Teori Kriminologi dan Fenomena Jenayah d

PENSYARAH
ENCIK MOHD ZAINAL BIN ABDULLAH

SUBJEK
JENAYAH DAN KEADILAN JENAYAH-APEA2319

TUGASAN
TEORI-TEORI PERLAKUAN JENAYAH

NAMA PELAJAR
MUHAMAT HAMZAH BIN EKSAN-AEP120007

SESI AKADEMIK
2013/2014-SEMESTER DUA

Soalan:
Berdasarkan teori-teori jenayah yang anda pelajari, bincangkan fenomena jenayah yang
berlaku di Malaysia pada hari ini. Adakah sistem keadilan jenayah di Malaysia mampu
membendung perlakuan jenayah secara keseluruhannya?

1.0 PENDAHULUAN

Sebagai salah sebuah negara yang sedang membangun ke arah negara maju, Malaysia
sememangnya terdedah kepada pelbagai cabaran dan antara yang paling membimbangkan
masyarakat ialah kejadian jenayah.Perkembangan sector ekonomi yang semakin pesat,
kejadian jenayah pada hari ini semakin kompleks dan ianya ditambah lagi dengan
kelicikan serta modus operandi penjenayah yang pelbagai menyebabkan tugas pihak
penguatkuasa semakin mencabar.Secara umumnya, jenayah ditakrifkan sebagai kesalahan
yang dilakukan oleh individu dengan niat untuk melakukan kesalahan itu dan atas sebab
kesalahan itu, individu yang bertanggungjawab boleh dihukum dengan balasan yang
setimpal atas sebab melakukan kesalahan di sisi undang-undang. (Gan kong Meng,2007).
Dalam proses membincangkan isu jenayah yang berlaku ini, para ahli kriminalogi ada
mengutarakan beberapa teori yang berhubung dengan punca berlakunya sesuatu jenayah
dalam kalangan masyarakat. Selain itu, ahli kriminalogi juga ada mengutarakan beberapa
teori yang berkait dengan keadaan mangsa jenayah itu sendiri. Kesemua teori ini secara
umumnya mempunyai kaitan yang kukuh dengan perilaku jenayah yang berlaku dalam
kalangan masyarakat. Jadi,penulisan ini bertujuan untuk meilhat jenayah dari beberapa
perspektif teori yang dikemukakan oleh ahli kriminalogi. Selain itu, penulisan ini juga akan
melihat sejauh mana sistem keadilan jenayah di Malaysia mampu membendung masalah
jenayah dalam kalangan masyarakat.

2


2.0 TEORI-TEORI JENAYAH DARI PERSPEKTIF AHLI KRIMINOLOGI
2.1 RATIONAL CHOICE THEORY: CESARE BECCARIA
Teori Rational Choice ini diperkenalkan oleh Cesare Beccaria. Premis utama teori ini
dalam teori ini percaya bahawa manusia sememangnya secara semula jadinya mempunyai
sifat egoistic dan mementingkan diri sendiri dan oleh hal demikian, individu itu perlulah
ditakutkan dengan hukuman yang membolehkan individu itu patuh kepada undangundang(Francis Edward,1982). Selain itu, teori juga berpendapat bahawa untuk menghalang
individu terlibat dengan jenayah,hukuman yang diperuntukkan mestilah berkadaran dengan
kesalahan yang dilakukan(Siegel,2006). Sebagai contoh, jika jenayah membunuh,merompak
dan merogol dikenakan hukuman yang sama iaitu hukuman mati, maka penjenayah akan
berfikir dua kali untuk melakukan jenayah tersebut terhadap mereka.
Mengikut

pendekatan

teori ini, perlanggaran undang-undang berlaku apabila

pelaku

jenayah(offender) membuat keputusan untuk mengambil risiko setelah mengambil kira

faktor

peribadi(keperluan

wang,dendam,ancaman

dan

juga

kepuasan)

dan

faktor

situasi(sejauh mana sasaran itu dilindungi dan keberkesanan kawalan pihak berkuasa).
Selain itu, penjenayah juga akan mengambil kira pelbagai faktor sebelum melakukan
jenayah(Renggert dan Wasilchick,1985). Misalnya, penjenayah akan menimbang hukuman
yang bakal diterima sekiranya perbuatan itu dihidu oleh penguatkuasa,manfaat ataupun

nilai hasil jenayah yang dilakukan dan keperluan untuk melakukan jenayah itu pada pada
akan datang.
Bagi pendekatan rational choice ini, ahli kriminologi bukan sahaja menghuraikan kejadian
jenayah dari perspektif penjenayah(offender) namun turut menganalisis dari perspektif
3

kesalahan(offense) yang dilakukan dan kedua-dua konsep ini dinamakan sebagai offensespecific crime dan offenders-specific crime. Bagi offense-specific crime, penjenayah akan
memilih bentuk kesalahan berdasarkan kepada ciri-ciri yang telah diterangkan di atas iaitu
sekiranya penjenayah memilih untuk melakukan jenayah, maka penjeyanah itu akan
menilai tahap kawalan keselamatan, ruang dan peluang yang wujud , nilai barangan sasaran
serta risiko hukuman yang bakal diterima sekiranya mereka ditangkap polis(Phillips dan
Votey,1987). Dalam konteks offenders-specific crime, seseorang itu tidak terdorong untuk
melakukan jenayah secara sendirinya tanpa ada apa-apa sebab. Sebelum penjenayah
memilih untuk melakukan jenayah, mereka juga akan memikirkan sama ada mereka
benar-benar yakin dengan tahap kebolehan mereka melakukan jenayah, tujuan untuk
melakukan, keperluan dan tahap keselamatan dirinya.Dalam hal ini, undang jenayah
pastinya mampu menyebabkan perasaan gentar kepada para penjenayah dan secara tidak
langsung penjenayah akan membatalkan niat mereka.
Dalam konteks teori rational choice ini, ahli kriminologi mendapati bahawa terdapat
beberapa aspek yang menyebabkan berlakunya jenayah. Antara aspek yang dibincangkan

