Kepentingan Teori etika dan Teori Perkem
Kepentingan Teori etika dalam kehidupan manusia sejagat dan Kepentingan Teori
Perkembangan Moral dalam kehidupan manusia sejagat
Pengenalan Teori Etika
Frasa etika ini berasal dari bahasa Yunani iaitu ‘Ethos’ yang membawa maksud adat
isitiadat. Oleh itu, etika ini sangat berkait rapat dengan nilai-nilai, tatacara hidup dan aturan
dalam kehidupan hidup. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, etika membawa maksud
ilmu yang melibatkan prinsip-prinsip akhlak atau moral. Menurut Abdullah Zhidi Omat et al
(2014), menyatakan bahawa teori etika ini merupakan satu tafsiran tentang perilaku moral
sepanjang kehidupan manusia. Maka, di sini jelas membuktikan bahawa teori etika ini
merupakan satu set teori yang mentafsir sama ada sesuatu tindakan yang dilakukan itu
betul atau salah dengan memberikan justifikasi terhadap sesuatu norma tersebut. Secara
asasnya teori etika ini terbahagi kepada empat iaitu Teori Kemoralan Sosial, Teori
Keperibadian Mulia, Teori Teleologi daan Teori Deontologi. Di mana, keempat-empat teori ini
mempunyai fokus manusia yang dikatakan bermoral adalah berbeza.
Kepentingan Teori etika dalam kehidupan manusia sejagat
Antara kepentingan teori etika ini dalam kehidupan manusia sejagat ialah menjadi
panduan kepada manusia untuk melakukan suatu tindakan bermoral. Hal ini kerana dalam
mempelajari teori etika ini manusia mampu untuk membuat keputusan sama ada sesuatu
perbuatan itu bermoral atau tidak dalam situasi tertentu. Sebagai contoh, menurut Teori
Teleologi, manusia mampu untuk melakukan sesuatu tindakan yang bermoral berdasarkan
kesan atau akbiat tindakan tersebut. Manakala, menurut Teori Deontologi, manusia mampu
untuk melakukan sesuatu tindakan yang bermoral melihat kepada niat tindakan seseorang
itu. Maka, hal ini menjelaskan bahawa manusia mampu untuk mempelajari pelbagai bentuk
atau jenis tindakan yang bermoral mengikut sesuatu setuasi tertentu. Oleh itu, daripada
mempelajari pelbagai Teori ini manusia dapat membuat keputusan sama ada sesuatu
perbuatan itu bermoral atau tidak mengikut situasi tertentu, seterusnya manusia mampu
melakukan tindakan bermoral mengikut situasi dan keadaan yang sesuai.
Selain itu, kepentingan etika ini juga ialah mengatasi manusia daripada membuat
andaian terhadap seseorang individu secara luaran semata. Hal ini kerana, dengan
mempelajari teori etika ini kita mampu untuk mentafsir sesuatu tindakan tersebut dengan
lebih mendalam dan terperinci. Sebagai contoh, pengetua merotan murid di majlis
perhimpunan sehingga memalukan murid tersebut kerana merosakkan kemudahan di
2
makmal sekolah. Apabila diteliti tindakan pengetua tersebut adalah tidak bermoral kerana
merotan murid tersebut dikhalayak ramai sehingga mampu mengaibkan pelajar tersebut.
Tetapi, menurut Teori Utilitarianisme yang merupakan cabang Teori Teleologi tindakan
pengetua ini dikira bermoral kerana ianya memberikan kebaikan kepada semua murid untuk
tidak melakukan kesalahan tersebut. Oleh itu, jelas di sini membuktikan bahawa dengan
mempelajari teori etika ini kita mampu untuk mentafsir sesuatu tindakan individu tersebut
bukan secara luaran semata namun secara lebih terperinci.
