KEPIMPINAN WANITA MENURUT PERSPEKTIF ISL

Pengenalan
Allah (s.w.t) telah menciptakan dunia dan seluruh isinya untuk manusia.
Kemudian Dia menciptakan manusia dalam dua jenis iaitu lelaki dan wanita yang
ditakdirkan untuk saling bekerjasama dalam membina hidup di dunia untuk mencapai
keredhaanNya. Syariat serta berbagai perintah dan larangan telah ditetapkan bagi
lelaki dan wanita tanpa membezakan status keduanya sebagai hamba di sisi Allah.
Mereka akan dibangkitkan semula kelak dan segala amalan akan dihitung lalu
kesudahannya adalah syurga mahu pun neraka yang telah dicipta khusus untuk
manusia.
Oleh yang demikian, berbagai pembebanan (taklif) hukum tidak terbeban pada
bahu lelaki mahupun wanita sahaja tetapi terbeban pada bahu keduanya. Justeru,
kepimpinan wanita dilihat sebagai suatu yang perlu dan diharuskan dalam Islam selagi
menepati batas-batas yang telah ditetapkan dalam syariat. Penglibatan wanita dalam
sesebuah organisasi bukan kerajaan atau NGO semakin berkembang dan ianya dilihat
mampu memberi sumbangan terhadap usaha dakwah sekaligus mampu membangukan
masyarakat dan negara. Permasalahan wanita tidak hanya memudaratkan wanita
bahkan juga mengancam seluruh manusia, dunia dan akhirat. Jadi jelaslah bahawa
tiada pengecualian baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya bertanggungjawab atas
keselamatan masyarakat dari azab Allah (sw.t). Orang-orang zalim tidak hanya lelaki
malah ada juga wanita. Seorang wanita yang tidak menutup auratnya, tidak menjaga
kehormatannya, tidak patuh kepada suaminya dalam hal yang di perintahkan Allah

dan Rasulnya dan tidak beramal maaruf nahi mungkar, maka dia telah melakukan
kezaliman dan kezaliman itu apabila tidak segera diperbaiki akan menghancurkan
masyarakat. Begitu juga halnya jika seorang lelaki melakukan penyelewengan,
membiarkan isteri dan anak perempuannya tidak menutup aurat, mengamalkan riba
dan tidak menunaikan hak-hak keluarganya maka dia adalah seorang yang zalim dan
kezalimannya pun akan menghancurkan masyarakat secara keseluruhan.
Justeru, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) merupakan satu organisasi
NGO dan ia dilihat sebagai sebuah gerakan dakwah yang terdapat di Singapura.
Tinjauan terhadap kepimpinan wanita di dalam PPIS adalah satu keperluan untuk
melihat bagaimana golongan wanita Islam di Singapura bergiat di dalam sesebuah

organisasi sebagai satu medium untuk mengetengahkan isu-isu yang berkaitan dengan
wanita sekaligus membela nasib wanita-wanita Islam di Singapura.
Kepimpinan Wanita Menurut Islam
Penglibatan wanita dalam bidang kepimpinan merupakan satu fenomena yang
telah berlaku sejak berabad-abad lamanya di dunia ini. Sejarah keangungan Ratu
Balqis sebagai pemerintah kerajaan Saba’ sebagai bukti bahawa wanita terlibat dalam
arena kepimpinan ini sebelum Nabi Muhammad (s.a.w) diutus oleh Allah sebagai nabi
dan rasul. Di zaman Rasulullah (s.a.w) sendiri, walaupun wanita tidak memgang
tampok kepimpinan namun mereka adalah golongan pertama yang memberi ketaatan

