Falsafah dan teori hak asasi manusia

Falsafah dan teori hak
asasi manusia.

Sirotulnaimah

1

Isi Kandungan
No.
1.

2.

Tajuk
1.1.

2.1.

Pengenalan

Muka Surat

3

1.1 Falsafah

3-4

1.2 Teori

4-5

1.3 Hak Asasi Manusia
Falsafah-falsafah hak Asasi Manusia

5-7
7

2.1. Natural Law/Undang-undang Semula Jadi
2.1.1. Aristotle 385 BCE-322BCE

7-8


2.1.2. St. Thomas Aquinas 1225-1274

8-10

2.2. Human Nature

10

2.2.1. Thomas Hobbes 1588-1979
2.3. Natural Rights
2.4. Social Contract/Kontrak Sosial

12-14
14

2.4.1. Jacque Rousseau 1712-1778

14-16


2.4.2. Immanuel Kant 1724-1804

16-17

2.5. Utilitarianism

18

2.5.1. Jeremy Bentham 1748-1832

18-19

2.5.2. John Stuart Mill 1806-1873

19-20

2.6. Political Liberalism
2.6.1. John Rawls (1921-2002)

3.1.


10-12
12

2.3.1. John Locke 1632-1704

3.

7

Teori-teori dan Hak Asasi Manusia

20
20-21

22

3.1 Teori Realis

22-23


3.2 Teori Idealis

23-24
2

4.
5.
1.0.

4.1.
Bibliografi

3.3 Teori Liberalis
Kesimpulan

24-25
26-27
28-32


Pengenalan
1.1.

Falsafah

Falsafah merupakan satu perkataan yang akan memberikan pelbagai maksud
mengikut individu yang mendalami mengenai falsafah. Dalam bahasa melayu falsafah
diistilahkan sebagai cinta kepada hikmah, dalam bahasa Yunani pula, disebut sebagai
Filo dan Sofia. Menurut Socretes falsafah ialah ilmu yang menyintai hikmah fitrah
semulajadi, bagi Aristotle falsafah adalah suatu ilmu yang mencari sebab-sebab yang
jauh ataupun ilmu yang mencari kewujudan sesuatu terhadap sesuatu yang wujud. 1
Maka dari itu falsafah merupakan peringkat ilmu yang paling tinggi, tidak semua orang
dapat mengeluarkan falsafah mahupun berfalsafah.
Falsafah

menjadi ilmu dasar kepada ilmu-ilmu yang lain sebagaimana hak

asasi manusia terdapat falsafah mengenai hak asasi manusia yang menerangkan
konsep dan istilah mengenai hak asasi manusia itu sendiri. Wolf berkata falsfah adalah
cinta kepad kebijaksanaan, menurut B.Russel pula, falsafah adalah sesuatu diantara

teologi dan sains yang mana ianya mengandungi perkara yang belum tepat atau belum
nyata dan bagi W.W. Howick beliau mengaitkan falsafah ini antara manusia dengan
alam sejagat.2 Dapat dirangkumkan bahawa falsafah merupakan satu bidang ilmu
yang merungkaikan kerumitan mengenai alam sejagat atau disiplin tertentu iaitu
mencari kebenaran.
1

Scribd, apakah yang Dimaksudkan dengan Falsafah, Bagaimana Berfungsi dalam
Kehidupan Manusia, diambil daripada URL https://www.scribd.com/doc/24853264/Apakahyang-dimaksudkan-dengan-falsafah-bagaimana-berfungsi-dalam-kehidupan-manusia.
Diakses pada 24 September 2014
2
Ibid.

3

Mengenai falsafah hak asasi manusia juga terdapat pelbagai falsafah,
contohnya Thomas Aquinas mengenai hak asasi manusia iaitu undang-undang semula
jadi atau natural law beliau berpendapat bahawa menyatakan bahawa seluruh daratan
dan isinya merupakan ciptaan Tuhan, undang-undang itu telah ada secara semula jadi
dan ada pada diri manusia. Menurut Jacque Rousseau pula ialah lebih menjelaskan

hungaan manusia ini sebagai kontrak sosial atau social contract, antara rakyat
bahawan dan pemerintah. Dua penadapat yang berbeza mengenai falsafah hak asasi
manusia.
Perbezaan dalam memberikan perspketif mengenai hak asasi manusia
bukanlah dikira salah, hal ini disebabkan kedua-dua pemikir ini mempunyai latar
belakang pendidikan yang berbeza dan hidup di zaman yang berbeza juga. Oleh itu,
kajian dan pemerhatian yang dibuat adalah berdasarkan keadaan yang berlaku pada
masa itu. Pentingnya mempelajari falsafah hak asasi manusia ini adalah memudahkan
kita untuk memahami mengenai hak asasi manusia. Selain itu, falsafah-falsafah yang
dikemukakan oleh sarjana-sarjana awal menunjukkan bahawa keprihatinan mengenai
hak asasi manusia telah muncul sejak dulu lagi hanya sahaja tidak menyeluruh.
1.2.

Teori

Teori bermaksud memahami pemikiran pandangan mengenai fenomena yang
antarabangsa yang mana pemikiran ini di permudahkan sebagai formula, program,
kaedah, dan perspektif yang terangkum dalam teori. Teori penting untuk memahami
hak asasi manusia kerana teori ini akan mempermudahkan konsep-konsep dan
perbahasan mengenai hak asasi manusia, yang mana isu-isu mengenai hak-hak

manusia telah wujud sejak dulu lagi.
4

Dengan adanya teori perlakuan dalam hak asasi manusia di peringkat
antarabangsa adalah lebih jelas dan mudah difahami. Kerumitan-kerumitan ini boleh
berlaku kerana kesukaran untuk memahami maksud yang ditujukan. Maka, teori
merupakan jalan yang boleh dipergunakan bagi memahami konteks hak asasi manusia
terutamanya diperingkat antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai negara, budaya
dan ragam manusia.
1.3.

Hak Asasi Manusia

Tiada pendefinisian yang khusus untuk menerangkan maksud hak asasi
manusia, menurut kamus Oxford, Concise Dictionary of Politics iaitu human rights are
a special sort of inalienable moral entitlement. They attach to all person equally, by
virtue of their humanity, irrespective of race, nationality, or membership of any
particular social group. They specify the minimum conditions for human dignity and
tolerable life.3
Hak asasi manusia boleh ditakrifkan sebagai asas sah muktamad untuk

manusia sejagat iaitu yang merujuk kepada sebuah peraturan yang ideal untuk
manusia yang diilhamkan untuk faedah individu secara kolektif. 4 Dalam pendapat lain
mengenai istilah hak asasi manusia adalah hak-hak manusia yang berhak dinikmati
oleh setiap manusia da perlu dilindungi. Hak-hak yang perlu dinikmati oleh semua
lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang wujud dalam budaya masyarakat. 5

3

Iain Mclean and Alistair McMillan, The Concise Oxford Dictionary of Politics, Third edition,
New York, 2009 , Oxford University Press Inc. Hlm. 250.
4
Alan S. Rosenbaum, The Philosophy of Human Rights International Perspective, 1980,
United State of America, Greenwood Press. Hlm. 4
5
Richard Reoch, Human Rights the New Consensus, 1994, London, Regency Press.

