Pengaruh Cara dan Gaya Hidup dalam Kewuj

PENGARUH CARA DAN GAYA HIDUP DALAM KEWUJUDAN BUDAYA BENDA
ORANG ULU
INFLUENCES OF LIVELIHOOD AND LIFESTYLE IN THE EXISTENCE OF MATERIAL
CULTURE OF ORANG ULU

Abstrak
Orang Ulu terkenal dengan penghasilan budaya benda yang menjadi identiti mereka yang unik.
Kajian ini memfokuskan bagaimana kepelbagaian budaya benda yang wujud dalam kalangan
masyarakat Orang Ulu banyak dipengaruhi oleh cara dan gaya hidup mereka. Makalah ini
memaparkan budaya benda yang wujud dalam kehidupan dua kelompok Orang Ulu pada masa
dahulu di Belaga iaitu kelompok yang menjalani kegiatan bertani dan kelompok nomad yang
berburu dan mengumpul hasil hutan sebagai kegiatan sarahidup perdana. Tumpuan utamanya
ialah untuk membuat perbandingan cara dan gaya hidup antara dua kelompok ini yang sekaligus
yang menyokong kewujudan kepada kepelbagaian budaya benda dalam kehidupan mereka.
Kata kunci: budaya benda, Orang Ulu, cara hidup, gaya hidup, kepelbagaian benda
Abstract
Orang Ulu is known for the production of cultural materials that reflect the wealth to their unique
identity. The aim of this study is to focus on how the diversity of cultural objects that exist among
the Orang Ulu influenced by their livelihood and lifestyle. Comparison of these two groups of
Orang Ulu, the farmers and nomadic hunters gatherers living in the past in Belaga is to verify that
different livelihood and lifestyle do affect the diversity of material culture among these

communities.
Keywords: material culture, Orang Ulu, livelihood, lifestyle, materials diversity

Pendahuluan
Orang Ulu yang mendiami Ulu Belaga, Sarawak di Borneo dahulunya terbahagi kepada dua
kelompok masyarakat berdasarkan cara dan gaya hidup mereka. Selato [1] mengkategorikan dua
kumpulan ini kepada petani yang terdiri daripada Kayan dan Kenyah, manakala satu lagi
kumpulan ialah kumpulan nomad yang menjalani kehidupan berpindah-randah dan bergantung
sepenuhnya dengan hasil hutan untuk hidup. Kumpulan ini terdiri daripada masayarakat Penan,
Punan dan Bhukat. Makalah ini akan membincangkan benda- benda budaya yang wujud dalam
dua kelompok masyarakat Orang Ulu ini secara berasingan, tidak bertujuan untuk menimbulkan
isu berkaitan diskriminasi antara kelompok tetapi sebagai asas perbandingan yang akan
menyokong sejauhmana perbezaan ini menjadi faktor utama yang mempengaruhi kewujudan
budaya benda dalam masyarakat. Ini adalah kerana keperluan dan kepentingan sesuatu benda
berkait rapat dengan cara hidup dan gaya hidup mereka yang merangkumi rutin harian, corak
penempatan,

kegiatan

sarahidup,


organisasi

sosial,

kepercayaan

dan

budaya

secara

keseluruhannya. Gambarajah 1 menunjukkan perincian corak penempatan, kegiatan sarahidup
dan organisasi sosial yang diamalkan dalam kedua-dua kelompok komuniti Orang Ulu.
Orang Ulu
Kumpulan Etnik

