Definisi dan Konsep Perlembagaan docx

Definisi dan Konsep Perlembagaan
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan
undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.
Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan
hak-hak rakyat.
Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan
sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh
pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan
antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.
Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang
perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip
undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi
pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan Pemerintah seperti
Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan
lain seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.
Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi
semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa
dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di dalam
perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak
dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan
itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat

orang ramai. Yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran atau syor,
tetapi merupakan undang-undang agung negara.

Isu

(London) - Pembaharuan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri
Najib Tun Razak tidak meningkatkan taraf perlindungan undangundang untuk kebebasan asas rakyat di Malaysia, Human Rights
Watch berkata hari ini dalam World Report 2013 (Laporan Dunia
2013). Sekatan akhbar, penggunaan kekerasan yang berlebihan
terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman , dan
ugutan terhadap kumpulan-kumpulan hak asasi manusia telah

mendedahkan tahap kegagalan kerajaan untuk mencapai standard
hak asasi manusia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Dalam laporannya sepanjang 665 mukasurat, Human Rights Watch
mengkaji kemajuan hak asasi manusia sepanjang tahun lalu di lebih
daripada 90 negara, termasuk analisis mengenai akibat seterusnya
selepas Revolusi Arab (Arab Spring).
Di Malaysia, Human Rights Watch berkata, penghormatan kerajaan
ke atas hak-hak dan kebebasan asasi berkemungkinan diuji

menjelang pilihan raya parlimen kebangsaan, yang mesti diadakan
tidak lewat dari Jun 2013.
"Agenda hak asasi yang dijanjikan oleh Kerajaan Malaysia jauh
berbeza daripada apa yang telah dipraktikkan pada tahun 2012,"
kata Phil Robertson, timbalan pengarah Human Rights Watch di
Asia. "Memandangkan pilihanraya semakin hampir, kerajaan perlu
menunjukkan kesanggupan untuk memelihara hak semua rakyat,
tampa mengira pandangan politik mereka."
Pada April 28, 2012, puluhan ribu penunjuk perasaan secara aman
telah dihujani oleh meriam air, gas pemedih mata, dipukul dan
ditangkap semasa perarakan dan protes ‘duduk dan bantah’ yang
diketuai oleh Bersih, suatu gabungan pertubuhan-pertubuhan hakhak sivil. Ini berlaku apabila mereka menuntut pilihanraya yang
bersih dan adil. Satu jawatankuasa kerajaan yang ditubuhkan
untuk menyiasat kejadian tersebut gagal menjelaskan tindakan
pihak berkuasa pada hari itu. Rundingan antara polis dan
gabungan parti-parti politik pembangkang dan kumpulan aktivis
membawa kepada perhimpunan aman "Perhimpunan Kebangkitan
Rakyat" di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur pada 12 Januari,
2013.


Human Rights Watch berkata pindaan kepada undang-undang lama
yang menindas mempunyai kurang kesan di segi penggunaannya
daripada yang diharapkan. Penggantian seksyen 27 Akta Polis
dengan Akta Perhimpunan Aman tidak membatalkan kuasa mutlak
polis untuk mengeluarkan permit untuk sebarang perhimpunan
awam. Sebaliknya, undang-undang baharu tersebut menguasakan
polis untuk mengharamkan secara efektif perarakan-perarakan
dengan melarang "perhimpunan bergerak" melalui pengiystiharan
banyak kawasan sebagai kawasan larangan, dan dengan memberi
kuasa kepada polis untuk menentukan masa, tarikh, dengan syaratsyarat yang mesti dipatuhi. Penganjur ‘Perhimpunan Kebangkitan
Rakyat’ bersetuju dengan 27 syarat yang telah ditetapkan —
termasuk penggunaan slogan-slogan yang sesuai sebelum
perhimpunan mereka mendapat kelulusan. Kerajaan kini sedang
menyiasat pematuhan mereka kepada tiga daripada syarat
tersebut.
Dalam satu lagi pembaharuan undang-undang yang tidak menepati
piawaian antarabangsa, kerajaan Malaysia telah memansuhkan
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan menggantikannya
dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012
(SOSMA). SOSMA mengurangkan tempoh penahanan arbitrari

