PENGLIBATAN AKTIVITI KOKURIKULUM DARI PE

PENGLIBATAN AKTIVITI KOKURIKULUM DARI PERSEPSI PELAJAR
DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT
Oleh:
Yusmaria Binti Mohd Yusoff

Nor Hidayah Binti Ahmad Damanhuri

yusmaria10@gmail.com

dayahuri@gmail.com

PENGENALAN
Pendidikan secara amnya ialah suatu proses yang membentuk kebolehan dan sikap
manusia. Pendidikan boleh dibahagikan kepada pendidikan formal dan tidak formal.
Pendidikan formal diperolehi daripada hasil pembelajaran dan pengajaran di dalam
kelas, manakala pendidikan tidak formal diterapkan apabila para pelajar terlibat di
dalam aktiviti kokurikulum atau aktiviti luar kelas. Kenyataan ini disokong oleh
Abdullah Sani Yahaya (2005) yang menyatakan bahawa kokurikulum ialah segala
aktiviti kurikulum yang dilakukan di

luar bilik darjah dan di luar waktu pelajaran


formal. Aktiviti-aktiviti kokurikulum ini juga dianggap sebagai aktiviti atau program
sokongan berfokuskan aktiviti bukan akademik. Tambahan pula, ia banyak
membantu dalam membentuk sahsiah diri seorang pelajar seperti menghormati
orang lain, sikap bekerjasama, dan kemahiran komunikasi. Malah ia juga merupakan
gerak kerja yang bercorak pendidikan dan berupa pengalaman pembelajaran. Ini
kerana memiliki ketrampilan akademik semata-mata bukan jaminan kepada graduan
untuk mendapat pekerjaan akibat daripada persaingan sengit di dunia pasaran kerja
hari ini (Azyani & Esa, 2012). ‘Soft skills’ sangat penting untuk membolehkan para
pelajar bersaing untuk menempatkan diri di alam pekerjaan.
Namun kebelakangan ini, kita sering menerima aduan daripada majikan dan
persatuan industri bahawa para graduan kurang memiliki ‘soft skills’ seperti etika
kerja yang positif, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kebolehan dalam
membuat keputusan. Oleh itu, pelbagai usaha telah dirancang oleh kerajaan bagi
memastikan negara mempunyai graduan yang berkemahiran, serba boleh dan
kebolehpasaran yang tinggi. Kolej Komuniti merupakan salah satu institusi
pendidikan telah menyambut baik seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
1

dengan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam usaha membangunkan modal

insan yang holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta memiliki
sikap, nilai dan etika yang positif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran
sepanjang hayat.
Hasil dapatan Assain & Safar (2011) mendapati para graduan lemah dalam
penguasaan bahasa Inggeris, berfikiran sempit, tiada ciri-ciri kepimpinan, semangat
berpasukan dan tiada kemahiran berkomunikasi. Oleh itu,dengan melibatkan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum diharapkan dapat memberi nilai tambah dalam
pembentukan sahsiah diri. Ini disokong oleh hasil dapatan kajian Haron et al(2010),
melalui kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan ia dapat meningkatkan disiplin
pelajar, memupuk sikap positif, yakin diri dan berani.
Para pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) terlibat secara aktif dengan pelbagai
aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan disepanjang tahun. Kegiatan kokurikulum
yang dimaksudkan disini berkaitan dengan kegiatan sukan, kelab/ persatuan dan
pasukan unit beruniform. Kegiatan sukan yang dianjurkan kepada para pelajar kolej
komuniti seperti dart, bola jaring, badminton, petanque, boling, dan sepak takraw.
Kelab/ persatuan yang aktif di kolej komuniti seperti kelab pengguna, kelab
keusahawanan, Br1sk, Stompers, dan kelab rekreasi. Oleh itu, penyelidikan ini akan
melihat sejauh mana penglibatan pelajar dalam aktitiviti kokurikulum dapat
membantu pembangunan modal insan yang berkualiti.
PENYATAAN MASALAH

