Pengurusan Islam Antara Teori dan Pelaks

1
Pengurusan Islam: A ntara T eori dan Pelaksanaan1
Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh
Fakulti Perniagaan, UNISEL
A bstrak
Pengurusan Islam sering dikaitkan dengan pengurusan berintegrasi dan pengurusan beretika. Ia menjadi
semakin popular semenjak Malaysia memperkenal dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran
kerajaan. Namun kekurangan pendidikan formal dan buku rujukan mengenai teori pengurusan Islam
menjadi perencat kepada kelancaran pelaksanaan pengurusan Islam. Pendidik menghadapi kesukaran
untuk memperkenal bidang ilmu ini kerana tiada kurikulum khusus yang menekankan pengetahuan
mengenainya diperingkat peringkat sekolah mahupun pendidikan tingi. Teori Pengurusan Islam tidak
dilahir, diajar dan dibentuk dalam masyarakat, sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu yang menjadi
Bahasa utama pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. K erajaan melalui K ementerian Pengajian Tinggi
dan K ementerian Pendidikan perlu memperkenal dasar atau kurikulum yang memerlukan semua
pendidikan di peringkat menengah dan pendidikan tinggi menjadikan Pengurusan Islam sebagai salah
satu matapelajaran wajib yang perlu ditawarkan kepada semua pelajar untuk memberi pengetahun jelas
kepada semua warga pelajar mengenai kelebihan dan kebaikan Pengurusan Islam.

1.0 Pengenalan
Umat Islam sejak sekian lama percaya terhadap kebenaran agama mereka iaitu Islam dan
ketinggian pegangan hidup ini. Mereka mempunyai sandaran sejarah yang hebat dan

meyakinkan. Sesungguhnya kelahiran dan kehadiran agama Islam di dunia adalah untuk
mengatasi dan memperbaiki keadaan kerana Nabi diutus untuk menyebarkan agama Islam bagi
memperbaiki budi perkerti umat manusia. Bermula selepas peristiwa Hijrah Rasul SA W ke
Madinah, Islam mula berkembang pesat sehingga berjaya menjelajah hampir semua benua.
Namun semenjak kurun ke-12, dengan kebangkitan dunia Eropah (renaissance) dunia Islam
seolah-olah mengalami kejumudan dan gagal menghasilkan sesuatu yang signifikan kepada
kehidupan manusia sejagat sehinggalah berakhirnya pemerintahan K hilafah Islam di Turki.
K ejatuhan K hilafah Islam dimulakan dengan memaksa Sultan A bdul Hamid K han II bin A bdul
Majid K han, turun dari takhta pada 27 A pril 19092 hingga mengakibatkan sistem K hilafah
berakhir pada 3 Mac 1924 (J ainuri 1995).
Inilah yang menjadi igauan umat Islam semasa berdepan dengan kuasa Barat. Mereka rasa kuat
namun kekuatan itu tertanam di dalam sejarah. Hakikatnya mereka lemah. Bukan sahaja lemah
malah keliru. Maka tidak hairan ketika Napoleon Bonaparte dan saintisnya membuat
demonstrasi ujikaji kimia di Mesir suatu ketika dahulu, terdapat dalam kalangan ulamak ketika
itu teruja dan memberi komen, “sesungguhnya ini adalah sihir yang nyata!” K omen yang jauh
tersasar daripada landasan ilmu kerana mereka tidak pernah belajar dan didedahkan dengan
ilmu kimia meskipun K halifah Harun A l-Rashid telah memperkukuh ilmu kimia berdasarkan
ujikaji pada kurun ke 10 lagi (Stenhouse, 2008).
Telah tiba masanya untuk membangunkan kembali keagungan Islam. Salah satu cara ialah
melalui pendidikan dengan memperbanyak sumber rujukan yang berasaskan ilmu Islam dan

ditulis oleh orang Islam sendiri. Dunia kini sedang memandang Islam sebagai harapan untuk
menggarap dan menyelesai berbagai masalah yang sedang dihadapi oleh manusia. Sesuai
dengan A gama yang paling pesat berkembang sekarang, maka menjadi harapan semua umat
1

A rtikel penuh boleh dibaca dalam buku Kefahaman Islam di Malaysia terbitan Persatuan Ulamak Malaysia.
Pusat A l Qur'an Indonesia (2014). K isah Sedih Dari K halifah Terakhir Umat Islam. http://www.pusatalquran.
com/2014/04/kisah-sedih-dari-khalifah-terakhir-umat.html. Dilayari 5 Sept. 2015.
2

2

Islam agar sebuah rujukan mengenai ilmu pengurusan Islam dapat disediakan untuk tatapan
dunia, bagi mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan masalah yang sedang dihadapi
dalam dunia pengurusan sekarang.
1.1 Islam Dan Pandangan Dunia
Meskipun masyarakat Barat dianggap unggul dalam soal-soal pentadbiran dan pengurusan,
namun pada hakikatnya mereka hanya memulakan pengkajian di universiti dan menubuhkan
fakulti pengurusan sekitar awal tahun 1920an. Syracuse University A merika Syarikat dianggap
universiti pertama yang menubuhkan Fakulti Pengajian Pengurusan pada tahun 19193.

