TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

ISI KANDUNGAN
SENARAI

HALAMAN

1.0 Pendahuluan

2-4

2.0 Objektif kajian

4

3.0 Kaedah Kajian

4

4.0 Konsep Tamadun Melayu

5


5.0 Teori kedatangan Islam dari

6-13

Arab
6.0 Teori kedatangan Islam dari

13-17

China
7.0 Teori kedatangan Islam dari

17-19

India
8.0 Teori kedatangan Islam dari

19

Champa

9.0 Kesimpulan

20

1.0 PENDAHULUAN
1

Tamadun dalam konteks masyarakat selalu dikaitkan dengan konsep yang luas
maksudnya. Dalam pada itu, teori kedatangan tamadun Islam ke tamadun
Melayu juga berkaitan dengan teori-teori asas yang diketengahkan oleh para
sarjana dan ilmuan yang terulung. Ia amat berkait rapat dengan soal
pembangunan sosial masyarakat yang boleh dikelaskan sebagai masyarakat
yang telah mempunyai teknologi dan berkaitan dengan bandar. Jadi, proses
bagaimana sesebuah tamadun itu mula dan berkembang juga mengalami
pelbagai

corak

perkembangannya


yang

tersendiri

terutamanya

melalui

hubungan atau interaksi antara pedagang-pedagang pada suatu masa dahulu.
Oleh yang demikian, terdapat teori tentang bagaimana kedatangan Islam dalam
tamadun Melayu. Perbincangan tamadun dan ketamadunan oleh para sarjana
banyak bertitik tolak daripada perbincangan istilah. Antara istilah -istilah yang
sering digunakan ialah civilization dalam bahasa Inggeris, tamadun dan
peradaban dalam bahasa Melayu, maddana, umran dan hadarah dalam bahasa
Arab. Setiap istilah ini mempunyai maksud dan tafsiran nya yang tersendiri. 1
Sejarah kedatangan Islam sangat dominan dalam pembentukan tamadun
kerana hal atau perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai-nilai baik dan
tingkahlaku yang mulia merupakan ciri-ciri tamadun yang amat dititik beratkan
dalam pembinaan sesebuah tamadun. Teori kedatangan Islam ketamadun
Melayu mempunyai pelbagai kaedah dalam penyebaran Agama Islam melalui

tamadun Islam ke alam Melayu. Antaranya ialah penyebaran Islam melalui
pedagang – pedagang dari Arab, India dan China. Melalui perdagangan ini, maka
secara tidak langsung telah berlaku perkembangan Islam termasuklah melalui
proses perkahwinan, nilai-nilai akhlak , dari aspek kepimpinan (interaksi antara
tamadun), sikap golongan agama dan lain-lain lagi.
Konsep tamadun Islam menyentuh beberapa aspek yang menetapkan
world view tamadun Islam. Proffesor Syed Naquib Al-Attas telah mentafsirkan
tamadun Islam sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah
mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang
luhur bagi seluruh masyarakat. Keberadaan Islam di rantau alam Melayu yang
tediri daripada daratan dan kepulauan yang banyak jumlahnya (gugusan
kepulauan Melayu) telah berjaya membina satu imej baru kepada masyarakat
rantau Alam Melayu.
1

Fairuzah Hj. Basri, Tamadun Islam dan Tamadun Melayu: Perkembangan dan Isu
Kontemporari, Selangor: Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM, 2008. Hal 1.

2


Alam Melayu mula dikenali di seluruh dunia walaupun dalam bentuk yang
sederhana. Kejayaan ini telah menambah lembaran sejarah alam Melayu dengan
tercatatnya tamadun Melayu. Status ini diberikan kerana masyarakat serantau
Alam Melayu berjaya membina kecemerlangan dan kegemilangan dalam
pelbagai aspek yang dimulai dengan keagungan pemerintahan, perlaksanaan
undang-undang, kesungguhan pendidikan, kerancakan ekonomi dan kemurnian
budaya sosial. Tamadun Melayu yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang
digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat
di wilayah asia tenggara. Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang
dibangunkan

oleh

bangsa

Melayu

berteraskan


bahasa

Melayu

setelah

kedatangan dan penerimaan Islam di seluruh rantau alam Melayu.
Situasi ini bertambah mantap apabila, mubaligh berjaya menarik minat
pemerintah Melayu. Sedikit – demi sedikit pemerintah Melayu beralih kepada
kepercayaan tamadun Melayu sebagai tamadun yang menjalinkan suku kaum
Melayu yang pelbagai. Sebagai contohnya, Merah Silu di Pasai, Sumatera telah
menerima akidah Islam dari Syed Abdul Aziz untuk diri dan keluarganya. 2
Dalam konteks kedatangan agama Islam ke rantau ini, terdapat tiga teori
mengenainya yang telah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana. Teori-teori
ini

menunjukkan

perbezaan


pendapat

mengenai

tarikh

dan

punca

kedatangannya, dan juga kawasan manakah yang menerima agama Islam. Teori
pertama menyatakan bahawa Islam dibawa terus dari semenanjung tanah Arab
pada kurun ke-.3
Para pedagang memainkan peranan yang amat penting dalam usaha
menyebarkan Islam ketamadun Melayu. Terdapat juga aktiviti menjalankan
dakwah , melalui perkahwinan dengan wanita tempatan , kemudian mempunyai
zuriat. Seterusnya Islam tersebar dan secara tidak langsung membuktikan
secara mutlak bahawa

agama


Islam telah dibawa masuk kerantau

Asia

tenggara dan wujudnya interaksi antara tamadun yang berlainan. Agama Islam
merupakan agama yang istimewa. Hal ini kerana ia merupakan agama yang
mudah

difahami,

yang

menekankan

hak

kesamarataan

antara


lapisan

masyarakat, bersifat rasional dan logikal , yang mengutamakan kehalusan

2

Fairuzah Hj.Basri, Tamadun Islam dan Tamadun Melayu: Perkembangan dan Isu
Kontemporari, Selangor:Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM, 2008. Hal. 87.
3
Tamadun Islam dan Tamadun Asia: Penerbit Universiti Malaya, 2004. Hal. 165.

