HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA SEBAGAI SEBUAH

1.0 PENDAHULUAN
“Hikayat Merong Mahawangsa” mempunyai 113 halaman bertulis dan hikayat
ini ditulis dalam tulisan jawi. Penulisan hikayat ini didorong oleh raja Kedah iaitu Sultan
Mua’zam Shah ibni Sultan Mudzalfal Shah. “Hikayat Merong Mahawangsa” telah
diterjemahkan kepada tulisan rumi oleh Encik Muhammad Yusuf bin Nuruddin pada
tahun 1898. Hikayat ini tidak mempunyai nama pengarang dan pengarang ini hanya
menggunakan kata ganti nama diri sebagai “fakir” serta hikayat ini juga tidak mempunyai
tarikh pengkaranganya. Menurut pendapat beberapa orang sarjana, agama Islam sudah
mula bertapak di negeri Kedah pada tahun 1474 1. Oleh itu, hal ini terbukti bahawa
hikayat ini telah ditulis selepas pada tarikh tersebut. Dr. C. Hooykaas berpendapat
bahawa hikayat ini ditulis pada abad ke 18. Menurutnya lagi pada waktu itu, dikatakan
bahawa masyarakat Melayu telah lama mengetahui isi kandungan hikayat ini kerana telah
tersebar melalui mulut ke mulut dan pada abad ke 19 barulah hikayat ini dicetak.2
Penulisan “Hikayat Merong Mahawangsa” ini banyak menggunakan unsur-unsur
mitos dan lagenda. “Mitos ataupun realiti”, itulah persoalan yang sering diperdebatkan
dalam kalangan sejarawan professional yang berkaitan dengan isu kesahihan histriografi
Melayu tradisional.3 Penghasilan karya-karya histriografi ini dipandang tinggi oleh para
sejarawan. Dasar penulisan karya ini dibuat secara kasarnya dengan mengabadikan
sejarah awal negara berkenaan untuk dijadikan pengetahuan generasi akan datang. Selain
itu, hikayat ini juga bertujuan untuk mengekalkan dan mengukuhkan kedaulatan raja dan
keturunannya.


1 Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1973. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. hlm. xii.
2 Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1973. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. hlm. xiii.
3 Siti Hawa Haji Salleh. (1989). Antara Mitos dan Realiti. Kuala Lumpur: Dewan Sastera.
hlm. 77

1

Berdasarkan pandangan sejarawan, kita dapat merumuskan bahawa pemikiran
politik merujuk kepada pemikiran penulis ketika meriwayatkan sesuatu peristiwa dalam
penghasilan karyanya. Skop pemikiran politik ini perlu dilihat secara meluas serta
difahami makna tersurat dan tersiratnya terlebih dahulu sebelum membuat analisis. 4
Ketika

mengemukakan

pemikiran


politik

ini,

pengarang

menggunakan

akal

kebijaksanaannya untuk mencipta suatu gambaran yang impresif dan berkesan tentang
rajanya. Pengarang cuba membuat penggemblengan dalam fakta-fakta sejarah, unsurunsur mitos dan legenda, realiti yang dicapai adalah bersifat subjektif dan bukan bersifat
objektif. Perkara penting bagi pengarang adalah untuk mencipta suatu karya yang dapat
menjadi kebanggaan raja dan bangsanya.5
Konklusinya, melalui penelitian terhadap karya histriografi klasikal “Hikayat
Merong Mahawangsa” ini dapat kita nilaikan sejauhmana karya histriografi Melayu
sebagai suatu dokumen politik kesultanan Melayu. Penelitian ini juga dapat membuktikan
bahawa wujudnya unsur-unsur mitos yang menjadi lambang keagungan karya tersebut
apabila penulis mencuba mengadunkan setiap gambaran peristiwa dengan unsur-unsur
mitos yang dapat diterima oleh masyarakat sezamannya. Melalui pengharapan penulis

dalam karya histriografi “Hikayat Merong Mahawangsa” kita dapat lihat dengan jelas
pemikiran politik penulis melalui penelitian ke atas setiap peristiwa yang dialurkan oleh
penulis dalam karya ini dan saya bersetuju bahawa hikayat ini merupakan sebuah
dokumen politik kesultanan Melayu.
2.0 SINOPSIS HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
Hikayat ini dinamakan sempena nama seorang raja yang berasal dari Rom dan
dipercayai telah melahirkan dinasti Mahawangsa yang menjadi sumber keturunan raja4 Abdul Rahman Haji Ismail. (pnytg). (2007). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 67.
5 Muhammad Yusof Hashim. (1992). Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil tradisi
Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 86.

