Implikasi dan Faktor faktor nilai

Implikasi dan Faktor-faktor Zaman Kegemilangan Melaka
1.0 Pengenalan
Kajian yang dibincangkan dalam kursus BMW 3032 iaitu Wacana Akademik
Bahasa Melayu ialah mengenai implikasi dan faktor-faktor zaman kegemilangan
Melaka. Perbincangan yang dilakukan dalam menghasilkan kajian ini dapat
menerangkan kepada para pembaca akan apa yang berlaku pada zaman kegemilangan
Melaka. Hal ini demikian kerana Melaka ini merupakan salah sebuah kerajaan yang
mempunyai kronologi penubuhannya yang sangat panjang sehingga mencapai
kegemilangannya sehingga kerajaan ini jatuh ke tangan orang luar.
Dalam kajian yang dijalankan dalam kursus ini, perbincangan yang dikaji ialah
spesifik kepada zaman kegemilangannya Melaka sahaja. Hal ini kerana, pada zaman
kegemilangannya, pelbagai perubahan yang berlaku dalam perkembangannya sama
ada dalam bentuk politik, sosial dan ekonomi. Oleh itu, segala huraian mengenai
kegemilangan Melaka ini dapat diketahui dengan lebih mendalam lagi melalui
pemecahan kepada tiga aspek tadi kerana dalam ketiga-tiga aspek ini, ia banyak
berlaku perubahan bagi mencapai zaman kegemilangan Melaka ini. Tambahan itu,
kajian ini turut menyentuh kesan yang dapat diperoleh daripada zaman kegemilangan
Melaka ini.

1.1


Latar Belakang Kajian
Menurut sejarah Melayu, nama Melaka itu datangnya daripada pokok
Melaka .1 Melaka mendapat nama dari sepohon pokok kayu Melaka di tebing muara
sungai Melaka. Selain itu, mitos Hindu juga sering menyebut berkaitan dengan pokok
Melaka. Menurut mitos tersebut, pokok Melaka dikenali sebagai ‘Amalaka’ dalam
bahasa Sanskrit dan merupakan pokok yang pertama tumbuh di alam semesta ini.
Mengikut sumber Arab pula, pedagang-pedagang telah menyebut tempat tersebut
sebagai ‘mulaqah’ atau bermaksud ‘pertemuan ‘ dan ‘malakat’ yang bermaksud
‘perhimpunan segala dagang’ semasa para pedagang singgah berdagang di situ2.

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh
Parameswara pada abad ke-14.3 Beliau merupakan seorang putera raja dari
Palembang, kemudian berpindah ke Singapura dan seterusnya menubuhkan sebuah
kerajaan di Melaka. Melaka pada mulanya merupakan sebuah perkampungan kecil
nelayan.4 Melaka merupakan sebuah empayar Melayu yang teguh dan stabil pada
zaman kesultanan Melayu. Sejurus selepas kerajaan Melaka ditubuhkan oleh
Parameswara, Melaka telah dimajukan sebagai sebuah pusat perdagangan di
Nusantara.5

Kerajaan Melayu Melaka merupakan kerajaan yang paling menonjol pada

abad ke-14, ke-15 dan awal abad ke-16 di mana Melaka terkenal sebagai pusat
1 Muhammad Yusof Hashim, 1990, Kesultanan Melayu Melaka Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlmn.12.
2 Ibid, Hlmn.39.
3 Haji Tajuddin bin Haji hussien ketua editor .suhaiza binti ibrahim terjemahan .Rabiah binti Alias editor
(2009).malaysia negara kita .mdc publishers.sdh.bhd .hlmn 29
4 Tan Ding Eng.1975. sejarah Malaysia dan Singapura. Kualan Lumpur.Siri Sejarah Fajar Bkti Hlm.1
5 Mohd Jamil Mukmin. 1994. Melaka pusat penyebaran Islam di Nusantara. Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan. Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). hlm. 42.

perdagangan dan pusat penyebaran Islam di sebelah timur. Kedudukannya yang
strategik, terletak di tengah-tengah laluan perdagangan Timur dan Barat, terlindung
daripada tiupan angin monsun dan mempunyai perairan yang dalam menjadikannya
berpotensi untuk berkembang maju pada masa tersebut. Setelah pengasasan Melaka,
pelbagai langkah dalam pengukuhannya telah dilakukan oleh raja dan pembesar.

Tahun 1435 merupakan tarikh permulaan pengukuhan Melaka. Pada masa ini,
Parameswara

memainkan


peranan

pentingnya

dalam

membangunkan

dan

mengukuhkan negeri Melaka. Pengukuhan utama yang telah dilakukan oleh beliau
ialah mewujudkan sistem pentadbiran yang tersusun dan berperaturan. Pengukuhan
Melaka tetap diteruskan oleh pemerintah Melaka yang seterusnya sehingga kepada
pemerintah yang terakhir. Oleh itu, pelbagai langkah yang perlu dilakukan oleh
pemerintah Melaka pada masa tersebut demi menjadikan Melaka sebuah negeri yang
gah di persada dunia. Dalam mengajar pengukuhan kerajaan Melaka yang dilakukan,
terdapat juga pelbagai implikasi yang mendatang dalam masa yang sama.
1.2


Objektif
Objektif utama kajian ini ialah untuk:
a. Mengkaji tentang implikasi yang berlaku semasa zaman kegemilangan Melayu
Melaka.
b. Menyelidik tentang langkah-langkah pengukuhan Melaka, sehingga terkenal
di alam Melayu.