5

Penjelasan mengenai hak asasi manusia juga termaktub dalam Persatuan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu dalam The United Nations Charter and Human

Rights yang menjelaskan mengenai hak asai manusia iaitu;
“Human Rights are based on mankind’s increasing demand for a decent,
civilized life in which the inherent dignity of each human being well receive respect and
protection. That idea reaches beyond the comforts and conveniences which science
and technology can provide. We do not speak merely of biological needs when we talk
about human rights. We mean those conditions of life which allow us fully to develop
and use our human qualities of intelligence and conscience and to satisfy our spiritual
needs. Human rights are fundamental to our nature; without them, we cannot live as
human beings. To deny human beings their rights is to set the stage for political and
social unrest-wars, hostility between nations and between groups within a nation and
human rights, far from being an abstract subject for philosophers and lawyers, affect
the daily lives of everyone such as man, woman, and child.” 6
Berdasarkan definisi-definisi yang dipaparkan dapat disimpulkan mengenai hakhak asasi manusia iaitu hak untuk hidup, hak untuk memiliki harta, hak untuk
mendapatkan pendidikan, hak untuk bersuara atau mengeluarkan pendapat, hak-hak
dalam menganut agama atau kepercayaan dan hak untuk mendapat perlindungan,
merupakan hak asasi yang paling asas dan perlu diperolehi dan dinikmati oleh setiap
orang.

6

The United Nation Charter and Human Rights. Hlm 4

6

2.0.

Falsafah-falsafah Hak Asasi Manusia
2.1.

Natural law/ Undang-undang Semula Jadi
2.1.1. Aristotle 385 BCE-322 BCE

Aristotle dilahirkan pada 385 BCE dan meninggal pada 322 BCE merupakan
ahli falsafah Yunani purba

dan ahli sains dan seorang tokoh intelektual terbesar

sejarah Barat. Beliau merupakan pengarang kepada falsafah dan sistem saintifik yang
menjadi rangka kerja terhadap Kristian Scholasticism dan falsafah Islam zaman
pertengahan. Aristotle juga menguasai dalam bidang seni, biologi, botani, kimia, etika,
sejarah, logik, metafizik, retorik, falsafah fikiran dan falsafah sains.

7

Bagi beliau political justice atau keadilah politik adalah sebahagian daripada
perkara yang natural atau semula jadi dan juga sebahagian perundangan yang sah
atau legal. Mengapa ia boleh dikatakan sebagai perkara yang natural dan legal.
Natural : That which everywhere has the same force and does not exist by people’s
thinking this or that, legal : that which is originally indifferent, but when it has been laid
down is not indifferent.8
Kata-kata beliau sukar difami tetapi apa yang dinyatakan oleh beliau ialah
mengenai persamaan antara manusia yang mempunyai keupayaan atau daya yang
sama, jika ia dilihat dengan lebih mendalam lagi, tiada perbezaan antara manusia.
Contohnya, seorang pesalah yang melakukan kesalahan dan tebusannya adalah
berupa seekor kambing bukan dua ekor kambing, dan dengan ini pesalah akan

7

Encyclopedia Britannica, Aristotle, diambil daripada URL
http://global.britannica.com/EBchecked/topic/34560/Aristotle, diakses pada 25 September
2014
8
Paul E. Sigmund, Natural Law in Political Thought, 1971, Massachusetts, Winthrop
Publishers, Inc. Hlmn. 14

7

terlepas daripada hukuman. Inilah yang dimaksudkan bahawa dalam kehidupan ini jika
kita melakukan kesalahan ada sahaja balasan.
Kemudian kita berfikir bahawa untuk mendapat keadilan adalah semudah
perkara diatas, ini kerana apa yang ada dalam alam semula jadi adalah tidak berubahrubah hukumnya dan kuasa atau keupayaan yang sama. Akan tetapi perkara sebegini
juga dikatakan tidak benar tetapi ianya benar mengikut akal. Apa yang membuat kita
menjadi berlainan adalah bukan kerana perkara-perkara yang diaturkan secara semula
jadi tetapi enakmen yang dibuat oleh manusia.
2.1.2. St. Thomas Aquinas (1225-1274)
Thomas Aquinas dilahirkan di United Naples di Rocca Secca pada tahun 1225
dan meninggal pada 7 Mac 1274 di Fossa Nuova. 9Beliau merupakan ahli teologi dan
ahli falsafah. Pemikiran Thomas Aquinas banyak dipengaruhi oleh Aristotle dan
Neoplatonisme. St. Thomas Aquinas merupakan salah satu pemikir pada zaman
pertengahan yang berpengaruh dengan doktrinnya natural law atau undang-undang
semula jadi. Pemahamannya mengenai ketuhanan dan hubungan antara makhluk dan
Tuhan, asas daripada teori beliau adalah undang-undang yang semula jadi ini
merupakan satu undang-undang yang bersifat kekal.
Beliau mendefinisikan undang-undang iaitu, undang-undang adalah ditentukan
oleh sebab daripada pemerintah kepada yang diperintah. 10 Hal ini perlu dilakukan bagi
memastikan pemerintahan berfungsi dengan baik. Dari segi teori politik ia mengaitkan

9

The European Graduate School, Thomas Aquinas-Biography, diambil daripada URL
http://www.egs.edu/library/thomas-aquinas/biography/. Diakses pada 23 September 2014.
10
Thomistic Philosophy Page, Thomas Aquinas on the Natural Law, diambil daripada URL
http://www.aquinasonline.com/Topics/natlaw.html. Diakses pada 23 September 2014