Menurut Perangkaan Utama Tenaga Buruh Malaysia (Mac, 2014), Malaysia
mencatatkan kadar pengangguran 3.0% pada bulan Mac 2014. Didapati kadar
pengangguran jatuh berbanding bulan sebelumnya, tetapi ia masih perlu dikaji untuk
mencari penyelesaian mengapa masalah pengangguran masih wujud di Malaysia.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada pengangguran adalah disebabkan
oleh graduan tempatan gagal memenuhi kehendak majikan atau sesebuah
organisasi. Bernama.Com (4, Mac 2014) menyatakan antara punca-punca graduan
tempatan tidak ditawarkan pekerjaan oleh majikan adalah disebabkan oleh
kekurangan dalam kemahiran berfikir secara kritis, tiada kemahiran komunikasi dan
kurang keyakinan pada kemampuan diri sendiri. Kemahiran-kemahiran tersebut tidak
2

diperolehi melalui pembelajaran formal di dalam kelas tetapi dapat dipupuk melalui
aktiviti-aktiviti sampingan di kolej-kolej atau pun universiti.
Sirat et. al (2010) menyatakan pengangguran di Malaysia adalah disebabkan oleh
sikap para graduan itu sendiri. Tiga sikap negatif yang perlu dihapuskan dalam diri
para graduan adalah kurangnya inisiatif dalam mencari pekerjaan, terlalu
mengharapkan peluang pekerjaan dari sektor kerajaan dan berpikiran negatif
terhadap majikan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap institusi pendidikan untuk
menerapkan sikap-sikap positif dalam diri setiap bakal graduan mereka. Bersikap

positif bukan sahaja mampu mengubah seseorang individu bahkan membantu
pembangunan ekonomi sesebuah negara.
Hasil kajian, Zainal Abidin. R, Esa. A & Wan Ahmad. W. M. R. (2008) mendapati
sekolah sebagai medium yang sesuai untuk memainkan peranan penting dengan
memberikan pendidikan secara tidak formal kepada komuniti setempat untuk
membangunkan modal insan dalam komuniti setempat. Manakala A. Hassan. Z.
(2007) dalam kajiannya menerangkan 18 strategi yang perlu dilaksanakan dalam
usaha kearah pembangunan modal insan sektor pengajian tinggi yang berkualiti dan
bertaraf dunia. Antara strategi yang telah dibincangkan dalam kajian tersebut adalah
dengan menyemak semula kurikulum yang telah diaksanakan, membangunkan
kemahiran insaniah, dan menyediakan modul keusahawanan.
Dapat disimpulkan, hasil-hasil kajian sebelumnya mendapati pelajar-pelajar yang
terlibat

secara

aktif

dalam


aktiviti-aktiviti

kokurikulum

mampu

membantu

pembentukan disiplin para pelajar. Walaubagaimanapun, penglibatan pelajar secara
aktif dalam aktiviti kokurikulum kadangkala turut mengganggu pembelajaran formal
didalam kelas. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan Program Stompers misalnya
sering

dijemput

mengadakan

persembahan

diserata


tempat

dan

terpaksa

meninggalkan kelas. Selain itu, latihan-latihan yang diadakan setiap hari juga
menuntut peruntukkan masa daripada para pelajar. Ketidakhadiran ke kelas
menyebabkan mereka akan ketinggalan dalam subjek yang dibincangkan oleh
pensyarah didalam kelas. Aduan turut diterima daripada pensyarah-pensyarah
subjek mengenai ketidakhadiran para pelajar tersebut. Dapatan

