Ancaman dalaman dan ancaman luaran

Ancaman dalaman dan ancaman luaran
Keselamatan negara boleh tergugat melalui berbagai ancaman, baik yang berbentuk dalaman mahupun
yang berbentuk luaran.
Ancaman dalaman
Ancaman dalam negara, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang
agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup
melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada
itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk
mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran
pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej
dan keharmonian negara.
Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan
keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan
dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil
lahir. Senario ini amat merbahaya dan perlu ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada ancaman
dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti
pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-kuasa besar. Kuasakuasa besar juga pasti mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi perkembangan pembangunan
ekonomi dan sosio politik Malaysia melalui badan-badan bukan kerajaan mereka yang aktif. Ancaman
ekonomi juga perlu diberi perhatian contohnya serangan terhadap ringgit, beberapa tahun yang lalu.
Selain daripada itu isu sempadan juga boleh menjadi ancaman besar kepada negara.
Konsep baru dunia tanpa sempadan dan fenomena kemajuan teknologi maklumat telah

mewujudkan ancaman di alaf baru. Contohnya, internet yang disalahguna untuk mengedarkan pelbagai
bahan anti kerajaan, menjatuhkan kerajaan dan promosi aktiviti yang boleh menggoyahkan kestabilan
keselamatan negara. Di pentas antarabangsa, sistem dagangan bebas dan kapitalis global jika tidak
dikendalikan dengan baik boleh mengganggu ekonomi dan mencabar kedaulatan negara-negara kecil
seperti Malaysia.
Begitu juga dengan ancaman oleh golongan pelampau seperti Al-Ma'unah adalah sebuah
organisasi (pengganas) militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan
pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan
melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya
mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan
terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah menyifatkan kegiatan Kumpulan Militan Malaysia
(KMM) di negara ini pada tahap serius kerana kumpulan itu bukan berjuang untuk menegakkan Islam,
sebaliknya berusaha meruntuhkan negara Islam. Kegiatan kumpulan itu tidak boleh dibiarkan dan
kerajaan perlu membendungnya sebelum mereka berjaya menarik sokongan dan mempengaruhi orang
lain kerana di negara ini kalau disebut berjuang untuk Islam, ramai tidak mempersoalkannya. Sekiranya
ada kerajaan negara Islam yang cuba membangunkan negara Islam, mereka akan menuduh negara itu
sekular kerana bagi mereka, negara Islam adalah seperti di Afghanistan dan cara Taliban yang suka
berperang, membunuh dan menganiayai wanita.
Selain itu Jemaah Islamiah (JI) pula telah ditubuhkan oleh Abu Bakar Basyir di Indonesia sekitar

tahun 1969 yang cuba menghidupkan kembali operasi pergerakan untuk membina Negara Islam oleh
Kartosuwiryo pada tahun 1949 setelah Kartosuwirjo ditangkap pada tahun 1962 oleh pemerintah
Indonesia dan seterusnya dijatuhkan dengan hukuman mati. JI dikatakan telah bermula di Malaysia pada
tahun 1982 apabila Abu Bakar basyir dan pengikutnya melarikan diri ke Malaysia. Berpandukan kepada
kaitan di antara KMM dengan JI maka ia dipercayai mempunyai kaitan termasuklah tindakan militan yang
dirancang bersama. (Wikipedia, April 20, 2010). Ancaman dalaman yang dilakukan oleh KMM dan JI ini
dikaitkan dengan penglibatan kedua-dua kumpulan ini yang merancang untuk menggunakan kekerasan
dan keganasan serta dikaitkan dengan pelbagai strategi persenjataan yang menggugat kestabilan,
keharmonian dan keamanan negara.