8

bahawa raja yang memerintah demi yang ditadbir otau yang diperintah adalah untuk
kebaikan dan kesejahteraan mereka, dan Aquinas mempercayai bahawa Tuhanlah
yang mengawal alam semesta ini.
Natural law, yang diaplikasikan dalam setiap kes manusia perlu mempunyai
ketepatan yang lebih besar kerana pada hakikatnya manusia mempunyai alasan dan
kehendak kepada kebebasan, kecenderungan manusia untuk melakukan sesuatu.
Sebagai manusia kita berhak untuk memilih apa yang kita mahukan dan
kecenderungan kita untuk dilakukan kerana menerusi alasan untuk kebebasan adalah
natural law, dan melalui akal dan kehendak manusia yang mengambil kira mengenai
hukum Tuhan adalah selarasdengan Natural law untuk membezakan yang baik dan
yang jahat.
Menurut Aquinas untuk menggunakan idea ini manusia perlu memutuskan
mengenai kecenderungan mereka kearah yang bagaimana kerana setiap benda
mempunyai sifat yang diberikan oleh Tuhan. Jika seseorang telah menemui sebab
tujuan hidupnya adalah maka dia menemui akhir semula jadinya adalah. 11Perkara yang
baik perlu dilakukan dan perkara yang jahat perlu ditinggalkan merupakan konsep
paling asas yang diguna pakai oleh setiap manusia. Manusia perlu mempunyai sebab
yang kuat dalam melakukan sesuatu dan seterusnya perlu melihat dengan lebih
mendalam apa yang dilakukannya merupakan perkara yang baik atau yang buruk.
Thomas Aquinas dengan Natural Law lebih bersifat Ketuhanan segala sesuatu
yang dilakukan perlu disandarkan dengan hukum alam dan sifat semula jadi manusia.
Hal ini juga dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan Aquinas yang lebih
11

Ibid.

9

mengenengahkan kepercayaan terhadap Tuhan dalam hukum-hakam duniawi. Dapat
disimpulkan bahawa Aquinas lebih kepada keagamaan yang menyandarkan
semuanya kepada Tuhan, dan mempercayai bahawa kuasa Tuhan yang menjaga dan
mengawal alam semesta.
2.2.

Human Nature
2.2.1. Thomas Hobbes (1588-1979)

Thomas Hobbes dilahirkan di Westport pada 5 April 1588, Hobbes
mendapatkan pendidikan di London dengan ilmuan terkenal seperti Francis Bacon,
Herbert dan Ben Johnson. Selain menjadi ahli falsafah beliau merupakan political
saintis, pakar akademik dan jurnalis. Hobbes mempunyai rancangan untuk memikirkan
falsafah masa depan, beliau merancang untuk bermula dengan perkara, badan, sifat
manusia dan kemudiannya masyarakat.
Hobbes telah menerbitkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk asasasas Falsafah tentang pemerintah dan masyarakat. Buku ini telah menjadi kontroversi
dan telah dikiritik oleh pelbagai pihak terutamanya pihak Inggeris. Hobbes menyokong
raja atas parlimen tetapi menafikan hak-hak raja, dalam pengenalan kepada buku
Hobbes menggambarkan kerajaan sebagai organisma yang menunjukkan bagaimana
setiap sebahagian daripada fungsi negeri sama dengan bahagian-bahagian tubuh
manusia.

10

Gambar 1: Penentangan Terhadap Teori Thomas Hobbes

Sumber: www.libertarians.com.co.uk12
Negeri yang dicipta oleh manusia, pertama sekali Hobbes menggariskan untuk
menggambarkan sifat manusia. Oleh itu, Hobbes menasihatkan agar setiap manusia
dapat melihat kedalam diri mereka untuk mendapat gambaran mengenai sifat manusia
secara umum, kerana semua perbuatan pada akhirnya adalah lebih mementingkan diri
sendiri walaupun manusia tersebut kelihatan baik hati, kerana ini adalah perkara yang
semula jadi.13
Moral manusia terdiri daripada Undang-Undang Alam, dan undang-undang ini
melalui social kontrak kerana perkara ini bertujuan untuk memelihara kehidupan
manusia. Lima prinsip umum yang dinyatakan oleh Hobbes ialah;
I.

Manusia hanya mengejar untuk kepentingan mereka sendiri.

II.

Semua orang adalah sama

III.

Tiga sebab semula jadi yang akan menyebabkan pergaduhan.

IV.

Keadaan semula jadi untuk perang adalah selama-lamanya

12

www.libertarian.com.co.uk, Hobbes’s Theory of Human Nature, diambil daripada URL
http://www.biography.com/people/thomas-hobbes-9340461. Diakses pada 24 Sepmtember
2014.
13
The European Graduate School, Thomas Hobbes-Biography, diambil daripada URL http://
www.egs.edu/library/thomas-hobbes/biography/. Diakses pada 24 September, 2014

11

V.

Motivasi untuk keamanan. 14

Berdasarkan prinsip yang diatas falsafah Hobbes kelihatan seperti kearah
Realisme kerana pemikirannya mengenai tanggapan manusia yang suka akan
peperangan, dan sifat manusia yang mementingkan diri sendiri. Sememangnya, ada
manusia yang sangat mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan hak orang
lain, tetapi ada ramai lagi manusia yang berganding bahu untuk kesejahteraan
bersama seperti masyarakat sivil.
Kerajaan

perlu

bertanggungjawab

untuk

melindungi

rakyat

daripada

mementingkan diri mereka sendiri, kerajaan yang terbaik perlu mempunyai kuasa
raksasa. Kuasa raksasa iaitu memiliki tahap kekuasaan yang tinggi, menggerunkan
musuh dan dapat menundukkan musuh. Demokrasi tidak akan berfungsi jika mereka
lebih terdorong untuk mementingkan diri sendiri. Manusia yang didorong oleh
keinginan yang berterusan untuk mempunyai kuasa dan untuk memberi kuasa kepada
individu yang akan mengakibatkan perang antara satu sama lain akan menjadikan
kehidupan bersendirian, miskin, jahat dan bodoh dan pendek.
2.3.

Natural Rights
2.3.1. John Locke (1632-1704)

John Lock dilahirkan 29 Ogos 1632 di Warington, England, beliau tamat dalam
bidang perubatan pada tahun 1974, dan pada tahun 1684 beliau melanjutkan pelajaran
di perguruan tinggi dan memiliki mentor seperti Robert Boyle. Lock mempunyai idea
mengenai kebebasan beragama dah hak-hak rakyat yang dianggap telah mencabar
kuasa Raja oleh kerajaan Inggeris. Locke telah menulis mengenai Kerajaan Sivil pada
14

Ibid.

12

tahun 1680-an mengenai teori undang-undang adalah semulajadi dan mengenai hak
yang dibezakan menerusi kerajaan yang sah dan tidak sah serta membincangkan
mengenai rasionalnya dalam menentang kezaliman.
John Locke berkata bahawa penubuhan kerajaan adalah untuk melindungi
nyawa, kebebasan dan harta orang awam, dan jika matlamat ini tidak dihormati maka
pemberontakan adalah dibenarkan.

