Korelasi antara lukisan figura dan perke

KORELASI ANTARA LUKISAN FIGURA DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF
KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PROF. DR. ABDUL SYUKOR HASHIM
HAMIMAH HASHIM
SITI ZURAIDA MAARUF

DISEMBER 2007

COPYRIGHT © UiTM

PROJECT TEAM MEMBERS

PROF. DR ABDUL SYUKOR HASHIM
Project Leader

HAMIMAH HASHIM
Project Member

m
SITI ZURAIDA MAARUF

Project Member

11

COPYRIGHT © UiTM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Institut Penyelidikan, Pembangunan dan
Pengkomersilan (IRDC)
Institute of Research,. Development and
Commercialisation (IRDC)
(Sebelum ini dikendli sebagai Biro Penyelidikan dan Perundingan)

40450 Shah Alam, Malaysia
Website : http/ /: www.uitm.edu.my/brc
Surat Kami
Tarikh

: 600-IRDC/SSP.5/3/1922
: 8 Januari 2007


Prof. Dr. Abdul Shukor Hashim
Pensyarah
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi MARA
40450 SHAH ALAM
Tuan/puan,
DAFTAR PROJEK PENYELIDIKAN MENGGUNAKAN PEMBIAYAAN SENDIRI
Projek : Kolerasi Antara Lukisan Figura dan Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak
Prasekolah
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa projek penyelidikan tuan/puan di bawah
persendirian telah di terima dan didaftarkan sebagai status Aktif oleh pihak IRDC.

pembiayaan

Tuan/puan hendaklah menghantar 2 salinan hard copy projek penyelidikan yang telah tamat
kepada pihak IRDC bagi tujuan penukaran status Aktif kepada Tamat.
Semoga projek penyelidikan tuan/puan dapat dijalankan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.


Yang benar

PROR. m AZNIZAIN AHMED
Penplcng Naib Canselor (Penyelidikan)

s.k

1. Koordinator URDC, Fakulti Pendidikan, UiTM Shah Alam
2. Prof. Madya Dr Rodzyah Hj Mohd Yunus
Ketua Penyelidikan (Sains Sosial & Pengurusan)

/la

ENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN PENGKOMERSILAN LANDASAN KEWIBAWAAN DAN KECEMERLANGAN
felefon :
long Naib Canselor (Penyelidikan)
a Penyelidikan (Sains Sosial dan Pengurusan)
a Penyelidikan (Sains dan Teknologi)
a INFOREC

a Perundingan (Kewangan)

03-5544 2094/5
03-5544 2097
03-5544 2091
03-5544 3097
03-5544 2753

Ketua Perundingan
Ketua Pengkomersilan
Penolong Pendaftar
Pegawai Sains
Peg. Eksekutif (Perundingan)

03-5544 2100

2750
COPYRIGHT © 03-5544
UiTM
03-5544 2090

03-5544 2098
03-5544 2092

Pegawai Eksekutif Harta
Intelek /Pengkomersilan
Pejabat Am
Fax

03-5544 2747
03-5544 2093/2101
03-5544 2096/2767

^

US ISO 9001 REG NO. AR285;

Tarikh

:


26 Disember 2007

No. Fail Projek

:

600-IRDC/SSP. 5/3/1922

Penolong Naib Canselor (Penyelidikan)
Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam

YBhg. Prof.,
LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN "KORELASI ANTARA LUKISAN
FIGURA DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
PRASEKOLAH"

Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan 2 (DUA) naskah Laporan
Akhir Penyelidikan bertajuk "Korelasi antara lukisan figura dan perkembangan kognitif

kanak-kanak Prasekolah"
Sekian terima kasih.

Yang benar.

Prof. X)r. Abdul Syukor Hashim
Ketua
Projek Penyelidikan
s.k

: Prof. Madya Dr Normah Abdullah
Dekan Fakulti Pendidikan
Prof. Dr. Fattawi Mokhtar
Ketua URDC

COPYRIGHT © UiTM

PENGHARGAAN

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Syukor ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya , projek penyelidikan
ini dapat disempurnakan.

Kajian ini merupakan usahasama tiga pensyarah dari dua bidang yang berbeza iaitu Pendidikan Seni dan Seni Reka serta Psikologi Pendidikan - yang telah bekerjasama
dalam melengkapkan projek kali ini.

Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Institute of 'Research, Development and
Commercialization' (IRDC), Universiti Teknologi MARA di atas sokongan dan
kerjasama yang diperolehi. Pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pengusaha prasekolah serta guru-guru prasekolah di sekitar Shah Alam
atas kerjasama yamg diberikan dalam menyedikan ruang masa dan tenaga dalam
membantu kami menjalankan eksperimen ke atas kanak-kanak prasekolah.

Akhir sekali ucapan terima kasih juga ingin kami berikan kepada Dekan Fakulti
Pendidikan serta rakan-rakan pensyarah yang banyak membantu dan memberikan ideaidea yang bernas untuk kami melengkapkan projek ini.

in

COPYRIGHT © UiTM


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji korelasi antara lukisan figura dengan perkembangan kognitif
kanak-kanak prasekolah. Selain itu kajian ini juga iijgin mengkaji perbezaan lukisan figura yang
dihasilkan berdasarkan perbezaan umur dan jantina serta perbezaan ujian kognitif berdasarkan
perbezaan umur dan jantina. Teknik persampelan rawak telah digunakan untuk mengenal pasti
sampel kajian. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang kanak-kanak prasekolah di Shah Alam,
Selangor. Data telah dikumpulkan melalui ujian lukisan figura dan ujian kognitif yang
dijalankan. Terdapat tiga aspek utama dalam menganalisa lukisan iaitu aspek kedudukan,
kesempurnaan serta penambahan. Manakala untuk ujian kognitif, kanak-kanak melalui ujian
kognitif Piaget. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan statistic deskriptif
dan inferensi iaitu ujian Korelasi Pearson, T. Test dan Anova Sehala melalui perisian "Statistical
Package of the Social Science for Windows" (SPSS). Hasil analisis menunjukkan terdapat i)
hubungan yang signifikan antara lukisan figura dan perkembangan kognitif kanak-kanak
prasekolah, ii) terdapat perbezaan yang signifikan untuk lukisan figura berdasarkan perbezaan,
iii) terdapat perbezaan yang signifikan untuk lukisan figura berdasarkan perbezaan umur, iv)
tidak terdapat perbezaan yang signifikan untuk ujian kognitif berdasarkan perbezaan jantina , dan
v) terdapat perbezaan yang signifikan untuk ujian kognitif berdasarkan perbezaan umur. Kajian
juga membincangkan signifikan hasil kajian dan boleh diaphkasikan hasil dapatannya untuk

penambahbaikan sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.

iv

COPYRIGHT © UiTM

KANDUNGAN

Penghargaan

iii

Abstrak

iv

Kandungan

v


Senarai Jadual

ix

BAB1

1.

PENGENALAN
1.1

Latar Belakang Kajian

1

1.2

Perkembangan

1.3

Permasalahan Kajian

17

1.4

Objektif Kajian

19

1.5

Soalan Kajian

19

1.6

Kepentingan Kajian

20

1.7

Pengertian dan Definisi Istilah

21

1.8

Skop dan Bidang Kajian

21

1.9

Hipotesis Kajian

22

Kognitif

kanak-kanak

v

COPYRIGHT © UiTM

Prasekolah

10

2.

BAB 11
2.0

Pengenalan

23

2.1

Konsep-konsep Dalam Literatur Berkaitan

23

2.1.1

Kaj ian Terhadap Perkembangan Seni Kanak-kanak 23

2.1.2

Kajian Terhadap Penghasilan Lukisan Figura Manusia
Oleh Kanak-kanak.

38

Kaj ian Terhadap Perkembangan Kognitif KanakKanak Prasekolah

46

2.1.3

2.2

Kajian Terhadap Hubungan antara Lukisan Figura Dengan
Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah.