1.3

Skop Kajian

Skop merupakan bidang yang perlu diteliti di dalam lingkungan atau had yang
tertentu berpandukan garis soalan yang diberikan. Oleh itu, skop kajian bermaksud,
lingkungan kajian yang ingin dibuat atau dikaji oleh pengkaji. Dalam membuat
sesuatu skop kajian yang ingin dikaji atau diselidiki, pengkaji haruslah mempunyai
skop jawapan kajian yang tepat berdasarkan kehendak soalan, agar kajian yang dibuat
tidak tersasar atau terkeluar dari kehendak soalan. Skop kajian ini turut menentukan
batasan untuk sesuatu soalan. Hal ini demikian kerana, batasan tersebut akan
memastikan jarak masa dan waktu kajian yang ingin dibuat oleh pengkaji. Oleh itu,
kajian yang ingin dikaji oleh saya mempunyai batasan seperti berikut;

a. Tugasan ini hanya berfokus kepada satu negeri sahaja iaitu, keadaan di mana
negeri Melaka suatu ketika dahulu..
b. Selain itu, batasan waktu juga turut terdapat pada tugasan ini di mana tugasan ini
menghendaki pengkaji untuk berfokus kepada zaman kegemilangan Melaka
sahaja.

1.4

Batasan Kajian
Batasan kajian ini memberi tumpuan kepada zaman kegemilangan Melayu Melaka di
Malaysia.

1.5

Kaedah Kajian
Kaedah kajian merupakan tunjang utama untuk melakukan sesuatu kajian
kerana kaedah kajian yang digunakan ini akan menjadi rangka kepada penulisan akhir
sesuatu penulisan. Kaedah kajian ini juga berfungsi sebagai langkah awal untuk

membuat penulisan kerana ia akan menggerakkan segala pelaksanaan sesuatu kajian.

Dengan adanya kaedah yang digunakan dalam sesuatu kajian, maklumat yang
dikumpulkan akan boleh dianalisis terlebih dahulu sebelum membuat penulisan dan
juga menghasilkan sesuatu laporan yang menarik dan tepat.
Di samping itu, dalam membuat tugasan ini juga, saya telah menggunakan
kaedah ini untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan oleh soalan. Hal ini
demikian kerana, melalui penggunaan kaedah ini dalam melakukan tugasan, maka ia
dapat memudahkan dan membuatkan saya lebih memahami kajian ini, di samping
dapat menghuraikan dan menulis hasilnya ke dalam bentuk penulisan yang baik dan
teratur. Selain itu juga, ia memudahkan para pembaca memahami bagaimana tugasan
ini dilaksanakan. Berikut merupakan kaedah kajian yang telah saya gunakan dalam
melakukan tugasan ini;

a. Perbincangan
Kaedah perbincangan amat penting dalam membuat sesuatu kajian. Melalui
kaedah perbincangan yang pengkaji telah lakukan, ia telah menjadi saluran utama
kepada pengumpulan maklumat yang ingin dimasukkan ke dalam kajian ini. Di
samping itu, kaedah ini juga turut melampirkan kepelbagaian idea dari setiap ahli
pengkaji yang memiliki pandangan yang berbeza berkaitan soalan. Secara tidak
langsung ini akan meringankan beban para pengkaji untuk mencari isi kepada
persoalan yang ingin di buat.


b. Bahan-bahan Rujukan.

Bahan rujukan merupakan sumber utama selain dari kaedah perbincangan.
Bahan rujukan akan membantu membuat dalam segala benda yang berbentuk
penulisan. Hal ini demikian kerana, bahan rujukan merupakan alat untuk
membuktikan kesahihan sesebuah penulisan terhadap tugasan agar tidak berlakunya
plagiat dari mana-mana pihak atau sumber. Contohnya, dalam membuat dan
melaksanakan tugasan ini, kami telah pergi ke perpustakaan untuk mencari sumber
dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk ini.
Dalam mencari maklumat di perpustakaan, pengkaji mencari data sama ada
dalam bentuk premier atau sekunder untuk dijadikan panduan dalam membuat kajian
yang ingin dibuat. Bahan- bahan yang menjadi sumber di perpustakaan ialah, hasil
penulisan jurnal, artikel, buku dan sebagainya yang boleh diguna pakai. Selain itu,
bahan rujukan dari internet juga turut digunakan dalam menghasilkan tugasan ini
kerana sedikit sebanyak ia membantu menyempurnakan dan melengkapkan tugasan
ini. Internet juga merupakan sumber yang luas dan senang diperoleh hanya dengan
hujung jari pada masa kini.
c. Analisis Fakta
Analisis fakta merupakan salah satu kaedah untuk mengawal dan

mempersembahkan fakta bagi penulisan kajian yang menarik. Tujuan utama bagi
membuat analisis ini adalah untuk memastikan bahawa yang hendak disampaikan
dalam penulisan disusun dengan urutan yang betul serta menarik apabila dibaca. Oleh
itu, dalam kajian ini pengkaji telah mengumpul fakta-fakta yang berkaitan dengan
kajian yang dijalankan ini berdasarkan pencarian bahan-bahan rujukan. Fakta tersebut
telah disusun dengan cara yang betul bagi memudahkan para pembaca memahami
kajian yang dibincangkan.

1.6

Definisi Konsep
Berdasarkan kepada apa yang dikatakan oleh Rahman Senipin dalam
“Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka” zaman kegemilangan Melaka boleh
didefinisikan sebagai;
“Zaman kegemilangan di mana berlakunya langkah pengukuhan oleh raja
dan para pembesar dalam sistem pemerintahan”
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kegemilangan membawa maksud iaitu;
kegemilangan keadaan bercahaya terang-benderang, kecemerlangan. Maksudnya di
sini, Melaka telah melalui satu proses yang cuba untuk menaikkan nama Melaka
melalui hasil kecemerlangan yang diperoleh oleh kerajaan Melaka pada waktu itu.