15

Falsafah Jonh Lock yang muncul ketika era

enlightenment di barat member kesedaran terhadap masyarakat sekitarnya. Kuasa
raja-raja harus terhad dan harus berdasarkan persetujuan rakyat, dan raja-raja
seharusnya menghormati hak-hak rakyat, John Locke juga menyokong pandangan
bahawa orang mempunyai hak semula jadi kerana mereka adalah manusia dan hakhak semula jadi ini perlu dilindungi oleh kerajaan. 16
Oleh itu, Locke percaya bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama
tiada yang perlu dapat lebih mahupun ada manusia yang perlu dapat kurang,
meskipun adanya kerajaan atau pemerintahan dan ada manusia yang mendapat
kuasa untuk memimpin mereka perlu mejaga hak-hak manusia bukan mencabuli hak
mereka. John menegaskan bahawa semua orang dilahirkan dengan persamaan hakhak tertentu, tanpa mengiraan kewarganegaraan mereka kerana manusia dating
daripada asal yang sama iaitu daripada Tuhan, maka dari iu hak semula jadi tidak
boleh diambil sesuka hati tanpa kebenaran. 17 Hak-hak yang perlu dilindungi dalam
Rang Undang-Undang Hak Asasi Manusia adalah kebebasan bersuara, hak untuk
15

The European Graduate School, John Locke-Biography, diambil daripada URL
http://www.egs.edu/library/john-locke/biography/. Diakses pada (24 September 2014)
16
University of Nebraska Lincoln, John Lock and Human Rights, diambil daripada URL http://
unlhumanrights.org/01/0102/0102_04.htm. Diakses pada 24 September 2014
17
Bill of Right Institute, Natural Rights, diambil daripada URL
http://billofrightsinstitute.org/resources/educator-resources/americapedia/americapediaconstitution/natural-rights/. Diakses pada 24 September 2014

13

beragama, hak untuk hidup, hak dalam pemilikan harta, dan hak untuk mendapatkan
pendidikan.
Oleh itu, John Locke amat tidak menyukai terhadap penindasan terutamanya
penindasan yang dilakukan oleh pihak atasan keatas orang awam. Ini kerana mereka
yang berada diatas untuk menjalankan tanggungjawab mentadbir negara dengan baik.
Maka dari itu kezaliman perlu ditentang dan kebenaran perlu ditegakkan. Dengan
memahani hak-hak semulajadi ini manusia akan bersikap saling menghormati antara
satu sama lain sekaligus mewujudkan keamanan.
2.4.

Social Contract/ Kontrak Sosial
2.4.1. Jacque Rousseau (1712-1778)

Rosseau dilahirkan pada 28 Jun tahun 1712 di Geneva, Switzerland. Sejak kecil
beliau lebih mendalami dalam bidang seni muzik dan sains namun semakin beliau
dewasa Rosseau lebih memberi perhatian terhadap sistem pemerintahan dan keadaan
masyarakat pada masa itu sehingga beliau muncul sebagai seorang ahli falsafah.
Pada tahun 1762 telah menerbitkan buku yang bertajuk Du Contrat Sosial, Principes
du droit politique yang bererti Kontrak Sosial, Prinsip Hak Politik. Beliau mengalami
nasib yang sama seperti ahli falsafah sebelum ini apabila beliau diusir dan perlu hidup
dalam penyamaran.18
Falsafah

politik

beliau

ialah

rumusan

tentang

kontrak

social

atau

contractarianism yang dipengaruhi oleh Revolusi Perancis, Pembangunan Liberal,
Kemunculan teori Konservatif dan Sosialis. Frasa Rousseau yang paling terkenal ialah
18

Luke Mastin, The Basic of Philosophy, diambil daripada URL
http://www.philosophybasics.com/philosophers_rousseau.html. Diakses pada 25 September
2014

14

“man is born free but he is everywhere in chains,” 19 kebanyakannya negara moden
dilihat mengekang kebebasan awam dan melakukan apa sahaja demi kepentingan
mereka untuk masuk kedalam masyarakat sivil, dengan kuasa politik yang sah
perlunya kontrak social yang dipersetujui oleh semua rakyat untuk memelihara
kebaikan bersama.
Apakah sosial kontrak itu?
Social contract mean the agreement with which a person enters into civil
society. The contract essentially binds people into a community that exists for mutual
preservation. In entering into civil society, people sacrifice the physical freedom of
being able to do whatever they please, but they gain the civil freedom of being able to
think and act rationally and morally. Rousseau believes that only by entering into the
social contract can we become fully human. 20
Kontrak sosial merupakan suatu perjanjian antara pemerintah dan yang
diperintah, meskipun perjanjian ini tidak perlu meliputi perjanjian diatas kertas yang
meliputi tanda tangan antara pemerintah dan yang diperintah. Pemerintah perlu
menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan, dan
orang yang diperintah pula perlu patuh dan akur terhadap undang-undang yang telah
ditetapkan. Jikalau pemerintah dan yang diperintah tidak mematuhi peraturanperaturan tersebut maka dikatakan bahawa mereka telah melanggar social kontrak.

19

Spark notes, The Social Contract, diambil daripada URL
http://www.sparknotes.com/philosophy/socialcontract/summary.html. Diakses pada 25
September 2014
20
Spark Note, The Social Contract, diambil daripada URL
http://www.sparknotes.com/philosophy/socialcontract/summary.html. Diakses daripada 25
September 2014

15

Dari segi hak asasi manusia sosial kontrak menjadi adil apabila kedua-dua
belah pihak menjalakan tanggungjawab masing-masing. Demi keadilan kedua-dua
belah pihak memiliki tanggungjawab masing-masing yang perlu dijalankan, jika mereka
tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah mahupun rakyat maka perkara
tersebut boleh dikategorikan mencabuli hak asasi manusia orang lain.
2.4.2. Immanuel Kant (1724-1804)
Immanuel Kant dilahirkan pada 22 April pada tahun 1724 di Kaliningrad
sekarang dikenali Konisburg, Rusia. Kant telah merangka satu model iaitu satu
epistemology individu dengan melihat kepada pengetahuan manusia dan hadnya.
Beliau telah membawa idea-idea rasionalisme, dan pemikir yang berpengaruh seperti
Leibniz Wolff dengan empirisme seperti cadangan David Hume. Falsafah kritikan Kant
ialah untuk mewujudkan dan mengkaji had pengetahuan manusia. Pengetahuan
merupakan objek yang waras yang akan membentuk dirinya terlebih dahulu kepada
struktur keupayaan minda manusia kepada sebab, oleh itu semua objek menepati diri
dalam apa-apa berhubung dengan pengetahuan, legitimasi objek adalah terhad
kepada bagaimana mereka muncul untuk kita.21
Idea beliau mengenai hak asasi manusia dalam politik ialah “hanya sebuah
kerajaan yang sah yang akan menjamin hak semula jadi masyarakat untuk kebebasan
dan kebebasan dari sinilah asalnya hak lain”.

