Esei Cabaran dan Isu semasa

1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, mentafsirkan
perkataan global sebagai seluruh dunia atau pada keseluruhannya dan pada
umumnya. Manakala, globalisasi pula bermaksud suatu fenomena yang
menjadikan dunia semakin mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan
oleh kepantasan perkembangan teknologi maklumat.1
Dasawarsa ini, dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan
teknologi telah banyak memberi kesan kepada makhluk yang digelar manusia
yang dicipta oleh Tuhan. Zaman sekarang yang digelar sebagai zaman
globalisasi telah menyebabkan tidak wujudnya sempadan antara negara-negara
dunia. Kini, kebejatan moral antara manusia telah menyebabkan keruntuhan
sesebuah tamadun. Manusia pada masa ini semakin tidak berperikemanusiaan
disebabkan oleh ketamakan yang lahir dalam diri mereka. Disebabkan oleh
ketamakan mereka inilah, saudara-saudara mereka yang lain yang tidak berdosa
turut menjadi mangsa korban.
Sebagai contoh, isu peperangan yang berlaku pada masa sekarang
bukan lagi suatu isu yang baharu kepada penduduk dunia. Nama negara-negara
yang terlibat dalam peperangan seperti Palestin, Israel, Mesir, dan Syria adalah
tidak asing lagi sehingga ke hari ini, malah ianya menjadi lebih teruk dan kritikal
dari hari ke hari dan jumlah mangsa yang tidak berdosa yang terkorban juga
meningkat saban hari.


1 Hajah Noresah Bt Baharon. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

1

Walaupun wujud Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang
dianggap sebagai satu pertubuhan yang boleh membela nasib dan hak serta
kedaulatan sesebuah negara dunia, tetapi nampaknya peranan pertubuhan
tersebut

adalah

tidak

berkesan

kerana

sesetengah


negara

masih

bermaharajarela pada masa ini. Sebagai contoh, apabila kuasa-kuasa Veto
dunia bersuara dan bertindak kejam, PBB juga tidak mampu untuk menyekat
kemaraan kuasa-kuasa tersebut. Oleh itu, esei ini akan membincang tentang
konflik dunia yang berlaku pada masa sekarang iaitu konflik Israel-Palestin serta
kesannya terhadap semua negara termasuk Malaysia dan kesan isu tersebut
terhadap pendidikan negara Malaysia.

2

2.0 LATAR BELAKANG ISU ISRAEL-PALESTIN
Peta 1: Peta Kawasan Palestin

Palestin terletak di bahagian barat benua Asia yang membentang antara
garis lintang meridian 15-34 dan 40-35 ke arah timur, dan antara garis lintang
meridian 30-29 dan 15-33 ke arah utara. Palestin membentuk bahagian tenggara

dari kesatuan geografi yang besar di belahan timur dunia Arab yang disebut
sebagai negeri Syam. Selain Palestin, negeri Syam terdiri daripada Lubnan,
Syria dan Jordan.
Tanah Palestin mempunyai keistimewaan dibanding dengan daerah lain
kerana merupakan sebahagian daripada tempat tinggal manusia pertama,
tempat diturunkan semua agama samawi, tempat dimana peradaban kuno
muncul, menjadi jambatan aktiviti kormesial, dan tempat penyusupan ekspedisi
3

ketenteraan di sepanjang era bersejarah yang berbeza. Lokasi strategik yang
dinikmati Palestin memungkinkannya untuk menjadi faktor penghubung antara
pelbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah.
Manakala Israel merupakan sebuah negara di Asia barat yang terletak di
pinggir tenggara Laut Mediteranean. Negara ini menyempadani Palestin di
sebelah timur dan barat daya, Lebanon di utara, Syria serta Jordan di Timur, dan
Mesir di barat daya. Israel yang diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang
pada ketika itu diduduki oleh orang Arab dan mengamalkan demokrasi
berpalimen merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Negara ini
mempunyai ekonomi yang maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan
mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan

Manusia PBB pada tahun 2005.
Gambar 1: Bendera Israel

4

Konflik Israel-Palestin kini bukanlah suatu peristiwa yang hanya berlaku
selama beberapa bulan mahupun beberapa tahun, ianya merupakan suatu
pertikaian yang telah berlangsung selama lebih daripada 60 tahun antara orang
Israel dan orang Arab Palestin yang tidak selesai sehingga ke hari ini. Secara
umumnya konflik yang berlaku ini merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial dan
juga melibatkan isu agama yang ternyata memberi kesan yang berterusan
terhadap negara Palestin dan negara-negara lain. Konflik yang berlaku antara
dua pihak ini tidak pernah surut dari rundingan dan seolah-olah rundingan yang
dilakukan sebelum ini tidak membawa kesan yang positif atau menemui jalan
penyelesaian.
Pada tahun 1914 sehingga 1920, setelah tamat Perang Dunia Pertama,
orang Turki bimbang dengan pengaruh Britain dan Perancis yang semakin kuat
di kawasan Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman. 2 Oleh itu,
Zionis


bekerjasama

penghijrahan

orang

dengan

Britain

Yahudi

ke

dan

Palestin.

mendesak
Sebagai


Britain

menyokong

balasannya,

mereka

menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan
British di Terusan Suez. Pada masa yang sama, Britain menjanjikan bahawa
orang Arab akan diberikan kemerdekaan sekiranya mereka bangun menentang
orang Turki. Justeru orang Arab memulakan pemberontakan. Sementara itu,
Britain dan Perancis telah bertemu secara sulit. Dengan menjangkakan bahawa
orang Turki akan ditewaskan, kedua-dua kuasa ini merancangkan pembahagian
Timur Tengah melalui Perjanjian Sykes-Picot.
2 Mahdi Suid., Sazlina Othman. (2014). Teks STPM Sejarah Penggal 2 (Sejarah Islam).
Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

5


Perisytiharan Balfour pada 2 November 1917 menyaksikan Setiausaha
Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan
Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di
Palestin tetapi orang Arab membantah. Britain menenangkan mereka dengan
berjanji bahawa penempatan Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana
penempatan mereka sejajar dengan kebebasan politik dan ekonomi penduduk
Arab. Bagi rakyat Palestin, 2 November menjadi hari berkabung buat seluruh
negara.
Pada tahun 1920 hingga 1939, setelah Liga Bangsa atau lebih dikenali
sebagai Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari dibentuk, dengan
persetujuan British, Zionis memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara
besar-besaran ke Palestin. Antara tahun 1923 dan 1936, penduduk Yahudi di
Palestin bertambah dari 58 000 kepada 348 000 orang dalam tempoh yang
sama, penduduk Arab di Palestin bertambah dari 642 000 kepada 978 000
orang.
Zionis menubuhkan “Dana Kebangsaan Yahudi” untuk membeli tanah di
Palestin tetapi mereka hanya dapat memperluaskan bahagian tanah mereka
sebanyak 5.6 peratus sahaja. Rakyat Palestin membantah penhijrahan Zionis
yang semakin pesat, tetapi Britain tidak bertindak balas. Pada tahun 1936,

Palestin mengisytiharkan mogok peringkat kebangsaan sebagai membantah
penghijrahan Zionis. Tidak lama kemudian mogok rakyat Palestin bertukar
menjadi pemberontakan bersenjata terhadap British. Namun pada tahun 1939,
British bersama Zionis telah berjaya menghancurkan pemberontakan tersebut.
6

Manakala pada tahun 1945 sehingga ke hari ini, semasa tercetusnya
Perang Dunia Kedua, dasar British berkaitan Palestin berubah dan secara tibatiba sahaja mereka cuba menghadkan penghijrahan Zionis untuk menghalang
orang Arab daripada menyokong Jerman. Zionis mengaturkan penghijrahan
secara haram dan terus terang menentang British. Di Eropah, pemimpin negara
Jerman iaitu Adolf Hitler memulakan penghapusan etnik Yahudi. Sebelum
Jerman tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000
orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis. United Nation
(UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan,
dan Jordan mencapai kemerdekaan kecuali Palestin.
Gambar 2: Tanah Jajahan Israel di Palestin

Pada ketika itu berlakunya pertempuran ganas antara orang Yahudi Zionis
dengan rakyat Palestin. Pihak British tidak dapat lagi mengawal keadaan dan
membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin. “Resolusi

Pemecahan” yang ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah
mandat Zionis Yahudi dengan orang Arab Palestin. Rakyat Paletsin menolak
pembahagian tanah air mereka.
7

Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dan memulakan
kempen keganasan terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka lari
meninggalkan kampung halaman. Malah pada tanggal 5 Jun 1967, perang ketiga
Arab-Israel tercetus setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua yang digelar
'Perang 6 Hari'. Perang tersebut dikenali sebagai ‘Perang 6 hari’ kerana dalam
tempoh enam hari saja, tentera Yahudi menawan Semenanjung Sinai, Tebing
Barat, Bukit Golan dan Semenanjung Gaza telah membawa konflik IsraelPalestin berlarutan sehingga ke hari ini.
Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah
‘penyelesaian dua negara’ yang melibatkan sebuah negara Palestin merdeka di
samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju
bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk
menamatkan konflik. Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga Palestin
melihat Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa
depan. Namun, sebahagian ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian
satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat

menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk.
Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang
bentuk persetujuan yang dirancang.
Terdapat banyak pihak dalam negeri dan juga pihak antarabangsa yang
terlibat dalam konflik tersebut. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel
yang diketuai oleh Ehud Olmet dan Pertubuhan Pembebasan Palestin yang
diketuai oleh Mahmoud Abbas. Manakala pihak antarabangsa yang terlibat
8

dalam konflik tersebut ialah dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri
daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu, dan diwakili oleh seorang utusan khas yang kini merupakan
Tony Blair.
Sejak tahun 2006 lagi, pihak palestin telah dipecah belah oleh konflik
antara dua puak yang utama pada ketika itu iaitu puak Fatah yang merupakan
satu parti yang terbesar dan puak Hamas, iaitu sebuah kumpulan militan Islam.
Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin
(Kerajaan Interim Palestin) berpecah antara Fatah di Tebing Barat dengan
Hamas di Jalur Gaza. Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap
sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel serta negara-negara yang
lain. Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ianya

tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.
Selain itu, pusingan perundingan keamaan yang bermula di Annapolis,
Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai
ketetapan mutakhir menjelang tahun 2008. Semua pihak telah bersetuju bahawa
terdapat 6 teras atau ‘status akhir’ yang merupakan persoalan yang mesti
diselesaikan iaitu Jerusalem, pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan,
dan air. Sehubungan dengan itu, dalam kalangan masyarakat Israel dan
Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat. Ini
bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja
antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.

9

Dasar

British

yang

bersimpati

dengan

gerakan

Zionisme

yang

bermatlamat untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi telah membawa Palestin
ke dalam percaturan barat dan orang Yahudi. Hal ini telah menimbulkan masalah
yang rumit dan kritikal ke atas Palestin, apabila hak rakyat Palestin sebagai
permastautin dinafikan dengan penghijrahan dan pendudukan orang Yahudi di
bumi Palestin.
Secara ringkasnya, ia telah membawa kepada kewujudan 4 masalah
utama yang dihadapi pada masa ini iaitu berkaitan dengan kedudukan dan
kedaulatan bumi Palestin, masalah pelarian Palestin, hak rakyat Palestin serta
kekejaman dan penindasan Israel ke atas rakyat Palestin yang menjadi
sebahagian daripada permasalahan utama dalam isu Palestin yang masih tidak
menemui jalan penamat sehingga ke hari ini malah menjadi semakin rumit.

3.0 KESAN ISU ISRAEL-PALESTIN
Peperangan antara Israel dan Palestin selama ini bukan hanya sekadar
memberi impak kepada kedua-dua negara itu sendiri tetapi juga terhadap
negara-negara dunia yang lain. Impaknya boleh dilihat dari aspek politik, sosial
dan juga ekonomi. Dari aspek sosial, kesan daripada peperangan tersebut bukan
sahaja melibatkan ratusan nyawa manusia yang tidak berdosa terkorban, malah

10

ianya turut menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan penyebaran wabak
penyakit.3
Pada baru-baru ini, serangan udara jet-jet pejuang Israel terhadap
semenanjung Gaza telah menyebabkan 121 insan terkorban dan lebih daripada
920 orang yang cedera malah rejim Zionis turut mengebom dua buah masjid di
Gaza semalam di mana ketika itu para Jemaah sedang mengerjakan solat
tarawih dan telah mengorbankan tiga nyawa. Kebanyakan mangsa korban
tersebut adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak yang tidak berdosa. Hal
ini demikian kerana, mereka mendakwa masjid tersebut digunakan untuk
menyembunyikan roket dan turut menuduh pergerakan Hamas, Jihad Islam dan
kumpulan-kumpulan

pejuang

Palestin

menggunakan

taktik

itu

menyalahgunakan masjid dengan menyembunyikan senjata api.
Gambar 3: Masjid di Gaza yang diserang oleh rejim Zionis