Menurut sejarah Melayu, nama Melaka itu datangnya daripada pokok
Melaka .6 Melaka mendapat nama dari sepohon pokok kayu Melaka di tebing muara
sungai Melaka di mana tempat baginda bersandar.
Menurut Tom Pires, seorang penulis Belanda, yang dipetik oleh Zainal Abidin
Abdul Wahid menyifatkan Melaka pada masa itu (abad ke16) “Malacca is very
famous and prosperous. In my opinion, it has no comparison in the world ….. It is a
city more suitable for trading products than any other in trhe world”(Nazaruddin Hj.
Mohd Jali et al, p.6).

6 Muhammad Yusof Hashim, 1990, Kesultanan Melayu Melaka Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlmn.12.

Manakala seorang lagi penulis Belanda, Duarte Barbosa, pula menyifatkan
“Malacca is the richest port, with merchants who trade wholesale and obtain shipping
services from all over the world (Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6).

2.0

Dapatan Kajian


2.1

Faktor Politik
a.

Pengukuhan Dari Segi Politik dan Pentadbiran
Parameswara merupakan tokoh politik Melaka yang amat istimewa

kerana berjaya mengasaskan Melaka. Pengalaman memerintah dan berpolitik
di Palembang dan Singapura telah menjadi landasan kepada Parameswara
untuk memerintah dan memajukan Melaka. Melaka mempunyai sistem
pentadbiran yang sistematik. Sistem pentadbiran yang sistematik ini
sebenarnya penting untuk kemajuan sesebuah kerajaan.

Melaka telah mengambil beberapa corak pemerintah pentadbiran
Srivijaya.

Sistem

Pembesar


Empat

Lipatan

telah

diwujudkan

bagi

mengukuhkan pengasasan Melaka dari segi politik. Di dalam sistem ini
terdapat empat jawatan pembesar iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung, dan Laksamana. Bendahara memiliki kuasa tertinggi di dalam
hierarki pentadbiran. Bendahara berperanan sebagai ketua pentadbiran dan
memegang tugas tentera di darat dan di laut Melaka7.

7 Muhammad Yusoff Hashim .1990.Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Hlmn 168.

Bendahara merupakan penasihat diraja dan penegak kepada konsep
daulat. Gelaran yang diberikan kepada bendahara ialah Seri Wak Raja, Seri
Paduka Raja, Seri Maharaja, dan Seri Paduka Tuan. Bendahara yang paling
menonjol di Melaka adalah Bendahara Tun Perak. Kebijaksanaan Tun Perak
telah menyebabkan Sultan Muzaffar Syah melantik beliau sebagai Bendahara
Paduka Raja. Tun Perak telah berkhidmat selama 42 tahun bersama empat
orang sultan8.

Penghulu Bendahari pula dikenali sebagai ketua bendahari. Beliau
memegang

jawatan

kedua

di

dalam

hierarki.

Penghulu

Bendahari

bertanggungjawab menjadi ketua istiadat dan acara rasmi diraja, mengepalai
semua Syahbandar yang terdapat di Melaka dan bertanggungjawab
mengendalikan hamba-hamba raja serta menjadi hulubalang9. Beliau juga
pintar dalam ilmu perang.

Yang ketiga adalah Temenggung. Temenggung pula bertugas dalam hal
ehwal awam dan bidang ketenteraan. Kelancaran undang-undang dan kawalan
keselamatan di Melaka juga di bawah bidang kuasa Temenggung 10. Akhir
sekali, Laksamana. Tugas utama Laksamana ialah dalam bidang ketenteraan
dan juga pegawai protokol serta kedutaan11. Laksamana berkuasa di daratan
dan juga di lautan. Laksamana jugalah yang menjaga keselamatan raja apabila
berangkat dan mengawal keselamatan Bendahara semasa di darat.

8 Mohd Jamil Mukmin, 2004, Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara Melaka: Institut Kajian Sejarah
dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), hlmn:65.
9 Muhammad Yusoff .1990.Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .hlmn 173
10 Ibid, hlman 173.
11 Ibid, hlman 176.

b.

Pengukuhan Dari Segi Undang-undang
Semenjak era pengukuhan, Melaka mempunyai pentadbiran yang

tersusun rapi. Melaka mempunyai dua jenis undang-undang dasar yang
mewakili pentadbirannya iaitu Hukum Kanun Melaka dan undang-undang laut
Melaka. Kedua-dua undang-undang ini dilakukan peringkat demi peringkat
dan berlaku perubahan mengikut zaman. Pembentukan undang-undang ini
bermula sejak zaman Megat Iskandar Shah kemudian diikuti oleh
pemerintahan Muhammad Shah dan Muzaffar Syah.

Sulalatus

Salatin

ada

menyatakan

bahawa

Muhammad

Shah

pemerintah yang terawal yang mula-mula menyusun peraturan tentang pakaian
dan adat tertib diraja. Tetapi pada zaman Muzaffar Shah undang-undang itu
ditulis supaya hukuman yang dijatuhkan ke atas menteri-menteri tidak
berbeza. Sebelum undang-undang ini ditulis, undang-undang ini hanya dihafal.
Melalui undang-undang inilah pemerintah Melaka mengukuhkan kerajaan
Melayu Melaka12 .

Pada awalnya Hukum Kanun Melaka mempunyai 19 fasal namun telah
diubah menjadi 44 fasal yang membincangkan mengenai kuasa dan bidang
pemerintahan raja dan pembesar serta pantang larang masyarakat 13.

Isi

kandungan undang-undang ini terdiri dari adat lembaga dan tanggungjawab
pembesar, hukuman awam dan penjenayah, aspek pertanian, perhambaan serta
kekeluargaan.

12 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, hlman 249-251.
13 Muhammad Yusoff Hashim, 1992, The Malay Sultanate of Malacca Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlaman. 156.

