Keluarga Di Abad Ke 21 Keperluan Terhadap

National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak

Keluarga di Abad Ke-21:
Keperluan Terhadap Sistem Sokongan Sosial
Prof. Madya Dr. Siti Hajar Abu Bakar,
Dr. Fatimah Abdullah,
Dr. Mohd Suhaimi Mohamad
Puan Noralina Omar
Puan Fatimang Ladola

Abstrak
Sejak beberapa dekad yang lepas, institusi keluarga di merata tempat di dunia sedang mengalami
perubahan. Perubahan strukturnya daripada yang berbentuk keluarga luas kepada keluarga nuklear,
keluarga ibu atau bapa tunggal dan keluarga bercampur (blended family), telah meninggalkan kesan
yang penting kepada kefungsianya. Hal ini dapat dilihat dalam konteks fungsi utamanya sebagai
penjaga terutamanya menjaga anak, warga tua dan ahli keluarga yang kurang upaya dan sakit.
Fenomena ini juga merupakan kesan yang jelas akibat bertambahnya bilangan wanita yang menyertai
pekerjaan formal di luar rumah, jangkahayat yang panjang dan peningkatan umur perkahwinan.

Selain itu penurunan kadar fertiliti telah pula menyebabkan bilangan anak bagi sesebuah keluarga
semakin sedikit dan saiz keluarga menjadi kecil. Tren yang dinayatakan itu turut dialami oleh
kebanyakan keluarga di Malaysia juga. Sehubungan itu kertas kerja ini akan menyentuh mengenai
keperluan terhadap sistem sokongan untuk untuk keluarga, khususnya berkaitan dengan penjagaan.
Fokus perbincangan adalah mengenai penjagaan tidak formal untuk ahli dalam keluarga khususnya
mereka yang tidak upaya kerana sakit. Persoalan yang cuba diketengahkan ialah; (1) Apakah masalah
yang dihadapi oleh keluarga dalam menyediakan penjagaan untuk ahlinya, (2) Bagaimana masalah itu
ditangani, dan (3) Mencadangkan satu dasar yang sesuai untuk memenuhi keperluan penjagaan bagi
keluarga pada masa depan agar keluarga dan ahli-ahlinya dapat terus berfungsi dalam menghadapi
cabaran perubahan Abad ke-21. Perbincangan dalam kertas ini adalah didasarkan kepada penemuan
daripada kajian-kajian yang telah dilakukan (Fatimang 2008, Fatimah et.al. 2009, Siti Hajar et. al.
2010 dan Mohd Suhaimi 2010). Kajian-kajian tersebut memberikan tumpuan kepada isu penjagaan
dalam keluarga dan mendapati bahawa keluarga terus melaksanakan fungsi penjagaan tanpa banyak
sokongan daripada komuniti dan/atau pihak berkuasa; peranan wanita sebagai penjaga tidak formal
pula tetap dominan tanpa mengira usia, status perkahwinan, pekerjaan dan latar belakang etnik.
Kata kunci
Keluarga, perubahan keluarga, penjaga, penjagaan tidak formal, sokongan sosial,

Pengenalan
Sejak beberapa dekad yang lepas, institusi keluarga di merata tempat di dunia sedang mengalami

perubahan. Dalam hal ini Malaysia tidak terkecuali. Perubahan struktur keluarga daripada yang
berbentuk keluarga luas kepada keluarga nuklear, keluarga ibu atau bapa tunggal dan keluarga
bercampur (blended family), akibat urbanisasi dan perindustrian telah meninggalkan kesan yang
penting kepada kefungsian keluarga, terutamanya berkaitan dengan penjagaan anak, warga tua dan
ahli keluarga yang kurang upaya dan sakit. Sehubungan itu kertas kerja ini akan menyentuh
mengenai cabaran keluarga dalam menyediakan penjagaan untuk ahlinya di samping meneliti
keperluan terhadap sistem sokongan sosial untuk untuk keluarga, khususnya berkaitan dengan
penjagaan tidak formal.

1

National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak

Untuk tujuan perbincangan dalam kertas ini fokus hanyalah kepada penjagaan tidak formal
yang disediakan oleh keluarga untuk untuk ahli-ahli yang memerlukan penjagaan khas kerana lanjut
usia, sakit mental, strok dan sakit kronik yang lain. Bahagian awal kertas ini akan menyentuh
mengenai senario keluarga semasa sebagai asas untuk memahami mengapa keluarga dikatakan

berhadapan dengan masalah untuk menyediakan penjagaan sehingga sistem sokongan untuk keluarga
perlu difikirkan. Bahagian kedua adalah mengenai masalah yang dihadapi oleh keluarga dalam
menyediakan penjagaan untuk ahlinya, dan bagaimana masalah itu ditangani? Berkait dengan itu
perbincangan akan bertumpu kepada profil penjaga tidak formal serta masalah dan hambatan yang
mereka hadapi dalam melaksanankan peranan sebagai penjaga. Pada bahagian akhir kertas ini akan
dicadangkan satu dasar sosial yang sesuai bagi memenuhi keperluan penjagaan untuk keluarga agar
keluarga dan ahli-ahlinya dapat terus berfungsi dalam menghadapi cabaran perubahan Abad ke-21.
Sebahagian daripada data yang dibentang dalam kertas ini adalah didasarkan kepada
penemuan daripada kajian-kajian yang telah dilakukan (Fatimang 2008, Fatimah et.al. 2009, Siti
Hajar et. al. 2010 dan Mohd Suhaimi 2010). Kajian-kajian tersebut memberikan tumpuan kepada isu
penjagaan dalam keluarga, khususnya yang memerlukan penjagaan khas disebabkan kurang upaya
akibat sakit mental, sakit kronik dan lanjut usia. Penemuan daripada kajian-kajian berkenaan
mendapati bahawa keluarga terus melaksanakan fungsi penjagaan tidak formal tanpa banyak
sokongan daripada komuniti dan/atau pihak berkuasa. Peranan wanita sebagai penjaga tidak formal
juga tetap dominan tanpa mengira usia, status perkahwinan, pekerjaan dan latar belakang etnik
mereka serta di mana mereka berada. Kebanyakan penjaga berhadapan dengan pelbagai masalah
ekonomi, sosial dan psikologikal dan terpaksa membuat penyesuaian bagi membolehkan mereka
dapat terus menlaksanakan peranan sebagai penjaga tidak formal.
Perubahan Keluarga di Malaysia
Di Malaysia, perubahan struktur keluarga sangat jelas (lihat Jadual 1). Perangkaan bagi tahuntahun 1980 hingga 2000 menunjukkan bahawa isi rumah keluarga nuklear telah bertambah daripada

