E PEMBELAJARAN PERLAKSANAANNYA SEBAGAI

E-PEMBELAJARAN: PERLAKSANAANNYA SEBAGAI KAEDAH DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN, PAHANG
Muraly Tharen a/l Rengasamy, Nor Rizal Bin Md Noar
Kolej Komuniti Kuantan
muralytr@yahoo.com, mrezzmn@yahoo.com

ABSTRAK
E-Pembelajaran menjadi kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada masa kini dan
hadapan. Sekiranya dilaksanakan dengan baik kaedah ini berupaya menjadikan proses PdP menjadi
lebih berkesan dan efektif. Kajian ini merupakan himpunan beberapa sumber bacaaan, dua kajian kes
berkaitan e-Pembelajaran dan analisa satu laporan pemarkahan peperiksaan. Kajian yang telah dibuat
adalah berdasarkan persepsi pelajar dan pensyarah terhadap sistem e-Pembelajaran di Kolej Komuniti
Kuantan. Responden kajian adalah terdiri daripada 55 orang pensyarah dan 25 orang pelajar. Pelajar
dan pensyarah yang terlibat adalah terdiri daripada program Sijil Pelukis Pelan Senibina (SPS), Sijil
Mekanikal Pembuatan (SMN), Sijil Teknologi Elektrik (STE) dan Unit Pengajian Am. Analisis yang
dibuat mendapati penggunaan sistem e-Pembelajaran dalam pelaksanaan PdP di Kolej Komuniti
Kuantan memberi kesan peningkatan terhadap pembelajaran pelajar. Hasil dapatan menunjukkan ratarata responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penilaian dan kandungan sistem ePembelajaran. Hubungan analisis ini maka dapat dirumuskan bahawa sememangnya penggunaan
sistem e-Pembelajaran dapat memberi impak positif dan memberi manfaat kepada pelajar dan
pensyarah untuk melaksanakan aktiviti PdP secara atas talian.
Kata Kunci : e-Pembelajaran, pencapaian akademik pelajar


1.0

PENGENALAN
Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa dalam abad ke-21,
sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian tinggi perlu mempunyai hala tuju masingmasing dalam memberi cabaran pendidikan kepada pelajar pelajarnya. Kaedah pembelajaran
elektronik merupakan salah satu kaedah PdP yang penting pada masa kini.
Ia turut dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025. Terdapat
sepuluh lonjakan yang digariskan di dalam pelan tersebut bagi mentransformasikan sistem
sedia ada. Pembelajaran dalam talian tahap global (GOL) merupakan lonjakan kesembilan
yang memberikan penekanan terhadap pembelajaran berasaskan ICT. Kadar penggunaan
internet di Malaysia pada masa kini pada tahap 67% iaitu ketujuh tertinggi di Asia. Hal ini
membolehkan pencapaian matlamat yang tertera dalam Dasar e-Pembelajaran Negara
(DePAN).
Kepentingan GOL mampu menjadi satu model pembelajaran bersepadu (blended learning)
yang akan menjadi pendekatan pedagogi utama semua institut pengajian tinggi (IPT). Pelajar
akan mendapat manfaat daripada prasarana siber yang mantap untuk menggunakan teknologi
seperti sidang video, penstriman langsung dan Massive Open Online Courses (MOOC). Bagi
mencapai hasrat ini, kementerian akan bekerjasama dengan IPT untuk membina keupayaan

komuniti akademik, meneroka penubuhan platform e-Pembelajaran kebangsaan untuk

membangun kandungan MOOC.
Kolej Komuniti Kuantan telah mengorak langkah dengan melaksanakan e-Pembelajaran
terhadap pelajar semester satu bagi program SPS, SMN dan STE sebagai projek rintis.
Keberkesanan dan kelemahan kaedah pembelajaran ini perlu dikaji bagi meneruskan kaedah
ini secara menyeluruh terhadap semua modul yang ada di Kolej Komuniti Kuantan. Sebagai
permulaannya, terdapat dua kajian awal pada tahun 2015 yang berkaitan dengan persepsi
responden terhadap sistem e-Pembelajaran ini. Selain daripada itu, analisis terhadap
pemarkahan pelajar yang terlibat turut diambil kira bagi menilai keberkesanan e-Pembelajaran
di kolej ini.

