konsep sekufu dan kriteria pemilihan cal

PENGENALAN
Perkahwinan merupakan satu jalinan kasih sayang atau hubungan antara lelaki dan
perempuan yang sah di sisi Islam. Perkahwinan juga menjadi satu ibadah dan kewajipan
kepada semua umat Islam apabila seseorang itu mampu untuk memikul tanggungjawab sama
ada bergelar seorang suami atau isteri. Syarat sah seseorang itu untuk mendirikan sebuah
masjid ialah mestilah seorang yang baligh, berakal dan berkemampuan dari segi mental dan
fizikal.
Apabila seseorang itu sudah berkahwin, maka telah sempurna separuh agamanya.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Apabila seorang hamba bernikah,
maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya.”1 Maka, hendaklah dia
bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya. Hal ini jelas menggambarkan bahawa
perkahwinan merupakan satu tuntutan kepada umat Islam.
Hukum perkahwinan terbahagi kepada lima. Pertama wajib iaitu kepada orang yang
berkemampuan dan ada keinginan untuk berkahwin yang mempunyai nafsu kuat sehingga
boleh menjatuhkan ke lembah maksiat seperti zina dan lain-lain. Kedua, sunat iaitu kepada
orang yang berkemampuan tetapi dapat mengawal nafsunya dan hukum ini merupakan
hukum asal baginda Rasulullah SAW. Ketiga, harus iaitu kepada orang yang tidak ada
padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin. Hal ini bermaksud tidak ada masalah jika
seseorang itu hendak berkahwin ataupun tidak mahu berkahwin. Keempat, makruh iaitu
orang yang tidak berkemampuan daripada segi nafkah batin dan zahir tetapi sekadar tidak
memudaratkan isteri. Hal ini bermaksud seseorang yang kaya tetapi tidak ada nafsu yang

kuat. Terakhir sekali, haram iaitu kepada orang yang tidak mampu daripada segi nafsu zahir
dan batin, tidak ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga dan dikhuatiri akan
menganiayai isteri jika berkahwin kelak.
1 Hadis Riwayat Imam Al-Baihaqi

1

Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna. Ia bersifat universal dan
meliputi semua aspek dan tatacara kehidupan manusia tidak mengira asal keturunan, bangsa
dan warna kulit. Hal ini jelas ditunjukkan di dalam al-Qur’an yang diturunkan kepada
baginda SAW bahawa ia tidak mengkhususkan kepada satu aspek sahaja tetapi merangkumi
perkara seperti ibadat, muamalat, munakahat dan yang berkaitan dengan kehidupan seharian
kita.
Allah SWT menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasangpasangan sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Qur’an yang bermaksud : “Maha suci
Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari
mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tidak ketahui.” 2 Kita juga dijadikan untuk
saling memerlukan, berkasih sayang, bahagia dan apat memenuhi tuntutan syahwatnya
melalui cara yang halal. Allah berfirman yang bermaksud : “Dihiasi bagi manusia itu ada
keinginan bagi wanita.”3 Allah berfirman lagi yang berbunyi : “Wahai manusia, bertaqwalah
kepada Allah yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan jadikan baginya pasangannya

dan terhasillah dari keduanya banyak lelaki dan wanita.” 4 Justeru, fitrah tersebut dapat
dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.
Selari dengan peredaran zaman pada masa kini, generasi pemuda pemudi sekarang
lebih suka mengamalkan perkahwinan sekufu yang telah menjadi kebiasaan dalam
menentukan jodoh masing-masing sama ada bersesuaian dengan kedudukan pangkat
seseorang. Hal ini kerana, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk
berkongsi segalanya dalam menempuh alam rumah tangga untuk kekal sepanjang hayat.
Lantaran itu, sebaiknya setiap pasangan haruslah setaraf dalam banyak hal supaya rumah
tangga yang akan dilalui lebih mudah.
2 QS Yaasin : 36
3 QS Al-Imran : 14
4 QS Al-Nisa’ : 3

2

Dalam kerja kursus ini, saya akan menerangkan bagaimana konsep sekufu yang
diamalkan dalam Islam dan kriteria-kriteria dalam pemilihan calon seorang suami dan isteri.

