Amalan Prinsip Kebebasan Beragama dan Ha

CTU 555
Malaysia History

Tajuk Tugasan

Amalan Prinsip Kebebasan Beragama dan Hak
Asasi di Malaysia.

Disediakan oleh :1. Mohamad Zakwan Bin Mohd Zaki
2. Muhammad Alimi Bin Yazid

2013656134
20133020403

Pensyarah :-

Puan Mazlah Binti Yaacob
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Uitm Cawangan Perak

Tarikh serahan :


Item

Pend.

Fakta

Analisis

Markah
Score
Jumlah

2

4

3

Rumusan Bibliografi

2

2

Profesionalis
m
2

Mohamad Zakwan Bin Mohd Zaki
2013656134

Muhammad Alimi bin Yazid
20133020403

Isi Kandungan
Kandungan
Penghargaan
Pendahuluan
Objektif
1. Prinsip kebebasan beragama

dalam Perlembagaan negara
Malaysia
1.1 Definisi Perlembagaan
1.2 Konsep kebebasan beragam
di Negara Malaysia
1.3 Perlembagaan Persekutuan
1.3.1 Perkara 3: Agama bagi
Persekutuan
1.3.2 Perkara
11
:
Kebebasan Beragama
1.3.3 Pelaksanaan Amalan
prinsip
kebebasan
beragama dan hak
asasi di Malaysia
2. Isu – Isu agama di Malaysia
2.1 Isu cerama agama Islam
daripada Dr Zakir Naik

2.2 Isu global iaitu IS dan Syiah
2.3 Isu perlaksanaan Hudud
3. Cabaran perlaksanaan prinsip
kebebasan beragama dan hak
asasi di Malaysia
4. Pandangan sendiri
5. Rujukan

Penghargaan

Muka surat
1
2
3
4

9

13


15
16

Alhamdulillah dan dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke atas Ilahi dengan
limpah kurnianya serta nikmat masa, wang dan tenaga yang dianugerahkan kepada
kumpulan kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan secara lancar bertepatan
dengan tarikh yang ditetapkan.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ucapan penghargaan kepada
pensyarah CTU, Puan Mazlah binti Yaacob atas tunjuk ajar serta bimbingan yang
diberikan untuk membantu kami bagi membuka peluang untuk menyiapkan kerja
projek ini dengan sebaiknya.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan sekumpulan (terdiri
daripada Muhammad Alimi dan Mohamad Zakwan) yang telah mengerah ilmu dan
tenaga untuk menyiapkan tugasan ini dengan baiknya.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada mereka yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tugasan ini disiapkan. Terima
Kasih.


Pendahuluan

Hak kebebasan beragama itu sendiri telah dinyatakan di dalam Islam pada
1400 tahun yang lalu. Prinsip kebebasa beragama dan hak asasi ini juga digunakan
didalam perlembagaan Malaysia.

Fitrah kita sebagai manusia, iaitu sebagai hamba tuhan mesti mempunyai
pegangan agama. Ia tertulis juga seperti didalam rukun Negara yang pertama iaitu
‘Kepercayaan kepada Tuhan’. Sewajarnya tidak wujud rakyat yang tidak beragama
kerana kepercayaan kepada tuhan iaitu tuntutan untuk beragama merupaka rukun
Negara yang paling utama.

Rakyat Malaysia harus mengetahui perkara ini kerana ia merupakan suatu
kewajipan tidak kira bangsa atau agama masing-masing. Islam merupakan agama
Persekutuan telah termaktub didalam perlembagaan Malaysia. Sepatutnya mereka
tidak la mempersoalkan aktivit-aktivi beragama melibatkan Islam di Negara ini.

Oleh demikian kami akan menerangkan prisip kebebasan beragama dan hak
asasi di Malaysia didalam kerja kursus ini. Kami akan mengupas isu-isu tentang

agama di Malaysia.

