagikan kepada badan tertentu dan memberi kebebasan kepada badan tersebut tanpa
dipengaruhi oleh kuasa lain.
Dalam sebuah negara Islam, terdapat pelbagai badan yang mengendalikan pelbagai urusan
secara berasingan, yang mana kuasa bukannya berpusat kepada khalifah semata-mata. Badanbadan induk ini walaupun berasingan, tetapi masih berada di bawah naungan khalifah atau
ketua negara.
Konsep pengasingan kuasa dalam pemerintahan Islam dikenali dengan istilah al-sultah al
tasyri’iyyah (kuasa perundangan), al-sultah at-tanfidhiyyah (kuasa pemerintahan) dana alsultah al-qada’iyyah (kuasa kehakiman). Badan-badan yang berkuasa tersebut hendaklah
bertindak berlandaskan hukum syarak dan ijtihad para ulama’. Tiga badan utama dalam
pemerintahan Islam dihuraikan seperti berikut:
a) Badan Perundangan (al-sultah al tasyri’iyyah)
Menurut Al Mawdudi negara Islam bererti sesebuah negara yang hanya boleh bertindak

menurut rangka had yang telah digariskan oleh Allah dan tidak diberi kuasa untuk melanggar
atau melampaui batasan tersebut. Firman Allah:

          
   
4

Maksudnya : “Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya.
barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka Itulah orang-orang yang zalim”.
(al-baqarah :229)
Dalam menggubal undang-undang mestilah tidak boleh bertentangan dengan al-Quran dan as
Sunnah bukannya berdasarkan akal fikiran semata-mata. Jika sudah termaktub sesuatu hukum
secara qat’i di dalam al-Quran dan as-Sunnah, maka hukum tersebut wajib diisytiharkan oleh
badan perundangan Islam sebagai undang-undang. Maka hukum tersebut tidak boleh
dipertikaikan lagi. Contoh hukum mencuri secara jelas telah ditetapkan oleh Al-Quran.
Firman Allah :

     
        
Maksudnya : Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan

keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari
Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ( al-maidah : 38)
Manakala bagi undang-undang yang tidak dijelaskan secara terperinci dalam al-Quran dan asSunnah, terdapat pelbagai kaedah yang dibenarkan oleh siasah syariah. Contohnya kaedah
masalih al mursalah dan sad al dharo’i.

b) Badan Eksekutif (al-sultah al tasyri’iyyah)
Melibatkan tanggungjawab ketua negara (Ulu al-Amr). Tujuan utama badan eksekutif adalah
untuk melaksanakan perintah Allah yang disampaikan menerusi al-Quran dan as-Sunnah
serta melaksanakan polisi dan peraturan yang diluluskan badan perundangan. Ia juga
bertujuan mewujudkan masyarakat yang sedia menerima semua perintah-perintah ini untuk
dilaksanakan dalam kehidupan seharian.
Dalam menjalankan tugasnya, pihak eksekutif terikat dengan keputusan badan perundangan
melalui pentadbiran secara rundingan yang mana kepimpinan kedua-duanya terletak ditangan
seorang ketua negara. Sistem pemerintahan Islam memerlukan badan kabinet (kementerian)
yang membantu ketua negara melaksanakan tugas. Oleh itu, badan eksekutif dilaksanakan
menerusi kementerian, jabatan, organsasi kerajaan yang lain di dalam satu usaha untuk

5

mewujudkan hukum Islam. Daripada bantuan dan kerjasama ini, terbentuklah badan

eksekutif.
Al Mawardi telah membahagikan kementerian (wizarah) kepada dua iaitu:
1) Wizarah al- tafwid : kementerian atau menteri yang berkuasa penuh. Dalam keadaan
yang memerlukan beliau layak menggantikan ketua negara.
2) Wizarah al- tanfiz : kementerian eksekutif yang mana tigasnya ialah melaksankan
segala arahan ketua negara.
Dalam perbincangan kuasa eksekutif, para sarjana politik Islam menjelaskan istilah khalifah
sebagai ketua negara.
Contoh pengamalan kuasa eksekutif semasa awal Islam ialah semasa pemerintahan khalifah
Abu Bakar. Dalam melantik pegawai awam, beliau tidak memilih ahli keluarganya tetapi
memberi peluang kepada yang betul-betul layak dan beliau akan menasihati dan
menerangkan tentang tugas dan tanggungjawab.