Hukum Kanun Melaka ini digubal dan diasaskan berasaskan kepada
Adat Temenggung yang dipengaruhi oleh hukum-hukum syarak. Adat lembaga
memainkan peranan untuk memastikan sistem pentadbiran dan pemerintahan
adalah sistematik dan teratur. Dalam Hukum Kanun Melaka ini, terdapat
perbezaan hukum kelas iaitu kelas bangsawan(raja), orang merdeka dan
hamba. Raja Melaka dibantu oleh Temenggung, Laksamana, Penghulu
Bendahari dan Bendahara.

Seterusnya bagi Undang-undang Laut Melaka pula, undang-undang ini
ditumpukan di pelabuhan Melaka dan mulai wujud sejak abad ke 15. Undangundang Laut Melaka ini telah mula diperkenalkan oleh Sultan Mahmud Syah
iaitu pada tahun 1488 sehingga 1511. Hal-hal yang berkaitan dengan
pelabuhan, perahu dan pelayaran. Namun, sebahagian besar bahagian undangundang ini ditumpukan pada kesalahan jenayah dalam kapal. Sekiranya
Hukum Kanun Melaka berlandaskan kepada hukum-hukum syarak, bagi
Undang-undang Laut Melaka, ia tidak berlandaskan kepada hukum syarak.

Selain itu, undang-undang ini juga telah menyatakan dengan jelas
mengenai tugas tentang pegawai-pegawai perahu yang meliputi antaranya
nakhoda dan mata-mata. Bagi undang-undang laut ini, ia mempunyai 24
fasal14. Ketua Angkatan Laut Melaka adalah Laksamana. Undang-undang ini
mengandungi 4 bahagian iaitu langkah-langkah keselamatan dalam kapal,

14 Ibid, hlman 55.

orang yang boleh meminta tolong nakhoda, kuasa nakhoda dan peraturan
semasa pelayaran15.

c.

Pengukuhan Dari Segi Hubungan Diplomatik
Melaka mulai menjalinkan hubungan diplomatik dengan China sejak

awal penubuhan Melaka lagi. Cina sememangnya gemar berbaik-baik dengan
negara-negara asing atas dasar yang dijalankan mereka untuk menjalinkan
hubungan berbaik-baik dengan negara asing, sebagai sebuah negara yang
mempunyai kuasa yang besar. Selain itu, Melaka juga turut mendapat
manfaatnya apabila menjalinkan hubungan dengan China, di mana Melaka
akan mendapat pengiktirafan serta perlindungan daripada China dari gangguan
ancaman kuasa asing.

Pengiktirafan serta perlindungan yang diberikan oleh China akan
berupaya untuk mengukuhkan lagi keadaan negara Melaka. Melaka mendapat
perlindungan rasmi daripada China selepas maharaja Dinasti Ming, Cheng
Zhu(Yung Lo) mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka pada tahun
140516. Pemerintah negara China akan memberikan bantuan kepada negerinegeri lain dan raja-raja negeri yang dianggapnya sahabat untuk menentang
musuh. Pemerintah China menganggap bahawa, raja yang bukan raja atau
belum diiktirafnya tidak akan diakui sebagai raja, juga negara yang bukan atau
belum dirasmikan tidak disebut negara17.

15 Ibid, Hlman 66.
16 Lisa Yip Shukye.Jais bin Abdul Hamid. 2012. Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor
Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Hlman 18.
17 Liang Liji. 1996. Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15.Bangi, Selangor. Universiti
Kebangsaan Malaysia. Hlman 48.

Kuasa besar yang dimiliki oleh pemerintah China menyebabkannya
digelar “Raja Langit” . Bagi mengakui perhubungan yang dijalankan antara
dua negara tersebut, maka perutusan serta barangan perhiasan akan diberikan
antara satu sama lain. Pemberian ufti ini sebaik-baiknya dipandang sebagai
satu perwujudan dari perniagaan rasmi dua hala antara dua kerajaan tersebut 18.
Dalam perniagaan menerusi persembahan ufti ini, pemerintah China selalu
menjalankan politik “lebih banyak memberi daripada menerima”19.

Selain itu, perutusan serta barang perhiasan akan diberikan antara satu
sama lain begitu juga dengan barang yang di dagangan seperti akar-akar kayu,
wangi-wangian dan binatang hidup yang akan ditukar-tukar. Untuk menjalin
hubungan dengan China, pemerintah Melaka telah arif dalam adat
persahabatan negara tersebut bagi mengelakkan perselisihan faham serta
mengukuhkan pemerintahan dan pentadbiran negeri Melaka20.

Hubungan yang dijalankan oleh Parameswara dengan China akan
berupaya

membantutkan

keinginan

Siam

untuk

menyerang

Melaka.

Pemerintah Melaka, Parameswara sememangnya menyedari akan ancaman ini
daripada Siam terutama beliau pernah membunuh wakil Siam iaitu Temangi
yang memerintah Temasik suatu ketika dahulu. Oleh itu, hubungan dengan
China telah dijalankan.

18 Ibid, Hlman 48.
19 Ibid, Hlman 48.
20 Muhd Yusof Ibrahim. 2009. Tun Perak: Pencetus Wawasan Empayar Melaka. Kuala Lumpur. Tinta
Publishers, Hlman 156.

Namun apabila hubungan ini renggang, Siam mengambil kesempatan
untuk menyerang Melaka. Tun Perak menyedari akan hal ini dan mengambil
jalan lain bag menamatkan niat Siam untuk menyerang Melaka dengan
menasihati Sultan Mansur Syah untuk menghantar utusan perdamaian.
Kesannya, hubungan antara Siam dengan Melaka kembali terjalin.
Parameswara menghantar ufti ke Siam sebanyak 40 tahil emas setiap tahun
sebagai tanda persahabatan21.