3

akhlak dan budi bahasa yang dianggap serasi dengan orang Melayu. Kerajaan
Perlak dan Samudera Pasai merupakan pusat tamadun Melayu Islam terawal.
Di semenanjung tanah Melayu , Melaka muncul sebagai sebuah pusat
tamadun Melayu Islam yang menguasai selat Melaka sekitar kurun ke-16 dan di
buka oleh Parameswara. Penyebaran agama Islam dialam Melayu melalui dua
tahap ;tahap kedatangan atau ketibaan dan tahap perkembangan. Alam gugusan

Melayu yang terdiri daripada beberapa buah negeri Indonesia, Filipina , Brunei,
Pattani dan Malaysia yang terletak dilautan Hindi dan laut China Selatan iaitu
pintu sempit yang mesti dilalui oleh kapal-kapal yang berulang-alik antara
Lautan Hindi dengan Laut China Selatan. 4 Kewujudan negeri-negeri yang terawal
menerima pengaruh Islam itu dibuktikan menerusi artifak seperti batu bersurat
dan batu nisan , serta catatan pengembara Cina, Arab dan Portugis. Agama
Islam mula disebarkan di Tanah Melayu.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Mengenalpasti teori kedatangan Islam dari Arab, China, dan India.
2.2 Mengenalpasti

teknik

yang

digunakan

oleh

para


pendakwah

dalam

memperkembangkan
dakwah Islam di alam Melayu.
2.3 Mengenalpasti hujah tokoh mengenai perkembangan Islam di Alam Melayu.
3.0 KAEDAH KAJIAN
3.1 Internet
Sumber internet digunakan bagi menampung kekurangan maklumat. Pengkaji
telah

mencari

maklumat

dari

sumber

yang

boleh

diyakini,

agar

dapat

menguatkan fakta. Hasil maklumat itu, seterusnya ditapis untuk disepadankan
dengan kajian yang dipilih. Pengkaji mencari maklumat melalui sisipan akhbar
dalam bentuk online.
3.2 Rujukan Perpustakaan
Pengkaji lebih mengfokuskan penggunaan bahan bacaan di perpustakaan.
Kebanyakkan buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kajian, didapati berada di
4

Mahayudin Hj Yahaya, Islam di Alam Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia: Percetakan
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001. Hal 1.

4

perpustakaan. Pelbagai buku dirujuk agar dapat memastikan wujud pelbagai
bidang ilmu dalam kajian pengkaji. Fakta yang dikutip hasil pembacaan dianalisis
dan dipilih dengan teliti agar maklumat kajian tidak dipertikai kesahihannya.
4.0 KONSEP TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok
manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu
dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai
nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) atau gugusan
Kepulauan

Melayu-Indonesia,

Nusantara,

Alam

Melayu,

Tanah

Jawi

dan

sebagainya. Dua elemen yang menjadi faktor utama yang mewarnai wilayah ini
sebagai Melayu ialah pertama, bahasa Melayu yang menjadi lingua Franca atau
bahasa perhubungan luas di seluruh kawasan ini, dan kedua, agama Islam yang
dianuti oleh majoriti penduduknya. Islam juga disampaikan dengan perantaraan
bahasa Melayu dengan kitabnya tertulis di dalam tulisan Jawi.
Istilah Melayu boleh juga ditakrifkan berdasarkan rumpun bangsa dan
bahasanya iaitu Melayu tergolong dalam cabang Melayu - Indonesia yang
mengelompokkan

bersama-samanya

suku

Jawa,

Sunda,

Madura,

Aceh,

Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis dan sebagainya.
Cabang Melayu Indonesia terangkum pula di dalam Rumpum Bahasa Austronesia
daripada keluarga bahasa sumbernya iaitu keluarga bahasa Austric. 5
Tamadun ini telah muncul di alam Melayu sebelum kedatangan Islam.
Begitu juga dengan beberapa kerajaan yang wujud sebelum kedatangan Islam
seperti Funan, Angkor selain kerjaan Melayu maritime seperti Langkasuka
(Pattani) (2-14M), Srivijaya (Palembang) (670-1025M), Lembah Bujang (Kedah)
(Abad ke-7M), dan Kuala Selingsing (Perak) dan Majapahit (1292M). Kerajaankerajaan ini menjadi pengasas kepada Negara-negara kota yang mebentuk
Tamadun Melayu Islam kemudiannya.
Hubungan antara Melayu dan Islam terlalu rapat hingga sukar untuk
dipisahkan. Alam Melayu merangkumi wilayah selatan Thailand, selatan Filipina,
Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. 6

5

Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004. Hal.
165.
6
Zulkiflee Haron dan lian-lain, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai : Penerbit UTM
Press. 2013. Hal. 99-100.

5

5.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI ARAB
Islam dibawa terus dari semenanjung Tanah Arab pada kurun ke-7. Teori ini
dikemukakan oleh John Crawford dan juga oleh Niemann dan De Hollander yang
seterusnya

mendapat

sokongan

sokongan

‘Seminar

Masuknya

Islam

ke

Indonesia’ dan juga Prof. S. M. Naquib al-Attas.
(a) Peranan Pedagang Arab
Pendapat ini berdasarkan antaranya, kegiatan hubungan perdagangan orang
Arab

dengan

Alam

Melayu

sejak

zaman

sebelum

munculnya

Islam

di

semenanjung Tanah Arab. Selain itu, S. M. Naquib al-Attas menegaskan hakikat
bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan konsep dan istilah dan
sistem tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur
Tengah sebagai puncanya.
(b) Pengislaman pemerintah
Kerajaan Perlak dan Samudera-Pasai merupakan pusat tamadun Melayu Islam
terawal. Perlak merupakan Kerajaan Melayu Islam pertama yang ditubuhkan
pada tahun 840 dengan raja pertamanya, Sultan Syed Maulana Abdul Aziz Syah.
Pada zaman pemerintahan Sultan al-Mukammil seorang ulama bernama Abdullah
Arif telah sempai dengan membawa kitar Bahr Lahut ( Lautan Ketuhanan) yang
membicarakan ilmu tasawuf.
Raja Pasai bernama Meurah Silau telah diIslamkan dan diberi nama Sultan
Malik al-Saleh oleh Syeikh Ismail, seorang utusan dari Sharif Makkah. Di
Sumatera Utara ini kemudiannya muncul kerajaan Islam Aceh. Aceh berkembang
selepas kejatuhan Melaka dan mengambil alih peranan penting sebagai pusat
penyebaran dan kegiatan agama Islam terutamanya di kawasan barat alam
Melayu sekitar kurun ke-17. Antara raja Aceh yang penting dan terkenal ialah
Sultan Allaudin Ri’ayat Shah (1558-1604), Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam
(1606-1636), Sultan Iskandar Thani (1636-1641). Aceh seterusnya dikuasai oleh
6

raja-raja perempuan apabila Sultanah Safiatuddin (1641-1675) ditabalkan
sebagai pemerintah Aceh. Peranan Aceh sebagai pusat penyebaran dan kegiatan
agama Islam telah menyebabkan ianya digelar Serambi Makkah, selain
peranannya sebagai pusat perdagangan dan kuasa politik orang Melayu Islam.