55.2 peratus bagi tahun 1980 kepada 65.4 peratus bagi tahun 2000, sebaliknya isi rumah keluarga luas
semakin berkurangan yakni daripada 27.8 peratus kepada 20.3 peratus untuk jangkamasa yang sama
(1980-2000). Tren yang sama dapat dilihat di antara desa dan bandar. Bertambahnya bilangan isi
rumah keluarga nuklear bermakna saiz isi rumah juga semakin mengecil. Perangkaan yang ada
menunjukkan bahawa saiz isi rumah telah mengecil daripada 5.2 orang kepada 4.6 orang bagi tempoh
yang sama. Penurunan itu berlaku baik di desa mahupun di bandar dan dapat dilihat pada keluarga
nuklear (daripada 4.9 orang bagi tahun 1980 kepada 4.5 orang tahun 2000) dan keluarga luas
(daripada 7.1 pada tahun 1980 kepada 6.2 tahun 2000).
Jadual 1: Purata Saiz Isi Rumah dan Kadar Jenis Isi Rumah mengikut Strata
1980
1990 1994
2000
2004
Semenanjung Sabah Sarawak
Purata saiz isi rumah
5.2
4.8
4.7
4.6
4.5

5.0
4.5
Bandar
5.1
4.8
4.6
4.5
4.3
5.1
4.8
Luar bandar
5.2
4.8
4.9
4.8
4.7
4.9
4.3
Isi rumah keluarga nuklear
4.9

4.8
4.5
4.4
4.8
4.1
Isi rumah keluarga luas
7.1
6.5
6.2
6.0
6.8
6.4
Isi rumah keluarga nuklear (%)
55.2
59.9
68.0
65.4
70.3
65.9
61.8

Bandar
50.4
58.7
67.0
65.9
70.1
65.7
64.3
Luar bandar
57.7
61.1
69.0
64.6
70.7
68.0
59.6
Isirumah keluarga luas
27.8
26.4
26.0

20.3
20.3
24.5
28.1
Bandar
29.3
27.2
26.0
19.3
19.3
25.8
27.0
Luar bandar
27.0
25.7
27.0
22.1
21.8
23.8
28.9

Sumber: disesuaikan daripada http://www.kpwkm.gov.my. Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
2010.

2

National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak

Selain daripada dominasi keluarga nuklear dan pengurangan struktur keluarga luas, didapati
kewujudan bentuk keluarga yang baru, yakni keluarga ibu atau bapa tunggal, keluarga bercampur
(akibat perceraian dan perkahwinan semula), dan pasangan suami isteri yang tiada anak juga semakin
meningkat. Bentuk “keluarga” demikian turut meninggalkan kesan penting terhadap kefungsian
keluarga dan interaksi antara ahli-ahlinya. Dalam keluarga ibu tunggal umpamanya si ibu terpaksa
memikul peranan sebagai ibu, pengurus rumah tangga dan sekaligus menjadi pencari nafkah serta
bertanggung jawab dalam membuat keputusan untuk keluarganya.
Dominasi isi rumah keluarga nuklear bermakna wujudnya pemisahan fizikal yang jelas di
antara keluarga nuklear dan keluarga luas. Dalam konteks bandar, pemisahan ini berlaku akibat
migrasi golongan muda ke bandar-bandar lain untuk merebut peluang pekerjaan. Dalam konteks desa

pula, pemisahan berlaku disebabkan anak-anak yang sudah berkahwin membeli rumah sendiri di
kawasan-kawasan perumahan yang agak jauh dari penempatan ibu bapa atau perkampungan
tradisional. Kini, keluarga yang telah lama menetap di bandar pun berhadapan dengan situasi
sebagaimana yang dialami oleh keluarga desa kerana anak-anak mereka yang telah berkahwin
membina keluarga neolokal apabila mereka membeli rumah sendiri di taman-taman perumahan yang
baru atau bekerja di bandar atau negeri yang letaknya jauh dari rumah ibu bapa mereka. Implikasinya
ahli-ahli keluarga luas seperti ibu bapa dan ibu bapa mertua, adik beradik yang telah dewasa serta ibu
bapa saudara yang tinggal berjauhan ini tidak lagi dapat memberi sokongan sosial atau bantuan
praktikal sepanjang masa atau bila-bila diperlukan oleh keluarga nuklear atau sanak saudara dekat
(Fatimah 2005). Dengan kata lain pasangan suami isteri dan anak-anak terpaksa menanggung sendiri
urusan keluarga mereka, baik dari segi keperluan fizikal, emosional mahupun ekonomi. Di satu pihak
lagi pula, ibu bapa yang telah tua juga tidak boleh lagi mengharapkan pertolongan atau sokongan
penjagaan daripada anak-anak mereka yang telah dewasa akibat tempat tinggal yang berjauhan itu.
Perubahan dari segi saiz isi rumah yakni pengecilan bilangan ahlinya pula turut sama
meninggalkan kesan kepada fungsi penjagaan fizikal, sokongan emosi dan bantuan dari segi ekonomi
di dalam keluarga nuklear itu sendiri. Dengan bilangan anak yang semakin sedikit bemakna ibu bapa
pada masa kini tidak dapat mengharapkan pertolongan daripada anak-anak jika mereka sakit atau
tidak upaya, berbanding dengan pada masa dahulu. Dalam konteks tradisi, keluarga biasanya
mempunyai ramai anak, oleh itu salah seorang daripada mereka mungkin akan memainkan peranan
sebagai penjaga untuk ibu bapa yang telah tua. Hal ini mungkin menjadi lebih serius pada masa akan

datang sekiranya ramai pasangan berkahwin yang tidak mahukan anak atau meningkatnya
kecenderungan individu untuk hidup membujang sedangkan jangka hayat mereka semakin meningkat.
Perangkaan mengenai perkahwinan menunjukkan bahawa umur perkahwinan pertama
semakin meningkat iaitu daripada 26.6 pada tahun 1980 kepada 28.9 pada tahun 2004 (lihat Jadual 2).
Peningkatan umur perkahwinan ini meninggalkan kesan kepada bilangan kelahiran dalam keluarga.
Oleh kerana kelahiran bergantung kepada jangkamasa umur produktif bagi seorang wanita maka
bilangan anak yang mereka dapat lahirkan juga mungkin tidak ramai akibat berkahwin pada usia
yang lewat. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 3 kadar kelahiran (bagi setiap 1000 orang)
telah turun daripada 30.6 pada 1980 menjadi 27.9 bagi tahun 1990, 23.4 tahun 2000 dan 17.8 bagi
tahun 2008.