Objektif

Antara Objektif kerja kursus ini adalah untuk:

(1) Membincangkan mengenai amalan prinsip kebebasan beragama dan hak
asasi di Malaysia

(2) Membincangkan
beragama

isu-isu

agama

berkaitan

dengan


prinsip

kebebasan

(3) Menghuraikan isu kebebasan beragama dan hak asasi di Malaysia
berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia

(4) Mengenalpasti pelaksanaan yang dilakukan di Malaysia mengenai amalan
prinsip kebebasan beragama di Malaysia

(5) Membincangkan cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi dalam
pelaksanaan prinsip kebebasan beragama dan hak asasi di dalam
perlembagaan

1. Prinsip kebebasan beragama dalam Perlembagaan negara Malaysia
1.1 Definisi Perlembagaan
Definisi perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang
tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu
mesti dijalankan. Perlembagaan berperanan sebagai panduan bagi
pembentukan undang undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.

Perlembagaan secara umumnya merupakan satu dokumen yang
mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang
dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.
Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk
sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.
Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama
rasmi Persekutuan di samping agama-agama lain yang boleh diamalkan
secara aman dan damai menentukan sifat negara ini yang memelihara
kesejahteraan antara rakyat disamping menjaga kesucian agama Islam.
Peruntukan ini telah ditafsirkan oleh penulisan terdahulu yang boleh
dibahagikan kepada beberapa aliran perbincangan. Pertamanya penulisan
yang menganjurkan Malaysia sebagai negara yang memberikan
keistimewaan kepada agama Islam. Oleh itu, Malaysia tidak boleh dilihat
sebagai sebuah negara sekular, sebaliknya sebagai sebuah negara yang
mengamalkan undang-undang syariah terhadap masyarakat Islam dalam
beberapa perkara termasuklah penukaran agama.
1.2 Konsep kebebasan beragama di negara Malaysia
Definisi agama membawa maksud kepercayaan kepada kewujudan Tuhan
atau dewa-dewa, yang telah mencipta alam sejagat dan telah memberi
kepada manusia sifat kerohanian yang terus wujud selepas badannya mati.

Manakala menurut kamus undang-undang, kebebasan beragama ialah hak
untuk mengikut kepercayaan agama sebagaimana yang dipilih oleh
seseorang, hak untuk menyatakan pegangan agama secara terbuka tanpa
ketakutan atau halangan.
Walau bagaimanapun, konsep kebebasan beragama adalah berbeza
antara negara Islam dengan Barat. Kebebasan beragama menjadi penting
dalam undang-undang Islam kerana sistem perundangan Islam tidak
mewujudkan pengasingan antara undang-undang dan prinsip agama.

Menurut Fathi Uthman; “Tiada apa-apa jenis kuasa di negara Islam boleh
digunakan untuk memaksa orang untuk memeluk Islam. Fungsi asas negara
Islam, dalam hal ini, adalah untuk memantau dan menghalang kuasa-kuasa
yang mungkin berusaha untuk menafikan rakyat kebebasan kepercayaan”.
Islam sangat menghormati kebebasan dalam beragama dan
berkeyakinan. Allah dalam surah Al Baqarah (2) ayat 256 telah menegaskan,
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah
jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa
yang ingkar kepada Thaghut[1] dan beriman kepada Allah, maka
sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang
tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.


1.3 Perlembagaan Persekutuan

1.3.1 Perkara 3: Agama bagi Persekutuan
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai
Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut
cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri
itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan,
prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam,
tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan
atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju
bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh
Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua
agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah
dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi
memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam
di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini mengurangkan mana-mana
peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan
Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini

Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan
bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu
Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara
yang berhubungan dengan agama Islam.
Peruntukan Perkara 3 ini amat bersangkut paut dengan kelangsungan
kuasa Raja-raja Melayu, sebagai ketua agama Islam di persekutuan dan
di negeri-negeri. Peruntukan ini tidak mudah untuk dipinda, kerana ia perlu
mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, walaupun setelah mendapat
sokongan dua pertiga ahli parlimen. Walaupun Islam diiktiraf sebagai
agama Persekutuan, tetapi secara harmoninya, penganut-penganut
agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama
mereka.
Selain itu, agama Islam telah diterima sebagai agama negeri-negeri
Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman
penjajahan Inggeris. Penggunaan undang-undang Islam juga telah diiktiraf
di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris. Tambahan pula,
semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak
diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada raja-raja
Melayu. Ini sesuai dengan takrif Melayu; Perkara 160 mendefinisikan
Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam
bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu sesuai dengan
Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan.
1.3.2 Perkara 11: Kebebasan Beragama
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan,
tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang
hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud
sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak-(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud
agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta
mentadbirkannya mengikut undang-undang.