Kayan & Kenyah


Penan & Bhukat

Corak Penempatan

Sedentari

Nomad

Kegiatan Sarahidup
Perdana

Bertani &
Memelihara
Ternakan

Berburu &
Mengumpul Hasil
Hutan

Organisai Sosial


Stratifikasi

Egalitarian

Gambarajah 1 Kategori Orang Ulu

2

Kayan dan Kenyah
Pola Penempatan
Kayan dan Kenyah mendiami rumah panjang yang lazimnya dibina berhampiran dengan sungai.
Keunikan rumah panjang terletak kepada struktur pembinaannya. Struktue binaannya menyerupai
senibina rumah kayu bertiang biasa tetapi bilik-biliknya disusun sejajar secara melintang
menjadikannya satu struktur yang sangat panjang sehingga jumlah biliknya mencecah angka ratus
untuk satu rumah. Asasnya, setiap bilik mempunyai ruangan tertentu seperti dapur, ruang makan
dan rehat serta sudut untuk tidur yang susunaturnya ditentukan oleh penghuni bilik. Ruang anjung
di sepanjang bahagian depan setiap bilik merupakan kawasan umum untuk setiap penghuni
mengadakan rutin harian seperti menganyam tikar, malah ruang bagi setiap keraian dan upacara
ritual.

Orang Ulu mempunyai kaedah susunatur perkakas dan alat kelengkapan rumah yang tersendiri
dengan mengguna pakai sepenuhnya setiap ruang di dalam bilik mereka untuk memastikan
ruangan bilik yang kecil kelihatan kemas dan luas. Lasung (lesung padi), saong (topi), ajat (beg),
pat (tikar), keba’(bakul) dan buvok (bubu) disimpan sama ada di ruangan atas, di tepi atau
digantung pada dinding anjung. Manakala di dalam bilik pula, peti kayu, para-para, tanduk rusa
antara alat yang digunakan oleh masyarakat ini untuk menyimpan dan meletakkan barangan
mereka. Gambar 1 adalah gambaran rumah Kayan yang memperlihatkan susunatur pelbagai
perkakas di anjung. Pada dasarnya, perkakas bersaiz besar diletakkan di anjung agar tidak
memenuhi ruang kedalaman yang terhad.

3

Gambar 1 Pelbagai perkakas disusun di sepanjang dinding anjung (Sumber: Hose dan McDougall, 1912)

Dapur juga merupakan satu srtuktur yang penting dalam setiap bilik Orang Ulu, bukan sahaja
untuk memasak sebagai fungsi utamanya, tetapi ia juga merupakan satu struktur ruang letak bagi
alat dan kelengkapan bilik tersebut. Dapur dibina bertingkat-tingkat sehingga empat tingkat
dengan setiap tingkat digunakan untuk memasak, menyalai ikan atau daging, menyusun kayu api
dan meletak barangan seperti periuk belanga.


a

b

Gambar 2 Dapur tradisional Orang Ulu (Sumber a: Muzium Sarawak, b: Koleksi penulis)

Mereka juga menghasilkan bakul seperti bumput, itung dan krien yang masing-masingnya untuk
menyimpan salai ikan atau daging, senduk dan biji benih yang diletakkan di para-para atau
digantung pada tiang dapur. Keadaan dapur yang berasap dan panas dapat menghindari makanan
yang telah dimasak atau disalai daripada serangga seperti lalat dan semut. Malah keadaan panas

4

dan kering ini juga dapat menghindari biji benih daripada rosak sekaligus

memanjangkan

jangkahayatnya.
Kegiatan Sarahidup
Paten sarahidup masyarakat Kayan dan Kenyah tertumpu kepada bidang pertanian yang

kebanyakannya mereka menanam padi bukit dengan membakar satu-satu kawasan untuk
bercucuk tanam dan berpindah ke kawasan yang lain apabila tanah menjadi kurang subur untuk
satu tempoh tertentu. Kegiatan pertanian telah menjadi satu aktiviti kendiri yang amat penting
bagi masyarakat Kayan dan Kenyah pada masa dahulu [2]. Malah kegiatan ini masih lagi menjadi
satu kegiatan ekonomi pada masa sekarang walaupun ramai masyarakat Kayan dan Kenyah
banyak menceburi sektor ekonomi yang lain seperti keusahawanan dan dalam sektor awam.
Pertanian, terutamanya dalam aktiviti penanaman banyak menyumbang kepada kewujudan
budaya benda dalam masyarakat Kayan dan Kenyah. Budaya benda ditafsirkan sebagai bendabenda yang dibuat, dicipta oleh manusia bagi memudahkan aktiviti harian dalam kehidupan
sesuatu kelompok masyarakat [3]. Hasil buatan ini sering kali dikaitkan dengan cerminan kepada
intektual dan teknologi yang dikuasi oleh sesuatu masyarakat yang menghasilkan sesuatu benda
tersebut pada satu-satu masa [3].
Setiap benda yang dihasilkan mempunyai fungsi tertentu bergantung kepada keperluan dalam
satu-satu aktiviti. Dalam proses penanaman padi, tugal (kayu untuk membuat lubang biji benih)
dan krien (bakul biji benih) merupakan peralatan utama yang digunakan. Di samping itu, saong
iaitu topi yang dipakai di ladang untuk berlindung daripada cahaya panas matahari dan hujan juga
diperlukan bermula daripada proses penanaman sehinggalah proses penuaian dan seterusnya
kerja-kerja pemprosesan padi kepada beras.

