Jenis jenis batuan dan budaya (1)

Kebudayaan dan kesusasteraan :Budaya Material dan Budaya Bukan Material
Budaya material adalah terdiri daripada objek fizikal atau artifak. Budaya material meliputi
bahan-bahan fizikal kebudayaan serta cara-cara penggunaannya. Peralatan atau kelengkapan
hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata, pakaian, makanan, sekolah dan sebagainya.
Menurut buku “Makna Budaya dalam Komunikasi Antarabangsa oleh Dr. Alo
Liliweri, dalam sejarah manusia yang panjang, generasi ke generasi, orang menciptakan
mode pakaian, menu makanan, bentuk rumah, dan variasi peralatan rumah tangga sebagai
hasil dari kebebasan dan kesabaran manusia untuk mencipta, dan menjadi simbol kehidupan
manusia yang produktif .
Yang dimaksudkan dengan budaya material adalah objek material yang dihasilkan
oleh manusia mulai dari peralatan yang sederhana, peralatan rumah tangga, mesin-mesin
automotif, hingga instrumen yang digunakan dalam penyelidikan. Produk-produk itu
merupakan bahagian penting untuk mendukung aktivitas kehidupan manusia setiap hari.
Dengan demikian, anggota budaya suatu masyarakat selalu berusaha dengan cara berbezabeza untuk meningkatkan pengetahuan dan ketrampilannya agar produk-produk material itu
digunakan untuk mempertahankan hidup. Berikut adalah merupakan contoh budaya material
seperti pakaian iaitu baju kurung, dan baju melayu , makanan tradisi melayu yang
menggunakan banyak lengkuas dan serai dan senjata iaitu keris dan pendang.
Budaya bukan material pula berkaitan dengan perkara-perkara yang abstrak yang
tidak wujud secara fizikal. Ada pula budaya bukan material yang digunakan sebagai rujukan
perilaku masyarakat. Misalnya simbol, bahasa, nilai, dan norma. (Noran Fauziah, 1987,
Eshleman & Cashion, 1985). Kewujudan budaya bergantung kepada kebolehan manusia

memahami simbol. Simbol penting untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat . Hal
ini boleh dilihat pada masyarakat zaman batu . Oleh itu, ahli antropologi budaya mengkaji
simbol sebagai satu unsur budaya. Seterusnya, bahasa merupakan satu kaedah yang terbaik
kerana banyak perkara boleh diterangkan dan disampaikan . Bahasa merupakan asas kepada
budaya dan penting kepada masyarakat. Kemudian, nilai ialah pengiktirafan pilihan kualiti
hubungan antara cara dan matlamat dalam konteks sosial. Nilai menjadi sebahagian daripada
personaliti diri seperti pantang larang dan kepercayaan yang diamalkan dalam kehidupan.
Serta, budaya bukan material disertakan dengan norma. Norma merupakan peraturan
kawalan atau jangkaan sosial tentang tingkah laku. Peraturan ini mengajar individu harus
atau tidak melakukan beberapa perkara yang ditegah dan sebagai kawalan dengan
mengadakan hukuman atau denda bagi mereka yang melanggarnya.
Kesimpulannya, elemen budaya seperti budaya material dan budaya bukan material
membentuk tamadun yang mempunyai pelbagai keunikan dan menjadi tradisi sesebuah
kaum. Budaya ini mewujudkan teknologi baru yang dipertingkatkan dari generasi ke generasi
sehinggalah ke hari ini. Budaya ini menjadi lambang dan ketrampilan sesuatu masyarakat
yang kaya dengan kesopanan dan tatasusila yang tinggi.