PROF. DR. HAMKA and DAKWAH MELALUI PENUL

PROF. DR. HAMKA & DAKWAH MELALUI PENULISAN:
SOROTAN TERHADAP PENGALAMAN PERIBADINYA1
Oleh:
Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi2
zahiruddinzabidi@gmail.com
ABSTRAK
Penulisan kertas kerja ini memberikan tumpuan khas kepada
pengalaman peribadi Prof. Dr. HAMKA dalam memahami
faktor-faktor yang mendorong perkembangan diri beliau dari
semenjak lahir hingga dewasa, sehingga muncul sebagai
pendakwah melalui penulisan yang prolifik dalam pelbagai
genre karya sama ada kreatif atau non-kreatif. Melalui
pengalaman hidup yang rencam itulah yang mendorong
HAMKA mengambil keputusan menjadi seorang pendakwah
yang beriktikad menyampaikan Islam demi kesedaran umatnya
melalui lisan dan tulisan. Penulisan kertas kerja ini dilakukan
secara naratif deskriptif dengan menjadikan Buku Pertama
dalam kompilasi Kenang-Kenangan Hidup, naskhah
autobiografi beliau sendiri sebagai rujukan utama.
Kata kunci: Prof. Dr. HAMKA, penulis prolifik, dakwah melalui
penulisan, Kenang-Kenangan Hidup, autobiografi

1.0

PENGENALAN

Prof. Dr. HAMKA atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (1908-1981)3
adalah ulama, sasterawan, budayawan, pemikir, ahli politik, pemimpin gerakan Islam,
pemimpin masyarakat dan pelbagai lagi gelar rasmi dan tidak rasmi yang diberikan kepada
beliau. Meskipun gelar-gelar itu banyak, beliau sendiri mengakui bahawa lebih senang jika
dirinya dikenali sebagai seorang pengarang.4 Secara keseluruhan, setakat yang dapat dikesan
dan direkodkan sepanjang hidup HAMKA, karya karangan beliau yang diterbitkan berjumlah
103 judul. Kategori penulisan beliau boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti
autobiografi, biografi, falsafah dan keilmuan Islam, adat & kemasyarakatan, kisah perjalanan

1

Kertas kerja ini dibentang dalam Seminar Pemikiran HAMKA ‘14 pada 18 Okt. 2014 di UIAM Kuantan, Pahang
Calon Sarjana Pengajian Islam (Sejarah & Tamadun Islam), APIUM dan Editor Kanan Buku, Karya Bestari Sdn.
Bhd.
3
Seterusnya hanya disebut HAMKA atau Buya HAMKA sahaja, lihat Drs. H.A. Hafizh Dasuki, M.A. et. al. (1993),

Ensiklopedi Islam, Jld. 2, Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve, h. 75-77
4
Bagi menelusuri perjalanan hidup Buya HAMKA melalui perspektifnya sendiri, disyorkan membaca
autobiografi berjumlah empat jilid yang kemudian disatujilidkan, lihat Prof. Dr. HAMKA (2009), KenangKenangan Hidup, Shah Alam: Pustaka Dini. Selain daripada itu, anak almarhum sendiri juga menulis mengenai
perjalanan hidup ayahnya itu, lihat H. Rusydi Hamka (2010), HAMKA Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun
Melayu: Menatap Peribadi dan Martabatnya, Shah Alam: Pustaka Dini (terbitan pertama naskhah ini adalah
pada tahun 1981)

2

1

(travelog), novel dan roman, sejarah/sejarah Islam, terjemahan dan karya agungnya iaitu
tafsir al-Quran lengkap 30 juzuk.5
KATEGORI
Autobiografi
Biografi
Falsafah & keilmuan Islam
Adat & kemasyarakatan
Kisah perjalanan (travelog)

Novel & roman
Sejarah & Sejarah Islam
Terjemahan
Tafsir

JUMLAH
4
1
59
2
5
14
6
2
10
1036

Daripada jumlah 103 buah buku yang diterbitan dalam pelbagai versi kini, dan ada juga yang
tidak lagi dapat dijumpai sekalipun di Indonesia sendiri pada hari ini, diyakini masih banyak
lagi tulisan-tulisan HAMKA yang tidak dapat dijejak malah tidak sempat dibukukan

sebagaimana tulisan-tulisan yang sempat diterbitkan di atas.7 Kebanyakan daripada bukubuku yang diterbitkan adalah himpunan daripada tulisan-tulisan HAMKA dalam pelbagai
majalah, kebanyakannya pula adalah majalah yang dikelola oleh beliau sendiri sebagai
pengarang sekali gus pengurus antaranya majalah Pedoman Masyarakat (1936-1942) atau
majalah-majalah yang dibantu oleh beliau seperti Seruan Islam, Nibras, Bintang Islam, Suara
Muhammadiyah, Pelita Andalas, Pembela Islam dan beberapa lagi.
Sebelum menjadi hoofdreadacteur atau kepala (ketua) pengarang majalah Pedoman
Masyarakat, terlebih dahulu HAMKA beberapa kali mencuba nasib memimpin majalahnya
sendiri namun sering gagal. Bermula dengan majalah Khatibul Ummah (1925) yang hanya
bertahan sebanyak tiga keluaran, seterusnya majalah Kemauan Zaman (1929) hanya terbit
sebanyak lima keluaran, kemudian majalah Al-Mahdi (1939) hanya bertahan sebanyak
sembilan keluaran. Punca majalah-majalah tersebut tidak bertahan lama diperakui sendiri

5

Lihat Prof. Dr. Shamsul Nizar MA (2008), Memperbincangkan Dinamika Intelektual dan Pemikiran Hamka
Tentang Pendidikan Islam, Jakarta: Kencana, h. 252
6
Menurut jadual yang disusun oleh bapak H. Rusydi Hamka pula adalah 118 judul, katanya: “Sejumlah 118
(seratus lapan belas) naskhah yang telah dibukukan dan masih ada dalam majalah Panji Masyarakat, karangankarangan panjang yang patut dibukukan, antara lain: “Pandangan Hidup Muslim” yang pernah dimuat dalam
majalah Panji Masyarakat dan dilarang oleh Presiden Sukarno, “Dari Hati ke Hati” dan “Dakwah Islam” yang

terdapat dalam majalah Panji Masyarakat yang terbit sekarang ini.” Lihat H. Rusydi Hamka (2010), op. cit., h.
389
7
Di Malaysia, ada beberapa penerbit aktif menerbitkan semula karya-karya Prof Dr HAMKA seperti Pustaka
Dini yang berpusat di Shah Alam, milik bapak Mukmin Affandi (no. hp: 019-320 1015) yang berasal dari
Jakarta. Menurut beliau sebagaimana yang dinyatakan dalam setiap muka prelim buku terbitan Pustaka Dini,
terbitan semula tersebut adalah dengan persetujuan almarhum bapak H. Rusydi Hamka (baru meninggal pada
September 2014 yang lalu). Pustaka Dini menerbitkan sebanyak hampir 50 buah daripada buku Buya HAMKA
dalam pelbagai genre. Premis beliau beralamat di: 30-B, Tingkat 2, Blok 4, Pusat Perniagaan Worldwide, Jalan
Karate 13/47, Seksyen 13, 40675 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-55114340. Fax no.: 03-55114339.
E-mel: pdini06@yahoo.com.my. Selain daripada itu Darul Nu’man dan Pustaka Nasional juga ada menerbitkan
beberapa judul karya Buya HAMKA yang diedarkan di kedai-kedai buku di Malaysia