49

BAB 111
3.0

Pengenalan

3.1

Reka

3.2

Pemilihan sampel

54

3.2.1

54

3.3

51
Bentuk

Kaj

ian

51

Huraian Sampel

Instrumen dan Alatan Kajian

55

3.3.1

Eksperimen

Uj

ian

Lukisan

Figura

55

3.3.2

Eksperimen Uj ian Tahap Perkembangan Kognitif 55

3.4

Prosedur Eksperimen dan Pengumpulan Data

56

3.5

Kemasukan dan Pemprosesan Data

59

3.6

Analisis Data

59

VI

COPYRIGHT © UiTM

BAB IV
4.0

Pengenalan

61

4.1

Dapatan Kajian

61

4.1.1

Maklumat Demografi Responden

61

4.1.2

Jantina Responden

61

4.1.3

Umur Responden

62

Analisis Deskriptif dan Inferensi

63

4.2.1

Persoalan kajian Pertama

63

4.2.1.1 Ujian Melukis Figura Manusia Mengikut
Umur

63

4.2.1.2 Ujian Melukis Figura Manusia Mengikut
Jantina

64

Perbandingan Ujian Melukis Figura dari Aspek
Kedudukan

65

Perbandingan Ujian Melukis Figura dari Aspek
Kesempurnaan.

66

4.2.4 Perbandingan Ujian Melukis Figura dari Aspek
Penambahan.

67

4.2

4.2.2

4.2.3

4.2.5

4.3

4.4

T.test untuk Ujian Lukisan Figura Berdasarkan
Jantina.

68

4.2.6 Anova untuk Ujian Lukisan Figura Berdasarkan
Umur

68

Persoalan kajian Kedua

69

4.3.1

T.test untuk Ujian Kognitif Berdasarkan Jantina.

69

4.3.2

Anova untuk Ujian Kognitif Berdasarkan Umur

70

Persoalan kajian Ketiga

70

vn

COPYRIGHT © UiTM

5.

BAB V
5.0

Pengenalan

72

5.1

Huraian Dapatan Kajian

72

5.1.1
5.1.2

5.1.3

5.1.4

5.1.5

Perbezaan Lukisan Figura Berdasarkan Perbezaan
Umur

73

Perbezaan Lukisan Figura Berdasarkan Perbezaan
Jantina.

75

Perbezaan Skor Ujian Kognitif Piaget Berdasarkan
Perbezaan Jantina

76

Perbezaan Skor Ujian Kognitif Piaget Berdasarkan
Perbezaan Umur

77

Korelasi antara Lukisan Figura Manusia dan Ujian
Kognitif
Piaget.

77

5.2

Implikasi dan Cadangan

79

5.3

Cadangan untuk Kajian Akan Datang.

80

5.4

Rumusan

81

LAMPIRAN HASIL LUKISAN FIGURA KANAK-KANAK BERUMUR
4,5 DAN 6 TAHUN

RUJUKAN

83

viii

COPYRIGHT © UiTM

BAB1
PENGENALAN

1.0

Latar Belakang Kajian

Terdapat pelbagai frasa atau perkataan yang diguna pakai bagi merujuk
kepada kanak-kanak dan hubungannya dengan penjagaan dan pendidikan. Beberapa
penulis memberikan pelbagai takrifan terhadap perkataan 'pendidikan awal kanakkanak'. Kostelnik dan rakan-rakan (1993) mentakrifkan awal kanak-kanak sebagai
meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu kanak-kanak di
taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan sekolah rendah.

Menurut Feldman (1991) perkembangan kanak-kanak adalah mengikut corak
yang dapat dijangka. Kanak-kanak berkembang mengikut peringkat dan urutan
peringkat tersebut adalah sama. Kadar kecenderungan perkembangan setiap kanakkanak adalah sangat jauh berbeza. Walaupun kanak-kanak berada pada tahap umur
yang sama, tetapi tahap pengetahuan dan kemahiran mereka sangat berbeza.

Perkembangan kanak-kanak selalunya tidak sama. Kanak-kanak dapat
berkembang lebih cepat dalam bidang tertentu daripada bidang lain. Perkembangan
bermula daripada mudah kepada susah dan daripada umum kepada khusus. Setiap
kemahiran dibina daripada yang mudah sehingga kanak-kanak dapat belajar
kemahiran dan konsep yang lebih halus. (Feldman, 1991).