ialah peluang dari aspek ekonomi, pengalaman lampau dan pengetahuan berkenaan teknik
melakukan jenayah(Siegel,2006)
Dari segi ekonomi, jenayah dilihat dari sudut pulangan yang diperolehi daripada perbuatan
melakukan jenayah itu sendiri. Siegel(2006) menyatakan bahawa suatu bentuk perbuatan
jenayah akan bertambah “menarik” sekiranya ia membolehkan penjenayah memerolehi
keuntungan yang berlibat kali ganda dalam sekelip mata.Walau bagaimanapun, penjenayah
akan mula untuk tidak melakukan jenayah yang sama pada masa hadapan sekiranya
mereka mendapati bahawa keuntungan yang diperolehi daripada jenayah itu semakin
4

menurun(Pezzin,1995). Jadi secara ringkasnya teori rational choice

melihat bahawa

peluang dari sudt ekonomi ini juga merupakan antara penyumbang kepada berlakunya
masalah jenayah.Sebagai contohnya, di Malaysia sahaja jumlah kerugian akibat perlakuan
jenayah komersial setakat tahun 2012 untuk tujuh bulan pertama sahaja sudah mencecah
RM1.047 bilion(Utusan Malaysia,2013). Hal ini menunjukkan bahawa pengaruh keuntungan
menyebabkan penjenayah mudah untuk melakukan jenayah.
Selain itu, pendekatan rational choice juga menyatakan bahawa faktor kemahiran dan

pengetahuan tentang jenayah juga memainkan peranan penting dalam proses mempengaruhi
seseorang itu melakukan jenayah. Siegel(2006) menyatakan

bahawa kemahiran

dan

pengetahuan ini penting untuk memastikan bahawa perbuatan mereka tidak dapat dihidu
oleh pihak berkuasa. Faktor ini berkaitan dengan perancangan dan strategi penjenayah
untuk melakukan jenayah.Misalnya, dalam kes pecah rumah,penjenayah biasanya akan
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam hal-hal membuka kunci dan menyelinap melalui
ruangan yang terhad ataupun sempit. Selain itu, penjenayah pecah rumah juga akan ada
kemahiran untuk memilih mangsa yang bakal dijadikan sasaran. Semua kemahiran ini
datangnya daripada pengalaman lampau para penjenayah dan juga pembelajaran melalui
orang-orang sekeliling mereka. Dalam kes pecah rumah ini, penjenayah biasanya akan
mengambil kira kedudukan rumah mangsa,tahap sekuriti, laluan untuk melarikan diri dan
tahap aksesibliti orang berhampiran terhadap rumah mangsa(White,1990).Kesemua perkara
ini merupakan kemahiran yang ada pada seorang penjenayah pecah rumah.
Dalam perbincangan mengenai teori rational choice ini, ahli kriminologi menyatakan
bahawa penjenayah bukan sahaja menimbang hal berkaitan keuntungan, kemahiran tetapi


5

mereka juga mengambil kira faktor siapa mangsa mereka, dimana dan bila jenayah boleh
dilakukan serta siapa sasaran mereka.
Setiap penjenayah pastinya akan menumpukan golongan tertentu untuk dijadikan sasaran
untuk melakukan jenayah. Misalnya, golongan wanita dan warga emas pada kebiasaanya
akan dijadikan mangsa jenayah kerana kemampuan melawan mereka amat terhad di
samping golongan ini juga merupakan golongan dilabel sebagi lemah.Selain itu, terdapat
juga pendapat yang mengatakan bahawa penjenayah lebih gemar menjadikan individu
yang kurang bersosial ataupun anti-sosial sebagai mangsa jenayah. Hal ini kerana para
penjenayah merasakan bahawa golongan individu yang anti-sosial ini akan mendiamkan
diri dan tidak melaporkan kejadian jenayah kepada pihak polis.(Sampson dan Cohen,1988)
Penjenayah juga akan memastikan tempat dan masa yang sesuai bagi memastikan jenayah
mereka tidak dapat dikesan oleh pihak polis dan mangsa mereka.Pada kebiasaanya untuk
jenayah ragut ataupun peras ugut, kawasan yang gelap dan sunyi pastinya menjadi lokasi
kegemaran bagi penjenayah untuk melakukan perbuatannya. Hal ini kerana kawasan seperti
ini memudahkan mereka melarikan diri seterusnya mengurangkan risiko mereka daripada
ditangkap oleh pihak polis. Selain itu, kebanyakkan penjenayah juga hanya akan beroperasi
di kawasan yang telah biasa dengan persekitarannya dan mereka hanya akan beralih ke

lokasi lain apabila aktiviti jenayah mereka telah dihidu atau dapat dibaca oleh penduduk
setempat dan pihak polis.(Deutsch dan Esptein,1998)
Secara ringkasnya, teori rational choice ini mengutarakan mengenai faktor-faktor yang
menyebabkan penjenayah mengambil keputusan untuk melakukan jenayah. Pelbagai faktor
akan diambil kira oleh penjenayah sebelum mereka melaksanakan aktiviti jenayah. Jika

6

penjenayah telah memikirkan keseronokan,kenikmatan dan kepuasan maka mereka telah
mengenepikan risiko hukuman yang bakal dihadapi sekiranya perbuatan mereka dihidu
oleh pihak berkuasa.
2.2 TEORI TRAIT
Selain dari teori rational choice, terdapat teori yang dinamakan sebagai trait theory yang
dikemukakan oleh Cessare Lambroso yang melihat ciri-ciri fizikal penjenayah sebagai
salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah.Teori yang diperkenalkan pada
tahun 1876 ini terbit melalui pemerhatian Lambrosso terhadap ciri-ciri fizikal banduanbanduan dan membandingkannya dengan ciri fizikal tentera-tentera Itali pada masa
itu.Pada akhir pemerhatiannya, Lambroso mendapati bahawa terdapat beberapa ciri fizikal
yang berbeza yang dapat diperhatikan antara banduan dan juga tentera dan hal ini
menyebabkan Lambroso


menyimpulkan bahawa faktor biologi sebagai punca perlakuan

jenayah.
Dalam teori ini, Lambrosso percaya bahawa melalui pengecaman dan ciri-ciri fizikal yang
terdapat pada banduan itu membuktikan bahawa wujudnya individu yang dilahirkan
sebagai penjenayah atau “born criminal”. Penjenayah secara semula jadi ini dikatakan
lahir sememangnya dengan naluri penjenayah dan apabila ia masuk ke dalam masyarakat
maka mereka akan melakukan perkara yang melanggar undang-undang. Bagi Lambrosso,
penjenayah semulajadi ialah “atavism” iaitu keberangkalian mewarisi sesuatu dari melalui
keturunan dan oleh sebab itu, pada awal perkembangan manusia, individu yang digelar
sebagai “born criminal” ini mempunyai ciri fizikal, kebolehan mental dan naluri yang
agak primitif. Berdasarkan pandangan itu, Lambrosso menegaskan bahawa individu yang

