Pengeluaran Simpanan RM1Juta 11012017

Dokumen Diperlukan
1. Permohonan Di Kaunter
Pemegang Mykad
• Permohonan akan diproses secara Hassle
Free, ahli tidak perlu mengisi borang
permohonan

Pengeluaran
Simpanan Melebihi
RM1 Juta

Bukan Pemegang Mykad
• Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
dokumen kad pengenalan diri (asal dan
salinan)
Maklumat Akaun bank
(Ahli digalakkan membawa buku akaun bank /
penyata akaun bank / salinan akaun bank
semasa membuat permohonan)
Borang KWSP 3 (Pindaan) - jika pengecaman
Cap Ibu Jari gagal

2. Permohonan Melalui Pos
• Borang Pengeluaran KWSP 9B (AHL)
• Salinan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri
• Borang KWSP 3 (pindaan)
Salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai
pengesah dibenarkan. (Lain-lain dokumen
tambahan tertakluk kepada syarat dan
prosedur semasa)

Maklumat Terkini Mengenai
Pengeluaran Simpanan Melebihi
RM1 Juta Boleh Didapati
Di Laman Web Rasmi KWSP

Dokumen Sokongan
1.

2.

Sila rujuk Senarai Semak Dokumen

Pengeluaran Umur 50 Tahun / 55 Tahun / 60
Tahun / simpanan melebihi RM 1 juta di laman
web KWSP atau pejabat KWSP untuk semua
dokumen yang diperlukan
KWSP berhak meminta apa-apa dokumen
tambahan dan menolak permohonan yang
tidak lengkap dan tidak memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan

RM
1Juta
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Layari

Nota Amaran

www.kwsp.gov.my

Membuat Kenyataan Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan
Dokumen Palsu


atau Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan

Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau
mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan
dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang
tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau
kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]

03-89226000
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

KWSPBuzz

Pilihan Kepada
Ahli Yang
Mempunyai
Simpanan
Melebihi
RM1.05 Juta
Mengeluarkan

Lebihan Simpanan
Berkenaan Untuk
Diuruskan Sendiri
Oleh Ahli

Kelayakan Memohon
1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan
Warganegara
2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh
permohonan
3. Ahli mempunyai simpanan tidak kurang daripada
RM1.05 juta

Syarat-syarat Pengeluaran
Boleh dibuat setiap 3 bulan sekali. Ahli perlu
memohon setiap kali pengeluaran

Kelayakan Pengeluaran
Amaun minima pengeluaran RM50,000.00 dari
Akaun 2 dan jika tidak mencukupi akan diambil

dari Akaun 1

Kaedah Bayaran
Bayaran Dalam Malaysia
1. Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus
ke dalam akaun bank ahli dengan syarat:
• Ahli mempunyai akaun bank yang aktif
dengan bank panel KWSP yang dilantik;
DAN
• Nombor pengenalan diri ahli adalah sama
dengan rekod bank
• Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit
Malaysia (RM)
• Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan
ke dalam akaun bank ahli bayaran akan
dibuat melalui cek jurubank

Bayaran Luar Malaysia
2. Bayaran adalah melalui Draf Bank
Asing. Jenis matawang adalah seperti

berikut :
• Matawang asing mengikut pilihan
ahli di dalam borang permohonan
dengan syarat matawang tersebut
ada disenaraikan oleh KWSP bagi
tujuan bayaran secara Draf Bank
Asing; ATAU
• Dalam matawang US Dollar
sekiranya jenis matawang yang
dipohon oleh ahli dalam borang
permohonan tiada dalam senarai
KWSP bagi tujuan bayaran secara
Draf Bank Asing