5


Pada musim menuai, alat seperti yuh keluno (ketam padi) dan ingen (bakul menuai) pula
diperlukan. Proses menjemur, mengangin, menumbuk dan menyimpan padi masing-masingnya
memerlukan benda atau peralatan yang lain pula seperti pat (tikar) , tapan (nyiru), lasung dan
aluo (lesung dan alu) dan lepo ok (rumah menyimpan padi). Dapat dilihat di sini bahawa, Orang
Ulu menghasilkan sesuatu benda yang mempunyai fungsi spesifik untuk tujuan-tujuan yang
tertentu. Mereka memanfaatkan sumber-sumber tempatan yang terdapat di persekitaran mereka
seperti rotan yang banyak terdapat di kepulauan Borneo. Rotan di Sarawak merupakan antara
tumbuhan semulajadi terkaya daripada segi kepelbagaian dan populasinya di dunia [4]. Ini adalah
satu penyebab utama mengapa rotan digunakan dengan begitu meluas dalam penghasilan budaya
benda seperti bakul dan tikar dalam golongan Orang Ulu. Selain itu, sifat rotan yang kuat, kukuh,
tahan lama dan senang lentur membolehkan bahan ini dianyam dalam pelbagai bentuk selain
dapat memenuhi keperluan fizikal, mekanikal dan kualiti estetika untuk satu-satu fungsi yang
diperlukan.

Gambar 3 Pelbagai perkakas digunakan dalam memproses padi kepada beras (Sumber: Muzium Sarawak)

6

Ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mengenali jenis bahan mentah yang diperlukan,
penyediaan bahan, teknik pembuatan dan penghasilan motif dan paten yang dipelajari daripada

nenek-moyang diteruskan kepada generasi yang seterusnya.

Maka tradisi pembuatan dan

penggunaan benda-budaya benda ini akan berterusan selama mana satu-satu masyarakat itu masih
menjalani kehidupan yang sama.
Stratifikasi Sosial
Stratifikasi sosial ialah susun lapis kelas dalam satu-satu masyarakat yang membawa kepada
pembentukan strata. Pada masa dahulu, masyarakat Kayan dan Kenyah adalah antara kelompok
yang mengamalkan budaya strata di Borneo [5, 6]. Dalam komuniti mereka, strata melambangkan
darjat dan status kemewahan seseorang individu atau sebuah keluarga. Amalan ini
dimanifestasikan dalam bentuk budaya benda yang mereka hasilkan dan gunakan. Seperti ba’,
(alat untuk mengendong bayi) ia menggunakan elemen-elemen tertentu bagi memaparkan strata
bayi dan pembuatnya [5,7,8].

