Pengeluaran Umur 60 Tahun Akaun Emas 11012017

Kaedah Bayaran
1. Bayaran Dalam Malaysia
Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke
dalam akaun bank ahli dengan syarat :-

• Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan
panel KWSP yang dilantik; DAN

• Nombor pengenalan diri ahli adalah sama
dengan rekod bank

• Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit
Malaysia (RM)

• Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke
dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat
melalui cek jurubank
2. Bayaran Luar Malaysia
Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis
matawang adalah seperti berikut :-


• Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam
borang permohonan dengan syarat matawang
tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi
tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU

• Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis
matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang
permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi
tujuan bayaran secara Draf Bank Asing

Dokumen Diperlukan
1. Permohonan Di Kaunter
Pemegang MyKad
• Permohonan diproses secara Hassle Free, ahli
tidak perlu mengisi borang permohonan
Bukan Pemegang MyKad
• Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)

• Dokumen pengenalan diri (asal dan salinan)


Maklumat Akaun Bank
(Ahli digalakkan membawa buku akaun bank atau
penyata akaun bank atau salinan akaun bank
semasa membuat permohonan)
Borang KWSP 3 (Pindaan) - jika pengecaman
Cap Ibu Jari gagal
2. Permohonan Melalui Pos
• Borang Pengeluaran KWSP 9B (AHL)
• Salinan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri
• Borang KWSP 3 (pindaan)
Salinan dokumen perlu disahkan oleh
pegawai pengesah dibenarkan. (Lain-lain
dokumen tambahan tertakluk kepada syarat dan
prosedur semasa)

Maklumat Terkini Mengenai
Akaun Emas Boleh Didapati
Di Laman Web Rasmi KWSP

Dokumen Sokongan

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran
Umur 50 tahun / 55 tahun / 60 tahun Simpanan
melebihi RM1 juta di laman web KWSP dan
pejabat KWSP untuk semua dokumen yang
diperlukan

Akaun Emas
(Pengeluaran Umur
60 Tahun)

2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen
tambahan dan menolak permohonan yang tidak
lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan

Nota Amaran
Membuat Kenyataan Tidak Betul Atau Tidak Benar
Atau Mengemukakan Dokumen Palsu
Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak
betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen

palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan
dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan
selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun
atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau
kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan)
2007]

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Layari

www.kwsp.gov.my
atau Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan

03-89226000
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

KWSPBuzz

Pengeluaran Ini Adalah
Peluasan Kepada
Pengeluaran Umur 55

Tahun Sedia Ada
Selaras Dengan Umur
Persaraan Minimum
60 Tahun

Kelayakan Memohon
1.

Warganegara Malaysia ATAU Bukan
Warganegara

BUKAN WARGANEGARA
KELAYAKAN PENGELUARAN
Kesemua Simpanan

2.

Mencapai umur 60 Tahun

3.


Mempunyai simpanan KWSP

Kelayakan Pengeluaran

Sebahagian Simpanan
• Amaun minimum RM2,000.00
• Setiap 30 hari dari tarikh
permohonan pengeluaran
terdahulu

Ahli boleh memilih Akaun Emas secara
fleksibel mengikut kelayakan pengeluaran
yang ditetapkan

Bayaran Bulanan
(Pengeluaran minimum RM3,000.00
iaitu RM250.00 sebulan untuk
sekurang-kurangnya 12 bulan)
Kombinasi (Sebahagian

Simpanan dan Bayaran Bulanan)
Dividen Bulanan / Tahunan

WARGANEGARA

Menjadi Ahli
Sebelum 1 Ogos 1998

Menjadi Ahli Pada /
Selepas 1 Ogos 1998

Nota:
1. Ahli warganegara yang telah
membuat Pengeluaran Umur
60 tahun kesemua simpanan
(lump sum) dan masih
mencarum layak membuat
pengeluaran
seterusnya dalam keadaan
berikut:

Selepas tempoh setahun dari
tarikh pengeluaran terdahulu;
ATAU
Simpanan mencapai RM2,000
selepas tempoh 30 hari
daripada pengeluaran
terdahulu
2. Ahli bukan warganegara
akan terhenti tanggungan
mencarum selepas membuat
Pengeluaran Umur 60 tahun