2.0

OBJEKTIF
Objektif kajian ini ialah untuk:
1. Meneliti tahap keberkesanan penggunaan e-Pembelajaran yang baru dilaksanakan di Kolej
Komuniti Kuantan, Pahang khusus kepada aktiviti PdP pelajar semester satu bagi program
Sijil Pelukis Pelan Senibina (SPS), Sijil Mekanikal Pembuatan (SMN) dan Sijil Teknologi
Elektrik (STE).
2. Melihat perhubungan di antara penggunaan e-Pembelajaran dengan pencapaian akademik
pelajar berdasarkan laporan peperiksaan yang terlibat.


3.0

KEPENTINGAN PENULISAN
Kepentingan kajian ini adalah:
1. Memahami keperluan menaiktaraf serta memperbaiki kekurangan terhadap antaramuka
sistem e-Pembelajaran agar lebih mesra pengguna.
2. Memurnikan sistem e-Pembelajaran dari aspek penyusunan serta pembangunan interaktif
dan rekabentuk supaya sistem boleh digunakan dengan lebih berkesan.
3. Meningkatan kualiti penyediaan dan perkongsian alat bantu mengajar (ABM) yang
disediakan oleh pensyarah kepada pelajar.
4. Memberi maklumat kepada unit kualiti Kolej Komuniti Kuantan terhadap keberkesanan
penggunaan e-Pembelajaran dan kesannya kepada tahap pencapaian akademik pelajar.
5. Membantu penyelidik-penyelidik masa hadapan untuk meneruskan kajian yang berkaitan
dengan e-Pembelajaran.

4.0

TINJAUAN LITERATUR
4.1 Konsep e-Pembelajaran

Secara umumnya, pembelajaran elektronik (e-Pembelajaran) adalah satu bentuk PdP yang
menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk menyampaikan isi
kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, intranet, satelit, tape audio/ video, TV
interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam
kategori ini (Kaplan, 1999).
Pengajaran boleh dijalankan secara pada waktu yang sama (synchronous) atau pada waktu
yang berbeza (asynchronous). Bahan PdP yang disampaikan melalui media ini mempunyai
ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus
menyediakan kemudahan untuk perbincangan kumpulan serta bimbingan boleh dijalankan
secara di atas talian (Learnframe, 2001).
E-Pembelajaran membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan
pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarak jauh di samping membolehkan
pembelajaran berlangsung secara berterusan. (Rosmah, Rasidah, Nor Liza dan Rohayu, 2001).
Bates seorang pakar dalam bidang e-Pembelajaran menjelaskannya dengan mengunakan
konsep kontinum e-Pembelajaran (e-learning continuum) (Bates, 2001). Penerangan konsep
ini ditunjukkan pada Rajah 1. Ia bermula dengan situasi tanpa pembelajaran atas talian kepada
pembelajaran atas talian sepenuhnya. Ia merangkumi empat kaedah pembelajaran iaitu kaedah
pembelajaran bersemuka di dalam kelas, pembelajaran bersemuka dengan bantuan teknologi,
pembelajaran kurang bersemuka bersama PdP atas talian dan akhir sekali pembelajaran jarak
jauh. Pembelajaran dengan bantuan teknologi yang diterangkan adalah merangkumi aktiviti

seperti menyediakan laman web kursus yang mempunyai hubungan dengan laman lain, pelajar
mampu menaikturun dokumen slaid PowerPoint yang diajar serta mampu melaksanakan
pembentangan dan perbincangan secara atas talian.
Rajah 1 : Konsep Kontinum e-Pembelajaran

Sumber : Diadaptasi daripada Bates, (2001)

Konsep e-Pembelajaran yang digunakan di Kolej Komuniti Kuantan lebih mirip kepada
kaedah pembelajaran bersemuka dengan bantuan teknologi sepertimana yang digambarkan
pada konsep Kontinum e-Pembelajaran. Proses PdP di Kolej Komuniti Kuantan sentiasa
mengamalkan pembelajaran secara bersemuka di dalam bilik kuliah, makmal dan bengkel.
Bahan alat bantu mengajar (ABM) seperti nota, slaid pembentangan, demonstrasi melalui
tayangan video serta penilaian pelajar akan dimasukkan ke dalam sistem e-Pembelajaran
kolej. Semua pensyarah modul diberikan katalaluan bagi proses kerja-kerja mengemaskini
modul masing-masing sepanjang semester.
Rajah 2: Konsep e-Pembelajaran Kolej Komuniti Kuantan

E-Pembelajaran Kolej Komuniti Kuantan boleh dicapai melalui alamat berikut
http://192.168.20.100/moodle/ . Paparan grafik berikut akan keluar sebaik sahaja pengguna
membuat capaian alamat tersebut.