1

COPYRIGHT © UiTM

Menurut Konstelnik, Soderman, dan Wiren (1993) kanak-kanak berkembang
secara menyeluruh. Perkembangan estetik, kognitif, emosi, bahasa, sosial dan fizikal
adalah saling berkait. Tidak ada satu aspek yang berkembang secara sendiri dan tidak
ada satu aspek yang paling penting. Misalnya seorang kanak-kanak yang sedang
bermain, boleh kategorikan aktivitinya sebagai fi^rkal. Tetapi kebolehan kanak-kanak
bermain dipengaruhi oleh

proses-proses perkembangan lain. Begitu juga dengan

membaca ataupun bermain komputer yang melibatkan fungsi intelektual, sosial.
emosi, estetik, bahasa, dan fizikal.

Menurut Feldman (1991) Pembelajaran bermula daripada yang konkrit kepada
yang abstrak. Kanak-kanak memerlukan pengalaman yang sebenar, iaitu berinteraksi
dengan objek-objek konkrit dalam pembentukan pengetahuan. Perkembangan tidak
dapat "diajar" atau 'dipaksa'. Apabila kanak-kanak dipaksa melakukan sesuatu di luar
kemampuan mereka, hal ini akan merosakkan konsep diri atau menimbulkan sikap
negative terhadap sekolah.

Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan standard di mana perkembangan
adalah berurutan dan perubahan berlaku daripada semasa ke semasa mengikut aturan
tertentu. Kanak-kanak di seluruh dunia menghadapi corak perkembangan yang sama,
iaitu meliputi semua aspek perkembangan. Urutan standard didapati berkait dengan
pergerakan. Pemahaman berkenaan kepentingan urutan standard memberi implikasi
tertentu kepada pendidik prasekolah. (Konstelnik, Soderman, & Wiren, 1993). Kanakkanak mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza di samping mempunyai minat,
keperluan dan mortivasi yang berbeza. Perkembangan intelek, sosial, emosi dan
fizikal adalah jalinan yang berkaitan antara satu sama lain.

2

COPYRIGHT © UiTM

Setiap kanak-kanak berkembang mengikut masa biologikalnya sendiri.
Perbezaan mereka dapat ditunjukkan daripada dua aspek, intrapersonal iaitu dalam
diri sendiri dan interpersonal iaitu antara kanak-kanak lain. Dalam diri setiap individu,
pelbagai aspek perkembangan adalah penting pada masa yang berbeza sepanjang
peringkat awal kanak-kaffak. (Konstelnik, Soderman, &*Wiren ,1993).

Konstelnik, Soderman. dan Wiren (1993) juga berpendapat bahawa peringkat
prasekolah adalah masa terbaik untuk perkembangan kanak-kanak di mana
perubahan-perubahan yang penting berlaku. Perubahan ini berkaitan dengan interaksi
yang kompleks, iaitu antara struktur dalaman dan fikiran kanak-kanak, serta
pengalaman mereka dengan persekitaran fizikal dan sosial. Pada ketika ini, kanakkanak lebih mudah menerima pengaruh persekitaran, sama ada positif ataupun negatif
berbanding pada masa-masa lain. Apabila kanak-kanak tidak diberi pengalaman yang
menggalakkan pada masa perkembangan yang terbaik ini, mereka mungkin tidak
bermotivasi dan tidak berjaya memperolehi potensi.

Pengkaji ini juga berpendapat kanak-kanak adalah pelajar yang aktif.
Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh kesediaan dan kematangan, persekitaran,
sifat semulajadi dan pandangan di peringkat awal, oleh kerana kanak-kanak dilahirkan
dengan latar belakang berbeza. Mereka belajar melalui semua deria. Kanak-kanak
belajar melalui pengalaman fizikal, interaksi sosial dan refleksi. Bagi membentuk stail
pembelajaran kanak-kanak yang berlainan.

Banyak teori menyatakan bahawa perkembangan pembelajaran kanak-kanak
bergerak mengikut arah yang dijangka. Terdapat titik permulaan perkembangan dan

3

COPYRIGHT © UiTM

kemajuan pembelajaran berlaku. Perubahan ini mempengaruhi perkembangan dan
pembelajaran kanak-kanak sepanjang berada di prasekolah dan sekolah rendah. Arah
perkembangan pembelajaran bergerak daripada :

a. Mudah kepada susah
b. Tidak tahu kepada tahu
c.