3


1) SEKUFU
Kesesuaian atau sefahaman dalam pemilihan suami mahupun isteri merupakan
asas penting dalam membina keluarga Muslim. Kesesuaian bukan sahaja dinilai daripada
aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau kesefahaman
dalam agama turut diambil kira dalam Islam.
Apabila Islam menggalakkan sekufu, ia bermaksud Islam melihat lebih jauh lagi
mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Hal ini kerana, perbezaan yang terlalu banyak dan
ketara di antara pasangan suami isteri dalam pelbagai perkara yang hanya akan menimbulkan
pelbagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak.
1.0)

DEFINISI SEKUFU
Sekufu daripada segi bahasa mengikut para ulamak membawa maksud
‘al musawah wa al-mumathalah’ iaitu persamaan atau hampir. Hal ini
bermaksud persamaan yang ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan.
Sebagai contoh, jika seorang suami memilih seorang isteri yang lebih rendah
pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya, ia tidak akan menimbulkan
sebarang masalah pada masa hadapan. Sebaliknya, jika seorang isteri memilih
pasangannya yang lebih jauh rendah daripadanya dalam semua aspek akan
membawa beberapa masalah pada masa hadapan. Daripada istilah pula, sekufu

membawa maksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua
pasangan dan walinya atau kelengkapan yang perlu ada pada pasangan suami
isteri.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tiada perkahwinan
seorang anak perempuan kecuali dengan wali dan tiada perkahwinan seorang
wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.” 5 Baginda Rasulullah
SAW bersabda lagi yang bermaksud : “Tiga perkara jangan kamu tangguh

5 Hadith Riwayat Muslim

4

iaitu menunaikan sembahyang apabila masuk waktu, menguruskan jenazah
dan janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka
langsungkanlah perkahwinannya.”6
Sekufu daripada segi keturunan, amalan agama, taraf pendidikan,
pangkat pekerjaan, pemikiran dan sebagainya perlu dititik beratkan dalam
pemilihan pasangan hidup. Menurut Imam Syafie, aspek sekufu terbahagi
kepada tujuh iaitu agama, akhlak, merdeka, keturunan, kerjaya, kesihatan
zahir, batin dan mental dan usia. Ketiga-tiga aspek yang terakhir merupakan

sebahagian daripada pemikiran para ulamak. Contohnya, mengikut sebahagian
ulamak mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan
seorang lelaki tua.
Sudah terang lagi bersuluh bahawasanya sekufu amat dititik beratkan
terutamanya dari sudut agama maka oleh itu perkahwinan di antara seorang
perempuan Islam dengan lelaki kafir tidak sah dan begitu juga sebaliknya.
Persamaan antara pasangan suami isteri akan membawa kepada rumah tangga
yang sejahtera dan harmoni. Kebiasannya, sekufu ini hanya tertumpu kepada
paras rupa atau status sosial tetapi sebenarnya ia merangkumi semua aspek.
Dalam erti kata lain, sekufu ini adalah seperti berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah di antara calon pasangan suami isteri.
Justeru, ciri-ciri jodoh yang ideal antara pasangan yang bakal
mendirikan masjid hendaklah tidak mempunyai jurang perbezaan yang jauh
dari segi status sosial kerana akan melahirkan kerelaan dan saling hormatmenghormati serta membuktikan cinta kasih dan setia dalam membian hidup
berkeluarga pada masa hadapan. Jurang perbezaan yang jauh akan melahirkan
rasa rendah diri dari sebelah pihak dan melahirkan rasa bangga di sebelah
pihak yang lain. Oleh yang demikian, sebahagian para ulamak mensyariatkan
6 Hadith Riwayat At-Tirmidzi

5


supaya calon suami dan isteri hendaklah sekufu. Hal ini akan dibincangkan
dengan lebih lanjut dalam topik seterusnya iaitu kriteria-kriteria yang perlu
ada dalam pemilihan calon suami dan isteri.
1.1) KEPENTINGAN SEKUFU DALAM PERKAHWINAN
Firman Allah SWT di dalam al-Qur’an yang bermaksud :
“Wahai sekalian manusia, sesunguhnya kami jadikan kamu dari lelaki
dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan
berpuak-puak agar kamu kenal mengenali di antara satu dengan yang
lain, bahawa sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah yang
paling bertaqwa di antara kamu, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dan Maha Bijaksana.” Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud : “Tidak ada kelebihan orang arab atas orang yang bukan
arab dan sebaliknya, tidak ada orang putih atas orang hitam dan
sebaliknya, tetapi kelebihan yang satu dari yang lain hanyalah dengan
taqwa.”
Berdasarkan dalil di atas, jelas menunjukkan bahawa Islam
mengutamakan

kepentingan


pembinaan

keluarga

itu

sendiri.

Pembentukan keluarga juga merupakan jantung kepada masyarakat.
Hal ini kerana, jika keluarga itu baik, maka baiklah masyarakat dan
begitulah sebaliknya. Selari dengan peredaran zaman, generasi
sekarang merupakan generasi yang menjadi tunggak kegemilangan di
masa hadapan. Oleh sebab itu, perkahwinan sekufu ini diwujudkan
kerana jika tiada sekufu di antara kedua pasangan suami isteri, maka
isteri

atau

walinya


berhak

untuk

menuntut

fasakh

selepas

perkahwinannya. Semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu
perkara yang penting. Jumhur mengatakan sekufu adalah syarat untuk
meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi
6

ianya tidak dinafikan bahawa sekufu adalah satu perkara penting untuk
1.2)

meneruskan dan membina sebuah masjid.

FAKTOR BERLAKUNYA SEKUFU
Masyarakat

Islam pada hari

ini rata-rata

masih

lagi

mengamalkan konsep sekufu dalam mencari calon pasangan mereka.
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada konsep perlaksanaan
sekufu ini. Antaranya ialah mereka mengikut adat kebiasaan
masyarakat sekeliling yang memilih pasangan hidup yang sepadan
dengan mereka. Perkara ini merupakan satu fenomena biasa di dalam
setiap pasangan yang ingin berkahwin. Mereka akan merasakan
kelainan sekiranya pasangan yang ingin berkahwin tidak sepadan. Adat
ini merupakan adat yang diamalkan oleh masyaakat terdahulu dan
menjadi warisan sehingga hari ini. Selain itu, konsep sekufu ini juga

boleh menjamin kebahagiaan rumah tangga pada masa hadapan dan
kadang kala ia juga supaya dapat memenuhi kehendak keluarga
masing-masing yang ingin melihat pasangan yang bakal mendirikan
rumah tangga bahagia kelak.

2)

PEMILIHAN PASANGAN HIDUP
Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pasti
mengimpikan kebahagiaan dalam hidup yang bakal dibina. Selari dengan
peredaran zaman, generasi sekarang lebih suka untuk memilih sendiri
pasangan masing-masing berbeza dengan masyarakat terdahulu yang
mengamalkan perkahwinan yang diatur oleh keluarga masing-masing.

7

Mendirikan rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah kerana kita akan
berkongsi hidup dengan seseorang. Berkongsi bukan hanya tempat tinggal,
tetapi segalanya seperti jiwa dan raga. Oleh yang demikian, kita haruslah
berhati-hati dalam memilih calon pasangan hidup supaya tidak akan menyesal

di kemudian hari.
2.0)

PANDUAN MEMILIH CALON ISTERI
Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi : “Dikahwini wanita itu
( untuk dijadikan isteri ) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah ( dalam
pemilihanmu itu ) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu.” 7
Berdasarkan dalil ini, jelaslah menunjukkan bahawa dalam memilih calon
isteri,

Islam

menggariskan

beberapa

panduan

untuk

mengekalkan

perhubungan suami isteri agar mereka dapat hidup bahagia sepanjang masa.
Mencari calon isteri bukanlah satu perkara yang mudah seperti membeli
barang di pasar.
Setiap orang menginginkan bakal isteri yang sempurna dalam banyak
perkara. Rasulullah SAW menggariskan sebaik-baik wanita yang soleh ialah
seorang isteri apabila suami melihatnya, akan menjadikan riang dan suka.
Apabila disuruh berbuat sesuatu, dia tetap mematuhinya. Apabila disuruh
bersumpah mengenai dirinya, dia tetap berpegang dengan sumpahannya dan
sekiranya berjauhan, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya.
Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh para sahabat ciri-ciri wanita
idaman yang diperlukan seorang suami, Baginda menjawab : “Wanita yang
menyenangkan ketika disuruh dan wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak
7 Hadith Riwayata Bukhari dan Muslim

8

curang) dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang
dibenci.”8
Berdasarkan dalil di atas, jelaslah bahawasanya seorang lelaki perlu
mencari seorang bakal isteri yang elok akhlaknya dan agamanya. Walaupun
bakal isteri cantik paras rupa tetapi tidak elok agamanya ianya tidak akan
dapat menjamin kebahagiaan pada masa hadapan. Namun begitu, jika sang
suami tinggi agamanya maka akhlak sang isteri pasti akan dapat dibaiki. Hal
ini kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok.
Jika dididik dengan baik, pasti akan lurus juga. Baginda Rasulullah SAW
bersabda yang berbunyi : “Barangsiapa yang menikah wanita kerana
hartanya dan elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartanya dan elok
rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barang siapa yang
berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah SWT
akan dia hartanya dan eloknya.” Pesanan Imam Al-Ghazali : “ Janganlah
kamu kahwini wanita yang Ananah9, dan yang Mananah10,dan yang Hananah11,
dan yang Hadaqah12, dan yang Baraqah13, dan yang Syadaqah14.
2.1)

PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI
Dalam Islam, wanita juga berhak untuk memilih pasangan
bakal suami mereka. Tidak adil jika lelaki boleh memilih calon isteri
tetapi tidak bagi wanita. Oleh itu, wanita digalakkan untuk menyelidiki

8 Hadith Riwayat Abu Daud dan Nasrani
9 Banyak mengeluh, mengadu dan setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit
10 Suka membangkit-bangkit terhadap suami
11 Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada
anaknya dari suaminya yang lain
12 Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki
barang itu dan memaksa suaminya untuk membeli.
13 Pertama : sepanjang hari mengilat dan menghias wajhnya. Kedua : dia marah ketika makan dan tidak mahu
makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.
14 Banyak cakap yang tidak menentu dan bising.

9

dahulu latar belakang bakal suaminya daripada segi akhlak dan
penghayatan agama. Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki
datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk
meminta nasihat. Katanya : “Anak perempuanku dipinang oleh
beberapa orang lelaki, dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak
dikahwinkan dengan puteriku?” Hassan menjawab, “Kahwinkanlah
dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia
menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai
isterinya, pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadap isterinya (tetap
menghormati isterinya)”
Berdasarkan kisah tersebut, adalah menjadi kewajipan kepada
ibu bapa untuk memberikan panduan yang baik kepada anak-anak
perempuan dalam mencari bakal suami daripada kalangan lelaki yang
berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Hal ini kerana, lelaki
merupakan bakal ketua keluarga yang akan menjadi imam kepada isteri
dan anak-anak untuk mendidik mereka ke jalan yang diredhai Allah
SWT. Lelaki yang sederhana kehidupannya tetapi berakhlak mulia, taat
melaksanakan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya adalah orang yang
kaya di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT di dalam al-Qur’an yang bermaksud : “Dan
kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari
kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba
kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurnia-Nya,

10

kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui.”15
Berdasarkan dalil ini, walaupun kita merupakan seorang yang tinggi
kerjaya namun agama diketepikan, ianya tidak akan dapat menjamin
kebahagiaan di kemudian hari. Walaupun kita merupakan seorang yang
kaya di dunia dan ingkar suruhan Allah sebenarnya kita tetap miskin di
mata Allah SWT. Seseorang yang menggunakan hartanya ke jalan yang
salah dianggap fasik kerana tidak bersyukur dengan rezeki yang
diberikan.
Oleh yang demikian, sebagai seorang wanita, seharusnya
berhati-hati dalam memilih calon suami. Agama itu penting dalam diri
seseorang supaya tidak terpesong daripada ajaran-Nya. Firman Allah
SWT di dalam al-Qur’an yang bermaksud : “Perempuan-perempuan
yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat, lelaki-lelaki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang jahat. Perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki-lelaki yang baik, lelaki-lelaki yang baik untuk perempuanperempuan yang baik….”16 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasik
bererti ia telah memutuskan silaturahim dengan anaknya sendiri.”
ANALISIS
Saya telah menjalankan soal selidik berkaitan kefahaman sekufu dalam perkahwinan
Islam dan kriteria pemilihan pasangan hidup terhadap 20 orang pelajar tahun akhir Universiti
Sains Malaysia. Mereka terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar
perempuan. Daripada 20 orang tersebut, 75% adalah yang berumur di antara 21 – 23 tahun
15 QS An-Nur : 32
16 QS An-Nur : 26

11

manakala 25% adalah yang berumur di antara 24 – 26 tahun. Mereka terdiri daripada
beberapa pusat pengajian iaitu 25% adalah daripada Pusat Pengajian Sains Matematik, Sains
Kimia dan Ilmu Pendidikan masing-masing. 10% daripada Pusat Pengajian Sains
Kemasyarakatan dan 15% adalah daripada Kaji Hayat.
Berdasarkan soalan pertama, “Pernahkah anda mendengar konsep sekufu dalam
dalam perkahwinan Islam?” 100% daripada mereka menjawab ya. Hal ini bermaksud mereka
pernah mendengar sekufu dalam perkahwinan. Seterusnya, soalan kedua adalah berkaitan
kesefahaman mereka terhadap sekufu. 15% daripada mereka menjawab maksud sekufu ialah
persefahaman pandangan antara pasangan suami dan isteri, 60% menjawab kesesuaian atau
kefahaman dalam pemilihan calon suami dan isteri manakala 25% menjawab berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah. Soalan ketiga berkaitan pandangan mereka terhadap faktor yang
menyebabkan berlakunya sekufu. 100% menjawab faktor yang berlaku adalah disebabkan
mengikut adat resam masyarakat, memenuhi kehendak keluarga, menjamin kebahagiaan
rumah tangga dan dapat menjamin kesefahaman.
Seterusnya, pandangan mereka terhadap kebaikan sekufu dalam rumah tangga. 50%
menjawab ya dan 50% menjawab tidak. Bagi soalan kelima, ada kaitan dengan soalan
sebelumnya. 90% memberi pandangan bahawa sekufu dapat mengelakkan daripada
berlakunya pergaduhan, dapat mengurangkan masalah dan dapat mewujudkan keluarga
bahagia yang mempunyai persefahaman. Bagi menguatkan lagi kefahaman mereka terhadap
sekufu, saya telah menanyakan soalan yang berbunyi “sekiranya konsep sekufu tiada dalam
sebuah perkahwinan, apakah tindakan terbaik boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri?”
90% daripada mereka menjawab menerima segala kekurangan dan kelebihan pasangan
masing-masing. Responden juga memberi pandangan bahawa setiap paangan perlulah
mengawal keegoan masing-masing, saling bekerjasama dan saling berbincang dalam
mengendalikan masalah rumah tangga.
12

Berdasarkan soalan ketujuh, 100% responden telah meletakkan agama yang utama
sebagai elemen terpenting dalam pemilihan pasangan hidup. Yang kedua adalah pendidikan
iaitu seramai 75% responden, ketiga harta benda dan seterusnya paras rupa. Soalan
seterusnya, iaitu pandangan mereka terhadap perkahwinan yang diatur oleh pihak keluarga.
Seramai 75% responden menjawab tidak pasti, 15% ya dan 10% tidak. Mereka memberikan
pandangan bahawa perkahwinan yang diatur oleh keluarga adalah pilihan yang terbaik
berdasarkan soalan yang seterusnya. Terakhir, saya menanyakan soalan berdasarkan
pemahaman mereka terhadap sekufu, iaitu hukum konsep sekufu yang dijalankan dalam
perkahwinan Islam. 80% daripada responden menjawab sunat dan 20% menjawab harus.

KESIMPULAN
Konsep sekufu yang dijalankan dalam perkahwinan Islam bukanlah menjadi satu
kesalahan malah ia menjadi petunjuk kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.
Ia sangatlah digalakkan kepada pasangan yang akan berkahwin untuk meneliti latar belakang
pasangan masing-masing secara terperinci. Hal ini bagi mengelakkan daripada berlakunya
persefaham pada masa hadapan. Sesungguhnya kita hanya merancang dan Allah juga
merancang tetapi sebaik-baik perancang adalahAllah Yang Maha Esa kerana jodoh, ajal, maut

13

dan rezeki itu sebenarnya adalah milik Allah Taala. Dia menciptakan manusia dan telah
menyusun perjalanan hidup kita sejak Luh Mahfuz lagi. Allah Taala tidak akan mengubah
sesuatu kaum itu melainkan kita sendiri yang mengubahnya berdasarkan firman-Nya di
dalam al-Qur’an yang bermaksud : “Sesungguhnya Aku tidak akan mengubah sesuatu kaum
itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya..”
Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi : “Janganlah kamu kahwin dengan perempuan
kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan, dan jangan kerana
hartanya, kerana boleh jadi mereka mendurhakai tetapi kahwinlah kerana agamanya.
Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tetapi beragama
lebih baik.” Baginda SAW bersabda lagi yang bermaksud : “Barangsiapa berkahwin akan
perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok
rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin
akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah Taala akan dia akan hartanya
dan eloknya.”
Ditegaskan bahawa dalam pemilihan pasangan hidup, haruslah meletakkan agama
yang paling atas. Ilmu duniawi dan akhirat perlulah seimbang supaya kita akan dapat bersedia
mengharungi ujian dari-Nya pada masa hadapan.
BIBLIOGRAFI
1. Ali Hassan Ahmad (1992), Munakahat : Membahas Soal-soal Perkahwinan dan
Rumahtangga. Kuala Lumpur : Penerbitan Kintan.
2. Mat Saad Abd. Rahman (2006), Undang-undang Keluarga Islam : Aturan
Perkahwinan, Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa. Petaling Jaya : Intel
Multimedia and Publication.

14

3. Abdullah Nasih Ulwan (1998), Adab-adab Melamar, Malam Pengantin dan Hak-hak
Suami Isteri. Kuala Lumpur : Penerbitan Jahabersa.
4. Haji Zakaria Bin Haji Ahmad Wan Besar (1995), Panduan Lengkap Bakal Pengantin
& Keluarga Bahagia. Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Ilmi
5. Fadhilah Sarnap (2001), Pembinaan Sistem Kekeluargaan Islam. Johor Bahru :
Penerbitan Jahabersa.

15