dan bay’ah dengan membenarkan kenabian Muhammad (s.a.w) iaitu isteri baginda
Saidatina Khadijah. Di samping itu, wanita juga tidak asing dalam pembuatan
keputusan oleh Rasulullah (s.a.w) kerana mereka turut sama memberi pandangan
seperti yang berkaitan dengan kedudukan mereka dalam peperangan. Begitu juga yang
berlaku semasa pemerintahan Saidina Umar al-Khatab di mana wanita berperanan
dalam penetuan keputusan dan hukum seperti dalam aspek penentuan kadar mahar
dan tempoh lama wanita boleh bersabar apabila ditinggal suami (Yusuf al-Qardawi,
2002).
Namun begitu, terdapat berbagai pendapat ulama’ di dalam membicarakan
tentang kepimpinan wanita menurut perspektif Islam. Imam Al-Mawardi r.a (1993)
menjelaskan jawatan seperti Perdana Menteri atau juga menteri ketenteraan adalah
tidak dibolehkan bagi wanita serta tidak sesuai dengan kemampuan sifat mereka
terutama apabila melibatkan ketenteraan. Beliau juga menyenaraikan sifat ‘lelaki'
sebagai salah satu daripada 10 syarat kepada kepimpinan di peringkat ‘tafwid' tetapi
tidak di peringkat ‘tanfiz'. Menurut Imam Hasan Al-Banna, wanita tidak dibenarkan
menjawat apa-apa jawatan di wilayah ‘ammah atau wazarah tafwid seperti
kepimpinan ketenteraan (wilayah jihad), wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah
haji, wilayah kharaj dan lain-lain bentuk umum. Selain dalil-dalil biasa dari Al-quran
dan al-Hadtih, beliau juga berdalilkan ijma’ amali yang menunjukkan bahawa sejak
zaman Rasul (s.a.w) baginda tidak pernah melantik kepimpinan umum di kalangan

wanita dan hal ini berterusan hinggalah jatuhnya empayar Islam Uthmaniyyah. Malah

Rasulullah (s.a.w) dan para sahabat juga tidak pernah melantik ahli kenggotaan syura
(ahl al-hal wal aqd) dari kalangan wanita.
Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam,
mempunyai pandangan yang sedikit berbeza. Beliau berpandangan bahawa dalam
konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita
memegang kesemua jawatan termasuk Perdana Menteri dengan beberapa syarat.
1. Kepimpinan wanita adalah mereka tidak gagal dalam mentadbir anak-anak
hinggakan beliau meletakkan umur sekitar 45 ke atas adalah umur yang sesuai.
2. Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut
pada ketika tersebut.
3. Pemimpin wanita ini mestilah tidak membuat keputusan secara peribadi dalam
memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara
kolektif dan syura bersama pemimpin pelbagai peringkat.
4. Wanita yang terlibat dalam hal kepimpinan sudah tentu akan berlaku
percampuran yang banyak dengan kaum lelaki maka, menjadi kewajiban
baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti
menutup aurat dengan sempurna, tidak berwangian berdasarkan hadith :“‫" أيما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية وكل عين زانية‬
Ertinya : “Mana-mana wanita yang berwangian lalu keluar rumah dan lalu di

hadapan satu kaum (lelaki) dengan sengaja untuk menarik perhatian mereka,
maka dosanya adalah seperti dosa zina” 1
5. Mendapat kebenaran suami untuk berbuat demikian.
Kepimpinan Wanita Dalam Gerakan Islam
Setiap muslimah pendokong harakah Islam mestilah benar-benar menyedari
bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri di dalam menyubur gerakan
dakwah dan membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan Islam ke mercu
kejayaan. Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah lembut, namun
dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan
1

Riwayat At-Tirmidzi, no 2786 ; Ibn Hibban , no 4424 ; Ibn Khuzaimah , no 1681 ; Hadith
bertaraf Hasan Sohih menurut Imam At-Tirmidzi, Shohih menurut Ibh Hibban dan Ibn Khuz aimah.
Syeikh Syu’ib mengakui kekuatan sanad hadith, Hadith bertaraf Hasan menurut Syeikh Albani.

yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam (Kamarul, Mohd Ismail dan
Azhar, 2008)
Sejak awal kelahiran Islam sehinggalah cahaya Islam menerangi Jazirah Arab
dan kawasan sekitarnya, medan perjuangan Islam tidak pernah sunyi daripada
penyertaan angkatan muslimah. Mereka adalah sayap kiri perjuangan Islam, turut serta