Diri sendiri kepada orang lain

d. Menyeluruh kepada bahagian
e. Konkrit kepada abstrak
f. Menyelidik ataupun menjelajah kepada mempunyai tujuan
g. Kurang tepat kepada lebih tepat
h. Desakan kepada terkawal

Feldman (1991) menyatakan kanak-kanak belajar secara semulajadi. Mereka
ingin tahu, berminat, bersemangat dan memberi perhatian bagi mempelajari perkaraperkara baru. Mungkin antara cara yang terbaik mengajar kanak-kanak adalah melalui
bermain. Di samping aktiviti ini juga membolehkan mereka terlibat dalam
mengaktifkan gaya pembelajaran mereka yang semulajadi.

Apabila kanak-kanak belajar melalui bermain, mereka terlibat dengan perkara
yang paling mereka sukai. Bermain memupuk perkembangan menyeluruh oleh itu ia
perlu digabungkan dengan setiap aktiviti yang kanak-kanak lakukan. Berikut
merupakan perkembangan yang dapat dipupuk melalui aktiviti bermain :

4

COPYRIGHT © UiTM

a. perkembangan kognitif, bahasa dan fizikal
b. kestabilan emosi
c. kreativiti kanak-kanak
d. perkembangan dan kemahiran sosial
e. memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak

Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003) mengketogerikan
pembelajaran

yang

bersandarkan

aktiviti

permainan

kepada

empat

jenis.

Keseimbangan diantara aktiviti bermain dan belajar merupakan rangka kerja yang
penting dalam membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak.
terdapat empat jenis permainan yang dikenalpasti iaitu:

1. Permainan 'solitary'
2. Permainan 'parallel'
3. Permainan 'associative'
4. Permainan 'cooperative'.

Pembelajaran kanak-kanak juga melalui penglibatan yang aktif dengan objekobjek konkrit bukan sahaja melalui aktiviti bermain. Mereka belajar melalui deria,
iaitu dengan melihat, mendengar, merasa, menyentuh dan menghidu yang mana setiap
daria ini merupakan perantaraan pada otak. Penekanan kepada keperluan pelbagai
bahan dan media untuk rangsangan deria kanak-kanak adalah aspek penting dalam
pembelajaran melalui deria. Bagi menyatakan perkara yang mereka fikirkan kanakkanak perlu bercakap berkenaan pengalaman mereka.

5

COPYRIGHT © UiTM

Pembelajaran kanak-kanak mengikut tahapnya sendiri. Selain daripada itu
pembelajaran kanak-kanak juga berlaku melalui pemerhatian terhadap orang lain dan
peniruan dari apa yang mereka lihat dan dengar. Pengulangan dan pengalaman yang
terkumpul membina pengetahuan kanak-kanak. Mereka perlu kebebasan untuk
memcuba, menjelajah dan membuat pilifian. Motivasi juga merupakaft bahan asas
bagi pembelajaran. Kanak-kanak selalu bergerak. Mereka tidak dapat belajar dengan
duduk diam sahaja kerana mempunyai daya tumpuan yang singkat. Untuk mendorong
mereka belajar. bahan-bahan pengajaran serta persekitaran perlu lebih menarik serta
boleh memberangsangkan menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak.

Penglibatan dalam aktiviti seni dan kreatif dilihat oleh Narimah dan Nani
Menon dalam Rohanidan Mohd Sharani (2003) sebagai sesuatu yang sangat penting
dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Aktiviti seni dan kreatif memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam
pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan,
membentuk area dan sebagainya.

Kreativiti melibatkan kebolehan menghasilkan sesuatu yang baru. Dalam
Kamus Dewan (1993) mendefinisikan kreativiti sebagai kemampnan (kebolehan)
mencipta daya kreatif, kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukaan
oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Victor Lowenfeld (1975) menyatakan bahawa,
kreativiti sebagai suatu naluri semula jadi dimiliki oleh setiap insan sejak ia
dilahirkan. Naluri itu merupakan faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau
membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Gilchrist disebut oleh Yong (1994)
yang memetik kreativiti sebagai keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan

6

COPYRIGHT © UiTM

bernilai sama ada maujud ataupun tidak. Jauharah (1995) melihat kreativiti sebagai
penglahiran sesuatu yang baru dan mempunyai nilai yang bermutu.

