Etika Hidupan Liar dan Kesedaran tentang
Etika Hidupan Liar dan Kesedaran tentang pemuliharaan
Hidupan Liar di Malaysia.
(Wildlife Ethics and The Attitude Toward Wildlife Conservation
In Malaysia.)
DISEDIAKAN OLEH;SHAH JAHAN BIN ASSANARKUTTY
Jabatan Sains Dan Teknologi
Fakulti Sains
Universiti Malaya
KERTAS CADANGAN
BAGI PROGRAM PhD
1
MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN
3
1.1
Pengenalan
1.2
Penyataan Masalah
4
4
1.3
Tujuan Kajian
1.4
Objektif kajian
5
6
1.5
Signifikan Kajian
1.6
Limitasi Kajian
1.7
Tinjauan Literatur
6
7
8
1.8
Metadologi kajian
1.9
Analisis data
12
13
Rujukan
2
KERTAS CADANGAN
Etika Hidupan Liar dan Kesedaran tentang pemuliharaan Hidupan Liar di
Malaysia.
(Wildlife Ethics and The Attitude Toward Wildlife Conservation In Malaysia.)
1.1 Pengenalan
Kepupusan hidupan liar merupakan salah satu masalah akibat dari kurangnya
pengetahuan tentang kepentingan hidupan liar dan pembangunan kawasan
hutan untuk tujuan pembalakkan dan pertanian dalam skala yang besar yang
mana mangakibatkan kemusnahan dan ancaman pada habitat hidupan liar.
Kemusnahan hidupan liar dan biodiversity ini merupakan suatu kerugian yang
besar kepada negara. Kesan dari pembangunan dan kemusnahan
ini telah
menjadikan kawasan atau ruang habitat hidupan liar menjadi semakin sempit.
Akibat dari itu hidupan liar mula memasuki kawasan
yang didominasi oleh
manusia dan ini menimbulkan konflik diantara manusia dan hidupan liar. Maka
dari itu satu langkah yang wajar adalah diperlukan untuk membendung
kemusnahan hidupan liar ini daripada diancam oleh manusia. Pendidikan
mengenai kehidupan liar dan etika terhadap hidupan liar yang mantap adalah
amat penting dalam usaha untuk memulihara
hidupan liar ini dalam bentuk
yang mampan(sustainable).
Kajian ini dijalankan untuk menilai pembentukkan sikap pelajar terhadap haiwan
liar dan
tahap kesedaran mengenai pemuliharan hidupan liar di dikalangan
3
pelajar sekolah di Malaysia
serta mengenalpasti faktor-faktor yang boleh
meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharan alam sekitar.
Proses ke arah pemuliharaan haiwan liar memerlukan penelitian yang tinggi.
Hasil dari kajian diharapkan dapat memberi input kepada pengubal dasar
kurikulum dan badan-badan NGO yang terlibat dalam pemuliharan hidupan liar
mengenai pendekatan yang perlu di aplikasi untuk meningkatkan kesedaran
orang ramai mengenai kepentingan pemuliharan hidupan liar.
1.2 Penyataan Masalah
Kurang pengetahuan mengenai nilai hidupan liar dan pemuliharaan hidupan liar
merupakan masalah utama dalam menangani isu kepupusan hidupan liar di
Malaysia mahupun di tempat lain.
Tahap kesedaran mengenai pemuliharaan hidupan liar adalah amat kurang di
kalangan masyarakat Malaysia. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada
pengalaman dalam berinterasi dengan pelajar dan pendidik yang mana ramai
dari golongan ini tidak tahu
mengenai haiwan yang terancam (endangered
spesies) dan nama haiwan yang menjadi endemik (endemic) di Malaysia .
1.3 Tujuan kajian
Kajian ini bertujuan untuk megkaji sikap(attitude) terhadap hidupan liar
dikalangan pelajar sekolah pada peringkat umur 7 hingga 17 tahun(sekolah
rendah dan menengah ) , Selain dari mengkaji sikap pelajar terhadap kehidupan
liar, kajian ini juga bertujuan untuk meninjau sejauh mana pendidikan alam
sekitar yang dijalankan secara formal dan tidak formal yang dijalankan oleh
kerajaan dan badan-badan NGO memberi kesan keatas sikap pelajar mengenai
hidupan liar. Suatu aspek penting dalam kajian ini juga ialah untuk melihat
4
adakah terdapat hubungan antara jenis sekolah yang di hadiri oleh pelajar
dengan etika terhadap hidupan liar.ekolah rendah.