Meskipun penubuhan fakulti secara formal bermula lewat, namun sumbangan masyarakat Barat
dalam memajukan ilmu pengurusan telah bermula lebih awal lagi dengan pengenalan beberapa
teori pengurusan klasikal dan moden oleh sarjana-sarjana Barat.
Namun begitu teori-teori pengurusan klasikal dan moden melalui pendekatan kemanusiaan
(behavioral) atau sains yang diperkenalkan oleh Barat tidak berjaya melahirkan pekerja yang
tenteram jiwanya. Mereka sentiasa menuntut agar keperluan ekonomi dan psikologi mereka
dipenuhi. Penyelewengan dan keruntuhan akhlak di kalangan pekerja sudah menjadi lumrah
sehingga melibatkan pembunuhan. K es pembunuhan oleh pekerja organisasi direkodkan seawal
19264. A kibatnya banyak syarikat konglomerat yang terpaksa gulung tikar kerana tindakan
sesetengah pegawai syarikat yang tidak beretika. Ini terbukti dengan runtuhnya empayar Enron,
World.com, A rthur A nderson,5 L ehman dan berpuluh lagi nama-nama besar dalam berbagai
industri di A merika Syarikat dan juga Eropah yang menjadi peneraju dalam pembangunan
pengurusan dan kewangan dunia akibat daripada pengurusan yang tidak amanah.
Teori pengurusan yang dipelopori oleh Barat walaupun telah diamalkan sejak sekian lama
masih terdapat lompong yang perlu diisi dan dilengkapkan. L ompong ini wujud kerana teoriteori Barat tidak menunjukkan keperluan untuk meletakkan nilai-nilai agama sebagai satu
elemen penting dalam membantu pengurus mengurus organisasi meskipun organisasi adalah
terdiri daripada satu gabungan manusia yang mempunyai matlamat yang sama atau hampir
sama6. L antas teori-teori ini langsung tidak menjurus kepada penyediaan manusia untuk
kesejahteraan manusia dan dunia secara keseluruhannya.
Islam datang untuk mengisi lompong-lompong ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi

Muhammad SA W dalam satu Hadith Baginda yang bermaksud:
”Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak kamu”7
Ini menunjukkan bahawa manusia sebenarnya telah memiliki akhlak namun belum sempurna.
Oleh itu Nabi datang bersama Islam untuk memberi petunjuk dan membimbing manusia dan

3
Whitman School of Management, Syracuse University. http://whitman.syr.edu/whitman-experience/whitmanhistory/index.aspx
4
Postal employee runs amok, Northern Territory Times and Gazette (December 21, 1926). https://en.wikipedia.
org/wiki/L ist_of_postal_ killings#cite_note-1. Dilayari pada 4 Sept. 2015.
5
Fuad Salleh (2015). Business ethics and entrepreneurship education. Syarahan Umum di Sekolah Tinggi Ilmu
E konomi (ST IE) A MM, Mataram, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada 19 Ogos 2015.
6
A bd K arim A li, Roslan Mohd noor, Fuad Salleh (2015). K efahaman Islam di Malaysia.
7
Hadits shahih lighairihi ini diriwayatkan oleh A hmad bin Hambal dengan lafadz ini dalamMusnad-nya 2/381,
Imam A l Haakim dalam Mustadrak-nya 2/613, dan Imam A l Bukhari dalam kitabnya Adabul Mufrad no. 273. A l
L ihat juga terjemahan ayat surah A l-Baqarah:127-129 dan A l-A hzab: 21yang menjelaskan mengenai akhlak.