Kebolehan untuk menjadi kreatif bergantung pada kualiti pengalaman kanakkanak semasa kecil serta pengaruh sikap ibu bapa. Oleh itu mengikut Rogers^ 1970),
guru-guru tidak dapat membentuk kreativiti kanak-kanak selain daripada hanya dapat
menyediakan keadaan-keadaan tertentu yang boleh menimbulkan kreativiti supaya
terbina. Sebenarnya kreativiti tidak dapat diajar, tetapi ia boleh dipupuk melalui
aktiviti-aktiviti kanak-kanak.

Kreativiti boleh digerak melalui penggunaan imaginasi, penerokaan dan
kesedaran terhadap hubungan baru. Dengan cara melibatkan diri dengan aktiviti seni
memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-bahan
mewarna, melukis, bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan. Malah
aktiviti seni juga membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria mereka
terutamanya ketika merasa struktur, menghidu bahan dan mendengar bunyi.

Perkembangan kanak-kanak melalui penerokaan boleh dibantu menerusi
aktiviti seni. Sebagai contoh, aktiviti melukis atau mengambar dapat memberi
pengalaman kepada kanak-kanak dalam memilih bahan, warna, garisan, saiz dan
bentuk. Mereka boleh memilih bahan-bahan yan disukai dan mengeluarkan idea.
Kemahiran motor halus dan motor kasar dapat ditingkatkan menerusi aktiviti seni dan
kraf misalnya melalui aktiviti menggunting dalam aktiviti kolaj. Ketika menggunakan
krayon kanak-kanak belajar membuat kawalan pergerakan jejari mereka. Melalui
aktiviti

kreatif dan estetika kanak-kanak dapat menyampaikan

kegembiraan,

7

COPYRIGHT © UiTM

kesedihan dan kekecewaan dalam kata yang lebih mudah aktiviti estetika dan kreatif
membantu kanak-kanak untuk menyampaikan emosi dan perasaan mereka.

Kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh mana hubungan antara lukisan figura
dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Penifaian melukis dan menggamb%r
akan melihat kebolehan kanak-kanak mencipta atau melukis gambar figura manusia
yang dapat menampilkan tiga aspek iaitu dari segi kedudukan, kesempurnaan dan
penambahan. Penilaian mengenai tahap kognitif pula akan menggunakan ujian
intelektual Piaget.

Jean Piaget (1869-1980), pakar biologi dari Switzerland berpendapat setiap
manusia akan mencuba sedaya upayanya untuk mengatur serta memahami rangsangan
luar yang memberikan pengalaman kepadanya dalam bentuk skema. Skema adalah
satu rangka kognitif asas yang berkembang dengan peningkatan umur.

Menurut

Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak akan mengalami empat peringkat
berikut:
1. Peringkat Deria Pergerakan
2. Peringkat Praoperasi
3. Peringkat Operasi Konkrit
4. Peringkat Operasi Formal

Setiap kanak-kanak akan mengalami perubahan pada tahap pemikiran mereka secara
"invariant" dari peringkat yang lebih mudah ke peringkat yang lebih tinggi seperti
dalam jadual yang berikut.

8

COPYRIGHT © UiTM

Peringkat
1. Deria-motor

Umur
0-2 tahun

Ciri-ciri keupayaan Kognitif
Pemikiran terhad kepada skema aksi

2. Praoperasi

2-7 tahun

Permulaan pemikiran simbolik

3. Operasi konkrit

7-12 tahun

4. Operasi formal

12-ke atas

Permulaan pemikiran logik yang terhad
kepada objek maujud
Pemikiran abstrak dan hipotetikal

Penggunaan figura manusia sebagai tema dalam penghasilan lukisan kanakkanak dalam kajian adalah berdasarkan Teori Representasi oleh Arnheim (1974).
kanak-kanak sememangnya mempunyai konsep yang jelas tentang figura manusia.
Beliau percaya ada pendapat yang menyatakan bahawa konsep visual merupakan
dasar kepada aktiviti representasi.