Rasional disebalik pemilihan pelajar pada peringkat umur 7 tahun hingga 17
tahun ialah
untuk melihay perkembangan
pengetahuan pelajar dan tahap
kesedaran mengenai pemuloharaan hidupan liar.
Kajian ini juga akan memperincikan bagaimana latar belakang keluarga,
pengalaman lepas dengan haiwan, tempat asal samada luar bandar atau bandar
dalam mempengaruhi sikap terhadap haiwan dan kesedaran mengenai
kepentingan pemuliharan hidupan liar.
1.4
Objektif Kajian
Objektif dilihat dari perspektif umum dan khusus
1.4.1 Objektif Umum :
1. Mengenalpasti sikap pelajar terhadap hidupan liar dan kaedah pendidikan
yang berkesan dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran
mengenai pemuliharaan hidupan liar di Malaysia.
1.4.2 Objektif Khusus :
1. Membandingkan
sikap
pelajar
terhadap
haiwan
berdasarkan
pengetahuan lampau,umur,jantina,taraf kehidupan dan tempat asal .
2. Mengkaji kaitan antara sikap pelajar terhadap haiwan liar dengan
kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan hidupan liar.
3. Mengenalpasti kaedah pendidikan yang sesuai dalam menimbulkan minat
pelajar terhadap hidupan liar dan pemuliharaan.
4.
5
1.5 Signifikan kajian
Kajian ini adalah penting kerana ia dapat ekstrak komponen pendidikan alam
sekitar yang positif dalam melahirkan insan yang peka terhadap pemuliharaan
hidupan liar.
1.6 Limitasi kajian
Kajian adalah terbatas berdasarkan kepada tiga aspek utama iaitu lokasi kajian,
responden dan spesies haiwan liar yang dikaitkan dalam pembinaan instrumen
untuk melihat pengetahuan pelajar.
1.7 Tinjauan Litreratur
Pendidikan alam sekitar
membolehkan
pelajar memahami kepentingan
memasukkan haiwan sebagai satu satu aspek penilitian dalam mereka melihat
alam ini. Menurut Morgan & Graman (1989), pendidikan mengenai kehidupan
liar dapat memberi kesan positif dari segi pengetahuan , sikap, kesedaran
dan tindakan seseorang terhadap kehidupan liar.
Attitude ataupaun sikap adalah suatu perkara yang melibatkan perasaan dan
kepercayaan. Menurut La hart,1978,kedua-dua komponen ini iaitu perasaan dan
kepercayaan adalah penting dalam membuat keputusan(decision making). Dari
pandangan beliau kita dapat simpulkan bahwa kedua-dua komponen ini penting
dalam persepsi seseorang mengenai
alam sekitar mahupun kehidupan liar
secara khususnya.
Persepsi seseorang mengenai alam ini atau kehidupan liar
mempengaruhi
penilaian seseorang terhadap alam sekeliling mereka. Kemusnahan
hutan dan
habitat hidupan liar akibat dari penerokaan manusia akan berkurang sekiranya
manusia
mempunyai penilaian yang baik terhadap alam dan kehidupan liar
sekeliling mereka.Sudah tentu sebelum sesuatu pembangunan dilakukan pada
6
sesuatu kawasan kompnen hidupan liar yang ada dalam juga akan di ambil kira
sebelum pelaksanaan sesuatu projek.
Suatu pendekatan mengenai proses pembelalajaran kanak-kanak sekolah
mengenai kehidupan liar ini dapat menentukan sejauh mana pendidkan alam
sekitar yang dijalakan dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai sikap dan
perassan yang baik terhadap kehidupan liar.
Kajian yang dijalankan oleh
Westervelt dan llwellyn(1985),
menujukkan
responden yang terlibat dengan organisasi pencinta alam dan kehidupan liar
serta yang suka menonton program televisyen yang berkaitan dengan haiwan
mempunyai
pengetahuan
yang
lebih
mendalam
mengenai
haiwan
liar
berbanding golongan responden lain.Ini mungkin mununjukkan bahwa proses
pembelajaran mengenai hidupan liar dalam habitatnya memberikan skor tahap
pengetahuan
mengenai
hidupan
liar lebih
tinggi
berbanding
dengan
pembelajaran mengenai hawain dalam bilik darjah atau eksperimen di makmal.
Shivers ( 1989 ) pula menyatakan bahawa pendidikan luar mengenai alam
sekitar telah pun dijalankan sejak zaman kuno lagi, yang banyak melibatkan
alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula jadi tidak dapat
dielakkan. Dalam proses pembelajaran melalui pendidikan luar, manusia
mempelajari tentang alam semula jadi dan menghormati serta menyesuaikan diri
demi mendapat kebaikan daripada aspek pembelajaran melalui pengalaman.