dan

memegang

dan

(4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang

persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa
doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti
agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang
berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan
dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.
Perkara 11 (1) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa : “Tiap-tiap
orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan,
tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.” Malah, Perkara
11 (3) Perlembagaan memberikan hak kepada penganut agama-agama ini
termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri,
menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masingmasing dan khairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang
dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
Sungguhpun begitu, kebebasan yang diberikan tersebut tidaklah
bermaksud agama-agama bukan Islam boleh menyebarkan agama
mereka kepada penganut agama Islam. Ini adalah sesuai dengan
kedudukan Islam sebagai agama tertinggi dalam Negara.Maka, Perkara
11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan
persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau
menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau
mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang
Islam.
Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan “Undang-undang Negeri
dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,
undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orangorang yang menganuti ugama Islam.” Kebebasan yang diberikan untuk
mengamalkan agama masing-masing ini juga tidaklah sehingga
membenarkan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan undangundang, mendatangkan masalah kepada kesihatan awam dan akhlak
individu yang lain. Perkara ini diperuntukkan dalam Perkara 11 (5)
Perlembagaan.
1.3.3 Pelaksanaan Amalan Prinsip Kebebasan Beragama dan Hak
Asasi di Malaysia
Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia mempunyai penduduk lebih
dari 27 juta yang terdiri daripada pelbagai jenis bangsa dan pegangan
agama. Mengikut statistik, Malaysia mempunyai 60.4 peratus penduduk
yang beragama Islam, manakala 19.2 peratus ialah Buddha, 9.1 peratus
Kristian, 6.3 peratus Hindu, dan 2.6 peratus mengamalkan agama

traditional rakyat Cina. Selebihnya adalah agama-agama lain seperti
Animisme, agama rakyat, Sikhisme dan system-sistem kepercayaan yang
lain.

Negara ini mempertahankan dua sistem kehakiman selari di negara ini.
Salah satunya adalah sistem kehakiman sekular berdasarkan undangundang dikukuhkan oleh Parlimen. Manakala yang lainnya adalah syariah
(undang-undang Islam). Mahkamah Syariah memiliki bidang kuasa mutlak
atas orang-orang yang menyatakan diri menjadi muslim. Bagaimanapun
orang bukan Muslim masih boleh memberikan keterangan kepada
mahkamah syariah dalam mencari keadilan.
Sebagaimana dalam kes Nyonya Tahir (atau dikenali sebagai Wong Ah
Kiu) yang meninggal dunia pada tahun 19 January 2006, keluarga si mati
hadir ke mahkamah memberi keterangan dan bukti yang menunjukkan
Nyonya Tahir tidak mengamalkan Islam dan mahkamah syariah
mengistiharkan Nyonya Tahir sebagai bukan Islam ketika meninggal
dunia. Pada tahun 2006 juga seorang hakim memutuskan bahawa
Perkara 121 terhad mahkamah persekutuan dari hukumnya hal-hal yang
diperintah oleh mahkamah Syariah ketika menyentuh masalah-masalah
Islam. Hal ini dipandang sebagai salah tafsir rencana oleh beberapa, dan
kes ini dalam proses banding di mahkamah rayuan.
Selain itu, prinsip kebebasan beragama di Malaysia boleh dilihat dari
segi pelaksanaan hari cuti minggu yang sudah ditetapkan sejak sekian
lama iaitu hari Ahad yang merupakan hari cuti traditional Kristian adalah
hari cuti rasmi di Wilayah Persekutuan dan juga sepuluh negeri lain di
Malaysia, berbeza dengan Negara Islam Timur Tengah. Pengecualian
adalah negeri di Kedah, Kelantan dan juga Terengganu dimana cuti
hujung minggu adalah hari Jumaat dan Sabtu. Ini adalah salah satu tolak
ansur yang diamalkan di Malaysia untuk rakyat yang beragama lain
walaupun majoriti rakyat mengamalkan agama Islam. Begitu juga dengan
perayaan kaum dan agama lain, kerajaan telah menetapkan hari cuti
rasmi untuk perayaan seperti Hari Raya Puasa (Muslim), Deepavali
(Hindu), Thaipusam (Hindu), Tahun Baru Cina (Buddha), Krismas
(Kristian) dan Hari Wesak (Budhha).
Kisah Lina Joy,yang lahir dengan nama Azalina Jailani memang tidak
asing lagi buat rakyat Malaysia berikutan dengan kes penukaran agama
dari Islam ke Kristian. Dia pertama kali mendekati Jabatan Pendaftaran
Negara (NRD) pada bulan Februari 1997, meminta izin untuk menukar
namanya menjadi Lina Joy, dan juga status agamanya. Permohonannya
ditolak pada bulan Ogos 1997 dengan alasan bahawa Mahkamah Syariah
tidak memberikan izin baginya untuk meninggalkan Islam. Pada tahun
1998, NRD mengizinkan pertukaran nama, namun menolak untuk
menukar status agama pada dirinya kad pengenalan.Joy mengajukan
banding atas keputusan di Mahkamah Tinggi, dengan alasan bahawa dia