2

oleh HAMKA kerana: 1) Isu modal perniagaan, 2) Langganan majalah yang tidak dibayar
dan, 3) Pentadbiran yang tidak sempurna.8
HAMKA mula diberi kepercayaan bagi memimpin Pedoman Masyarakat ketika berumur
hanya 28 tahun bergajikan f.17.50 (rupiah) sebulan, dua tahun kemudian iaitu ketika beliau
berusia 30 tahun (1938) lahirlah dua buah karya fenomenal beliau, katanya: “Mula

memimpin majalah itu pada tahun 1936, usia saya baru 28 tahun. Dalam usia 30 tahun, iaitu
tahun 1938, dikarangnya “Tenggelam Kapal Van Der Wijck” di segi roman dan “Tasawuf
Moden” dari segi falsafah agama. Majalah terhenti penerbitannya kerana tentera Jepun telah
menyerbu pada March 1942, iaitu dalam usianya 34 tahun.”9
Tidak terhenti di situ, penjajahan Jepun tidak mematahkan semangat ‘memberi’nya melalui
penulisan. HAMKA cuba bangkit pada zaman penjajahan Jepun dengan menerbitkan lagi
sebuah majalah bernama Semangat Islam namun ia tidak mampu menyaingi dan mengganti
tempat Pedoman Masyarakat di hati para pembaca-pencinta semangat islah dalam beragama,
kata HAMKA: “Di zaman Jepun, diusahakan juga menerbitkan majalah “Semangat Islam”
yang mesti diisi propaganda perang Asia Timur Raya. Namun ia tidak dapat mengambil
tempat “Pedoman Masyarakat” dalam hati pembacanya di seluruh tanahair pada waktu itu.
Saya tidak dapat melupakannya. Dengan dialah saya dapat mengembangkan peribadi dalam
dunia karang mengarang.”10
Selepas Jepun kalah, HAMKA kembali memimpin majalah. Kali ini dengan nama Mimbar
Agama (1950-1953), pada kemuncaknya beliau memimpin majalah yang dinamakan Panji
Masyarakat (1959-1981) sehingga ke akhir hayat beliau.11 Boleh dirumuskan bahawa
sepanjang tahun 1925 (Khatibul Ummah) - 1981 (Panji Masyarakat) iaitu selama 56 tahun
bergelumang dalam penulisan dan penerbitan majalah dan buku, HAMKA meninggalkan
jejak-jejak sejarah diri, agama, bangsa dan negara Nusantara dalam setiap tulisannya yang
jika dikaji maka ia layak diangkat sebagai satu urutan sejarah daripada perspektif beliau

sendiri. Demikianlah mengapa akhbar dan majalah juga merupakan sumber rakaman sejarah
yang penting malah diberikan perhatian khas sebagai satu bidang ilmu sumber
pensejarahan.12
Selain daripada tulisan-tulisan yang diterbitkan oleh majalah-majalah yang disebut di atas,
HAMKA turut menyumbang tulisan beliau dalam majalah-majalah di Tanah Melayu (kini
Malaysia) seperti majalah Pengasuh dan majalah Qalam (sekadar menyebut beberapa
majalah).13 Selain daripada itu, beberapa buah buku beliau juga diterbitkan di Malaysia dan
Singapura seperti:
1. (1966), Karena Fitnah, Kuala Lumpur: Pustaka Antara
2. (1967), Pelajaran Agama Islam, Kelantan: Pustaka Aman Press
3. (1978), “Pengaruh Islam dalam Sastera Melayu”, dalam Islam dan Kebudayaan
Melayu, Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
8

Prof. Dr. HAMKA (2009), op. cit., h. 269
Ibid., h. 274-275
10
Ibid., h. 275
11
H. Rusydi Hamka (2010), op. cit., h. 388

12
Lihat Khoo Kay Kim (1985), Majalah dan Akhbar Melayu Sebagai Sumber Sejarah, Kuala Lumpur:
Perpustakaan Universiti Malaya
13
Bagi memahami perbincangan khusus mengenai sejarah penerbitan majalah di Malaysia sebelum dan
selepas merdeka serta bibliografi lengkap majalah-majalah yang pernah diterbitkan, lihat Prof. Madya Dr.
Hamedi Mohd Adnan (2003), Penerbitan Majalah di Malaysia: Isu-Isu dan Cabaran, Shah Alam: Penerbitan
Kharisma dan lain-lain penulisan dan kajian beliau
9

3

4. (1981), Dari Perbendaharaan Lama, Kuala Lumpur: Pustaka Antara
5. (1982), Prinsip dan Kebijaksanaan Dakwah Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Antara
6. (1990), Tafsir Al-Azhar, Jilid I-X, Singapura: Pustaka Nasional
Sehingga kini, semakin banyak kajian-kajian dan tulisan ilmiah sama ada di peringkat sarjana
muda, sarjana dan doktor falsafah serta himpunan kertas-kertas kerja seminar, simposium dan
mengangkat HAMKA dan karya-karyanya sebagai subjek kajian. Kajian tersebut pula meluas
dalam pelbagai bidang dan disiplin keilmuan sama ada di Nusantara atau di Barat. Selain
daripada itu, penerbitan bersifat umum dan separa ilmiah juga semakin banyak termasuk

novel-novel yang cuba mengangkat HAMKA dan kehidupannya sebagai watak dalam novel
berdasarkan kisah benar tersebut.14
Menariknya juga, HAMKA menulis biografi ayahnya berjudul Ayahku: Riwayat Hidup Dr.
H. Abdul Karim Amrullah dan Perjuangan Kaum Agama di Sumatera15 manakala dua
anaknya menulis tentang dirinya. H. Rusydi Hamka menulis HAMKA: Pujangga Islam
Kebanggaan Rumpun Melayu Menatap Peribadi dan Martabatnya16 manakala Irfan
HAMKA menulis biografi berjudul Ayah… Kisah Masa Muda, Dewasa, Menjadi Ulama,
Sastrawan, Politisi, Kepala Rumah Tangga, Sampai Ajal Menjemputnya.17
2.0

URUTAN MASA/PERISTIWA PENTING SEPANJANG HIDUP HAMKA18
MASA
16 Februari 1908M/
14 Muharram 1326H
1914

UMUR
0
6 tahun


1915

7 tahun

1916 – 1923

8 - 15 tahun

1924

16 tahun

1925

17 tahun

PERISTIWA
HAMKA dilahirkan di Sungai
Batang, Danau Maninjau
Hijrah ke Padang Panjang

bersama keluarga
Masuk sekolah desa/belajar
daripada ayahnya
Belajar agama di Diniyyah dan
Sumatera Thawalib
Ke Jogjakarta aktif dalam
gerakan Islam. Bertemu dengan
HOS Tjokrominoto, Ki Bagus
Hadi Kusumo, H. Fakhruddin,
RM Surjopranoto dan AR Sutan
Mansur
Pulang ke Padang Panjang, mula
mengembangkan bakat sebagai
pengarang melalui majalah
Khatibul Ummah

14

Paling tidak ada dua buah novel cuba mengangkat kehidupan Buya HAMKA dalam bentuk penulisan
kreatif/fiksyen. Lihat Akmal Naseri Basral (2013), Tadarus Cinta Buya Pujangga, Indonesia: Salamadani dan
Abdul Latip Talib (2014), HAMKA: Ulama, Pemimpin, Sasterawan, Batu Caves: PTS Litera Sdn. Bhd.
15
Lihat Prof. Dr. HAMKA (2010), Ayahku: Riwayat Hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah dan Perjuangan Kaum
Agama di Sumatera, Shah Alam: Pustaka Dini
16
Lihat H. Rusydi Hamka (2010), op. cit.
17
Lihat Irfan HAMKA (2013), Ayah… Kisah Masa Muda, Dewasa, Menjadi Ulama, Sastrawan, Politisi, Kepala
Rumah Tangga, Sampai Ajal Menjemputnya, Jakarta: Republika Penerbit
18
Dr. Abdul Rauf (2013), Tafsir Al-Azhar: Dimensi Tasawuf HAMKA, Kuala Selangor: Piagam Intan Sdn. Bhd., h.
271-272

4

1927

19 tahun

1928

20 tahun

1929

21 tahun

5 April 1929

21 tahun

1930

22 tahun

1931/32 – 1933
1935

23/24 - 25 tahun Ke Makkasar, naskhah Laila
Majnun diterbitkan
27 tahun
Kembali ke Sumatera Barat