daripada tempoh yang tidak terhad di bawah ISA kepada 28 hari,
tetapi ditambah pula dengan pelanggaran hak yang baharu. Akta
tersebut mengandungi definisi kesalahan keselamatannya yang
terlalu luas. Polis (dan bukan mahkamah) diberi kuasa untuk
memintas sebarang komunikasi. Akta tersebut juga membolehkan
pihak pendakwa menggunakan bukti tampa mendedahkan sumber
bukti dan identiti saksi. Selain itu, sekiranya seorang suspek
dibebaskan di bawah SOSMA dan kerajaan memfailkan rayuan
terhadap keputusan tersebut, suspek tersebut boleh ditahan
semula di dalam penjara atau terikat dengan peranti pemantauan

sehingga rayuan itu diselesaikan, satu proses yang boleh
mengambil masa bertahun-tahun.
Human Rights Watch berkata gangguan kerajaan ke atas pejuang
hak asasi manusia diteruskan pada tahun 2012. Akibat dakwaan
palsu oleh Jaringan Melayu Malaysia, sebuah organisasi yang
mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin Malaysia,
kerajaan meneruskan penyiasatan yang bermotifkan politik ke atas
Suaram, sebuah organisasi hak asasi manusia yang terkemuka di
Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun1989. Sekurangkurangnya enam agensi kerajaan sedang menyiasat untuk

mengesahkan bahawa pendaftaran dan operasi Suaram adalah
haram. Para penyiasat telah mengganggu kakitangan dan
penyokong Suaram, dan mengugut untuk memenjarakan mereka
manakala ahli-ahli politik kerajaan serta media yang dikawal oleh
kerajaan mengecam organisasi secara terbuka. Pada 3 September,
seminggu sebelum siasatan bermula, seorang menteri kerajaan
menuduh Suaram mempunyai akaun yang "sangat mencurigakan"
dan berkata bahawa "99.4 peratus" daripada aktivitinya adalah
bertujuan "mengumpul wang."
Kumpulan-kumpulan yang menyokong hak golongan lesbian,
homoseksual, biseksual dan transgender (LGBT) mengalami
pengalaman yang lebih teruk lagi, Human Rights Watch berkata.
Dalam dua ucapan yang disampaikan pada tahun 2012, Perdana
Menteri Najib mengiakan diskriminasi terhadap golongan ini
dengan mengkhususkan komuniti LGBT sebagai "budaya sesat"
yang mengancam dan "tidak ada tempat di negara ini." Bukan
sahaja Festival Seksualiti Merdeka dibatalkan pada tahun 2012 di
tengah ugutan berterusan ke atas komuniti LGBT, bahkan
mahkamah juga menolak Semakan Kehakiman terhadap larangan
polis ke atas festival tahun 2011 tersebut. Menurut para penganjur


festival tersebut, keputusan itu telah meletakkan masa depan
festival dalam keadaan yang tidak tentu.
"Pihak berkuasa Malaysia harus menghormati hak asasi tidakberdiskriminasi dan kesaksamaan, dan menghentikan pemburukan
orang berdasarkan orientasi seksual mereka atau identiti jantina,"
kata Boris Dittrich, pengarahadvokasi program LGBT di Human
Rights Watch.
Pembaharuan yang diperkenalkan dari segi kebebasan akhbar juga
kurang daripada yang dijangkakan, Human Rights Watch berkata.
Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar telah dipinda, menamatkan
keperluan lesen tahunan mandatori bagi lesen penerbitan dan
menamatkan kuasa Menteri Dalam Negeri untuk meluluskan atau
membatalkan lesen penerbitan tanpa semakan mahkamah. Walau
bagaimanapun, undang-undang tersebut yang dipinda masih
menetapkan bahawa penerbitan baharu perlu mendapatkan
kelulusan awal, dan lesen masih boleh dibatalkan secara arbitrari.
Kerajaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2011 bahawa "lesen penerbitan
adalah suatu hak dan bukannya keistimewaan,” yang
mengakibatkan perlunya semakan terhadap keengganan kerajaan

