Apakah Makna konfusius Konfusianisme dan

Apakah Makna konfusius, Konfusianisme dan ahli konfusian?
Isa Ma Liziang, Lee Wai Seng, Elvis Wong Sie Hin, Roshaslin Binti Ali

Konfusius
Konfusius merupakan nama latin bagi seorang yang sangat dikenali di China, iaitu Kong Zi (孔子)
atau nama lain Kong Zhongni (孔仲尼). Beliau merupakan rakyat Negara Lu yang berbangsa Han.
Konfusius dilahirkan pada tahun (551 SM-479SM) di negeri Lu iaitu di China Timur, bahagian
selatan wilayah Shangtung. Susur galur keturunannya berasal daripada anggota kerabat di raja Duke
Shang, iaitu satu dinasti sebelum dinasti Zhou. Oleh sebab berlakunya kekacauan politik,
keluarganya mula berubah daripada beberapa generasi dahulu sebelum Kongzi dilahirkan. Selepas
kejadian itu keluarga Kong Zi berhijrah ke negari Lu .

Beliau merupakan seorang bangsawan yang berakhlak mulia serta berpengetahuan tinggi . Kong Zi
pernah menjadi pegawai am kerajaan semasa muda , tetapi kebanyakan masa dalam hayat beliau
melibatkan diri dalam bidang pendidikan. Konfusius tidak pernah terfikir untuk menulis karya
beliau sendiri bagi tatapan generasi masa depan . Namun begitu , beliau tetap menulis tetapi dengan
bertujuan untuk kepuasan diri sendiri dan sebagai hobi serta tidak digunakan dalam urusan rasmi.
Kong Zi adalah guru persendirian pertama dan bukanlah penulis persendirian pertama meksipun
beliau turut terlibat dalam menghasilkan pelbagai penulisan. Sumbangan beliau dalam
perkembangan pendidikan China adalah sangat banyak.


Konfusianisme
Secara umum, Kong Zi merupakan seorang pendidik, ahli falsafah, dan juga boleh dikatakan
seorang ahli politik. Dalam hayatnya, beliau sangat berharap supaya para pengikutnya menjadi
manusia “serba boleh “yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Anak-anak muridnya
memberikan penghargaan yang tinggi terhadap Kong Zi. Sehingga kini, banyak teori pembelajaran
dan pengajarannya masih dijadikan rujukan serta model bagi para pendidik .Menurut catatan sejarah,
dipercayai bahawa beliau mempunyai beribu-ribu orang murid. Beliau telah berjaya mendidik ramai
pelajar yang berbakat dan berpengetahuan tinggi . Kong Zi meninggal dunia pada tahun 479 SM .

Kongzi

孔子

adalah pengasas bagi ajaran konfusius, tetapi sebelum kongzi mendirikan ajaran

konfusius ,perkataan “konfusius” telah muncul .Secara umum, ahli konfusian dan konfusius
terdapat hubungan yang rapat, tetapi ia bukan benda yang sama. Kita harus menkaji kedua-dua
perkataan ini supaya tidak disalah erti mengenai konsep-konsep tersebut .
1


Menurut erti perkataan “konfusius”, ia terdapat banyak makna, salah satunya ialah ialah “rou”


. “Rou” kini membawa maksud lemah lembut, tetapi maksud dulu adalah perpaduan atau

bermoral. Ini bermakna ajaran konfusius menganjurkan perpaduan, tidak mengunakan kuasa keras
atau paksaan, cuma mengunakan kuasa perpaduan semasa berhadapan dengan setiap orang .

Ahli konfusian
Maksud yang kedua ialah “Tukang sulap”( 术 士 ), sebelum zaman dinasti han, tukang sulap
digelarkan sebagai konfusius . Tetapi ini tidak bermaksud “konfusius” adalah tukang sulap, maksud
yang paling senang difahami ialah orang yang berilmu pengetahuan. Maksud ini bergembang
sehingga ke zaman sekarang, telah memunculkan perkataan “ahli konfusian”.
“Konfusius” bermaksud orang yang memperlajari enam artistik kemahiran (六艺). Enam artistik
kemahiran ialah li



,yue




,she



,yu



awal , konfusius dikategorikan sebagai shi ( 士 ). Shi

,shu




,shu




. Pada masa

adalah kaum bangsawan yang

berperingkat rendah, mereka semua mahir dalam enam artistik kemahiran. Mereka berada dalam
kategori shi(士), tetapi kerana pertukaran keadaan sosial semasa dinasti Zhou, mereka diturunkan
ke peringkat masyarakat biasa. Mereka memberi ajaran enam artistik kemahiran kepada rakyat
biasa, dan mereka digelar sebagai “ahli konfusian” .

Jadi kami dapat tahu,shi (士) pada mulanya berkerja sebagai guru atau tutor di dalam masyarakat
atasan ,kemudian disebabkan keruntuhan kerajaan atau dinasti ,mereka hilang kerja asli
mereka ,jadi mereka menberikan ajaran kepada masyarakat bawahan .Dan pada masa itu mereka
digelarkan sebagai “ahli konfusian” . Ajaran utama yang diajar oleh “ahli konfusian” adalah enam
artistik kemahiran .Oleh itu ,hubungan antara “ahli konfusian” dan “enam artistik kemahiran”
adalah sangat rapat .
“Ahli konfusian” berasal dari pegawai situ (司徒),pegawai situ ialah pegawai yang mengambil
peranan dalam bidang pendidikan. Sebelum kemunculan kongzi (孔子),pegawai yang berkerja di
dalam istana berfungsi sebagai guru atau tutor ,maksudnya pegawai tersebut akan mengajar ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan bidang mereka .contohnya ,pegawai situ berperanan dalam

bidang pendidikan ,jadi mereka akan mengajar benda yang bersifat akedemik .Selepas dinasti zhou
runtuh ,pegawai-pegawai yang berkerja di dalam istana telah hilang jawatan mereka ,jadi mereka
berkerja sebagai guru kepada masyarakat biasa ,dan digelarkan sebagai “ahli konfusian” .
2

Kesimpulan
Secara keseluruhannya , “Konfusius” dan “Ahli Konfusian” telah mempengaruhi dasar pendidikan
dan bidang intelektual di Negara China secara mendalam . Pengaruhnya telah meninggalkan kesan
yang agak ketara dalam sajarah perkembangan dasar pendidikan dan bidang intelektual sehingga
kini.

Pendek kata , Kong Zi adalah seorang pendidik serta ahli falsafah yang cemerlang. Beliau
menegaskan kepentingan pendidikan dalam usaha membentuk akhlak dan memperkembangkan
sesebuah masyarakat . Sikap keguruan Kong Zi yang cemerlang menjadikan beliau disanjung tinggi
oleh orang ramai sama ada pada zaman dahulu atau sekarang .Pemikiran Konfusius banyak
mempengaruhi sejarah pada masa itu .
Kesimpulannya , “Konfusius” dan “Ahli Konfusian” merupakan dua perkara yang berbeza .
Konfusius merupakan adat resam sesuatu upacara yang dijalankan oleh golongan bangsawan sahaja.
Manakala, ahli konfusian merupakan orang yang mengajar enam artistik kemahiran dan
mewarisikan ajaran konfusius .


3