mengharungi liku-liku perjuangan menghadapi rintangan, meniupkan semangat,
mengorbankan harta benda, sanggup melepaskan anak-anak dan suami yang mereka
cintai malah ada di kalangan mereka yang gugur syahid kerana perjuangan Islam.
Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran dalam surah Al-Mumtahanah ayat 12, yang
bermaksud:
“Wahai Nabi, apabila perempuan-perempuan yang beriman datang kepada kamu
untuk mengambiljanji setia bahawa mereka tidak akan menpersekutukan Allah
dengan sesuatu apapun, mereka tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anakanaknya, tidak berlaku bohong yang mereka ada-adakan di antara tangan dan kaki
mereka dan tidak menderhakakan dalam perkara yang baik, maka hendaklah engkau
menerima janji setia mereka dan mohonlah keampunan kepada Allah untuk mereka,
sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.” 2
Sebahagian daripada wanita Islam kini mendapat pendidikan tinggi sehingga
memiliki ijazah, pekerjaan dan pangkat yang baik, lalu tidak lagi memainkan peranan
yang serius dalam kebangkitan semula Islam. Jika Islam terpaksa berhadapan dengan
orang-orang yang jahil dan degil di dalam masyarakat jahiliyyah di masa dahulu, hari
ini Islam terpaksa pula menghadapi cendekiawan barat termasuklah para orentalis
yang mengkaji Islam dan berusaha untuk mengelirukan masyarakat tentang Islam.
Umpamanya

mereka


pernah

mempertikaikan

sekiranya terlaksananya

dasar

pemerintahan Islam dalam sesebuah negara, maka kaum wanita tidak bebas bergerak.
Justeru, wanita Islam pada masa kini perlu berani dan bangkit serta memainkan
peranan untuk mempertahankan kesucian Islam dari terus dieksploitasi oleh musuhmusuh Islam. Wanita yang memiliki kebolehan dan kebijaksanaan perlu tirut sama
melibatkan diri dalam kepimpinan negara dalam member pandangan dan idea-idea
yang bernas (Saodah, 2007).
2

Surah Al-Mumtahanah ayat 12

Sumbangan Wanita Dalam Pembangunan Masyarakat Dan Negara
Dari segi amalan sosial ini, kaum wanita berperanan mempersiapkan diri

dengan ilmu yang bukan hanya tertumpu kepada ilmu undang-undang dan politik
tetapi juga ilmu syariah (Siti Zulaikhah, 1982). Ilmu tersebut akan membawa kepada
keimanan dan akhirnya melahirkan amalan-amalan yang baik bagi membentuk sebuah
masyarakat madani. Justeru itu bagi alaf abad ke 21 ini merupakan pemangkin bagi
penghijrahan bagi kaum wanita agar berjaya memikul tanggungjawab ini dalam
membentuk sebuah masyarakat yang berketrampilan dan bukannya membentuk
sebuah masyarakat yang ekstrim.
Dengan senario sosial yang makin menjadi-jadi kebelakangan ini, kaum wanita
berperanan menangani dengan baik sesuatu perkara yang berbahaya agar masyarakat
tidak terlibat dengan arus ekstrim dan akhirnya akan menimbulkan keadaan yang
gawat. Kegawatan di sini membawa maksud dengan keadaan pembangunan dan
modenisasi yang pantas tetapi menolak beberapa unsur lain yang terdapat dalam
zaman tradisional seperti lari daripada prinsip dalam memuliakan agama kerana
terlalu bangga dengan kecanggihan yang di capai.
Pada situasi yang sama juga penglibatan kaum wanita dengan lebih luas dan
mendalam pada hal-hal yang satu ketika dahulu dianggap tugas dan peranan
perseorangan. Umpamanya peranan pengasuh kanak-kanak telah dikembangkan lagi
dengan mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan kanak-kanak atau anakanak

mereka.


Kaum

wanita

bertanggungjawab

secara

langsung

terhadap

perkembangan-perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan negara yang akan
mempengaruhi anak mereka keseluruhannya.
Atas peranan yang besar dalam memberikan bimbingan ini, tidak mustahil
mereka

mampu


membentuk

satu

generasi

yang

matang,

berwibawa

dan

berkemampuan dalam membangunkan negara ke arah perkembangan yang padu dan
berwawasan. Selain daripada itu, kaum wanita juga berperanan sebagai orang yang
bertanggungjawab dalam menjamin kebajikan masyarakat secara amnya. Kaum
wanita hari ini telah berjaya meluaskan lagi rasa penglibatan mereka dalam soal-soal

