BAB I KAJIAN CIRI PELAJAR AGRESIF

62

LAMPIRAN A

CIRI-CIRI PELAJAR YANG BERTINGKAH LAKU AGRESIF
KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN REKO,
KAJANG, SELANGOR.

PENGENALAN

Pendahuluan

Di dalam bahagian ini, penyelidik akan membincangkan mengenai latar belakang
kajian, masalah kajian, tujuan kajian yang merangkumi objektif kajian, soalan kajian
dan hipotesis kajian. Bahagian ini juga menerangkan tentang kepentingan kajian,
definisi istilah-istilah yang digunakan dan rumusan.

Latar Belakang Kajian
Dewasa ini kita sering mendengar dan membaca daripada media massa mengenai
masalah-masalah yang menimpa pelajar sama ada masalah disiplin yang melibatkan
sekolah maupun masalah sosial yang melibatkan keselamatan masyarakat seperti

ponteng sekolah, merokok, mencuri, merogol, menagih dadah, membunuh dan
sebagainya. Apa yang kita lihat kenakalan melampau remaja di sekolah-sekolah
sebenarnya bukan perkara baru. Sejak sedekad kebelakangan ini, kenakalan melampau
sudah menjadi satu trend di kebanyakan sekolah. Hal ini telah seringkali dibangkitkan
oleh guru-guru, juga menjadi satu agenda utama dalam mesyuarat guru-guru dan
PIBG sekolah (Abdul Jalil Ali 2001).
Dengan kata lain, tingkahlaku agresif dan keganasan remaja yang terdiri
daripada pelajar sekolah merupakan satu fenomena yang kian melanda di sekolah.
Pelajar sekolah tidak dapat atau berpeluang meluahkan perasaan hatinya akan bersikap
agresif. Sama ada mereka itu menentang arahan guru, ataupun mencabar kewibawaan

63

guru-guru serta pengetuanya. Selain itu, mereka juga merosakkan harta kerajaan untuk
melepaskan geram. Mereka tidak takut pada dendaan dan hukuman sebaliknya berasa
bangga di kalangan teman dan rakan sebaya apabila tindakan disiplin dikenakan
kepada mereka (Muhd Mansur dan Siti Nordinar 1988).
Apakah yang mendorong kepada perbuatan seperti ini? Adakah guru atau
ibubapa harus dipersalahkan? Terdapat pelbagai faktor yang mendorong pelajar
bertingkahlaku sedemikian antaranya faktor dalaman pelajar itu sendiri atau faktorfaktor luaran yang mempengaruhinya. Walau apa pun faktornya, para guru dan

pentadbir sekolah perlu memahami dan peka akan tindakan yang dilakukan oleh para
pelajar berkenaan. Dengan itu, bagi mencapai tujuan di atas, diketengahkan melalui
kajian ini berkaitan ciri-ciri yang seringkali ditunjukkan oleh pelajar sekolah yang
bertingkah laku agresif.
Pengkaji cuba untuk meneliti dengan lebih dekat ciri-ciri pelajar agresif
disamping mencari faktor yang menyumbang perlakuan agresif dikalangan pelajar
sekolah. Agresif secara umumnya didefinisikan sebagai tingkah laku yang menyakiti
orang lain. Selain itu tindakan agresif ini mempunyai kaitan dengan tingkahlaku
antisosial dan delikuen (Connor, 2002). Manakala menurut Baron dan Bryne (1981),
agresif adalah tingkahlaku yang diarahkan ke matlamat untuk merosak, mencederakan
dan menyakiti orang lain. Menurut Baron dan Richardson (1994), tingkahlaku agresif
ialah sebarang tingkahlaku yang bermotivasikan dari kemarahan, keganasan dan sifat
ingin bertanding. Tingkahlaku di arahkan kepada orang atau objek lain ataupun diri
sendiri dan boleh dilihat sebagai satu tujuan untuk mengganggu, membahayakan dan
memusnahkan sesuatu.
Akibat salah faham, perasaan dendam, sakit hati, geram, kecewa dan marah
yang bercampur aduk, pelajar mungkin bertindak agresif seperti memukul guru,
merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya (Hairunaja Najmuddin, 2003).
Insiden seorang pelajar membelasah gurunya sebagaimana yang dilaporkan dalam
akhbar (Berita Harian, 24 Mei 2002: 13) di Muar, seorang guru cedera di belasah

menggunakan kerusi plastik oleh pelajar tingkatan dua ketika peperiksaan di Sekolah
Menengah Raja Muda di Parit Jawa. Berdasarkan senario tadi, kita sering tertanya-