1936 – 1942

28-34 tahun

1950

42 tahun

1955

47 tahun

1958

50 tahun

28 Februari 1959

51 tahun

Mengembara ke Makkah, mula
terdedah kepada kesusasteraan
Arab
Karya sulung berjudul Si
Sabariyah terbit, genre sastera
Karya-karya dalam genre agama,
sejarah, adat budaya dan falsafah
mula terbit – Agama dan
Perempuan, Ringkasan Tarikh
Umat Islam, Adat Minangkabau
dan Agama Islam
Bernikah dengan Siti Raham
Aktif berpesatuan dalam gerakan
dakwah, mula berkenalan
dengan M. Natsir dan A. Hassan
Bandung

Memimpin redaksi majalah
Pedoman Masyarakat, terbit
karya falsafah agama dan
tasawuf seperti Tasawuf Moden,
Falsafah Hidup, Lembaga
Hidup, Lembaga Budi
Dalam genre sastera pula terbit
Di Bawah Lindungan Kaabah,
Tenggelamnya Kapal Van Der
Wijck, Merantau ke Deli dan
buku-buku berkisar revolusi
yang lain
Hijrah ke Jakarta, menulis dan
menerbitkan buku Ayahku,
Kenang-kenangan Hidup,
Perkembangan Tasawuf Abad ke
Abad
Menjadi anggota Konstituante
Menjadi guru besar Ilmu
Tasawuf di PTAIAIN
Dianugerahkan Doctor
Honourist Causa oleh Universiti
Al-Azhar, Mesir. Disampaikan
oleh Shaykh al-Azhar, Shaykh
Mahmud Syaltut
5

3.0

Jan 1964 – Jun 1966

56 - 58 tahun

1972

64 tahun

Ogos 1973

65 tahun

8 Jun 1974

66 tahun

Jun 1975

67 tahun

Mei 1980

72 tahun

19 Mei 1981

73 tahun

22/24 Julai 1981/
Ramadan 1401H

73.5 tahun

Dipenjarakan oleh rejim ORLA
(Orde Lama), Tafsir Al-Azhar
disiapkan
Isterinya, Siti Raham meninggal
dunia
Bernikah dengan Siti Khadijah
dari Cirebon
Dianugerahkan Ijazah Doktor
Persuratan daripada UKM
Majlis Ulama Indonesia (MUI)
dibentuk dan HAMKA menjadi
ketua umum yang pertama
Dipilih menjadi ketua umum
MUI kali ke-2
Meletak jawatan sebagai ketua
umum MUI
HAMKA meninggal dunia di
Jakarta, jam 10:41.08

DUA TOKOH PALING BERPENGARUH DALAM HIDUP HAMKA

Pada tahun 1925 iaitu ketika HAMKA berusia 17 tahun, beliau telah berpindah pulang
semula ke Padang Panjang, Maninjau dari Jogjakarta setelah aktif berpesatuan di sana. Ketika
itu HAMKA sudah berkenalan dengan nama-nama besar dalam gerakan Muhammadiyah
seperti Tjokrominoto, Haji Agus Salim, Kiyahi Haji Mas Mansur, Haji Fakhruddin dan ramai
lagi malah begitu bersemangat dan terpengaruh dengan pidato-pidato para pimpinan
Muhammadiyah itu khususnya ayah dan abang iparnya sendiri, Dr Syeikh Abdul Karim
Amrullah @ Haji Rasul dan Ahmad Rasyid Sutan Mansur @ AR Sutan Mansur.
Puji HAMKA terhadap ayahnya: “... tidaklah hairan, jika orang pertama yang menjadi
lambang citanya adalah ayahnya sendiri. Dan kekaguman ini tidak bertambah kendur setelah
dia bertambah dewasa, bahkan bertambah mendalam. Bertambah dia tua, tiap hari cerita
tentang kebesaran ayahnyalah yang menjadi buah mulutnya.”19
HAMKA mengisytiharkan AR Sutan Mansur sebagai tokoh kedua yang mempesonakan
dirinya, AR Sutan Mansur asalnya adalah antara anak murid kanan kesayangan ayah
HAMKA sendiri sehingga ayahnya menikahkan AR Sutan Mansur dengan anaknya iaitu
kakak HAMKA yang bernama Fatimah. Puji HAMKA terhadap AR Sutan Mansur: “Jika dari
ayahnya yang sangat alim, Haji Abdul Malik mendapat ilmu agama, laksana lautan yang
tidak pernah kering airnya, maka dari iparnya ini dia banyak mendapat intisari perjuangan
Islam. Beliau suka membuka sejarah Nabi (s.a.w.). Beliau suka memberikan pidato agama
yang berisi. Beliau suka menghuraikan kebangkitan Islam dan gerakan baru.”20
HAMKA menegaskan bahawa kedua personel itu adalah tokoh yang menjadi tumpuan dan
rujukan hidupnya: “Dua peribadi besar inilah yang menjadi “favourite” orang-orang yang
utama amat dikagumi dan hendak diteladaninya.”21
19

Prof. Dr. HAMKA (2009), op. cit., h. 120-121
Ibid., h. 121
21
Ibid.
20

6

4.0

MULA MENJADI PEMIDATO & PENULIS

Pada bulan tahun 1925, perkumpulan tabligh Muhammadiyah dibina di Padang Panjang yang
dianggotai oleh pelajar-pelajar Thawalib Muhammadiyah yang berasal dari Sungai Batang
Tanjungsani, Maninjau selepas cabang Muhammadiyah dibina di sana pada bulan Jun tahun
yang sama. Antara aktivitinya adalah mengadakan latihan pidato di tingkat bawah gedung
ayah HAMKA di Gatangan Padang Panjang. Ramai daripada anak-anak muda
Muhammadiyah mula berpidato di depan khalayak termasuk HAMKA sendiri. Pidato umum
itu dilangsungkan sebelum ayah HAMKA memulakan sesi pengajiannya.
Kemudian timbul idea bagi menerbitkan semula pidato-pidato yang terpilih sebagai majalah
dengan sirkulasi sekali sebulan. HAMKA kemudian dilantik bagi menjadi orang yang
bertanggungjawab terhadap penerbitan majalah tersebut yang diberi nama Khatibul Ummah
yang bermaksud “tukang pidato umat” oleh ayahnya sendiri. Ironinya pelantikan beliau
bukanlah kerana bakat dan kebolehan yang dibuktikan sebelumnya namun kerana ‘benci’.
Menurut HAMKA: “Kawan kita (merujuk kepada HAMKA – penulis) diangkat menjadi
“Hoofdredacteur”, atau kepala pengarang!” Katanya lagi: “Setelah kawannya mengusulkan
nama bukan kerana senang, melainkan kerana benci! Keahliannya berpidato sudah mulai
menarik hati pendengar itu, dalam usia belasan tahun, bagi setengahnya menimbulkan dengki
dan cemuh. Sebab itu dia diusulkan jadi “Hoofdredacteur” itupun dalam rangka cemuh itu
juga. Angkatan itu diterimanya. Majalah itu diberi nama oleh ayahnya sendiri “Khatibul
Ummah” (Tukang Pidato umat).”22
HAMKA ditugaskan mencatat pidato-pidato para pemidato dengan cermat manakala manamana pemidato yang tidak pandai mengarang, beliau akan menuliskan pidato untuk mereka
dengan meletakkan nama pemidato itu sebagai penulis teks pidato itu, dalam masa yang sama
mana-mana pembenci dan pencemuhnya tidak beliau pedulikan. Khatibul Ummah tidak dapat
bertahan lama melainkan hanya sempat diterbitkan dalam tiga keluaran sahaja. Menurut
HAMKA: ““Khatibul Ummah” hanya menghasilkan tiga keluaran. Majalah ini, yang dicetak
hanya 500 sekali terbit tidak diteruskan. Kerana perbelanjaan tidak sepadan dengan perhatian;
penyakit majalah di zaman itu. Banyak yang suka membaca, tetapi tidak banyak yang suka
membayar, namun baginya ini kali pertama dan permulaan pengalaman di dalam penerbitan
majalah.”23
Pada tahun 1927 juga ketika umur HAMKA 19 tahun, beliau mengambil keputusan yang
besar dalam hidupnya iaitu berpergian ke Makkah. Pulang dari sana pada tahun 1928,
HAMKA tidak lagi berpaling daripada jalan yang diambilnya melainkan terus memimpin
pertubuhan dakwah, berpidato, bertabligh, berdakwah melalui lisan dan penulisan.24
Pengalaman sehingga tahun 1925-1931 sebagai “Hoofdredacteur” beberapa majalah,
pengarang beberapa buah buku roman dan falsafah agama serta diangkat menjadi Mubaligh
Pengurus Besar Muhammadiyah di Makasar dengan sebelumnya menjadi ketua cabang sekali
gus pemimpin “Tabligh School” di Padang Panjang menyedarkan dirinya serta menancapkan
keyakinan bahawa dirinya memang sesuai dan mencintai apa yang dilakukanya itu.
Menurut HAMKA: “Dengan berhasilnya dia memimpin “Khatibul Ummah” tahun 1925,
dengan terbitnya “Kemauan Zaman” beberapa keluaran, dengan membantu harian “Pelita
Andalas” di Medan. Ketika ke Mekah, apatah lagi dengan laris lakunya buku “Si Sabariyah”
teman kita telah tahu apa kewajipannya dalam hidup. Kewajipan hidup atau mission ialah
22