(c) Kekuatan Melaka
Bukti lain ialah kerajaan Melaka yang dibuka sekitar tahun 1400 oleh
Parameswara apabila ianya diserang oleh kerajaan Jawa. Menerima ajaran Islam
yang disampaikan oleh Makhdum Syed Abdul Aziz, seorang mubaligh dari
Makkah sekitar 1414. Al-Aziz yang mengislamkan raja Melaka iaitu Parameswara
yang kemudiannya digelar Iskandar Syah. Menurut Tome Pires, Pengislaman
Parameswara ada kaitannya denga peristiwa perkahwinan Parameswara dengan
puteri Pasai yang beragama Islam pada tahun 1414. Sejak perkahwinan itu,
Islam mula berkembang yang menyebabkan semakin ramai ulama Arab
berkunjung ke Melaka. Kitab-kitab tauhid yang berunsur tasawuf seperti kitab
Durr al-Manzum karangan Abu Ishaq al-Shirazi dan Umm al-Barahim oleh alSanusi telah diajarkan di Melaka, Aceh dan Riau.
Melaka mencapai zaman kegemilangannya pada pertangahan kurun ke-15,
menjadi pelabuhan perdagangan berbentuk entrepot antara dunia timur dan
barat yang sibuk. Melaka juga berperanan sebagai pusat penyebaran dan
pengajaran agama Islam.7
Kedatangan Islam bermakna kedatangan bahasa Arab kerana keduaduanya tidak dapat dipisahkan. Bahkan kedua-duanya saling melengkapi antara
satu sama lain. Islam tidak akan dapat disebarkan tanpa bahasa Arab sebagai
perantaraan. Tanpa Islam sebagai isi kandungan, bahasa Arab berkemungkinan
besar tidak membawa apa-apa erti dan tidak akan berkembang seperti sekarang.
(e) Hubungan tamadun Melayu dengan Kerjaan Islam di Asia Barat.
Menurut Wan Husain Azmi, orang Arab telah mengenali Tanah Melayu sejak
zaman kerajaan Bani Umayyah (dari tahun 661 sehingga tahun 679, iaitu pada
7

Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004. Hal.
165-167.

7

zaman pemerintahan Muawiyyah Abi Sufyan). Kerajaan Bani Umayyah dikatakan
telah merancang untuk menghantar armadanya ke Tanah Melayu pada tahun
674. Namun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan apabila mengetahui Tanah
Melayu diperintah oleh raja yang adil. Walau bagaimanapun rombongan
perdagangan Arab telah datang ke Tanah Melayu dan membuat hubungan
dengan orang Melayu pada kurun ke-7 iaitu pada 674 kerana sudah terjalinnya
hubungan perniagaan orang Arab dengan orang China dan orang India.
Sehubungan itu terdapat kemungkinan bahawa perkataan ‘Melaka’ adalah
berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘Mulq’ atau Multaq’ yang bermakna
tempat pertemuan.
(f) Perbezaan pendapat tokoh Timur dan Barat.
Ada ahli sejarah lain pula menyatakan pendapat yang paling berasas iaitu
melalui pedagang Arab secara langsung semenjak kurun pertama hijrah lagi iaitu
sekitar abad ke-7 dan ke-8. Pandangan beliau disokong oleh sarjana tempatan
yang telah menetapkan tarikh kedatangannya pada sekitar abad ke-7, 8 dan ke9.
Namun kebanyakan sarjana Barat lebih cenderung melewatkan tarikh
kedatangan tersebut, iaitu pada abad ke-13 berdasarkan catatan Dinasti Yuan di
China dan laporan pengembaraan Marco Polo. Antara sarjana Barat tersebut
ialah D.G. Hall yang mengandaikan kedatangan tersebut adalah pada abad ke15.
Dalam konteks Tanah Melayu, seperti halnya dengan peringkat lain alam
Melayu, sarjana tempatan dan sarjana Barat telah memberikan tarikh yang jauh
berbeza. Menurut Syed Muhammad Naguib al-Attas, tarikh yang tercatat pada
batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu, iaitu 4 Rejab 702 Hijrah yang
bersamaan dengan 22 Februari 1303 menjadi bukti kedatangan Islam ke Tanah
Melayu adalah pada abad ke-14 atau lebih awal daripada itu. Seterusnya Abdul
Rahman Abdullah pada 1990 berpendapat Islam sampai ke Tanah Melayu pada
tahun 30 Hijrah iaitu pada zaman Khalifah Uthman Affan (644-656 Masihi). 8
(g) Analisis idea Syed Naquib al-Attas
8

Bahasa Arab di Kepulauan Melayu (atas talian) http://utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz2wlY
GIvn1 (02/02/2006)

8

Syed Naquib al-Attas dalam bukunya Historical Fact and Fiction memperlihatkan
kelangsungan beliau mengupas sisi demi sisi dan menolak beberapa kenyataan
sejarawan Barat mengenai penyebaran Islam di alam Melayu. Karya tersebut
membawa satu penemuan baharu bahawa penyebaran Islam di alam Melayu
bukan oleh pedagang-pedagang Arab seperti yang didakwa oleh banyak
sejarawan Barat.
Beliau mengemukakan bahan bukti dan hujah daripada pengamatan yang
mendalam bahawa penyebaran Islam ke negara ini jauh lebih awal daripada
kemasukan pedagang dari Arab pada zaman kegemilangan Melaka. Agama Islam
di alam Melayu termasuk negara ini disebarkan oleh orang Arab keturunan Nabi
Muhammad dan Syed Naquib menurunkan bukti dan analisis bahawa orang Arab
keturunan Abu Bakar dan Ali bin Abu Talib banyak terdapat di Mengiri di timur
jauh India pada kurun kelapan dan kesembilan Masihi.
Karya

tersebut

memperlihatkan

pemikiran

silam

yang

tertuang

dalam Hikayat Raja Pasai mengenai penyebaran Islam di alam Melayu tetapi
tidak diberi perhatian yang serius oleh sejarawan, tidak kira Timur atau Barat.
Padahal dalam Hikayat Raja Pasai menyebut mengenai Nabi Muhammad SAW
yang memerintahkan supaya agama Islam dibawa ke Samudra selepas baginda
wafat.
Daripada kajian dan analisis serta asas logik Syed Naquib, Samudra
adalah

Sumatra.

