Tunjang dan Fizikal dan Estetika

Tunjang Fizikal dan Estetika

Tunjang Fizikal dan Estetika merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
serta Perkembangan Kreativiti. Guru-guru prasekolah dalam pengajaran tunjang ini
seharusnya dapat mengenalpasti sub topik di bawah tunjang perkembangan fizikal dan
estetika. Kemudian guru perlu merancang, mengurus dan melaksanakan kemahiran motor
halus, motor kasar, kesihatan fizikal dan persekitaran, keselamatan di prasekolah. Bagi
aspek estetika pula guru sepatutnya boleh merancang, mengurus dan melaksanakan fizikal
dan estetika – Kreativiti seperti Seni Visual, Muzik, Drama dan Gerakan Kreatif. Bagi tujuan
elemen Penerapan Kecekapan Tenaga (KT) merentas kurikulum buku panduan ini telah
menyediakan Rancangan Pengajaran yang dapat memuaskan kehendak kurikulum dan
dapat pula menerapkan kecekapan Tenaga. Contohnya guru yang hendak mengajar
Perkembangan motor halus dan aktiviti bagi kanak-kanak ialah Menggunakan tangan untuk
meramas santan. Semasa penerapan KT Guru menerangkan cara memerah santan
menggunakan tangan dan tidak menggunakan mesin untuk menjimatkan tenaga elektrik.
Beberapa RP yang telah disediakan telah cuba difikirkan cara guru boleh menerapkan
amalan kecekapan tenaga ini dan dapat juga menyampaikan pengajaran mengikut
kehendak KSPK.

Tunjang Kemanusiaan


Manakala bagi Tunjang Kemanusiaan Guru diharapkan dapat menerapkan kesedaran
tentang kepentingan aspek-aspek tunjang Kemanusiaan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru seharusnya dapat mengenal pasti dan menerapkan nilai yang berkaitan
dengan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global kepada kanakkanak. Bagi tujuan ini tercapai seharusnya guru juga dapat mengenal pasti aktiviti-aktiviti
yang bersesuaian, memilih dan merancang sumber p&p dan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian untuk mencapai Standard Kandungan. Guru juga harus merancang aktiviti
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan serta berkeupayaan memilih indikator
yang sesuai untuk mentaksir menggunakan instrumen yang sesuai. Terdapat Standard
Kandungan KM 1.1 hingga KM 8.5. Walau bagaimanapun bagi menerapkan elemen
Kecekapan Tenaga kepada kanak-kanak prasekolah guru boleh menggunakan mana-mana
KM untuk menyemai nilai jimat cermat dalam menggunakan tenaga elektrik. Rancangan
Pengajaran yang disediakan ini membantu guru menjalankan aktiviti untuk menanamkan
sikap menggunakan tenaga secara cekap disamping menerapkan nilai murni untuk tidak
melakukan pembaziran dalam menggunakan tenaga
elektrik dirumah dan dipersekitaran
sekolah.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai.

Tunjang ini merangkumi pendidikan islam dan pendidikan moral. Dalam Pendidikan Islam,

murid akan mempelajari Rukun Islam, Rukun Iman, Sirah Rasullah dan Kalaimah Syahadah.
Selain itu, mereka juga akan mempelajari cara bersuci, berwuduk serta mempelajari dan
melakukan pergerakan solat serta mencontohi akhlak-akhlak Rasullah. Mereka juga diajar
melakukan aktiviti harian mengikut adab-adab tertentu yang telah ditetapkan. Selain itu,
mereka diberi pendedahan kepada asas Bahasa Arab, hurif hijaiyah dan jawi. Murid-murid
juga akan melakukakan hafazan bagi surah-surah pendek dan doa-doa pilihan. Manakala
dalam Pendidikan Moral murid-murid akan dipupuk dengan perlakuan-perlakuan bermoral
sepanjang berada di prasekoah. Perlakuan ini diterapkan dalam aktiviti harian mereka.
Nilai-nilai yang akan difokuskan adalah terkandung dalam KSPK dan diantaranya adalah
seperti kepercayaan kepada tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, berhemah
tinggi, hormat-menghormati dan sebagainya. Kecekapan tenaga akan diterapkan dalam
tunjang ini semasa murid-murid ini melakukan aktiviti harian secara beradab dan bermoral.
Untuk itu, dalam melakukan aktiviti harian, penerapan elemen kecekapan tenaga dapat
dilakukan dengan mengamalkan budaya penjimatan penggunaan tenaga elektrik. Sebagai
contoh, dalam pendidikan islam, penerapan elemen kecekapan tenaga dapat dilakukan
apabila murid membuka lampu dan membaca doa sebelum masuk ke tandas serta menutup
lampu dan membaca doa selepas keluar dari tandas. Manakala dalam pendidikan moral,
murid-murid akan membuka lampu sebelum masuk ke tandas dan menutupnya selepas
keluar dari tandas. Amalan seperti ini akan memberi pendedahan kepada murid bahawa
mereka mempunyai tanggungjawab terhadap penggunaan tenaga elektrik sama ada di

rumah mahupun di sekolah. Dengan yang demikian, murid-murid ini mampu menjadikan
tanggungjawab tersebut sebagai budaya hidup dalam menjimatkan penggunaan tenaga.
RP yang disediakan dalam buku panduan ini difokuskan kepada cara penerapan elemen
kecekapan tenaga bagi tunjang ini.