3 Mahdi Suid., Sazlina Othman. (2014). Teks STPM Sejarah Penggal 1 (Sejarah Dunia).
Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

11

untuk

Apabila menyentuh kepada penyebaran wabak penyakit iaitu salah
satu kesan daripada peperangan yang berlaku antara Palestin dan Israel,
kesannya bukan sahaja dua negara tersebut yang mendapat impak, malah
negara-negara yang berhampiran dengan dua negara tersebut turut menjadi
mangsa. Wabak penyakit yang paling ketara semasa berlakunya peperangan
tersebut ialah penyakit tangan, kaki dan mulut. Buktinya, penduduk negara
Jordan, Egypt serta Syria turut mendapat kesan wabak penyakit tersebut
terutamanya golongan kanak-kanak dan juga bayi.

Gambar 4: Wabak penyakit kaki dan mulut yang semakin menular

Selain itu, pemimpin silih berganti, persidangan demi persidangan dan
perjanjian demi perjanjian ditndatangani, tetapi nasib rakyat Palestin masih tidak
terbela, malah keadaan lebih teruk. Kemenangan Hamas pada piliihan raya yang
telus dengan dihadiri pemantau Amerika, termasuk Jimmy Carter (bekas

12

Presiden Amerika) pada tahun 2006 bukan diberi sokongan, malah rakyat Gaza
‘dihadiahkan’ dengan hukuman kejam.
Dengan dukungan Amerika dan negara Eropah, Israel menegakkan
sekatan makanan dan barangan keperluan kepada penduduk Gaza. Sekatan
secara menyeluruh yang menghalang penduduk hidup seperti manusia dengan
menjadikan Gaza sebagai ‘penjara terbuka terbesar dunia’. Mereka tidak
dibenarkan mengimport makanan, keperluan perubatan, air dan sebagainya
telah mengeruhkan lagi keadaan di Palestin.
Dari aspek politik pula, hubungan dua hala antara Israel dan Amerika
Syarikat yang merupakan faktor penting dalam dasar Amerika Syarikat di timur
tengah. Kongres Amerika Syarikat meletakkan keutamaan dalam hubungan dua
hala yang erat dan saling tolong-menolong. Sokongan yang ketara ke atas Israel
merupakan pemberian bantuan luar yang sentiasa dihulurkan oleh pihak Amerika
Syarikat. Sebagai contoh, Israel mampu menanggung kos peperangan sehingga
mencecah kos beratusan billion dan mampu memiliki senjata nuklear. Israel yang
bertindak ganas dan angkuh kerana mempunyai senjata nuklear telah
membimbangkan negara-neagara yang lain sehinggakan negara dunia yang lain
tidak berani untuk campur tangan untuk menolong Palestin. Persatuan Bangsabangsa Bersatu juga tidak dapat untuk bersuara kerana terdapat sebuah kuasa
veto yang sering memberi bantuan kepada Israel dan kini semakin ramai pihak
yang benci kepada Amerika Syarikat.
Peperangan memberi impak yang besar kepada manusia. Perbezaan
geopolitik tidak menghalang sesebuah negara menyatakan pendirian secara
13

tegas dan berani. Dalam konteks Malaysia, nilai persaudaraan Islam dan naluri
perikemanusiaan penganut agama lain menjadi nadi keprihatinan terhadap
mangsa jenayah perang. Kesan paparan berita melalui media cetak dan
elektronik membangkitkan keberanian Malaysia menyatakan secara tegas
bahawa rejim Israel adalah pengganas dan kelantangan Malaysia menyatakan
pendirian bahawa tentera Zionis adalah penjenayah perang sama sekali tidak
pernah goyah.
Dalam kalangan Negara-Negara Pertubuhan Islam (OIC), Malaysia
merupakan negara yang paling lantang sekali menentang pencerobohan di Gaza
pada baru-baru ini dan telah menyebabkan negara Malaysia dituduh oleh Israel
yang mengatakan Malaysia menjalin kerjasama ketenteraan dengan Hamas
dengan memberi latihan kepada tentera Hamas untuk menyerang Israel dari
udara dan menyatakan ingin menyerang Malaysia. Hal ini secara tidak langsung
adalah suatu ancaman bagi rakyat Malaysia dan akan menyebabkan rakyat
Malaysia berasa tidak selamat.
Manakala kesan isu Israel-Palestin terhadap aspek ekonomi pula, Palestin
sehingga ke hari ini tidak dapat memajukan negaranya kerana terpaksa
menanggung hutang perang yang tinggi. Kuasa-kuasa besar yang lain terus
melakukan sekatan ekonomi terhadap negara Palestin dan menyebabkan rakyat
Palestin pada hari hidup dalam keadaan yang miskin dan hanya mampu
menunggu pertolongan daripada negara-negara luar terutamanya negara
anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Disebabkan

oleh

keadaan

ekonomi Palestin yang tidak maju akibat perang, maka majoriti rakyatnya
14

menganggur kerana tidak mempunyai peluang pekerjaan disebabkan negara
yang tidak pernah aman. Menurut laporan Harian Metro, Menteri Hal Ehwal
Ekonomi