tidak harus tunduk pada undang-undang syariah, setelah ditukar menjadi
Kristian. Pada bulan April 2001, Hakim Datuk Faiza Tamby Chik
memutuskan bahawa dia tidak boleh menukar identiti agama nya, kerana
etnik Melayu ditakrifkan sebagai Muslim di bawah perlembagaan.

Setelah semuanya tidak berjaya, kes dibawa kepada Mahkamah
Persekutuan oleh barisan pembela kepada Lina Joy. Pada awalnya ketiga
Hakim yang mendengar kes. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1
Non-muslim) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan
Mahkamah Rayuan, sehinggalah Majlis Peguam yang hanya menjadi
barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong
Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan dibenarkan oleh
Hakim yang terlibat. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam Isu
Mahkamah Syariah sudah tidak releven pada hujah Majlis Peguam, dan
isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu
utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
2. Isu-isu agama di Malaysia
2.1 Isu ceramah agama Islam daripada Dr. Zakir Naik
Dr. Zakir Naik merupakan seorang pendakwah dan penceramah islam
terkemuka di peringkat international. Baru-baru ini telah menjadi isu dimana
ceramah Dr. Zakir Naik telah dibatalkan yang bertempat di Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UteM) dengan tajuk ‘Similarities between Hinduism and
Islam’ yang bermaksud Persamaan antara Hindu dan Islam.
Kehadiran pendakwah Islam ini mendapat kecaman pelbagai pihak
seperti, Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy.. Dalam
kenyataannya di Facebook “Let us get ‘Satan’ Zakir Naik out this country!”.
Beliau menggesa supaya Pertubuhan India dan agama Hindu supaya
membuat laporan polis terhadap Dr. Zakir Naik. Ramasamy dipercayai
mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas bantahan sama dikeluarkan
oleh Hindraf dan MIC.
Perkaran ini mengundang kemarahan masyarakat islam di Malaysia
dan bertindak untuk mengecamnya. Bagaimana pun beliau berasa kesal
dengan tindakkanya pada (Ahad, 10 April 2016) lalu hingga menimbulkan
kemarahan orang ramai terutamanya umat Islam di Negara ini. Menurutnya,
dia merasakan bahawa pendakwah dari India itu menimbulkan kebencian
terhadap agama lain selain Islam.
Hal ini menyebabkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Kahlid Abu Bakar
(Selasa, 12 April 2016) mengarahkan pembatalan forum Dr Zakir bertajuk
'Similarities Between Hinduism and Islam' di Melaka agar tidak menjejas
ketenteraman awam dan sensitiviti agama.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi (Selasa, 12 April 2016) mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan
membenarkan Dr Zakir meneruskan ceramahnya di Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UteM) pada Ahad ini, namun perlu menukar tajuk
syarahannya.
Dalam isu ini, ramai yang mungulas seperti Penasihat Eksekutif
Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, impak
setiap tajuk sebenarnya sudah dikaji sebelum ia diumum kepada khalayak.
“Sebarang spekulasi hanya menimbulkan persepsi negatif selain membuka