Ibid., h. 123
Ibid., h. 123-124
24
Ibid., h. 75-107
23

7

menjadi penyebar Islam, menjadi mubaligh Islam menyedarkan kaum Muslimin
Indonesia terhadap Islam. Untuk melaksanakan kewajipan itu dia merasa bahawa dia
mempunyai dua kesanggupan. Kesanggupan lisan dan kesanggupan tulisan! Dengan
lisan dia akan berpidato, bertabligh, mengajar dan mengaji.”25 Kemudian katanya: “Di
samping itu mengarang. Dia mulai “ternama”.”26
Kemuncaknya, HAMKA dalam menterjemahkan apa yang pernah dilaluinya itu berkata:
“Kalau ramai kawannya terhenti kegiatan kerana berkahwin, sehingga ada pepatah pelajar di
surau-surau; “al-’ilmun marbuthun baina fakhidzaiha” (Ilmu bergantung di antara keduadua belah paha perempuan), maka bagi teman kita ini dia, telah memulai kegiatan hidup
sesudah dia berkahwin. Dia mulai melangkah, menurut pantun Minangkabau;
“Putus tali layang-layang;
robek kertas tentang bingkai.
Hidup nan jangan mengepalang;
tidak kaya, berani pakai.””27
5.0

HAMKA - PELAJARAN, BUKU, MEMBACA, PERPUSTAKAAN DAN
PENGEMBARAANNYA

Pengalaman peribadi HAMKA dari kecil melibatkan proses pendidikan di sekolah-sekolah
yang pernah dimasukinya dan juga kehidupan seharian serta didikan langsung daripada
ayahnya adalah antara faktor yang penting bagaimana HAMKA kemudian tumbuh menjadi
seorang ulama sekali gus pujangga yang luar biasa pencapaiannya jika diukur pada jumlah
dan isi penulisan-penulisan beliau sama ada di majalah-majalah dan buku-buku. Sebagaimana
jadual di atas, secara umum HAMKA berjaya menghasilkan 4 buah autobiografi, sebuah
biografi, 59 buah buku ilmu agama dan falsafah, 2 buah buku adat dan kemasyarakatan, 5
buah kisah perjalanan (travelog), 14 buah novel dan roman, 6 buah buku sejarah dan sejarah
Islam, 2 buah karya terjemahan dan set lengkap 30 juzuk tafsir al-Quran. Namun sehingga
kini tidak dapat dipastikan jumlah yang sebenar naskhah karya beliau termasuk yang tidak
sempat diterbitkan dan kekal sebagai manuskrip atau tulisan dalam majalah-majalah yang
tidak sempat dihimpunkan.
Pastinya pencapaian hidup yang luar biasa ini melalui satu proses yang berkait rapat dengan
proses berkaitan dengan ilmu dan ilmu pula berkait rapat dengan proses pembelajaran,
membaca, buku dan perpustakaan. Bagi memahamai isu ini, membaca dan menghadam dua
naskhah terawal iaitu Buku Satu dan Buku Dua daripada autobiografi Kenang-Kenangan
Hidup adalah sangat penting. Di sini dipanjangkan tajuk-tajuk bab dalam dua naskah
tersebut:
1) Buku Pertama Kenang-Kenangan Hidup:28
 Masa kecil
 Zaman Pancaroba
25

Ibid., h. 126
Ibid.
27
Ibid., h. 127
28
Ibid., h. 1-114
26

8

2) Buku Kedua Kenang-Kenangan Hidup:29
 Hendak ke Mana?
 Tujuan Hidup dan Masa Hadapan
 Langkah Hijau
 Mengapa Dia Tinggalkan Tugas Itu?
 Mencapai Apa yang Dicita
 Bahan
 Pantun-pantun
 Pidato Adat
 Bakaba
 Bahan II (Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia)
 Perpustakaan Arab
 Pengembaraan
 Pergaulan
 Penonton Filem
 Beberapa Catatan Bagaimana Menjadi Pengarang?
 Seni dan Keindahan
 Siapakah yang Dikatakan Seniman?
 Seni dan Cinta
 Seni dan Cinta akan Tanahair
 Seni dan Kejujuran
 Ilham
 Seni Mencapai Puncak Keindahan
 Dua Bersaudara
 Bahasa Indonesia
 Mengabdikan Bahasa, Bahasa dan Dunia
 Pujangga dan Umur
 Memimpin Majalah “Pedoman Masyarakat” (1936-1942)
5.1 Sorotan Buku Pertama Kenang-Kenangan Hidup
HAMKA memperincikan perihal suasana dan latar kampungnya di Sungai Batang, Danau
Maninjau yang indah itu dengan begitu rinci sekali, salasilah keluarga belah ibunya yang
merupakan orang Minang, datuk dan nenek serta pakcik-makciknya. Kemudian diriwayatkan
pula bagaimana peribadi beliau dari semenjak kecil dan watak-watak penting dalam hidup
beliau seperti ayahnya yang tegas dan garang malah selalu sahaja memukulnya akibat
kenakalan dirinya sendiri (seperti pernah ponteng Sekolah Diniyah selama 15 hari berturutturut), ibunya yang juga sering memukulnya kerana tidak tahan dengan kenakalannya,
datuknya yang suka bakaba (bercerita) kepadanya dan memanjakan dirinya dan aktiviti