Rajah 3: Portal E-Learning Kolej Komuniti Kuantan

4.2 Kekuatan dan kelemahan e-Pembelajaran
Dengan adanya sistem e-Pembelajaran, ianya secara tidak langsung membantu pelajar dan
pensyarah dalam proses memberi maklumat tanpa mengira lokasi dan masa. Kandungan
bahan ABM dan penilaian juga mampu dikemaskini dalam masa yang singkat dengan kata
lain ianya mampu menjimatkan kos dan juga tenaga kerja. Selain itu, pelajar juga mempunyai
ruang untuk belajar sendiri mengikut kesesuaian masa pelajar. Terdapat juga pelajar yang
mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi melalui rakan sebaya melalui chat group
atau bulletin boards. (Alam Pendidikan Bulletin Board, 2001)
Namun yang demikian disebalik kelebihan yang mampu dikecapi oleh pihak kolej, terdapat
beberapa kelemahan dan kekangan yang perlu dihadapi dalam menjayakan kaedah PdP
sebegini. Kelemahan utama dalam pelaksanaan e-Pembelajaran adalah kos infra ICT yang
tinggi. Kolej Komunti Kuantan telah memperolehi peruntukan sebanyak 1.5 juta untuk
memperbaharui dan menaiktaraf sistem ICT pada tahun 2014. Bajet yang diperuntukan ini
adalah merangkumi kerja-kerja menaiktaraf bilik server, pembelian peralatan rangkaian
komputer dan server, memasang dan menyelenggara persekitaran rangkaian komputer kolej
serta memberi latihan pentauliahan kepada pegawai yang terlibat dengan pengurusan ICT
Kolej Komuniti Kuantan.
Dengan adanya kelengkapan peralatan serta latihan meningkatkan kemahiran pensyarah

dalam mempelajari sistem e-Pembelajaran, maka kolej mampu melaksanakan kaedah PdP ini
bermula pada pertengahan tahun 2014. Peningkatan sistem sememangnya dikemaskini dari
masa ke semasa bagi meningkatan kualiti dan mesra pengguna. Tumpuan juga diberikan
kepada kualiti kandungan bahan ABM dan penilaian yang diberikan kepada pelajar. Proses ini
memerlukan komitmen dari semua pihak supaya sistem ini dapat digunakan dengan lebih
berkesan.
5.1

ANALISIS DATA
Analisa data ini diperolehi daripada dua kajian kes yang dibuat di Kolej Komuniti Kuantan
serta Laporan Keputusan Peperiksaan Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Kuantan (20142015). Kajian kes oleh Azliza Yusop dan Normilawati Hassan (2015) adalah berkaitan dapatan
persepsi pensyarah manakala kajian kes oleh Normilawati Hassan dan Azliza Yusop (2015)
pula adalah dapatan persepsi pelajar terhadap sistem e-Pembelajaran. Pembacaan dan analisa
data diasingkan kepada beberapa bahagian bagi memudahkan mengenalpasti maklumat
penting. Berikut merupakan bahagian yang telah dibuat:
i) Menilai hasil dapatan penggunaan e-Pembelajaran di kalangan pelajar semester satu
program SPS, SMN dan STE di Kolej Komuniti Kuantan.
ii) Menilai hasil dapatan penggunaan sistem e-Pembelajaran di kalangan pensyarah di Kolej
Komuniti Kuantan.
iii) Membuat analisis laporan peperiksaan terhadap pelajar yang terlibat.

Tujuan utama analisa ini dibuat adalah bagi melihat hubungan yang boleh dirumuskan dari
sudut persepsi pensyarah dan pelajar terhadap sistem e-Pembelajaran serta pencapaian pelajar
dalam modul yang terlibat dengan e-Pembelajaran pada sesi pengambilan terdahulu.