Adnan (2010)

disokong oleh Adnan (1990) dan Abu Bakar (1999) menyatakan pihak-pihak yang
3

tidak terlibat dalam aktiviti kokurikulum merasakan bahawa aktiviti kokurikulum hanya
membuang masa pelajar, memerlukan peruntukkan kewangan yang banyak dan

terlalu banyak komitmen diperlukan.
Dalam kajian ini, permasalahan yang ingin dikaji adalah melihat persepsi pelajar
terhadap aktiviti luar bagi pembangunan diri dalam kalangan mereka. Ramai pihak
beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa
kerana ianya tidak dinilai sebagaimana aktiviti akademik dinilai.
METHODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang mana borang soal selidik digunakan
sebagai instrumen bagi pengumpulan data. Ia merupakan kaedah pengumpulan data
secara formal dan lebih sistematik. Kumpulan sasaran yang akan dikaji adalah para
pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat . Oleh itu, Kaedah Persampelan Mudah telah
digunakan dalam kajian ini, kerana ia merupakan kaedah yang paling sesuai. Ia
merupakan pensampelan yang paling asas bagi memastikan setiap individu
mempunyai peluang yang sama untuk diambil bagi mewakili populasi subjek yang
dikaji.
SKOP
Kajian ini memfokuskan kepada para pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat yang
terdiri daripada pelajar yang mengambil bidang penyejukan dan penyamanan udara
(SPU), akauntansi (SAK) dan teknologi maklumat (SAP).
Antara aspek-aspek yang diambilkira dalam penyelidikan ini adalah berkaitan
penglibatan pelajar dalam kelab dan persatuan, penglibatan pelajar terhadap aktivitiaktiviti kolej, pelaksanaan aktiviti kokurikulum, sahsiah dan peribadi pelajar, sikap

pelajar dalam kerja berpasukan dan kepimpinan pelajar.

ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
Hasil dapatan kajian diperolehi melalui edaran borang soal selidik yang diedarkan
kepada para pelajar oleh penyelidik. Kesemua data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian Statistical Analysis of Data (SPSS) versi 2.10 dan Microsoft
4

Excel 2010. Secara keseluruhannya, analisis data menggunakan analisis deskriktif
bagi mencari frekuensi, peratusan dan min. Jadual 1 digunakan bagi mentafsir nilai
min berdasarkan skala likert sebagai menjawab setiap persoalan kajian yang telah
diadaptasi daripada (Wiersma, 1995).

Julat Min
1.00 – 2.33
2.34 – 3.67
3.68 – 5.00

Tahap Kekuatan
Rendah

Sederhana
Tinggi
Jadual 1

1(A) Latar Belakang Responden
Seramai 156 orang responden yang terdiri daripada pelajar Sijil Kolej Komuniti (SKK)
di KKHL telah menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Berikut adalah
huraian analisis bagi latar belakang responden berdasarkan kandungan soal selidik
yang telah diedarkan. Maklumat mengenai jantina, umur dan program pengajian atau
kelas dilakukan untuk mengetahui latar belakang responden. Ini kerana kebanyakkan
program SPU terdiri daripada pelajar lelaki manakala program yang lain terdapatnya
pelajar perempuan dan lelaki.

1A (a) Jantina
5

Jantina responden
35; 22%

Lelaki

Perempuan

121; 78%

Rajah 1: Bilangan responden mengikut jantina
Latar belakang jantina diperlukan bagi mengenalpasti golongan manakah
yang lebih banyak terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Rajah 1 mendapati
kebanyakkan responden yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar lelaki iaitu
seramai 121 orang (78%) manakala pelajar perempuan hanya seramai 22 orang
(22%). Ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki adalah responden terbanyak untuk
kajian ini. Walaubagaimanapun, program-program sepenuh masa yang ditawarkan
oleh KKHL adalah bidang yang banyak diterokai oleh golongan pelajar lelaki.

1A (b). Umur
6

Umur
160
140


40
40tahun;
tahun0

Rajah 2: Kategori umur responden
Menurut rajah 2 di atas, didapat seramai 135 orang pelajar adalah berumur kurang
atau bersamaan dengan 20 tahun. Manakala 21 orang pula terdiri daripada kategori
umur antara 21-30 tahun. Dapatan umur menunjukkan responden kajian terdiri
daripada pelajar semester satu, dua, tiga dan empat yang berumur kurang daripada
30 tahun.