2

raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka dan kemudianya lebih dikenali
sebagai negeri Kedah Zamin Turan.6 “Hikayat Merong Mahawangsa” mempunyai tiga
bahagian. Bahagian pertama menceritakan mengenai raja pertama di Kedah iaitu raja
Merong Mahawangsa. Manakala bahagian kedua, hikayat ini menceritakan mengenai
tentang salah satu keturunan raja Mahawangsa iaitu raja Bersiung yang berlaku zalim
terhadap rakyatnya. Pada bahagian terakhir pula, hikayat ini mengisahkan mengenai
proses pengislaman Kedah.

Penulisan hikayat ini menggemblengkan ketiga-tiga unsur iaitu unsur tempatan,
unsur Hindu dan unsur Islam. Cerita asal usul negeri Kedah ini dikarang selepas negeri
itu memeluk agama Islam. Pengarangnya, merupakan seorang pujangga istana Kedah
yang amat setia pada struktur pensejarahan tradisional Melayu. Hal ini demikian kerana
si pengarang telah memulakan ceritanya dengan menggambarkan asal usul rajanya,
peristiwa yang menyebabkan raja itu memulakan pelayarannya, pembukaan negeri, jurai
keturunan daripada raja yang pertama kepada yang terakhir, kisah pengislaman dan
beberapa peristiwa yang ingin disampaikan oleh pengarang berkaitan sejarah negeri
Kedah mengikut penilaian dan kaca mata masyarakat di negeri Kedah. “Hikayat Merong
Mahawangsa” ditulis berpandukan kelima-lima ciri penulisan sejarah yang memaparkan
konsep sejarah masyarakat zaman silam.
3.0 PENILAIAN TEKS
Berdasarkan tiga bahagian dalam “Hikayat Merong Mahawangsa”.
3.1 BAHAGIAN PERTAMA
Peristiwa perlantikan Merong Mahawangsa sebagai wakil kepada raja
Rom untuk mengiringi puteranya ke China bagi dikahwinkan dengan puteri raja
China. Hal ini menunjukkan bahawa pengarang juga ingin menggambarkan

6 Siti Hawa Salleh Haji Salleh. (1998). Hikayat Merong Mahawangsa (dikaji dan
diperkenalkan). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. Ivi.


3

kehebatan Merong Mahawangsa yang mempunyai hubungan akrab dan menjadi
orang sandaran kepada raja Rom kerana beliau memiliki kesaktian yang luar
biasa.7 Melalui penelitian yang jitu, kita dapat simpulkan bahawa pengarang
mengaitkan Merong Mahawangsa yang merupakan pengasas kerajaan negeri
Kedah dengan pemerintah negara-negara hebat seperti Rom dan China bagi
menunjukkan bahawa Merong Mahawangsa bukanlah sembarangan orang,
malahan beliau turut disanjungi oleh pemerintah agung dunia yang lain.
Ideologinya, pengarang ingin menwujudkan rasa kekaguman pembaca terhadap
pengasas negeri Kedah iaitu Merong Mahawangsa melalui penggaluran peristiwaperistiwa tersebut.
Persoalan mengenai

pengarang

mengaitkan

“Hikayat


Merong

Mahawangsa” dengan dua buah kerajaan besar iaitu kerajaan Rom dan China
pada permulaan hikayat ini dilihat bertujuan untuk mengangkat kedudukan
Merong Mahawangsa itu sendiri sebagai seorang pemerintah yang agung.
Ironinya, kerajaan Rom dan China menjadi sandaran penulis kerana jika dilihat
pada zaman tersebut kedua-dua buah negara ini merupakan dua buah kuasa hebat
dunia. Perkaitan antara Merong Mahawangsa dengan kedua-dua buah negara ini,
dapat ditakrifkan bahawa pengarang sebenarnya ingin mengangkat darjat
pengasas kerajaan Kedah iaitu Merong Mahawangsa yang dikatakan mempunyai
ikatan yang sangat erat dengan pemerintah Rom dan China malah beliau juga
terlibat secara tidak langsung dalam pentadbiran kerajaan Rom. Beliau juga turut
menjadi orang sandaran Maharaja Rom. Selain itu, pengasas kerajaan Kedah