Berdasarkan pembacaan kajian, didapati kedua-dua kajian tersebut menggunakan kaedah
penyelidikan berbentuk kuantitatif dan set soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul
data. Bagi menangani kes kebolehpercayaan dan keesahan data pula, set soal selidik yang
dibuat adalah mengikut format dan diukur menggunakan skala likert. Interpretasi tahap julat
skor min adalah seperti berikut :
Jadual 1 : Aras Tafsiran Nilai Min
Skor Min
1.00 – 2.50
2.51 – 3.50
3.51 – 5.00

Tahap
Rendah
Sederhana
Tinggi


Sumber : Diadaptasi daripada Wiersma W., (1995)
Berikut merupakan jadual daripada kajian yang terlibat digabungkan bagi melihat jurang
perbezaan penilaian persepsi antara pensyarah dan pelajar:
Jadual 2 : Persepsi pensyarah dan pelajar terhadap aplikasi e-Pembelajaran dari aspek penilaian
sistem e-Pembelajaran yang digunakan dalam proses PdP
Kajian 1:
Persepsi Pensyarah

Item

Penyataan

A) Mesra Pengguna
Paparan penuh di dalam sistem e-Learning ini
1
membolehkan anda melihat kandungannya dengan
mudah.
2
Fail boleh dimuat turun dengan mudah.
Menu navigasi membantu anda menggunakan

sistem e-Learning dengan mudah.
Pautan ke laman utama (main page) dan laman4
laman tambahan memudahkan anda mengendalikan
Sistem e-Learning ini.
Skor keseluruhan
3

Kajian 2:
Persepsi Pelajar

Skor
Min

Tahap

Skor
Min

Tahap


3.53

Tinggi

4.80

Tinggi

3.58

Tinggi

3.72

Tinggi

4.88

Tinggi

3.54

Tinggi

3.58

Tinggi

4.88

Tinggi

3.56

Tinggi

4.57

Tinggi

(B) Interaktiviti dan Rekabentuk
5

Elemen-elemen dan ikon di dalam sistem eLearning ini sangat interaktif.

3.58

Tinggi

4.20

Tinggi

6

Apabila diklik, opsyen yang berkaitan di menu
akan berfungsi seperti yang diharapkan.

3.54

Tinggi

4.92

Tinggi

7

Apabila diklik, kebanyakan pautan yang diberikan
untuk ke laman web lain berfungsi dengan baik.

3.53

Tinggi

4.92

Tinggi

8

Paparan grafik pada sistem e-Learning ini amat
sesuai dan menarik

3.29

Sederhana

4.04

Tinggi

9
10
11

Saiz tulisan yang digunakan membuatkan sistem
e-Learning ini kelihatan menarik.
Latar belakang dan penggunaan warna pada
paparan sistem e-Learning yang digunakan adalah
menarik.
Stail yang digunakan dari laman ke laman
membuatkan sistem e-Learning ini menarik.

12 Capaian antara halaman sangat interaktif
Skor keseluruhan

3.54

Tinggi

3.92

Tinggi

3.47

Sederhana

3.72

Tinggi

3.58

Tinggi

3.72

Tinggi

3.53
3.51

Tinggi

3.92
4.17

Tinggi
Tinggi

Tinggi

Berdasarkan Jadual 2 dapat dirumuskan bahawa pensyarah dan pelajar tidak menghadapi
masalah dari aspek sistem e-Pembelajaran yang mesra pengguna. Masing-masing bersetuju
dengan memberikan markah min skor keseluruhan ialah 4.06. Didapati pelajar memberikan
skor yang lebih tinggi berbanding dengan skor pensyarah.
Dari aspek interaktif dan rekabentuk sistem pula dapatan menunjukkan markah min skor
keseluruhan ialah 3.84. Kedua-dua skor ini berada ditafsiran tahap yang tinggi. Didapati juga
pelajar turut memberikan skor yang lebih tinggi bagi setiap item berbanding pensyarah.
Pensyarah memberikan skor sederhana bagi item 8 dan 10. Ianya berkemungkinan pensyarah
merasakan paparan grafik, latarbelakang dan penggunaan warna pada paparan sistem boleh
dibaiki supaya ianya lebih menarik.
Jadual 3 : Persepsi pensyarah dan pelajar terhadap aplikasi e-Pembelajaran dari aspek kandungan
sistem e-Pembelajaran yang digunakan dalam proses PdP
Kajian 1:
Persepsi Pensyarah

Item

Skor
Min

Penyataan

Tahap

Kajian 2:
Persepsi Pelajar

Skor
Min

Tahap

4.08
3.52
3.52

Tinggi
Tinggi
Tinggi

Tinggi
Tinggi
Tinggi
-

(C) Kegunaan dan Kesesuaian
13

14

15

Informasi yang diberikan di dalam sistem
e-Learning adalah menepati kehendak pengajaran
dan pembelajaran.
a. Teori (Nota Teori)
b. Amali (Video & Animation)
c. Penilaian (Kuiz & Ujian)

3.58
3.53
3.47

Tinggi
Tinggi
Sederhana

Informasi yang diberikan di dalam sistem
e-Learning tersebut disampaikan dengan jelas.
a. Teori (Nota Teori)
b. Amali (Video & Animation)
c. Penilaian (Kuiz & Ujian)
Informasi yang diberikan
pensyarah
dalam
proses
pembelajaran.

boleh membantu
pengajaran
dan

Tinggi
Tinggi

3.54
3.52
3.29

Sederhana

4.20
3.52
3.52

3.58

Tinggi

-

16

Informasi yang diberikan boleh membantu pelajarpelajar di dalam subjek-subjek yang dipelajari.