3

National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak

1980

Jadual 2: Min Umur Perkahwinan Pertama
1991
2000
Semenanjung
Malaysia

2004
Sabah

Jumlah
Lelaki
26.6
28.2
28.8
28.9
27.4
Perempuan
23.3
24.7
25.1
25.3
23.8
Bumiputera
Lelaki
27.1
27.8
28.6
Perempuan
24.1
24.5
24.1
Melayu
Lelaki
27.5
27.9
28.8
27.0
Perempuan
24.6
24.8
24.1
24.1
Bumiputera Lain
Lelaki
25.5
26.9
24.0
31.1
Perempuan
22.1
23.1
23.7
28.1
Cina
Lelaki
29.8
30.6
30.6
27.4
Perempuan
26.3
27.0
27.5
23.7
India
Lelaki
28.3
28.8
28.7
Perempuan
26.5
25.4
26.8
Lain-lain
Lelaki
27.9
28.3
26.6
25.5
Perempuan
24.0
24.4
24.4
21.6
Sumber: http://www.kpwkm.gov.my/BM/Upload/BAB%206%20KELUARGA_bm.pdf

Sarawak

27.9
23.8
27.0
24.8
29.3
25.5
27.6
27.3
27.5
23.8

Selain itu, jangka hayat yang semakin panjang yakni dari 63.1 tahun bagi lelaki dan 66.0
tahun bagi wanita untuk tahun 1966 kepada 71.6 bagi lelaki dan 76.4 bagi wanita untuk tahun 2008
bermakna semakin ramai orang dapat hidup sehingga lanjut usia tetapi mereka itu tidak semestinya
sihat sepanjang masa dan kerana itu perlu bergantung kepada orang lain untuk meneruskan
kehidupan.
Jadual 3: Kadar Kelahiran dan Jangka Hayat bagi Lelaki
dan Wanita 1970-2008
Tahun
Kadar Kelahiran
Jangka Hayat
Lelaki
Perempuan
1970
61.6
65.6
1980
30.6
66.5
71.0
1990
27.9
69.2
73.7
2000
23.4
70.0
74.7
2008
17.8
71.6
76.4
Sumber: disesuaikan daripada http://www.kpwkm.gov.my.
Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2010

Sejak dahulu wanita memainkan peranan penting dalam menyediakan fungsi penjagaan untuk
keluarga. Keadaan mungkin menjadi bertambah rumit pada masa kini dan akan datang apabila
semakin ramai wanita tidak lagi dapat menawarkan peranan sebagai penjaga bagi memenuhi fungsi
tersebut kerana semakin ramai daripada mereka terlibat dalam pekerjaan formal di luar rumah.
Walaupun perangkaan yang ada menunjukkan wanita merupakan 49.1 peratus (13.61 juta) daripada
semua penduduk Malaysia dan 63.6 peratus (8.66 juta) daripada mereka berusia dalam lingkungan 1564 tahun yakni kumpulan umur yang aktif dan produktif, 45.7 peratus (3.95 juta) daripada mereka ini
berada dalam tenaga buruh. Didapati 3.8 juta daripada mereka bekerja (dalam pelbagai sektor
pekerjaan; profesional teknikal, perkeranian, perkhidmatan dll) dan hanya 0.14 juta yang menganggur.
Kebanyakan mereka ini tidak dapat lagi menyumbangkan tenaga untuk menjadi penjaga tidak formal

4

National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak

sepenuh masa. Jikalaupun mereka meneruskan peranan tersebut, ramai yang mengalami tekanan dan
konflik peranan kerana pelbagai peranan yang terpaksa dilaksanakan pada masa yang sama. Wanita
yang berada di luar tenaga buruh pula kebanyakannya terdiri daripada mereka masih belajar atau
akan melanjutkan pelajaran, menjadi suri rumah sepenuh masa, kurang upaya, sudah bersara.
Wanita dalam kumpulan umur 15-64 tahun dan bekerja sepenuh masa itu terpaksa
menggabungkan pelbagai peranan antara kerja dan peranan terhadap keluarga orientasi dan keluarga
prokreasi. Mereka ini selalunya dirujuk sebagai “generasi sandwich” yakni konsep yang dikemukakan
oleh Dorothy Miller pada tahun 1981, kerana ketidakseimbangan dalam pertukaran sumber-sumber
dan sokongan antara generasi (Raphael and Schlesinger 1994). Menurut Miller konsep itu sebenarnya
merujuk kepada sebahagian daripada generasi kumpulan umur dewasa yang menyediakan sokongan
sosial untuk anggota keluarga yang masih muda dan yang telah tua, akan tetapi mereka tidaklah pula
menerima balasan dalam bentuk sokongan yang sama daripada kedua-dua kumpulan tersebut. Hal ini
menambahkan lagi stres kepada kebanyakan wanita pertengahan usia (kerana pelbagai peranan yang
dipegangya yakni sebagai isteri, ibu, anak perempuan, penjaga dan pekerja) berikutan tidak adanya
sokongan daripada komuniti untuk membantu mereka berurusan dengan peranan tersebut. Malah ada
penulis yang merujuk wanita dalam kumpulan ini sebagai “women in the middle” (Dautzenberg et al.
1998). Di Malaysia, isu berkaitan dengan generasi sandwich merupakan satu fenomena yang semakin
ketara dalam konteks keluarga masa kini, khususnya keluarga di bandar yang mempunyai pasangan
suami isteri bekerja dan ibu bapa yang telah tua yang menetap di kampung.
Selain daripada hal-hal yang dinyatakan di atas, perpecahan keluarga akibat perceraian turut
menjadi isu penting yang diperkatakan dengan meluasnya sejak kebelakangan ini dan meninggalkan
kesan yang penting kepada sistem sokongan keluarga. Data daripada Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) menunjukkan bahawa bilangan perceraian semakin meningkat yakni dari 13,536
pada tahun 2000 kepada 16,509 tahun 2004 dan 22,289 bagi tahun 2008. Walau pun tidaklah dapat
dipastikan setakat mana benarnya laporan akhbar mengenai berlakunya satu perceraian bagi setiap
lima belas minit (Berita Harian online 3 Mac 2011) akan tetapi perceraian boleh meninggalkan kesan
terhadap fungsi penjagaan. Apa yang biasa berlaku selepas perceraian ialah peranan menjaga dipikul
oleh wanita, dan pada masa yang sama mereka berhadapan dengan masalah sosial, psikologikal dan
perlu membuat penyesuaian dengan status baru sebagai ibu tunggal.
Berdasarkan senario yang dinyatakan di atas, keluarga masa kini sedang berhadapan dengan
masalah yang serius berkaitan dengan keperluan terhadap sokongan sosial, khususnya dalam bentuk
penjagaan tidak formal. Keperluan ini baik dalam konteks semasa mahupun pada masa akan datang
tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagaimana yang dinyatakan lebih awal, hal ini mempunyai kaitan
dengan jangkahayat yang semakin meningkat, penglibatan wanita dalam pekerjaan formal,
perpecahan keluarga akibat perceraian, pemisahan keluarga nuklear daripada keluarga luas dan sifat
hubungan kejiranan dalam komuniti bandar yang semakin longgar menyebabkan individu atau
kelompok yang boleh menyediakan sokongan sosial yang percuma dan pada bila-bila masa yang
diperlukan semakin terhad. Salah satu kaedah bagaimana kebanyakan keluarga menangani masalah
tersebut ialah dengan mengambil warga asing sebagai pembantu rumah yang sekali gus diberikan
tugas menjaga anak-anak kecil, ibu bapa yang sudah tua atau ahli keluarga yang kurang upaya. Hal ini
dapat dilihat dengan bilangan pembantu rumah asing yang datang dari pelbagai latar belakang sosial
dan negara asal yang bekerja dengan keluarga di Malaysia. Data yang ada (lihat Jadual 5)
menunjukkan bilangan pembantu rumah warga asing telah bertambah dari setahun ke setahun
(walaupun ada penurunan bagi tahun 2009 berikutan daripada peraturan kerajaan Indonesia mengenai
tuntutan gaji minimum).