Hujahnya

walaupun

"samudra"

dalam

bahasa

Sanskrit

bermaksud laut yang mewajarkan berubah menjadi "sumatra" tetapi Sumatra
bukan daripada perkataan samudra. Sebaliknya nama Sumatra tercetus daripada
dua perkataan Melayu iaitu "semut" dan "raya" (besar) dalam Hikayat Raja Pasai
untuk menggambarkan semut sebesar kucing.
Dengan mengambil kira catatan yang terdapat dalam Hikayat Raja
Pasai dan Sejarah Melayu, Syed Naquib percaya penyebaran Islam ke Sumatra
dalam bingkai masa antara kurun ke sembilan dan ke sepuluh Masihi. Ini
ternyata

jauh

lebih

awal

daripada

kemunculan

Melaka

sebagai

pusat

perdagangan pada kurun ke 14 Masihi. Suatu yang penting daripada hujah logik
Syed Naquib ini adalah penyebaran Islam dilakukan oleh pendakwah susur galur
Nabi Muhammad.9
9

Ku Seman Ku Hussain. 14/04/2013. Fakta baharu Islam di Alam Melayu.
http://www.utusan.net.my/utusan/Sastera/20130414/sa_03/Fakta-baharu-Islam-di-alam-

9

(h) Perkampungan pedagang Arab
Menurut Thomas Arnold dalam bukunya bertajuk The Preaching of Islam, bahawa
pada tahun 674, sudah terdapat sebuah perkampungan Arab-Islam di pantai
barat Sumatera. Sementara al-Nuwairi dalam kitabnya yang bertajuk Nihayah alArab fi Funun al-Adab melaporkan bahawa di sebuah pulau bernama Sila yang
terletak di kawasan selatan negeri China terdapat sekumpulan penyokong
Khalifah Ali bin Abi Talib yang dikenali sebagai ‘Alawiyyin atau Syi’ah tinggal di
situ.
Menurut Sayid Alwi b. Tahir al-Haddad dalam bukunya bertajuk Uqud alAmas yang dimaksudkan Sila ialah Kepulauan Sulu atau Sulawesi atau
Kalimantan di Borneo. Mereka datang ke sana menerusi Campa dan Vietnam
kerana melarikan diri daripada ancaman tentera Bani Ummaiyah pada zaman alHajjaj. Pada tahun 800, Aceh pula didatangi sekumpulan pendakwah Syi’ah yang
dipimpin oleh Nakhoda Khalifah. Mereka datang dari negeri Oman menerusi jalan
laut. Pada tahun 840, salah seorang putera Nakhoda bernama Sayid Abd. Al-Aziz
telah mendirikan sebuah kerajaan Islam Syi’ah di Perlak.
(i) Kedah dan kedudukan geografi yang strategik
Kedah yang terletak di sebelah utara Tanah Melayu merupakan negeri yang
pertama menerima Islam. Kelebihan Kedah, selain kedudukan geografinya yang
terletak di persimpangan jalan perdagangan laut antara negeri Arab dengan
negeri China, ia juga mempunyai hubungan yang erat dengan kerajaan-kerajaan
di Sumatera Utara, termasuk Perlak, Samudera – Pasai dan Aceh.
Ahli-ahli geografi Islam seperti Khurdadhbih di dalam kitabnya, bertajuk alMasalik wa al-Mamalik ada menyebutkan tentang negeri Kalah. Abu Zaid alSirafi, penyunting kitab Akhbar al-sin wa al-Hind yang merupakan salah sebuah
sumber terawal tentang sejarah Islam di India dan Timur Jauh juga menyatakan
bahawa negeri Kalah pada suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan
Eaja Zabej ( Sriwijaya). Menurut Walckenaer, yang dimaksudkan dengan Kalah
ialah negeri Kedah yang terletak di pantai barat semenanjung Tanah Melayu.
Pendapat ini disokong oleh penemuan beberapa keeping mata wang Perlak di
Kedah bertarikh 848, iaitu pada zaman khalifah al- Mutawakkil.
Melayu#ixzz2wmLFOm39

10

(j) Penemuan artifak bercirikan Arab
Selain itu, para ahli arkeologi pula telah menemui tembikar jenis celadon yang
dipercayai jenis ini sangat terkenal di kalangan orang Islam di Asia Barat kerana
warna hijau itu melambangkan Islam. Pedagang-pedagang Arab yang belayar ke
negeri China terpaksa singgah di pantai

