GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS

GARIS PANDUAN
TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS
PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pelajar tajaan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) di dalam dan di luar negara untuk membuat Permohonan
Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis.
1.

TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI
(a)

Syarat-syarat Umum
i.
ii.
iii.
iv.

(b)

Tuntutan dibayar berdasarkan hari bekerja tetapi tidak termasuk hari
cuti awam/ umum/ hujung minggu;

Jarak antara IPT/ rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi
25 km mana yang terdekat;
Tempoh latihan yang layak dibayar tidak melebihi 3 bulan (tidak
termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu); dan
Latihan amali merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan
kursus pengajian.

Syarat-syarat Khusus

PELAJAR
TAJAAN
Dalam
Negara

Luar Negara

PERIHAL
Pelajar yang menjalani latihan amali di Jabatan/ Agensi
KERAJAAN atau di Syarikat/ Agensi SWASTA TIDAK LAYAK
membuat tuntutan Elaun Latihan Amali sekiranya Jabatan/

Agensi/ Syarikat telah menyediakan Elaun Latihan Amali/
Praktikal.
i.

Pelajar yang diberikan kelulusan untuk menjalani Latihan
Amali di Malaysia:
a.
TIDAK LAYAK menuntut Elaun Latihan Amali, tiket
kapal terbang dan elaun-elaun lain yang pelajar
berkelayakan; dan
b.
Elaun Sara Hidup dibayar atas kadar luar negara
untuk tempoh maksimum 3 bulan sepanjang berada
di Malaysia dan selepas tempoh itu, pelajar hanya
layak dibayar atas kadar tempatan.
1

PELAJAR
TAJAAN


PERIHAL
ii.

(c)

Borang Tuntutan dan Dokumen Sokongan
i.
ii.

2.

Pelajar yang menjalani Latihan Amali di negara pengajian:
a.
TIDAK LAYAK menerima Elaun Latihan Amali
sekiranya menerima apa-apa bayaran daripada
Firma/ Institusi sepanjang pelajar mengikuti latihan
tersebut; dan
b.
Pelajar yang menjalani latihan amali melebihi 3 bulan
dan menerima bayaran yang sama atau melebihi

kadar Elaun Sara Hidup TIDAK LAYAK menerima
Elaun Sara Hidup di sepanjang tempoh latihan
tersebut. Sekiranya bayaran dari Firma/ Institusi
kurang daripada kadar Elaun Sara Hidup yang
diterima, maka JPA akan membayar perbezaan
kadar tersebut.

Borang Tuntutan seperti di Lampiran A;
Dokumen Sokongan
a.
Surat Permohonan Penempatan Latihan Amali oleh Universiti
Kepada Majikan seperti di Lampiran B; dan
b.
Surat Pengesahan Pelajar Menjalani Latihan Amali daripada
Majikan seperti di Lampiran C.

TUNTUTAN ELAUN TESIS
(a)

Syarat-syarat

i.
ii.
iii.
iv.

(b)

Tuntutan dibayar jika kursus mewajibkan pelajar menyediakan tesis;
Tesis merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus
pengajian/bergraduat;
Layak dituntut sekali sahaja di sepanjang tempoh pengajian; dan
Sekurang-kurangnya 6 jam kredit dan tesis disediakan secara
individu.

Borang Tuntutan dan Dokumen Sokongan
i.
ii.

iii.


Borang Tuntutan seperti di Lampiran A;
Slip Pendaftaran Subjek/Kursus yang membuktikan jam kredit bagi
tesis tersebut adalah 6 Jam Kredit (Disahkan oleh Dekan/ Ketua
Jabatan/ Penyelia Kursus/ Penyelia Tesis) ; dan
Salinan kulit muka depan tesis yang asal yang telah disahkan oleh
Dekan/ Ketua Jabatan/ Penyelia Kursus/ Penyelia Tesis di universiti
berkaitan seperti contoh di Lampiran D.
2

3.

KAEDAH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
(a)

Permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari
selepas tamat latihan amali/ pembentangan tesis. Bayaran akan dibuat
dalam tempoh 1 hingga 3 bulan selepas permohonan dikemukakan dengan
syarat, borang dan dokumen sokongan yang diterima adalah lengkap.
Kelewatan pelajar mengemukakan tuntutan akan menyebabkan
bayaran tidak akan dipertimbangkan.


(b)

Pelajar tajaan JPA di dalam negara hendaklah mengemukakan
permohonan tuntutan yang lengkap (dokumen sokongan yang asal)
melalui pos atau serahan tangan kepada alamat berikut:
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA,
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 4, BLOK C2, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA,
MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Kewangan)
Emel: bayaran.bmi@jpa.gov.my

(c)

Pelajar tajaan JPA di luar negara hendaklah mengemukakan
permohonan melalui Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) di
negara pengajian masing-masing kecuali bagi pelajar di Indonesia,

Singapura dan Hong Kong hendaklah melalui Unit Pembangunan Luar
Negara, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.

(d)

Garis Panduan Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis Pelajar
Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos
2017.