Kelonggaran nilai-nilai budaya dan moral di kalangan belia dan muda-mudi beragama Islam
khususnya yang dicerminkan oleh budaya penagihan dadah, gejala HIV/AIDS, keganasan juvana,
vandalisme terhadap kemudahan-kemudahan awam, minuman keras, merokok, merogol, meragut dan
melepak menimbulkan kebimbangan yang mendalam tentang masa depan generasi muda, apa lagi kalau
keadaan ekonomi negara menjadi lembab dan kadar pengangguran semakin membesar. Hal ini
merupakan ancaman dalaman yang harus ditangani bagi menempuh cabaran generasi akan datang.
Ancaman kemerosotan moral ini memberikan peringatan atau amaran awal yang jelas kepada kita
bahawa sekiranya rakyat dan pemerintah tidak dapat meningkatkan keutuhan atau kekuatan moral
masyarakat kepada keadaan yang lebih baik, negara akan berhadapan dengan krisis keruntuhan moral
yang lebih besar.

Selain itu, ancaman penyalahgunaan dadah sudah lama menjadi “Musuh Negara Nombor Satu”
dan peperangan menentang ancaman ini masih terus dilakukan. Tetapi statistik dan data menunjukkan
bahawa gejala ini tetap berada pada tahap yang serius meskipun pelbagai cara telah dilakukan untuk
mencegah atau mengurangkannya. Tiap tahun ribuan pemuda, kebanyakkannya orang Melayu, menjadi
mangsa najis dadah yang kemudiannya mendorong mereka ke arah gaya hidup yang tidak bermoral dan
tidak bertamadun. Banyak kegiatan jenayah dan anti-sosial yang lain berpunca daripada atau berkaitan
dengan budaya penagihan dadah. Di samping itu amalan minuman keras yang jelas diharamkan oleh
Islam didapati mulai menjangkiti golongan remaja Melayu sewaktu mereka berparti dan berpesta di
tempat-tempat hiburan di kota-kota besar. Peningkatan gejala HIV/AIDS yang rapat kaitannya dengan
penyalahgunaan dadah juga semakin serius dewasa ini sehingga pihak yang berkuasa menganggapnya
sudah sampai ke tahap darurat. Sebahagian besar pengidap-pengidap penyakit HIV/AIDS ialah orang
Melayu yang terlibat dengan gejala penagihan dadah, termasuk mereka yang berada di dalam Pusatpusat Serenti.
Ancaman luaran
Ancaman luaran menjelang abad ke-21, apabila negara Malaysia dan umat Islam khususnya berhadapan
dengan tiga gelombang besar iaitu globalisasi, ledakan teknologi maklumat dan ekonomi pengetahuan
atau maklumat (knowledge-driven economy). Ketiga-tiga gelombang ini juga bermula dari negara-negara
Barat yang kaya dan kuat, dan dalam tata dunia yang baharu (“New World Order”) di bawah pimpinan
negara Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Ketiga-tiga gelombang itu merupakan cabaran hebat
yang sekaligus membuka peluang-peluang tertentu bagi negara-negara sedang membangun untuk
berada dalam arus perdana dalam hubungan antarabangsa. Melalui gelombang globalisasi, pengaruh

kekuatan ekonomi negara-negara kaya dan kepentingan korporasi gergasi multinasional dapat
menguasai ekonomi dunia di samping menyebar luaskan hegemoni politik kapitalisme antarabangsa. Di
bawah dasar liberalisasi dan deregulasi perdagangan antarabangsa pimpinan World Trade Organisation,
globalisasi yang didukung oleh kuasa korporat global memberikan peluang besar kepada mereka untuk
mengeksploitasi ekonomi negara-negara membangun, termasuk Malaysia.
Selain itu, banyak negara umat Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada
kongkongan penjajahan Barat turut melaksanakan model pembangunan atau modernisasi negara ala
Barat dan natijahnya, antara lain, ialah proses pembaratan budaya tempatan dan pencairan nilai-nilai
moral yang merisaukan negara kita. Modernisasi sekular yang digembar-gemburkan sebagai agenda
perubahan yang rasional dan teknologikal rupa-rupanya telah menanamkan akar-akar budaya asing atau
westernisasi dan sekularisasi yang bertentangan dengan ajaran agama dan sistem moral orang Islam
atau orang Timur. Apabila budaya tempatan sudah tidak berdaya lagi menahan arus westernisasi dan
sistem moral keagamaan pun menjadi lemah di bawah tekanan dan asakan sistem moral yang liberal,
relatif dan agresif, maka negara dan rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa neo-kolonialisme budaya.
Pada waktu itu ciri-ciri luhur dalam budaya Malaysia dan sistem nilai agama dan tradisi yang
mendasarinya akan dihimpit dan digugat oleh gagasan-gagasan atau aliran-aliran kebudayaan asing
yang
berjiwa
materialistik,
sekularistik,