Sumatera atau kedah sebelum

meneruskan perjalanan ke negeri China. Menurut S.Q. Fatimi, Kedah juga
terkenal kerana mengeksport pedang yang disebut oleh orang Arab sebagai alSayf al-Hind. Keadaan ini menyebabkan Kedah menjadi lebih terkenal di
kalangan para pedagang Arab pada ketika itu.
Penemuan batu nisan yang tertua di Tanjung Inggeris, Kedah, merupakan
satu lagi bukti yang menunjukkan agama Islam sudah tiba di Kedah setidaktidaknya sejak abad ke Sembilan. Pada permukaan batu nisan ini tertera nama
seorang tokoh agama dan tarikh wafatnya dalam huruf Arab, iaitu Syeikh Abd.
Al-Qadir ibn Syeikh Husain Syah Alam, tarikh wafatnya tahun 903. Syeikh Abd.
Al-Qadir boleh dianggap sebagai seorang pendakwah yang terawal tiba di Kedah
atau di Semenanjung Tanah Melayu amnya kerana memandangkan tarikh batu
nisan beliau itu lebih tua daripada batu nisan yang ditemui di Permatang Pasir
Pekan, Pahang (419 H/999 M) atau Batu Bersurat Terangganu (702 H/ 1303 M).
Penyebaran agama Islam di Kedah terus berkembang selepas ketibaan para
ulama Arab, antaranya ialah Syeikh Abdullah b. Ahmad b. Syeikh Ja’afar alQuamiri (531 H/1136M). Beliau berasal dari Yaman dan mempunyai hubungan
erat dengan keluarga diraja Kedah.
Pada tahun 1613, seorang pengembara Sepanyol, E.G. de Eredia telah
mencatatkan bahawa kawasan timur laut Semenanjung telah menerima Islam
terlebih dahulu dari Melaka. Sejarah Sung juga mengatakan bahawa terdapat
ramai orang Islam di sekitar pantai Laut China Selatan pada awal tahun 977.
Akan tetapi pada peringkat wal ini, sudah pasti sebahagian besar orang Islam itu
adalah dari keturunan Arab atau Parsi.
(k) Fo-lo-an
Menurut sumber Cina tersebut, petempatan awal orang Islam di Terangganu
bukanlah di sekitar Kuala Sungai Terangganu tetapi di pedalaman iaitu di
kawasan Kuala Berang yang dikenali orang Cina sebagai Fo-lo-an. Sebuah
catatan Cina Ling-Wai Tai-Wa, yang ditulis oleh Chou Ch’ufei pada tahun 1178
11

menyatakan bahawa Fo-lo-an adalah sebuah negeri yang mempunyai hubungan
yang lama dengan orang Arab. Fo-lo-an juga merupakan pelabuhan entrepot
bagi barangan Arab yang utama di Asia Tenggara. Sumber itu juga mencatatkan
bahawa pemerintah Fo-lo-an dilantik dari kerajaan Melayu Jambi ( San-fo-tsi). Ini
bermakna Fo-lo-an bukanlah sebuah negara merdeka tetapi ia merupakan
sebuah kerajaan takluk kerajaan Melayu Jambi.10
(l) Pendapat Hamka
Menurut Prof. Dr. Buya Hamka dalam Seminar Masuknya Agama Islam ke
kepulauan Indonesia di Medan (1963) lebih menggunakan fakta yang diangkat
dari Berita Cina Dinasti Tang. Beliau menegaskan waktu masuknya agama Islam
ke Nusantara Indonesia pada abad ke-7. Dalam Berita Cina Dinasti Tang tersebut
menuturkan ditemuinya daerah Hunian wirausahawan Arab Islam di pantai barat
Sumatra maka disimpulkan Islam masuk dari daerah asalnya Arab. Dibawa oleh
wiraniagawan Arab. Sedangkan Kesultanan Samodra Pasai yang didirikan pada
1275M atau abad ke-13M, bukan awal masuknya agama Islam, melainkan
perkembangan agama Islam.11
(m) Kerajaan Bani Umayyah
Bukti lain pula menunjukkan yang Mu’awiyah bin Abu Sufyan (661-680M), iaitu
khalifah pertama Kerajaan Bani Umayyah, telah menghubungi Ratu Sima di Jawa
pada tahun 674M. Pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M), usaha
perkembangan dakwah Islamiah berhasil apabila beliau berjaya mengislamkan
Srindravarman, Raja Srivijaya di Jambi pada tahun 718M. (Lihat; S.Q. Fatimi, ‘Two
Letters form the Maharaja to the Khalifah’ dalam Islamic Studies, vol. 11, March
1963).
Selain dari usaha tersebut terdapat juga kegiatan propaganda yang
dijalankan oleh golongan Syiah ketika zaman Abdul Malik b. Marwan (685-750M).
Hal ini demikian kerana, sudah terdapat golongan Syiah Alawiah di Pulau-pulau
Sulu, Sulawesi dan Kalimantan. Pada tahun 800M, pula dikatakan tiba sebuah
angkatan Syiah yang dipimpin oleh Nakhoda Khalifah di Perlak, Sumatera.

10

Mahayudin Haji Yahaya, Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001. Hal. 16-23.
11
Ahmad Mansur Suryanegara, Api Sejarah, Bandung: Salamadani Pustaka Semesta,
2009. Hal. 99.

12

Sedangkan pada zaman Kerajaan Fatimiyah (909-1171M) di Mesir pula angkatan
propandis Syiah (Ismailiyah) di kawasan Sumatera juga. 12
(n) Kejatuhan kerajaan Islam di Baghdad
Dengan kejatuhan ini, bukanlah menjadikan dakwah Islam di Nusantara
terbantut, bahkan sebaliknya perkembangan Islam telah berlaku secara besarbesaran. Prof. M.A. Rauf ( Rektor pertama Universiti Islam AntArabangsa)
dikatakannya bahawa perkembangan Islam selepas Kejatuhan Baghdad ini
merupkan peringkat peralihan agama Islam secara besar-besaran ( Mass
Conversion).

4.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA
(a) Hubungan Perdagangan Arab dengan China
Hubungan perdagangan antara Arab dengan China dicatatkan dalam sejarah
telah berlaku sejak sebelum kelahiran agama Islam lagi. Hal ini demikian kerana,
pedagang Arab membawa barangan di samping membeli sutera, kain, dan
tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dan China secara tidak langsung
melahirkan hubungan antara China dengan kepulauan Melayu. Hubungan antara
kedua-dua Negara ini dapat dilihat seperti berikut
1) Menurut laporan China Muslim bahawa orang Islam di Arab telah datang
ke negeri China pada zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsuing dari
Dinasti Pang (627M-650M). Menurut catatan sejarah, pendakwah Arab
yang pertama ke negeri China ialah wahab Abi Kabsyah yang diutus oleh
Rasulullah S.A.W. beliau meninggal dunia setibanya di Canton dan
disemadikan di sana. Semasa pemerintahan khalifah Othman bin Affan,
Saad bin Abi Waqas telah dihantar ke China dan beliau telah meletakkan
12

Abdul Rahman Haji Abdullah, Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1989. Hal 90.

