ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA
Pengenalan
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga
salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah
masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat
India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan
kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh
masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan
masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan
perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri
daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya
memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
Merisik
Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti
faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti
status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap
pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang
keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini
diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak
langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang
tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja

merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen
perkahwinan yang berdaftar.
Kunjungan Ke Rumah Pengantin
Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki
akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras
rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal
atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu
wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan
tersebut ramai.
Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyibunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa
sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima
hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan
orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-

barang tersebut.
Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan
menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang
melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal
pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang

termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil
perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam
masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar
belakang bakal pengantin lelaki.
Kaji Kecocokan Pengantin
Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam
Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep
perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan
kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu.
Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/
Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka
poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya
poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.
Ikat Janji
Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan keduadua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam
jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti
kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum
untuk diberikan kepada wakil perempuan.
Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa keduadua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya
bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan

akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak
pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.

Bertunang dan
sembahyang

Adat menyuap kanl kande

Sami memberikan
ku'gumem

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi
menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan.
Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai.
Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang
dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan
mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin
perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam
akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar
kalungan bunga.

Parisam
Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang
dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada
hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah
majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh
wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.
Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian
tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan.
Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu.
Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan
kurniaan tuhan.
Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin
perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin
perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah
pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal
pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini
beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai
orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.
Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah

(parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang
tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

Sebelum Majlis Perkahwinan
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara
penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya :
Kad Jemputan
Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan
masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu.
Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan
dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk
kunyit cair sebagai lambang keharmonian.
Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama
ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas
dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai

lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku.
Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi
kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama
sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara

rasmi.
Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)
Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang
dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat
segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis
thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut
thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku
di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh
atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa
emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat
thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang
sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan
diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali.
Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang
dilakukan oleh pembuat thaali.
Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai
thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan
termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya
thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih
boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri

orang.
Mukuurtta Kaal
Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat
mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat
masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang
masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang
pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang
antara 20 hingga 30 sentimeter.
Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan
akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih
pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga
pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat
dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta
dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan

menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari
pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau
mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam
setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang
tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang

dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak
sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak
dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam
sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya
adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.
Upacara Perkahwinan
Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan
suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam
masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam
yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.
Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi
hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil
dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu
menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum
hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari
sebelum hari perkahwinan.
Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa
supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan
menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung
cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang

diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan
hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin
perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi
hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang
berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi
pengantin.
Pengantin Bersanding Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat
restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan
pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki
ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu
mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga
sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.
Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.
Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan
untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk
melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah,
penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan
meroboh khemah perkahwinan.