yang "tidak wajar dan tidak rasional" untuk mengeluarkan lesen
kepada akhbar harian talian (internet) terbesar di
Malaysia, Malaysiakini, untuk menerbitkan edisi cetak harian.
Suatu pindaan kepada Akta Keterangan memperuntukkan bahawa
pemilik komputer dan pengendali rangkaian komputer adalah
penerbit dan dengan itu bertanggungjawab untuk kandungan yang
dipaparkan pada skrin mereka melainkan mereka dapat
membuktikan mereka tidak ada apa-apa kaitan dengan kandungan

tersebut. Ini menimbulkan kebimbangan tentang anggapan tidak
bersalah serta kebebasan bersuara.
Pihak polis Malaysia didapati secara rutin melanggar hak-hak
orang dalam tahanan, Human Rights Watch berkata. Anggota polis
telah menunjukkan kekerasan berlebihan dan keterlaluan semasa
demonstrasi, semasa penangkapan, dan di dalam lokap polis.
Kematian dalam tahanan, biasanya dikaitkan dengan penyakit dan
gagal disiasat. Suspek juga dipukul untuk memaksa pengakuan,
dan suspek jenayah mati dalam keadaan yang mencurigakan
semasa ditahan oleh polis. Tuduhan penganiayaan oleh polis gagal
disiasat.

Undang-undang imigresen Malaysia masih tidak mengiktiraf
pelarian dan pemohon suaka, dan menghalang mereka daripada
bekerja malah mendapatkan pendidikan untuk anak-anak mereka.
Pendatang tanpa izin boleh ditangkap dan ditahan dalam pusat
tahanan imigresen yang kotor dan penuh sesak, dan dirotan kerana
melanggar undang-undang imigresen. Usaha-usaha antipemerdagangan manusia menggabungkan jenayah pemerdagangan
manusia dengan penyeludupan manusia, dan menghukum,
bukannya melindungi mangsa pemerdagangan dengan menahan
mereka dalam pusat penjagaan yang amat diragui standardnya.
Pusat tersebut dikunci dan lebih menyerupai pusat tahanan
daripada kemudahan penjagaan. Tindakan yang diambil oleh
kerajaan untuk melindungi pekerja domestik asing daripada
dipukul dan daripada penderaan seksual oleh majikan mereka
masih terlalu sedikit.
"Banyak sektor ekonomi Malaysia bergantung kepada pekerja
asing, namun Malaysia terus melayan mereka sebagai orang yang
boleh dipergunakan dan disalahgunakan," kata Phil Robertson.

"Kerajaan harus menghormati sepenuhnya hak-hak pekerja asing
dan berhenti menganiaya mereka yang telah diperdagangkan ke

Malaysia sebagai mangsa lagi."
Doktrin
Pengasingan
Kuasa
S a tu rd a y, 1 3 Fe b r u a r y 2 0 1 0 0 1 : 0 7 pm

Perlembagaanku

di

Teks ucapan oleh
Ipoh,
Perak

Encik Amer Hamzah Arshad semasa Pelancaran Kempen
ini
disampaikan
dalam
Bahasa
Inggeris.