13

batu asas sebuah masjid di Canton dikenali dengan nama Wai Shin Zi
(masjid kenangan nabi).
2) Menurut Lui Tshich, seorang penulis China Muslim bahawa setelah tinggal
beberapa lama di Canton, Saad bin Abi Waqas pulang ke tanah Arab.
Sesetengah pendapat bahawa beliau meninggal dunia dan dikuburkan di
sana. Namun, sejarawan bersependapat tentang lawatan beliau ke negeri
China. Pada tahun 713M, panglima perang Islam bernama Qutaibah bin
Muslim telah sampai ke sempadan negeri China dan merancang untuk
menguasai Negara tersebut. Rancangan beliau terpaksa dibatalkan kerana
Maharaja

China

Hsuan

Tsung

(713M-756M)

menjalin

hubungan

persahabatan dan juga sampainya berita tentang kemangkatan khalifah
Walid bin Abd al-Malik (705M-715M). Kesan daripada hubungan tersebut
mendorong

penyebaran

Islam,

terutamnya

di

daerah

barat

daya

perbatasan Negara itu.
3) Dalam riwayat Dinasti Tang (618M-907M), terdapat banyak laporan
tentang kedatangan utusan Khalifah Abu al-Abbas (Abu Loba), Khalifah
Abu Jaafar (Ap’u Cha’fo), dan khalifah Harun al-Rasyid (A-Lun) dari Bani
Abbasiah ke China. Faktor yang membawa kepada wujudnya hubungan
politik antara kerajaan China dengan Islam adalah apabila berlakunya
pemberontakan

panglima

tahun

755M.

Khalifah

Abu

Jaafar

telah

menghantar 10,000 orang tentera Islam yang berpusat di Turkistan supaya
membantu kerajaan China. Tentera Islam telah Berjaya mematahkan
pemberontakan tersebut dan sebagai balasannya Maharaja Hsuan Tsung
membenarkan tentera Islam bermastautin di sana dan berkahwin dengan
wanita China. Maharaja China bukan sahaja member keistimewaan kepada
mereka, bahkan mendirikan tempat ibadat dengan pembiayaannya
ditanggung oleh pihak kerajaan.
4)

Pada zaman pemerintahan Choong (814M-847M), kebanyakan orang
Muslim yang tinggal di perbatasan barat negeri itu memohon untuk
menjadi warganegara China. Permohonan mereka diterima dan mereka
dibenarkan tinggal di daerah Kansu dan Shensi. Mereka juga diberikan
kebebasan untuk bekerja dan mengahwini wanita China. Oleh sebab
lamanya tempoh mereka tetap di sana, maka proses asimilasi dan salaing
mempengaruhi dalam kebudayaan dan juga bahasa. Walaupun, mereka
golongan pendatang, tetapi disebabkan kegigihan dan kerajinan bekerja
14

telah

menyebabkan

mereka

menjadi

golongan

yang

kaya

dan

berkedudukan. Kesan dari kedudukan yang istimewa ini menimbulkan rasa
kurang senang dalam kalangan warga tempatan dan dianggap telah
mengancam

kemajuan,

ekonomi,

dan

keselamatan

orang

China.

Akibatnya, telah berlaku banyak tragedi yang menimpa penduduk Arab
yang bermastautin di sana.13
(b) Melalui kegiatan perdagangan.
Kegiatan perdagangan merupakan satu kegiatan ekonomi yang penting bagi
memperkenalkan barangan negara mereka ke dunia antarabangsa. Di China Para
pedangan Arab sudah lama wujud mereka membawa barangan-barangan seperti
bau-bauan, batu-batu yang berharga dan mutiara serta para pedagang ini juga
akan membeli mutiara dan tembikar dari China.
Keperluan barangan merupakan faktor yang

mewujudkan hubungan

secara langsung dan tidak langsung antara pedagang Arab dan Parsi yang
menjalankan kegiatan perdagangan dengan negara China. Pada kebiasaannya
hubungan perdagangan ini akan melalui jalan darat tapi biasanya pedagang Arab
lebih kepada melalui jalan laut, melintasi pantai india dan Asia Tenggara yang
mana sebahagian pedagang tersebut akan singgah di pusat perdagangan di
sepanjang tempoh perjalanan mereka. 14
Pada abad ke-5 lagi, kapal-kapal Parsi telah belayar di sekitar Lautan Hindi
akan tetapi pada masa ini mereka masih belum lagi mengambil peranan yang
aktif terutama dalam kegiatan ekonomi China, tetapi disebabkan di China selatan
memerlukan keperluan ekonomi dan hal ini telah mewujudkan hubungan antara
pedagang

Parsi

dan

juga

negara

China

yang

secara

tidak

langsung

mempengaruhi sejarah Indonesia Barat. 15
Di negara China barangan dari Parsi sangat diperlukan terutamanya pokok
Resin atau dikenali dengan ‘Po-Ssu‘ atau Parsi. Walau bagaimanapun, pada
tahun 500 Masihi ‘Po-Ssu’ yang dipasarkan di China tidak lagi bercorak Parsi
kerana ia dianggap berasal dari Sumatera. Sungguh pun ‘Po-Ssu‘ adalah dari
Sumatera atau Nusantara ia tetap tidak dapat menandingi barangan dari Asia
13

Zulkiflee Haron dan lain-lain, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai: Penerbit UTM
Press, 2013. Hal 108-109.
14
Ibrahim T.Y. Ma. Perkembangan Islam Di Tiongkok. Jakarta: Bulan Bintang, 1979). Hal
32.
15
Profesor O.W. Wolters. Early Indonesia Commerce: A Study of the Origin of Srivijaya.
Cornell: Cornell University Press, (1967). Hal. 76.