5

National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
Jadual 5: Jumlah Pembantu Rumah Asing, 2007-2009
Negara Asal
2009
2008
2007
Indonesia
230,141
269,602
294,784
Bangladesh
23
19
21
Nepal
89
108
31
Myanmar
127
256
61
India
224
153
128
Vietnam
858
1020
31
Filipina
10,004
11,118
10,443
Pakistan
6
382
2
Thailand
372
4
426
Kemboja
8,713
9,740
7,458
China
15
14
18
Sri Lanka
769
926
883
Laos
2
3
1
Khazakhstan
1
1
1
Lain-lain
11
13
8
Jumlah
251,355
293,359
314,295
Sumber: Maklumat tambahan oleh Kementerian Sumber Manusia
Bagi soalan Dewan Negara, Sidang Dua dari 6 Julai hingga 14 Julai
2009. http://www.mohr.gov.my/pdf/maid_dn2.pdf

Pergantungan kepada pembantu rumah warga asing yang sekaligus menjadi penjaga tidak
formal untuk kebanyakan keluarga di Malaysia (khususnya di bandar) boleh meninggalkan implikasi
yang penting terhadap pola organisasi dan interaksi dalam keluarga. Selain itu pergantungan kepada
pembantu rumah warga asing bukanlah kaedah yang baik bagi menyelesaikan masalah dalam
keluarga. Sehubungan itu pengupayaan ahli keluarga di samping pengupayan komuniti sangat
penting dalam menangani masalah yang diperkatakan ini dan akan disentuh dengan terperinci dalam
bahagian akhir kertas ini.
Penjagaan Tidak Formal dalam Keluarga
Bahagian ini akan menyentuh penemuan daripada kajian-kajian oleh Fatimang (2008),
Fatimah et.al. (2009), Siti Hajar et. al. (2010) dan Mohd Suhaimi (2010) dengan tujuan untuk
menunjukkan bagaimana seriusnya masalah penjagaan yang sedang dihadapi oleh kebanyakan
keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya ahli yang memerlukan penjagaan khas.
Kajian oleh Fatimang (2008) adalah mengenai penjaga untuk warga tua yang mengidap
penyakit strok yang beliau lakukan pada bulan Disember 2007 di Lembah Kelang. Seramai enam
orang wanita yang merupakan penjaga telah mengambil bahagian secara sukarela untuk dijadikan
responden kajian. Kaedah temubual secara mendalam dan pemerhatian dilakukan semasa kunjungan
ke rumah mereka. Antara isu yang diteliti ialah mengenai siapa yang menjadi penjaga, apakah yang
mempengaruhi penjaga untuk menyediakan penjagaan dan sama ada terdapat perbezaan dalam
kesediaan menjaga di antara penjaga yang bekerja dan yang berkerja, dan dari segi pertalian mereka
dengan pesakit. Kajian berkenaan bertujuan untuk memahami persoalan tentang mengapa penjaga
masih mengekalkan tugas menjaga warga tua dalam keluarga. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat
enam isu penting iaitu yang berkait dengan “tanggungjawab”, “pengorbanan”, “tiada pilihan”, “belas
kasihan”, “rutin” dan “kerana ada yang membantu” yang menyebabkan penjaga meneruskan peranan
menjaga. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa sokongan sosial sangat penting terutamanya dalam
meningkatkan kefungsian peranan sebagai penjaga.
Kajian oleh Fatimah et al. (2009) pula ialah bertujuan menghuraikan isu yang berkaitan
penjagaan dalam keluarga yakni dengan tumpuan khusus kepada latar belakang sosio-ekonomi
penjaga yang menjaga ahli keluarga yang mengidap sakit mental. Turut disentuh dalam kajian
berkenaan ialah persekitaran di mana keluarga berkenaan tinggal. Kajian berkenaan telah dilakukan
pada awal tahun 2008, di Ipoh, Perak. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan penjaga

6

National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak

mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan pesakit, tetapi ramai yang sudah lanjut usia,
tidak berpendidikan tinggi, tidak bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan yang sangat rendah.
Siti Hajat et al (2009) pula mengkaji mengenai sistem sokongan sosial terhadap penjaga tidak
formal. Sumber data diperolehi daripada tiga kumpulan iaiatu; pertama,senarai penerima bantuan
warga emas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor; kedua, senarai
penerima bantuan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) yakni mereka yang elaun bulanan
akibat kemalangan tempat kerja dan didapati 80 peratus anggota mereka cacat; dan ketiga senarai
daripada Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur bagi
ibubapa yang anak-anak mereka mengidap sakit kronik seperti kanser dan mendapat rawatan sebagai
pesakit luar di Pusat berkenaan. Seramai 175 responden daripada ketiga-tiga kumpulan itu berjaya
ditemui dan diperoleh data untuk tujuan kajian berkenaan.
Kajian oleh Suhaimi (2010) pula bertujuan untuk memahami pengalaman penjagaan pesakit
mental yang mengidap skizofrenia di Malaysia. Ini kerana keluarga yang menjaga pesakit mental
dikatakan berada pada tahap yang tertekan disebabkan persekitaran sosial mereka yang tidak
menyokong perawatan pesakit mental di komuniti. Kajian berkenaan telah dilakukan 154 orang
penjaga berketurunan Melayu, Cina dan India, dan mereka dikenal pasti melalui dua klinik kesihatan
komuniti iaitu Klinik Kesihatan Kg. Simee Ipoh, Perak dan Klinik Kesihatan Pendang. Hasil kajian
mendapati 78 peratus penjaga adalah Melayu, 18 peratus Cina dan empat peratus India. Dua per tiga
orang responden tinggal di luar bandar sementara yang lainnya tinggal di bandar.
Kesemua kajian adalah merentas etnik dan dilakukan dalam persekitaran yang berbeza yakni
bandar dan juga luar bandar. Sebagaimana yang dinyatakan lebih awal, penjagaan tidak formal itu
diberikan kepada ahli keluarga yang memerlukan penjagaan khas berikutan lanjut usia, sakit strok dan
sakit mental. Jadual 5 merumuskan profil penjaga bagi kajian-kajian yang dirujuk.
Didapati lebih separuh daripada penjaga adalah wanita, separuh atau lebih daripada kesemua
penjaga itu berusia 50 tahun dan lebih, malah ada yang berumur lebih 70 tahun. Sebahagian besar
daripada mereka yang menjadi penjaga tak formal menjaga pasangan (suami/isteri), ibu bapa dan/atau
anak. Faktor jantina dan usia ini mempunyai kaitan yang rapat dengan keupayaan melaksanakan
peranan sebagai penjaga tak formal. Tegasnya kebanyakan penjaga wanita yang berusia limapuluhan
dan lebih, biasanya tidak mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan yang tetap. Ini kerana ratarata mereka lahir sebelum merdeka dan tidak berpeluang mendapat pendidikan tinggi (ramai yang
berpendidikan tahap sekolah menengah rendah atau kurang) kerana itu ramai yang menjadi isteri dan
ibu sepenuh masa, jika bekerja pun rata-ratanya berpendapatan rendah (kurang daripada RM1000
sebulan). Ada di kalangan mereka yang tua dan kurang upaya mendapat bantuan bulanan daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dengan wang tersebutlah mereka meneruskan kehidupan.
Walaupun tidak ada maklumat yang lengkap mengenai pendapatan penjaga bagi kajian Fatimang
(2008), tetapi maklumat yang ada menunjukkan kebanyakan penjaga yang ditemuinya tidaklah berada
dalam keadaan ekonomi yang buruk. Ini kerana ada pesakit yang bergantung kepada wang persaraan
bulanan yang jumlah sehingga RM1000