Dalam kajian yang telah dijalankan terhadap sekumpulan kanak-kanak dengan
membahagikan mereka kepada beberapa tugasan yang berlainan seperti melukis,
membentuk dan menyambung atau melengkapkan beberapa bahagian tertentu,
keputusan yang diperoleh mendapati bahawa kanak-kanak sememangnya mempunyai
kefahaman yang lejas tentang bentuk figura manusia. Kanak-kanak gagal jelaskan
kefahaman mereka dalam media lukisan atas beberapa sebab tertentu. Menurut
Arnheim (1974) lagi, Basett mendapati bahawa kanak-kanak boleh membentuk figura
orang

dengan

baik

dalam

aktiviti

membentuk

dan

menyambungkan

atau

melengkapkan beberapa bahagian tertentu jika dibandingkan dengan aktiviti melukis.
Ini membuktikan bahawa kanak-kanak sememangnya mempunyai konsep yang jelas
tentang figura manusia.

9

COPYRIGHT © UiTM

1.2

Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah

Perkembangan

kognitif merangkumi

segala

perkara

yang

pengetahuan dan aplikasinya dalam kehidupan harian individu.

berkaitan

dengan

Terdapat pelbagai

teori dan penjelasan mengenai bagaimana kanak-kanak mempe?oleh, memproses dan
menggunakan pengetahuan ini dalam aktiviti mereka. Teori perkembangan kognitif
Piaget menerangkan bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang dalam satu siri
tahap yang kompleks dan setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain.

a)

Peringkat Deria Motor ( Lahir hingga 2 tahun)
Pada peringkat ini, pemikiran bayi dipengaruhi oleh kebolehan memerhati

dengan menggunakan mata, mendengar dengan telinga dan menyentuh dengan
tangan.

Aktiviti intelektual bayi juga tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang

memperkembangkan kemahiran pergerakan dalam persekitaran seperti berdiri,
berjalan, memegang, mengetuk dan merasa. Menurut Piaget, aktiviti intelektual bayi
merupakan reaksi kitaran, iaitu mengulang- ulangkan kejadian pengalaman baru yang
ditemui akibat daripada aktiviti pergerakkan dan penerimaan maklumat melalui deria
bayi tersebut.

Kanak-kanak yang digalakkan meneroka persekitaran mereka akan

meningkatkan perkembangan intelektual mereka.

Pengalaman meneroka perlu

diawasi oleh orang dewasa kerana bayi belum pandai membezakan antara sesuatu
yang merbahaya dengan yang tidak merbahaya. Pengawasan yang disertakan dengan
penjelasan atau perbualan daripada orang dewasa akan meningkatkan perkembangan
intelektual bayi. ( Rohani Abdullah, 2001)

10

COPYRIGHT © UiTM

b)

Peringkat Praoperasi ( 2 - 7 tahun)

Apabila berumur 2 tahun, berlaku perubahan besar dari segi perkembangan kognitif
apabila ia mula boleh menggunakan skema yang berasaskan penggunaan bahasa dan
bentuk-bentuk perwakilan simbolik yang lain serta dapat menyelesaikan masalahmasalah yang mudah. Bayi sudah boleh menggunakan symbol, objefc atau perkataan
untuk mewakilkan sesuatu benda atau peristiwa.

Walau bagaimanapun, Piaget juga beranggapan bahawa pemahaman kanakkanak praoperasi masih lemah. Misalnya, kanak-kanak praoperasi masih tidak dapat
menguasai konsep kekekalan yang melibatkan kekekalan jisim, isi padu dan nombor.
Kekekalan objek adalah satu istilah yang digunakan oleh Piaget untuk menunjukkan
satu kesedaran bahawa walaupun terdapat perubahan pada konsep sesuatu jasad,
kuantiti fizikal jasad itu masih kekal sama.

Sebab utama seseorang kanak-kanak

gagal memahami konsep kekalan ialah pemikirannya masih dipengaruhi oleh apa
yang mereka lihat.

c)

Tahap Operasi Konkrit (7-12 tahun)

Tahap ini dikenali sebagai operasi konkrit kerana kanak-kanak hanya boleh
melakukan operasi-operasi pada imej dan objek-objek yang nyata sahaja dan bukan
perkara -perkara abstrak seperti konsep ketuhanan, keadilan dan sebagainya.
Kemahiran kognitif lain ialah kekekalan iaitu satu kemahiran yang gagal diselesaikan
semasa kanak-kanak berada pada tahap praoperasi.