Di dalam perlembagaan negara kita terdapatnya struktur-struktur asas yang merupakan kerangka yang perlu
wujud bagi memastikan kesinambungan proses demokrasi dan kebebasan rakyat. Terdapat tiga struktur-struktur
utama yang tersemat di dalam perlembagaan kita iaitu; kedaulatan undang-undang yang menegaskan bahawa
hak-hak asasi rakyat tidak boleh dicabuli oleh kerajaan sewenang-wenangnya; pembahagian kuasa di antara
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri; dan doktrin pengasingan kuasa, yang menegaskan bahawa tidak ada
suatu institusi atau badan yang boleh memegang kuasa mutlak ‘sovereign’ di mana kuasa tersebut hendaklah
dipecahkan atau diasingkan kepada tiga cabang atau organ kerajaan iaitu; eksekutif (pentadbir), legislatif atau
penggubal undang-undang (Parlimen) dan kehakiman.
Konsep-konsep atau struktur-struktur yang dinyatakan di atas telah pun diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan
dalam kes Loh Kooi Choon v Government of Malaysia [1977] 2 MLJ 188 di mana ianya ditegaskan seperti
berikut:The Constitution is not a mere collection of pious platitudes. It is the supreme law of the land embodying three
basic concepts: One of them is that the individual has certain fundamental rights upon which not even the power of
the State may encroach. The second is the distribution of sovereign power between the States and the Federation,
that the 13 States shall exercise sovereign power in local matters and the nation in matters affecting the country
at large. The third is that no single man or body shall exercise complete sovereign power, but that it shall be
distributed among the Executive, Legislative and Judicial branches of government, compendiously expressed in
modern terms that we are a government of laws, not of men.
Jadi apakah maksud sebenar doktrin pengasingan kuasa ini? Saya percaya kita semua pernah mendengar
ungkapan, “absolute power, corrupts absolutely”. Dalam ertikata lain apabila sesuatu kuasa seperti kuasa

mentadbir, menggubal undang-undang, dan menghakimi pertikaian diletakkan ke atas seseorang atau sesuatu
organ sahaja, maka ianya akan menggalakkan pemerintahan yang tidak tertakluk pemantauan dan pengimbalan
(‘check and balance’). Ini akan membuka ruang kepada sesuatu kerajaan untuk menyalahgunakan kuasa dan
menjadi
asas
kepada
pemerintahan
autokratik
atau
kuku
besi.
Dengan adanya doktrin pengasingan kuasa, maka setiap satu organ kerajaan akan dapat memantau dan
memastikan agar organ kerajaan yang lain tidak akan melangkaui kuasa yang telah diletakkan oleh perlembagaan.
Oleh yang demikkian, di dalam sebuah Negara yang menggamalkan doktrin pengasingan kuasa, kita akan dapati
bahawa parlimen akan menggubal undang-undang bagi membolehkan pihak eksekutif mentadbir dan sekiranya
akan pertikaian dalam segi pentadbiran pertikaian akan diputuskan oleh badan kehakiman. Doktrin pengasingan
kuasa akan memastikan kelancaran sesuatu kerajaan dan pada masa yang sama memastikan tidak ada berlakunya