7

National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak

Profil Penjaga

1. Jantina (%)
Lelaki
Perempuan
2. Umur (%)
70
3. Status Perkahwinan
(%)
Bujang
Berkahwin
Janda/Duda
Bercerai
Berpisah
4. Tahap Pendidikan (%)
Tidak bersekolah
Sekolah rendah
Sekolah menengah
rendah
Sekolah menengah
Kolej/universiti
5. Pekerjaan (%)
Bekerja
Tidak
bekerja/surirumah
Bersara
6. Pendapatan (%)
Tiada
RM2000
7. Hubungan dengan
pesakit (%)
Pasangan
(suami/isteri)
Anak
Ibubapa
Adikberadik
Menantu
Mertua
Lain-lain

Jadual 5. Profil Penjaga
Kajian-kajian Berkaitan
Fatimah
Siti Hajar
Fatimang
(2009)
(2010)
(2008)

Mohd Suhaimi
(2010)

39.3
66.7

25.7
74.3

16.7
83.3

42.9
57.1

1.6
3.3
1.6
6.6
20.2
34.4
26.2

1.1
14.3
37.7
17.1
8.6
14.1
1.1

0
16.7
16.7
16.7
50.0
0
0

0.6
1.8
7.6
11.5
30.2
27.7
20.6

9.8
63.9
18.0
6.6
1.6

13.7
81.2
5.1
0
0

33.4
50.0
16.7
0
0

8.4
72.7
14.3
4.5
0

3
59
28

11.4
11.4
11.4

-

3.9
57.1
0

10
0

56.6
6.8

-

28.6
10.4

37.7
62.3

52.6
46.8

16.7
50.0

59.1
40.9

0

0.6

33.4

0

2.6
3.3
19.7
32.8
6.6
8.2
4.9

48.5
1.8
3.6
19.7
16.6
5.4
2.4

-

2.5
1.2
47.8
19.3
11.6
8.7
8.9

6.6

26.9

0

11.0

0
65.5
9.8
0
0
18.1

45.7
27.4
0
0
0
0

83.4
0
0
16.7
0
0

65.6
0
9.7
11.7
0
0

8

National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak

Perkara penting yang cuba diketengahkan daripada kajian-kajian yang telah dilakukan ialah
mengenai pelbagai peranan yang dipikul oleh penjaga. Ramai di antara para penjaga terpaksa
menggabungkan pelbagai peranan lain (seperti isteri, ibu, pekerja, anak perempuan, menantu) di
samping peranan sebagai penjaga tak formal. Kes-kes berikut memperlihatkan bagaimana
kebanyakan penjaga memikul peranan tersebut di samping peranan-peranan lain. Disebabkan sibuk
menguruskan pesakit, penjaga tidak sempat mandi dan mengemas rumah walaupun waktu pagi sudah
lewat (jam 11 pagi). Selain itu, dalam usia yang lanjut, seorang ibu (yang kematian suami) terpaksa
menguruskan rumah, masak untuk dua orang anak lelaki yang mengidap sakit mental, ke pasar untuk
membeli lauk, menghantar anak yang sakit ke Pusat Pemulihan Psikososial. Seorang suami yang
berusia limapuluhan dan mengidap sakit buah pinggang terpaksa menjaga isteri (juga berusia lima
puluhan) yang sakit mental. Pasangan ini mempunyai dua orang anak perempuan tetapi keduaduanya bekerja dan tinggal di negeri lain. Ada juga yang terpaksa berulang alik antara rumah sendiri
dan rumah ibu bapa setiap hari kerana perlu menjaga ibu bapa yang sakit.
Apa yang menyedihkan juga ialah seorang ibu tunggal yang berusia 54 tahun bukan sahaja
terpaksa menjaga anak lelaki yang sudah berumur 24 tahun dan disahkan mengalami kerencatan akal,
tetapi dia sendiri pun mengidap skizofrenia kronik di samping penyakit diabeties dan tekanan darah
tinggi. Walau bagaimanapun si anak bekerja dan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM500 di
samping bantuan kewangan setiap bulan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta. Mereka berdua tinggal di
rumah yang disewa dengan RM170 sebulan. Mereka dua beranak agak bernasib baik kerana
mempunyai adik perempuan yang tinggal berdekatan dan sentiasa membantu.
Ada juga penjaga yang terpaksa mengorbankan perkara penting dalam hidupnya kerana
terpaksa menjadi penjaga. Sebagai contoh penjaga wanita yang berusia awal lima puluhan atau lebih
muda, terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga ibu bapa yang sakit akibat strok. Terdapat juga
yang tidak berkahwin kerana menurutnya banyak masa dihabiskan di rumah menjaga ahli keluarga
yang sakit dan dia tidak berkesempatan bertemu dengan lelaki.
Kajian-kajian yang telah dilakukan itu mendapati bahawa keupayaan merawat dan
menyediakan penjagaan sangat mencabar bagi kebanyakan penjaga tak formal dalam keluarga. Selain
masalah kewangan, sokongan sosial daripada ahli keluarga luas dan tetangga amat terbatas. Hal ini
boleh menjejaskan kesejahteraan sosial dan emosi para penjaga itu sendiri pula.
Keperluan Terhadap Dasar Berkaitan dengan Sokongan Keluarga
Sistem sokongan keluarga adalah satu aspek penting dalam sistem kebajikan negara dan
merupakan satu sistem yang penting dalam menangani masalah sosial (O’Hara 1999). Dalam sistem
kebajikan, organisasi kebajikan dan jenis-jenis perkhidmatan sosial merupakan antara kaedah yang
digunakan oleh sesebuah negara untuk menyelesaikan masalah sosial. Penyediaan perkhidmatan
sosial boleh berbentuk perkhidmatan remedi (seperti perumahan, pendidikan, perkhidmatan kesihatan,
rehabilitasi, bantuan makanan, kewangan); perkhidmatan pembangunan (seperti pekerjaan, latihan,
pendidikan dan rehabilitasi); serta perkhidmatan penjagaan serta sokongan untuk mereka yang
menghadapi krisis atau yang berkeperluan khas (seperti kanak-kanak yang dianianya, keganasan
domestik, warga tua yang terabai serta mereka yang menghadapi masalah fizikal dan mental). Aspek
ketiga yakni perkhidmatan penjagaan dan sokongan sosial adalah yang ditekankan dalam kertas ini.
Penjagaan sosial, penyediaan penjagaan dan sokongan sosial merupakan peranan penting sistem
kebajikan. Sistem penjagaan sosial dalam negara kebajikan yang maju boleh di bahagikan kepada
tiga iaitu; (1) sistem penjagaan sosial formal, (2) sistem penjagaan tidak formal, dan (3) sistem
penjagaan sosial komprehensif yang mengintegrasikan sistem penjagaan formal dan tidak formal.
Kompleksiti sistem tersebut menyebabkan agak sukar untuk membezakan ketiga-tiganya disebabkan
oleh perubahan yang berlaku kepada keseluruhan, dinamika perubahan dalan unit keluarga, struktur
penduduk dan pola pekerjaan memainkan peranan penting dalam menentukan perlunya integrasi
antara penjagaan formal dan tidak formal. Pengalaman di kebanyakan negara membangun
menunjukkan bahawa kedua-dua bentuk penjagaan formal dan tidak formal itu boleh wujud
bersebelahan dan saling membantu (Timonen 2009, 2005).