Pautan-pautan yang disediakan dapat membantu
pensyarah dan pelajar dalam memperkemaskan lagi
mutu pengajaran dan pembelajaran.
Aplikasi
e-Learning
membantu
pelajar
18
mempraktikkan Self Learning Time (SLT).
Skor keseluruhan
17

3.52

Tinggi

3.88

Tinggi

3.53

Tinggi

3.88

Tinggi

3.58

Tinggi

3.72

Tinggi

3.51

Tinggi

3.76

Tinggi

Berdasarkan Jadual 3 dapat dirumuskan bahawa pensyarah dan pelajar juga tidak menghadapi
masalah dari aspek kegunaan dan kesesuaian sistem e-Pembelajaran. Dapatan menunjukkan
markah min skor keseluruhan ialah 3.64. Bagi aspek ini pelajar memberikan skor yang lebih
tinggi berbanding pensyarah.
Item 13c dan 14c merupakan pernyataan berkaitan penilaian terhadap pelajar. Didapati
pensyarah memberikan skor yang sederhana pada bahagian ini. Ini berikutan pensyarah lebih
memahami struktur kursus dan berkemungkinan mereka merasakan ianya perlu dikaji semula
untuk memperbaiki kandungan penilaian pelajar.
Berikut pula analisis pemarkahan yang dibuat bagi melihat samada berlaku peningkatan
kecemerlangan dalam modul-modul tertentu mengikut program. Analisis rekod pemarkahan
yang dibuat adalah bagi pelajar semester satu program Sijil Pelukis Pelan Senibina, Sijil
Mekanikal Pembuatan dan Sijil Teknologi Elektrik.
Hanya tiga sesi pengambilan yang dipilih berikutan bagi membuat perbandingan sebelum
sistem dibangunkan (Sesi Nov 2013), sistem digunakan tetapi tidak menyeluruh (Sesi Julai
2014) dan sistem digunakan secara menyeluruh (Sesi Nov 2014). Peningkatan dan
kemerosotan kecemerlangan pelajar dapat menggambarkan keberkesanan penggunaan sistem
e-Pembelajaran dalam proses PdP di kolej.
Graf 1 : Perbandingan pelajar yang mendapat status cemerlang mengikut modul bagi
program Sijil Pelukis Pelan Senibina
Modul SPS
1033

Modul SPS
1025

Modul SPS
1015

Berdasarkan paparan Graf 1, dapat diperhatikan bahawa modul Bahan Binaan 1 (SPS 1033),
Grafik Senibina 1 (SPS 1025) dan Lukisan Kerja (SPS 1015) berlaku peningkatan peratusan
status pelajar cemerlang. Peningkatan keputusan pelajar sebegini menggambarkan pelajar
lebih memahami apa yang dipelajari dengan lebih baik berikutan proses PdP ditambahbaik.
Graf 2 : Perbandingan pelajar yang mendapat status cemerlang mengikut modul bagi
program Sijil Mekanikal Pembuatan
Modul SMN
1023

Modul SMN
1034

Modul SMN
1013

Berdasarkan paparan Graf 2 pula, dapat diperhatikan bahawa ketiga-tiga modul iaitu Lukisan
Kejuruteraan (SMN 1023), Pneumatik (SMN 1034) dan Teknologi Workshop (SMN 1013)
mengalami peningkatan peratusan status pelajar cemerlang. Peratusan yang dicapai adalah
masing-masing 100% bagi setiap modul.
Graf 3 : Perbandingan pelajar yang mendapat status cemerlang mengikut modul bagi
program Sijil Teknologi Elektrik
Modul STE
1112