7 Dharmawijaya. (1991). Pemahaman & Penghayatan Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala
Lumpur: Citra Publishing. Hlm. 60.

4

bukanlah calang-calang orang dan inilah yang ingin disampaikan oleh pengarang

melalui perkaitan hikayat dengan dua buah kuasa besar tersebut.
Pengarang telah menterjemahkan peristiwa penabalan

Merong

Mahawangsa sebagai raja di suatu kawasan yang didiami oleh kaum gergasi
dengan penuh dramatik. Melalui peristiwa ini dapat kita hujahkan bahawa
pemikiran politik yang ditonjolkan pengarang adalah berkisarkan kehebatan dan
kesantunan yang dimiliki oleh Merong Mahawangsa telah membuka mata kaum
gergasi yang digeruni ramai untuk melantik beliau sebagai raja di kawasan
tersebut. Peristiwa ini telah diriwayatkan dengan teratur oleh pengarang. Kisah ini
bermula setelah kegagalan Merong Mahawangsa untuk mencari putera raja Rom
yang diserang oleh Geroda selama beberapa hari. Setelah itu, beliau mengambil
keputusan untuk belayar mencari putera raja Rom. Beliau dan anak kapalnya telah
singgah di sebuah kawasan yang didiami oleh kaum-kaum gergasi yang sangat
digeruni oleh sekalian manusia pada ketika itu. Namun Merong Mahawangsa
sedikit pun tidak gentar dan terus menghadap kaum tersebut dengan rendah hati
serta beliau telah memohon untuk mendirikan pertempatan sementara di kawasan
tersebut. Melihatkan kesantunan dan keberanian luar biasa yang dimiliki oleh
Merong Mahawangsa, kaum gergasi sepakat untuk melantik beliau sebagai raja di

kawasan tersebut yang akhirnya diberi nama Langkasuka oleh Merong
Mahawangsa.8 Melalui rentetan peristiwa ini, pengarang cuba membangkitkan
nilai keluhuran dan kesantunan yang dimiliki oleh seorang pemerintah sehebat
Merong Mahawangsa.
3.2 BAHAGIAN KEDUA

8Dharmawijaya. (1991). Pemahaman & Penghayatan Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala
Lumpur: Citra Publishing. Hlm. 60.

5

Pemikiran politik dalam “Hikayat Merong Mahawangsa” dapat diteliti
dengan lebih jelas melalui penumpuan khusus terhadap bahagian kedua “Hikayat
Merong Mahawangsa” iaitu salasilah keturunan raja Kedah yang bermula
daripada kerajaan Langkasuka di bawah pemerintahan Merong Mahawangsa
sehinggalah pentadbiran Kedah Zamin Turan di bawah raja Phra Ong
Mahawangsa (Lampiran 1). Melalui penelitian terhadap salasilah pemerintahpemerintah Kedah yang diriwayatkan oleh pengarang, kita dapat rumuskan
bahawa politik dan pentadbiran negeri Kedah bebas daripada pengaruh kuasakuasa asing iaitu pemerintah bebas untuk memilih pengantinya tanpa campur
tangan kuasa luar. Intipati pengarang melalui tulisannya ingin memberi gambaran
kepada pembaca bahawa Kedah merupakan sebuah negeri yang berdaulat dan