7

dikenal pasti sebagai “born criminal” tidak sesuai tinggal dalam masyarakat dalam
masyarakat yang bertamadun melainkan jika mereka diletakkan dalam kawalan-kawalan
tertentu. Daripada konsep tersebut, Labrosso mengutarakan beberapa ciri fizikal tubuh
badan yang boleh mengklasifikasikan seseorang itu sebagai seorang penjenayah. Antaranya
ialah bentuk muka atau kepala yang luar biasa, telinga yang lebar,bibir yang agak

tebal,dagu yang lebar,lengan yang panjang,kulit yang berkedut dan jari-jemari yang
panjangnya

luar

biasa. Jika

individu

lelaki

mempunyai

lebih

lima

ciri-ciri

yang


disenaraikan seperti di atas maka ia akan dilabel sebagai penjenayah manakala bagi
wanita pula hanya dengan mempunyai tiga ciri-ciri fizikal yang di atas maka ia akan
dilabel sebagai penjenayah.
Dalam perspektif yang lain, Lambroso membahagikan “criminal bond” ini kepada dua
jenis, yang pertama ia dikenali sebagai “insane criminal” dan yang kedua ialah
“criminaloid”. Insane Criminal ini dikaitkan dengan individu yang mempunyai masalah
jiwa seperti epileptic,psikotik dan beberapa masalah mental yang lain. Bagi Criminaloid
pula, ia biasanya terdiri daripada individu yang didorong oleh keinginan-keinginan dan
naluri tertentu yang akhirnya menyebabkan mereka terdorong melakukan jenayah. Dalam
penelitian yang lebih lanjut, Labrosso akhirnya menambah beberapa ciri yang lain yang
berhubung kait dengan pembentukkan identity penjenayah bagi mengukuhkan lagi teori
fizikal yang diperkenalkan,antaranya ialah pengaruh sosial,ekonomi dan keadaan politik.
Selain itu, terdapat juga beberapa pengkaji yang mempunyai pandangan yang sama seperti
Labrosso berkenaan dengan ciri-ciri fizikal penjenayah.Antaranya ialah Willian Sheldon
yang membahagikan ciri-ciri penjenayah kepada beberapa bahagian: mesomorph merupakan
ciri-ciri fizikal yang tegap dan berotot seperti seorang atlet. Individu ini dikaitkan dengan
8

ciri-ciri

yang

aggresif, perilaku

ganas

dan

berkecenderungan

untuk

melakukan

jenayah.Seterusnya, ciri badan endomorph pula merupakan tubuh badan yang gempal dan
berisi. Kebiasaanya, penjenayah yang mempunyai tubuh badan seperti ini tidak melakukan
jenayah yang berbentuk ganas ataupunn jenayah yang memerlukan pergerakan yang pantas.
Dengan keadaan yang berisi, penjenayah seperti ini lebih gemar jenayah seperti menyeluk
saku dan mencuri barangan secara sembunyi. Bagi ciri ectomorph pula, ia merupakan
individu yang berbadan kecil dan kurus yang kurang bersosial namun mempunyai
“intelektual” yang lebih tinggi berbanding dua ciri yang lain.
Walau bagaimanapun, kesemua ciri yang diterangkan oleh kedua tokoh ini merupakan
pemerhatian

secara

fizikal

sahaja

tanpa

adanya

penggunaan

kaedah

saintifik

dan

pemerhatian yang dijalankan oleh mereka hanya merangkumi banduan yang berada dalam
penjara sahaja. Oleh hal demikian, ia tidak boleh digeneralisasikan secara umum tanpa
adanya kajian yang mendalam. Siegel(2006) menyatakan bahawa ciri tersebut perlulah
diteliti dan dipadankan dengan beberapa faktor sampingan yang lain agar klasifikasi
penjenayah itu lebih kukuh.
2.3 TEORI LABELING
Teori Labeling ialah satu bentuk penjelasan fenomena jenayah dan kelakuan devian yang
berkembangan daripada teori simbolik interaksi dalam bidang sosiologi. Perlakuan Deviance
(Jerry Jacobs, 1983) boleh difahami sebagai satu perlakuan yang melanggar norma-norma
masyarakat yang telah ditetapkan oleh masyarakat sekitarnya.Perlakuan Deviance oleh Jerry
Jacobs dimulai dengan andaian bahawa seseorang individu atau anggota masyarakat mempunyai
pilihan sama ada berbuat baik atau jahat. Pada masa yang sama telah wujud satu set undang-

9

undang yang diwujudkan untuk diikuti oleh masyarakat.Selama mana seseorang individu itu
dapat mengikuti undang-undang norma yang diwujudkan oleh masyarakat sekitarnya maka ia
akan dapat mengelakkan cemuhan atau kemarahan dan pemulauan masyarakat sekitarnya serta
hukuman yang dikenakan terhadap dirinya.
Walaubagaimanpun, jika seseorang anggota masyarakat itu melanggar undang-undang tersebut
maka pihak yang mempunyai autoriti (Institusi Kawalan Sosial) akan mengambil tindakan dan
jika didapati bersalah maka dia akan dihukum. Hukuman yang dikenakan walaupun untuk
tempoh yang singkat akan terus mempengaruhi pesalah devian itu tadi seumur hidupnya. Mereka
yang dihukum biarpun selepas berakhirnya tempoh hukuman dan pemulihan sosial akan terus
disisihkan oleh masyarakat. Ini kerana masyarakat berpandangan bahawa individu tersebut masih
lagi “tercemar”. Dalam hal ini,mereka yang terlibat dengan perilaku devian ini dianggap masih
“Berhutang Dengan Masyarakat” biarpun mereka telah selesai menjalani tempoh hukuman dan
kawalan sosial kesan daripada perlakuan devian yang mereka lakukan.
Di bawah teori Labelling juga terdapat beberapa pecahan atau sub-elemen yang terangkum di
dalam teori Labelling ini iaitu stigmatisasi dan stereotaip. Frank Tannenbaum (1971) telah
membincangkan peranan yang dimainkan pada peringkat awal proses stigmatisasi mengambil
tempat yang akhirnya membawa kepada perlakuan jenayah atau devian seseorang
individu.Beliau menegaskan proses menjadikan seseorang itu penjenayah atau devian bermula
dengan proses melabel, menstigma, mensegregasi (pengasingan) dan mengenal pasti sesuatu
perlakuan yang dianggap negatif oleh masyarakat kepada individu tersebut.Ia akhirnya menjadi
salah satu cara yang menstimulasikan/membangkitkan ciri devian ataupun jenayah dalam diri
seseorang individu yang disasarkan. Individu tersebut akhirnya menjadi seperti yang telah dilabel