64

tanya apakah yang menyebabkan pelajar bertindak sedemikian. Terdapat pelbagai
faktor yang menyumbang perlakuan pelajar tersebut, antaranya faktor didikan
ibubapa, persekitaran, pengaruh rakan sebaya, emosi, sikap dan sebagainya.
Tingkahlaku agresif seseorang didorong daripada perlakuan antisosial.
Antisosial adalah sejenis perbuatan langsang atau agresif yang menyalahi undangundang dan nilai masyarakat. Tingkahlaku antisosial yang serius adalah seperti
membunuh, merogol, rompakan bersenjata menikam, menembak dan sebagainya.
Banyak teori-teori yang telah dihasilkan untuk membuktikan faktor-faktor individu
bertingkahlaku antisosial, misalnya teori kekecewaan oleh Beskowitz dan Model
Patterson yang menerangkan perkembangan tingkahlaku antisosial yang bermula
dengan kegagalan keluarga dalam mengawal disiplin kanak-kanak. Ini dapat dilihat
kepada gambarajah dibawah yang menjelaskan bagaimana bermulanya perkembangan
tingkahlaku antisosial yang boleh membawa kepada perlakuan agresif.

Model Patterson


RAJAH 1.1:
Model Patterson Yang Menerangkan Tingkahlaku Antisosial Yang Bermula Dengan
Kegagalan Keluarga Dalam Mengawal Displin Kanak-Kanak

Early childhood

Middle childhood

Early adolescencee

Rejection by
normal peer

Poor parental
discipline and
monitoring

Commitment
to deviant
peer group


Child
conduct
problems

Academic failure

Delinquency

65

Menurut Patterson, perkembangan tingkah laku anti sosial bermula sejak awal
kanak-kanak lagi. Ini dibuktikan dalam model yang telah di bina oleh beliau. Oleh
kerana tingkahlaku antisosial ini bermula sejak awal kanak-kanak, maka keluarga
adalah faktor yang banyak menyumbang kepada sikap antisosial remaja. Selain itu,
dalam model perkembangan antisosial, Patterson menyatakan bahawa perlakuan ini
bermula di sebabkan kawalan disiplin

yang kurang serta pengaruh persekitaran


keluarga yang sering mengalami tekanan dan gemar menggunakan paksaan. Dalam
situasi ini, ahli keluarga cuba mengawal anatara satu sama lain dengan pelbagai cara
seperti menjerit, mengugut dan memukul (Sigelman & Rider, 2003).
Bertitik tolak daripada faktor keluarga ini, pelajar terdorong untuk bertindak
agresif di sekolah. Ianya juga menyumbang kepada perkembangan tingkahlaku
permusuhan, devian, agresif dan kurang kawalan diri. Pelajar ini tidak diterima oleh
rakan sebaya di sekolah, sering disalahkan oleh guru dan gagal dalam akademik,
bermusuh dengan rakan sedarjah, bersatu menubuhkan clique kumpulan devian yang
berkenderungan tidak mementingkan akademik dan sebagainya. Ciri-ciri yang
ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang berkelakuan agresif ini perlu diberi perhatian
oleh guru-guru dan pentadbir sekolah supaya perkara yang lebih buruk tidak terjadi
dan dapat dikawal daripada terus merebak.

Permasalahan Kajian
Isu pelajar samseng atau berkelakuan agresif di sekolah nampaknya menjadi satu
perkara yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Pendedahan media massa
beberapa

kes


yang

menggeparkan

negara

dan

dunia

pendidikan

negara

memperlihatkan isu ini umpama api dalam sekam, jika tidak di bendung sejak awal
ianya mungkin akan merebak dan mengeruhkan lagi suasana tidak harmoni institusi
pendidikan negara.
Kisah seorang pelajar lelaki Sek. Men. Teknik, Batu Pahat

Johor hilang


sebelah buah pinggangnya akibat dipukul dan dibelasah dengan teruk oleh lapan orang
pelajar. Kita juga dikejutkan dengan pendedahan sekolah berasrama penuh berprestij

66

iaitu Sekolah Tunku Abd. Rahman (STAR) yang terlibat dengan kegiatan ala samseng
di mana mereka menubuhkan sebuah pertubuhan haram ala samseng. Akibat daripada
pendedahan itu, dua puluh orang pelajar sekolah itu dibuang sekolah.
Isu keganasan pelajar ini mencetuskan kebimbangan dikalangan ibubapa,
guru-guru dan masyarakat umumnya. Tingkahlaku agresif pelajar seperti memukul
guru dan pelajar, membunuh, mengungut dan pelbagai kes jenayah tidak boleh
dipandang mudah. Ini adalah kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting
yang bakal menentukan hala tuju negara kelak.
Justeru itu, melalui kajian kes ini adalah wajar bagi saya meneliti ciri-ciri
yang sering ditunjukkan oleh pelajar yang berkelakuan agresif dan ganas sama ada
dari aspek akademik, amalan keagamaan, hubungan guru-murid dan disiplin sekolah.
Hasil kajian yang dilakukan ke atas keempat-empat aspek ini membolehkan pihak
sekolah khasnya membuat persediaan dan pemantauan ke atas pelajar-pelajar yang
cenderung bertindak ganas hasil daripada ciri-ciri atau karekteristik yang ditunjukkan

oleh mereka.