29

Ibid., h. 113-276

9

mereka bersama, kakaknya Fatimah (kemudian berkahwin dengan AR Sutan Mansur) yang
garang dalam menyuruh mengaji dan lain-lain aktiviti dan kenakalan dirinya.30
Diriwayatkan juga bagaimana pengalaman dirinya dalam bersekolah sama ada di Sekolah
Desa (hanya tiga tahun sahaja kemudian tidak dibenarkan lagi oleh ayahnya) mahupun
Sekolah Diniyah dan madrasah Sumatera Tawalib. Selepas diberhentikan dari Sekolah Desa,
ayah HAMKA dalam rangka menunaikan cita-cita agar dirinya menjadi seorang ulama
seperti dirinya telah memasukkan HAMKA bersekolah di Sekolah Diniyah (semacam
sekolah rendah agama) pada sebelah pagi dan madrasah Sumatera Thawalib iaitu pondok
ayahnya sendiri yang mengajar kitab-kitab besar dalam keilmuan Islam dengan pelajar
pelbagai peringkat pada sebelah petang. Dalam usia yang masih muda itu, HAMKA agak
memberontak apabila terpaksa belajar dengan sistem lama seperti pengajian bertalaqqi di
surau, malah kitab-kitab yang digunakan dalam pengajian juga adalah kitab-kitab lama yang
tidak menarik bagi dirinya selain daripada payah dipelajari kerana perlu dihafal dan
memperdengarkan hafalan (tasmi‘) kepada guru apa yang dihafal malah perlu dihuraikan
beserta kefahaman.31
Dalam memenuhi keterpaksaan itu HAMKA terus memberontak terhadap ayahnya, keluhnya:
“Anak sekolah rendah disuruh duduk di universiti. Sebab ayahnya ingin dia alim. Alim waktu
itu juga.” Meskipun kebanyakan pengajian kitab-kitab dianggap membebankan dan beliau
sendiri tidak menunjukkan prestasi dan minat yang baik, namun HAMKA memperakui
bahawa satu-satunya pengajian yang menarik hatinya adalah mata pelajaran arudh iaitu
timbangan syair Arab. Baginya syair amat menarik dan mudah dihafalnya berbanding dengan
subjek-subjek lain.32
Kemudian HAMKA dimasukkan pula oleh ayahnya bagi mempelajari bahasa Inggeris pada
sebelah malam dan beliau mengakui cara pembelajaran oleh guru bahasa Inggeris, Sutan
Manjo sangat bagus berbanding cara pembelajaran di Sekolah Diniyah apatah lagi madrasah
Sumatera Thawalib menyebabkan fikirannya menjadi lebih terbuka terhadap pelajaran.
Namun pelajaran tersebut hanya bertahan beberapa bulan kerana guru bahasa Inggeris itu
berpindah selepas mendapat tawaran yang lebih baik di Padang.33
Kerana rasa tertekan dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada kitab-kitab pengajian
ilmu-ilmu Islam di kedua-dua sekolah itu, kencenderungan dalam membaca buku-buku
umum bukan kitab-kitab ilmu Islam seperti buku sejarah dan buku cerita dizahirkan apabila
sebuah kutub khanah dibuka di kampungnya oleh Engku Zainuddin Labai, malah kedai
tersebut menyediakan khidmat sewa menyewa buku-buku yang pelbagai. Kata HAMKA: “Ke
mana dia hendak pergi? Apakah yang menarik hatinya? Usia telah dua belas tahun. Kepada
ayahnya takut. Mengaji tidak menarik hati. Kursus bahasa Inggeris tidak terus. Masa itu
Engku Zainuddin Labai membuka sebuah kutub khanah, menyewakan buku. Buku-buku
Volslectuur (bacaan rakyat, terbitan Pejabat Voor Volkslectuur, didirikan 22-9-1917, di
30

Ibid., h. 1-33
Ibid., h. 35-37
32
Ibid., h. 38
33
Ibid., h. 40

31

10

Batavia kemudian dinamakan Balai Pustaka) buku-buku salinan Tioghoa Melayu; Tiga
Panglima Perang, Graaf De Monte Cristo, dan banyak lagi buku yang lain. Di antaranya
ialah Asia Timur, Kisah Perjuangan RusJapan. Ada juga suratkhabar Bintang Hindu
memuatkan karangan Dr. A. Rivai di Eropah.”34
Tambah HAMKA lagi: “Entah bagaimana asal mulanya, kawan kita tidak ingat lagi. Setiap
petang dia akan datang ke perpustakaan itu meminjam buku, setiap hari. Sewa buku mahal.
Umumnya dua hari lima sen setiap buku. Belanjanya dari rumah satu bengol satu hari.
Sekarang kawan kita sudah pandai berjimat. Belanja dua hari dikumpulkan untuk menyewa
buku. Tetapi banyak di antara buku, sehari sudah tamat. Bagaimana akal?” HAMKA juga
menceritakan bagaimana dirinya sering bermain di hadapan sebuah kilang cetak bernama
Badezst di Padang Panjang milik Engku Bagindo Sinaro yang juga merupakan rakan kongsi
kepada Engku Zainuddin Labai dalam membuka kutub khanah menyewa buku itu, sebab itu
namanya Zainoro iaitu gabungan Zainuddin dan Sinoro. Setiap hari HAMKA akan
berkunjung ke sana dan beliau ringankan tulang melipat kertas, membelikan kopi lalu sebagai
imbalan beliau meminta keizinan bagi membaca buku-buku baru setiap hari.35
Hal ini telah memberikan satu kesan yang mendalam dalam hidup HAMKA hasil daripada
bacaan-bacaannya itu. Kata HAMKA: “Lantaran membaca buku-buku itu, terbukalah dalam
khayalannya beberapa dunia yang belum dikenalnya, buruk atau baiknya, pahit atau
manisnya.” Lebih menarik adalah respon daripada ayahnya sendiri apabila mendapati
HAMKA sangat tekun dan berminat membaca buku-buku begitu: “Pernah juga dia didapati
membaca buku-buku itu oleh ayahnya. Setengah marah tapi tidak marah betul, ayahnya
berkata, “Apakah engkau akan menjadi orang alim nanti atau akan jadi tukang cerita?”
Diletakkan buku itu sebentar, tetapi bila ayahnya pergi, dibacanya kembali.”36
Hasil daripada keasyikan membaca buku-buku cerita dan roman serta akhbar harian Cahaya
Sumatera, Sinar Sumatera dan Hindia Timur itu jugalah yang menimbulkan dorongan bagi
dirinya merantau keluar dari kampungnya itu selain daripada berasa tertekan dengan
keterpaksaan belajar kitab-kitab tua yang tidak dapat menarik minatnya itu, HAMKA
bertekad mahu ke Jawa walaupun mengetahui ayahnya pasti menghalang maka dia pergi
sahaja sendiri, namun malang tidak berbau apabila cubaan pergi tanpa kebenaran ayahnya
buat kali pertama gagal apabila beliau dijangkiti penyakit cacar di pertengahan jalan. Tidak
habis cacar beliau diuji pula dengan penyakit Valoria dan Malaria. Akhirnya beliau dibawa
orang balik semula dan selepas dua bulan baru sakitnya benar-benar sembuh.37
Namun peristiwa itu tidak melemahkan semangat darah mudanya itu malah ia lebih
membakarnya malah hasrat mengembara keluar ke tempat orang semakin membara, sesuai
dengan umurnya yang sudah mencecah 15 tahun pada ketika itu. Kata HAMKA: “Tetapi
rupanya dalam jiwa anak ini tersimpan sesuatu yang tidak pernah mati, yang tidak pernah
padam. Di dalam seluruh hidup yang telah dilaluinya, sentiasa mendorongnya untuk maju.
34