3

seterusnya membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada seluruh alam, bertepatan dengan
maksud Firman A llah:
“K ami tidak mengutus engkau, Wahai Muhammad, melainkan sebagai
rahmat bagi seluruh manusia” (QS. A l A nbiya: 107)
Pengurusan dalam Islam mengambil kira semua komponen dalam alam ini yang saling
mempunyai hubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Perkara ini tidak diberi
perhatian dalam teori pengurusan Barat. Teori-teori Barat hanya mengambilkira perkaraperkara yang berkaitan dengan manusia dan organisasi sahaja tanpa melihat perkaitannya
dengan alam. Teori Barat tidak menghubungkan manusia dengan alam.
Pengurusan perlu dilihat dan dinilai dari perspektif baru iaitu Islam dan ia perlu dilihat dan
dinilai secra menyeluruh. Islam datang dengan membawa semua petunjuk yang mencakupi
berbagai bidang yang mampu menghasilkan kehidupan aman dan makmur. Hanya kekuatan
umat Islam yang rajin untuk menggali kembali ilmu Islam untuk dikongsi bersama akan dapat
menyumbang kepada kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada kemampuan Islam untuk
mentadbir dunia.

2.0 Islam dan Pemikiran Masakini
2.1 Pemikiran
Telah banyak diperkatakan mengenai idea pengurusan oleh berbagai penulis. Sebahagiannya

menulis mengenai prinsip pengurusan dalam Islam namun menggunakan pemikiran Barat.
Mereka hanya mengubahsuainya sahaja lantas mengatakan ia datang dari Islam. Mungkin apa
yang mereka tulis ada kebenarannya kerana keagungan Islam telah lama terpendam atau
terpadam dengan berakhirnya K hilafah Islam terakhir iaitu K hilafah Othmaniah di Turki pada
3 Mac 1924 yang diusulkan oleh K amal A tartuk dengan dibantu oleh Y ahudi.8 Nilai-nilai
kemanusiaan dan keadilan sejagat juga turut terhakis dengan kejatuhan pemerintahan Islam.
Islam telah mengalami zaman kemunduran kerana kealpaan penganutnya lantas pemikiran
manusia didominasi oleh fahaman Barat.
Oleh itu apabila kita membincangkan pemikiran Islam, ia mestilah bermula dari A llah dan
berakhir dengan A llah. Pemikiran Islam tidak boleh diletakkan setaraf dengan pemikiran Barat
kerana pemikiran Islam jauh lebih tinggi daripada kesemua pemikiran ciptaan manusia. Setiap
apa yang A llah jadikan semestinya mendatangkan kebaikan dan A llah akan memberi petunjuk
kepada mereka yang mencari redhaNya sepertimana yang telah dinyatakan dalam kitab suci A lQur’an yang membawa maksud:
”Sesunggunya telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya dan
kitab yang terang. Dengannya Allah memberi petunjuk (memimpin) siapa
yang mengikut keredhaanNya ke jalan perdamaian dan dikeluarkannya
dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izinNya dan
menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (A l-Maidah: 15 – 16).

8


A li Muhammad A sh-Shalabi. Terjemahan Samson Rahman MA (2003). Bangkit Dan Runtuhnya Khilafah
Utsmaniyyah. Cetakan Pertama. Indonesia: Pustaka A l-K ausar.

4

Pemikiran Islam ialah pemikiran yang didasarkan kepada pengertian abadi kehidupan selepas
mati. Pemikiran Islam didasarkan kepada dasar yang datang dari A llah. Pemikiran Islam adalah
satu pemikiran lengkap melingkungi segala bentuk sistem yang diperlukan oleh manusia untuk
hidup sejahtera. Contohnya Islam datang dengan konsep ekonomi sejagat yang mampu
memberi keadilan kepada alam. Islam datang dengan konsep politik yang tidak menindas. Islam
datang dengan konsep pengurusan yang menghubungkan manusia dengan alam dan
penciptanya.
J ika diteliti pemikiran Islam, ia adalah menyeluruh dan meliputi semua bidang kehidupan dan
ia membawa kebaikan berbanding pemikiran lain selain dari Islam. Untuk mencapai tujuan
tersebut Islam telah mengajar penganutnya agar memulakan pemikiran dengan meletakkan
keredhaan A llah sebagai matlamat akhir.
2.2

K epercayaan


Sesuai dengan asas pemikiran yang didasarkan kepada kepercayaan dan keyakinan kepada
kewujudan T uhan Y ang Satu (Esa) Y ang Maha Berkuasa untuk mentadbir seluruh alam ini,
maka semua kerja buat pemikir dan ilmuan Islam adalah dan hendaklah didasarkan kepada
keyakinan bahawa apa yang mereka perbuat bukan hanya akan dinilai oleh manusia dan
makhluk di bumi malah juga makhluk di langit. K esemua perbuatan dan amalan mreka akan
dinilai dan akan mendapat balasan dari A llah dengan balasan yang seadil-adil dan penuh
saksama.
K eyakinan dan kepercayaan ini adalah bersandarkan kepada Firman A llah yang bermaksud:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menghambakan diri
kepadaKu” (Adz-Dzaariyaat:56)
Tegasnya, setiap jin dan manusia ini adalah dijadikan khusus untuk beribadah kepada A llah.
Ertinya, apa saja yang dibuat oleh manusia, ia mesti merupakan ibadahnya atau pengabdiaan
dirinya atau amal baktinya kepada A llah SWT. Tidak kiralah sama ada usahanya itu berupa
urusan dalam mencari rezeki, dalam membangunkan rumahtangga, dalam mengatur pendidikan
anak-anak, dirinya atau pun keluarganya, dalam mengatur pergaulan masyarakat, dalam
berekonomi, berjual beli, dalam berjuang dan berjihad dan dalam apa saja baik dalam tidur atau
jaga atau dalam aktiviti makan minum kita seharian, semuanya mestilah menjadi ibadah kepada
A llah.
Ini jelas A llah gambarkan dalam sepotong firmanNya yang lain dalam surah A li Imran ayat 191