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang ini merangkumi awal sains, awal matematik dan penggunaan ICT. Dalam awal
sains, murid-murid akan diberi peluang untuk meneroka persekitaran dengan menggunakan
organ deria merka. Penerokaan ini akan membantu murid-murid ini membina sikap saintifik
seperti ingin tahu serta berupaya meningkatkan kemahiran proses sains seperti
pemerhatian, pengelasan dan sebgainya. Fokus utama awal sains adalah murid-murid ini
mampu menguasai kemahiran sains di samping meningkatkan pengetahuan. Dalam awal
matematik pula, murid-murid akan diberi pendedahan mengenai konsep pranombor,
nombor, operasi nombor mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Semua
konsep ini memberi pengetahuan asas untuk murid menjalani kehidupan seharian mereka.
Selain itu, konsep ini juga membolehkan murid-murid tersebut menguasai kemahiran dan
pengetahuan konsep matematik yang tinggi. Sedangkan Penggunaan ICT pula
diintegrasikan dalam awal sains dan awal matematik. Murid akan didedahkan dengan
kemahiran asas untuk menggunakan ICT dalam aktiviti yang dirancang. Dalam tunjang ini,

penerapan kecekapan tenaga akan diterapkan dalam aktiviti-aktiviti terpilih yang dirancang
oleh guru. Awal sains memberi pendedahan kepada murid untuk meneroka alam sekitar.
Manakala, awal matematik memberi pendedahan kepada konsep asas matematik. Justeru,
penerapan elemen kecekapan tenaga dapat dilakukan dengan menjadikan murid tersebut
peka kepada perlakuan dan persekitaran mereka. Sebagai contoh, pada hari hujan,
perlakuan ke arah kecekapan tenaga dapat dilaksanakan. Dengan yang demikian,
berdasarkan pemerhatian kepada perubahan cuaca tersebut, murid dapat meramalkan satu
perlakuan kecekapan tenaga iaitu mengurangkan penggunaan kipas atau penghawa dingin.
Manakala dalam awal matematik, perlakuan kecekapan tenaga boleh dikaitkan dengan
konsep nombor dan waktu. Hal ini dapat dilakukan dengan jumlah masa atau jumlah
barangan elektrik yang digunakan dalam waktu tertentu. Dalam hal ini, mereka berupaya
menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menunjukkan perlakuan atau tindakan yang
tertentu sebagai langkah mengurangkan pembaziran penggunaan tenaga elektrik.

Tunjang Ketrampilan Diri.

Tujuan tunjang ini ialah memupuk kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan
ko-kurikulum. Fokus tunjang ini adalah untuk mengenali dan mengurus emosi sendiri –
berbincang cara untuk mengenali dan menguruskan emosi sendiri serta orang lain. Murid
juga akan belajar cara untuk menerima dan mendengar pandangan orang lain. Selain itu

fokusnya ialah untuk mencapai emosi yang positif. Murid perlu mengetahui cara untuk
membina konsep kendiri yang positif serta dapat meningkatkan semangat serta keyakinan
untuk berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan orang lain. Seterusnya tunjang ini juga
untuk membina kemahiran sosial – Murid perlu mengetahui cara untuk memahami
keperluan, perasaan dan pandangan orang lain. Tunjang ini diharap dapat memperkenalkan
kepada murid cara berkomunikasi dengan berhemah serta dapat menghormati hak orang
lain di samping mengetahui cara yang betul untuk mengatasi konflik. Penerapan kecekapan
tenaga akan dilakukan melalui aktiviti-aktiviti yang berkisarkan pembentukan sahsiah dan
kepimpinan. Contohnya, pelajar dapat mengetahui betapa pentingnya penjimatan tenaga
dan pelajar boleh menunjukkan contoh yang baik kepada rakan sebaya , seperti menutup
suis kipas apabila tidak menggunakannya. Hal ini menunjukkan contoh kepimpinan yang
baik.

Tunjang Komunikasi

Tunjang Komunikasi pula memberi fokus kepada empat kemahiran utama iaitu : kemahiran
membaca. kemahiran bertutur , kemahiran mendengar dan kemahiran menulis . Seni
bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui
kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.Penerapan kecekapan
tenaga diterapkan melalui lakonan serta komunikasi yang berkisarkan kehidupan seharian

serta nilai-nilai yang perlu ada. Sebagai contoh: melakonkan watak ibu yang membasuh
baju menggunakan mesin basuh dengan jumlah yang banyak untuk menjimatkan tenaga
ataupun aktiviti membaca arahan untuk membuat pembakar solar.

Secara keseluruhannya buku panduan guru ini ditulis ialah untuk membantu guru dengan
kaedah dan teknik penerapan elemen kecekapan tenaga merentas kurikulum prasekolah.
Semua tunjang yang telah diberi standard pembelajarannya tidak diabaikan dalam buku
panduan. Malahan guru boleh memilih aktiviti yang menarik yang diterapkan dengan elemen
kecekapan tenaga untuk dilakukan oleh murid prasekolah. Disamping itu hal ini akan
membantu negara secara keseluruhan dalam penjimatan kos membiayai bil elektrik serta
mengelakkan pembaziran dari segi penggunaan tenaga negara.