(e)

Pelajar yang belum mengemukakan permohonan tuntutan Elaun
Latihan Amali dan Elaun Tesis untuk tempoh Januari – Julai 2017
hendaklah mengemukakan segera kepada JPA selewat-lewatnya
31 Ogos 2017. Kelewatan pelajar mengemukakan tuntutan akan
menyebabkan bayaran tidak akan dipertimbangkan.

3

LAMPIRAN A


BORANG PERMOHONAN TUNTUTAN PELAJAR TAJAAN BIASISWA PERSEKUTUAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
NAMA PENUH

: ________________________________________________

NO. KAD PENGENALAN

: ________________________________________________

ALAMAT SURAT-

: ________________________________________________

MENYURAT

________________________________________________

NO. AKAUN BANK


: ________________________________________________

ALAMAT BANK

: ________________________________________________
________________________________________________

NO. TELEFON

: ________________________________________________

ALAMAT E-MEL

: ________________________________________________

UNIVERSITI

: ________________________________________________


PERINGKAT PENGAJIAN

: ________________________________________________

PROGRAM / KURSUS

: ________________________________________________

TAHUN PENGAJIAN

: ________________________________________________

TEMPOH TAJAAN

: ________________________________________________

JENIS TUNTUTAN

JUMLAH TUNTUTAN

: ________________________________________________
(bil/ invois/ resit yang bukan dalam Bahasa Inggeris/ Malaysia
perlulah diterjemahkan terlebih dahulu ke dalam Bahasa
Inggeris/ Malaysia)
: ________________________________________________

TANDATANGAN PELAJAR

:

……………………………………………….
NAMA

:

TARIKH

:

Untuk Kegunaan Pejabat
Jumlah tuntutan yang diluluskan

: ____________________________________________

Tandatangan pegawai

: ____________________________________________

Nama pegawai

: ____________________________________________

Jawatan pegawai

: ____________________________________________

Tarikh penerimaan

: ____________________________________________

4

LAMPIRAN B

CONTOH SURAT PENGESAHAN UNIVERSITI
Letterhead Universiti
Ruj
:
Tarikh :
…………………………………
…………………………………
…………………………………
Tuan / Puan,
PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI/AMALI
Nama
No K/P

:
:

No Pelajar
Bidang Pengajian

:
:

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas
2.
Adalah dimaklumkan bahawa penama seperti di atas adalah pelajar sepenuh masa di
fakulti ini dan diwajibkan untuk menjalani latihan amali bermula dari _________ sehingga
_____________. Tujuan latihan industri/ amali ini adalah sebagai salah satu syarat
bergraduat selain daripada untuk meningkatkan pengetahuan serta pengalaman di industri
yang berkaitan dengan pengajian pelajar berkenaan.
3.
Sehubungan dengan itu, kerjasama dan bantuan pihak tuan/ puan adalah dipohon
bagi menempatkan pelajar berkenaan di syarikat tuan/ puan. Semoga peluang yang diberikan
oleh syarikat tuan/ puan dapat membantu pelajar tersebut menjalani latihan industri dengan
jayanya. Segala perhatian dan pertimbangan yang tuan/puan berikan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Daripada

…………………………………………..
(NAMA PEGAWAI)
JAWATAN PEGAWAI
BAHAGIAN/ UNIT
UNIVERSITI

5

LAMPIRAN C

CONTOH SURAT PENGESAHAN MAJIKAN

Letterhead Syarikat

Ruj

:

Tarikh :

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan /
Alamat Universiti

Tuan / Puan,
PENGESAHAN PELAJAR MENJALANI LATIHAN AMALI
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dengan ini disahkan bahawa pelajar telah
menamatkan latihan amali seperti berikut:

Nama
No K/P
No Pelajar
Universiti
Tarikh Latihan Amali
Lokasi Penempatan

:
:
:
:
:
:

Pemberian Elaun

:

YA

Sekian, terima kasih.

Daripada

…………………………………………..
(NAMA PEGAWAI
)
JAWATAN PEGAWAI
NAMA & COP SYARIKAT

6

TIDAK

LAMPIRAN D

TAJUK TESIS

NAMA PELAJAR

FAKULTI
UNIVERSITI

TARIKH

Pengesahan Dekan/ Ketua Jabatan/
Penyelia Kursus/ Penyelia Tesis

Tandatangan & Cop Pengesahan

7

8

NOTA PENTING :
 MAKLUMAT DI ATAS
PERLU ADA DALAM
SURAT PENGESAHAN
 DOKUMEN SALINAN
PERLU DICOP DIAKUI

9

NOTA PENTING :
 MAKLUMAT DI ATAS
PERLU ADA DALAM
SURAT PENGESAHAN
 DOKUMEN SALINAN
PERLU DICOP DIAKUI
SAH OLEH UNIVERSITI

10

NOTA PENTING :
DOKUMEN PERLU
DISAHKAN OLEH DEKAN/
KETUA JABATAN/ PENYELIA
KURSUS/ PENYELIA TESIS

11