kebajikan kepada bidang yang lebih serius dan besar. Mereka telah berani

memperjuangkan perubahan-perubahan pada peraturan-peraturan bekerja dan hak-hak
pekerja wanita supaya mendapat layanan yang baik dan taraf yang sama dengan kaum
lelaki.
Oleh yang demikan, peranan kaum wanita amatlah besar dalam sama-sama
berganding bahu dengan kaum lelaki dalam pembangunan masyarakat dan negara.
Rasanya tidak lengkap sekiranya tugas pembangunan sosial dan negara hanya
disandarkan di bahu kaum Adam kerana maksud pembangunan itu sendiri adalah amat
luas. Pembangunan sesebuah negara itu bukanlah hanya semata-mata merujuk pada
pembangunan ekonomi tetapi meliputi pembangunan dari segi sosial, sahsiah dan
perpaduan ummah. Untuk itu, pembangunan dari unsur-unsur yang melibatkan faktorfaktor sosial memerlukan tindakan dan perjuangan yang lebih berani dari kaum
wanita. Sememangnya perbezaan fizikal wanita akan menyebabkan perbezaan tugas
dan tanggungjawab dari pandangan umum.
Justeru itu untuk menampilkan imej wanita sebagai berketerampilan selain
memiliki ilmu, wanita juga hendaklah memiliki sifat ketakwaan. Melalui ilmu,
seorang wanita mampu mempertingkatkan kualiti diri sebagai wanita mithali yang
dapat menyumbangkan kearah pembangunan negara. Sementara itu ketakwaan
menjadikan wanita itu mantap, memiliki ketahanan diri yang kuat dengan erti kata
keimanan menjadi benteng menahan arus cabaran yang mendatang. Keimanan
menjadikan wanita kebal, umpamanya seekor ikan, jika dicampakkan ke laut masin, ia
tetap tidak masin melainkan ia sudah mati dan digaramkan.

PPIS Sepintas Lalu
Kemunculan organisasi dakwah di Singapura sebenarnya bermula pada tahun
1932 lagi di mana JAMIYAH atau Persekutuan Seruan Islam Seluruh Malaya telah
ditubuhkan oleh Maulana Abdul Aleem Siddiqui pada tahun tersebut. Walau
bagaimanapun ia telah dijenamakan semula setelah Singapura keluar dari Persekutuan
Malaysia pada 1965 dengan dikenali sebagai Persekutuan Seruan Islam Singapura
namun masih mempunyai hubungan erat dengan cawangannya di Malaysia sehingga

ke hari ini. Selain JAMIYAH, antara pertubuhan Islam yang ditubuhkan sebelum
kemerdekaan Singapura termasuklah Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).
Ia bermula apabila sekumpulan wanita yang sama pemikiran telah mengenal
pasti beberapa isu yang menghimpit golongan itu pada masa tersebut. Antara isu yang
dikenal pasti seperti perceraian, keganasan rumah tangga, diskriminasi gender dan
kesukaran ibu tunggal membesarkan anak mereka akibat buta huruf dan miskin
kemahiran. Kekurangan atau tiada langsung pendidikan serta bebanan untuk
menghadapi semua itu, mereka seolah-olah telah ditakdirkan untuk masa depan yang
sukar.
Menginsafi perkara ini, akhirnya Persatuan Pemudi Islam Singapura ini telah
ditubuhkan hasil usaha 22 orang wanita. Mereka dedikasikan badan ini untuk
memperjuangkan hak-hak wanita dan anak-anak mereka. Mereka berwawasan untuk
mewujudkan peluang-peluang ke arah memajukan kehidupan kaum wanita bagi
mengatasi masalah yang mereka hadapi dan akhirnya dapat membina institusi
kekeluargaan yang kukuh.
Walaupun pemerintahan Inggeris pernah menubuhkan Ordinan Perkahwinan
Umat Islam di Singapura pada 1880 melalui petisyen yang dihantar sekumpulan 143
warga Muslim Singapura (Taufik Abdullah, 1989), kehadiran PPIS tetap didahagakan
minoriti Muslim di Singapura. Sungguhpun ordinan tersebut berperanan menguruskan
perkahwinan dan perceraian umat Islam, namun nasib wanita dan anak-anak pasca
perceraian terabai. Peluang inilah yang dimanfaatkan oleh PPIS.
Berbekalkan poket kosong dan tiada pejabat tetap, ahli-ahli pengasas berusaha
keras bagi merealisasikan wawasan yang diimpikan. Memulakan langkah, mereka
telah mengheret para suami yang mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan
anak-anak ke mahkamah. Selain itu PPIS giat melaksanakan pelbagai program sosial,
menganjurkan pelbagai kursus seperti menjahit, memasak, menggubah bunga dan
tidak ketinggalan program literasi bagi meningkatkan kemahiran kaum wanita. Situasi
tiada dana dan pejabat ini sebenarnya turut dirasai oleh banyak organisasi dan
pertubuhan Islam lain. Ini bermakna sifat tolong-menolong, bantu-membantu,