yang bermaksud:
“Orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan
berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya
berkata, `Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia belaka”
2.3 A malan
Islam kerapkali disalah anggap kerana kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh umat Islam
sendiri. Penduduk dunia termasuklah mereka yang menganut Islam kerap menjadikan orang
Islam sebagai kayu ukur atau penanda aras terhadap Islam sedangkan Islam telah memberi garis
panduan yang cukup jelas mengenai. A pabila amalan penganut Islam tidak sepenuhnya

5

mengikut garis panduan yang diturunkan melalui A l-Qur’an dan A s-Sunnah, maka berlakulah
kesalahan dan kesilapan yang mencacatkan Islam, sedangkan Islam tidak cacat.
Oleh kerana itulah Nabi Muhammad SA W telah berpesan dalam satu Hadith Baginda yang
maksudnya:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat
selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya; K itab
Allah (Al-Qur’an) dan Sunnahku.”
A kibat tidak mengikuti A l-Qur’an dan Sunnah secara betul dan sepenuhnya maka umat Islam

hari ini telah hilang kehebatannya, hilang maruah dan harga diri dan hilang hampir segalagalanya9. K epercayaan umat Islam kepada agama Islam semakin menipis dan menghilang. Ia
tidak lagi menjadi asas amalan mereka lalu mereka hanyut dengan berbagai perkara mungkar
yang semakin menghakis roh amalan Islam dalam diri mereka.
A llah telah berfirman di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 21 yang bermaksud:
“Wahai sekelian manusia, sembahlah tuhanmu yang telah menciptakan
kamu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
Seruan ini A llah tujukan kepada semua manusia tidak kira orang Islam, orang yang beriman,
orang yang durhaka atau pun orang kafir. Pendek kata, setiap manusia adalah dikehendaki oleh
A llah supaya menyembahNya. A da pun menyembah A llah itu bererti mengabdikan diri atau
memberi baktinya kepada A llah SWT semata-mata.
Ibadah asas ialah ibadah utama dan penting. Termasuk di dalamnya ialah keenam-enam rukun
iman dan kelima-lima rukun Islam. Hukumnya fardhu ain yakni tiap-tiap orang wajib
menyakini dan beramal dengannya. Tanpa ibadah asas seseorang itu tidak beriman. Ibadah
cabang atau ibadah furu’ ialah yang berkaitan dengan fardhailull `amal (amalan utama).
Diantaranya seperti sembahyang dhuha, sembahyang witir, sembahyang tahajjud, zikir yang
tertentu dan lain-lainnya.
Manakala ibadah umum termasuklah semua kegiatan hidup kita yang kita lakukan setiap hari.
Bermula dari kita mengatur diri, anak isteri rumahtangga, kampung halaman hinggalah kepada
soal-soal pendidikan, mengurustadbirkan universiti, ekonomi, masyarakat, politik, sehingga ke
persoalan dalam dan luar negeri. K alaulah semua dapat kita aturkan sebagaimana yang A llah

kehendaki maka ia akan jadi ibadah yakni kita akan diberi pahala. Sebaliknya kalau kita cuai
mengatur hidup kita tidak mengikut syariat, maka rugilah kita.
Hakikatnya apa saja kerja yang kita lakukan untuk jadi ibadah, ia mesti menempuh lima syarat.
A pabila setiap kerja kita, yang kita lakukan menepati kehendak kelima-lima syarat itu, maka ia
akan diterima sebagai ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian diri kita kepada
A llah SWT sekiranya memenuhi syarat berikut:
i- Niat mesti betul
ii- Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat
iii- Perlaksanaan mesti betul.
iv- Natijah mesti betul
9

K haled A bou El Fadl (2005). Selamatkan Islam dari Muslim Puritan.