22

Asas ini dilihat oleh Kant dalam

pembangunan, pembentukan dan pelaksanaan hak-hak manusia yang semula jadi

21

The European Graduate School, Immanuel Kant-Biography, diambil daripada URL
http://www.egs.edu/library/immanuel-kant/biography/. Diakses pada 26 September 2014.
22
www.mtholyoke.edu, Human Rights Theories, Modern Perspectives: Immanuel Kant,
diambil daripada URL https://www.mtholyoke.edu/~gerla22f/classweb/Human%20Rights
%20Theories%20-%20Modern%20Perspectives.html. Diakses pada 26 September 2014.

16

bergantung kepada bagaimana keadaan dalam kerajaan itu berfungsi. Oleh itu, jika
kerajaan tersebut telus maka setiap manusia mendapat layanan yang sama tetapi jika
kerajaan atau kepimpinan itu tersebut mengalami kepincangan ketidak telusan dalam
pemerintahan rakyat bahawan biasanya selalu tertindas.
Tiga prinsip utama yang ditegaskan oleh Kant;
1.

Kebebasan adalah hak bagi setiap masyarakat selaku manusia.

2.

Kesamarataan bagi setiap anggota masyarakat dengan masyarakat yang
lain sebagai subjek.

3.

Kebebasan bagi setiap anggota komanwel sebagai warganegara. 23

Berdasarkan prinsip yang dikemukakan oleh Kant menunjukkan bahawa setiap
manusia memiliki hak semula ajdi itu, hanya sahaja kerajaan atau pemerintahan yang
menghalagng masyarakat untuk mendapatkan hak-hak semula jadi mereka dengan
mencipta undang-undang yang mendiskriminasi salah satu kumpulan, etnik atau pihakpihak tertentu. Keadilan dapat diwujudkan dengan kerjasama antara pemerintah dan
yang diperintah untuk menjalinkan masyarakat yang makmur.

2.5.

Utilitarianism
2.5.1. Jeremy Bentham (1748-1832)

Jeremy Bentham dilahirkan pada 15 Februari 1748, kedua ibu bapa beliau ialah
utilitarianisme (The Greatest Happiness Principle), dan beliau merupakan Bapa
23

Ibid.

17

kepada undang-undang antarabangsa.24 Menerusi pemerhatian, beliau melihat
kerosakan moral dan intelektual di mahkamah yang mana berlakunya kemunafikan,
ketamakan, rasuah, dan penipuan menjadi amalan dalam dalam undan-undang, dan
berpaling arah dari falsafah undang-undang apabila mereka ditawarkan dengan
sesuatu yang lebih bagus. Oleh itu, institusi dan sistem undang-undang hendaklah
distrukturkan

semula

untuk

menghapuskan

penindasan

dan

menghasilkan

kebahagiaan.
Kenikmatan kebebasan dalam hidup sedah dirasai oleh Bentham berdasarkan
asuhan orang tuanya. Menurut beliau konsep mengenai negara kebajikan benar-benar
utopia dan memanggilnya sebagai “Panopticon Hill Villages” iaitu sebagai tempat
perlindungan untuk semua dengan dipenuhi oleh keperluan sosial dan ekonomi sama
ada bagi anak yatim atau janda, penganngur, warga tua atau masyarakat yang kurang
upaya turut mendapat keistimewaan ini.
Pengembaraan merupakan salah satu daripada kebebasan kerana kepuasan
melihat keindahan alam, penulisan Bentham banyak menekankan untuk mengejar
kebahagiaan dan kebebasan, kerana hidup dalam kongkongan amatlah menyiksakan,
kita tidak dapat melakukan perkara-perkara yang kita suka tetapi melakukan perkaraperkara yang mereka minta. Apa yang menjadi kesangsian beliau ialah mengenai
perlakuan undang-undang yang tidak adil padahal undang-undang digubal untuk
melindungi keadilan, ianya bergantung kepada sikap dan sifat manusia yang
kecenderungaanya kepada material sahaja.

24

Living Philosophy, The life of Philosopher Jeremy bentham:Summary, diambil daripada
URL http://www.livingphilosophy.org.uk/philosophy/Jeremy_Bentham/. Diakses pada 29
September 2014.

18

2.5.2. John Stuart Mill (1806-1873)
John Stuart Mill yang dilahirkan pada tahun 1806, mendapat didikan mengenai
falsafah sejak kecil kerana ayahnya James Mill seorang ahli falsafah, utilitarianisme
didapati paling berkesan dalam menjelaskan pendapat dan teori John Stuart Mill yang
pernah dibangkitkan oleh bapanya. Mill juga dipengaruhi oleh pemikiran Bentham
mengenai prinsip kebahagian yang sebenar, antara pernyataan yang diberikan ialah;
“…actions are right in proportion as they tend to promote happiness, wrong as
they tend to produce the reverse of happiness. By happiness is intended pleasure, and
the absence of pain, by unhappiness, pain, and the privation pleasure.” 25
Hujah John Stuart Mill juga berpunca daripada perkara semula jadi iaitu
sentiman yang wujud secara biasa dalam alam sosial manusia, jika masyarakat
semata-mata untuk menerima tindakan untuk mengurangkan kesengsaraan dan
memaksimumkan kebahagiaan maka dengan akan membentuk satu kod etika secara
semulajadi. Bermaksud perubahan tersebut dapat diukur namun hal ini juga mendapat
kritikan apabila Mil terlalu menfokuskan kriteria tunggal untuk moral universal kerana
ragam manusia adalah bermacam-macam.
Utilitarianism menekankan dalam kepentingan moral contohnya, memiliki hati
nurani yang tinggi, apabila mereka telah melakukan sesuatu perkara yang tidak betul
mereka cepat-cepat berasa bersalah dan menyesal. Selain itu, apabila mereka
terlanggar orang lain secara tidak sengaja mereka segera meminta maaf meskipun

25

Britannica, Utilitarianism, diambil daripada URL
http://www.philosophypages.com/hy/5q.htm. Diakses pada 29 September 2014.

19

bukan mereka yang bersalah, setiap mereka memiliki rasa tidak mementingkan diri
sendiri. Inilah yang dikatakan memiliki nilai moral yang tinggi.
Inilah

yang

dikatakan

sebagai

prinsip

untiliti

yang

sepenuhnya

iaitu

kebimbangan secara semula jadi untuk menegakkan keadilan yang melibatkan rasa
hormat mengenai harta, hak dan tidak berat sebelah. Mempertahankan kebebasan
manusia individu adalah penting terutamanya untuk membina kehidupan yang lebih
adil dan sejahtera.
2.6.