1B Penglibatan Pelajar Dalam Kelab dan Persatuan
7

1B (a) Kategori Akademik

Kategori Akademik
45
40
35
30
25
20
15
10
5
0

37

45
39

35

Kategori Akademik

Rajah 3: Penglibatan Pelajar dalam aktiviti Kelab dan Persatuan (Akademik)
Rajah 3 menunjukkan bilangan penglibatan pelajar bagi kelab dan persatuan
kategori akademik. Kelab Pengguna mencatatkan bilangan yang terbanyak ahlinya
iaitu sebanyak 45 ahli berbanding Persatuan Pembimbing Rakan Siswa Siswi
(PRISS) iaitu sebanyak 35 ahli. Ini berkemungkinan responden telah sedar akan hakhak mereka sebagai pengguna dan pengetahuan yang diperolehi boleh digunakan
dalam kehidupan seharian mereka. Walaubagaimanapun tidak kurang pula bagi
persatuan PRISS. Ahli persatuan ini boleh menjadi seorang fasilitator yang bersikap
terbuka, berempati dan menjadi pendengar yang baik serta berkeupayaan untuk
membantu rakan.

1B (b) Kategori Sukan dan Rekreasi
8

Kategori Sukan dan Rekreasi
84
84
82
80
78
Kategori Sukan dan Rekreasi

76
74
72

72
70
68
66
Kelab Mendaki

Kelab Indoor Games

Rajah 4: Penglibatan Pelajar dalam aktiviti Kelab dan Persatuan (Sukan dan
Rekreasi)
Rajah 4 menunjukkan bilangan penglibatan pelajar bagi kelab dan persatuan
kategori Sukan dan Rekreasi. Kelab Mendaki mencatatkan bilangan yang terbanyak
ahlinya iaitu sebanyak 84 ahli berbanding Kelab Indoor Games iaitu sebanyak 72
ahli. Dapatan menunjukkan pelajar lebih gemar kepada aktiviti yang diadakan diluar
bilik iaitu aktiviti yang dapat menguji ketahanan jasmani mereka melalui pendakian
Bukit Broga dan aktiviti lasak yang lain. Lebih-lebih lagi ahli Kelab Mendaki terdiri
daripada pelajar lelaki.

2. ANALISIS SKOR MIN
Analisis skor min digunakan bagi menjawab soalan kajian yang diwakili oleh
Bahagian C, D, E, F dan G dalam soalan soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis
untuk mendapatkan nilai min bagi setiap bahagian.

9

Hasil Dapatan Analisis dalam Bahagian C
N

Item

Tahap Kekuatan

o
1

Saya selalu menyertai aktiviti sukan dan bukan sukan yang

3.46

2

dianjurkan oleh kolej
Saya menyertai aktiviti kolej dengan rela hati dan kerana

3.81

3

minat
Aktiviti sukan dan bukan sukan mampu menyemai nilai dan

3.94

4

etika positif terhadap diri saya
Minat, bakat serta kemahiran yang saya ada dapat

3.96

disalurkan melalui aktiviti kokurikulum
Purata Min
Jadual 2: Penglibatan Pelajar Terhadap Aktiviti Kolej

3.79

Berdasarkan Jadual 2, purata min secara keseluruhannya berada pada tahap
kekuatan 3.79 iaitu tahap tinggi. Item yang mencatatkan tahap kekuatan paling tinggi
adalah item 3 berbanding item 1. Ini menunjukkan bahawa melalui aktiviti
kokurikulum, minat, bakat serta kemahiran para responden dapat disalurkan
sepenuhnya bahkan aktiviti-aktiviti lain contohnya jika responden mempunyai bakat
menyanyi mereka boleh membuat persembahan dalam pertandingan menyanyi lagu
patriotik untuk sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kolej dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, ada juga responden yang tidak berapa aktif serta jarang sekali
menyertai mana-mana aktiviti diluar bilik darjah.
Hasil Dapatan Analisis Bahagian D
N
o
1

Item

Tahap Kekuatan

Program seperti ceramah motivasi dan kerohanian mampu
menjadikan saya seorang yang mempunyai keseimbangan rohani