bekerjasama,

memupuk

semangat

persaudaraan,

menjalin

hubungan

mesra,

bertimbang rasa dan menjaga kebajikan bersama tanpa mementingkan diri sendiri
adalah nilai atau etika dalam pengurusan yang sepatutnya dimiliki oleh pengurus
wanita Islam (Andek Masnah, 2001).
Hari ini, PPIS telah berkembang pesat menjadi sebuah badan kebajikan yang
tidak berorientasikan keuntungan. PPIS kini diuruskan secara profesional dengan
mempunyai seramai 140 orang kakitangan sepenuh masa merentasi 14 buah pusat di
seluruh Singapura. Dengan disokong oleh 200 orang sukarelawan yang aktif, PPIS
hari ini telah berjaya memberi perkhidmatan kepada lebih 300 ribu orang.
Walaupun ia didirikan sebagai sebuah pertubuhan dakwah bukan kerajaan
yang berorientasikan kebajikan, namun dari segi pengurusan organisasinya dilihat
telah diurus secara baik dan kemas. Sebagai sebuah organisasi yang diuruskan oleh
golongan wanita, sememangnya tugas mengurus dan mengorganisasi akan lebih
mencabar apatah lagi sebagai golongan minoriti di Singapura. Boleh disimpulkan
bahawa pentadbiran PPIS ini mampu bersaing dengan organisasi-organisasi moden
yang ada pada zaman ini.
Natijah daripada rasa keinsafan ahli-ahli pengasas terhadap golongan wanita
yang kurang bernasib baik, maka ia membentuk sebuah organisasi yang mempunyai
visi dan misi ke arah pemerkasaan wanita Islam bagi mendepani situasi yang semakin
mencabar. Dengan matlamat yang besar ini, sememangnya telah menjadi harapan
bahawa PPIS dapat menjuarai isu kebajikan wanita Islam di samping menyediakan
wanita Islam yang mampu menjadi pemangkin kepada perubahan untuk kebaikan
keluarga, komuniti dan negara.
Bagi memastikan golongan wanita Islam dapat memainkan pelbagai peranan
dalam kehidupan, beberapa strategi telah disusun dengan menawarkan pelbagai jenis
program dan perkhidmatan seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini. Untuk
menjamin kerelevanan PPIS pada era globalisasi ini, PPIS kini mempunyai lapan
divisyen yang merangkumi pelbagai aspek kebajikan dan perkhidmatan kepada
komuniti. Ia akan dihuraikan secara lebih lanjut dalam bab-bab yang akan datang.

Selama lebih 60 tahun berada di tengah-tengah masyarakat, PPIS telah dilantik
sebagai Pusat Pengkhususan dalam bekerja dengan Keluarga Melayu-Islam oleh
Majlis Perkhidmatan Sosial Kebangsaan (NCSS) pada tahun 2009. Ini membuktikan
agenda penubuhan PPIS sehingga kini masih lagi relevan.
Pengurusan Organisasi
Hasil penelitian mendapati bahawa PPIS adalah persatuan sukarela yang boleh
dikategorikan di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). PPIS bergerak di bidang
dakwah kebajikan kepada golongan wanita, warga emas dan kanak-kanak.
Dari sudut pengurusan organisasi, PPIS diurus oleh golongan belia yang
bekerja secara sepenuh masa (full time) dan majoritinya adalah wanita. Mereka
menjalankan tugas di PPIS secara profesional dan menerima imbalan gaji tetap sesuai
dengan anggaran dasar (peraturan) organisasi PPIS. Inilah antara persamaan pada
kebanyakan organisasi dakwah kebajikan di Singapura yang kebanyakannya diurus
secara sepenuh masa dan perkara inilah yang membezakan mereka dengan majoriti
organisasi dakwah di Malaysia.
PPIS telah berusaha menguruskan organisasinya mengikut perkembangan dan
kemajuan semasa. Pengurusan kewangannya telah berjalan mengikut anggaran
belanjawan yang sudah ditetapkan. Di samping itu, ia juga memiliki usaha-usaha
persendirian bagi menambahkan sumber kewangan organisasinya, termasuk juga
mencari dana melalui ihsan individu atau organisasi, baik dalam mahupun luar negara.
Terbaru PPIS telah memperkenalkan perkhidmatan menderma melalui atas talian di
mana individu yang ingin berbuat demikian boleh melayari laman sesawang PPIS.
Oleh yang demikian, mereka boleh mengurus organisasinya sepenuh masa
walaupun ada di antara pegawainya yang masih bekerja secara sambilan di tempat lain
tetapi ia tidak sampai menjejaskan tugas-tugasnya di PPIS. Dari sudut pengembangan
pengurusan organisasi, PPIS lebih terkehadapan berbanding dengan organisasi yang
sama dari segi orientasinya di Malaysia. Ini suatu kelebihan yang harus dicontohi.