risiko terjadinya sebarang perkara negatif. Cuma apabila tajuk yang cuba
dipolemikkan sesetengah pihak yang menimbulkan persepsi.” Kata Dr Fathul
Bari Mat Jahaya.
“Penganjur pasti sudah mengkaji sesuatu tajuk dan memastikan ia tidak
menyentuh sensitiviti mana-mana agama lain. Sebagai contoh, ia mencari titik
temu yang mengharmonikan Hindu dan Islam," katanya ketika ditemui di
pejabatnya di sini hari ini.” Katanya lagi.
Dan juga Jamil Khir berkata penukaran tajuk itu penting bagi
mengelakkan tercetusnya polemic dan timbulnya kegelisahan dalam kalangan
masyarakat Malaysia.
Seterusnya isu ini berlanjutan dengan Gadis Kristian yang dikenali
sebagai Nina telah memeluk Islam semasa ceramah Dr. Zakir Naik yang
bertajuk ‘Muslim Choice: Dakwah or Destruction’ (Pilihan Orang Islam:
Dakwah Atau Kemusnahan).
Gadis kelahiran Filipina itu mengakui mula mendalami Islam sejak
berusia 13 tahun meminta penjelasan Dr. Zakir sama ada dia sudah boleh
dianggap sebagai seorang Muslim kerana semenjak mengenali Islam dia turut
mengamalkan membaca surah al-Fatihah, ayat tiga Qul, dan ayat Kursi selain
dia juga sangat menghormati agama Islam.
Bagaimanapun, Dr Zakir melontarkan kembali pertanyaan kepada
gadis itu sama ada dia percayakan bahawa tiada tuhan selain ALLAH SWT
serta percayakan Nabi Muhamad SAW sebagai pesuruh ALLAH dan remaja
itu mengakuinya.
“Jika sudah percaya dengan dua perkara itu, kenapa tidak mengucap kalimah
syahadah,” kata Dr Zakir sebelum penceramah terkenal dunia itu mengajar
remaja berkenaan melafazkan dua kalimah tersebut.
Hal ini tidak berhenti begitu sahaja tetapi ada pihak yang telah
memfinah Dr. Zakir Naik didalam laman social Facebook diatas akaun
bernama Ustaz Abu Syafiq.

“ Punyalah nak menipu… Orang dah Islam dia pi kafirkan orang itu
supaya orang itu masuk Islam depan dia… Alahai.. Ini dah kira kafirkan orang
dah memang beragama Isalm.. Hanya kerana nak cari publisiti murahan hang
kafirkan dia lepastu suruh dia masunk Islam depan orang ramai.
Astagfirullah…” katanya didalam laman social Facebook.
Namun Nina tidak berdiam sahaja di laman sosial Facebook dan
membalas di statusnya " Nina mengkagumi semua Ustaz, kerana mereka
lebih tahu akar umbi agama sejak dari bangku sekolah (mungkin), tetapi amat
kecewa apabila Ustaz ini cuba menabur fitnah kepada saudara baru seperti
Nina serta Dr. Zakir Naik yang telah mengislamkan Nina. Semoga Ustaz itu di
bukakan hati dan kembali ke jalan yang benar seperti Nina. “
Dalam pada itu mengulas isu ini, pendakwah terkenal, Ustaz Fathul
Bari Mat Jahya menyifatkan insiden tersebut sebagai “Standard Ustaz di
Malaysia menyebabkan Islam tidak berkembang”. “ Sudahlah dia tidak
membantu mengislamkan ‘not yet Muslim”, dia kafirkan pula orang sana sini. “
Adakah dia berasa dengan cara dungu dan bodoh macam ni akan menarik
minat ‘not yet Muslim’ convert to Islam?,” ujarnya.
2.2 Isu global iaitu IS dan Syiah
Islamic State ataupun digelar sebagai IS telah menjadi sebuah
ancaman di banyak negara. IS telah ditafsirkan sebagai sebuah pertubuhan
extrimis atau militan oleh dunia kerana banyak melakukan keganasan.