15

Barat. Oleh hal yang demikian, Srivijaya telah menawarkan kemudahan kepada
pedagang asing dan hal ini telah menyebabkan Srivijaya merupakan salah
sebuah pusat perdagangan yang penting kerana wujudnya hubungan antara Asia
Barat dan China sejak awal abad Masihi lagi.
(c) Kegemilangan kota Canton dan Hainan
Teori ini dipelopori oleh seorang penulis Sepanyol Emanuel Godinho de Eredia.
Antara bukti da hujah rasional yang dikemukakan oalah penemuan batu bersurat
di Campa bertarikh 1039, di Brunei bertarikh 1048, di Laren, Jawa bertarikh
1082, dan batu bersurat di Terengganu bertarikh 1303. Kesemua ini bukti sejarah
ini mencatatkan adanya masyarakat Islam dan menunjukkan arah kedatangan
Islam ke rantau ini melalui negara China. Ini diperkukuhkan dengan hujah
bahawa wujudnya hubungan perdangan di antara Tanah Arab dengan negara
China yang membawa kepada Kemasukan agama Islam, ke negeri China.
Daripada negeri China, Islam telah dibawa ke Alam Melayu. 16
(d) Penghijrahan akibat dari persengketaan.
Di negara China berlaku satu tragedi yang menimpa umat Islam di sana. Pada
mulanya umat Islam di negara China sangat ramai sehingga ada antara mereka
yang kaya dan juga sangat berpengaruh di Canton. Hal ini telah menyebabkan
ramai penduduk tempatan yang tidak puas hati dan sanggup bermusuh dan
membakar bandar Canton. Tragedi tersebut dapat dirasai sehingga ke Kepulauan
Nusantara. Kedudukan orang Arab-Islam di Canton telah dianggap akan
menggugat kedudukan ekonomi dan keselamatan orang cina. Hal ini telah
menimbulkan kemarahan penduduk tempatan maka tercetusnya tragedi atau
persengketaan antara penduduk China terhadap orang Arab-Islam.
Tragedi atau pemberontakan pertama berlaku pada tahun 878 Masihi di
Canton pada masa pemerintahan Hsi Tsung (878-879). Pada peristiwa tersebut
telah mengorbankan kira-kira 100 000 asing yang kebanyakannya terdiri yang
beragama Islam, Arab dan Parsi. Peristiwa ini telah di cetuskan oleh pemberontak
Hwang Chao di CantonAda juga antara mereka yang menyelamatkan dan
berhijrah ke Kalah iaitu nama lama bagi Kedah dan juga Palembang.

16

Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, Hal. 165

16

Terjadi pula peristiwa pemberontakan yang berlaku di wilayah Yang Chow
yang berlaku pada akhir pemerintahan dinasti Tang (618-905) yang diketuai oleh
pasukan pemberontak Tien Sheng Kong. Peristiwa ini telah membawa kepada
penghijrahan golongan yang terselamat terpaksa berhijrah ke tempat lain
termasuklah Nusantara.17
(d) Penemuan batu Nisan
Bagi mengukuhkan hujah mereka yang menerima teori ini, beberapa buah batu
nesan yang terdapat di Nusantara menjadi bukti antaranya seperti berikut:
1) Batu nesan yang dikatakan sebagai Wali Allah berketurunan Arab bertarikh
419H bersamaan tahun 1028M yang terdapat di Pekan, Pahang.
2) Batu bersurat Terangganu bertarikh 702H bersamaan 1303M.
Bukti pertama kerana terdapat ayat al-Quran dan bukti kedua pula
mengandungi arahan tentang kewajipan ke atas orang Islam supaya mematuhi
hukum Allah S.W.T. lebih-lebih lagi terdapat catatan dalam Dinasti Sung bahawa
kedatangan Islam di Nusantara melalui sepanjang pantai laut China dan dibawa
oleh pedagang Islam dari Tiongkok pada tahuan awal 977M. Laporan ini menjadi
pegangan kuat S.Q Fatimi bagi membuktikan teori kedatangan Islam itu dari
China selain daripada dua batu tersebut. 18

5.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA
(a) Penemuan batu nisan
Mengenai peranan mubaligh dari India, para sarjana tidak sepakat tentang dari
daerah manakah agama Islam dibawa ke Nusantara. Ada mengatakan dari
daerah Gujerat atau Benggala, atau India selatan dan Khasnya Malabar.
Mengenai teori dari Gujerat, telah diperkuatkan oleh kajian G.P Moquette
mengenai batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428 masihi dan baru nisan
Maulana Malik Ibrahim di Grisek yang bertarikh 1419 masihi. Oleh kerana, keduadua batu nisan itu seakan-akan sama dengan baru nisan ‘Umar ibn Ahmad
Kazaruni di Gujerat, maka Moquette membuat kesimpulan bahawa kedua17

Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990. Hal 39.
18
Zulkiflee Haron dan lain-lain, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai: Penerbit UTM
Press, 2013. Hal 110.

17

keduanya dibawa dari Gujerat. Berdasarkan penemuan ini R.A. kerana membuat
kesimpulan lebih jauh lagi, iaitu agama Islam di Indonesia adalah berasal dari
Gujerat. Teori ini kemudiaannya disokong oleh W.P. Stutterheim, J. Gonda dan
C.A.O Van Nieuwenhuijze.
(b) Pengislaman pemerintah
Berdasar huraian oleh Tome Pires dalam bukunya yang bertajuk Suma Oriental,
S.Q Fatimi pula mengatakan agama Islam di Nusantara telah disebarkan dari
Benggala. Menurut Tome Pires, Malik al-Salih yang menjadi raja Islam yang
pertama di Pasai adalah seorang pedagang Benggali dan berasal dari Benggala.
Oleh kerana Parsi dianggap oleh Fatimi sebagai negeri pertama yang memeluk
agama Islam, maka disimpulkan bahawa Islam juga berasal dari Benggala.
(c) Pegangan Mazhab
Mengenai teori dari India Selatan pula, ia dikemukan oleh Van Ronkel dengan
alasan bahawa bentuk-bentuk popular Islam seperti ciri mistik, sastera roman
dan sebagainya yang terdapat di Indonesia adalah berasal dari India Selatan,
bukannya dari tempat lain. Manakala teori dari Malabar, antara pendukungnya
ialah Thomas Arnold yang menggunakan alasan persamaan mazhab Shafii
dengan Indonesia.19

(d) Kelemahan
1) Hakikat bahawa tahun 1042M yang diletakkan sebagai tarikh kerajaan
Pasai menerima Islam adalah lebih awal daripada Gujerat. Islam hanya
tiba di Gujerat pada 1302M dengan kemunculan kesultanan Delhi.
2) Selain Malabar dan Gujerat, Benggal dan Koromandel juga menjadi
perhatian. Hujah ini dikuatkan dengan hakikat bahawa mazhab antara
penduduk Benggal juga sama dengan penduduk di Asia Tenggara, iaitu
bermazhab Shafie, sementara di Gujerat lebih kepada mazhab Hanafi. S.Q
19

Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Umat Islam di Nusantara, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990. Hal. 43.