10

atau distigmakan oleh masyarakat sekitar kepadanya. Stereotaip pula merupakan antara konsep
sejak sekian lama menjadi elemen penting dalam elemen Psikologi Sosial.
Namun begitu, konsep Stereotaip agak jarang-jarang dibincangkan dalam isu perlakuan devian
sebaliknya ia selalu digunakan dalam membincangkan sesuatu isu seperti isu perkauman,etnik
dan gender. Namun begitu, stereotaip merupakan salah satu komponen utama dalam mencipta
perilaku devian serta secara tidak langsung membawa kepada “pengelasan sosial” atau “Social
Categorization”. J.L. Simmons (1969) menyatakan stereotaip sama ada positif atau negatif
adalah berbeza dan tidak sama bagi semua ahli masyarakat. Ia sebenarnya bergantung kepada
mentaliti dan sejauh mana masyarakat boleh menerima sesuatu perlakuan itu. Stereotaip yang
diberikan sama ada positif atau negatif menggambarkan kedua-dua ciri tersebut. Kebanyakkan
stereotaip yang dikenakan terhadap bekas banduan ialah stereotaip yang negative yang
menyebabkan tekanan emosi dalam diri mereka. Stereotaip ini menyebabkan bekas
banduan itu tadi mula merasakan bahawa masyarakat menolak kehadiran mereka dan hal
ini mengakibatkan bekas banduan tadi mula terjerumus ke dalam kancah jenayah semula.
Diana (2013) dalam kajiannya terhadap teori Labeling menyatakan bahawa perlakuan devian
itu dimulakan dengan pelabelan oleh agen kawalan sosial terhadap sebilangan kecil individu
yang terlibat dengan perbuatan deivian. Proses melabel ini menyebabkan individu tersebut lamakelamaan menerima pelabelan tersebut dan individu itu mula melakukan devian. Fakta ini
disokong oleh Becker(1993) dan Lerman (1996) yang menyatakan bahawa agensi rasmi kawalan
sosial seperti mahkamah, polis, pusat rawatan mental, dan penjara merupakan menyebabkan
terma-terma Labeling seperti “orang gila, “orang jahat” , dan “banduan” wujud dalam kalangan
masyarakat.Terma dan label ini menyebabkan individu yang dikenakan dengan panggilan
tersebut mempunyai rekod buruk di mata masyarakat, rekod ini mengakibatkan golongan
11

yang

dikatakan

jahat

dan

kotor

ini

terasing

dari

masyarakat, pengasingan

ini

mengakibatkan mereka terdorong untuk kembali semula ke dunia jenayah mereka.
Chambliss (1973) pula mendapati pelaku devian yang berasal daripada keluarga yang kaya
ataupun status sosial yang tinggi jarang akan dilabel negatif oleh masyarakat. Proses melabel
hanya akan berlaku dengan ekstrem jika pelaku devian itu berasal daripada keluarga yang
bertaraf rendah sahaja. Penyataan ini selaras dengan kajian oleh

Becker (1973) yang

menyatakan bahawa sekatan sosial dan hukuman berdasarkan perundangan dikenakan berbeza
mengikut kelas sosial individu yang terlibat. Sebagai contoh, jika seorang individu terlibat
dengan penagihan dadah dan dia berasal daripada kelas sosial yang rendah, masyarakat akan
melabelkan individu itu sebagai penagih dadah dan pesalah tersebut akan dimasukkan ke dalam
penjara untuk satu tempoh tertentu. Walaubagaimanapun, jika pesalah dadah itu berasal daripada
golongan kelas atasan, pesalah tersebut akan diklasifikasikan sebagai orang sakit dan mereka
memerlukan rawatan serta mereka akan dihantar ke pusat pemulihan dadah sahaja. Hal ini
menjelaskan pendapat tokoh yang mengkaji teori labeling ini mengenai proses melabel pelaku
devian.
Secara ringkasnya, teori labeling ini menjelaskan bagaimana reaksi masyarakat terhadap
satu-satu bekas penjenayah itu mampu membuatkan bekas penjenayah itu kembali semula
ke dunia hitamnya. Andainya labeling ini tidak mampu dibendung, maka semakin ramai
bekas banduan yang dibebaskan dari penjara akan kembali melakukan jenayah mereka
akibat tekanan daripada masyarakat.
2.4 TEORI PSIKODINAMIK: SIGMUND FREUD