9

National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak

Sistem penjagaan formal selalu dikaitkan dengan penjagaan di institusi di mana hal-hal
berkaitan dengan pengurusan, kewangan, penyediaan dan penyampaian disediakan oleh sektor awam
atau negara, lazimnya dilakukan oleh para profesional, para penjaga terlatih yang dibayar gaji/upah
(Timonen 2009; Walker et al 1995). Lazimnya penjaga formal bekerja di institusi. Tugas mereka ini
penting terutamanya dalam membantu pesakit kronik yang memerlukan jagaan dalam jangkamasa
yang lama di institusi. Penjaga formal biasanya tidak tinggal bersama pesakit. Kini di negara-negara
maju yang mengamalkan dasar “negara kebajikan” semakin ramai ditemui penjaga profesional yang
terdiri daripada migran didapati tinggal bersama dengan orang yang dijaga (Timonen 2009).
Sebaliknya penjaga tidak formal tidaklah disediakan oleh pihak awam tetapi oleh pihak swasta,
bersifat sukarela dan dari sektor ketiga (seperti anggota keluarga, jiran, dan anggota komuniti) dan
klien yang menerima perkhidmatan (Spicker 2008; Siti Hajar 2007). Secara tradisinya mereka tidak
pernah mendapat latihan formal apa lagi mendapat bayaran kepada khidmat yang disediakan itu tetapi
dilakukan atas rasa kasih sayang dan tanggung-jawab (Ungerson 1995). Penjaga tak formal lazimnya
tinggal bersama atau berdekatan dengan pesakit dan melaksanakan peranannya untuk jangkamasa
yang lama terutamanya selepas pesakit keluar dari hospital. Peranan mereka itu sangat luas dan
mencakupi penyediaan makan minum, keperluan fizikal pesakit, mebawa ke klinik atau hospital untuk
mendapat rawatan lanjut, di samping memberi sokongan emosi, perlindungan dan keselamatan kepada
pesakit.
Memandangkan sebahagian besar daripada penjaga adalah juga pekerja (sebagaimana yang
ditemui dalam kajian-kajian yang dirujuk), maka beberapa perkara bersangkutan dengan pekerjaan
(khususnya pekerjaan formal) perlu diberikan perhatian agar penjaga dapat meneruskan peranan
mereka sebagai penjaga dengan lebih efektif. Pihak pengurusan dalam organisasi pekerjaan, malah
kerajaan sendiri perlulah memberi penekanan kepada perkara-perkara berkenaan antaranya;
1. memperkenalkan masa bekerja yang anjal bagi wanita yang menjadi penjaga.
2. cuti yang anjal untuk menjaga ahli keluarga. Cuti yang diperuntukkan mungkin boleh
diambil lebih awal. Cuti bergaji juga penting untuk memastikan sumber kewangan untuk
menyara hidup keluarga mereka tidak terputus.
3. menyediakan bantuan kewangan atau kemudahan rawatan perubatan oleh pihak majikan
bagi membolehkan pesakit mendapat rawatan yang berterusan.
4. menubuhkan kumpulan sokongan di tempat kerja yang boleh membantu mengambil alih
peranan penjaga yang terpaksa bercuti kerana menjaga ahli keluarga.
5. bekerja dari rumah adalah satu alternatif yang penting.
Keluarga dan komuniti juga perlu proaktif dan memikirkan hal-hal berikut;
1. membentuk kumpulan sokongan keluarga pada peringkat kejiranan/komuniti bagi
membantu penjaga yang memerlukan bantuan. Kumpulan ini boleh mengambil alih peranan
penjagaan agar penjaga dapat berehat atau menyelesaikan keperluan peribadi.
2. menyediakan pusat penjagaan dalam komuniti atau berkelompok di mana penjagaan boleh
dilakukan dalam kumpulan dan para penjaga boleh bertugas secara bergilir-gilir.
3. mempertingkatkan pengetahuan dan maklumat kepada penjaga berhubung dengan kaedah
mutakhir dalam menyediakan penjagaan yang efektif.
Peranan pihak berkuasa/kerajaan sangat penting terutamanya memperkenal dan
menguatkuasakan dasar sosial yang berkaitan seperti mewujudkan satu daftar banci isi rumah dan
keluarga dengan tujuan mengumpul maklumat mengenai bilangan ahli keluarga yang memerlukan
bantuan khas (kerana sakit, tua, sakit mental, cacat dan lain-lain), dan bilangan orang yang boleh
melaksanakan peranan penjagaan. Berdasarkan data demografi itu satu pemetaan sosial (social
mapping) boleh dihasilkan dan boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan pusat penjagaan ataupun
kumpulan penjaga. Berhubung dengan itu, bantuan-bantuan kewangan, sokongan perawatan dan
bantuan praktikal yang lain boleh dirancang dengan lebih efektif. Usaha pemetaan sosial ini boleh
dilakukan di setiap kawasan perumahan, kampung, mukim atau daerah sama ada melalui Pejabat
Daerah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Kawasan Parlimen, atau Agensi-agensi di
bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Perawatan penjagaan di rumah (home care nursing) yang disediakan untuk perawatan mereka
yang sakit kronik di rumah adalah satu usaha yang sangat baik. Program itu mengintegrasikan