Political Liberalism
2.6.1. John Rawls (1921-2002)

John Rawls dilahirkan pada tahun 1921 di Baltimore, beliau membesar dalam
lingkungan akademik dan membesar dengan mendapat pendidikan yang sempurna.
1971 beliau telah menerbitkan karyanya yang berjudul “A Theory of Justice” yang
memetik secara meluas dalam falsafah, politik dan ekonomi yang sama, serta dalam
karya ini Rawls membangunkan prinsip-prinsip keadilan yang perlu menstruktur
masyarakat yang lebih liberal.
Kejahilan atau disebabkan tidak memiliki ilmu pengetahuan telah menghalang
sesiapapun untuk mengetahui mengenai kedudukan dalam masyarakat, pemilikan
sumber bahan, jantina, agama dan kepercayaan, kedudukan sosial dan lain-lain. Bagi
Rawls keadilan adalah keadilan ini kerana setiap manusia akan berusaha untuk
mewujudkan prinsip-prinsip yang paling adil, undang-undang untuk hak yang sama
rata, hal ini kerana meraka sudah memiliki liberalisme daripada awal.

20

Menurut Rawls, kontrak yang terhasil daripada keadaan hipotetikal, iaitu
“kedudukan asal” akan mewujudkan dua prinsip asas. Pertama, Liberty Prinsip atau
Prinsip Kebebasan, iaitu melindungi kebebasan sebaik mungkin bagi setiap individu
seperti kebebasan berfikir, agama dan kepercayaan dan lain-lain. Kedua, “Difference
Principle” atau Prinsip Perbezaan iaitu ketidaksamaan sosial dan ekonomi hanya
dianggap paling teruk apabila anggota masyarakat mendapatkan keuntungan secara
tidak sama rata dari segi agihan barangan dan peluang. 26
Liberalisme politik menandakan bagaimana untuk menjustifikasi prinsip-prinsip
Rawls untuk memerintah dengan membuat struktur asas masyarakat. Jelasnya, masih
belum ada lagi mana-mana negara yang menghasilkan kerja sepadan dengan prinsip
Rawls ini, akan tetapi prinsip-prinsip ini mendorong negara-negara sentiasa berlaku
adil. Banyak kritikan mengenai falsafah Rawls ini antaranya ialah pernyataan
mengenai keadilan sebagai keadilan ini kerana penerangan mengenai konsep keadilan
sebagai keadilan adalah kurang jelas dan akan mendapat pertindihan pandangan
mengenai konsep tersebut. Oleh itu, terkadang pandangan dan pelaksanaan amat
jauh berbeza, kerana pelaksanaan memerlukan manusia yang akur dengan prinsipprinsip political liberalisme akan tetapi manusia berubah-rubah sikapnya dan tidak
dapat dijangkakan.
3.0.

Teori-Teori dan Hak Asasi Manusia
3.1.

Teori Realis

Teori realis melihat dunia sebagai anarki, kelihatan kacau balau, kucar-kacir dan
tidak teratur, diperingkat antarabangsa tiada suatu kuasapun yang dapat mengawal
26

Liberal International, John Rawls, diambil daripada URL http://www.liberalinternational.org/editorial.asp?ia_id=686. Diakses pada 26 September 2014.

21

negara-negara lain, meskipun ada undang-undang antarabangsa ianya tidak mampu
mengawal negara lain untuk menyerang negara lain dan mencabuli hak asasi manusia
walaupun dalam negara sendiri. Contohnya serangan Israel ke atas Palestin,
pengusiran rakyat Palestin namun apakah tindakan undang-undang antarabangsa
keatas isu ini, penindasan etnik Rohingya di Myanmar sehingga menyebabkan
kesengsaraan dan menyebabkan etnik Rohingya sebagai pelarian.
Realis mempunyai syak wasangka yang tinggi terhadap negara lain, begitu juga
jika manusia itu cenderung kearah realis mereka selalu mempunyai prasangka yang
buruk terhadap orang lain. Oleh itu, setiap negara perlu memperkukuhkan negara
mereka dengan menambah kuasa, negara perlu memiliki kekuatan yang padu untuk
mempertahankan negara daripada serangan negara lain. Realisme melihat dunia
manusia sebagai manusia yang tamak, kejahatan, melakukan apa sahaja untuk
mencapai apa yang dihajat. Begitu juga dengan negara selalu memiliki syak
wasangkan keatas negara lain, maka dari itu negara tersebut perlu mengukuhkan
kuasanya untuk menundukkan negara lain, kuasa diperlukan untuk berkuasa,
mengukuhkan kuasa, mengekalkan kuasa, serta meneruskan kuasa. Inilah hal yang
menjadi sangat penting begai realisme.
Saranan Niccolo Machiavelli, dalam bukunya The Prince beliau menasihatkan
agar pemerintah menggunakan penipuan dan keganasan sebagai alat terhadap
negeri-negeri lain. Matlamat moral begitu berbahaya dan bertindak secara moral akan
membawa bencana.27 Oleh itu, untuk mempertahankan diri, pelbagai cara menjadi
halal,asalkan mencapai matlamat.
27

Spark note, Theories of International Relations, diambil daripada URL
http://www.sparknotes.com/us-government-and-politics/political-science/internationalpolitics/section2.rhtml. Diakses pada 1 Oktober 2014.

22

3.2.

Teori Idealis

Idealis merupakan disiplin khusus yang menekankan keperluan bagi negaranegara untuk mencapai matlamat moral dan bertindak secara beretika di arena
antarabangsa, idealis percaya bahawa tingkah laku yang dianggap tidak bermoral
pada tahap interpersonal juga tidak bermoral dalam dasar luar. Oleh itu, hujah idealis
adalah kecurangan, tipu muslihat, dna keganasan perlu dijauhi. 28
Idealisme melihat dunia akan menjadi baik dan lebih baik jika manusia dididik
dengan kebaikan, manusia sebenarnya baik jika diberi asuhan dan tinggal di
lingkungan yang baik-baik. Negara dapat menjalankan kerjasama dan melakukan
diplomasi tetapi hal ini bertentangan dengan teori Realis yang mengatakan bahawa
hubungan

kerjasama

mahupun

diplomasi

merupakan

suatu

muslihat.