kuat.
Selain itu, berdasarkan riwayat Merong Mahawangsa pengarang
meriwayatkan bahawa Kedah merupakan negeri pertama di sebelah utara
semenanjung yang diasaskan, malahan Kedah jugalah yang diuar-uarkan sebagai
pengasas kepada beberapa buah kerajaan luar lain seperti Pattani, Perak dan juga
Siam. Menurut hikayat ini raja Kedah yang kedua iaitu raja Merong Mahapudisat
telah mengikut arahan ayahandanya untuk memartabatkan anakandanya di
beberapa kawasan baharu. Telah diriwayatkan bahawa setelah putera-puterinya
meningkat dewasa Raja Mahapudisat telah mengurniakan mereka alat kebesaran
negeri beserta pengiring untuk merantau bagi membuka negeri baru. Hasilnya,
Putera Sulungnya telah membuka negara di utara negeri Kedah yang dinamakan
Siam Lancang. Manakala putera tengahnya telah berjaya membuka sebuah negeri
di sebelah selatan yang dinamakan negeri Perak. Puteranya yang ketiga telah
6

membuka negeri Pattani. Putera bongsunya diangkat sebagai raja kerajaan Kedah
setelah kemangkatan beliau. Kesemua anak-anak raja Merong Mahadipusat yang
mengetuai negeri Siam, Pattani, Perak dan Kedah dikatakan mempunyai
hubungan yang sangat akrab antara satu sama lain.9 Oleh hal yang demikian, kita
dapat melihat bahawa ideologi pengarang ialah ingin mengangkat sejarah negeri

Kedah sebagai sebuah kerajaan agung dan berdaulat.
Berbeza dengan kebanyakan fahaman lain, menerusi “Hikayat Merong
Mahawangsa” pengarang menyatakan ideologi pemikiran politiknya bahawa
bunga emas yang dihantar oleh kerajaan Kedah kepada negeri Siam bukanlah
tanda mengakui ketuanan Siam terhadap kerajaan Kedah namun ianya adalah
sebagai simbol kekeluargaan dan penghargaan. Berdasarkan penulisan “Hikayat
Merong Mahawangsa” sebenarnya bunga emas yang dikirim oleh Sultan Kedah
kepada kerajaan Siam adalah bertujuan untuk memberi ucapan penghargaan
kepada kekandanya raja Siam yang menyambut kelahiran bayi sulung.10 Fakta
sejarah, iaitu penghantaran bunga emas sebagai mufti dimitoskan dengan
mengunakan perhubungan kasih sayang dan hormat menghormati. Berkatalah raja
Kedah dalam hatinya:
“apa jua yang baik aku hendak membalaskan akan anak saudaraku itu…
biarlah jangan lagi tersebut nama kejahatan pada seisi alam dunia ini,
supaya jangan jadi berputusan daripada umur aku ini boleh sampai pada
anak cucu hingga sampai pada kemudian harinya, datang pada akhir
zaman jangan tersebut nama kejahatan pada segala raja-raja dan pada
khalayak sekalian”.
(Hikayat Merong Mahawangsa,1998 :42)
Baginda juga bertitah :

9 Siti Hawa Salleh Haji Salleh. (1998). Hikayat Merong Mahawangsa (dikaji dan
diperkenalkan). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. Ixi.
10 Siti Hawa Salleh Haji Salleh. (1998). Hikayat Merong Mahawangsa (dikaji dan
diperkenalkan). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. Xxxvi.

7

“Hendaklah tuan hamba sekalian sembahkan pada saudara kita, jika ia
beroleh anak beri jua khabar ke negeri Kedah ini, demikianlah kita
hantarkan. Jikalau kita tiada sekalipun, kita pesan taruh kepada anak
cucu kita biar sampai kepada akhir zaman, nescaya tersebutlah nama kita
pada alam dunia ini tanda kita berkasih-kasihan.”
(Hikayat Merong Mahawangsa,1998 :43)
Menerusi penulisan ini, pengarang menekankan bahawa tradisi penghantaran
bunga emas bukanlah tanda kelemahan Kerajaan Kedah namun lebih bersifat
kemesraan atau tanda yang muda menghormati yang tua. Negeri Siam juga dilihat
telah membantu Kerajaan Kedah dalam menyelesaikan kemelut dalaman negeri
Kedah melalui peristiwa bantuan kerajaan Siam dalam mencari penganti yang
sesuai untuk mengantikan raja Bersiung yang telah melarikan diri akibat ditentang
oleh pembesar berempat kerana kekejamannya.11
Seterusnya, pemikiran politik yang cuba diketengahkan oleh pengarang
ialah ketika peristiwa perkahwinan antara Maharaja Sri Maha Inderawangsa
dengan wanita daripada golongan gergasi. Hal ini adalah untuk menyatakan
bahawa keturunan pemerintah Kedah mempunyai kedudukan yang sangat tinggi
sehinggakan golongan gergasi yang mempunyai kedudukan yang rendah adalah
tidak setaraf untuk dijadikan sebagai isteri. Mengikut nilai zaman dahulu tentulah
perhubungan antara dua darjat yang berbeza amat memalukan bagi keluarga diraja
Kedah.

