Petikan dialog Recent site activity EDU3053PISMP4BJun2013 Petikan dialog

Petikan dialog
“ PAKAIAN TRADISIONAL KEBANGGAANKU”
Laila : Wah, cantiknya baju tradisional awak Flora! Apakah nama baju tradisional
awak?
Flora : Baju tradisional saya digelar sebagai “ngepan”. Ia digunakan semasa
mempersembahkan tarian tradisional kaum Iban.
Laila : Oh begitu.. Baju tradisional awak juga sangat cantik Anna Sui. Apakah
nama baju tradisional awak?
Anna Sui : Baju tradisional kaum wanita Cina ini digelar sebagai cheongsam.
Warna merah ini merupakan warna kegemaran saya. Saya tertarik melihat baju
yang digunakan oleh Hadi. Adakah itu baju tradisional awak?
Hadi : Ya Anna Sui. Ini merupakan baju tradisional bagi kaum lelaki Melayu. Kain
yang melilit pinggang saya digelar sebagai sampin. Baju ini biasanya digunakan
pada musim perayaan. Jemputlah datang ke rumah saya pada Hari Raya ini
rakan-rakan.
Jeeva : Bolehkah saya mengenakan baju Melayu sekiranya saya ke rumah awak
pada Hari Raya ini Hadi?
Hadi : Sudah tentulah boleh kerana ia boleh digunakan oleh semua orang tanpa
mengira bangsa. Ini menunjukkan sifat saling menghormati antara kaum di
negara kita.
Jeeva : Wah, terima kasih Hadi. Jika begitu Flora dan Anna Sui juga boleh

menggunakan baju kurung semasa ke rumah awak nanti Hadi.
Flora : Ya, saya, Laila dan Anna Sui akan menolong awak menghidangkan
minuman kepada para tetamu nanti.
Hadi : Terima kasih kawan-kawan. Kalian amat rajin dan baik hati.