penyalahgunaan kuasa. Atas sebab inilah setiap organ kerajaan hendaklah duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi. Suatu organ tidak boleh mengawal atau mengatasi organ yang lain kerana ini akan menyebabkan
kepincangan
dalam
sistem
demokrasi.
Sekiranya Parlimen iaitu organ kerajaan yang berfungsi untuk menggubal undang-undang boleh menghadkan
kuasa kehakiman, dan memberi kuasa yang berlebihan kepada eksekutif maka, kita akan memperolehi suatu
kerajaan yang dikuasai oleh eksekutif di mana tindakan eksekutif tidak boleh dicabar di Mahkamah kerana parlimen
telah mengurangkan kuasa kehakiman. Ini adalah suatu fenomena yang mengerunkan kerana dari kerajaan yang
demokrasi ianya telah berubah kepada kerajaan autokrasi. Tetapi inilah hakikat yang sedang dihadapi oleh negara
kita.
Krisis kehakiman pada 1988 adalah merupakan saksi kepada pencabulan doktrin pengasingan kuasa yang kini
telah melemahkan sistem kehakiman Negara kita. Sebelum krisis perlembagaan pada 1988 kuasa kehakiman jelas
terletakhak pada badan kehakiman. Ini adalah dilihat pada Artikel 121(1) Perlembagaan yang menyatakan:
Subject to Clause (2) the judicial power of the Federation shall be vested in two High Courts of co-ordinate
jurisdiction
and
status,
namely(a)
...
the
High
Court
in
Malaya
...
and
(b)
...
the
High
Court
of
Borneo
...
(c)
...(Repealed),
And
such
inferior
courts
as
may
be
provided
by
federal
law’
......
Kata kunci yang tertera di dalam Artikel 121(1) (sebelum pindaan) adalah, “judicial power of the federation shall be
vested in ... High Courts ..”, yang memberi maksud bahawa kuasa kehakiman dalam perlembagaan diletakkan
kepada badan kehakiman dan tidak tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan oleh Parlimen. Kuasa yang
diletakkan kepada institusi kehakiman adalah luas bagi membolehkan insitusi kehakiman menjalankan proses
‘check and balance’ terhadap undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan tindakan pentadbiran Eksekutif
secara
efektif.
Selepas pindaan kepada Artikel 121(1) pada 1988, Artikel 121(1) telah dipinda di mana kuasa kehakiman kini
ditentukan oleh Parlimen:(1)
There
shall
be
two
High
Courts
of
co-ordinate
jurisdiction
and
status,
namely
(a) one in the States of Malaya, which shall be known as the High Court in Malaya and shall have its principal
registry at such place in the States of Malaya as the Yang di-Pertuan Agong may determine; and
(b) one in the States of Sabah and Sarawak, which shall be known as the High Court in Sabah and Sarawak and
shall have its principal registry at such place in the States of Sabah and Sarawak as the Yang di- Pertuan Agong
may
determine;
(c)
(Repealed),
and such inferior courts as may be provided by federal law and the High Courts and inferior courts shall have
such jurisdiction and powers as may be conferred by or under federal law.
Sepatutnya, sebagai sebuah negara yang mempunyai perlembagaan bertulis seperti Malaysia, kita seharusnya kita
mengamalkan sistem ‘constitutional supremacy’ di mana perlembagaan adalah kuasa utama dalam sistem
demokrasi negara. Tetapi apa yang berlaku pada 1988 telah menjadikan Parlimen sebagai kuasa utama
(‘Parliament
supremacy’).
Kesan daripada pindaan terhadap Artikel 121(1) telah menyebabkan bidangkuasa dan kuasa kehakiman tertakluk
kepada dan boleh dihadkan oleh undang-undang persekutuan yang digubal oleh Parlimen. Dalam ertikata lain,
kuasa kehakiman selepas pindaan boleh dihadkan oleh Parlimen. Ini meletakkan Parlimen di suatu kedudukan yang
lebih
tinggi
daripada
institusi
kehakiman.
Kesan yang paling ketara dapat dilihat selepas pindaan perlembagaan pada 1988 ialah tindakan eksekutif
menggunakan Parlimen untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) di mana pada tahun 1989, Parlimen
telah meminda ISA dengan memasukkan seksyen-seksyen yang mengehadkan bidangkuasa dan kuasa kehakiman