Selain itu, Melaka juga turut menjalinkan hubungan dengan Pasai
apabila berlakunya perkahwinan antara Sultan Megat Iskandar Syah dengan
Puteri Pasai. Hubungan ini dianggap setaraf dan ini menimbulkan perasaan
hormat-menghormati dan tolong-menolong antara kedua-dua kerajaan. Di
samping itu, Melaka dengan Pasai juga turut bertukar-tukar pandangan
mengenai soal-soal berkaitan dengan hukum agama Islam. Ini menyebabkan
hubungan antara dua negeri ini semakin erat.

Melaka juga pernah menghantar pembesar dan tentera-tentera ke Pasai
bagi membantu Pasai menenteramkan huru-hara di sana. Istilah “salam”
digunakan apabila kedua-dua kerajaan berutus surat22. Oleh hal yang
demikian, Melaka telah menghantar ‘surat salam’ kepada kedua negeri
tersebut termasuk Pasai kerana keduanya adalah negeri Islam, manakala negeri

21 Lisa Yip Shukye.Jais bin Abdul Hamid. 2012. Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor
Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia sdn.bhd. Hlman 19.
22 Ibid, Hlman 19.

yang bukan Islam akan diberikan ‘surat kasih’.23 Oleh itu, dasar luar berbaikbaik dengan negara serantau begini telah mengukuhkan negeri Melaka24.

d.

Peranan Tun Perak.
Tun Perak merupakan anak Bendahara Seri Wak Raja. Beliau yang

seharusnya menggantikan ayahandanya, Bendahara Seri Wak Raja, tetapi
diketepikan selepas berlakunya kejadian rampasan kuasa oleh Sultan Muzaffar
Syah daripada Seri Parameswara Dewa Syah pada tahun 1445. Hal ini telah
menyebabkan Tun Perak hanya dilantik menjadi penghulu di Kelang manakala
Tun Ali dilantik menjadi Bendahara Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.

Apabila Tun Ali dilantik menjadi Bendahara, maka ini telah
perpecahan antara golongan Melayu dan India Muslim di Melaka pada masa
tersebut. Tun Perak menjadi terkenal dalam kalangan rakyat Melaka apabila
berjaya mematahkan serangan Siam pada tahun 1445 dan 1446. 25Hal ini,
membuatkan Sultan Muzaffar Syah mulai menyedari kelebihan Tun Perak dan
melantik beliau menjadi bendahara bagi menggantikan Tun Ali. Perlantikan
Tun Perak sebagai bendahara telah memulihkan semula perpecahan dalam
kalangan pembesar-pembesar.26

23 Malaysia Kita. 1991. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia. Kuala Lumpur. hlm 45.
24 Mohd Jamil Mukmin. 2004. Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara. Melaka. Institut Kajian Sejarah
dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Hlman 63.
25 Lisa Yip Shukye.Jais bin Abdul Hamid. 2012. Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor
Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia sdn.bhd. Hlm:21
26 ibid. hlm :21

Tun Perak bertanggungjawab untuk memperluaskan lagi kuasa Melaka
sehingga menjadi empayar dan pusat penyebaran agama Islam. Beliau telah
berbakti kepada empat orang sultan semasa pemerintahan Melaka. Di
semenanjung tanah Melayu , Melaka berjaya menawan Pahang , Johor, Kedah,
Terengganu, Selangor, dan Kepulauan Riau- Lingga. Tentera Melaka di bawah
pimpinan Tun Perak juga berjaya mematahkan serangan Siam.

Tun Perak memainkan peranan amat penting dalam proses
perkembangan Melaka sehingga akhir abad ke-15.27 Langkah pertama wang
dilakukan oleh beliau bagi memastikan kestabilan politik Melaka ialah dengan
menjalinkan hubungan Melaka dengan China dan Siam. Satu rombongan
persahabatan telah dihantar ke Siam atas nasihat Tun Perak. Hubungan
Melaka- China juga telah terjalin kembali dengan menghantarkan utusan ke
China pada tahun 1458.

Tun Perak berupaya menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan
yang terkenal di rantau ini. Sistem pentadbiran yang cekap , kemudahan yang
baik serta undang-undang yang adil telah menarik minat pedagang-pedagang
asing berdagang ke Melaka. Melaka turut menjadi pusat perkembangan dan
penyebaran agama Islam melalui usaha Tun Perak. 28Setelah beliau
menjalankan tugasnya berkhidmat selama 42 tahun, Tun Perak meninggal
dunia pada tahun 1498. Tun Perak telah digantikan oleh adiknya, Tun Perpatih

27 ibid. hlm :21
28 ibid. hlm : 22

Putih. Selepas kematian Tun Perak, Melaka mulai merosot kerana tidak ada
seorang pun yang dapat setanding dengan keunggulan beliau.

e.

Bantuan Orang Laut
Sebelum kedatangan Parameswara, melaka telah pun didiami oleh

orang Laut, dan orang Asli yang menjadi menyokong beliau untuk raja di
situ29. Khidmat orang Laut mula kelihatan sejak bermulanya pembukaan
kerajaan Melaka. Hal ini dapat di buktikan dengan sokongan mereka terhadap
Parameswara ketika pengikut Parameswara mendirikan kerajaan di situ.
Walaupun Parameswara dan pengikutnya merupakan orang asing yang datang
ke Melaka.

Namun , penduduk tempatan khususnya orang Laut tetap memberikan
kerjasama yang baik dan mereka tidak pernah membantah atau menentang.
Golongan ini memainkan peranan yang penting dalam usaha mengukuhkan
kerajaan Melaka terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan keamanan dan
kemakmuran negeri Melaka30.Hal ini demikian kerana, orang Laut bersikap
taat setia kepada sultan dan juga kerajaan serta menyanjung tinggi konsep
Daulat dan Derhaka dalam kehidupan mereka.

