Kertas Kerja Pendidikan Seni Visual

TAJUK KURSUS: PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3104)
Tugasan Kerja Kursus (100%)
Menghasilkan esei tentang peranan bilik pendidikan bilik seni visual yang kondusif.
1. Berdasarkan kepada keperluan inilah anda secara individu dikehendaki membuat satu
kajian serta rujukan tentang ciri-ciri sebuah bilik seni yang menarik dan kondusif.
Tugasan merangkumi pengenalan, sukatan PSV (matlamat,objektif dan bidang), kajian
serta rujukan dan ciri-ciri bagi sebuah bilik seni visual yang ideal serta kondusif (30%)
2. Dengan berpandukan kepada pengetahuan, kajian dan daya kreativiti, anda dikehendaki
merekacipta sebuah pelan bilik lantai bilik Pendidikan Seni yang kondusif di sekolah
anda. Huraikan pelan lantai bilik seni tersebut dan berikan alasan yang rasional
mengapa ianya disusun sedemikian rupa (50%)
3. Secara individu anda dikehendaki membuat apresiasi laporan berhubung dengan
tugasan di atas. Penulisan ini juga menunjukkan pengetahuan dan kefahaman anda
terhadap asas seni reka (20%)

1.1 Pengenalan
Bilik Pendidikan Seni Visual atau Studio Seni merupakan satu unit penting dalam organisasi
sekolah. Ini adalah kerana unit ini memainkan peranan penting dalam menguruskan proses
pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Seni Visual dan apresiasi hasil karya
seni yang berkaitan dengan seni. Oleh itu, Bilik Pendidikan Seni Visual sentiasa perlu diberikan
perhatian dan mencipta suatu suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Bagi

mencapai matlamat tersebut terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian bagi
mewujudkan persekitaran yang menarik dan selesa.
RASIONAL
Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual yang terancang dan bersistematik dapat menanam
nilai-nilai murni dan estetika dalam penghasilan sesebuah karya seni kepada murid dan semua
warga sekolah. Pengurusan dan aktiviti yang dijalankan dapat memupuk minat murid dan warga
sekolah untuk sama-sama melibatkan diri dalam program yang dirancang. Ini bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada murid dan warga sekolah tentang kepentingan dan ilmu
pengetahuan di dalam bidang seni visual.

1.2 Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Matlamat
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusipemupukan asas seni
visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa
serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh:

1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan.
3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.
4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.
7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab.
8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.
9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.
10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

Bidang-Bidang yang terdapat dalam sukatan Pendidikan Seni Visual :
1.
2.
3.
4.

Menggambar
Membuat Corak dan Rekaan
Membentuk dan Membuat Binaan

Mengenal Kraf Tradisional

2.1 Pelan Lantai Bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif (Rujuk Lampiran)
2.2 Justifikasi dan Alasan Rasional

Sebelum penghasilan dan rekaan ciri-ciri sebuah bilik seni yang menarik dan kondusif
terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui dan dititikberatkan. Antaranya ialah:
I.

Fungsi bilik
Bilik Pendidikan Seni Visual mempunyai dua fungsi iaitu sebagai tempat pembelajaran
dan pengajaran (p&p) dijalankan dan dimana penghasilan hasil kerja seni murid-murid
dilakukan serta appresiasi seni visual turut dijalankan. Jadi, dapat disimpulkan ciri-ciri

II.

sebuah bilik seni yang menarik dan kondusif ialah bersifat multi-fungsi.
Saiz bilik
Saiz bilik Pendidikan Seni Visual perlulah luas supaya dapat memberi ruang yang luas
dan jelas. Ini adalah bertujuan untuk menentukan jenis perhiasan dan jenis perabot yang


III.
IV.

akan digunakan.
Bentuk bilik
Bentuk segi empat sama atau segi empat tepat dan sebagainya.
Lokasi bilik
Lokasi bilik perlulah strategik supaya dekat dengan bilik darjah bagi memudahkan
pergerakan murid-murid untuk bergerak dan menjimatkan masa.