Ibid.
Ibid., h. 40-41
36
Ibid., h. 41
37
Ibid., h. 57-58

35

11

Iaitu tampang atau bakat percaya kepada diri sendiri. Tumbuh capuk di mukanya dan
kebencian orang kiri kanan menyebabkan tumbuh suatu yang lain, iaitu menimbulkan,
membangkitkan diri dari segi yang lain. Membaca, belajar, mencatat apa-apa yang dirasakan
penting. Kadang-kadang ayat-ayat Quran pun disalinnya ke dalam notnya.”38
Kata HAMKA lagi, “Cita-citanya hendak mengembara tidaklah pernah kendur. Jika dahulu
hanya sehingga Bengkulen, dia ingin meneruskannya ke tanah Jawa.” Malah sikap ayahnya
juga sudah mulai lunak terhadapnya sesuai dengan umurnya yang sudah mengjangkau 15
tahun, tahun akil baligh. Katanya lagi: “Bagi ayahnya sendiri tidak ada keluar lagi perkataan
memaksa. Pernah ayahnya mengatakan kepadanya, “Umurmu sekarang telah lebih 15 tahun!
Menurut agama, lepaslah kewajipan ayah! Tetapi kalau engkau hendak keluar belajar
agama, belajarlah di sini, di Padang Panjang, supaya turun segenap ilmuku kepadamu.
Kitab-kitab yang banyak ini, siapa yang akan menyambutnya dan membacanya, kalau bukan
engkau?” Pernah ayahnya berkata, “Nanti akan engkau ketahui juga, sampai ke Mesir pun
engkau cari, jaranglah bertemu orang seperti ayahmu.””39
Pada suatu hari dalam tahun 1924 ketika HAMKA sudah berusia 16 tahun, beliau
memberanikan diri sambil berlinangan air mata meminta kebenaran daripada ayahnya bagi
berkelana ke Jawa. Apabila ditanya oleh ayahnya mengapa beliau ingin ke Jawa, HAMKA
menjawab kerana ingin belajar ilmu agama. Ayahnya sebagai orang alim dan banyak
pengalaman mengetahui dan mengatakan bahawa jika mahu belajar ilmu agama bukan di
Jawa namun di Minangkabau kemudian ayahnya mengagak bahawa beliau ingin ke Jawa
kerana ingin bersama dengan iparnya, AR Sutan Mansur. HAMKA mengiakan dan tanpa
diduga ayahnya membenarkan setelah menitipkan beberapa pesanan dengan lunak.40
Dalam bab kedua Buku Satu, Kenang-Kenangan Hidup yang bertajuk “Zaman Pancaroba”
ini, HAMKA memulakan catatan mengenai jangka masa setahun berada di ranah Jawa
membawa erti baru kepada HAMKA apabila beliau mengalami pengalaman-pengalaman
dalam budaya keilmuan, pemikiran dan gerakan dakwah berkaitan dengan Islam yang lebih
rencam berbanding di ranah Minang. Ini adalah kerana lewat tahun-tahun itu ideologi
Komunisme begitu sekali menjadi tantangan kepada para Islamis sehinggakan Serikat Islam
juga terpecah kepada dua golongan, SI Merah dan SI Putih. Suasana masyarakat di ranah
Jawa yang begitu menghimpit dan miskin membawa wacana Islam ke tahap yang lebih
mencabar apabila datangnya Komunisme membawa idea agama adalah candu masyarakat,
sedangkan di ranah Minang para agamawan masih sedang berbalah isu-isu furu` aqidah dan
fiqh kerana dalam masa yang sama mereka masih cukup makan dan selesai mempunyai tanah
cucuk tanam sendiri.41
Apa yang lebih mengejutkannya adalah apabila pengajian-pengajian ilmu agama Islam dan
wacananya berbeza sama sekali dengan apa yang pernah dilaluinya di kampung halamannya
sebelum ini. Ketika sampai, berbekalkan pengajian kelas VII di madrasah Sumatera Thawalib
38

Ibid., h. 59
Ibid., h. 59-60
40
Ibid., h. 60-61
41
Ibid., h. 62-64

39

12

yang setaraf dengan diploma di universiti beliau berasa pelik malah memandang rendah
apabila adik kepada ayahnya, Ja‘far Amrullah yang tekun pagi, siang dan malam mengambil
kursus selama dua bulan bagi mempelajari beberapa ilmu pengetahuan Islam. Timbul
persoalan bagaimana boleh mengaji ilmu agama dalam masa sesingkat itu? Namun apabila
beliau sendiri bersama dengan pakciknya itu masuk dalam kelas pengajian, beliau mengakui:
“Setelah sebulan si pemuda turut belajar, barulah dia tahu bahawa selama ini dia belum
belajar agama. Dia baru belajar nahu dengan memakai kitab Qatar yang dia tidak mengerti.
Belajar fikag daripada kita Fathul Muin. Yang tinggal dalam fikirannya waktu mempelajari
kita itu ialah bagaimana hukumnya, adakala seorang berjanggut tebal; wajibkah mengalirkan
air kepada seluruh anggota wuduknya.”42
Jelas HAMKA lagi: “ Yang agama pada hematnya yang sudah-sudah ialah belajar mendebat
dan mengalahkan Kaum Tua dalam perkara usalli; atau talkin. Ini lain sama sekali. Pagipaginya telah dibawa Bapa kecilnya itu belajar tafsir ke rumah Kiai Haji Hadikasumo (Ki
Bagus Hadikasumo). Mula belajar, dia enggan. Sebab di Padang dia sudah mulai belajar
Tafsir Muhammad Abduh, padahal Ki Bagus hanya mengajar dengan memakai Tafsir
Baidhawi, Bahasa Melayu (Jawi); tetapi lama-lama dia merasa bahawa di Padang Panjang dia
belum belajar tafsir, baru belajar membaca matan tafsir itu, dengan tidak boleh salah
nahunya. Kalau guru menyuruhnya membaca, mujurlah dia kalau betul baris dari antara 10
baris. Tetapi dengan Ki Bagus, maksud satu-satunya ayat itu yang dikupas. Ketika itu,
kerjasama pemimpin Muhammadiyah dengan Syarikat Islam amat rapat. Dua hal menekan
badan itu untuk memperteguhkan dirinya. Syarikat Islam mempersiapkan diri kerana pukulan
Komunis yang tidak mengenal ampun. Muhammadiyah bersemangat hendak membela Islam
kerana Zending Kristen yang amat keras. Di mana-mana bertemu HIS met de Bijbek. Keduadua hal ini mendorong kedua-dua badan itu memperbaharui pengertian Islam. Di Sumatera
Barat, ulama-ulamanya masih merasa kekuatan Islam. Mereka masih mempertengkarkan
perkara-perkara yang kecil.”43
Kemudian beliau dan pakciknya itu masuk menjadi anggota Syarikat Islam bagi memenuhi
syarat untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Syarikat Islam. Antara tenaga
pengajarnya adalah H. O. S. Tjokrominoto yang mengajar Islam dan Sosialisme (yang bahan
pengajaran itu kemudian dibukukan oleh beliau), R. M. Suryapranoto yang terkenal dengan
gelaran Raja Mogok mengajar Sosiologi.44 H. Fakhruddin yang merupakan pimpinan besar
Muhammadiyah mengajar Agama Islam. Kata HAMKA: “Dalam pergaulan dengan
pemimpin-pemimpin di Jogya itu, menerima tuntutan pendirian Islam dari Cokrominoto, H.
Fakhruddin, Ki Bagus Hadikusumo, R. M. Suryopranoto, dan lain-lain. Mulailah timbul jiwa
pemuda kita itu suatu pendirian hidup yang akan menentukan arah nasibnya di kemudian
hari. Dari pemimpin-pemimpin itulah, dia mengetahui Islam sebagai suatu yang hidup. Dari
merekalah dia tahu Islam adalah satu perjuangan, satu pendirian yang dinamik. Apatah lagi
setelah dilihatnya perbezaan yang jauh sekali, di antara Islam yang hidup di Minangkabau
dengan di Jawa, terutama Jogya.”
42