29 Tajuddin bin Hussain, Suhaiza binti Ibrahim dan Robiah binti Alias (edt) 2009,Malaysia negara kita, Kuala
Lumpur: mdc publishers sdn.bhd hlmn 34
30 Ibid. hlmn 35

Di samping itu , mereka juga sangat mahir tentang selok-belok negeri
Melaka terutama di kawasan perairan selat Melaka. Hal ini menjadikan
Peranan Orang Laut amat penting dalam menjamin keselamatan penduduk dan
pedagang yang datang ke Melaka31. Sesetengah daripada Orang Laut, mereka
mahir dalam kerja-kerja membaiki kapal32. Kemudahan dan perkhidmatan
seperti ini sedikit sebanyak telah menarik minat para pedagang supaya datang
ke Melaka seterusnya kegiatan ekonomi di situ akan menjadi rancak dan
secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi kedudukan Melaka di mata
dunia.

f.

Kesetiaan Rakyat
Rakyat di Melaka boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu rakyat

yang bebas (merdeka) dan rakyat yang menjadi hamba 33. Kedua-dua golongan
ini mempunyai latar belakang dan jenis pekerjaan yang berbeza serta
mempunyai bilangan yang ramai. Antara jenis pekerjaan yang dilakukan oleh
golongan merdeka seperti nelayan, memungut hasil hutan, pedagang dan
sebagainya. Manakala hamba pula terdiri daripada hamba Raja, hamba abdi
dan hamba berhutang34.

31 Barbara watson Andaya and Leonard Y. Andaya, 2001 A History of malaysia, Kuala Lumpur: Palgrave, hlmn
44
32 Ibid. hlmn 45
33 Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn.
292.
34 Harun Daud, Sejarah Melayu, Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya, DBP, Kuala Lumpur,
1989, hlm59.

Fungsi

utama

mereka

dari

segi

moral,

fizikal

dan

tradisi

kemasyarakatan ialah menyokong institusi raja dan pembesar dalam seluruh
rangka sistem serta organisasi kerajaan35. Rakyat mesti menuruti dan sedia
berkhidmat untuk golongan pemerintah. Bagi menjamin keadaan ini, konsep
‘daulat’ dan ‘derhaka’ telah tegaskan36. Konsep daulat digambarkan sebagai
kebahagiaan, kedudukan, keistimewaan dan kewibawaan seseorang raja
sehingga raja tersebut tidak boleh dicela atau di tegur37.

3.0

Faktor Ekonomi
a.

Pengukuhan Dari Segi Sistem Pertukaran Barangan

Sistem pertukaran barangan diamalkan sejak zaman berzaman dalam sejarah
peradaban manusia. Kaedah pertukaran sejumlah barangan oleh suatu pihak
dengan komoditi tertentu yang dipercayai setara nilainya milik pihak yang
lain, turut diamalkan di Melaka. Pedagang Melayu dan asing misalnya
melakukan pertukaran barangan dengan penduduk asli seperti Jakun, Semang
dan Senoi38.

Hasil keluaran hutan seperti damar, rotan,, cendana, akar kayu dan
sebagainya ditukarkan dengan periuk tanah, pinggang mangkuk, garam,
tembakau dan lain-lain yang dibawa oleh pedagang tempatan dan luaran.

35 Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal.
292.
36 Tajuddin bin Hussain, Suhaiza binti Ibrahim dan Robiah binti Alias (edt) 2009,Malaysia negara kita, Kuala
Lumpur: mdc publishers sdn.bhd hlmn 34
37 Muhammad Yusuff Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn.
174.
38 Burhanuddin Bachik, Melaka Dalam Dunia Maritim, 2004, Hlmn 30.

Selain itu, dalam kalangan orang Melayu sendiri, sistem ini turut diamalkan.
Pasar merupakan tempat pertemuan dan urus niaga pertukaran barangan
dijalankan. Pedagang asing yang berniaga di Melaka turut menjalankan sistem
perdagangan ini. Namun demikian, kaedah ini tidak begitu diamalkan lagi
berikutan pengenalan sistem mata wang di Melaka39.

b.

Pengukuhan Dari Segi Aktiviti Perdagangan Di Melaka
Kegiatan perdagangan bukanlah aktiviti yang baru bagi masyarakat

Melaka kerana kegiatan perdagangan diwarisi secara turun temurun sejak dari
zaman awal Kerajaan Melayu Langkasuka dan Sriwijaya lagi iaitu pada abad
ke-7 hingga abad ke-13.40 Kedudukan selat Melaka yang strategik seperti
terletak di persimpangan jalan laut antara China dan India serta keistimewaan
geografi dan perairannya yang terlindung daripada angin monsun, kedudukan
yang jauh dari paya bakau, serta pintu pelabuhan yang cukup dalam yang
memudahkan kapal besar berlabuh merupakan faktor

Melaka berkembang sebagai sebuah emporium yang penting pada
kurun ke 15. Tumpuan kapal-kapal dagangan dari negara China, Jepun, Arab
dan Pari telah menyebabkan aktiviti perdagangan mula berkembangan dan
kapal-kapal ini menukarkan barangan sebelum kembali ke destinasi masingmasing. Kapal-kapal dagang tersebut menurunkan banyak jenis barangan di
Melaka dan ini memerlukan usaha ,mengenakan cukai, menyimpan dan
mengangkut semula.

39 Ibid, Hlman 31.
40 Muhammd Yusoff Hashim Ph.D Kesultanan Melayu Melaka,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan
Pustaka,1990,halaman 236.