Gambar 4 Motif hudoq kelunan yang lengkap pada ba’ dan ajat (Sumber: koleksi penulis)

Contohnya, sekiranya bayi itu daripada golongan maren (bangsawan) iaitu yang tertinggi dalam
masyarakat Kayan dan Kenyah, maka motif manik yang ditonjolkan pada ba’ haruslah motif
hudoq (figura manusia) yang lengkap iaitu yang mempunyai kepala, kaki dan tangan. Elemen-


7

elemen perhiasan tambahan umpamanya manik, taring binatang seperti harimau atau beruang
yang dianggap barangan tinggi nilai dalam masyarakat ini juga digunakan dalam pembuatan ba’.
Strata lain yang lebih rendah

iaitu hepui dan panyin adalah dilarang untuk menggunakan

sebarang motif yang berkaitan dengan golongan paren kerana menurut kepercayaan mereka,
penggunaannya akan mengundang padah atau tulah.
Dalam upacara pertunangan atau perkahwinan, Kayan dan Kenyah mengamalkan adat atep hawa
tebuko iaitu adat pertunangan dan perkahwinan yang menentukan barangan hantaran yang perlu
disediakan oleh pihak lelaki kepada bakal tunang atau isteri berdasarkan strata. Maren Uma (tuan
rumah panjang) akan menentu dan membacakan senarai barangan hantaran kepada rombongan
lelaki untuk dibawa pada hari perkahwinan atau pertunangan kelak. Seseorang lelaki yang akan
mengahwini perempuan yang berketurunan maren contohnya harus menyediakan benda-benda
wajib berikut sebagai hantaran berdasarkan perintah yang termaktub dalam adat atep hawa
tebuko, Kayan-Kenyah Seksyen 92:
1.


Ji (1) Lavong Kering Kirip Lama (topi
pahlawan)

2.

Ji (1) Sunong Lato (baju pahlawan)

3.

Ji (1) Malat Buk (parang berambut)

4.

Ji (1) Bah Kabo Inu (sirat)

5.

Ji (1) Bakin (lembing)

6.

Ji (1) Kelibet Kalung (perisai)

7.

Ji (1) Agung Luyang (gong)

8.

Ji (1) Tawak (tawak)

9.

Ji (1) Tabin Inu (tikar burit)

Gambar 5 Sebahagian barangan untuk hantaran kahwin (Sumber: Muzium Sarawak)

8

Bukan sahaja dalam upacara perkahwinan, masyarakat Kayan dan Kenyah juga turut
mengutamakan strata dalam upacara pengkebumian. Salong (Gambar 6) iaitu satu stuktur kayu
seperti kotak dan berbumbung dibina untuk menyimpan segala benda milik si mati dalam
kalangan Kayan dan Kenyah (Langub, 1989). Salong diukir dengan motif hudoq (figura manusia)
atau aso (haiwan) bersesuaian dengan status si mati.

Gambar 7 Barangan kubur Orang Ulu
(Sumber: koleksi penulis)

Gambar 6 Salong kaum Kenyah
(Sumber: Muzium Sarawak)

Barangan kubur (Gambar 7) merupakan antara barangan berharga atau barangan yang pernah
digunakan oleh simati ketika masih hidup. Lavung lake’ (topi lelaki), selepa (bekas tembaga),
malat (parang) dan ta’a (kain manik) adalah antara barangan kubur bagi seorang lelaki yang
disimpan di dalam salong.
Menurut kepercayaan mereka, si mati akan berasa gembira sekiranya barang yang disayangi ada
bersamanya dan barangan kubur ini akan membantu mereka dalam alam lain yang bakal mereka
harungi. Bagi mereka yang ditinggalkan terutamanya keluarga terdekat, setiap barang milik si
mati tidak harus lagi berada di rumah kerana ia pasti mengundang rasa sedih dan rindu kepada si
mati.

9

Tradisi Menghisap Tembakau dan Makan Sirih
Menghisap rokok tembakau dan makan sireh adalah sebahagian daripada tradisi masyarakat
Kayan terutamanya. Justeru itu, pelbagai benda dihasilkan dalam menyokong kewujudan tradisi
ini secara langsung. Ini termasuklah telesan (papan landas) dan haleng (alat memotong
tembakau).