Dunia

semamangya akan menjadi baik dengan adanya hubungan serantau, badan-badan
organisasi antarabangsa seperti PBB tentunya hubungan antara negara menjadi
semakin baik, manusia jika diasuh dengan akan menjadi baik, inilah cita-cita idealisme
menjadikan dunia dalam keadaan harmoni. Maka manusia akan hidup dengan aman
dan tenteram
Kewujudan organisasi antarbangsa merupakan satu bukti yang menunjukkan
bahawa idealisme wujud, keamanann dunia dapat dibentuk, pengakhiran Perang
Dunia Pertama ditandai dengan kemunculan Liga Bangsa meskipun Liga Bangsa agak
rapuh sehinga tidak mampu membendung meletusnya Perang Dunia Kedua tetapi
tamatnya Perang Dunia Kedua ditandai dengan kemunculan Persatuan Bangsa-

28

Ibid.

23

Bangsa Bersatu sebagai sebuah organisasi antarabangsa sehingga sekarang. Oleh
itu, Idealisme yakin bahawa dunia yang aman dapat diwujudkan.
3.3.

Teori Liberalisme

Liberalisme adalah sebuah ideologi yang didasarkan dengan pemahaman
bahawa persamaan dan kebebasan hak adalah nilai politik yang utama. Liberalisme
lebih menenkankan kebeasan seperti kebebasan berfikir, kebebasan untuk bersuara
dan mengemukakan pendapat. Oleh itu, Liberalisme amat menolak dengan adanya
konkongan daripada mana-mana pihak.
Nilai-nilai asas Liberalisme;
1.

Hold The Basic Equality of All Being.

2.

Treat the Others Reason Equally.

3.

Government by the Consent of the People or The Governed. 29

Dalam Liberalisme setiap manusia berhak dan bebas untuk bersuara dan
mengemukakan pendapat, kerana menurut liberalisme dengan adanyan peluang yang
sama manusia akan hidup lebih adil. Liberal juga mengajarkan dengan konsep
keterbukaan, berfirikiran terbuka dapat menerima pendapat serta kritikam orang lain.
Manusia yang berfikiran terbukan tentunya akan dapat mengetahui pendapat dan
kehendak orang lain.
Konsep Liberalisme berkaitan dengan amalan demokrasi, berfikiran terbuka dan
berdasarkan suara majority, untuk menjadikan lebih adil, dalam pemilihan pemimpin
dilakukan secara demokrasi iaitu melalui sistem pilihan raya, setiap pilihan raya rakyat
29

Ibid.

24

berhak memilih pemimpin atau parti yang akan mentadbir negara meraka. Disinilah
terletaknya kuasa rakyat, dan pemerintah juga berkuasa disebabkan kepercayaan
rakyat. Jika pemimpin tidak amanah maka rakyat berhak menggulingkan atau
membantah. Rakyat dan pemimpin juga mempunyai kuasa masing-masing, undian
rakyat menetukan pemimpin yang akan menjadi pemimpin negara.
Disinilah menunjukkan kebebasan dan keterbukaan, rakyat berhak memilih
sesiapa sahaja yang dirasakan layak untuk menjadi pemimpin mereka, tiada unsur
paksaan mahupun hasutan, undian adalah rahsia bagi menjamin ketelusan dalam
pemilihan pemimpin negara. Hak rakyat adalah perlu akur dengan undang-undang
yang termaktub dalam perlembagaan negara dan pemimpin atau pemerintah juga
perlu melaksanakan pemerintahan dan menjaga kesejahteraan rakyat sebagaimana
yang termaktub dalam perlembagan.

4.0.

KESIMPULAN
Falsafah dan teori merupakan bidang ilmu yang sangat penting, dalam disiplin

hak asasi manusia juga falsafah dan teori ini perlu diguna pakai kerana dengan
25

memahami perkara asas mengenai hak asasi manusia maka akan mudahlah manusia
untuk memahami lebih lanjut mengenai isu-isu yang berlaku mengenai hak asasi
manusia. Falsafah dan teori telah memudahkan manusia sekarang ini untuk lebih
memahami mengenai konsep hak asasi manusia, dengan memahami akar kepada
disiplin hak asasi manusia maka mudahlah kita untuk memahami isu-isu yang
terbangkit mengenai hak asasi manusia.
Para ahli falsafah meskipun mempunyai pendapat yang berbeza dalam
menjelaskan hak-hak manusia, tetapi mereka berbalik kepada perkara asal iaitu demi
kesejahteraan manusia. Hak-hak manusia yang perlu dijaga adalah untuk menjamin
kesejahteraan, serta ketinggian moral manusia untuk menghormati hak orang lain.
Walaubagaimanapun teori dan falsafah ini boleh sahaja tidak sama untuk
menggambarkan mengenai manusia masa kini, ini kerana sikap dan sifat manusia
yang sentiasa berubah dan hati manusia yang tidak dapat dibaca oleh orang lain
mungkin sahaja apa yang dinyatakan dahulu tidak sama dengan manusia pada masa
kini. Oleh itu, teori boleh sahaja berkembang mahupun akan muncul teori yang baharu
untuk menjelaskan situasi manusia.
Setiap manusia perlu mengetahui hak mereka, dan adakalanya apa yang
dikatakan hak mereka telah mengganggu hak orang lain. Contohnya, seorang wanita
memakai kain pendek berwarna putih dan memakai baju yang ketat kerana itu adalah
haknya untuk memilih dan memakai baju yang dia suka dikhalayak ramai, kemudian
wanita itu menjadi tumpuan pandangan lelaki yang menyebabkan dirinya terasa
terganggu dan mengalami gangguan seksual. Dalam situasi wanita tersebut memakai
baju yang seksi sehingga mendapat perhatian ramai lelaki. Oleh itu, meskipun anda
26

tahu itu adalah hak anda tetapi anda perlu memikirkan keselamatan juga, kerana dunia
tidak seindah dalam cerita, maka sikap berhati-hati dan berwaspada itu mesti sentiasa
ada.
Setiap manusia juga perlu menjaga haknya sendiri bukan mengharapkan orang
lain untuk memberi perhatian sepenuhnya menjaga hak anda. Perlulah bertegas dalam
hal ini, agar hak-hak kita tidak begitu mudah dicabuli oleh orang lain. Dengan
demikian, ramai antara mereka yang tidak mengetahui apa hak mereka yang
sebenarnya sehingga orang lain begitu mudah mengambilnya terutamanya dalam
permainan politik, terkadang ahli politik ini bersikap tidak adil dan lebih memihak
kepada kroninya sahaja.