Kerangka konseptual kajian

Rajah 1.2:
Kerangka Konsep Persepsi Guru-Guru
Terhadap Ciri-Ciri Pelajar Yang Bertingkah Laku Agresif.

KAUNSELOR

PERSEPSI

Faktor-faktor agresif
Ciri-ciri pelajar agresif

GURU DISIPLIN

Strategi

67


Rajah 1.2 menunjukkan persepsi kaunselor dan guru disiplin terhadap ciri-ciri pelajar
agresif serta strategi yang digunakan untuk mengawal dan memantau pelajar yang
bertingkah laku agresif. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti
pembolehubah yang boleh dikaitkan dengan sikap agresif pelajar.Pengalaman para
guru di sekolah banyak membantu kajian ini dalam menjelaskan keadaan sebenar para
pelajar yang bertingkah laku agresif.

Tujuan kajian
Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah ciri-ciri yang
ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang bertingkah laku agresif.

Objektif kajian
1)

Mengetahui ciri-ciri pelajar yang bertingkah laku agresif

2)

Untuk mengenalpasti pembolehubah yang boleh dikaitkan dengan sikap

agresif pelajar

3)

Untuk mengetahui strategi yang digunakan oleh sekolah bagi mengawal dan
memantau pelajar yang bertingkah laku agresif

Soalan kajian
1)

Apakah ciri-ciri pelajar yang bertingkah laku agresif

2)

Apakah pembolehubah yang boleh dikaitkan dengan sikap agresif pelajar

3)

Apakah strategi yang digunakan oleh sekolah bagi mengawal dan
memantau pelajar yang bertingkah laku agresif

68

Kepentingan kajian
Tingkahlaku agresif

yang ditunjukkan oleh pelajar semakin membimbangkan.

Banyak kajian telah dilakukan untuk mengkaji keseriusan masalah ini. Kajian-kajian
berkenaan faktor-faktor pelajar berkelakuan agresif memberi ruang kepada pengkaji
untuk melihat secara lebih dekat ciri-ciri yang ditunjukkan oleh pelajar yang bertindak
ganas ini. Kajian yang dijalankan ini juga bertujuan untuk membekalkan maklumat
kepada pihak sekolah khasnya kepada guru-guru dan kaunselor sekolah dalam
mengenalpasti ciri-ciri pelajar yang agresif dan seterusnya dapat mengambil langkah
untuk mengawal, berwaspada dan menyelami cara berhubung dengan pelajar tersebut.
Hasil daripada kajian ini juga diharap dapat memberi maklumat yang penting dan
memberikan sumbangan idea ke arah menangani tingkah laku pelajar agresif dan
seterusnya dapat membentuk jati diri pelajar ke arah yang lebih baik.

Definisi istilah
Istilah-istilah dalam konteks kajian dijelaskan seperti berikut;
Persepsi
Kamus Dewan (1992) menyatakan bahawa persepsi ialah gambaran atau bayangan
dalam hati atau fikiran tentang sesuatu, pandangan menerusi pancaindera atau
tanggapan.
Guru
Merujuk kepada guru disiplin, kaunselor sekolah dan guru agama di Sekolah
Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang
Ciri-ciri
Sifat lazim yang terdapat pada seseorang, ciri tersendiri atau orang yang mempunyai
perangai yang tertentu.

69

Pelajar
Dalam konteks kajian ini, pelajar adalah merujuk kepada pelajar-pelajar di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang.
Tingkahlaku agresif
Menurut Ee (1995), tingkah laku agresif merupakan tindakan untuk mengeluarkan,
mencederakan atau merosakkan punca ancaman atau kekecewaan. Baron dan Bryne
(1981) menukilkan bahawa agresif adalah apa sahaja bentuk tingkah laku yang
diarahkan ke matlamat untuk merosak, menyakiti atau mencederakan orang lain.

Batasan kajian
i)

Kajian ini berbentuk kualitatif yang hanya memberi tumpuan kepada
empat orang guru yang dipilih dari sekolah SMKJR.

ii)

Di dalam kajian ini juga meninjau pandangan guru-guru terlibat mengenai
ciri-ciri pelajar yang bertingkah laku agresif hanya menggambarkan keskes yang berlaku di SMKJR sahaja.

iii)

Kajian ini adalah berbentuk kajian kes. Walaupun dapatan kajian dapat
memberi penerangan, interpretasi dan pemahaman yang mendalam
terhadap kes tersebut tetapi dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan.
Oleh itu data dan hasil kajian ini tidak boleh digunakan untuk membuat
generalisasi ke atas ciri-ciri pelajar tang bertingkah laku agresif di seluruh
Malaysia

70

Rumusan
Di dalam bahagian ini telah membincangkan dengan panjang lebar berkenaan ciri-ciri
pelajar yang bertingkah laku agresif yang meliputi permasalahan kajian, tujuan kajian,
objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi istilah yang berkaitan.
Seterusnya perkara yang akan disentuh adalah mengenai tinjauan literatur mengenai
tingkah laku agresif yang berlaku di kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah.