Fungsi dan Peranan Pua Kumbu dalam Buday

PENGHARGAAN
Penghargaan ini saya tujukan kepada Puan Noria Tugang atas bantuan serta tunjuk ajar
sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar ini bukan sahaja banyak membantu saya
dalam tugasan ini malahan juga memberi banyak maklumat tentang budaya masyarakat Iban.
Seterusnya, saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan – rakan yang
turut banyak membantu dalam memberi idea – idea yang bernas serta maklumat yang banyak
membantu saya sepanjang menyiapkan tugasan ini.

1

PENGENALAN
Latar Belakang dan Sejarah Kaum Iban
Masyarakat Iban dikatakan berasal dari Kalimantan, Indonesia. Menurut Jemat Umpor,
bahagia Sri Aman merupakan petempatan utama awal orang Iban yang berhijrah dari Kapuas,
Kalimantan Barat, Indonesia. Masyarakat Iban majoritinya tertumpu di pada bahagian barat
laut Kepulauan Borneo.
Menurut kajian sejarah, masyarakat Iban mengamalkan hidup berpindah – randah dan suka
mengembara bagi mencari kawasan yang subur untuk menanam padi bukit dan binatang
buruan.
Jika merujuk kepada susur galur masyarakat Iban, migrasi orang Iban yang pertama
bertempat di Ketungau yang terletak dalam cawangan Sungai Kapas dan seterusnya ke

kawasan lembah Sungai Undop yang terletak dalam cawangan Sungai Batang Lupar yang
kini dikenali sebagai Bahagian Sri Aman, Sarawak.
Masyarakat Iban dikatakan masuk ke Sarawak melalui tempat yang bernama Kumpang,
kawasan Batang Ai, yang terletak dalam daerah Lubuk Antu, Sri Aman, Sarawak. Dahulu,
masyarakat Iban dikenali dengan ‘Sea Dayak’ oleh orang luar kerana cara bergerak mereka
yang melalui kawasan laut sebagai lanun dan pelayar yang handal.
Menurut Andar Sing, orang pertama yang mendiami kawasan Batang Sungai Undop,
bahagian Sri Aman ialah Langkup yang kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita yang
juga bernama Langkup. Pasangan suami isteri ini kemudiannya dikatakan menjadi penghuni
tetap kawasan Batang Sungai Undop, Sri Aman.

2

Istilah Iban telah digunakan sebelum penghijrahan mereka ke Sarawak lagi. Menurut Kapuan,
Indonesia, istilah Iban turut digunakan di negara itu sungguh pun jarang atau tidak pernah
berhubung dengan kaum Iban di Sarawak.
Menurut Aki Jemat Umpor yang berasal dari Emperan Guntor Kalimantan Barat, Indonesia
tetapi merupakan seorang warganegara Malaysia mengatakan bahawa keturunan Iban berasal
dari seorang tuan puteri Iban yang bernama Sebai Tabu Ragi Pelempai Punggai Benang
Bernyala yang kemudiannya berkahwin dengan Bujang Ilang Menyawai Telajan Langit

Landai.
Menurut Miya Dibong, masyarakat Iban masih tinggal di rumah panjang. Rumah panjang
kaum Iban menekankan konsep kesejahteraan, perpaduan dan keharmonian hidup. Setiap
rumah panjang mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Tuai Rumah atau Ketua
Kampung. Tuai Rumah bertanggungjawab memastikan kelancaran dalam sistem pentadbiran
rumah panjang.
Menurut Tugang Rima, amalan dan hukum dalam masyarakat Iban berfungsi sebagai sistem
undang – undang tradisi yang diamalkan untuk mewujudkan peraturan hidup yang baik.
Contohnya, hukum adat berfungsi untuk mengurangkan konflik dan ketegangan yang berlaku
dalam komuniti rumah panjang itu.
Petara memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian masyarakat Iban. Kaum Iban
percaya terdapat banyak petara di dunia ini. Mereka memiliki kesempurnaan dan keghaiban
yang tinggi.
Bagi kaum Iban, petara merupakan satu kuasa ghaib yang harus dipuja dan disembah melalui
ritual miring, jalai penggap iaitu melagukan mantera dan timang, iaitu mengucapkan ayat –
ayat suci oleh lemambang yang merupakan seorang penyair yang dijalankan semasa ritual.

3

Ritual miring dan gawai bagi masyarakat Iban adalah masa untuk membuat pemujaan,

rayuan, permohonan, seruan, hajat, hasrat atau doa kepada petara.
Petara muncul dalam bentuk mimpi atau petanda yang disampaikan melalui benda hidup
seperti haiwan, burung, serangga atau fenomena alam.

Latar Belakang dan Sejarah Pua Kumbu
Asal usul dan sejarah penenunan Pua Kumbu berkait rapat dengan petara dan kuasa luar biasa
lain. Berdasarkan lagenda dan mitos Iban, petara memiliki kepakaran yang luar biasa yang
boleh menghasilkan pelbagai jenis kain Pua yang berkualiti tinggi yang berasal dari Gelong.
Menurut Miya Dibong, kain pua berasal dari Gelong Batu Nakong yang terletak di sepanjang
tujuh tanjung dan tujuh teluk Sungai Gelung. Kepakaran menenun ini dipelopori oleh petara
Jawai Ensengai Dayang Kumang. Wilayah kediaman di Gelong kemudiannya diiktiraf oleh
orang Panggau Libau sebagai Gelong Batu Benang.
Kaum Iban percaya bahawa kepakaran orang Iban menenun diperuntukkan oleh petara
Kumang, Lulong dan Indai Abang. Kain pua dikatakan ditenun di Gelong Batu Benang oleh
petara Kumang Dara Inya dan Lemok Lulong Bintang. Sehingga kini, kaum Iban percaya
kewujudan petara ini di Gelong Batu Benang.
Selain itu, kain Pua dipercayai dapat menolong kehidupan orang Iban ke arah yang lebih baik
dan sempurna. Masyarakat Iban percaya kepada petanda yang wujud dalam hidup mereka
yang disampaikan melalui serangga, tumbuhan dan haiwan yang lazimnya membawa amaran
bahawa mereka perlu berhati – hati agar tidak ditimpa malapetaka. Selain itu, mereka juga

perlu melakukan ritual miring bagi mententeramkan keadaan dengan menggunakan objek
sakral, seperti kain Pua sebagai tanda identiti atau pengenalan diri kepada petara mereka
4

Kain Pua terbahagi kepada beberapa jenis mengikut a) cara, kaedah atau teknik tenunan, b)
penghasilan motif, c) penggunaan atau fungsi, d) jenis-jenis dan jumlah utas benang yang
digunakan, e) jenis motif yang digunakan dan f) warna kain pua. Dalam masyarakat Iban,
apabila bercakap mengenai kain Pua, ia merujuk kepada kain tenunan tekstil tradisional orang
Iban yang turut dikenali sebagai Pua Kebat, Pua Sungkit, Pua Pilih dan Pua Anyam. Kesemua
jenis kain ini merujuk kepada tenunan yang asli dan bukannya kain pua moden yang dijual di
kedai pada masa sekarang.
Sebelum memulakan kerja mungga helai kain pua, wanita Iban harus menunggu mimpi yang
baik dan menggembirakan daripada petara agar proses mungga kain mendapat restu daripada
petara atau kuasa ghaib untuk mengelakkan berlakunya malapetaka.
Semasa menjalankan kerja menenun motif yang berbahaya seperti Raja Ular Nabau, wanita
yang menenun motif tersebut harus menunggu mimpi menjelma sebelum menenun
keseluruhan badan Raja Ular Nabau kerana risau Ular Nabau tidak mengizinkan penenunan
pua bagi motif tersebut dan seterusnya membawa kepada malapetaka. Oleh itu, proses
penenunan kain Pua merupakan proses yang penting.


5

ISI KANDUNGAN
Fungsi dan Peranan Pua Kumbu dalam Budaya Kaum Iban
1. Sebagai Simbol Status Sosial dalam Masyarakat Iban
Dalam masyarakat Iban, bukan semua kaum wanita mempunyai kebolehan semula
jadi menenun kain Pua. Tetapi, kemahiran bagi menenun kain Pua haruslah diasah dan
dipelajari dengan tekun dari kaum wanita yang lebih tua dan lebih berkebolehan
dalam bidang ini. Oleh itu, dalam masyarakat Iban, kaum perempuan yang pandai
menenun, ngebat dan nyungkit merupakan calon menantu yang terbaik bagi kaum
lelaki terutamanya yang terdiri daripada pahlawan hebat dan datang dari keluarga
yang kaya raya.
Kebolehan menenun kain Pua amat dititikberatkan dalam masyarakt Iban hingga
wujud ungkapan yang berbunyi “ngiga indu dara ambi ka menantu ia ka tau telepong
ka ai ngena tampuk lemba,” yang membawa maksud carilah gadis Iban yang memiliki
kebolehan luar biasa dalam menenun dan banyak menenun kain Pua, gadis
sebeginilah yang layak dijadikan sebagai menantu mereka.
Gadis yang mempunyai kepakaran dalam mengebat kain Pua Kumbu, Pua Pilih dan
Pua Sungkit akan menyebabkan dia menjadi pilihan keluarga pihak lelaki. Dengan
terbuktinya kebolehan anak gadis tersebut dalam bidang tenunan, barulah keluarga

pihak lelaki akan meminangnya untuk dijadikan sebagai menantu.
Menurut Tani anak Adar, pada zaman dulu anak – anak gadis Iban akan pergi ke hutan
untuk mencari daun lemba bagi mengebat kain Pua. Jika anak gadis itu malas dan
tidak pandai menenun, dia akan dijadikan buah mulut di rumah panjang itu seperti
kata orang Iban, “indu malas enggau orang penetak manoh penyadong lauk.”
Selain itu, sebelum memulakan proses menenun kain Pua, wanita Iban yang terpilih
akan dipertanggungjawabkan untuk mencari bahan yang diperlukan untuk ritual
miring di hutan. Wanita yang terpilih biasanya dipilih berdasarkan status dan
peringkat kemahirannya dalam menenun kain Pua.
6

Orang Iban amat menitik beratkan kebolehan seorang anak gadis dalam bidang
tenunan kain Pua. Hal ini kerana, apabila si suami balik dari ekspedisi ngayau, kepala
musuh yang dipenggal mestilah disambut dan dibalut oleh kain Pua yang ditenun oleh
isterinya sendiri. Menurut Manin Matong, dalam tradisi masyarakat Iban kaum lelaki
yang balik dari ngayau dan disambut dengan hamparan kain pua merupakan satu
penghormatan yang amat tinggi.
Di samping itu, jumlah kain Pua yang dimiliki oleh sesebuah keluarga itu menjadi
simbol kekayaan mereka. Semakin banyak kain Pua yang dimiliki, semakin kaya atau
tinggi status sosial keluarga itu. Oleh itu, kaum wanita yang rajin menenun dan motif

yang ditenun pada kain Pua itu akan mencerminkan kedudukan sosial keluarganya.
2. Digunakan dalam Ritual atau Acara Penting
Kain Pua digunakan sebagai selimut semasa tidur. Lama – kelamaan, pengetahuan
orang Iban tentang Pua Kumbu semakin mendalam kerana diperturunkan oleh petara
melalui mimpi. Oleh kerana, kain Pua dianggap sebagai anugerah petara kepada orang
Iban. Tambahan lagi, motif – motif yang terdapat pada kain Pua adalah berasaskan
arahan atau panduan yang diberikan oleh petara melalui mimpi atau pengaroh.
Pengaroh merupakan kuasa sakti yang dikarunikan oleh petara kepada manusia bagi
tujuan yang baik.
Penggunaan kain Pua dalam ritual keagamaan adalah sangat penting. Hal ini kerana,
kain Pua dianggap sebagai perantara atau cara komunikasi dengan petara mereka.
Kain Pua merupakan satu simbol identiti atau pengenalan diri mereka kepada petara
yang disembah.
Aktiviti pemujaan ini berbentuk ritual, contohnya, ritual miring atau gawai. Biasanya,
orang Iban melakukan pemujaan atau memberi persembahan makanan kepada petara
dalam bentuk piring. Dalam ritual tersebut, orang Iban akan menggunakan peralatan
istimewa yang turut melibatkan penggunaan kain Pua, yang berfungsi sebagai simbol
atau lambang bagi menandakan mereka telah melakukan persembahan atau pemujaan.

7


Melalui ritual ini, mereka berharap agar petara dapat menerima dan menunaikan hajat
mereka.
Menurut Long Mang, pua Kumbu bukan sahaja digunakan dalam ritual keagamaan,
malahan, proses penenunan kain Pua juga melibatkan ritual penting. Penenunan kain
Pua memerlukan beberapa langkah teliti dan setiap langkah tersebut juga memerlukan
ritual miring yang dijalankan oleh penenun pua yang layak sahaja. Dalam pembuatan
kain pua, ritual miring akan dijalankan untuk memberi jamuan kepada petara yang
bertujuan untuk mendapatkan berkat daripada petara. Ritual miring ini ini biasanya
dijalankan semasa gawai.
Selain digunakan dalam ritual keagamaan, kain Pua juga digunakan dalam acara
perkahwinan kaum Iban. Semasa acara perkahwinan, keselamatan nyawa pengantin
perempuan amat penting. Oleh itu, dalam perjalanan membawa pengantin perempuan
ke rumah pengantin lelaki bumbung perahu yang digunakan oleh pengantin
perempuan akan dilitupi dengan kain Pua. Sekiranya pengantin perempuan
menggunakan jalan darat, perempuan akan dipayung dengan menggunakan kain Pua
yang dibuat dalam bentuk payung. Hal ini bertujuan untuk melindungi keselamatan
nyawa pengantin perempuan daripada ancaman semangat jahat.

3. Sebagai Perantara Antara Kaum Iban dengan Tuhan

Kain Pua amat penting dalam masyarakat Iban kerana ia merupakan antara salah satu
cara yang digunakan untuk berkomunikasi dengan petara mereka. Bagi masyarakat
Iban, mereka perlu mengadakan ritual – ritual tertentu bagi mendapatkan hubungan
yang baik dan harmoni dengan petara.
Orang Iban percaya bahawa manusia, haiwan, tumbuhan, serangga dan burung
dikaruniakan kuasa luar biasa oleh petara. Oleh kerana itu, sebelum kaum wanita Iban
melakukan tenunan yang berasaskan motif ini, mereka perlu mengadakan ritual

8

miring untuk mendapatkan izin dari petara. Interaksi dengan petara akan dilakukan
dengan menggunakan kain Pua sebagai pengenalan diri mereka kepada petara.
Sekira mereka mendapat amaran daripada petara yang biasanya disampaikan melalui
haiwan, tumbuhan atau burung, mereka perlu berhati – hati dalam perkara – perkara
tertentu dan juga dalam setiap langkah agar tidak ditimpa malapetaka. Oleh itu, orang
Iban akan mengadakan ritual miring untuk mententeramkan keadaan. Untuk mencapai
tujuan ini, orang Iban akan menggunakan kain Pua untuk memberi pengenalan diri
mereka kepada petara. Kain Pua yang digunakan dalam ritual tersebut akan digunakan
oleh petara untuk memberi arahan kepada masyarakat Iban.


KESIMPULAN
Pua Kumbu sangat penting dalam masyarakat Iban. Perubahan penggunaan kain Pua daripada
selimut kepada fungsinya sebagai sesuatu yang sakral terutamanya dalam ritual keagamaan
menunjukkan betapa pentingnya kain Pua dalam masyarakat Iban. Memandangkan kain Pua
digunakan dalam ritual keagamaan, kain ini dianggap suci kerana digunakan bagi tujuan
penyembahan petara dan seterusnya sebagai perantara bagi orang Iban dengan petara.
Selain daripada fungsinya dalam ritual keagamaan, kain Pua juga melambangkan status sosial
seseorang pahlawan, seorang anak gadis atau wanita dan sesebuah keluarga dalam komuniti
rumah panjang. Anak gadis yang rajin menenun kain Pua akan menjadi pilihan keluarga
pihak lelaki, manakala kaum wanita yang mahir dalam menenun juga dipandang tinggi atas
kemahirannya. Pahlawan lelaki yang balik dari ngayau dan disambut dengan hamparan kain
Pua pula dianggap satu penghormatan yang tinggi. Selain itu, sesebuah keluarga yang
9

mempunyai kain Pua yang banyak dianggap kaya dan seterusnya dipandang tinggi status
sosial mereka.

10

11