10

National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak

prinsip-prinsip perawatan kesihatan komuniti dan memfokuskan kepada promosi kesihatan dalam
persekitaran, psikososial, ekonomi, budaya dan kesihatan peribadi. Ia memainkan peranan penting
dalam mempertingkatkan status kesihatan individu dan keluarga. Dari segi amalan, perkhidmatan ini
disediakan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
bagi pesakit yang telah didiscaj. Sementara itu Hospital Sultanah Aminah Johor menyediakan
perawatan di rumah bagi pesakit mengalami masalah sakit mental akut. Kumpulan perawatan
psiaktrik komuniti dari Hospital Permai juga menjejaki pesakit mental di rumah. Program sedemikian
perlu diperkemas dan diperluaskan lagi dalam masyarakat.
Penutup
Dalley (1988) menyebut bahawa dalam kehidupan masa kini penjagaan oleh komuniti bukanlah
jawapan kepada isu berkaitan dengan penjagaan terhadap mereka yang kurang upaya atau sakit. Ini
kerana beliau melihat bahawa penjagaan komuniti biasanya didasarkan kepada kerja yang dilakukan
oleh wanita untuk ahli keluarganya dan kerja itu dilakukan secara percuma. Sosialisasi menjadi asas
utama dalam melatih individu melaksanakan peranan masing-masing sesuai dengan statusnya dalam
keluarga. Oleh itu setiap individu harus tahu apa yang dia patut lakukan, untuk siapa dia perlu
lakukan dan kenapa perlakuan itu penting. Sedar atau tidak, sebahagian besar daripada perananperanan yang seseorang lakukan dalam hidupnya adalah menjaga atau menjadi penjaga yang
dipelajarinya secara langsung atau tidak melalui proses sosialisasi.
Dalam kehidupan masa kini, isu penjagaan menjadi semakin penting. Hal ini mempunyai
hubungan dengan perubahan semasa yang berlaku kepada struktur sosial amnya dan keluarga
khasnya. Tekanan hidup akibat daripada pelbagai proses sosial dan ekonomi pula menyebabkan stres
kepada individu sehingga boleh menyebabkan gangguan mental. Meningkatnya penyakit berbahaya
seperti HIV/AIDS dan pelbagai lagi menambahkan bilangan golongan yang tidak berupaya dan
memerlukan bantuan khas. Berdasarkan kepada penemuan daripada kajian di Kg Simee didapati
keluarga khususnya wanita tidak lagi dapat menyediakan peranan penjagaan sebagaimana yang
diharapkan. Persoalannya ialah setakat mana pula komuniti dapat membantu keluarga dalam
menyediakan pekhidmatan itu. Dalam kehidupan di bandar khususnya apabila pola perhubungan
primer yang diasaskan kepada hubungan semuka (face-to-face) yang erat dan berkekalan semakin
sukar ditemui maka fungsi penjagaan tidak lagi dapat dilaksanakan sepenuhnya oleh komuniti. Di
desa pula, penghijrahan ke bandar, perpecahan atau pemisahan keluarga turut mempengaruhi peranan
dan kualiti penjagaan.
Sehingga kini pihak berkuasa telah mengiktiraf sumbangan penjaga melalui Anugerah
Mayang Seri Endon pada tahun 2006. Akan tetapi pengiktirafan itu adalah kepada mereka yang
bekerja di institusi di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan
serta pertubuhan sukarela “yang telah menunjukkan kepimpinan, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti
yang berkualiti dan cemerlang”. Pada hakikatnya masih ramai penjaga tidak formal yang tidak
mendapat apa-apa pengiktirafan. Mereka bukan sahaja terasing dalam komuniti, malah dalam
keluarga sendiri kerana menghabiskan masa dan tenaga menjaga ahli keluarga yang tidak berupaya
dan memerlukan penjagaan khas.
Akhir sekali, keluarga sebagai satu institusi sosial yang penting dalam masyarakat akan terus
mengalami perubahan. Sehubungan itu maklumat yang lengkap mengenai tren keluarga pada masa
akan datang perlu dikumpulkan dengan teliti agar maklumat berhubung dengan keperluan keluarga
pada masa akan datang dapat disediakan dengan lebih baik dan cekap. Selain itu dasar berkaitan
dengan pekerjaan, khususnya penyertaan tenaga kerja wanita perlu disesuaikan dengan keperluan
terhadap peranan mereka dalam keluarga juga. Jika slogan “Utamakan Keluarga” terus diberi
perhatian maka pihak majikan perlu perihatin tentang tanggung-jawab pekerja wanita (dan juga lelaki)
terhadap keluarga (tanpa mengira status perkahwinan mereka). Pada masa yang sama dasar berkaitan
dengan kemudahan tempat kediaman, rawatan kesihatan dan perubatan serta pendidikan perlu
disesuaikan dengan keperluan keluarga.