11

COPYRIGHT © UiTM

d)

Tahap Operasi Formal

Remaja pada masa ini berupaya memperkembang kebolehan menguji hipotesis
secara matang dan saintifik, memahami tentang isu-isu yang kompleks yang
memerlukan taakulan abstrak. Remaja boleh membuat ramalan. merancang apakah
tindakan-tindakan yang perlu dilakukan dan boleh menjangka akibat-akibat daripada
perbuatan mereka.

Kesimpulannya. Piaget berpendapat keupayaan kognitif kanak-kanak berubah
secara dramatik dari peringkat bayi hingga remaja. Piaget menekankan factor-faktor
genetik dalam menjelaskan teorinya.

Walau bagaimanapun beliau juga seorang

interaktionis kerana beliau juga mengakui tentang faktor persekitaran dalam
menentukan keupayaan kanak-kanak. Piaget melihat kanak-kanak sebagai aktif dan
seharusnya digalakkan untuk meneroka dan hams diberi pendedahan kepada
rangsangan-rangsangan.

Ahli falsafah Vygotsky (1896-1934) menyatakan perkembangan kanak-kanak
tidak berlaku kerana satu faktor sahaja seperti pengaruh semulajadi ataupun pengaruh
persekitaran. Tetapi perkembangan kanak-kanak bergantung pada interaks faktorfaktor tersebut. Menurut Gary D. Borich dan Martin L. Tombari (1997) Vygotsky
mempercayai perkembangan kognitif individu berlaku dalam konteks sosial.

Menurut McBrien dan Brandt (1997) Konstruktivisme adalah satu pendekatan
pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukan

12

COPYRIGHT © UiTM

hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Murid membina pengetahuan
mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan
pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
(Briner, M., 1999).

Teori konstruktivisime turut menyatakan bahawa murid membina makna
tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah
fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi
mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau
perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada
mengintegrasikan apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang
mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat
menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. (Brooks dan Brooks, 1993)

Menerusi eksplorasi, penerangan, perbincangan dan perdebatan kanak-kanak
membina pengetahuan. Kognitivis mencipta dan memikiran kembali kerja mereka
dan kefahaman mereka sendiri.

Mereka mengambil tahu tentang pembinaan

pengetahuan

diperhatikan.

yang

tidak

dapat

Mereka

penyeleasaian masalah dan strategi pembelajaran.

menumpuan

kepada

Menurut Conway (1997) guru

menyusun bagi memperolehi sumber yang diperlukan dan bertindak sebagai panduan
kepada pelajar sementara pelajar sendiri menetapkan matlamat sendiri dan "mengajar
diri sendiri".

13

COPYRIGHT © UiTM

Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Menurut
Howard Gardner, kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi dan murid-murid boleh
dikenali melalui aspek kecerdasan yang boleh dikesan dalam diri mereka. Kreativiti
boleh dilahirkan melalui pengamatan dan tanggapan dalam mengaplikasikan
pembelajaran bagi membantu mereka mambina kemahiran seterusnya memperolehf'
ilmu dan mengamalkanya.

Teori yang diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) iaitu 'Theory of
Multiple Intelligences' menjelaskan, kecerdasan adalah kebolehan menyelesaikan
masalah ataupun mencipta produk yang diharga oleh sesuatu budaya. Mengikut
Gardner lagi, setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kebolehan mental
yang berasingan atau bebas, iaitu kecerdasan.

Sehingga kini beliau mengenal pasti sembilah jenis kecerdasan (Gardner
dalam McKenzie, 1996). Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) Gardner yang dijumpai
dalam Gardner and Hatch (1990) mencadangkan bahawa terdapat sekurangkurangnya 9 jenis kebolehan, atau kecerdasan yang agak berlainan. Perspektif ini
mengemukakan kemungkinan yang pelajar kita berkemungkinan agak cerdas dari
suatu segi. Lapan jenis kecerdasan itu ialah:

1. Kecerdasan Linguistik atau Pertuturan adalah kebolehan menggunakan bahasa
secara berkesan dalam bentuk tulisan dan pertuturan,
2. Kecerdasan Logikal atau Matematik adalah kebolehan pembelajaran dalam
bentuk pengiraan dan penaakulan untuk berhujah secara logik, terutama dalam
matematik dan sains,

14

COPYRIGHT © UiTM