Pokok

pangkalnya,

disebabkan

kedegilan

Maharaja

Sri

Maha

Inderawangsa beliau telah dianggap menderhaka. Hal ini telah menyebabkan
ayahandanya iaitu Maharaja Sri Inderawangsa telah meninggal dunia. Selain
membangkitkan isu darjat, pengarang juga turut menonjolkan isu balasan Tuhan
terhadap sikap derhaka seorang anak. Menurut riwayat ini Maharaja Sri Maha
11 Siti Hawa Salleh Haji Salleh. (1998). Hikayat Merong Mahawangsa (dikaji dan
diperkenalkan). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. Xxv.

8

Inderawangsa telah dikurniakan seorang Putera yang bernama raja Ong Maha
Peria Deria yang lebih dikenali sebagai raja Bersiung.12
Berikutnya, pengarang telah menggarapkan perkembangan watak raja Ong
Maha Perita Deria yang lebih dikenali sebagai raja Bersiung secara kronologi
penuh dan pembentukan sifat semula jadinya dari awal lagi menuju ke arah
kezaliman dan tidak berperikemanusiaan. Perkembangan watak ini merupakan
sesuatu yang tidak dapat dikawal oleh beliau sendiri. Siung yang tumbuh juga
merupakan sesuatu yang berada di luar dugaan dan kawalan raja tersebut kerana
peristiwa baginda mendapati masakan yang dicampur dengan darah manusia juga
merupakan suatu peristiwa yang tidak disengajakan. Walau bagaimanapun,
disebabkan terlalu mengikut perasaan raja Bersiung telah bertindak di luar batasan
kemanusian apabila beliau sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya saban hari
demi mendapatkan darah.

Kemuncak kezaliman raja Bersiung menemui

penghujungnya apabila Menteri keempat membuat keputusan untuk menentang
raja Bersiung demi keselamatan rakyat dan negeri. 13 Pengarang mengetengahkan
elemen kekejaman raja yang akhirnya mendapat balasan terhadap perbuatannya.
Melalui peristiwa ini, keberkesanan sistem pentadbiran feudal yang didokong oleh
watak pembesar berempat yang berjaya menyelesaikan masalah dalaman negeri
Kedah seterusnya berjaya memelihara kesejahteraan rakyat.
Pengarang turut mengetengahkan pemikiran politik beliau melalui
peristiwa pemilihan penganti raja Ong Perita Deria dengan bantuan daripada
kerajaan Siam dengan menggunakan bantuan gajah sakti iaitu Gemala Johari. 14
12 Siti Hawa Salleh Haji Salleh. (1998). Hikayat Merong Mahawangsa (dikaji dan
diperkenalkan). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. Xxii.
13 Siti Hawa Salleh Haji Salleh. (1998). Hikayat Merong Mahawangsa (dikaji dan
diperkenalkan). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. Xxiv.
14 Siti Hawa Salleh Haji Salleh. (1998). Hikayat Merong Mahawangsa (dikaji dan
diperkenalkan). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. Xxvii.