11

National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak

Senarai Rujukan
Dalley, G. 1988. Ideology of caring: Rethinking community and collectivism. London: McMillan.
Dautzenberg et al. 1998. “Women of the middle generation and parent care”. The International
Journal of Aging and Human Development, Vol 47, No. 4: 241-262.
Fatimah Abdullah, 2005. Urbanisasi dan transformasi keluarga . Laporan Penyelidikan UKM (Projek
M/11/99), tidak diterbitkan.
Fatimah Abdullah, 2009. “Isu dan cabaran penjagaan tidak formal”. The Malaysian Journal of Social
Administration. Bil. 9: 73-86.
Fatimah Abdullah. 2008. “Dampak Pemodenan terhadap Hubungan Keluarga: Berat Sama Dipikul,
Ringan Sama Dijinjing” dalam Transformasi masyarakat: Cabaran keluarga, gender dan
sosiobudaya suntingan Rahimah Abdul Aziz, Bangi: Penerbit UKM. Hal. 25-46.
Fatimah Abdullah, Mohd. Suhaimi Mohamad, Nor Jana Saim & Nur Saadah Mohd Aun. 2009.
Keluarga dan Penjagaan dalam Komuniti: Permasalahan dan Cabaran bagi Penjaga Pesakit
Mental. Projek, UKM-SK-05-FRGS0012-2006.
Fatimah Abdullah & Khaidzir Haji Ismail & Mustaffa Omar, 2003. “Latch-key Kids: Masalah dan
Cabaran”, Prosiding Seminar Kekeluargaan Kebangsaan , Pusat Pengajian Psikologi dan
Pembangunan Manusia. Hal.181-189.
Fatimang Ladola. 2008. Beban jagaan warga tua dan faktor-faktor yang mempengaruhinya: Kajian
di kalangan penjaga wanita bagi pesakit strok di Pusat Perubatan Universiti Malaya . Tesis
Sarjana Kerja Sosial Perubatan, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fatimang Ladola, Rahmah Mohd Amin 2009. “Penjaga Wanita Bagi Warga Tua Pesakit Strok Dalam
Komuniti Bandar”, The Malaysian Journal of Social Administration. Bil. 9: 57-72.
Gerstel, Naomi. 2000. The Third Shift: Gender and Care Work Outside the Home, Qualitative
Sociology , Volume 23, Number 4, 467-483,
Hochschild, Arlie. 1997. The Time Bind: When Work Becomes Home and Home Becomes Work. New
York: Metropolitan/Holt.
Hochschild, Arlie. 1989 The Second Shift: Working Parents and the Revolution at Home , (with Anne
Machung). New York: Viking Penguin. Reissued in 1997 with new afterword. Published in
Great Britain by Piatkus Press
http://www.mohr.gov.my/pdf/maid_dn2.pdf
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Perangkaan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, 2010.
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. 2004. Laporan Kajian Penduduk dan
Keluarga Malaysia, 2004.
Mohd. Suhaimi Mohamad, 2010. “Families’ experiences of caregiving to relatives with a diagnosis of
Schizophrenia in Malaysia”, PhD Thesis, Center for Research in Health and Social Care,
School for Social Policy Studies, University of Bristol, England.
Noralina Omar, Nur Saadah Mohamad Aun, Siti Hajar Abu Bakar Ah & Fatimah Abdullah, 2010.
“Social Support System for Informal Caregivers in Malaysia”, The Fourth International
Malaysia-Thailand Conference on Southeast Asian Studies: Re-examining Interdependent
Relations in Southeast Asia (UKM-MAHIDOL 4), di Hotel Equatorial Bangi, Selangor pada
25-26 Mac.
O’Hara, P. A. (ed) 1999. Welfare state: Encyclopedia of Political Economy. London: Routledge.
Raphael, D., & Schlesinger, B. (1994). "Women in the Sandwich Generation: Do Adult Children
Living At Home Help?" Journal of Women and Aging 6:21–45.
Siti Hajar Abu Bakar 2007. Kebajikan sosial: Aplikasi dalam perkhidmatan manusia . Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Siti Hajar Abu Bakar et al. 2010. Keperluan Sokongan Sosial di Kalangan Penjaga Tak Formal
(Informal Carers) Pesakit Kronik di Malaysia, Geran Penyelidikan Universiti Malaya 2009,
Penyelidik Bersama. 01/06/2009-30/0 5/2011.

12

National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak

Timonen, V. 2005. Policy paradigms and long-term care. Convergence or continuing differences? In
Taylor-Gooby, P. (Ed.). Ideas and welfare state reform in Western Europe. Basingstoke:
Palgrave MacMillan. Pp. 30-53.
Timonen, V. 2009. Towards an integrative theory of care: Formal and informal intersections. In
Roberto, K.A. & Mancini, J.A. (Eds.). 2009. Human development and the lifespan.
Antecedents, processes and consequences of change. Lanham, MD: Lexington. Pp. 1-14.
Walker, A.J., Pratt, C.C., & Eddy, L. 1995. Informal caregiving to ageing family members. A critical
review. Family Relations. Vol. 44: 402-411.
www.bharian.com.my/.../1perceraiansetiap15minit.../index_html
Dr. Siti Hajar Abu Bakar, Prof. Madya
(shajar@um.edu.my)
Puan Noralina Omar, Pensyarah
(nora@um.edu.my)
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya
Fatimah Abdullah, PhD, Pensyarah Sambilan
Jabatan Kesihatan Masyarakat
Fakulti Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
(fatimahdr@hotmail.com)
Mohd Suhaimi Mohamad, PhD, Pensyarah
(msam79@gmail.com)
Program Kerja Sosial
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Puan Fatimang Ladola, Pergawai Kerja Sosial
(fladola@ummc.edu.my)
Pusat Perubatan Universiti Malaya

13

Dokumen yang terkait

ANALISIS KELAYAKAN FINANSIAL AGRIBISNIS PERBENIHAN KENTANG (Solanum tuberosum, L) Di KABUPATEN LUMAJANG PROVINSI JAWA TIMUR

27 309 21

Analisis Konsep Peningkatan Standar Mutu Technovation Terhadap Kemampuan Bersaing UD. Kayfa Interior Funiture Jember.

2 215 9

ANALISIS PENGARUH MANAJEMEN LABA TERHADAP NILAI PERUSAHAAN (Studi Empiris Pada Perusahaan Property dan Real Estate Yang Terdaftar Di Bursa Efek Indonesia)

47 440 21

EFEKTIVITAS PENDIDIKAN KESEHATAN TENTANG PERTOLONGAN PERTAMA PADA KECELAKAAN (P3K) TERHADAP SIKAP MASYARAKAT DALAM PENANGANAN KORBAN KECELAKAAN LALU LINTAS (Studi Di Wilayah RT 05 RW 04 Kelurahan Sukun Kota Malang)

45 393 31

PENGALAMAN KELUARGA DALAM MERAWAT ANGGOTA KELUARGA DENGAN GANGGUAN JIWA (SKIZOFRENIA) Di Wilayah Puskesmas Kedung Kandang Malang Tahun 2015

28 256 11

STUDI PENGGUNAAN SPIRONOLAKTON PADA PASIEN SIROSIS DENGAN ASITES (Penelitian Di Rumah Sakit Umum Dr. Saiful Anwar Malang)

13 140 24

PENILAIAN MASYARAKAT TENTANG FILM LASKAR PELANGI Studi Pada Penonton Film Laskar Pelangi Di Studio 21 Malang Town Squere

17 165 2

Analisis Penyerapan Tenaga Kerja Pada Industri Kerajinan Tangan Di Desa Tutul Kecamatan Balung Kabupaten Jember.

7 76 65

Efek Pemberian Ekstrak Daun Pepaya Muda (Carica papaya) Terhadap Jumlah Sel Makrofag Pada Gingiva Tikus Wistar Yang Diinduksi Porphyromonas gingivalis

10 64 5

Upaya mengurangi kecemasan belajar matematika siswa dengan penerapan metode diskusi kelompok teknik tutor sebaya: sebuah studi penelitian tindakan di SMP Negeri 21 Tangerang

26 227 88