3.87

2

(sifat kejiwaan dan kebatinan yang baik)
Aktiviti kelab dan persatuan mampu memberi kecerdasan jasmani

4.11

3

serta fizikal terhadap diri saya
Mampu membina emosi yang positif melalui semangat

4.08

4

bekerjasama dalam pasukan
Pengalaman yang saya lalui mampu menjadikan saya bersikap

4.10

progresif dan berdaya saing
Purata Min

4.04
10

Jadual 3: Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum
Jadual 3 menunjukkan hasil dapatan bagi pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Item 2
iaitu aktiviti kelab dan persatuan mampu memberi kecerdasan jasmani serta fizikal
terhadap diri responden mencatatkan skor min yang paling tinggi berbanding item 1.
Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti luar kelas dapat memberi ketahanan mental dan
fizikal serta memberi peluang kepada mereka untuk mengamalkan gaya hidup aktif
dan sihat. Purata min juga mencatatkan nilai tahap kekuatan dalam julat yang tinggi
iaitu 4.04
Hasil Dapatan Analisis Bahagian E
N

Item

Tahap Kekuatan

o
1
2
3

Mampu meningkatkan disiplin diri serta membentuk akhlak mulia
Mampu menjadikan anggota badan saya sihat dan cerdas
Berupaya memperkembangkan kecerdasan emosi saya ke tahap

3.92
4.17
4.03

4

yang lebih matang
Mampu memberi tumpuan kepada daya berfikir secara kritis dan

4.03

kreatif
Purata Min
Jadual 4: Sahsiah dan Peribadi Pelajar

4.04

Analisis daripada Jadual 4 memperlihatkan item ‘mampu menjadikan anggota badan
saya sihat dan cerdas’ memperolehi julat min yang paling tinggi iaitu 4.17. Ini kerana
responden sedar akan pengamalan hidup sihat yang akan membawa kepada
kecerdasan mental dan fizikal. Manakala item ‘mampu meningkatkan disiplin diri
serta membentuk akhlak mulia mencatat skor min yang paling rendah iaitu 3.92.
Purata keseluruhan dalam bahagian ini adalah 4.04.

Hasil Dapatan Analisis Bahagian F
N
o
1
2

Item
Mampu berbincang secara terbuka dengan ahli kumpulan
Mampu berinteraksi dengan ahli kumpulan dengan baik

Tahap Kekuatan
4.30
3.97
11

3
4
5
6

Melihat kepelbagaian kekuatan dalam kalangan ahli kumpulan

4.02

sebagai kekuatan diri
Mampu memimpin kumpulan jika diperlukan
Mampu menjadikan matlamat kumpulan sebagai matlamat diri
Rasa bangga jika ahli kumpulan mencapai kejayaan
Purata Min
Jadual 5: Sikap Pelajar dalam Kerja Berkumpulan/Pasukan

3.75
3.93
4.21
3.41

Secara puratanya, skor min bagi Jadual 5 berada pada tahap kekuatan sederhana
dengan nilai 3.41. Walaupun begitu, sikap responden yang mampu berbincang
secara terbuka dengan ahli kumpulan memberi rekod skor min tertinggi sebanyak
4.30 jika dibandingkan dengan sikap pelajar dalam item 4 iaitu 3.75. Analisis ini
menunjukkan para responden lebih bersikap terbuka apabila melibatkan aktiviti yang
memerlukan mereka berdiskusi. Akan tetapi masih ramai lagi responden yang belum
berkeyakinan untuk menjadi pemimpin sesebuah kumpulan jika diperlukan.
Hasil Dapatan Analisis Bahagian G
N

Item

Tahap Kekuatan

o
1
2
3

Mampu menilai dan menerima pendapat orang lain
Mampu menentukan perkara mana yang utama
Sentiasa melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan tugas dan

3.94
3.95
3.99

4
5

tanggungjawab
Mampu menilai kekuatan dan kelemahan diri
Berupaya menilai kesan daripada setiap tindakan dan keputusan