Pada awalnya, kesemua urusan perdagangan dan pelabuhan berjalan
dengan lancar. Dengan itu jawatan Syahbandar yang menjadi raja di sekitar
pelabuhan diwujudkan. Pelbagai jawatan lain turut diwujudkan untuk
menguruskan perdangangan demi kelancaran urusan dan aliran kapal juga
barangan41 .

c.

Pengukuhan Dari Segi Sistem cukai
Sistem cukai yang teratur dan adil memberi faedah besar kepada

pedagang asing dan tempatan. Kemudahan lain turu digunakan seperti piawai
timbangan. Pegawai penguat kuasa dilantik oleh kerajaan Melaka bagi
pemantauan undang-undang pelabuhan dijalankan secara adil dan Saksama
bagi mengelakkan penipuan , penindasan serta diskriminasi. Pedagangpedagang dengan rela hati datang ke Melaka tanpa perlu dipaksa seperti
berlaku semasa pemerintahan Srivijaya42.

d.

Pengukuhan Dari Segi Geografi
Melaka terletak di kawasan strategik di muara sungai Selat Melaka

menjadi tempat pertemuan semula jadi kapal-kapal perdagangan antara ArabIndia dan China-Jepun. Seterusnya, Melaka yang dilindungi oleh Banjaran
Titiwangsa dan Pulau Sumatera menjadi laut Selat Melaka tidak bergelora.
Persisiran pantai ditumbuhi pokok bakau api-api mengelak hakisan dan
perairan yang dalam sesuai dijadikan pelabuhan43.

41 Ibid, Hlman 33.
42 Ibid, Hlman 34.
43 Mohd Yusoff Hashim, Parameswara Pengasas Empayar Melaka, Institusi Kajian Dan Patriotisme Malaysia,
Hlman 3.

Melaka terletak berhampiran pusat pengeluaran rempah , bijih timah,
emas dan pelbagai hasil hutan di kawasan pendalaman. Semenanjung Tanah
Melayu , Sumatera, Pulau Jawa dan Kepulauan Melayu yang lain mempunyai
pelbagai hasil yang telah lama diperdagangkan. Barang-barang ini amat
diperlukan sebagai dagangan Arab, Parsi, India, dan China untuk dijual kepada
pedagang-pedagang asing di tempat lain.

Pemerintah Melaka menyusun Sistem Syahbandar atau Pegawai
Pelabuhan

untuk

menjaga

kebajikan,

keselamatan

dan

pengurusan

perdagangan. Empat orang Syahbandar dilantik untuk urusan perdagangan
yang berlainan, iaitu setiap seorang mengendalikan saudagar Gujerat,
Sumatera Utara, Kepulauan Melayu, China, Indo-China dan Luzon. Kerajaan
Melaka menyediakan kemudahan membaiki kapal, tempat penginapan para
pedagang, bekalan makanan dan air bersih serta gudang penyimpanan barang
yang selamat.

Pengurusan pelabuhan yang sistematik dan jaminan keselamatan
menyebabkan

saudagar-saudagar

asing

optimis

dengan

keuntungan

perdagangan yang mereka peroleh dengan membuat pelabuhan di Melaka .
Saudagar-saudagar yang kaya dari Arab, Parsi, India dan China telah
mendirikan pusat perdagangan mereka di Melaka dan menjalankan
perdagangan pemborong44.

e.
44 Ibid, Hlman 4.

Kekayaan Hasil Bumi

Faktor inilah yang menjadi daya penarik

kepada masyarakat

antarabangsa untuk bertumpu di negeri Melaka melalui aktiviti perdagangan.
Hal ini disebabkan masyarakat seantero bertumpu di Melaka kerana
menyedari tentang hasil bumi yang terdapat di Melaka sangat tinggi nilainya.
Contoh hasil hutan yang paling banyak permintaan ialah cengal, damar, rotan
dan sebagainya.
Melaka kaya dengan bahan mentah dan hasil hutannya. Hal ini
demikian kerana jajahan Melaka yang luas telah memberi bahan mentah yang
banyak untuk diperdagangkan, kesemua hasil hutan yang dikumpulkan di
Melaka untuk melakukan proses jual beli, barter dan dagangan. Semua hasil
dari negeri naungan Melaka ini berada di pelabuhan yang menjadikan Melaka
sebuah pelabuhan entrepot yang maju. Keadaan ini menyebabkan ekonomi
Melaka berkembang dengan pesat dan membangun.
Penglibatan penduduk asli dalam aktiviti perdagangan bukan sahaja
merupakan cara mereka untuk mencari nafkah hidup, pada masa yang sama
juga merupakan langkah untuk meninggikan kedudukan sosial dan ekonomi
mereka berbanding kelompok-kelompok yang lain di daerah itu 45. Walaupun
bilangan mereka adalah sedikit, kecekapan dan kearifan penduduk asli dalam
pengumpulan hasil-hasil hutan telah memberi sumbangan yang amat besar
dalam perdagangan antarabangsa. Ini menyebabkan raja-raja Melaka begitu
berusaha untuk menggabungkan mereka sebagai rakyat Melaka46.

45 Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya, History of Malaysia second edition, University of Hawaii:
Marcmillan Publishers limited, 2001,halaman 56.
46 Ibid, halaman 56

4.0

Pengukuhan Melaka Dari Segi Sosial
a.

Pengukuhan Dari Segi Pusat Keilmuan
Kejayaan besar Melaka sebagai tempat tumpuan bangsa asing untuk

menetap di Melaka bukan sahaja bersandar kepada kegemilangan dan
kemasyhurannya sebagai pusat perdagangan47. Umumnya, Melaka dikatakan
telah menjadi sebuah pusat penyebaran agama Islam di kawasan Asia
Tenggara.