9

Melalui peristiwa ini pengarang ingin menyampaikan bahawa Siam dan Kedah
saling bekerjasama dan mempunyai hubungan yang baik. Selain itu, kerajaan
Kedah turut mengakui peranan kerajaan Siam sebagai penaung kerajaan Kedah.
Pengarang meriwayatkan bahawa setelah raja Bersiung menghilangkan diri dalam
rumpun buluh betung setelah diusir oleh rakyatnya. Kerajaan Kedah telah
kehilangan raja maka pembesar berempat beserta raja perempuan kerajaan Kedah
telah menghantar utusan ke Siam bagi memohon kerajaan Siam membantu
mencari waris raja Bersiung untuk ditabalkan sebagai raja Kedah. Akhirnya
dengan bantuan Siam, putera raja Bersiung dapat ditemui dan menggunakan
gelaran raja Phra Ong Mahadipusat. 15 Peristiwa ini menjelaskan kepada umum
bahawa pengarang telah tunduk kepada kovensi-kovensi penulisan sejarah
Melayu tradisional dengan mengangkat martabat dan maruah rajanya ke tahap
yang paling tinggi.
3.3 BAHAGIAN KETIGA
Bahagian terpenting didalam “Hikayat Merong Mahawangsa” ialah
bahagian yang mengisahkan pengislaman negeri Kedah. Pengarang telah
mencoretkan karyanya dari zaman gelap sehinggalah munculnya cahaya
kebenaran tatkala kehadiran agama Islam. Penggarang mengutarakan bahawa
kemasukan agama Islam inilah yang telah mengubah corak hidup masyarakat di
negeri Kedah secara keseluruhannya ke arah yang lebih berdisiplin, bermoral, dan
bernilai suci. Kisah penggembaraan Syeikh Abdullah dengan Penghulu Syaitan
dikatakan menjadi perintis kepada sejarah pengislaman negeri Kedah. Raja Ong
Phra Mahawangsa merupakan raja Kedah yang pertama yang memeluk agama
Islam dan kemudianya baginda telah menukarkan namanya kepada gelaran Sultan
15 Ibid. hlm. Xxvii.

10

Muzalfal Syah kerana baginda begitu tertarik dengan keperibadian yang dimiliki
oleh Syeikh Abdullah.16 Konklusinya, kisah penggembaraan ulama ini telah
diriwayatkan oleh pengarang bagi menyatakan kehebatan agama Islam dalam
membawa kegemilangan tehadap sosial, ekonomi dan politik kerajaan Kedah
sehingga muncul sebagai perlabuhan terkemuka dunia.
4.0 KESIMPULAN
Pada dasarnya, jika dilihat secara keseluruhan “Hikayat Merong Mahawangsa”
ini banyak mengandungi cerita atau peristiwa yang berunsurkan mitos dan lagenda
mengenai negeri Kedah. Setiap cerita atau peristiwa tersebut disusun dengan begitu
sistematik dan cerita ini terus berkembang melalui raja-raja dan kesultanan yang
memerintah.

Berdasarkan

penelitian

yang

dibuat

terhadap

“Hikayat

Merong

Mahawangsa” ini, terdapat banyak peristiwa yang berunsurkan dokumen politik yang
terkandung di dalam hikayat ini. Berdasarkan teks ini, kita dapat simpulkan bahawa teks
ini boleh digelarkan sebagai sebuah teks dokumen politik kesultanan Melayu dan bukan
hanya sekadar sebuah cerita rekaan atau dongeng atau khayalan seperti yang dikatakan
oleh sarjana barat R.O Winsted. Beliau telah menyatakan bahawa jalan cerita hikayat ini
banyak berunsurkan mitos serta khayalan. Hal ini demikian kerana unsur-unsur mitos
tersebut hanyalah cara si pengarang untuk mencipta suatu gambaran yang impresif
tentang rajanya berdasarkan fakta yang sedia ada dalam dirinya. Selain itu, hikayat ini
diadun dengan unsur-unsur mitos bagi mengangkat keagungan raja serta untuk
mewujudkan rasa kekaguman kepada para pembaca. Oleh hal yang demikian, jelas disini
menunjukan bahawa pengarang ini seorang golongan bijak pandai yang mencuba untuk
mengetengahkan corak pemikiran dan idealismenya yang tersendiri.
16 Siti Hawa Salleh Haji Salleh. (1998). Hikayat Merong Mahawangsa (dikaji dan
diperkenalkan). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. Xxvii.

11

(2,659 patah perkataan)

12