12

Teori ini telah diperkenalkan oleh Sigmund Freud yang merupakan ahli psikologi yang
berasal dari Austria. Selain dari psikodinamik, teori ini juga dikenali sebagai teori
psikoanalisis. Teori ini pada dasarnya menganalisis struktur minda manusia menerusi
beberapa aspek yang salah satunya melibatkan tahap kesedaran minda manusia dan juga
pembahagian struktur minda manusia. Daripada hasil analisis yang dijalankan, tingkah laku
manusia secara umumnya dapat dirungkai dan dijelaskan.
Dalam teori ini, Freud menyatakan bahawa wujudnya satu daya semula jadi (innate force)
yang membekalkan tenaga kepada sistem psikik. Freud menyatakan bahawa daya tersebut
ialah naluri(instinct) dan beliau telah membahagikan naluri tadi kepada dua bentuk iaitu
naluri hidup(life instinct) dan juga naluri kematian(death instinct). Nye(1992) menyatakan
bahawa naluri kehidupan meliputi rasa lapar,dahaga dan dorongan seks dan ia berhubung
kait

dengan

tujuan

untuk

meneruskan

dan

memastikan

kelangsungan

hidup

manusia.Tenaga yang dikaitkan dengan naluri kehidupan dinamakan sebagai libido. Bagi
naluri

kematian

pula,

ia

dikaitkan

dengan

kecenderungan

untuk

menghancurkan,membinasakan dan memusnahkan kehidupan sendiri atau orang lain. Tenaga
yang dikaitkan dengan naluri kematian ini ialah tenaga thanatos.
Freud membayangkan minda manusia ini sebagai sebuah bongkah ais yang sedang
terapung di tengah lautan dan membahagikannya kepada tiga bahagian iaitu sedar
(conscious), prasedar(preconscious) dan tidak sedar (unconscious). Dalam gambaran minda
oleh Freud, beliau menyatakan bahawa minda sedar manusia hanya sebahagian kecil
sahaja daripada keseluruhan minda manusia dan secara analoginya bahagian bongkah ais
yang timbul dipermukaan air melambangkan minda sedar manakala selebihnya yang
tenggelam itu ialah minda prasedar dan tidak sedar.
13

Minda sedar manusia ini terdiri daripada semua perkara yang berada dalam alam nyata
dan mampu dirasai oleh kesemua pancaindera kita. Minda sedar ini meliputi persepsi dan
perasaan yang kita rasai dalam kehidupan seharian serta ia juga melibatkan apa yang kita
terima dan apa yang kita fikirkan.Minda ini juga yang sentiasa berinteraksi dengan dunia
sekeliling manusia dan ia mampu memberi tindak balas dan serta reaksi secara spontan
kepada apa yang berlaku disekeliling kita.
Minda separa sedar manusia pula merujuk kepada sesuatu yang tidak berada dalam
keadaan sedar namun mampu diperolehi dengan mudah. Bahagian ini mengandungi
memori namun ia wujud dalam keadaan tidak sedar dan ia mudah untuk dialihkan ke
alam sedar. Dalam erti kata yang lain, minda separa sedar ini dikenali sebagai tempat
simpanan memori yang mudah diakses. Sebagai contoh,kita tidak perlu menghafal nama
diri sendiri, tidak perlu mengingati menu makanan tengah hari namun apabila kita ditanya
berkenaan dengan perkara tersebut, kita akan membawa ingatan berkenaan perkara itu
dengan mudah ke alam sedar dengan pantas. Hal ini yang dinamakan sebagai alam yang
prasedar.
Bahagian yang terakhir dalam minda manusia ialah minda tidak sedar yang juga
merangkumi sebahagian besar daripada minda manusia. Bahagian ini mengandungi segala
aspek yang melibatkan personality yang tidak kita sedari dan ia sangat luas serta sangat
tersembunyi kedudukannya. Minda tidak sedar secara umumnya
lampau, pengetahuan, kepercayaan, perasaan ataupun naluri

mengandungi memori

yang tidak disedari oleh

manusia. Akhir sekali, pada kebiasaannya minda tidak sedar ini menjadi tempat menyimpan
memori yang tidak menyenangkan,menakutkan atau menyedihkan dan minda tidak sedar
juga merupakan pendorong kepada tingkah laku manusia.
14

Kesimpulannya, setiap bahagian minda manusia ini mempunyai peranan yang tersendiri
dan setiap manusia perlu bijak untuk mengawal setiap bahagian mindanya. Hal ini kerana
kegagalan mengawal minda akan mengakibatkan tingkah laku yang tidak rasional.Sebagai
contoh, minda tidak sedar manusia sememangnya wujud dengan naluri negative seperti
ganas dan kejam dan sekiranya ianya tidak dikawal dan dibiarkan menguasai minda sedar
manusia, ia akan menyebabkan manusia mula bertindak melulu dan kejam seperti
membunuh, memukul dan sebagainya. Hal ini kerana segala bentuk tindakan seperti itu
berpusat di dalam minda tidak sedar.
Melalui buku yang diterbitkan oleh Freud pada tahun 1923 yang bertajuk The Ego and
The Id, beliau telah membentuk satu lagi penerangan berkaitan dengan personality
manusia yang diambil daripada model structural dan ia mengandungi tiga bahagian iaitu
Id,Ego dan Superego.
Id merupakan bahagian personality manusia yang paling awal ataupun primitive dan ia
wujud sewaktu peringkat bayi yang baru dilahirkan. Id langsung tidak mengetahui atau
mampu membezakan perkara yang baik ataupun salah dan ia juga tidak mempunyai
langsung prinsip kawalan diri serta tidak mempunyai prinsip mustahil dalam proses
memenuhi kemahuannya. Selain itu, Id ini beroperasi atas prinsip kelazatan ataupun
keseronokoan(pleasure principle) yang bermaksud keinginannnya perlu dipenuhi dengan
kadar segera dan tidak boleh ditunda demi kepuasan naluri atau nafsunya.Oleh kerana id
beroperasi atas prinsip kelazatan atau keseronokan, ia tidak tahu untuk menuruti prinsip
moral, tidak mahukan alasan dan tidak akur kepada pemikiran logik serta mempunyai
tahap kesabaran yang sangat minimum. Sebagai contoh, bayi yang baru dilahirkan sangat
didominasi oleh id dan hal ini menyebabkan kemahuan bayi perlu segera dipenuhi.
15