Palestin,

Jawad

Naji

berkata,

sebarang

rundingan

untuk

membangunkan ekonomi Palestin tanpa menamatkan sekatan Israel tidak akan
membawa sebarang makna.

4.0 KESAN TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Isu Israel-Palestin yang berlaku sehingga ke hari ini secara tidak langsung
juga turut memberi kesan ke atas pendidikan di negara kita. Isu ini boleh
diklasifikasikan sebagai suatu isu politik. Namun, pelajar-pelajar negara kita
nampaknya mudah terpengaruh dengan isu tersebut sehinggakan mereka tidak
sedar sama ada umur mereka itu layak untuk membincangkan isu politik ataupun
tidak. Bukan sekadar itu sahaja, pelajar-pelajar yang melibatkan diri secara tidak
langsung terhadap isu ini juga turut membawa fahaman masing-masing dan
akhirnya akan membawa kepada perbalahan.4
Hal ini demikian kerana, terdapat sesetengah pelajar yang menyokong
tindakan Israel dan juga terdapat segelintir pelajar yang menyokong Gaza atau
Palestin. Apabila mereka melibatkan diri secara aktif dalam isu ini melalui
perhimpunan-perhimpunan mahupun perbalahan idea melalui media sosial, ini
secara tidak langsung akan menjejaskan pelajaran mereka dan impian Malaysia

4 Ibrahim Saad. (1992). Perubahan Pendidikan Di Malaysia: Satu Cabaran. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

15

untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nampaknya adalah
amat sukar untuk dicapai.
Buktinya, pada tanggal 3 Ogos 2014 yang lalu seramai lebih daripada 50
ribu rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti tempatan,
golongan wanita, dan juga kanak-kanak telah menyertai suatu perhimpunan
anjuran Pertubuhan Viva Palestina dan Aqsa Sharif yang bertempat di Dataran
Merdeka. Di bawah panas terik matahari jam 3 petang, padang yang pernah
bergema dengan laungan Merdeka tersebut telah kembali bergema dengan
laungan “Free Palestin”.

Gambar 5: Peserta perhimpunan yang majority terdiri daripada golongan pelajar
sekolah menengah dan universiti tempatan

16

Peserta perhimpunan pada ketika itu baring di tanah untuk menunjukkan
kehilangan jiwa akibat ditembak bedilan tentera Zionis dan sebahagian daripada
mereka turut membawa sepanduk dengan slogan “America stop funding the
genocide”, “Free Gaza”, “Save Gaza”, “Malaysia against Zionism”, “Demi Islam”
dan “We stand with Palestine”. Penglibatan pelajar-pelajar negara Malaysia yang
terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti ini akan
menjejaskan pencapaian pendidikan di negara kerana asset-aset negara pada
masa kini terus dipengaruhi oleh isu semasa yang berlaku di dunia luar sehingga
mengabaikan pelajaran mereka.
5.0 KESIMPULAN
Konflik Israel dan Palestin yang berlarutan sehingga ke hari banyak
memberi pengajaran kepada penduduk dunia khususnya Malaysia. Malaysia
merupakan sebuah negara yang didiami oleh pelbagai kaum merupakan suatu
cabaran yang agak berat yang perlu digalaskan oleh setiap penduduk kerana
terdapat pelbagai jenis budaya dan agama yang diamalkan. Sekiranya rakyat
negara Malaysia tidak memiliki dan mengamalkan nilai toleransi dalam diri
mereka masing-masing, nescaya negara Malaysia suatu hari nanti juga akan
menghadapi konflik yang sama seperti yang berlaku di Israel dan Palestin. Oleh
itu, rakyat Malaysia haruslah bersatu padu dan hapuskan sifat perkauman yang
wujud dalam diri individu untuk menjamin kesejahteraan hidup dan supaya
Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

17