c) Badan kehakiman (al-sultah al-qada’iyyah)
Menurut istilah fiqh Islam, perbincangan badan kehakiman dikenali sebagai al-qada’. Badan
kehakiman sesebuah negara Islam adalah sepenuhnya bebas daripada badan ekselusif. Di
mana hakim bebas bertindak dalam penghakimannya. Namun begitu, mereka tertakluk
kepada undang-undang dan peruntukan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Firman Allah:


         
   
Maksudnya : “ maka hukumlah antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah
dan janganlah sekali-kali mengikuti kemahuan mereka daripada apa yang telah dating
kepadamu daripada kebenaran” ( al-Maidah : 48)
Badan kehakiman bertanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang Allah yang
diwahyukan kepada Rasulullah. Para hakim yang menjalankan fungsi ini tertakluk kepada
perundangan Allah dalam tugas menegakkan keadilan di dalam negara.
6

Contoh pada zaman pemerintahan Abu Bakar. Beliau bertindak sebagai ketua eksekutif
manakala Umar sebagai ketua kehakiman. Tugas kehakiman dalam Islam dibuktikan dengan
penulisan surat oleh khalifah Umar kepada hakim-hakim yang dilantik yang mengandungi
peraturan dan tatacara bagi mahkamah dan etika bagi hakim.

3.0 KONSEP DOKTRIN PENGASINGAN KUASA YANG DIAMALKAN DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan konsep negara persekutuan. Daripada
konsep ini, telah mengabungkan negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang membentuk
kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Antara ciri politik negara persekutuan adalah pemisahan

kerajaan antara kerajaan pusat dengan kerjaan negeri dari segi institusi politik seperti badan
perundangan.
Dalam konteks Malaysia sebagai negara demokrasi ( demokrasi berasal dari Bahasa Yunani
bererti pemerintahan rakyat) pengamalan doktirn pengasingan kuasa penting bagi mentadbir
urus negara dengan sistem yang betul. Perlembagaan persekutuan Malaysia telah
mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan negara, iaitu badan perundangan,
badan pentadbiran dan badan kehakiman. Manakala Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
merupakan ketua negara yang berkuasa dalam ketiga-tiga badan tersebut.
Pengasingan kuasa ini menjadikan badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkan
membuat dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh
menjalankan kuasa-kuasa badan lain. Badan yang memerintah hanya dibenar menjalankan
pemerintahan negara dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa
kehakiman. Badan kehakiman hanya dibenarkan melaksanakan kuasa hakim dan tidak boleh
membuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan.
Doktrin pengasingan kuasa di Malaysia merupakan satu imbangan kuasa yang diwujudkan
oleh perlembagaan merdeka disamping memelihara satu sistem check and balance di antara
tiga jabatan utama kerajaan iaitu badan perundangan (Parlimen), badan eksekutif ( Jemaah
menteri dan perkhidmtan awam) dan badan kehakiman (Mahkamah).

7

Pengasingan kuasa di Malaysia tidak diamalkan sepenuhnya mengikut apa yang dilaksanakan
dibarat. Ia berbeza daripada doktrin pengasingan kuasa yang asal. Tidak diamalkan secara
mutlak tetapi pengasingan kuasa di Malaysia besifat relatif. Ini untuk memberi rauang supaya
badan- badan ini bergerak bebas beradasarkan peranannya yang tersendiri.

a) Badan Perundangan.
Melalui perundangan, kuasa legislatif persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang
mengandungi Yang di Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan
Dewan Rakyat. Contoh pengasingan kuasa dapat dilihat melalui pentabiran perundangan
peringkat persekutuan di bawah tanggungjawab Perdana Menteri, ahli-ahli kabinet dan ahliahli parlimen yang terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Manakala pentadbiran
peringkat negeri pula menjadi tanggungjawab Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ahli
Dewan Undangan Negeri.
Menurut Aziz Bari (2001), secara umum dewan perundangan mempunyai empat fungsi
utama. Yang pertama ialah membuat undang-undang, kedua meletakkan dewan perundangan
sebgai institusi yang memantau pihak eksekutif, ketiga mengawal perbelanjaan (rakyat
membayar cukai dan mereka berhak memastikan bahawa wang awam yang dibelanjakan
mengikut undang-undang, dan fungsi keempat ialah menyediakan kesempatan bagi pendapat
umum( peranan dewan perundangan sebagai perantara rasmi antara pihak berkuasa dan
rakyat terbanyak).