Sekiranya kemahuannya seperti inginkan makanan ataupun minuman tidak dipenuhi, maka
bayi tersebut akan terus menangis tanpa henti dan cuba memberontak kepada penjaganya.
Selain itu, id juga merupakan proses pemikiran premier ataupun yang paling awal. Prinsip
ini menjadikan corak pemikiran manusia luar dari jangkauan realiti. Antara contoh yang
sesuai untuk proses pemikiran premier ini ialah fantasi dan juga mimpi. Id ialah elemen
berasaskan nafsu dan naluri semata-mata. Oleh hal demikian, sekiranya keinginan yang
diingini berbentuk objek atau manusia tidak dapat dipenuhi, id akan membentuk imej
mental atau fantasi untuk memuaskan kehendak.Proses ini dikenali sebagai pemenuhan
hasrat (wish fulfillment)

yang

merujuk

kepada

pemuasan

nafsu

sementara

dengan

menggunakan imej mental.Sebagai contoh, sekiranya seseorang sedang mengalami perasaan
marah terhadap orang lain namun orang tersebut lebih berkuasa dari dirinya, individu itu
akan membayangkan seolah-olah dia sedang membalas dendam atas perbuatan yang telah
dilakukan untuk beri kepuasan sementara kepada dirinya.
Ego diumpamanakan sebagai eksekutif kepada personality dan bertindak sebagai pusat
kawalan bagi personality manusia. Hal ini kerana ego merupakan sebahagian minda yang
membawa id kepada realiti dengan erti kata lain, ego ini mengurangkan ketegangan yang
dihadapi oleh id.Ego pada dasarnya berkembang sebaik sahaja selepas kelahiran iaitu
sewaktu bayi mula berinteraksi dengan alam sekitarnya dan ia beroperasi berasaskan
prinsip realiti(reality principle). Ego memahami bahawa nafsu ataupun naluri ego kerap
mengalami konflik sosial dan realiti. Hal ini kerana kemahuan id yang perlu segera
dipenuhi tanpa ambik kira soal persekitaran dan keselamatan bakal membawa banyak
masalah. Oleh itu, ego bertindak melengah-lengahkan, menghalang atau menunda proses
pemenuhan kehendak id sehingga satu masa yang sesuai. Sebagai contoh,seorang kanak16

kanak tidak boleh sewenang-wenangnya merampas makanan yang diingini daripada orang
lain kerana ia akan membawa mudarat. Pada peringkat inilah, ego bertindak untuk
melengah-lengahkan id untuk memenuhi kemahuannya. Ego juga merupakan proses
pemikiran sekunder ataupun peringkat yang kedua.Pada peringkat ini,ego membangunkan
strategi

untuk menyelesaikan masalah dan mencapai kepuasan yang diingini. Hal ini

melibatkan penggunaan prinsip realiti dalam proses untuk memenuhi kehendak. Sebagai
contoh, kanak-kanak yang inginkan makanan tadi melakukan usikan terhadap makanan
yang dimiliki oleh orang lain dan hal ini lebih minimum kesannya berbanding dengan
merampas atau mencuri makanan tersebut.Oleh hal demikian, dapatlah dikatakan bahawa
ego ini pada sebenarnya masih lagi mengetepikan pegangan moral dalam proses
memenuhi kehendakknya.
Bahagian

terakhir

dalam

struktur

personality

manusia

ialah

superego

yang

lebih

menggambarkan aspek moral dan kemanusiaan. Hal ini berlaku dengan adanya proses
pembelajaran yang diterapkan oleh ibu bapa atau orang sekeliling kepada kanak-kanak
tersebut.Komponen

superego

ini

mempunyai

dua

bahagian. Pertama

ialah

hati

nurani(conscience) dan yang kedua ialah keunggulan ego(ego ideal). Menurut Freud,
superego melambangkan nilai-nilai dan standard-standard ibu bapa yang digabungkan ke
dalam personality individu. Oleh kerana superego ini berhubung kait dengan nilai, ia akan
menyebabkan diri manusia mempunyai rasa bersalah,malu apabila melakukan kesalahan
dan merasa bangga apabila berjaya melakukan suatu yang betul.Dengan adannya superego
ini, manusia dapat membezakan antara mana

yang baik dan

mana

yang buruk.

Pengukuhkan perbezaan antara baik dan buruk ini akan membawa kepada sistem
pengadilan dalaman yang dikenali sebagai hati nurani yang merupakan hakim dalaman
17

yang tegas dan tidak boleh berkompromi dengan fikiran,niat dan juga aksi kita. Tahap
penerapan nilai dan moral amat memberi impak kepada individu hal ini kerana sekiranya
individu itu dibesarkan dengan standard moral yang rendah, apabila ia dewasa kelak, ia
tidak akan mudah berasa bersalah sekiranya menyakiti orang lain. Berbeza dengan
individu yang dibesarkan dengan standard moral yang tinggi, mereka akan sentiasa
dibayangi rasa bersalah jika melakuka kesalahan dalam hidup dan mereka sebolehnya
cuba untuk memenimakan risiko untuk berasa malu akibat kesalahan yang dilakukan.
Kesemua bahagian minda manusia( id, ego, superego) sentiada berinteraksi antara satu
sama lain. Setiap daripada komponen minda ini mempunyai matlamat yang tersendiri.
Setiap daripada bahagian mahukan perkara yang berbeza dan ia saling berlawanan antara
satu sama lain.Kerasionalan tindakan seseorang dalam satu-satu situasi akan bergantung
kepada

pengaruh

ketiga-tiga

elemen

minda

ini.Sebagai

contoh,sebelum

penjenayah

bertindak merogol mangsa yang berada di hadapannya,pastinya secara spontan, akan berlaku
konflik antara id, ego dan superego. Id akan mengarahkan penjenayah untuk merogol
mangsa kerana ia dapat memuaskan nafsu dan naluri dirinya manakala jika menurut
ego,ia akan melihat keadaan keselamatan sekeliling sama ada benar-benar selamat atau
sebaliknya dan cuba mengalihkan dan meredakan sedikit kemahuan id. Dalam situasi ini,
superego akan menyatakan bahawa perbuatan merogol ialah satu kesalahan dan akan
mendatangkan kesan yang buruk kepada diri penjenayah. Sekiranya, pengaruh nilai dan
moral dalam superego sangat tinggi maka kita akan bertindak secara rasional sewaktu
menghadapi situasi yang demikian dan menghalang individu dari melakukan suatu yang
diluar kewarasan akal.