Bibliografi

27

Alan S. Rosenbaum editor, (1980), The Philosophy of Human Rights,
International Perspective, London. Aldwych Press.
Mahathir Mohamad, (1999), Human Rights views of Dr Mahathir Mohamad,
Kuala Lumpur, World Youth Foundation.
Benjamin Gregg, (2012), Human Rights as Social Construction, Cambridge,
Cambridge University Press.
Ifdhal Kasim editor, (2001), Hak Sipil dan Hak politik Esai-esai Pilihan,
Jakarta, Lembaga Studi dan Advokasi Masyarakat (ELSAM).
Asbjorn Eide dan Bernt Hagtvet editor, (1992), Human Rights in Perspective
a Global Assessment, Norway, Blackwell Publishers.
Ifdhal Kasim dan Johanes da Masenus Arus, (2001), Hak Ekonomi Sosial,
Budaya Esai-esai Pilihian, Jakarta, Lemabaga Studi dan Advokasi Masyarakat
(ELSAM).
Paul E. Sigmund, (1971), Natural Law in Political Thought, Cambridge,
Winthrop Publisher, Inc.
Martin Robertson, (1973), Theory and Explanation in International Politics,
London, The Pitman Press, Bath.
K.C. O’Rouke, (2001), John Stuart Mill and Freedom of Expression The
genesis of a theory, London, Routledge.
Richard Reoch Editor, ( 1994), Human Rights-The New Consensus, London,
Regency Press (Humanity) Ltd.
28

Laman Web
Scribd, (24 September, 2014), Apakah yang Dimaksudkan dengan Falsafah,
Bagaimana

Berfungsi

dalam

Kehidupan

Manusia,

diambil

daripada

URL

https://www.scribd.com/doc/24853264/Apakah-yang-dimaksudkan-dengan-falsafahbagaimana-berfungsi-dalam-kehidupan-manusia.
Encyclopaedia Britannica, (25 September 2014), Aristotle, diambil daripada URL
http://global.britannica.com/EBchecked/topic/34560/Aristotle.
The European Graduate School, (23 September 2014), Thomas AquinasBiography,diambil daripada URL http://www.egs.edu/library/thomas-aquinas/biography/
Thomistic Philosophy Page, (23 September 2014), Thomas Aquinas on the
Natural Law, diambil daripada URL http://www.aquinasonline.com/Topics/natlaw.html.
Bio., 23 (September 20140, Thomas Aquinas Biography, diambil daripada URL
http://www.biography.com/people/st-thomas-aquinas-9187231#synopsis.
Thomas. D’ Andrea, (23 September 2014),The Natural Law Theory of Thomas
Aquinas, diambil daripada URL http://www.nlnrac.org/classical/aquinas.
The European Graduate School, (24 September 2014), Thomas HobbesBiography,

diambil

daripada

URL

http://www.egs.edu/library/thomas-hobbes/biography/.
www.mtholyoke.edu., (26 September 2014), Human Rights Theoris Modern
Perspectives: Immanuel Kant, diambil daripada URL

29

https://www.mtholyoke.edu/~gerla22f/classweb/Human%20Rights%20Theories%20%20Modern%20Perspectives.html.
Bio, (24 September 2014), Thomas Hobbes Biography, diambil daripada URL
http://www.biography.com/people/thomas-hobbes-9340461.
www.libertarian.com.co.uk, (24 September 2014), Hobbes’s Theory of Human
Nature, diambil

daripada

URL

http://www.biography.com/people/thomas-hobbes-

9340461.
Spark Notes, (24 September 2014), Thomes Hobbes (1588-1679), diambil
daripada URL http://www.sparknotes.com/philosophy/hobbes/themes.html.
Asante U.Todd, (24 September 2014), Thomas Hobbes on Human Nature,
diambil daripada URL
https://www.academia.edu/3047382/Thomas_Hobbes_on_Human_Nature.
The European Graduate School, (24 September 2014), John Locke-Biography,
diambil daripada URL http://www.egs.edu/library/john-locke/biography/.
University of Nebraska Lincoln, (24 September 2014), John Locke and Human
Rights, diambil daripada URL http://unlhumanrights.org/01/0102/0102_04.htm.
Bill of Rights Institute,(24 Disember 2014), Natural Rights, diambil daripada URL
http://billofrightsinstitute.org/resources/educator-resources/americapedia/
americapedia-constitution/natural-rights/

30

Stanford Encyclopedia of Philosophy,(24 Disember 2014), Locke’s Political
Philosophy, diambil daripada URL http://billofrightsinstitute.org/resources/educatorresources/americapedia/americapedia-constitution/natural-rights/.
America.gov, (24 September 2014), Human Rights in Brief, diambil daripada
URL http://www.ait.org.tw/en/201001-humanrights.pdf.
Foundation for Economic Education, (24 September 2014), John Locke: Natural
Rights to Life, Liberty, and Property, diambil daripada URL
http://fee.org/freeman/detail/john-locke-natural-rights-to-life-liberty-and-property.
Luke Mastin, (25 September 2014), The Basic of Philosophy, diambil daripada
URL http://www.philosophybasics.com/philosophers_rousseau.html.
Spark note, (25 September 2014), The Social Contract, diambil daripada URL
http://www.sparknotes.com/philosophy/socialcontract/summary.html.
The European Graduate School, (26 Disember 2014), Immanuel KantBiography, diambil daripada URL http://www.egs.edu/library/immanuel-kant/biography/.
Stanford Encyclopedia of philosophy, (26 September 2014), Immanuel Kant,
diambil daripada URL http://plato.stanford.edu/entries/kant/.
Liberal International, (26 September 2014), John Rawls, diambil daripada URL
http://www.liberal-international.org/editorial.asp?ia_id=686.
Philosophers.co.uk, (26 September 2014), John Rawls, diambil daripada URL
http://www.philosophers.co.uk/john-rawls.html.

31

Michael Pakaluk, (26 September 2014), The Dignity of the Human Person in the
Philosophy of John Rawls, diambil daripada URL
http://michaelpakaluk.files.wordpress.com/2012/02/the-dignity-of-the-human-person-inthe-philosophy-of-john-rawls.pdf.
Russell Hittinger, (26 September 2014), John Rawls,Political Liberalism, diambil
daripada URL http://www.jstor.org/stable/20129533.
Ted Vaggalis, (26 September 2014), John Rawl’s Political Liberalism, diambil
daripada URL
http://caae.phil.cmu.edu/Cavalier/Forum/meta/background/Rawls_pl.html.
Living Philosophy, (29 September 2010), The life of Philosopher Jeremy
Bentham: Summary, diakses daripada URL
http://www.livingphilosophy.org.uk/philosophy/Jeremy_Bentham/.
Thomas Mautner, (29 September 2014), Jeremy Bentham (1748-1832), diambil
daripada URL http://www.utilitarianism.com/bentham.htm.
Spark Note, (1 Oktober 2014), Theories of International Relations, diambil
daripada URL http://www.sparknotes.com/us-government-and-politics/political-science/
international-politics/section2.rhtml.

32