Pendidikan alam sekitar
sewajarnya
merupakan suatu proses pembelajaran yang
berlaku di luar bilik darjah. Keberkesanannya sesuatu pelajaran
pendidikan alam sekitar banyak bergantung kepada alam semula jadi yang
digunakan sebagai media bagi tujuan pembelajaran. Pendidikan alam sekitar
juga melibatkan tiga domain penting, iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor
yang hanya akan tercapai melalui pengalaman secara langsung dan berterusan
dengan alam semulajadi.
7
1.8
Metadologi kajian
1.8.1 Lokasi kajian
Kajain mengenai tahap kesedaran mengenai
pemuliharaan hidupan liar
dikalangan pelajar sekolah berdasarkan pengetahuan sedia ada akan di adakan
di sekolah masing-masing.
Sekolah yang akan dipilih untuk kajian ini ialah di Jerantut Pahang dan
Grik,Perak.Sekolah
dipilh berdasarkan kedudukan sekolah berkenaan
berdekataan dengan taman Negara Pahang dan Hutan Simpan Belum di
Perak.pemilihan ini adaah penting kerana responden yang akan di kaji di keduadua kawasan ini sudah tentu mempunyai pengalam denganhidupan liar secara
langsung atau tidak langsung.
1.8.2 Subjek Kajian
Responden dalam kajian ini terdiri daripada
pelajar sekolah menengah dan
pelajar kolej matrikulasi yang melibatkan pelajar dari kawasan luar bandar dan
bandar.Manakala dari segi jantina pula, melibatkan pelajar lelaki dan perempuan
.
1.8.3 Perolehan Data
Dalam kajian ini terdapat dua (2) bentuk kaedah pengumpulan data yang akan
digunakan. Kaedah pengumpulan data itu ialah kaedah kualititatif dan juga
kaedah kauntitatif. Kaedah yang akan diguanakn untuk memungut data adalah
dengan dengan mentadbir soal selidik
dan menjalankan temubual secara
separa berstruktur.Kajian terdiri daripada jenis reka bentuk korelasi.Menurut
Majid Konting(1990) ,kajian korelasi memberi penekanan kepada penentu sejauh
mana pembolehubah dalam satu faktor seimbang dengan
pembolehubah-
pembolehubah dalam satu atau lebih faktor yang lain.
Menurut Tuckman (1972) ,kajian korelasi melibatkan pengumpulan dua atau
lebih set data daripada satu kumpulan subjek untuk menentukan pertalian antara
set data berkenaan.Kajian korelasi cuba melihat keteguhan pertalian antara
8
pembolehubah dan tidak menentukan jiuka pembolehubah A menyebabkan
pembolehubah B.Reka bentuk ex-post facto jenis korelasi dipilih sebagai reka
bentuk yang paling sesuai didalam kajian ini berdasarkan rasional yang telah
diperjelas.Ia di gunakan untuk menentukan hubungan di antara pembolehubah
bersandar iaitu
sikap pelajar terhadap haiwan dengan
pembolehubah tak
bersandar iaitu pengetahuan yang diterima.
Instrumen kajian adalah terdiri daripada soal selidik dan bahan rangsang untuk
melihat sikap pelajar terhadap hidupan liar dalam bentuk gambar atau lukisan..
a)Soal selidik
Dalam kajian ini, bentuk soal selidik berstruktur dan juga soal selidik tidak
berstruktur akan dijadikan asas pembinaan soal selidik dalam kajian ini. Soal
selidik berstruktur adalah bentuk soalan yang mudah sekali difahami dan mudah
dijawab oleh responden. Responden hanya perlu menandakan jawapan yang
disediakan dalam borang soal selidik. Manakala soal selidik tidak berstuktur pula
adalah borang soal selidik yang jelas maksudnya dan responden mempunyai
jawapan mengikut pemahaman dan juga pendapat masing-masing.
Soal selidik
akan di tadbirkan kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah
menengah bandar dan luar bandar yang terpilih.
Borang soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian utama.
Bahagian A, merujuk kepada demografi responden seperti umur, jantina,
haiwan kesayangan dan latar belakang akademik. Ini bertujuan untuk
mendapatkan data yang tepat berkaitan dengan golongan yang lebih
mengetahui tentang hidupan liar .
9
Bahagian B, berhubungkait dengan sikap pelajar terhadap haiwan
domestik dan haiwan liar. Item-item ini disediakan dengan menggunakan
skala likert 5 – poin.
Bahagian C, berkaitan dengan pemahaman pelajar terhadap hidupan liar
terutama haiwan yang endemik di Malaysia.