Pendekatan Dakwah
Budaya masyarakat dan lanskap dakwah di Singapura amat berbeza.
Pemerintahan kaum Cina dan dominasi mereka menyebabkan minoriti Islam berjuang
dengan strategi dakwah yang kreatif dan unik untuk meraikan masyarakat Singapura
yang pelbagai etnik dan karenah. Pendekatan (approach) gerakan Islam Singapura
sangat kreatif dan produktif. PPIS sebagai sebuah organisasi dakwah yang
berorientasikan kebajikan juga mempunyai pendekatan tersendiri.
Walaupun bermula dengan hanya sebagai pendamai atau penyelesai masalah
yang berkaitan dengan wanita dan keluarga sahaja, kini PPIS telah berjaya melebarkan
sayap dakwah kebajikan kepada golongan kanak-kanak sehinggalah warga emas di
samping masih mengekalkan perkhidmatan yang menjurus kepada isu-isu kewanitaan
dan kekeluargaan. Mempromosikan dakwah melalui program-program yang bersifat
one-off seperti ceramah dan bengkel serta kursus-kursus jangka pendek seperti kursus
memasak, dandanan rambut, gubahan bunga dan urutan. Program-program ini juga
mendapat penyertaan daripada masyarakat bukan Islam. Program tersebut
dikoordinasi oleh divisyen Training and Consultancy dan PPIS Family Service
Centre.
Selain itu beberapa divisyen lain ditubuhkan seperti Early Childhood
Education, Student Care Centres, PPIS as-Salaam Family Support Centre, PPIS
Inspirasi, PPIS Vista Sakinah dan PPIS Family Service Centre. Setiap satu divisyen
ini mempunyai kumpulan sasaran sendiri serta program khas. Sebagai contoh Kids
Kampung Camp yang dikoordinasi oleh Student Care Centres memfokuskan
pendidikan kepada anak-anak Singapura dengan curahan Islam ke dalam hati mereka.
Jelas pendekatan yang digunakan PPIS adalah sebagai penyedia perkhidmatan
berasaskan Islam kepada masyarakat yang juga menjadi alternatif kepada rakyat
Singapura yang didominasi kaum Cina.
Pendekatan proaktif ini sedikit sebanyak telah berjaya memperkenalkan Islam
kepada masyarakat bukan Islam di Singapura. Bahkan ia juga telah membuka mata
pihak pemerintah sehinggakan PPIS telah memperoleh beberapa anugerah dan