Melaka dikenali sebagai pusat penyebaran agama Islam, apabila
berlakunya tambahan semangat keislaman yang ditunjukkan oleh Sultan
Mansor, Sultan Alauddin dan Sultan Mahmud. 48 Hal ini disebabkan oleh atas
usaha dan minat pemerintah Melaka itu sendiri terhadap agama tersebut. Maka
itu, ramai ulama telah datang ke Melaka, antaranya, ialah Maulana Abu Bakar.
Para ulama telah dipertanggungjawabkan untuk membincangkan berkenaan
dengan ilmu agama. Selain itu, mereka telah diberi penghormatan yang tinggi
dan pangkat dalam kalangan masyarakat tempatan tersebut.

Oleh hal yang demikian, gambaran jelas dapat dilihat berdasarkan
hierarki tampuk pemerintah. Ironinya, agama Islam telah berkembang di
negeri Melaka49. Tambahan lagi, Sultan Melaka telah menghantar para ulama
ini ke negeri jajahan baginda. Perkara ini bertujuan adalah untuk
memperluaskan lagi ilmu agama Islam terhadap masyarakat serantau. Sebagai
47 Melaka menjadi pusat entrepot yang terkemuka kerana Melaka terletak di persimpangan jalan laut dari India
dan China. Pelabuhan Melaka ini terlindung dari angin dan jauh dari paya bakau, sementara pintu pelabuhannya
adalah cukup dalam dan membolehkan kapal besar berlabuh.
48 Muhammd Yusoff Hashim Ph.D Kesultanan Melayu Melaka,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan
Pustaka,1990,halaman 305.
49 Mohd Jamil Mukmin,2004,Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara Melaka: Institut Kajian Sejarah
dan Patriotisme Malaysia (IKSEP),hlman 81.

contoh, Sultan Mansur Syah menghantar ulama ke kawasan pengaliran sungai
Kampar untuk tujuan penyebaran dakwah Islam secara damai.

b.
Antara

Perkahwinan
cara

pengukuhan

kedudukan

Melaka

ialah

menerusi

aspek

perkahwinan. Hal ini demikian kerana, pemerintah akan berkahwin dengan
wanita yang berasal dari golongan diraja negara asing, manakala, rakyat
tempatan itu pula akan berkahwin dengan para pedagang asing yang datang
berdagang.

Perkara ini secara tidak langsung telah dapat mengukuhkan lagi
kedudukan Melaka di peringkat tertinggi. Sebagai analoginya, Sultan Megat
Iskandar Syah (Parameswara) telah berkahwin dengan Puteri pasai dan Sultan
Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Dewa Sura. Oleh hal yang demikian,
cara ini secara tidak langsung membuatkan Melaka bebas dari ancaman luar
kerana kedudukannya yang stabil dan telah diberi jaminan keselamatan yang
optimum di peringkat tempatan mahupun antarabangsa50.

3.0

Rumusan

Sebelum kedatangan Parameswara, Melaka merupakan sebuah perkampungan
kecil yang telah wujud beberapa lama dahulu. Pada peringkat awal, kawasan
50 Ibid, Hlman 87.

persekitaran di Melaka berada dalam keadaan yang tidak teratur. Banyak perkara
masih dalam kekurangan dan memerlukan tindakan yang wajar untuk mengubahnya 51.
Walau bagaimanapun, Parameswara dan para pembesar baginda yang sememangnya
mempunyai pengalaman dan juga pengetahuan dalam hal memerintah dan mentadbir
negeri berdasarkan kepada pengalaman baginda yang pernah menjadi raja di
Palembang, Singapura dan Muar telah berjaya mengembangkan politik, ekonomi, dan
sosial di Melaka sehingga menjadi sebuah kerajaan yang kukuh.

Usaha gigih Parameswara dan pengikutnya adalah bersandarkan kepada
pengalaman serta kemahuan yang tinggi. Parameswara bukan sahaja telah
mengasaskan

kerajaan

Melaka,

malah

telah

berusaha

bersungguh-sungguh

membangunkannya menjadi sebuah negeri yang kemudiannya berkembang menjadi
empayar yang kukuh. Usaha-usaha pengukuhan ini seterusnya dilakukan oleh
pemerintah Melaka yang kedua yang merupakan anak kepada Parameswara, iaitu
Megat Iskandar Syah.

Selepas kemangkatan Parameswara, Megat Iskandar Syah telah memerintah
dari tahun 1414-1422. Semasa baginda menjadi Sultan Melaka, penduduk Melaka
seramai enam ribu orang penduduk. Baginda juga telah menghantar duta ke Jawa
untuk memberitahu bahawa ayahandanya telah mangkat. Tujuan pemberitahuan berita
tersebut kepada raja Jawa iaitu Batara Tumarill ialah untuk memulihkan hubungan
yang telah lama bermusuhan dan mahu mengadakan hubungan persahabatan dengan
Raja Batara Tumarill sebagai langkah untuk terus mengukuhkan kedudukan kerajaan
Melaka.

51 Kesultanan Melayu Melaka, hlman139.

Pengukuhan ini diteruskan oleh pemerintah Melaka yang terakhir iaitu Sultan
Mahmud Syah. Semasa pemerintahan baginda, Melaka telah menjadi sebuah negeri
yang mempunyai jajahan yang meliputi hampir keseluruhan kawasan di Kepulauan
Melayu. Walau bagaimanapun, kedudukan Melaka sebagai sebuah emporium
antarabangsa yang menjadi tumpuan kapal-kapal luar tidak dapat dikekalkan. Hal ini
demikian kerana, pada tahun 1511, bermulalah sejarah dalam dunia penjajahan baru
oleh kuasa Barat apabila pentadbiran Melaka telah diambil alih oleh kuasa Portugis.