b) Badan eksekutif
Kuasa pentadbiran bagi persekutuan adalah terletak pada YDPA dan tertakluk kepada
peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan jadual kedua, iaitu kuasa
boleh dijalankan olehnya atau oleh mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh jemaah
menteri atau menteri kabinat yang dilantik. Tapi pada setiap ketika mereka melaksanakan
kuasa itu, mereka melaksanakan atas nama ‘Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Aziz Bari (2001) kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam konteks perbincangan
mengenai eksekutif hanyalah sebagai lambang buat autoriti pemerintahan

8

Pengasingan kuasa berlaku di mana, di peringkat persekutuan kuasa tertinggi terletak pada
YDPA. Makakala diperingkat negeri pula pada Sultan (raja) atau Yang di-Pertuan Negeri
sebagai pemilik kuasa eksekutif tertinggi.
Badan eksekutif hendaklah mentadbir negara berlandaskan undang-undang yang telah
diluluskan

oleh

parlimen.

Jika

terdapat

percanggahan,

mahkamah

berkuasa

mengisytiharkannya sebagai tidak sah. Jika undang-undang yang diluluskan oekh parlimen
pula di anggap ultra views atau melampaui had kuasa yang dibenarkan oleh perlembagaan
negara, mahkamah juga berhak mengisytiharkan undang-undang tersebut tidak sah dan
terbatal kerana bertentangan dengan perlembagaan.

c) Badan kehakiman
Badan kehakiman di asingkan daripada badan politik untuk menghindarkan dari
penyalahgunaan kuasa. Kebebasan kehakiman ini menjadi garis pemisah yang membezakan
kerajaan bercorak demokrasi dengan kerajaan bercorak totalitarian.
Hakim-hakim tidak boleh dilantik dari kalangan ahli politik. Tugas hakim hanya mentafsir
undang-undang. Mahkamah juga tidak mempunyai kuasa menentukan dasar-dasar kerajaan
kerana hakim-hakim mahkamah tidak boleh campur tangan dalam hal-hal politik.
Di Malaysia ketua badan kehakiman ialah ketua hakim negara. Kemudian di bawah beliau
ada beberapa orang hakim kanan. Para hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas
nasihat Perdana Menteri.
Badan kehakiman menurut perlembagaan merujuk kepada mahkamah-mahkamah sivil.
Manakala perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum syariah diletakkan di bawah bidang
kuasa negeri, iaitu mahkamah syariah. Menurut Aziz Bari (2001), secara umum mahkamah
sivil terbahagi kepada dua : mahkamah tinggi (mahkahamh persekutuan, mahkamah rayuan
dan mahkamah tinggi) dan mahkamah rendah (mahkamah sesyen, majisteret dan penghulu.

d) Penggabungan kuasa badan perundangan dan badan eksekutif di Malaysia

9

Malaysia mengamalkan pengasingan kuasa yang realtif iaitu kebergantungan antara ketigatiga badan bebas ini, badan perundangan dan badan pemerintahan digabungkan. Contohnya
seorang menteri kabinet Malaysia biasanya juga berperanan sebagai ahli parlimen sama ada
di Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Pihak yang membuat undang-undang dan
melaksankannya adalah kelompok yang sama.

4.0 ANALISA

PERBANDINGAN

DAN

PERBEZAAN

ANTARA

DOKTRIN

PENGASINGAN KUASA ISLAM DAN PEMERINTAHAN DI MALAYSIA HARI
INI.

Setelah dibincangkan secara terperinci doktrin pengasingan kuasa Islam dan doktrin
pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia hari ini, terdapat beberapa perbandinagn
yang boleh dibincangkan antaraya dari sudut asas pelaksanaan undang-undang, pengasingan
badan kehakiman, sistem khalifah, sumber rujukan utama.
Antara perbandingan di lihat dari aspek asas dalam melaksanakan undang-undang. Doktrin
pengasingan Islam semua perundangan dan peraturan hendaklah berlandaskan syariat yang
bersumberkan Al-Quran dan As Sunnah. Manakala doktirn pengasingan kuasa di Malaysia,
sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh parlimen Malaysia. Ini kerana Malaysia
merupaka negara common law, sebuah tradisi perundangan yang berasal dari England.
Undang-undang Malaysia adalah berkait dengan parlimen melalui kuasa Yang di Pertuan
Agong dan ahli-ahli parlimen serta dewan negara dan dewan negeri.
Perbandingan lain, doktirn pengasinagn kuasa islam tidak membahagikan kuasa kehakiman
secara khusus. Para sarjana islam berpendapat, tiga badan utama iaitu perundangan, eksekutif
dan kehakiman mesti saling bekerjasama dalam menguruskan pemerintahan serta mempunyai
batasan tertentu. Batasan tersebut tidak dinyatakan secara jelas. Manakala dalam pengasingan
kuasa di Malaysia pada hari ini, wujud unsur fleksibel dalam pemerintahan, iaitu
kebergantungan. Di Malaysia, kebebasan kehakiman dinyatakan sebagai salah satu unsur
utama dalam Perlembagaan Persekutuan. Badan kehakiman di Malaysia hendaklah bebas dari
unsur politik untuk menjamin keadilan. Manakala badan permerintahan dan perundangan
berlaku pertindihan kuasa kerana sebahagaian dari anggota badan kuasa tersebut adalah orang
yang sama dan dipilih melalui sistem piihanraya.
10