kepercayaan untuk menjadi salah sebuah badan penasihat kepada sektor perkhidmatan
kekeluargaan di Singapura. Kebebasan mendekati dan membujuk masyarakat bukan
Islam di Singapura telah digunakan oleh PPIS sepenuhnya melalui perkhidmatan dan
program yang ditawarkan. Keterbukaan dan kebebasan memperkenalkan ideologi
ataupun fahaman apapun di Singapura adalah merupakan hak asasi setiap warganya
selagi mana tidak membawa kepada ketidak stabilan politik (Syamsul Bahri, 2004).
Perancangan Masa Hadapan
Menurut Syamsul Bahri (2004) lagi, sejak runtuhnya World Trade Centre di
Amerika Syarikat pada 2001 dan Amerika serta sekutunya mengisytiharkan perang
terhadap teroris, maka semua organisasi dakwah di dunia termasuk PPIS terpaksa
mengalami perubahan perancangan. Perubahan yang dimaksudkan sangat berkaitan
dengan sikap politik negara Singapura itu sendiri yang sangat terbuka mendukung
aspirasi Amerika Syarikat dengan alasan memerangi teroris. Oleh yang demikian PPIS
terpaksa berhati-hati dalam membuat perancangan masa depan dakwahnya. Justeru
aktiviti PPIS hanya difokuskan kepada pendidikan dan khidmat sosial sahaja.
Walau bagaimanapun sebagai organisasi Islam yang memiliki wawasan dan
misi yang jelas, PPIS dan warganya tetap berusaha mencipta suasana baharu dan
munasabah bagi memperkenalkan Islam kepada mereka yang bukan Islam dan yang
paling penting, ikhtiar mereka memperbaiki imej atau citra umat Islam di mata dunia
khususnya di Singapura yang sangat terjejas dewasa ini.

Selain itu, rangkaian organisasi Islam yang mantap di Singapura turut menjadi
sebab kerelevanan setiap organisasi Islam di sana untuk terus berada di persada.
Gerakan dakwah di Singapura bersatu dalam perjuangan dakwah mereka. MUIS,
JAMIYAH, PERGAS, PERDAUS, FMSA, DARUL ARQAM, MENDAKI dan
banyak lagi NGO Islam Singapura memiliki networing dan kebersamaan yang amat
tinggi. Begitu juga 'anak' mereka, IMPIAN, YOUNG MUSLIM, SAFF, MENDAKI
CLUB, FMSA, NTUSM, NUSSM dan banyak lagi yang memiliki kekuatan smart
partnership dalam mengarus perdanakan dakwah di Singapura. Kebersaaman ini

menjadikan mereka kuat dan teratur dalam menstrategikan dakwah kepada sasaran
dakwah masing-masing.

Rujukan
Siti Zulaikhah Mohd Nor. 1982. Kedudukan dan peranan wanita dalam Islam.
Angkatan Belia Islam Malaysia, Kuala Lumpur.
Yusuf al-Qardawi, 2002. Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam (terj.) Arsil Ibrahim, Kuala
Lumpur: ABIM
Al-Mawardiy. 1993. al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayah al-Diniyah (terj.)
Uthman bin Hj Khalid, Istitut Pengajian Tradisional Islam.
Kamrul Azmi Jasmi, Mohd. Ismail Mustari & Azhar Muhammad. 2008. Wanita
dalam Dakwah dan Pendidikan.Universiti Teknologi Malaysia.
Saodah Abd. Rahman. 2007. Panduan Hidup Wanita & Keluarga Islam. Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.
Andek Masnah Andek Kelawa. 2001. Kepimpinan Wanita dalam Islam:
Kedudukannya dalam Syariah. Kuala Lumpur: UKM.
Ernest C.T. Chew & Edwin Lee. 1991. A History of Singapore. Singapore: Oxford
University Press.
JAMIYAH
Singapore.
2012.
History
of
JAMIYAH.
www.jamiyah.org.sg/subindex.asp? id= A039_11 (3 November 2012)
Persatuan Pemudi Islam Singapura. 2011. Annual Report. web.ppis.sg/wp-content/
uploads/ 2012/09/ANNUAL-REPORT-2011.pdf (3 November 2012)
Persatuan Pemudi Islam Singapura. 2012. History of PPIS. web.ppis.sg/?cat=8 (3
November 2012)
Syamsul Bahri Andi Galigo. 2004. Masyarakat Cina dan Dakwah, Sorotan Terhadap:
Darul Fitrah (Malaysia) dan Darul Arqam (Singapura) dan Yayasan Karim Oei
(Indonesia). Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan
Masyarakat Cina dan Perkembangan Islam di Malaysia. Anjuran Fakulti
Kepimpinan dan Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia pada 3 Oktober
2004.
Taufik Abdullah dan Sharon Siddique. 1988. Tradisi dan Kebangkitan Islam di Asia
Tenggara. Dlm. Perkembangan Islam di Singapura, oleh Ajat Sudrajat. FISE
UNY.