Hal demikian telah menyebabkan nama Islam tercalar kerana seluruh
umat manusia yang bukan beragama Islam telah melabelkan Islam sebagai
agama pengganas. Walau bagaimana pun IS ini mungkin adalah agenda
untuk memburukkan nama baik Islam itu sendiri.

Pada 21 Oktober 2014 (Selasa), Satu perbincangan terbuka mengupas
isu sebenar kumpulan yang menggelarkan diri mereka Islamic State (IS).
Ketahui juga apa itu istilah ‘Jihad’ yang sebenarnya dan mampukah golongan
‘Militan’ ini berselindung di sebalik istilah ‘Jihad’ dan Islam.

Ia membariskan panelis terkemuka iaitu bekas Ketua Polis Negara,
Tan Sri Musa Hassan ; Ahli Akademik dan Penganalisis Politik Tempatan dan
Antarabangsa, Dr Maszlee Malik serta Timbalan Presiden dan Pengerusi
Jawatan kuasa Perhubungan Antarabangsa Pertubuhan Ikran Malaysia,
Hasanuddin Mohd Yunus.

Sementara itu, wacana ini dikendalikan moderator yang juga Ahli
Akademik serta Penganalisis Politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.
2.3 Isu pelaksanaan Hudud
Isu pelaksanaan Hudud ini sudah lama diperjuangkan oleh rakyat yang
beragama Islam di Malaysia tetapi masih lagi tidak dapat dilaksanakan di
negara ini.

Apa itu Hudud? Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka
mengenai Hudud ialah ; Hukum – hukum yang tertentu yang ditentukan oleh
Allah sama ada melalui Al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w
sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah – pesalah yang telah
melakukan kesalahan – kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam
jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh Al-Quran iaitu
zina, tuduhan zina (Qazaf ) tanpa empat orang saksi, minum arak, mencuri,
Hiribah (Perusuh/gangguan keamanan), Murtad dan Baghy (Pemberontakan).

Menurut Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang menegnai isu
hudud yang didakwa dikelirukan.

“ Ada dikalangan umat Islam yang memberi alasan bagi menolak usul
persendirian berkaitan undang – undang jenayah dengan menggunkan
beberapa perkatan yang berkaitan hukum Islam.”

Antaranya menyebut perkataan-perkataan seperti “Siyasah Syari’yyah”,
“Maqasid Syari’ah”, “Fiqh Aulawiyyat”, “Maslahah” dan lain-lain.

“Ketika membicarakan tajuk yang berat seperti ini, maka tentunya
sangatlah tidak manis sekiranya kita menjadi laksana burung kakak tua yang
pandai hanya menyebut kalimah yang diajar oleh tuannya, namun tetap
berstatus binatang tanpa akal tanpa memahami hakikat atau tasawwur
daripada perkataan yang diucap.”

“Maka menjelaskan maknanya dengan ilmu yang bersumberkan al-Quran
dan as-Sunnah adalah sangat penting.”

Ramai yang menganggap Hudud tidak sesuai dilaksanakan zaman ini da
nada perspektif yang mengatakan hukuman ini ganas dan tidak ada peri
kemanusiaan. Tuduhan-tuduhan ini adalah salah kerana mereka tidak
mengetahui hal sebenarnya.

Secara tidak langsung mereka ini membanggakan undang – undang
ciptaan manusia seperti hukuman bunuh dengan menjerut di tali gantung
sehingga mati dan hukuman penjara untuk pencuri. Hukuman – hukuman ini
ada yang tidak adil seperti hukuman penjaran setahun sedangkan dia
mencuri jutaan ringgit dan ada yang dipenjara berpuluh tahun kerana mencuri
hanya ribuan ringgit sahaja.

