Pengeluaran 50 11012017

Dokumen Diperlukan
1. Permohonan Di Kaunter
i.)

Pemegang MyKad
Hanya kemukakan MyKad. Permohonan
diproses secara Hassle Free, ahli tidak
perlu mengisi borang permohonan

ii.)

Bukan Pemegang MyKad
Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
Dokumen pengenalan diri (asal dan
salinan)

iii.) Borang KWSP 3 (Pindaan)

– jika pengecaman cap ibu jari
(CIJ) gagal
iv.) Maklumat Akaun Bank

(Ahli digalakkan membawa buku akaun
bank atau penyata akaun bank atau salinan
akaun bank semasa membuat permohonan)
pengeluaran bagi memudahkan proses
bayaran pengeluaran

Dokumen Sokongan
1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen
Pengeluaran Umur 50 Tahun / 55 Tahun /
60 Tahun / Simpanan Melebihi RM1 Juta di
laman web KWSP atau Pejabat KWSP
untuk semua dokumen yang diperlukan
2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen
tambahan dan menolak permohonan yang
tidak lengkap dan tidak memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan
Nota Amaran
Membuat Kenyataan Tidak Betul Atau Tidak Benar
Atau Mengemukakan Dokumen Palsu
Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul

atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu,
pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan
sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan
selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau
didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya
[Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]

Maklumat Terkini Mengenai
Pengeluaran Umur 50 Tahun
Boleh Didapati Di laman
Web Rasmi KWSP

Pengeluaran
Umur 50 Tahun

2. Permohonan Melalui POS
Borang Pengeluaran KWSP 9B (AHL)
Salinan MyKad / dokumen pengenalan diri
Borang KWSP 3 (pindaan) Salinan
dokumen perlu disahkan oleh pegawai

pengesah dibenarkan. (Lain-lain
dokumen tambahan tertakluk kepada
syarat dan prosedur semasa)

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Layari

www.kwsp.gov.my
atau Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan

03-89226000
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

KWSPBuzz

Pengeluaran Kesemua
ATAU Sebahagian
Simpanan Dari Akaun 2
Apabila Ahli Mencapai
Umur 50 Tahun


Kelayakan Memohon
1.

Ahli bertaraf Warganegara Malaysia;
ATAU Bukan Warganegara

2. Ahli berumur di antara 50 Tahun hingga
umur 54 Tahun
3. Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2

Syarat Dan Kelayakan Pengeluaran
1.

Permohonan sekali sahaja

2. Mempunyai pilihan pengeluaran sama ada:
Semua Simpanan
Mengeluarkan kesemua simpanan secara
sekaligus dari Akaun 2
Sebahagian Simpanan

Mengeluarkan sebahagian simpanan dari
Akaun 2

Kaedah Bayaran
1. Bayaran Dalam Malaysia
Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus
ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :
Ahli mempunyai akaun bank yang aktif
dengan panel KWSP yang dilantik; DAN
Nombor pengenalan diri ahli adalah sama
dengan rekod bank
Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit
Malaysia (RM)
Sekiranya bayaran tidak berjaya
dikreditkan ke dalam akaun bank ahli,
bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank

2. Bayaran Luar Malaysia
Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing.
Jenis matawang adalah seperti berikut :

Matawang asing mengikut pilihan ahli
di dalam borang permohonan dengan
syarat matawang tersebut ada
disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan
bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU
Dalam matawang US Dollar sekiranya
jenis matawang yang dipohon oleh ahli
dalam borang permohonan tiada dalam
senarai KWSP bagi tujuan bayaran
secara Draf Bank Asing