18

3.0 FENOMENA JENAYAH DI MALAYSIA
Secara umumnya, jenayah yang berlaku di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua jenis
iaitu jenayah kekerasan dan juga jenayah harta benda . Bagi jenayah kekerasan, ia meliputi
perbuatan membunuh,rogol samun dengan senjata api ataupun tanpa sejata api dan
mencerakan manusia manakala jenayah harta benda pula meliputi kes pecah rumah dan
curi,kecurian kenderaan,ragut dan lain-lain hal kecurian. Berdasarkan perangkaan terkini,
statistic bagi kes jenayah kekerasan yang dilaporkan kepada polis pada tahun 2012
berjumlah 29 950 kes yang melibatkan 602 kes bunuh, 2964 kes rogol, 127 kes samun
bersenjata api, 20 013 kes samun tanpa senjata api dan 6244 kes mencederakan
manusia.Bagi kes jenayah harta benda pula, jumlah kes yang dilaporkan ialah 123 719 kes
yang sebahagian besarnya melibatkan kes kecurian kenderaan manakala bagi kes lain 24
939 kes pecah rumah dan curi, 2500 kes ragut dan 24 299 kes lain-lain kecurian. Daripada
statistic berkenaan, trend jenayah di Malaysia memperlihatkan cenderung kepada jenayah
harta benda kerana jumlah kes yang dilaporkan lebih tinggi berbanding dengan kes
jenayah kekerasan. Walau bagaimanapun, kesemua kes yang dipaparkan hanya melibatkan
kes yang dilaporkan kepada pihak polis sahaja dan tidak mengambil kira perangkaan
gelap kes jenayah yang berada di Malaysia. Bagi jumlah banduan yang berada dalam
tahanan pula,perangkaan tahun 2012 menunjukkan bahawa jumlah banduan yang ditahan
atas pelbagai kesalahan di kesemua penjara di Malaysia ialah 68 443 kes dan daripada
jumlah tersebut, 61 451 orang ialah banduan lelaki manakala 6992 orang ialah banduan
wanita. Dari jumlah yang dinyatakan, 37 762 orang ialah banduan bewarganegara Malaysia
manakala banduan bukan warganegara Malaysia pula

berjumlah 30 681 orang. Jumlah

pesalah juvana yang direkodkan oleh Jabatan Penjara Malaysia ialah 5316 orang dimana
19

4939 orang daripadanya ditahan atas kesalahan pertama manakala selebihnya ialah
kesalahan berulang.
4.0 SISTEM PENGADILAN JENAYAH DI MALAYSIA:SATU PEMERHATIAN
Sistem pengadilan jenayah merupakan agensi-agensi kerajaan

yang berhak ke atas

pelaksanaan undang-undang,penghakiman ke atas penjenayah dan proses pemulihan ke atas
pesalah-peasalah jenayah(Siegel,2006). Sistem pengadilan jenayah ini juga merupakan salah
satu komponen kepada sistem kawalan sosial yang mana menjaga dan mengawal tingkah
laku atau perbuatan-perbuatan yang mendatangkan bahaya dan kemusnahan kepada
persekitaran masyarakat.
Secara umumnya, sistem pengadilan jenayah ini mempunyai tiga komponen yang
mempunyai peranan yang tersendiri iaitu pihak polis, pihak mahkamah dan institusi
koreksional. Pihak polis merupakan agensi penguatkuasa yang ditugaskan untuk mengawal
keadaan agar sentiasa terkawal dan membantu pihak mahkamah dalam proses pendakwaan
terhadap kes-kes jenayah. Bagi pihak mahkamah pula,ia lebih kepada proses perbicaraan
kes-kes jenayah dan mahkamah juga dikenali sebagai badan yang melaksanakan keadilan
bagi pihak mangsa jenayah dan juga tertuduh.Bagi institusi koreksional pula ia terdiri
daripada institusi penjara,pusat pemulihan,sekolah akhlak yang menjalankan pemulihan
kepada pesalah-pesalah yang disabitkan dengan kesalahan jenayah.
Persoalan yang timbul dalam membincangkan isu sistem keadilan jenayah ini ialah
keberkesannya dalam membanterasa jenayah. Berdasarkan pemerhatian dan analisis yang
dilakukan sistem keadilan jenayah yang dilaksanakan di Malaysia sememangnya mampu
membanterasa jenayah walaupun terdapat beberapa kelemahan yang agak ketara. Hujah
20

yang mengatakan bahawa sistem keadilan jenayah di Malaysia mampu membanterasa
jenayah

jenayah

di sandarkan

pada

penggubalan

undang-undang

jenayah

yang

menyeluruh.Kanun keseksaan merupakan undang-udang jenayah yang digunakan untuk
menyabitkan

kesalahan

kepada

penjenayah

yang

melakukan

kesalahan

dan

ianya

mengandungi himpunan pelbagai kesalahan beserta hukuman yang setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah. Undang-undang jenayah yang dilaksanakan di
Malaysia pada waktu ini mampu mendatangkan gerun kepada masyarakat umum khasnya
undang-undang berkaitan dengan kes rogol ataupun liwat,kes bunuh dan juga kes-kes
yang melibatkan pengedaran dadah di mana hukuman kepada pesalah kes ini melibatkan
penjara, sebatan dan juga hukuman gantung sampai mati.Situasi ini jika diamati akan
menyebabkan masyarakat merasa takut untuk melakukan jenayah berat dan secara tidak
langsung akan menyebabkan kadar jenayah berat di Malaysia semakin menurun.Jadi,
secara ringkasnya, kewujudan undang-undang jenayah seperti kanun keseksaan ini secara
tidak langsung mampu memberikan impak yang besar terhadap proses memerangi jenayah
di Malaysia.
Dalam perspektif yang berbeza, sistem keadilan jenayah di Malaysia secara umumnya
memperlihatkan beberapa kelemahan yang agak ketara sehingga menjejaskan proses
memerangi jenayah di Malaysia. Pertama sekali berkaitan dengan kuasa budi bicara
pendakwa raya dan juga budi bicara pihak polis dalam menjalankan siasatan terhadap kes
jenayah yang dilaporkan.Aziz Bari(2004) menyatakan bahawa budi bicara bermaksud kuasa
untuk bertindak atau membuat keputusan yang mengizinkan pemegangnya sejumlah ruang yang
tertentu, yang dengan sendirinya bermakna bahawa ia bebas mengambil tindakan tersebut.Jelas
beliau