Doktrin pengasingan kuasa islam menghuraikan sistem khalifah. Yang mana semua badan
tersbut hendaklah dirujuk kepada khalifah. Manakala dalam doktrin pengasingan kuasa di
Malaysia mengamalkan sistem beraja yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sumber rujukan utama doktrin pengasingan kuasa islam adalah sepenuhnya beradsarkan AlQuran dan as Sunnah. Manakala doktrin pengasingan kuasa Malaysia merujuk kepada
perlembagaan Malaysia.

5.0 KESIMPULAN

11

Doktrin pengasingan kuasa secara tidak formal telah dipelopori oleh Islam. Ini dapat dilihat
semasa pemerintahan islam semakin berkembang seperti pada zaman khalifah Umar.
Pengasingan kuasa menurut perspektif Islam juga terbahagi kepada tiga badan utama yang
mana badan atau kuasa tersebut hendaklah bertindak berlandaskan hukum syarak dan ijtihad
para ulama. Asas utama pengasingan kuasa dalam Islam mestilah menepati prinsip Islam
yang mengikut al-Quran dan as Sunnah.
Manakala dalam pemerintahan Malaysia pada hari ini, doktrin pengasingan kausa diterima
pakai kuasa boleh diterima pakai asalkan ia tidak digunakan untuk mengubah prinsip-prinsip
asas agama yag telah ditetapkan oleh al-Quran dan as-Suunah.. Pengasinagn kuasa di
Malaysia tidak di amalkan secara mutlak mengikut pandangan barat. Malaysia
membahagikan kuasa pemerintahan kepada tiga badan utama tetapi saling bergantung anatara
satu sama lain. Namun begitu, secara kasarnya, badan kehakiman dipisahkan manakala badan
perundangan di gabungkan dengan badan pemerintahan. Ini bertujuan mengelakkan berlaku
ketidakadilan dalam pemerintahan. Tetapi pada akhirnya, semua dirujuk kepada Yang di
Pertuan agong sebagai ketua negara.
Oleh itu, dokrin pengasingan kuasa diterima wajar dilaksanakan di Malaysia selagi mana ia
tidak menyalahi syarak jika ianya bermatlamatkan untuk mengegak keadilan dan mencegah
berlakunya kezaliman.
Sebagai kesimpulan, pada asalnya dalam sistem pemerintahan islam kuasa dirujuk kepada
Rasulullah sepenuhnya. Tetapi berlaku sedikit penyerahan tugas apabila perluasan wilayah
Islam. Namun pemegang kuasa atau hak akhirnya merujuk kepada khalifah yang
bersumberkan Al-Quran dan as Sunnah.

6.0 RUJUKAN
12

Abdul Aziz Bari (2001) Perlembagaan Malaysia Asas-Asas dan Masalah. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Selangor.
Al-Quran
Affendi Awang (Prof Madya Dr). Kaedah Pengajian Syariah (2011). Open Universiti
Malaysia.
Arbak Othman (2010) Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Selangor.
Bharuddin Che Pa, Farizah Zulkiflin, Lukman Thalib (2014) Pengasingan Kuasa
Menurut Perspektif Barat Dan Islam: Amalan Di Malaysia. Jurnal syariah. Jil 22. Bil 1.
Rujukan internet : norsurieanie.blogspot.my/2010/08/bab-4-konsep-pengasingan-kuasa.html?
m=1
Rujukan internet :dr shamrahayu aziz. www.bharian.com.my/node/34356?m=1
Zaliza Mohd Kassim, Abdul Khalil Mohd Khalid (2002) Doktrin Pengasingan Kuasa :
Satu Pengenalan. Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM. Selangor.

13