relativistik,
neo-modernistik,
hedonistik
atau permissive(serbaboleh). Pada waktu itu juga identiti budaya dan keutuhan moral masyarakat kita
tidak akan bererti lagi.
Begitu juga ancaman luaran yang datangnya dari aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh
nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik
tempatan atau antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa
mempedulikan isu tanggungjawab sosial atau moral. Pelbagai saluran akan digunakan untuk mencapai
matlamat ekonomi dan budaya bebas mereka, termasuk industri-industri pengiklanan, perfileman, fesyen,
muzik, hiburan, pelancongan, media cetak, media elektronik dan Internet. Di era globalisasi ini, kita lihat

generasi baru, atau 'Generasi X' sudah mula mengadaptasi nilai-nilai barat sebagai role model dan
menjadikan kebebasan hak kemanusiaan sebagai keutamaan tanpa mengambil kira budaya sesebuah
negara. Sehingga sekarang, sebahagian daripada gaya kehidupan barat sudah menyerap masuk ke
dalam masyarakat Malaysia.
Dalam kes terbaharu, reaksi oleh puak pelampau Indonesia yang gegak-gempita mahu
'menghidupkan' semula Ganyang Malaysia yang telah lama ditinggalkan semasa pemerintahan Sukarno
dahulu. Dengan memanggil Malaysia pencuri atau "maling" maka puak pelampau di sana telah
memanggil tanah air berdaulat kita sebagai "Malingsia". Entah di mana silapnya hubungan sejarah dan

kebudayaan Malaysia dan Indonesia tidak mampu meredakan amarah mereka. Walaupun banyak
persamaan ciri budaya tetapi masih tidak atau enggan difahami oleh 240 juta rakyat Indonesia. Mereka
sewenang-wenangnya melabel kemerdekaan kita tiada harga lantaran tidak dicapai secara kekerasan
menggunakan buluh runcing seperti mereka. Reaksi melampau mereka jelas sengaja menutup isu
korupsi dalam kalangan pemerintah mereka sehingga memaksa jutaan rakyat republik itu mencari rezeki
secara halal mahupun tidak serta menuntut ilmu di sini.
Dalam kes ancaman luaran yang lain, datangnya pengaruh budaya “gay” yang menggalakkan
dan menghalalkan hubungan seks sejenis semakin berkembang di negara-negara Barat dan
perkahwinan sejenis sudahpun diiktiraf sebagai sah dari segi undang-undang negara di Belanda, Belgium
dan Sepanyol. Negara Kanada dijangka akan mengikut jejak langkah negara-negara Eropah itu. Sikap
yang tegas menentang dan mengharamkan gaya hidup “gay” ini di Malaysia perlu mendapat sokongan
semua kaum supaya wabak HIV/AIDS dapat dibendung dan keutuhan institusi keluarga dan perkahwinan
yang dihormati oleh agama dapat dipertahankan.
Jelasnya , rakyat Malaysia perlu bersatu-padu mempertahankan kestabilan satu-satunya tanah
air kita ini. Bagi menangani ancaman luar, kerajaan perlu mengoptimumkan hubungan diplomatik dan
hubungan kebudayaan dengan negara asing.