lagi, kuasa budi bicara turut mengizinkan pemegangnya membuat

pilihan antara
21

beberapa alternatif yang ada di hadapannya. Budi bicara berbeza dengan apa yang dipanggil
tugas atau kewajipan di sisi undangundang kerana ini tidak memberikan pilihan tentang apa
yang hendak dilakukannya, walaupun mungkin cara

atau prosedur pelaksanaan tugas itu

mungkin tidak ditetapkan. Perlembagaan melalui perkara 145 memberikan kuasa budi bicara
kepada Peguam Negara dalam soal memula dan memberhentikan pendakwaan di mahkamahmahkamah sivil. Ia memperuntukkan bahawa "Peguam Negara adalah mempunyai kuasa, dan
kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau
memberhentikan apa-apa

perbicaraan mengenai sesuatu kesalahan.Selain

itu, polis

juga

merupakan pihak yang mempunyai budi bicara dalam menjalankan tugas sepertimana yang
telah diperuntukkan dalam akta polis. Walau bagaimanapun, budi bicara ini perlulah
dipantau sebaik mungkin bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh pihak tertentu atas
kepentingan peribadi dan niat yang tertentu.Penggunaan budibicara yang sememangnya
suatu yang baik dari satu sudut kerana ia mampu memberi keutamaan kepada kes-kes
yang penting dan berisiko terlebih dahulu namun jika terlalu banyak menggunakan
budibicara ia akan menyebabkan pengadu berkemungkinan hilang kepecayaan kepada
pelaksana sistem keadilan jenayah.
Dari sudut yang lain, sistem keadilan jenayah di Malaysia khususnya dalam konteks
mahkamah sedang mengalami masalah lambakan kes yang sedang dibicarakan. Kajian
Salim(2013) mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya 11 000 kes yang masih
tertangguh dan kira-kira 6000 kes lagi yang masih menunggu rayuan. Lambakan ini
disebabkan oleh beberapa perkara yang antaranya ialah masalah oleh pihak peguam dan
anak guamnya yang kerapkali menagguhkan kes atas pelbagai alasan. Selain itu,sistem
pengurusan kes oleh pihak mahkamah yang kurang sistematik juga dikatakan sebagai
22

punca berlakunya lambakan kes di mahkamah. Lambakan kes ini akan menyebabkan pihak
yang menjadi mangsa jenayah tertunggu-tunggu keputusan mahkamah dan hal ini sedikit
sebanyak akan menyebabkan orang ramai mula hilang keperayaan kepada sistem
pengadilan jenayah di Malaysia.
Secara

ringkasnya, dtegaskan

sekali

lagi

bahawa

sistem

pengadilan

di

Malaysia

sememangnya mampu membendung masalah jenayah namun ianya tidaklah sempurna
kerana masih terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki
5.0 KESIMPULAN
Jenayah merupakan suatu perkara yang tidak dikehendaki oleh sesiapa pun dan ianya
haruslah dicegah dan banteras habis-habisan. Teori-teori yang dikemukana oleh ahli
kriminologi

perlulah

diberi perhatian

sebaiknya

agar

langkah

pencegahan

dapat

dilaksanakan mengikut kaedah yang betul dan sempurna.Andainya masalah jenayah dapat
di atasi, pastinya masyarakat umum akan mula merasa tenang dan tenteram seterusnya
dapat ia juga dapat meningkatkan kesejahteraan sosial masyarakat di Malaysia.
6.0 RUJUKAN
Abdul Aziz Bari. (2004). Kuasa-Kuasa Budi Bicara Teori dan Pemakaiannya dalam UndangUndang Perlembagaan da Undang-Undang Pentadbiran. Jurnal Undang-udang dan
Masyarakat, 8, 39-57.
D.Nye, Robert. (1992). Tiga Pemikiran Psikologi: Perspektif dari Freud, Skinner dan Rogers
(Mahmood Nazar Mohamed, Trans.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Elizabeth Ehrhardt Mustaine.Richard Tewksbury. (1998). Predicting Risks of Larceny Theft
Victimization:A Routine Activity Analysis Using Refined Lifestyle Measures.
Criminalogy, 36(829-858).
F.E Devine. (1982). Cesare Beccaria and the Theoritical Foundation of Modern Penal
Jurisprudence. New England Journal on Prison Law, 7, 8-12.
23

Geogre Rengert , Wasilchick. (1985). Suburban Burglary. In C. C.Thomas (Ed.), A Time and
Place for Everything. IL: Springfield.
J.Macionis, John. (2010). Social Problem(4th Ed). United States of America: Pearson Education.
Jacobs, Jerry. (1983). Social Problem Through Social Theory. Houston: Cap and Gown Press.
John Hagan. (1973). Labelling and Deviance: A Case Study in the "Sociology of the Interesting".
Social Problem, 20(4), 447-458.
Joseph Deutsch, Gil Epstein. (1998). Changing a Decision Taken Under Uncertainty.The Case of
Criminals Choice. Urban Studies, 35(1335-1344).
Kendall, Diana. (2013). Sociology in Our Time. Wadworth: Cengage Learning.
Liliana Pezzin. (1995). Earning Prospects,Matching Effect,and the Decision to Terminate a
Criminal Career. Journal of Quantative Criminology, 11, 29-50.
Lloyd Phillips, Harold Votey. (1987). The Influence of Police Intervention and Altenatif Income
Source on the Dynamic Process of Choosing Crime as a Career. Journal of Quantative
Criminology, 3, 251-274.
Meng, Gan Kong. (2007). Kajian Kes Rogol di Penjara Negeri Kedah dan Perak. Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Plotnik, Rod. (2005). Introduction to Psychology (7th ed.). San Diego: Wadsworth Thomson
Learning.
Farrar, Salim Ali. (2013). Crime and Criminal Justice in Malaysia. In J. Liu et al (Ed.),
Handbook of Asian Criminology. New York: Springer Science+Business Media.
S.Feldman, Robert. (2011). Understanding Psychology. New York: McGraw-Hill.
Schur, Edwin M. . Labeling deviant behavior; its sociological implications. United States of
America: Harper & Row.
Siegel L.J. (2006). Criminology (9 ed.). Belmont: Thomsom Wadsworth.

24