Bagi mewujudkan sesebuah bilik Pendidikan Seni Visual yang menarik dan kondusif
perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah ruang pengudaraan yang baik. Oleh itu,
tingkap perlu dipasang di kiri dan kanan bilik PSV supaya pengaliran udara dapat berjalan
dengan lancar dan dapat mengelakkan habuk daripada terperangkap di dalam bilik. Perlu
diketahui bahawa lokasi tingkap yang dipasang perlu sejajar dengan arah angin kerana udara
sejuk dan panas dapat mengalir. Rasionalnya, suhu bilik PSV dapat dikawal dengan baik dan

dapat memulihara hasil kerja seni yang disimpan di dalam bilik seni seperti arca dan tanah liat.
Selain itu, bilik PSV juga perlu dilengkapkan dengan kipas supaya dapat memudahkan

pengaliran udara yang baik serta memberi keselesaan kepada murid agar murid dapat memberi
tumpuan di dalam kelas. Kesimpulannya, dengan memasang tingkap dan kipas dapat
mengekalkan suhu yang optimum (27 darjah Celcius) dan mewujudkan bilik yang menarik dan
kondusif.
Tambahan pula, aspek ruang amat diberi perhatian bagi penghasilan bilik PSV yang
kondusif. Rekaan yang baik dapat memberi keselesaan dalam bilik di mana ruang yang kecil
akan kelihatan lebih besar dan selesa. Apa yang dapat ditakrifkan adalah bahawa, aspek ruang
yang luas dapat memberikan keselesaan dari segi kebebasan murid-murid untuk bergerak dan
susun atur perabot dapat dilakukan dengan mudah. Bilik PSV yang sempit tidak mewujudkan
ruang yang kondusif serta murid tidak dapat memberi sepenuh perhatian ketika p&p dan
penghasilan hasil kerja seni tidak berkualiti kerana ruang yang sempit. Oleh itu, bagi bilik PSV
perlulah mempunyai ruang yang luas dan struktur lantai yang rata bagi mewujudkan suasana
yang kondusif.
Aspek lain yang perlu dititikberatkan adalah dari segi pencahayaan. Secara fizikalnya,
pencahayaan juga turut memberi peranan dalam menampakkan dan mempengaruhu bilik PSV
itu mempunyai ruang yang luas serta yang paling penting mewujudkan suasana yang terang
dan ceria. Saiz dan kedudukan pintu atau tingkap akan menentukan keadaan pencahayaan
dalam bilik. Bagi bilik PSV, kedudukan lampu perlulah diletakkan di tengah-tengah supaya jarak
pencahayaan dapat memenuhi ruang seluruh bilik PSV. Pemasangan lampu kalimantang atau
pendarflour amat sesuai kerana jarak pencahayaannya yang terang dan luas dapat memenuhi

sesebuah bilik. Selain itu, proses apresiasi seni dapat dijalankan dengan mudah kerana
pencahayaan mempengaruhi sesebuah hasil karya agar nampak lebih menarik dan mudah
untuk ditafsir.
Susunan dan saiz perabot memberi peranan yang penting dalam penghasilan ciri-ciri
bilik PSV yang kondusif. Perabot yang terlalu besar tidak sesuai untuk bilik yang kecil dan
sebaliknya. Susunan perabot akan menentukan ruang dalam bilik. Susunan dan pemilihan
perabot hendaklah bersesuaian bagi memastikan bilik yang kecil kelihatan luas. Walaupun
begitu, di dalam bilik PSV perabot yang bersesuaian perlu diletakkan terlebih dahulu bagi
memenuhi ruang bilik. Contohnya,kerusi dan meja murid murid perlulah diletakkan di tengahtengah bilik supaya focus penglihatan murid tertumpu pada hadapan secara sudut 180 darjah
menghadap kearah papan putih. Susunan meja dan kerusi perlulah secara 2x2 supaya

mendapat keseimbangan . Satu meja besar dapat dikongsi oleh enam orang murid. Ini dapat
digambarkan seperti di Rajah 1.

Rajah 1

Meja guru pula perlulah diletakkan dihadapan murid-murid iaitu berada pada sudut 45 darjah
supaya jarak penglihatan guru dapat merangkumi seluruh bilik PSV. Ini juga memudahkan guru
untuk mengawal segala aktiviti murid-murid daripada melakukan kerja lain. Kabinet-kabinet
perlu diletak di sisi kiri dan kanan dinding kelas supaya tidak menganggu pergerakan murid.

Fungsi cabinet adalah untuk menyimpan peralatan dan segala hasil kerja seni murid seperti
lukisan, canting batik, berus lukisan, cat, kaki tripod dan sebagainya. Kabinet dapat menyimpan
barang-barang seni supaya bilik seni kelihatan kemas dan teratur kerana alatan-alatan dapat
disimpan di tempat yang sepatutnya dan dilabelkan supaya mudah menjadi rujukan. Dapur kecil
dan sinki juga perlu diwujudkan supaya dapat mencuci peralatan seni seperti berus dan

berfungsi juga sebagai untuk meletakkan tanaman kecil di dalam pasu. Ia perlulah diletakkan
bersebelahan supaya ia tidak mengotorkan tempat-tempat lain yang kering. Projektor LCD
berfungsi sebagai alat bantu mengajar dan perlu diletak di hadapan supaya dapat dipancarkan
di papan putih. Guru dapat menggunakan projektor untuk tayangan multimedia di dalam p&p.
Ini adalah sebagai langkah untuk menvariasi kaedah pengajaran.
Namun begitu, aspek keselamatan perlulah dititikberatkan iaitu peti ubat kerana
sebarang kecederaan boleh berlaku ketika mengendalikan peralatan-peralatan yang wujud di
dalam bilik PSV . Pemadam api juga perlu diletakkan di sudut bilik PSV sebagai langkah
keselamatan jika berlaku kebakaran agar dapat ditangani dengan serta merta dan efektif. Pintu
mestilah diletakkan di hadapan dan belakang bilik PSV. Ini adalah untuk memudahkan
pergerakan keluar masuk. Pintu belakang juga berfungsi sebagai laluan kecemasan jika berlaku
kebakaran di bangunan berdekatan bilik PSV. Manakala, sudut belakang perlu diwujudkan
sebagai ruang pameran untuk murid-murid meletakkan segala hasil seni yang mereka hasilkan
selepas selesai appresiasi seni oleh guru dan murid-murid. Ini dapat memberi ruang yang luas

agar hasil kerja seni dapat diletakkan di tempat yang selamat tanpa merosakkannya. Akhir
sekali, kedudukan tong sampah juga penting supaya murid dapat membuang sampah tanpa
menganggu proses p&p. Kedudukan tong sampah diletakkan di sudut bilik PSV di arah
bertentangan.

Cat dinding juga mempengaruhi proses untuk menghasilkan bilik PSV yang kondusif.
Warna dinding dan lantai haruslah harmoni dengan warna perabot. Untuk menonjolkan
bahagian-bahagian tertentu dalam bilik, warna yang kontra dengan warna dinding atau lantai
digunakan. Warna yang cerah menyebabkan bilik kelihatan terang. Oleh itu, warna cerah
seperti jingga, pink, putih, hijau, atau biru tua dapat menaikkan suasana bilik PSV tersebut.
Perpaduan warna ini memegang peranan yang sangat penting kerana ia memberi caj-caj positif
daripada menggunakan warna gelap dari sudut psikologi.

3.1

Laporan Apresiasi

Sepanjang saya melakukan tugasan Pendidikan Seni Visual PSV 3104, banyak perkara
yang telah saya pelajari. Mengikut tajuk kursus, kami dikehendaki untuk membuat kajian serta
rujukan tentang ciri-ciri sebuah bilik seni yang menarik dan kondusif. Aspek ini juga lebih

menekankan kepada pemahaman dan pengetahuan terhadap kurikulum Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Selain itu, saya dapat mendalami definisi dan konsep kurikulum dan
juga perkembangan kurikulum Sukatan Pelajaran, KBSR dan juga perubahan sesuatu

kurikulum. Kami juga perlu membuat kajian tentang sukatan PSV (matlamat,objektif dan
bidang), kajian serta rujukan dan ciri-ciri bagi sebuah bilik seni visual yang ideal serta kondusif.
Selain dari itu, saya dapat mempelajari bagaimana untuk merancang pengurusan
sumber, alat dan bahan yang sesuai dan berkesan mengikut susun atur bilik pendidikan seni
visual yang sempurna. Disamping itu, saya juga dapat pengetahuan dalam merancang dan
mereka bentuk aktiviti-aktiviti seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Saya
juga mempelajari bagaimana untuk menghasilkan pelan lantai yang terbaik mengikut spesifikasi
dan garis panduan yang diberikan. Selain itu, saya juga perlu bahan-bahan yang sesuai untuk
digunakan di dalam bilik Pendidikan Seni Visual supaya dapat menghasilkan satu bilik seni
yang lengkap dan membuat analisis tentang kesesuaian susun atur alat dan bahan dalam bilik
yang ideal dari segi keberkesanan dan fungsi serta ciri-ciri yang kondusif,keselesaan, kemas
dan teratur.
Tugasan ini adalah tugasan individu dan akhirnya saya berjaya menghasilkan pelan
lantai bilik seni dengan jayanya. Walaupun pada mulanya, saya menghadapi kekangan untuk
menyiapkan kerja kursus ini namun dengan bantuan rakan-rakan akhirnya kerja kursus ini
dapat disiapkan dan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. Pada mulanya, saya tidak

mempunyai pengalaman dalam menghasilkan mana-mana pelan bilik lantai. Ini adalah kali
pertama menghasilkan pelan bilik lantai. Untuk itu, saya telah melakukan beberapa rujukan dari
buku-buku,majalah dan sumber internet. Saya juga mengfokuskan prospek pencarian daripada
factor hiasan dalaman dan sudut dekorasi kerana dari situ saya boleh mendapat pelbagai info
dan maklumat yang berguna tentang bagaimana untuk menghasilkan bilik seni yang kondusif.
Ini dapat dilihat dari segi pencahayaan, pengaliran udara yang baik, cat dinding yang ceria ini
semua dapat mempengaruhi ciri-ciri bilik seni yang kondusif.

Selain itu, di dalam tugasan ini kami juga perlu untuk melihat contoh bilik seni yang
kondusif yang terdapat di sekolah dimana kami membuat Program Berasaskan Sekolah (PBS)
selama seminggu di situ. Namun begitu, ketika kami ingin membuat pemerhatian kami dapati
bahawa sekolah tersebut tidak mempunyai bilik Pendidikan Seni Visual. Pengajaran dan
Pembelajaran subjek Pendidikan Seni hanya dijalankan di kelas masing-masing. Oleh itu, kami
telah meminta bantuan Guru Pendidikan Seni Visual di sekolah tersebut dan meminta pendapat
guru tentang ciri-ciri bilik seni yang kondusif. Dengan bantuan guru, kami telah berjaya
menyenaraikan beberapa aspek yang perlu diberi perhatian.

1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri kebersihan,
keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan
suasana yang menyeronokkan apabila masuk.

2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya ialah
bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan Bengkel halus.
3. Bahan P&P - terdapat bahan P&P yang sesuai di letakkan di tempat-tempat yang sesuai,
seperti carta, buku-buku dan lain-lain,
4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain
5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya mesin-mesin
yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya.
6. Bahagian Pameran - bahagian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan
semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada
dipamerkan: Bidang Seni Halus, Komunikasi Visual, Kraf dan Reka Bentuk.
7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P.
8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan P&P. (Jika
mempunyai ruang yang lebih luas )
9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa
menggunakan peralatan dan bahan PSV.
10. Papan Maklumat - iaitu Notice Board, maklumat notis semasa, jadual pengagihan tugas dan
jadual waktu penggunaan bilik seni.

Akhirnya, setelah bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan ini saya berjaya
menyiapkan tugasan ini. Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman sebelum ini di dalam
mempelajari subjek Pendidikan Seni Visual di sekolah namun saya tetap menggunakan
sumber-sumber yang ada untuk mempelajari subjek ini dengan mendalam. Dengan minat yang
ada, usaha ini telah berjaya mendorong saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lengkap
dan teratur. Akhir kata, tugasan ini telah banyak memberi pendedahan kepada saya tentang

perspektif seni yang sebenar tentang bilik-bilik seni yang kondusif dan dapat saya praktikkan
ketika mengajar di sekolah nanti.

PENUTUP
Kesimpulannya, kekuatan Pendidikan Seni Visual disekolah terletak kepada guru dan
tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual. Oleh itu, bagi menghasilkan
pembelajaran dan pengajaran yang berkesan perlulah mempunyai sebuah bilik seni yang
kondusif. Bilik seni yang kondusif perlulah menepati ciri-ciri berikut seperti saiz bilik, fungsi bilik,
bentuk bilik dan lokasi bilik seni. Setelah melakukan tugasan ini, saya telah berjaya
menghasilkan lukisan pelan lantai bagi sebuah bilik seni lukis yang praktikal dan ideal bagi
sekolah rendah. Dengan ini, dapat saya aplikasikan ketika mengajar di sekolah dalam
memastikan bilik seni di sekolah tersebut adalah bilik seni yang kondusif untuk murid-murid.

KAMPUS BAHASA
ANTARABANGSA,
LUMPUR

KUALA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TESL
JANUARY INTAKE 2013
SEMESTER 3
PSV 3104
PENDIDIKAN SENI VISUAL
NAMA

: MUHAMMAD FARIZ BIN ABU SEMAN

NO.KAD PENGENALAN
TARIKH HANTAR
NAMA PENSYARAH

: 930321-026051
: 4 APRIL 2014
: ENCIK RAMLAN BIN MANAF

Contoh Pelan Lantai Bilik Seni