Hal ini menunjukkkan undang – undang kini tidak sehebat undang –
undang yang disyariatkan oleh Allah kepada umat Islam. Hukum Hudud
bersifat mendidik kepada masyarakat dan bersesuaian dengan kesalahannya
seperti berdasarkan Al – Quran, Surah an - Nur ayat 2

Yang bermaksud :- Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina,
hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat;
dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap
keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman
kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa
yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang
beriman.

Hukuman penzina yang belum berkahwin sebanyak 100 kali sebatan dan
hukuman penzina ini wajib dilaksanakan dihalayak ramai kerana bertujuan
untuk mendidik masyarakat tentang beratnya hukuman penzina.

3. Cabaran pelaksanaan prinsip kebebasan beragama dan hak asasi di
Malaysia.
Pelaksanaan prinsip kebebasan beragama dan hak asasi selalu
menjadi konflik dengan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan di dalam
Perlembagaan
Malaysia.
Sepatutnya
tiada
permasalahan
dalam
perlaksanaan undang – undang Islam kerana Islam adalah agama rasmi di
negara ini.

Ianya tidak pelik jika masih ramai yang tidak faham dengan agama
Islam kerana bukan semua rakyat Malaysia beragama Islam tetapi umat Islam
sendiri pun masih ramai yang tidak memahami kewajipan untuk mematuhi
syariat Islam.

Dalam perlembagaan tertulis di dalam Sembilan peruntukan dibawah
Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan di bawah tajuk Kebebasan Asasi. Ia
bermula dengan Perkara 5 yang mengkanunkan paa yang dipanggil
kebebasan diri dan berakhir dengan Perkara 13 yang melindungi hak
terhadap harta. Namun hak – hak asasi ini pada praktiknya merujuk kepada
Parlimen serta tafsiran mahkamah.

Dalam Islam sendiri telah menyatakan untuk umat manusia bebas
untuk memeluk agama. Seperti disebutkan didalam Al-Quran (Surah alBaqarah, ayat 256), Allah berfirman yang bermaksud “Tidak ada paksaan
dalam agama. Sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kebatilan”

Ayat ini telah memperlihatkan kepada kita bahawa tiada paksaan untuk
memeluk agama Islam itu sendiri kerana Islam itu bukan agama paksaan.
Seseorang yang tidak beragama Islam tidak boleh dipaksa untuk memeluk
agama Islam. Islam itu sendiri telah nyata kebenarannya daripada kebatilan
(agama selain Islam).

Hal ini ramai yang menyalah tafsir mengatakan bahawa mereka bebas
beragama kerana Islam bukan agama paksaan, maka ada umat Islam sendiri
ingin keluar daripada Islam disebabkan salah faham. Ia sepatutnya ditafsir

sekali dengan maksud seterusnya bahawa Islam adalah agama yang benar.
Maka jika telah beragama Islam iaitu agama yang benar, kenapa perlu keluar
dari Islam dan pergi memeluk agama yang terpesong?

Masih lagi ramai umat Islam yang tidak celik ilmu berkenaan agama
Islam menyebabkan mereka merosakkan diri mereka sendiri. Dan Allah
berfirman didalam Surah al-Baqarah, ayat 217 yang bermaksud “Barangsiapa
murtad dari kalangan kamu daripada agamanya (Islam), lalu dia mati, maka
dia adalah kafir. Maka terbatal segala amalan mereka di dunia dan di akhirat.
Mereka adalah ahli nereka, dan kekal dalamnya selama-lamanya.”

Hadis diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda bermaksud “Barangsiapa yang menukar agamanya (keluar dari
Islam), maka bunuh olehmu akannya”. Hadis ini telah menjadi rujukan dalam
hukum Hudud bagi umat Islam yang murtad akan dikenakan hukuman bunuh.