18

Fatimi misalnya menyokong hujah bahawa Islam dibawa dari Benggal
malah beliau menyatakan bahawa Sultan Malik al-Salih yang menjadi raja
pertama Pasai merupakan seorang pedagang India berketurunan Benggali.
Namun begitu, hujah tersebut lemah dan tidak diterima. Kewujudan para
pedagang dan pendakwah India dalam usaha mengembangkan Islam ke
rantau ini bukanlah bukti Islam di Nusantara berasal dari India. 20
6.O TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI KEMBOJA ATAU CHAMPA
Menurut R.A. Kern, orang Islam di Nusantara berasal dari Indo- China. Dalam
kurun ke-7M, dicatakan bahawa orang Melayu telah mengadakan hubungan
dengan penduduk Champa dan Kemboja. Perhubungan ini terjalin berdasarkan
kepentingan penaklukan dan perkahwinan terutamanya antara keluarga diraja.
Islam dilaporkan telah berkembang di Champa, iaitu di daerah Phanrang sejak
abad ke-8M lagi. Teori ini dipegang berasaskan kepada perhubungan tersebut
dan kedatangan Islam menerusi daerah Phanrang. Phanrang merupakan sebuah
tempat di Selatan Champa dan menurut sumber yang terdapat dalam sumber
China bahawa Phanrang telah menerima Islam sejak tahun 960M lagi, iaitu
semasa pemerintahan Dinasti Sung.
Di Campa terdapat dua buah inskripsi yang menguatkan lagi dakwaan
sesetengah ahli sejarah mengenai kedatangan Islam itu dari Champa. Terdapat
sebuah batu nesan yang bertulis khat khufi bertarikh 1039M dan sebuah
monument bertarikh 1025M dan 1039M. Pada monument tersebut terdapat
catatan yang berhubung dengan hukum Islam. 21

6.0 KESIMPULAN
Sejarah kedatangan Islam sangat dominan dalam pembentukan tamadun kerana
hal atau perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dan tingkah
laku yang mulia merupakan ciri-ciri tamadun yang amat dititik beratkan dalam
pembinaan sesebuah tamadun. Teori kedatangan Islam ke tamadun Melayu
mempunyai pelbagai kaedah dalam penyebaran Agama Islam melalui tamadun
Islam ke alam Melayu, antaranya ialah penyebaran Islam melalui pedagang–
20

Zulkiflee Haron dan lain-lain, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai: Penerbit UTM
Press, 2013. Hal 107.
21
Zulkiflee Haron dan lain-lain, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai: Penerbit UTM
Press, 2013. Hal 110.

19

pedagang dari Arab, India dan China. Keberadaan Islam di rantau alam Melayu
yang terdiri daripada daratan dan kepulauan yang banyak jumlahnya (gugusan
kepulauan Melayu) telah berjaya membina satu imej baru kepada masyarakat
rantau Alam Melayu. Alam Melayu mula dikenali di seluruh dunia walaupun
dalam bentuk yang sederhana.
Tamadun

Melayu

yang

dibentuk

oleh

sekelompok

manusia

yang

digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat
di wilayah Asia tenggara. Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang
dibangunkan

oleh

bangsa

Melayu

berteraskan

bahasa

Melayu

setelah

kedatangan dan penerimaan Islam di seluruh rantau alam Melayu.

Teori

kedatangan Islam ke tanah Melayu mempunyai perbezaan pendapat mengenai
tarikh dan punca kedatangannya, dan juga kawasan

yang menerima agama

Islam. Para pedagang memainkan peranan yang amat penting dalam usaha
menyebarkan Islam ketamadun Melayu. Terdapat juga aktiviti menjalankan
dakwah , melalui perkahwinan dengan wanita tempatan ,kemudian mempunyai
zuriat.
Seterusnya Islam tersebar dan secara tidak langsung membuktikan
secara mutlak bahawa

agama

Islam telah dibawa masuk ke rantau

Asia

tenggara dan wujudnya interaksi antara tamadun yang berlainan. Agam Islam
merupakan salah satu agama yang mudah difahami, serta menekankan hak
kesamarataan antara lapisan masyarakat, bersifat rasional dan logikal , yang
mengutamakan kehalusan akhlak dan budi bahasa yang dianggap serasi dengan
orang Melayu. Penyebaran agama Islam di alam Melayu melalui dua tahap ;tahap
kedatangan atau ketibaan dan tahap perkembangan.

Semenanjung Tanah

Melayu dianggap sebagai pintu masuk Gugusan kepulauan Melayu ke Tanah
besar Asia Tenggara. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa kedatangan
pengaruh Islam ke dalam tamadun Melayu telah lama disebarkan oleh para
pedagang sejak dari dahulu lagi.

7.0 RUJUKAN
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1989. Islam dalam Sejarah Asia Tenggara
Tradisional. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
20

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1990. Pemikira Umat Islam Di Nusantara. Kuala
Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mansur Suryanegara. 2009. Api Sejarah. Bandung: Salamadani Pustaka
Semesta.
Bahasa
Arab
di
Kepulauan
Melayu
(atas
talian)
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&se
c=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz2wlYGIvn1 (02/02/2006).
Fairuzah Hj. Basri. 2008.Tamadun Islam dan Tamadun Melayu: Perkembangan
dan Isu
kontemporari, Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.
Ibrahim T.Y. Ma. 1979. Perkembangan Islam Di Tiongkok. Jakarta: Bulan Bintang.
Ku Seman Ku Hussain, Fakta baharu Islam di Alam Melayu. 14/04/2013.
http://www.utusan.net.my/utusan/Sastera/20130414/sa_03/Fakta-baharuIslam-dialam-Melayu#ixzz2wmLFOm39.
Mahayudin Haji Yahaya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Profesor O.W. Wolters. 1967. Early Indonesia Commerce: A Study of the Origin of
Srivijaya. Cornell: Cornell University Press.
Zulkiflee Haron dan lain-lain. 2013.Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Skudai:
Penerbit
UTM Press.

21