Ibid., h. 64-65
Ibid., h. 65
44
Ibid., h. 66-67
43

13

Selepas setahun, pada Jun 1925 ketika HAMKA berusia 17 tahun dia diminta pulang ke
Padang Panjang. Kepulangannya membawa segala isi pengalaman dan pergaulan dalam
setiap daripada pidato-pidato dan tablighnya malah dirinya tidak gentar bagi menyampaikan
isi fikiran dan rasanya di hadapan khalayak ramai apatah lagi setiap daripada
penyampaiannya penuh dengan nalar rasa yang baharu. Katanya: “Pidato-pidato berisi politik
tetapi bukan komunis. Gabungan perasaan yang dipompakan Cokrominoto dan Islam dan
Materialisme yang disalin dengan merdeka oleh A. D. Hani, karangan Said Jamaluddin
Afghani, ada dalam tangannya. Dia pulang membawa semangat baru. Boleh dikatakan
komunis Dt. Batuah telah menjalar di kalangan penuntut-penuntut agama, bukan sahaja di
Padang Panjang tetapi telah merata ke Parabek, Padang Japang, dan lain-lainnya. Ayahnya
pulang lebih dahulu dari Jawa, telah mendirikan Muhammadiyah di Maninjau. Di Padang
Panjang beliau dirikan pula Tabligh Muhammadiyah dalam kalangan murid-murid. Rasa
benci kepada beliau telah ditanamkan oleh propaganda komunis sebagai kebencian kepada
Cokrominoto juga. Di saat begitulah pemuda itu pulang.”45 HAMKA menegaskan lagi: “Dia
masukkan perasaan yang dibawanya dari Jawa, iaitu gabungan didikan Cokrominoto,
Suryopranoto dan Fakhruddin, Hadikusumo, Sutan Mansur, kalangan Muhammadiyah.”46
Sekali lagi jiwa muda HAMKA dilanda ribut, pada tahun 1927 ketika umurnya hanya 19
tahun dalam suasana beliau semakin mekar sebagai pemidato dan pengarang timbul rasa
tertekan akibat kebencian orang sekeliling sama ada kerana kelebihan atau kekurangan
dirinya. Selain daripada itu faktor gadis tunangannya dari sejak kecil sudah berkahwin
dengan orang lain yang lebih kaya juga member tamparan hebat buat jiwa muda HAMKA.
Kemudian keputusan besar sekali lagi diambil dan kali ini beliau mengembara sendirian ke
Makkah tanpa memaklumkan kepada ayahnya sekalipun. Dalam keadaan kewangan yang
meruncing dan perjalanan yang jauh lagi payah, pelbagai onak duri pengalaman dilalui sekali
lagi mematangkan peribadinya. Perjalanan ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan
menuntut ilmu itu kemudian merezekikan beliau dengan sesuatu yang sudah ditakdirkan
kepadanya. Apabila berada di Makkah, beliau telah bekerja sambilan di sebuah perusahaan
penerbitan buku-buku bahasa Melayu bertulisan Jawi dan buku bahasa Arab milik Tuan
Hamid Kurdi, mertua kepada Shaykh Ahmad Khatib al-Minangkabaui.47
Kata HAMKA: “Terbuka baginya akal baru. Di kampung Qurfal atau Garafah ada satu
percetakan kepunyaan Tuan Hamid Kurdi yang mendirikan perusahaan itu. Tuan Majid
adalah mertua kepada Syeikh Ahmad Khatib, orang Minangkabau yang terkenal itu. Dia
datang ke sana meminta kerja. Dia diterima dengan baik, sebab percetakan kekurangan orang
yang pandai menyusun huruf dalam bahasa Melayu. Walaupun pekerjaan itu belum
dialaminya, namun disanggupi juga. Bagaimana tidak akan disanggupi: perut!”48 Selain
daripada dapat belajar adat istiadat orang Arab yang paling penting adalah HAMKA beroleh
peluang menelaah mana-mana kitab yang ada dalam gudang itu secara percuma sehingga
pemilik gedung itu mengesani minat HAMKA terhadap buku-buku itu apabila terserempak
45

Ibid., h. 70-71
Ibid., h. 71
47
Ibid., h. 92
48
Ibid.
46

14

beliau sedang membaca sebuah buku yang agak tinggi nilai perbahasannya berjudul alSiyasah al-Usbu‘iyyah. Kemudian pemilik gedung percetakan itu mengetahui bahawa
HAMKA adalah anak kepada Dr. Syeikh Abdul Karim Amrullah yang juga merupakan anak
murid kepada Shaykh Ahmad Khatib al-Minangkabaui lantas memberikan jaminan jika
beliau ingin terus berada di sana bagi bekerja dan belajar.49
Pulang dari Makkah selepas lebih setahun di sana, HAMKA kemudian bertemu semula
dengan ayahnya dan hubungan mereka mulai bertambah baik, tidak berapa lama kemudian
lahirlah karya beliau yang pertama dalam bentuk buku iaitu sebuah penulisan fiksyen
berbentuk kaba (cerita) adaptasi daripada kisah benar yang berlaku dalam masyarakat
Minang.50 Kemudian lahirlah karya-karya keagamaan dan falsafah beliau seperti Agama dan
Perempuan, Ringkasan Tarikh Umat Islam dan Adat Minangkabau dan Agama Islam. Pada
tahun yang sama, tanggal 5 April 1929 ketika berusia 21 tahun beliau telah dinikahkan atas
aturan ayahnya dengan Siti Raham yang ketika itu berusia 15 tahun.51
5.2 Sorotan Buku Kedua Kenang-Kenangan Hidup
Dalam buku kedua ini HAMKA lebih memperincikan faktor perkembangan dirinya dari
dalam dan luar sehingga menumbuhkan dirinya menjadi seorang pendakwah melalui lisan
dan penulisan. Menghadam keseluruhan Buku Kedua Kenang-Kenangan Hidup ini
memahamkan kita bagaimanan HAMKA dan jiwa raganya bekerja dan berusaha bagi
mencapai maksud menyampaikan Islam dan lisan dan penulisan melalui pelbagai genre
penulisan sama ada kreatif atau non-kreatif. Lebih dalam lagi, beliau bukan hanya sekadar
seorang ulama atau pengarang, namun beliau adalah seorang pujangga Islam bagi umatnya di
Nusantara.
Melalui tajuk-tajuk bab yang dikemukakan oleh HAMKA dalam Buku Kedua ini dapat kita
fahami bahawa ia seakan satu penjelasan kepada siapakah dan mengapakah dirinya memilih
jalan yang dipilihnya sampai ke akhir hayat. Meskipun HAMKA berputus arang dengan
gerakan Muhammadiyah atas kesilapan beliau sendiri malah berputus arang dalam politik
peringkat nasional malah meletakkan jawatan sebagai Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia
namun satu-satunya pekerjaan yang beliau tidak pernah tinggalkan hingga ke akhir hayat
adalah menyampaikan Islam dan kebenaran melalui lisan dan tulisan. Malah sehingga saat
akhir hayatnya beliau masih merupakan pimpinan majalah Panji Masyarakat bersama
anaknya, H. Rusydi HAMKA.
Buku Kedua boleh dianggap sebagai syarah kepada idealisme dan perjalanan hidup HAMKA
sepanjang catatannya dalam Buku Pertama. Dari Bab 1 – Bab 5; Hendak ke Mana?, Tujuan
Hidup dan Masa Hadapan, Langkah Hijau, Mengapa Dia Tinggalkan Tugas Itu? dan
Mencapai Apa yang Dicita dapat dilihat HAMKA cuba menerangkan maksud di sebalik
tindakan-tindakan serta keputusan-keputusan yang diambil oleh beliau dalam Buku Satu.
Kemudian dari Bab 6 – Bab 27 lebih kepada menghuraikan secara spesifik tentang
49

Ibid., h. 93-94
Ibid., h. 156-171
51
Ibid., h. 109-112
50

15

perkembangan beliau dalam dunia dakwah melalui lisan dan tulisan. Bagi memahami
kefahaman HAMKA terhadap dunia dakwah melalui karang-mengarang dan cabangcabangnya sehingga membawa beliau bergelumang selama 56 tahun dalam lapangan tersebut,
Buku Kedua daripada empat buku dalam Kenang-Kenangan Hidup ini mesti dihadami.52
6.0