Modul STE
1122

Modul STE
1146

Paparan Graf 3, dapat diperhatikan bahawa ketiga-tiga modul juga berlaku peningkatan
peratusan status pelajar cemerlang. Modul yang terlibat ialah Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (STE 1112), Prinsip Elektrik 1 (STE 1122) dan Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal
(STE 1146).
6.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Secara keseluruhan hasil dapatan menunjukkan perlaksanaan sistem e-Pembelajaran di Kolej
Komuniti Kuantan telah memberikan impak yang baik kepada pelajar dan pensyarah.
Beberapa cadangan penambahbaikan perlu dibuat bagi sistem e-Pembelajaran ini dapat
digunakan dengan lebih berkesan. Aspek yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
i)

Paparan antaramuka, latarbelakang dan penggunaan warna perlu lebih mesra pengguna
dan menarik.

ii) Isi kandungan penilaian (kuiz dan ujian) perlu dimurnikan semula supaya bersesuaian
dengan struktur kursus.
iii) Penggunaan sistem e-Pembelajaran perlu dibuat secara menyeluruh terhadap modul lain.
iv) Sistem dicadangkan dinaiktaraf dengan memasukkan aspek penilaian secara atas talian.
v)

Sistem dicadangkan mempunyai rekod kekerapan penglibatan pelajar dan pensyarah yang
aktif melaksanakan perbincangan atas talian (online discussion) seperti cadangan Bates
2001.

Dengan terlaksananya semua penambahbaikan dan pemurnian aspek di atas diharapkan Kolej
Komuniti Kuantan mampu mencapai lonjakan kesembilan seperti yang terkandung di dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015–2025 yang merupakan
kesinambungan kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), yang dilancarkan
pada tahun 2007.

7.0

KESIMPULAN
Hasil dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang amat baik di antara penggunaan sistem ePembelajaran dengan tahap pencapaian akademik pelajar. Perhubungan ini bermaksud,
semakin tinggi persediaan pelajar dan pensyarah dalam menggunakan sistem e-Pembelajaran,
maka secara tidak langsung tahap pencapaian akademik pelajar akan meningkat dan begitulah
sebaliknya. Ini berikutan didapati keseluruhan responden memberikan persepsi yang positif
terhadap aspek yang dinilai serta analisa pencapaian peningkatan pelajar yang mendapat status
cemerlang mengikut modul yang terlibat juga menunjukkan peningkatan yang baik. Adalah
diharapkan agar sistem e-Pembelajaran yang dibangunkan di Kolej Komuniti Kuantan sebagai
salah satu kaedah PdP diperluaskan penggunaannya kepada modul-modul lain secara
menyeluruh. Semoga dengan pemurnian dan pemantapan kaedah ini mampu meningkatkan
pencapaian akademi pelajar dan peningkatan kemahiran pensyarah di masa akan datang.

7.0

RUJUKAN
Wiersma W. (1995). Research Methods in Education: An Introduction.
Boston: Allyn an Bacon.
Kaplan, L. (1999). The Cost of Networked Learning. Sheffield, UK: Sheffield Hallam
University. Dicapai pada Oktober 11, 2012 dari www.shu.ac.uk/cnl/report1.html
Bates, T. (2001). National Strategies for E-learning in Post-Secondary Education.
Paris: UNESCO: International Institute for Education Planning
Learnframe (2001). [Dalam Talian] http://www.elearningshowcase.com/elearnfaq
[2001, May 31]
Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001). E-Pembelajaran dalam pendidikan.
Diperoleh pada Mei 19, 2012 dari http://www.scribd.com
Buletin Board (2001). [Dalam Talian] http://www.ppk.kpm.my/ [2001, June 13]
Rubiah Omar dan Jamilah Hj. Ahmad (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan
e-Pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia
34(1),55-172
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015–2025. Dimuat turun
pada 15 Mei, 2015, daripada http://hes.moe.gov.my/event/
Azliza Yusop dan Normilawati Hassan (2015). Dimuat turun pada 8 Jun, 2015, daripada
http://www.academia.edu/12872262/KAJIAN_PERSEPSI_PENSYARAH_
TERHADAP_APLIKASI E-LEARNING_SEBAGAI_SUMBER PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI_KOLEJ_KOMUNITI_KUANTAN
Normilawati Hassan dan Azliza Yusop (2015). Dimuat turun pada 8 Jun, 2015, daripada
https://www.academia.edu/12872155/KAJIAN_PERSEPSI_PELAJAR_TERHADAP_
APLIKASI_SISTEM_E-LEARNING_KOLEJ_KOMUNITI_KUANTAN SEBAGAI
SUMBER_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_TERKINI_DI_KOLEJ_
KOMUNITI_KUANTAN
Laporan Keputusan Peperiksaan Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Kuantan (2014-2015)