3.95
3.95

6
7

yang dibuat
Mempunyai kemahiran mengawal tekanan dengan baik
Boleh bertoleransi dengan ahli kumpulan yang berbeza

3.86
3.96

8

pandangan
Berupaya menilai diri dan orang lain dengan baik
Purata Min
Jadual 6: Kepimpinan Pelajar

4.04
3.96

Menurut skor min dalam jadual 6, item 8 iaitu berupaya menilai diri dan orang lain
dengan baik mempunyai julat min tertinggi iaitu sebanyak 4.04. Ini menunjukkan
bahawa kebanyakkan responden mampu berfikiran positif serta kritis dalam menilai
diri serta individu lain. Item 6 pula memperlihatkan nilai min paling rendah sebanyak
3.86. Ini berkemungkinan responden masih perlu menambah ilmu pengetahuan
12

tentang

kemahiran

mengawal

perasaan

serta

bersikap

sabar.

Secara

keseluruhannya purata min bagi bahagian kepimpinan pelajar berada di tahap
kekuatan tinggi iaitu 3.96.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
KESIMPULAN
Secara amnya, jika dilihat purata min bagi setiap bahagian seperti dalam jadual 7,
dapat digambarkan bahawa persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum berada
dalam tahap kekuatan yang memberangsangkan kecuali tahap kekuatan dalam
bahagian F iaitu sikap pelajar dalam kerja kumpulan atau pasukan berada dalam
tahap kekuatan sederhana.
Bahagia

Item

Purata Min

n
C
D
E
F
G

Penglibatan pelajar terhadap aktiviti kolej
Pelaksanaan aktiviti kokurikulum
Sahsiah dan peribadi pelajar
Sikap pelajar dalam kerja berkumpulan atau pasukan
Kepimpinan Pelajar
Jadual 7: Purata min yang mewakili setiap bahagian

Kesimpulannya, kajian ini mendapati

3.79
4.04
4.04
3.41
3.96

bahawa para pelajar minat dan cenderung

untuk melakukan atau terlibat secara aktif dalam kegiatan di luar bilik darjah seperti
menyertai aktiviti sukan seperti pemainan badminton, dart, aerobic dance serta
aktiviti yang berbentuk ilmiah seperti menyertai Bridge sukarelawan Brisk, kelab
keusahawanan dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, soal pembangunan modal
insan dapat diterapkan dalam aktiviti seumpama ini bagi menjadikan para pelajar
bukan sahaja aktif dalam bidang akademik, tetapi mempunyai kehidupan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ini kerana kesemua bahagian
soal selidik yang diedarkan kepada pelajar merangkumi empat perkara tersebut.

PENUTUP
Pembangunan modal insan sesorang pelajar bukanlah hanya tertumpu kepada
bidang akademik semata-mata. Kokurikulum penting bagi melahirkan para pelajar
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek. Malah, aktiviti diluar
13

bilik darjah dapat membantu para pelajar mempelajari soft skills seperti kemahiran
berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan dan berfikiran secara kritis dan kreatif akan
membawa mereka kepada etika kerja yang berkualiti apabila mereka bekerja kelak.
Melalui kajian yang telah dijalankan didapati para pelajar lebih banyak memberikan
jawapan yang positif terhadap aktiviti kokurikulum. Ini bermakna persepsi pelajar
terhadap aktiviti kokurikulum di KKHL lebih banyak memberi impak yang berguna
bagi pembangunan diri mereka.