di dalam menyemak keputusan eksekutif yang mengeluarkan perintah tahanan tanpa bicara. Sebelum pindaan
1988 institusi kehakiman mempunyai bidangkuasa untuk menyemak perintah tahanan yang dikeluarkan oleh
eksekutif dari segi substantif dan prosedur. Tetapi selepas pindaan dibuat pada 1988 dan 1989, bidangkuasa
institusi kehakiman telah dihadkan di mana Mahkamah hanya boleh menyemak perintah tahanan dari segi
prosedur sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa bidangkuasa kehakiman telah terhakis. Apa yang dinyatakan di sini
hanyalah
picisan
daripada
hakisan
yang
telah
berlaku
terhadap
doktrin
pengasingan
kuasa.
Perbincangan setakat ini hanya menjurus kepada penghakisan doktrin pengasingan kuasa melalui penaklukan
institusi kehakiman oleh eksekutif melalui proses penggubalan undang-undang oleh Parlimen. Apa yang kita tidak
harus terlepas pandang juga ialah penghakisan doktrin pengasingan kuasa melalui cara tersirat iaitu di mana
wujudnya anasir-anasir yang cuba mempengaruhi institusi kehakiman melalui proses perlantikan hakim-hakim
ataupun ketua-ketua hakim yang rapat dengan pihak eksekutif. Skandal klip video VK.Lingam umpamanya telah
mengejutkan rakyat Malaysia yang rata-rata mungkin sedang beradu sebelum ini. Insiden video kilip tersebut jelas
membuktikan kewujudan elemen campurtangan eksekutif dalam institusi kehakiman yang selama ini hanya
diperkatakan tanpa dapat dilihat. Penghakisan doktrin pengasingan kuasa melalui proses ini adalah lebih
merbahaya
kerana
ianya
tidak
dapat
dikesan
dengan
jelas.
Jadi adalah jelas bahawa sekiranya doktrin pengasingan kuasa tidak wujud ianya akan menyebabkan salah satu
organ kerajaan akan menjadi lebih berkuasa. Kebiasaannya institusi kehakimanlah yang akan dikawal ataupun
dikembirikan untuk memastikan institusi kehakiman tidak dapat menghalang kuasa eksekutif. Apabila ini berlaku
maka institusi kehakiman tidak akan dapat melindungi hak-hak rakyat dari tindakan eksekutif yang melampaui
norma-norma
hak-hak
asasi
dengan
efektif.
Kini sudah lebih dari 20 tahun sejak pindaan terhadap Artikel 121(1) berlaku, walaupun suatu tempoh yang agak
lama telah berlalu, ianya tidak bermakna kuasa institusi kehakiman tidak boleh dikembalikan kepada tempat yang
sepatutnya. Sekiranya, hakim-hakim yang sedia ada berani untuk menegakkan hak-hak kehakiman, sudah tentu
rakyat akan memberikan sokongan yang padu. Ianya masih belum terlambat untuk kita mengambil pendirian yang
betul. Sesuatu revolusi bermula dengan diri kita sendiri. Sekiranya rakyat mempunyai kesedaran mengenai sejarah
dan proses manipulasi yang telah berlaku dan sedang berlaku, sudah pasti rakyat akan bangkit dan mengambil
tindakan yang sewajarnya untuk memastikan doktrin pengasingan kuasa ini dikembalikan kepada statusnya yang
asal.

10 fakta anda perlu tahu
tentang SOSMA
Kohilah Sekaran, Astro Awani |

Oktober 12, 2015 15:25 MYT

Fakta-fakta penting yang anda perlu tahu tentang Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) 2012

Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)
2012, lebih dikenali sebagai SOSMA, memperuntukkan langkah-langkah khas
berhubungan dengan kesalahan keselamatan.
Tujuannnya untuk mengekalkan ketenteraman awam, keselamatan dan bagi
perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Definisi

SOSMA digubal untuk membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang
mahu mengguling atau melemahkan negara, apatah lagi dunia hari ini
berhadapan dengan ancaman-ancaman baru yang merentas sempadan.
Apa yang dianggap ancaman di bawah SOSMA?
 menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau
menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;
 membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;
 memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau manamana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;

 mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua
yang ditetapkan melalui undang-undang;
 Dan Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu
dihentikan.
10 fakta penting yang perlu anda tahu tentang SOSMA:

1. Seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan
mana-mana pihak yang berkenaan dengannya jika dipercayai terlibat dalam
kesalahan keselamatan.
2. Seseorang yang ditangkap hendaklah dimaklumkan dengan seberapa
segera yang boleh, mengapa dia ditangkap.
3. Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini
semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.
4. Pihak yang ditangkap boleh ditahan selama 24 empat jam bagi tujuan
penyiasatan.
5. Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih
daripada 28 hari.
6. Peranti pengawasan elektronik boleh dipasangkan pada tertuduh yang
dilepaskan.
7. Jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang dipertuduh atas
kesalahan keselamatan.
8. Semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah
Tinggi.
9. Semasa perbicaraan, Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa
Raya mengemukakan apa-apa maklumat yang dianggap sensitif dan
memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara.