6

v- Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas).
Islam juga menyeru kita untuk melaksanakan semua pekerjaan kita dengan penuh kesungguhan
dan mendapatkan natijah terbaik dalam apa jua pekerjaan soleh yang kita kerjakan.
“Sesungguhnya Allah menyukai pekerjaan hambaNya yang dilakukan
dengan penuh kesungguhan.” (Riwayat Abu Daud)
J ika kita amati saranan ini, orang Islamlah yang sewajarnya kehadapan, lebih rajin dan lebih
bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan mereka kerana di sana selain mendapatkan
bahagiannya daripada kemakmuran dunia, ia juga adalah suatu amal yang disukai oleh A llah
dan mendapat pahala apabila melakukannya. Sebaliknya apa yang dapat kita lihat, orang-orang
bukan Islam walaupun tiadanya ikatan antara mereka dengan hari akhirat serta persoalan dosa
dan pahala, namun mereka cukup rajin bekerja, rajin berusaha sehingga mampu untuk
memakmurkan dunia ini dengan apa yang mereka kehendaki.
Oleh sebab itulah maka dalam menuntut ilmu, menyampaikan ilmu, mengurus tadbir institusi
ilmu, termasuk juga berdakwah mengajak manusia kepada Islam atau apa-apa jua pekerjaan
kita bahkan walau di mana jua bidang kerjaya yang kita ceburi, semuanya mestilah dipusatkan
kepada mencari redha A llah. Berdasarkan pegangan ini maka setiap kerjabuat yang dilakukan
umat Islam perlu bertanya, “Sejauh mana kita telah melaksanakan pekerjaan dan amal di dunia
ini dengan sebaiknya, bahkan sejauh mana pula kita telah melakukan pekerjaan tersebut dengan
bersungguh-sungguh, adakah ia dilakukan semata-mata kerana menyahut perintah A llah dan
mengharapkan keredhaanNya?”

3.0

Objektif Syariah (Maqasid Syari`ah)

Syariat Islam adalah hukum dan peraturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan
manusia, baik 'Muslim' mahupun 'belum Islam'. Selain hukum dan peraturan, Syariat Islam juga
adalah penyelesai masalah dalam seluruh kehidupan ini. K epada umat Islam, Syariat Islam
merupakan panduan terpenting dan menyeluruh serta sempurna bagi seluruh permasalahan
kehidupan manusia dan kehidupan dunia ini. Firman A llah s.w.t yang bermaksud:
“Pada keseluruhannya K ami jadikan engkau (wahai Muhammad S.A.W dan utuskan
engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama; Maka
turutlah akan jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang
tidak mengetahui (perkara yang benar)”. (A l-J athiah: 18).
A yat ini menunjukkan bahawa A llah telah menjadikan untuk Nabi Muhammad S.A .W. dan
umatnya, jalan-jalan yang jelas nyata mengenai urusan agama.
Menurut Ibn 'A shur (1366H) Maqasid al-Shari'ah dalam konsepnya yang umum ialah
"pengertian dan rahsia yang dapat difahami daripada syariat Islam dalam keseluruhan atau
sebahagian besar proses pensyariatannya. Sementyara 'A lal al-Fasyy (1966) pula menghuraikan
Maqasid al-Shari'ah sebagai tujuan dan rahsia hukum yang ditentukan oleh syariat Islam.
Menurut ar-Raysuniyy (1995), secara mudahnya huraian-huraian Ibn 'A shur dan al-Fasi ini
boleh diringkaskan sebagai "objektif yang ditentukan oleh syariat supaya dicapai bagi
kepentingan manusia".

7

Objektif Syari`ah ini telah dirangkumkan kepada lima elemen utama iaitu:
• Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama
• Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia
• Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal
• Menjamin kehormatan dan maruah diri
• Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta

4.0

K eperluan kepada Pengurusan Islam

Umat Islam percaya kepada kebenaran Islam dan ketinggian pegangan hidup ini. Islam
memiliki sandaran sejarah yang hebat dan meyakinkan. Namun semenjak dunia Islam
mengalami kejumudan mulai kurun ke 12 dan umat Islam gagal menghasilkan sesuatu yang
signifikan kepada kehidupan manusia sejagat, Islam terus dipandang remeh oleh masyarakat
dunia hinggalah Islam kembali bangkit dalam kurun ke-20. K urun yang melihat bangkitnya
Islam dengan perkembangan gerakan Islam dan kebangkitan ilmu Islam di seluruh dunia mula
dilihat dan diberi perhatian oleh masyarakat dunia. Sistem K ewangan Islam telah mula diterima
dan diamalkan oleh masyarakat Islam dan bukan Islam di Timur dan Barat.
Pendekatan Islam dalam pengurusan merupakan disiplin baru dalam pendidikan moden yang
dirujuk sebagai pengurusan Islam. Ia melihat pengurusan organisasi dari perspektif
pengetahuan yang bersumberkan wahyu iaitu A l-Qur’an dan Hadith yang menghasilkan
pelaksanaan yang sejajar dengan kepercayaan dan amalan Islam.
Mengapa Pengurusan Islam perlu diperkenalkan?
Pengurusan Islam perlu diperkenalkan kerana beberapa sebab berikut:
1. Satu proses untuk meletakkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan
menyeluruh.
2. Memantapkan proses pencarian ilmu terutama dalam kalangan umat Islam.
3. Memantap kerangka berfikir umah agar ia bertunjang kepada pemikiran Islam sebenar.
4. Membebaskan pemikiran umat manusia daripada pelbagai asas pemikiran serta teori
yang tidak sejajar dengan nilai dan prinsip kemanusiaan.
5. Memberi ruang penambah baikan kerana pendekatan konvensional mempunyai
banyak kelemahan kerana seringkali memisahkan dia antara teori dengan nilai budaya
setempat.

5.0 Sumber Pengetahuan Pengurusan Islam
Sumber utama ilmu Ilsam ialah daripada wahyu yang diturunkan kepada Nabi SA W.
Masyarakat Islam hari ini merujuk kepada A l-Qur’an sebagai sumber rujukan utama. Sumber
asal ini akan diterjemah, diulas dan dikupas oleh Hadith Nabi Muhammad SA W yang menjadi
sumber kedua dalam hiraki sumber ilmu Islam.

8

K edua-dua sumber ini kemudiannya dibahas dan dibincangkan oleh pakar-pakar ilmu Islam
dengan tambahan sumber lain seperti ijma’dan qiyas akhirnya membentuk asas hukum dikenali
sebagai ilmu usul (Usuul) dan kaedah-kaedah fiqh (Qawa’id). K edua-duanya bersama kaedahkaedah khusus dalam ilmu Islam menjadi teras dalam membincangkan keseluruhan ilmu dalam
Islam yang mencakup berbagai bidang termasuk pengabdian, pengurusan, pentadbiran,
ekonomi, sosial dan perniagaan.
6.0 Pengajaran Ilmu Pengurusan Islam
Terdapat banyak tuntutan dan cabaran baru yang perlu dihadapi oleh pengurus dalam era
globalisasi sekarang ini. Cabaran pengurusan pemanasan global, perlindungan alam sekitar dan
pembangunan, hak asasi manusia, perhubungan tanpa sempadan, e-perdagangan, silang
budaya, falsafah etika dan banyak lagi yang memerlukan kumpulan pengurusan mendalami
etika dan tanggungjawab sosial dalam melakukan tugas harian.
Terlalu banyak teori dan falsafah etika yang diamalkan di seluruh dunia sekarang ini. A ntaranya
seperti Kantian philosophical traditions yang beranggapan bahawa individu (dan organisasi)
mempunyai tanggungjawab berdasarkan kepada satu set teras prinsip moral yang melangkaui
kepentingan diri yang sempit. A ntara beberapa falsafah yang diamalkan sekarang termasuk
Aristotelian virtue ethics, Utilitarianis dan Eastern Philosopfy10.
Para sarjana Islam perlu menunjukkan bagaimana pengurusan Islam mampu memperkenal asas
etika dan tanggungjawabnya dengan mengambilkira fahaman-fahaman dan peganganpegangan Barat tanpa perlu bertembung dengan fahaman-fahaman berkenaan. K ita perlu
menunjukkan bahawa falsafah etika dalam Islam adalah yang terbaik dan paling lengkap. K ita
juga perlu menunjukkan bahawa kesemua fahaman dalam falsafah Barat sudah terangkum
dalam falsafah etika dan tanggungjawab Islam. Sebagai satu contoh konsep pengurusan Islam
yang berteraskan `Ubudiyah, Masuliah dan Itqan11 (UMI) perlu diperjelaskan kepada pelajar
yang tidak berpeluang mempelajarinya dalam kuliah-kuliah pengurusan konvensional.
K onsep `Ubudiyah yang menekankan tentang sifat manusia sebagai hamba kepada A llah. Oleh
kerana itu setiap perbuatan dan pekerjaan seharian manusia hendaklah selari dengan syariat
yang diturunkan oleh A llah. Ia berasaskan kepada keimanan dan ketaqwaan kepada A llah.
Masuliah pula adalah prinsip berkaitan amanah dan tanggungjawab. Setiap perbuatan dan
pekerjaan manusia adalah berkaitan dengan agama dan melibatkan soal dosa dan pahala.
Prinsip ini menekankan soal pelaksanaan tugas dengan penuh tanggungjawab dan akauntabiliti
(Wan Nik, 2013)12. Itqan pula ialah prinsip yang menekankan kepada akhlaq dan amalan soleh.
Setiap manusia ini perlu bersungguh-sungguh, tekun dan memberi komitmen yang tinggi dalam
10