4. Pandangan sendiri
Sebagai seorang rakyat Malaysia dan beragama Islam, sepatutnya
masyarakat Islam wajib untuk cakna dengan ilmu dan isu semasa yang
berlaku didalam dan luar negara. Kita tidak boleh mengharapkan orang bukan
Islam untuk memahami Islam itu sendiri andai kita yang beragama Islam tidak
mendalaminya.

Mencari ilmu adalah sebahagian daripada iman kerana dengan ilmu
pengetahuan, keimanan kita kepada Allah S.W.T akan bertambah.
Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin
Mas’ud r.a yang bermaksud;

“Barangsiapa yang mempelajari ilmu satu bahagian sahaja, ia
mengambil manfaat dari ilmu tersebut untuk kepentingan dunia dan akhirat,
itu lebih baik baginya daripada berusia 7000 tahun, berpuasa siang harinya
dan solat pada malamnya (Sunnah) itu diterima tanpa ditolak.”

Lihatlah betapa petingnya ilmu ditekankan oleh Rasulullah kerana
tanpa ilmu kita pasti binasa ditipu dan diseleweng oleh musuh–musuh kita.
Apabila tiada ilmu, mudahlah musuh–musuh Islam membangkitkan isu yang

sepatutnya hanya perkara remeh dan kecil tetapi dibesarkan dan bertambah
buruk disebabkan segelintir umat Islam sendiri yang tidak berilmu.

Berjuanglah demi Islam bukan demi kepentingan diri sendiri sahaja
kerana tanpa Islam siapalah kita hari ini. Tanpa Islam tertegaknya di bumi
Malaysia, pasti akan kehidupan kita tidak aman dan harmoni seperti hari ini.
Islam itu bersifat syumul iaitu menyeluruh. Jadi janganlah kamu hanya
mengambil sebahangian darinya dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Umpama seperti sebuah kereta, kita mengambil badannya tetapi
membuang enjinnya. Maka kereta tersebut tidak akan berfungsi seperti yang
sepatutnya. Begitu juga dengan Islam. Laksanakan semua perintah Allah,
pasti selamat dunia dan akhirat. Wallahu a’lam

5. Rujukan
1. Konsep
Kebebasan
Beragama
di
Malaysia.
(2015).
http://konsepkebebasanberagama.blogspot.my/
2. Malaysia, Perlembagaan Persekutuan. "Constitution Malaysia." Petaling
Jaya, Malay-sia: International Law Book Service (2002).
3. Sheridan, Lionel Astor, Harry E. Groves, and Malesia. The Constitution of
Malaysia. Oceana Publications, 1967.
4. Adil, Mohamed Azam Mohamed. "Law of apostasy and freedom of religion
in Malaysia." Asian Journal of Comparative Law 2 (2007): 1-36.
5. Mohd, Khadijah. "Khambali@ Hambali & Mohd Herzali Mohd Haled. 2008.
Toleransi beragama dan amalannya di Malaysia: rujukan kepada Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan Malaysia." Jurnal Usuluddin 27: 81-92.
6. Hentikan polemic tajuk ceramah Dr Zakir – Fathul Bari (2016).
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hentikan-polemik-tajukceramah-dr-zakir-fathul-bari-102564
7. Hadi perjelas isu Hudud yang didakwa dikelirukan (2015).
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hadi-perjelas-isu-hudud-yangdidakwa-dikelirukan-56438
8. Penjelasan mantap Dr Zakir Naik punca saya peluk Islam (2016).
http://babab.net/out/penjelasan-mantap-dr-zakir-naik-punca-saya-pelukislam.html
9. ‘Saya kecewa Ustaz ini cuba fitnah saya, Dr Zakir’ – Nina (2016).
http://www.mynewshub.cc/2016/04/16/saya-kecewa-ustaz-ini-cuba-fitnahsaya-dr-zakir-naik-nina/
10. Tanggungjawab Jakim turut mencakupi isu global termasuk IS dan Syiah
(2015). http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanggungjawab-jakimturut-mencakupi-isu-global-termasuk-dan-syiah-80132
11. Tiada paksaan dalam agama !! Jom berwacana (2010). http://g82.blogspot.my/2010/09/tiada-paksaan-dalam-agama-jom-berwacana.html