Gambar 8 Memotong daun tembakau menggunakan haleng dan telesan (Sumber: koleksi penulis)

Tembakau dan sirih ditanam di kebun atau di sekitar rumah panjang. Haleng adalah buluh yang
dipotong berbentuk seakan-akan pisau, ada bahagian pemegang dan mata pisau. Mata pisau
haruslah diraut pada masa ke semasa agar sentiasa tajam supaya tembakau dapat dihiris halus dan
sempurna. Daun tembakau yang telah dihiris dijemur sehingga kering sebelum dapat digunakan.
Pucuk pisang hutan muda telah dikeringkan digunakan untuk membalut tembakau.

Gambar 9 (a) Haleng dan (b) daun tembakau sebelum dihiris (Sumber: koleksi penulis)

10

Sirih, pinang, kapur mudah kering apabila dibiarkan dalam keadaan yang terdedah dan ini
menjejaskan rasanya maka perlu ada satu bekas untuk menyimpan untuk mengekalkan
kesegarannya. Sirih digulung di dalam balutan upih pinang dan disimpan rapi di dalam bekas
untuk mengelakkannya daripada cepat kering.

Gambar 10 Pelbagai bekas untuk menyimpan tembakau dan sirih pinang (Sumber: koleksi penulis)

Pelbagai bahan yang digunakan untuk menghasilkan bekas tembakau dan sirih pinang
termasuklah tembaga, kulit kayu, manik dan rotan mengikut citarasa tersendiri. Pada masa
dahulu, barangan tembaga diperolehi dari Brunei diakui Orang Ulu sebagai hasil tangan tembaga
yang terbaik pada ketika itu [9].
Sirih pinang dan rokok tembakau yang dihidang di dalam bekas istemewa kepada tetamu bukan
sahaja satu manifestasi dalam mengalu-alukan dan meraikan kedatangan mereka malah nilai
tembaga, manik dan motif yang dipaparkan pada bekas itu juga adalah simbolik kepada status
tuan rumah samada kedudukan mahupun kekayaannya dalam masyarakat. Amalan ini juga
melambangkan budaya berkongsi makanan dan kegembiraan dalam masyarakatnya.

11

Penan dan Bhukat:
Kehidupan Nomad, Berburu dan Mengumpul Hasil Hutan
Kebergantungan terhadap hasil hutan semata-mata, terutama pada pokok nipah yang
menghasilkan sagu iaitu makanan ruji bagi kelompok masyarakat Penan dan Bhukat
menyebabkan mereka menjalani hidup berpindah-randah mengikut keberadaan pokok tersebut.
[10.11]. Apabila sumber pokok nipah berkurangan, mereka akan berpindah lagi ke kawasan lain
yang bernipah. Cara hidup nomad inilah yang menghalang mereka daripada mempunyai
kepelbagaian budaya benda seperti masyarakat Kayan dan Kenyah. Budaya benda mereka walau
bagaimanapun wujud berdasarkan gaya hidup berburu dan mengutip hasil hutan. Keleput (batang
sumpit), teluk langan dan urung (bekas menyimpan peralatan sumpit) serta nyatep (lembing)
merupakan peralatan utama berburu. Serut iaitu bakul rotan di sandang di bahu untuk menyimpan
daun rokok dan tembakau juga turut dibawa ketika berburu. Tikar burit (cawat) yang diikat pada
pinggang amat praktikal bagi mereka yang hanya memakai sirat di mana tikar ini akan digunakan
sebagai lapik ketika duduk di dalam hutan.

a

b

Gambar 11 (a) Kelengkapan berburu dan (b) duvok (Sumber: Muzium Sarawak)

12

Kemahiran kaum Penan dan Bhukat berburu di dalam hutan juga meliputi pengetahuan mereka
dalam mengenal pasti tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan, bahan untuk membuat
kraftangan, untuk tujuan perubatan dan tumbuhan beracun [1]. Contohnya, racun ipoh yang
diperolehi daripada pokok ipoh digunakan pada hujung anak sumpit manakala tuba pula
digunakan sebagai satu kaedah menangkap ikan di sungai.
Apabila jerat atau sumpit berjaya memperolehi mangsa dan tiada bakul dibawa pada ketika itu,
kumpulan nomad ini akan memanfaatkan kemahiran mereka untuk menghasilkan duvok (Gambar
11b). Duvok adalah alat membawa hasil buruan diperbuat daripada akar-akar, kayu dan daun.
Kekuatan duvok yang digalas di bahu mampu membawa seekor babi hutan dan rusa.