Tambahan pula, kepentingan teori etika dalam kehidupan manusia sejagat ialah
mempu untuk melahirkan manusia yang mempunyai keperibadian mulia yang tinggi. Hal ini
kerana dengan mempelajari teori etika ini manusia dapat menganalisis setiap kelebihan dan
kekurangan ada pada setiap teori masing-masing. Sebagai contoh, iaitu melalui Teori
Kemoralan Sosial kita mampu untuk melahirkan individu yang tidak mementingkan diri
sendiri kerana dalam teori ini sesuatu tindakan tersebut dikira bermoral jika tindakan kita
selaras dengan peraturan masyarakat, norma dan undang-undang. Namun, teori ini juga
mempunyai kelemahan iaitu sesetengah peraturan yang ditetapkan adalah tidak adil, kurang
adil dan tiada nilai moral. Oleh itu, apabila manusia mampu untuk menganalisis segala
kekuatan dan kekurangan bagi keempat-empat teori etika ini, kita mampu mengambil nilainilai yang baik sebagai amalan sebaliknya menolak segala teori yang kurang bersesuaian
dengan diri sendiri seperti mengamalkan konsep yang ada pada Teori Keperibadian Mulia
iaitu dengan mengambil jalan tengah apabila melakukan sesuatu tindakan. Jelaslah di sini,
dengan mempelajari teori etika ini kita mampu memiliki keperibadian mulia yang tinggi
dengan membuat anlisis terhadap kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap teori
etika.
3
Pengenalan Teori Perkembangan Moral
Menurut Lew Moi Mooi el al (2015) menyatakan bahawa perkembangan moral
merupakan suatu aspek yang penting dalam perkembangan hidup kerana pegangan moral
yang diterapkan akan akan memantau perlakuannya. Seterusnya, menurut Abdullah Zhidi
Omat et al (2014), menyatakan bahawa perkembangan moral ini lebih kepada pemahaman
manusia tentang benar atau salah, atau kemahiran kita untuk menilai perkara tersebut dari
sudut pemikiran tingkah laku dan perasaan. Maka, jelas menunjukkan bahawa teori ini
merupakan satu elemen yang penting dalam perkembangan hidup manusia melalui aspek
perasaan, tingkah laku dan pemikiran moral. Secara asasnya, Teori Perkembangan Moral ini
terbahagi kepada beberapa bahgian iaitu Kognetif, Behaviorisme, Sosial, Humanistik dan
Psikoanalisis.
Kepentingan Teori Perkembangan Moral dalam kehidupan manusia sejagat
Teori Perkembangan Moral banyak membawa kelebihan dalam kehidupan manusia
sejagat antaranya ialah menjadi aras panduan ibu bapa untuk membantu perkembangan
moral anak-anak. Menurut Zainudin Abu Bakar (2008), menyatakan bahawa pengetahuan
mengetahui pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Jelas membuktikan bahawa pentingnya ilmu terhadap
perkembangan dan pertumbuhan anak-anak sebelum ibu bapa ini membentuk anak mereka
menjadi insan yang bermoral. Dalam Teori Perkembangan moral Kognetif, Jean Piaget
(1932-1965) telah menjelaskan empat peringkat perkembangan intelek yang dilalui oleh
kanak-kanak. Oleh itu, peringkat perkembangan yang telah diperkenalkan ini sedikit
sebanyak dapat menambah ilmu ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka. Sebagai
contoh, pada peringkat Praoperasi (3-7 tahun), ibu bapa boleh tahu di mana anak mereka
sekitar umur 6-7 tahun sudah boleh mematuhi peraturan moral yang telah ditetapkan. Maka,
pada peringkat ini ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka dengan menyemai nilai-nilai
ilmu keagamaan. Perkara ini menjelaskan bahawa dengan adanya peringkat perkembangan
intelek yang telah dijelaskan oleh Jean Piaget dapat membantu ibu bapa untuk mendorong
perkembangan moral anak-anak mereka.
4
Seterusnya, kepentingan teori ini juga ialah membantu ibu bapa untuk menggunakan
teknik yang pelbagai, tepat dan betul dalam mendorong perkembangan moral anak-anak.