Bahagian D,
berkaitan dengan
pengetahuan pelajar terhadap usaha
pemuliharan haiwan liar.
b) Temubual
Instrumen temua bual akan cuba mendapatkan maklumat mengenai persepsi
dan sikap pelajar terhadap hidupan liar . Temubual ini adalah untuk mengetahui
lebih mendalam permasalahan kajian yang dijalankan yang mana merupakan
salah satu kaedah kaulitatif. Dalam kajian ini, kaedah ini akan dilakukan ketika
mendapatkan maklumat dari responden terutamanya dari pihak pengurusan
pusat pemuliharan dan
guru-guru yang terlibat dalam pengajaran bidang
berkaitan alam sekitar dan hidupan liar. Penggunaan kaedah ini boleh membina
hubungan yang baik dengan responden dan seterusnya responden tidak raguragu untuk memberikan jawapan malahan juga memberikan idea-idea yang
mungkin dapat membantu memantapkan lagi kajian ini.
1.9
Analisis Data
Data –data yang diperolehi dianalisis berdasar tujuan dan hipoteisis kajian.Alat
statestik
seperti korelasi Pearson,Regresi Pelbagai dan Anova akan di
gunakan.Pemilihan
statistik
unutk
menguji
sesuatu
hipotesis
adalah
berpandukan kepada jadual yang terkandung dalam Conducting Educational
Research oleh Tuckman (1978)
10
Data kuantitaif yang terkumpul di analisis dengan mengunakan pakej perisisan
SPSS .Sub program yang digunakan ialah Pearson Correlation,Multiple
regression dan ANOVA.Mengikut Majid Konting(1990) ,penganalisan data
statistik mengunakan perisisan pengatucaraan SPSS dapat menghasilkan
pengiraan yang tepat.Data yang dipunggut melaui temubual separta berstruktur
akan di analisis dengan mengunakan kaedah bertema yang di kelompokkan
berdasar soalan kajian.
11
2.0 Anggaran Perbelanjaan;
Alat-Alat Kelengkapan.
Perjalanan untuk medapat
maklumat asas kajian.
Perakam Suara untuk tujuan
temuduga.
RM 400.00
Kertas dan peralatan tulis.
RM 500.00
Ke pusat pendidikan alam sekitar
di FRIM Sungai Buluh.
Ke Pusat pemuliharaan Gajah di
Kuala Gandah Pahang.
Ke Felda Jerangau Barat
RM 1000.00
Terenganu meniliti project “tiger
human-conflict”
Lawatan sambil belajar ke “Frazer
Hill Nature Education Center”
Menghadiri program
Menyertai program “Raptor Watch
2007” di Tg Tuan Port Dickson
RM400.00
melaka.
Menghadiri Seminar dalam
negeri.
Menghadiri seminar yang
berkaitan.
2 X 300 sekali
Menghadiri dan membentangkan
kertas di 4th Inernational
Conference on Environmental
Education
Kos pergi balik dari Kuala Lumpur
ke Ahmadabad India pergi dan
RM 5000.00
balik serta penghinapan dan sara
diri.
Menghadiri ,International
Conference on Teaching and
Learning (ICTL 2007) di Puta
Jaya..
Berserta penghinapan dan
makanan
Perjalanan
Sewa Kereta 20 X
RM45.00(Kereta Kancil)
Perbatuan;
RM0.30
400 Km X 20 hari X
Perbelanjaan untuk menerbitkan
hasil kajian dalam journal.
RM 600.00
RM 600.00
RM900.00
RM 2400.00
RM 1000.00
Penghinapan.
1 bilik @ RM 60.00/malam X 20
malam
RM 1200.00
Elaun Makan
20 X Rm20.00
RM 400.00
Percetakan(Soal Selidik)
(10000 Keping @RM 0,05 /keping RM 500.00
Lain-lain
RM 1000.00
12
Jumlah Keseluruhan
RM 15900.00
Rujukan
Kellert,S.R. & Berry ,J.K.(1980). Knowledge ,Affection and Basic Attitudes toward
animal in American society.Unites States Deparment of the Interior Fish and
Wildlife service.
La Hart ,D.E.(1978) .The Influence of Knowlodge On Young People’s Perceptions
About Wildlife.The florida State University , College of Education .
Westervelt,M.O.& Lewellyn, L.G.(1985).The Belief and Behaviours of Fifth and
Sixth Grade Students Regarding Non-domestic animals. Unites States
Deparment of the Interior Fish and Wildlife service.
http://www.wwfmalaysia.org/
http://www.mns.org.my/