RUMUSAN DAN CADANGAN

Boleh dirumuskan penglibatan hakiki HAMKA sepanjang umurnya dalam dakwah melalui
penulisan atau kesanggupan menyampaikan Islam melalui lisan dan tulisan adalah
disebabkan beberapa faktor awal iaitu:
1. Pemaksaan dan kekerasan ayah beliau yang mahukannya menjadi alim besar sehingga
memasukkan beliau ke dua sekolah pengajian ilmu Islam serentak iaitu Sekolah
Diniyah dan madrasah Sumatera Thawalib yang merupakan peringkat asas
pendedahan kepada diri beliau dalam proses penguasaan ilmu-ilmu Islam selain
cubaan menghantar beliau belajar bahasa Inggeris pada sebelah malam bagi
memastikan HAMKA belajar pelbagai jenis bahasa.
2. Kecenderungan semula jadi HAMKA kepada buku-buku dan cinta akan membacanya
selain daripada kitab-kitab pengajian di kedua-dua sekolah dengan begitu ‘lahap’.
Buku-buku umum, sejarah dan roman menjadi santapan beliau saban hari selain
daripada akhbar-akhbar harian daripada pelbagai penerbitan. Ini menyebabkan beliau
menjadi mudah faham wacana-wacana berat dan tinggi daripada dua kutub tradisi dan
pemikiran serta sumber yang berbeza apabila belajar mengenai komunisme,
sosialisme, sekularisme dan lain-lain isme Barat ketika di Jogjakarta.
3. Kewujudan kutub khanah yang menampung selera membacanya yang tinggi selain
sikap cerdik dan usaha bagi memastikan dirinya dapat membaca dengan percuma
sedari kecil lagi. Hal yang sama berlaku ketika beliau di Makkah apabila kesempitan
wang, beliau telah bekerja di sebuah percetakan bagi mendapat sedikit upah namun
yang lebih utama beliau dapat membaca banyak buku dalam pelbagai genre seperti
ilmu-ilmu Islam, sastera, pemikiran, sejarah dan falsafah dalam bahasa Arab di
percetakan tersebut.
4. Pengembaraan hidup peribadinya sehingga membawa kepada pengembaraan ke tanah
Jawa pada usia hanya 16 tahun seterus ke Makkah pada usia 19 tahun secara sendirian
tanpa bekalan yang mengcukupi benar-benar mengkayakan khazanah peribadi,
pengalaman, akal dan budi beliau sendiri.
5. Pergaulan sedari dari awal usia belasan tahun dengan tokoh-tokoh besar dalam ilmuilmu Islam dan perjuangan gerakan Islam pada zaman rencam pergulatan idealismeidealisme Islam dan Barat benar-benar memberi kesan kepada jiwa dan akal beliau
sehingga menjadi berisi dan menguasai disiplin muamalat, retorik pidato dan menjadi
punca rodokan semangat yang kemudian ditumpahkan dalam penulisan-penulisan
agung beliau melalui majalah dan buku sepanjang hidup beliau dari umur 17 tahun –
73 tahun iaitu selama 56 tahun.
52

Penulis bercadang membincangkan Buku Kedua daripada Kenang-Kenangan Hidup dalam sebuah tulisan
khas pada masa depan bagi dibentangkan dalam seminar yang sesuai

16

Saranan:
1. Amat penting bagi anak muda membaca biografi atau autobiografi tokoh-tokoh hebat
sumbangan mereka kepada manusia sepanjang zaman khususnya dalam bidang
keilmuan sama ada yang Muslim atau bukan Muslim. Malah ilmu biografi menjadi
sangat penting dalam perbincangan sains hadith dalam mengenal pasti kedudukan
hadith berdasarkan penilaian terhadap perawinya, ilmu tersebut dibincangkan dalam
bab rijal al-hadith dan al-jarh wa al-ta‘dil. Antara kitab penting dalam bidang ini
adalah Tazkirah al-Huffaz dan Tahzib al-Tahzib oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti r.h.
dan Siyar A‘lam al-Nubala’ oleh Imam al-Zahabi r.h.
2. Memberi fokus dan perhatian kepada pemikiran dan sumbangan-sumbangan
intelektual tokoh pejuang Islam di Nusantara, ideolog gerakan Islam dan intelektual
awam umat Islam Nusantara awal abad 20 seperti Prof. Dr. HAMKA, ayahnya Dr.
Shaykh H. A. Karim Amrullah, HOS Tjokrominoto, Haji Agus Salim, Bung Hatta,
Muhammad Natsir, A. Hassan Bandung dan ramai lagi. Selain daripada itu tokohtokoh seumpama dari Tanah Melayu/Malaysia seperti Shaykh Tahir Jalaluddin, Syed
Shaykh al-Hadi, Pendeta Za‘ba, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Prof. Dr. Zulkifli
Muhammad, Tok Kenali, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan ramai lagi
perlu diberikan perhatian.
3. Kesemua tokoh di atas dan tokoh-tokoh dunia seumpama mereka sepanjang zaman
yakni yang menyumbang dan meninggalkan legasi khazanah keilmuan yang
mempengaruhi perubahan dunia kemudiannya dibina bermula dengan kecintaan
mereka terhadap membaca buku-buku besar dan hebat dalam pelbagai cabang ilmu
atau lebih tepat mereka adalah pencinta ilmu sedari dari awal kehidupan mereka sama
ada atas kesedaran sendiri atau kerana keterpaksaan pada awalnya seperti Buya
HAMKA sendiri.
___________________________________________________________________________
BIBLIOGRAFI
Abdul Rauf (2013), Tafsir Al-Azhar: Dimensi Tasawuf HAMKA, Kuala Selangor: Piagam
Intan Sdn. Bhd.
Drs. H.A. Hafizh Dasuki, M.A. et. al. (1993), Ensiklopedi Islam, Jld. 2, Jakarta: PT Ichtiar
Baru Van Hoeve
H. Rusydi HAMKA (2010), HAMKA Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun Melayu:
Menatap Peribadi dan Martabatnya, Shah Alam: Pustaka Dini
Hamedi Mohd Adnan (2003), Penerbitan Majalah di Malaysia: Isu-Isu dan Cabaran, Shah
Alam: Penerbitan Kharisma
HAMKA (2009), Kenang-Kenangan Hidup (Buku Satu – Buku Empat), Shah Alam: Pustaka
Dini

17

_______ (2010), Ayahku: Riwayat Hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah dan Perjuangan
Kaum Agama di Sumatera, Shah Alam: Pustaka Dini
Irfan HAMKA (2013), Ayah… Kisah Masa Muda, Dewasa, Menjadi Ulama, Sastrawan,
Politisi, Kepala Rumah Tangga, Sampai Ajal Menjemputnya, Jakarta: Republika
Penerbit
Khoo Kay Kim (1985), Majalah dan Akhbar Melayu Sebagai Sumber Sejarah, Kuala
Lumpur: Perpustakaan Universiti Malaya
Shamsul Nizar MA (2008), Memperbincangkan Dinamika Intelektual dan Pemikiran Hamka
Tentang Pendidikan Islam, Jakarta: Kencana

18

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

STRATEGI PEMERINTAH DAERAH DALAM MEWUJUDKAN MALANG KOTA LAYAK ANAK (MAKOLA) MELALUI PENYEDIAAN FASILITAS PENDIDIKAN

73 431 39

PEMAKNAAN MAHASISWA TENTANG DAKWAH USTADZ FELIX SIAUW MELALUI TWITTER ( Studi Resepsi Pada Mahasiswa Jurusan Tarbiyah Universitas Muhammadiyah Malang Angkatan 2011)

59 326 21

ANALISIS STRATEGI PEMASARAN SEPEDA MOTOR HONDA MELALUI PENDEKATAN BOSTON CONSULTING GROUP PADA PT. MPM MOTOR DI JEMBER

7 89 18

EFEKTIVITAS PENGAJARAN BAHASA INGGRIS MELALUI MEDIA LAGU BAGI SISWA PROGRAM EARLY LEARNERS DI EF ENGLISH FIRST NUSANTARA JEMBER

10 152 10

Improving the Eighth Year Students' Tense Achievement and Active Participation by Giving Positive Reinforcement at SMPN 1 Silo in the 2013/2014 Academic Year

7 202 3

The Correlation between students vocabulary master and reading comprehension

16 145 49

Improping student's reading comprehension of descriptive text through textual teaching and learning (CTL)

8 140 133

The correlation between listening skill and pronunciation accuracy : a case study in the firt year of smk vocation higt school pupita bangsa ciputat school year 2005-2006

9 128 37

PERANAN PUBLIC RELATIONS DALAM MENGINFORMASIKAN TELKOMFLEXI MELALUI NEWSLETTER PADA KARYAWAN DI PT TELKOM Tbk DIVRE III BANDUNG

2 38 1