Merriam-Webster Dictinory. http://www.merriam-webster.com/dictionary/kantianism
11

Nurhafilah Musa (2014). Penerapan Konsep Mas'uliyyah dan Amanah dalam Pentadbiran Awam ke arah
Bersih Rasuah - K ajian di Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam.
12

Wan Nik Wan Y usof (2013). Dua dekad Kelantan bersih, beramanah. http://www.detikdaily.net/v6/modules.
php?name=News&file=print&sid=18929

9

melaksanakan tugas. Ini akan melahirkan kualiti kerja yang baik dan cemerlang. Ia juga
melibatkan soal keikhlasan, atau juga dipanggil kerja bermutu atau kita panggil ia sebagai itqan
dan ini adalah dari ajaran Islam yang mana ajaran inilah yang akan menyelamatkan manusia di
dunia dan di akhirat (Nik A ziz, 1995) 13.
Banyak lagi konsep, prinsip dan asas mengenai pengurusan Islam yang perlu dipelajari. Namun
hakikatnya terlalu sedikit ilmu pengurusan Islam ini dicurah dan diajar secara formal di institusi
pengajian tinggi (IPT) terutama kepada pelajar yang bukan dalam jurusan pengajian ilmu-ilmu
Islam. Sementara dalam pengajian di fakulti Islam contohnya, pelajarnya pula tidak didedahkan
kepada ilmu pengurusan. Perkara seperti ini amat mencacatkan perkembangan ilmu dan
menyebabkan ilmu Islam hanya berlegar dalam lingkungan pelajar-pelajar jurusan agama yang
menyebabkan keindahannya tidak dapat difahami dan dinikmati oleh pelajar lain di luar bidang
pengajian Islam yang juga kurang didedahkan dengan ilmu pengajian berasaskan Islam.
Perkara seperti ini amat jelas dapat dilihat dan disahkan dengan pembentukan kurikulum untuk
program-program pengajian pengurusan dan perniagaan juga program-program pengajian
agama di mana-mana IPT. Ilmu Islam terlalu sedikit yang di masukkan dalam kurikulum
pengajian dan ilmu pengurusan moden pula amat terbatas (jika ada) dibincangkan dalam kelaskelas pengajian ilmu-ilmu Islam.14
Dalam usaha kerajaan untuk memperkenal indeks syariah, negara menghadapi kesukaran untuk
mengumpul mereka yang memiliki kepakaran dalam kedua-dua bidang sekaligus. A hli
akademik yang punya kesedaran Islam yang mengkhusus dalam bidang pengurusan memiliki
pengetahuan yang amat terbatas mengenai asas dan dasar-dasar pengurusan Islam. K urangnya
bahan bacaan dalam pengurusan Islam juga menyukarkan ahli akademik dan pelajar menambah
ilmu untuk memahami sistem dan ciri-ciri pengurusan Islam. J ikapun ada, mereka yang menulis
buku-buku dan makalah-makalah atau artikel berkaitan pengurusan dalam Islam adalah terdiri
daripada kalangan mereka yang menedapat pendidikan formal dalam kuliah-kuliah pengurusan
konvensional. Mereka menggagahkan diri menulis makalah dan terbitan-terbitan ini dengan
kemampuan yang amat terbatas. Namun amat dikhuatiri, pandanga-pandangan yang
dilontarkan dalam penulisan adalah kurang tepat dengan kaedah ilmu Islam. K eadaan ini
dirumitkan lagi dengan kurangnya wacana dan kritikan terhadap terbitan-terbitan ini oleh pakar
dari kedua-dua bidang: pengajian Islam dan pengajian pengurusan.
7.0 K esimpulan
Satu usaha bersepadu perlu dilakukan dan kerajaan sendiri melalui K ementerian Pengajian
Tinggi perlu memahami kepentingan kesemua pelajar, Islam atau belum Islam, didedhkan
kepada ilmu Islam dengan mempelajarinya secara formal di dalam kuliah-kuliah di IPT. Ini
penting untuk memastikan Malaysia tidak ketandusan pakar atau sekurang-kurangnya graduan
yang memahami ilmu pengurusan dari sisi Islam. Perlunya pakar dan mereka yang
13

Nik A bdul A ziz Nik Mat, (1995). Islam Boleh. K elantan: Maahad ad-Dakwah Wal-Imamah.
14

Pengalaman penulis dalam melaksanakan tugas menyemak kurikulum pengajian di IPT sebagai juruaudit dan
pakar rujuk MQA .