RUJUKAN
Abdullah Sani b. Yahaya (2005). “Mengurus Hal Ehwal Pelajar”. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Assain, F.A. & Safar, H.M. (2011). Penerapan Kemahiran Insaniah di Sekolah
Menengah Teknik: Satu Analisis Perbandingan.
Baharom Mohamad & Mohamad Johdi Salleh (2009). Pembangunan Modal Insan
Sebagai Satu Pelaburan Penting dalam Konteks Pembinaan Negara.”
Prosiding Seminar Pembangunan Modal Insan 2009, Tema: Kecemerlangan
Modal Insan.
BERNAMA (Mei, 25 2014). Kadar Pengangguran Susut Kepada 3 Peratus.
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Kadarpengangguransusutkepada
3peratus/Article/index_html. Dicapai pada 27 Julai 2014.
Datuk Dr. Zulkefli Bin A. Hassan (2007). “Isu dan Strategi ke arah Pembangunan
Modal Insan Sektor Pengajian Tinggi Bertaraf Dunia.” Jurnal Pengurusan
Awam.
Dr Sargit Gill (2006). “Hubungan Etnik di Malaysia ke arah Pembentukan Masyarakat
Berintegrasi” dalam Dr. Zaid Ahmad, et al., Hubungan Etnik. Selangor: Oxford
Fajar. h. 203.

Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa & Zakila Abd Rahman (2009).
14

“Pembangunan Modal Insan ke arah Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat.”
International Conference on Human Capital Development (ICONHCD 2009).
Hassan Adnan, Raja Roslan Raja Abd. Rahman (2010). “ Keberkesanan
Pelaksanaan Aktiviti Fizikal Terhadap Pembangunan Diri Pelajar: Satu
Tinjauan.” Journal of Human Capital Development. Vol. 3, ms 119-132.

Hassan Adnan, Raja Roslan Raja Abd. Rahman (2010). “ Keberkesanan
Pelaksanaan Aktiviti Fizikal Terhadap Pembangunan Diri Pelajar: Satu
Tinjauan.” Journal of Human Capital Development. Vol. 3, ms 119-132. 19
Kassim Mansur, Gusni Saat & Said Effendi (2009). “Kajian Kes Pelabiran
Pendidikan Modal Insan di Kalangan Suku Kaum Sama-Bajau di Kota
Kinabalu: Halatuju dan Cabaran.” Jurnal Kemanusiaan Bil. 14.
Maisarah Ishak & Abdul Rahim Zumrah (2008). Pendidikan Asas Pembangunan
Modal Insan. Prosiding PERKEM III, Jilid I, ms 327-331.

Mohd Fauzi Hamat & Mohd Khairul Naim Che Nordin (2012). “Tinjauan Kepentingan
Pembangunan Modal Insan Di Malaysia.” Jurnal Al- Tamadun Bil. 7(1), ms 7589.

Mustapha Kamal Ahmad Kassim, Zahiah Haris@Harith & Abdullah Yusof (2010).
“Pembangunan Modal Insan dan tamadun Islam dari Perspektif Pendidikan
Guru.” Proceedings of the 4th International Conference on Teacher Education;
Join Conference UPI & UPSI, Bandung Indonesia.
Noor Azyani A.Jalil & Ahmad Esa (2012). “Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Menerusi Aktiviti Kokurikulum (khidmat Masyarakat) Dalam Kalangan Pelajar
UTHM.” Prosiding Seminar Pendidikan Pasca Ijazah dalam PTV kali ke-2.
Norhayati Baharin (2012). “Faktor-faktor yang mempengaruhi Pengangguran di
15

Malaysia.” Prosiding Perkem VII, Jilid I, ms. 209-227. Perangkaan Tenaga
Buruh, Malaysia (2014).
http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/employ
ment/2014/LF_Jan_2014BM.pdf. Dicapai pada 15 Ogos 2014.

Ramlan Bin Zainal Abidin, Dr. Ahmad Bin Esa & Prof. Dr. Wan Mohd Rashid Bin Wan
Ahmad (2008). Pendidikan Sepanjang Hayat: Isu, Cabaran dan Peranan
Sekolah Membangun modal Insan dalam Komuniti Setempat. Seminar
Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2008, UTHM.

Rosli Bin Zainuddin, Diana Binti Jais & Norizzati Binti Abd Latif (2013). “ Kupasan,
Perbincangan dan Cadangan Pelaksaan Program di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) dalam Menangani Akhlak dan Sikap Negatif Pelajar.” Diges PMS Bil. 4.

Wiersma W (1995). “Research Methods in Education: An Introduction”.
Boston: Allyn an Bacon.

16