a

b

Gambar 12 (a) Mengumpul hasil hutan dan (b) proses membuat sagu (Sumber: Muzium Sarawak)

Tradisi Makan Sagu
Banyak juga budaya benda kelompok Orang Ulu yang menjalani kehidupan nomad wujud
daripada cara hidup mereka yang memakan sagu. Benda-benda ini meliputi alat memproses
tepung sagu seperti baguk, jekan, selauk dan ketagan. Manakala belak dan keletang pula alat

13

yang digunakan untuk memasak dan memakan sagu. Mereka juga menggunakan bakul khas yang
dianyam daripada rotan untuk menyimpan belak dan keletang, iaitu itung.

b
a

Gambar 13 (a) Selauk (b) Belak dan Itung (Sumber: koleksi penulis)

Malah, budaya benda seperti keletang dan tapuk digunakan secara simbolik dalam upacara
perkahwinan dalam masyarakat mereka. Ini menunjukkan bahawa makan sagu bukan satu
keperluan harian biasa malah ia telah diangkat menjadi satu budaya penting dalam kehidupan
mereka.

a

b

Gambar 14 (a) Upacara perkahwinan kaum Penan (b) keletang dan tapuk (Sumber: Muzium Sarawak)

14

Kesimpulan
Kewujudan kepelbagaian budaya benda dalam kalangan Orang Ulu dipengaruhi oleh cara dan
gaya hidup mereka termasuklah corak penempatan, kegiatan sarahidup, sistem sosial dan adat
tradisional. Sesetengah benda ini mungkin hanya dilihat sebagai benda utiliti yang digunakan
dalam kehidupan harian, tetapi makna kewujudannya melangkaui kebiasaan bilamana ianya
diangkat sebagai simbolik status, kepercayaan dan adat tradisi mereka. Sejajar dengan perubahan
cara dan gaya hidup merekapada masa sekarang, pasti ianya juga akan mengubah kepelbagaian
budaya benda tradisional Orang Ulu.
Bibliografi
[1]

Sellato, B. (1994). Nomads of The Borneo Rainforest (S. Morgan, Trans.). Honolulu:
University of Hawaii Press.

[2]

Rousseau, J. (1977). Kayan Agriculture. Sarawak Museum Journal, 129-156.

[3]

Prown, J. D. (1982). Mind in Matter: An Introduction to Material Culture Theory and
Method. Winterthur Portfolio, 17(No. 1), 1-19.

[4]

Dransfield, J. (1992). The Rattans of Sarawak: Royal Botanic Gardens, Kew and
Sarawak Forest Department.

[5]

King, V. T. (1985). Symbols of Social Differentiation: A Comparative Investigation of
Signs, The Signified and Symbolic Meaning in Borneo. The Anthropos, 125-152.

[6]

Rousseau, J. (1990). Central Borneo Ethnic Identity and Social Life in A Stratified
Society. Oxford: Oxford University Press.

[7]

Whittier, H. L. (1973). Social Organization and Symbols of Social Differentiation: An
Ethnographic Study of The Kenyah Dayak of East Kalimantan (Borneo), PhD Thesis:

15

An Arbor.
[8]

Whittier, H. L., & Whittier, P. R. (1989). Baby Carriers A Link Between Social and
Spiritual Values Among the Kenyah Dayak of Borneo. Expedition, 30(No. 1), 51-58.

[9]

Hose, C., & McDougall, W. (1912). The Pagan Tribes of Borneo (Vol. 1 & 2).
Singapore: Oxford University Press.

[10]

Langub, J. (1989). Some Aspects of Life of The Penan. Sarawak Museum Journal, XL
(No. 61 New Series, Part III), 169-185.

[11]

Langub, J. (1990). Hunting and Gathering: A View from Within. Paper presented at the
Change and Development in Borneo, Kuching.

16