Hal ini kerana melalui pembelajaran teori perkembangan moral ini kita dapat mengetahui
pelbagai jenis teknik untuk membantu perkembangan moral individu. Sebagai contoh, dalam
membantu perkembangan moral anak-anak ibu bapa dapat menggunakan Teori
Perkembangan Moral Behaviorisme yang menggunakan kaedah dendaan, ganjaran dan
peneguhan. Selain itu, ibu bapa juga boleh membantu anak-anak menggunakan Teori
Perkembangan Moral Sosial menggunakan konsep yang telah diperkenalkan oleh Albert
Bandura iaitu pembelajaran kanak-kanak berlaku dengan cara pemerhatian terhadap orang
lain. Oleh itu, dalam konteks ini ibu bapa boleh mendidik dan membantu perkembangan
moral anak-anak mereka dengan menunjukkan teladan yang baik kepada anak mereka.
Jelaslah di sini bahawa kepentingan teori ini dapat membantu ibu bapa untuk
mempelbagaikan teknik mereka dalam mendorong perkembangan moral anak-anak.
Kesimpulan
Oleh itu, secara holistik dapatlah disimpulkan di sini, bahawa kepentingan Teori Etika
dan Teori Perkembangan Moral masing-masing memberi impak yang besar kepada
kehidupan manusia sejagat. Contohnya, melalui kepentingan Teori Etika, manusia bukan
sahaja mampu untuk mengamalkan dan melaksanakan teori tersebut dalam kehidupan
seharian, malahan manusia mampu untuk menganalisis dan menerapkan nilai yang terbaik
dalam diri sendiri untuk membentuk keperibadian mulia yang tinggi. Manakala, melalui
kepentingan Teori Perkembangan Moral, ibu bapa mampu untuk membantu perkembangan
moral anak-anak mereka dengan menggunakan pelbagai teknik yang betul dan berkesan.
Maka, jelaslah di sini bahawa kepentingan kedua-dua teori ini saling melengkapi dalam
membentuk pemikiran, tingkah laku dan perasaan moral ke atas manusia sejagat.
5
Rujukan
Abdullah Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Mazlan Aris, Mohd Fu’ad Sam, Roslina Surantnu. (2014).
Pengantar pendidikan moral: ipta ipts ipg & kolej. Selangor: Penerbitan Multimedia
SDN. BHD
Abdul Rahman Md. Aroff. (2008). Pendidikan moral : teori etika dan amalan moral. Serdang,
Selangor: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
Lehsan. (2007). "Prinsip Pembelajaran Tuntas mata pelajaran PAI", Juntal Pendidikan
Agama
Islam, Vol.IV,No. 1, 2007, Yogyakarta: Jurusan PAI Fakukas Tarbiyah UIN Sunan
Kalijaga
Lew Moi Mooi, Norliza Jaafar & Norulazilah Md. Nordin. (2015). Perkembangan kanakkanak.
Selangor, Malaysia: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.
Noresah Baharom et al. (Ed). (2013). Kamus Dewan (edisi ke-4). Kuala
Lumpur:
Dewan
Bahasa dan Pustaka. Usha Nanthini. (2012). Konsep insan yang bermoral. Dicapai
pada 3 Ogos 2015, daripada https://www.scribd.com/doc/95246995/Konsep-InsanYang-Bermoral
Nataria Delli. (2014). Pengertian dan teori etika. Dicapai pada 5 Ogos 2014. Daripada
http://natariadaeli.blogspot.com/2014/10/pengertian-dan-teori-etika.html
Novi Sriyanti. (2014).
Teori-teori perkembagan.
Dicapai
pada
6
Ogos
2014.
Daripada
http://strawberry06perkembanganpesertadidik.blogspot.com/2014/02/teori-teoriperkembangan.html
Viona Norvalinda. (2013).
Behaviorisme.
Dicapai
pada 6 Ogos 2014.
Daripada
6
http://vioranova.blogspot.com/
Wong Ic. (2011).
Tajuk 4:
insan
bermoral.
Dicapai
pada
29
Julai
2015,
daripada
http://treebuilder.blogspot.com/2011/02/tajuk-4-insan-bermoral.html
.
Zainuddin Abu Bakar. (2008). Psikologi pendidikan: teori-teori perkembangan. Johor Darul
Ta’zim: Universiti Teknologi Malaysia.
7