10

berpengetahuan untuk membantu kerajaan menyediakan tenaga pakar untuk menyokong usaha
memastikan Malaysia menjadi hub kewangan dan perbankan Islam, hub halal dan segala yang
berkaitan dengan Islam dan ilmu Islam.
K PT boleh menyediakan garis panduan agar kurikulum pengajian di Fakulti Pengurusan,
Ekonomi atau Perniagaan memasukkan kursus Pengurusan Islam dan pengajian mengenai ilmu
Islam sementara di Fakulti Pengajian Islam pula ditambah dengan kursus pengurusan dan
perniagaan. Selain dari itu seminar, wacana dan perbincangan antara fakulti-fakulti yang
berbeza oriantasinya dilakukan secara lebih kerap. Ini untuk membolehkan fakulti-fakulti ini
saling berhubung dan menyediakan ruang lebih terbuka untuk melakukan asimilasi bagi
mengisi lompong yang ada sekarang kerana perbezaan oriantasi.
Hanya dengan dasar yang jelas kerjasama erat antara semua fakulti dan pusat pengajian di
peringkat menengah dan tinggi akan dapat dilakukan dalam menghasilkan kurikulum lebih
bersepadu dan lengkap. Hanya dengan pengetahuan pengurusan Islam yang mencukupi akan
dapat membawa graduan kembali kepada fitrah, manusia akan mengenal diri dan fitrahnya.
Dengan cara ini, diharapkan akan dapat mengekang salah laku dalam pengurusan dan urustadbir
korporat.

11

Rujukan
A bd K arim A li, Roslan, M. Noor dan Fuad Salleh (2015). Kefahaman Islam Semasa Di
Malaysia, Realiti dan Cabaran. Shah A lam: Persatuan Ulamak Malaysia.
A li Muhammad A sh-Shalabi. Terjemahan Samson Rahman MA (2003). Bangkit Dan
Runtuhnya Khilafah Utsmaniyyah. Cetakan Pertama. Indonesia: Pustaka A l-K ausar.
al-Fasyy,' A lal. (1966). Maqasidal-Shari'ah al-lslamiyyah wa makarimuha. Dar al-Bayda':
Maktabat al-Wihdah al-'A rabiyyah.
A l-Raysuniyy, A hmad (1995). Nazariyyat al-Maqasid 'ind al-Shatibiyy. Ed. 4. Riyad : al-Dar
al-'A lamiyyah li al-K itab al-'A rabiyy.
Fuad Salleh (2015). Business ethics and entrepreneurship education. Syarahan Umum di
Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (STIE) A MM, Mataram, Nusa Tenggara Barat, Indonesia
pada 19 Ogos 2015.
J ainuri, A chmad. (1995) “L andasan Teologis Gerakan Pembaruan Islam”, dalam J urnal Ulumul
Qur’an, No. 3. V ol. V I, Tahun 1995.
K haled A bou El Fadl (2005). Selamatkan Islam dari Muslim Puritan. J akarta: PT Serambi Ilmu
Semesta.
Merriam-Webster
Dictinory.
Dilayari 5 Sept. 2015.

http://www.merriam-webster.com/dictionary/kantianism.

Nik A bdul A ziz Nik Mat, (1995). Islam Boleh. K elantan: Maahad ad-Dakwah Wal-Imamah.
Nurhafilah Musa (2014). Penerapan Konsep Mas'uliyyah dan Amanah dalam Pentadbiran
Awam ke arah Bersih Rasuah - Kajian di Majlis Perbandaran K ota Bharu-Bandaraya
Islam.
Postal employee runs amok, Northern Territory Times and Gazette (December 21, 1926).
https://en.wikipedia. org/wiki/L ist_of_postal_killings#cite_note-1. Dilayari pada 4 Sept.
2015.
Pusat A l Qur'an Indonesia (2014). K isah Sedih Dari K halifah Terakhir Umat Islam.
http://www.pusatalquran.com/2014/04/kisah-sedih-dari-khalifah-terakhir-umat.html.
Dilayari 5 Sept. 2015.
Stenhouse , P. (2008). What was and what might have been The "Golden Age" of Harun AlRashid. Chevalier Press.
Wan

Nik Wan Y usof (2013). Dua dekad K elantan bersih, beramanah.
http://www.detikdaily.net/v6/modules. php?name=News&file=print&sid=18929

Whitman School of Management, Syracuse University. http://whitman.syr.edu/whitmanexperience/whitman-history/index.aspx. Dilayari pada 5 Ogos 2015.