10. Seseorang tertuduh yang dipenjarakan di bawah seksyen ini, hendaklah
ditahan sehingga semua rayuan dibereskan.
HARI INI, CUKUP SETAHUN SOSMA BERNYAWA
7 Febuari 2014, cukup setahun Yazid Sufaat dan Hilmi Hasim mendekam dalam penjara akibat Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) SOSMA. Yazid, Hilmi dan Halimah Hussein
merupakan tiga orang mangsa pertama SOSMA yang ditahan pada 7 Febuari 2013. Mereka dituduh
mengikut Seksyen 130 G(a) Kanun Keseksaan, iaitu cuba untuk membangkit ideologi atau
perbuatan yang boleh mengancam keselamatan orang awam di Syria.
Walaubagaimanapun, Mahkamah TInggi Kuala Lumpur membebaskan ketiga-tiga mereka pada 20
Mei 2013. Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan tersebut berdasarkan alasan teknikal, iaitu
SOSMA hanya boleh digunakan bagi kesalahan keselamatan yang dibuat terhadap Malaysia.
Namun, selepas genap seminggu mereka dibebaskan, Yazid dan Hilmi ditahan semula pada 27 Mei
2013. Kali ini mereka ditahan dibawah pertuduhan Seksyen 130K(a) Kanun Keseksaan, iaitu dituduh
menjadi ahli kumpulan pengganas Al Qaeda. Halimah Hussein pula masih diburu oleh pihak Polis.
Satu perkara penting yang perlu diketahui, pertuduhan di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan
adalah kesalahan yang tidak boleh diikat jamin. Oleh itu mereka akan terus kekal dalam penjara
sehinggalah proses perbicaraan selesai.
Selain Yazid, Hilmi dan Halimah, 30 orang di Sabah juga mengalami nasib yang sama. 30 orang
tersebut merupakan mereka yang ditahan dalam Ops Daulat Lahad Datu. Tiga orang daripada
mereka adalah warga tempatan dimana seorang daripada mereka merupakan satu-satunya wanita
yang ditahan dalam Ops Daulat tersebut.

Pendirian SUARAM mudah, setiap yang bersalah perlu dihukum. Tapi hukuman itu mestilah
menepati prinsip keadilan. Hak-hak orang yang dituduh perlu ditunaikan termasuklah hak untuk
mendapatkan pembelaan dalam sebuah perbicaraan yang adil. Hak ini termaktub dalam Perkara 10
dan 11 Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

Hak inilah yang dicabuli oleh SOSMA. SOSMA memberi kuasa kepada Polis untuk menahan orang
yang dituduh selama 28 hari tanpa perlu memohon perintah reman daripada mahkamah.
Perbicaraan dibawah SOSMA juga tidak adil apabila pihak pendakwa memiliki banyak kelebihan.

Pihak pendakwa boleh memanggil mana-mana saksi tanpa perlu mendedahkan identiti saksi
tersebut kepada pihak pembela. Pihak pendakwa juga boleh mendapatkan kenyataan saksi secara
rakaman tanpa perlu saksi tersebut hadir ke mahkamah. Segala bukti atau bahan keterangan yang
dikemukakan oleh pihak pendakwa perlu diterima oleh mahkamah termasuk keterangan kanakkanak. Perkara ini terkandung dalam Bahagian IV,V,VI dan VII SOSMA iaitu Bahagian Maklumat
Sensitif, Perbicaraan, Saksi terlindung dan keterangan.
Dalam bahasa mudah, SOSMA memberi banyak kelebihan kepada pihak pendakwa sehingga
perbicaraan menjadi berat sebelah. Dalam kes SOSMA di Sabah contohnya, perbicaraan tidak
dijalankan di Mahkamah, sebaliknya diadakan di Penjara Kepayan. Hal ini menyebabkan
perbicaraan tersebut tidak dijalankan secara terbuka untuk dinilai oleh orang awam. Perkara ini
bercanggah dengan Perkara 14 Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik iaitu semua orang
berhak mendapatkan perbicaraan terbuka, bebas, dan tidak berat sebelah.
Oleh itu, berdasarkan trend semasa pihak polis yang gemar mengugut rakyat menggunakan
SOSMA dan juga kaedah perbicaraan yang berat sebelah, SUARAM mengulangi tuntutan agar
Kerajaan Malaysia memansuhkan SOSMA dan akta lain yang mencabuli hak asasi manusia seperti
Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) (PCA) serta Akta Dadah Berbahaya
(Langkah-langkah Pencegahan Khas) (DDA).