Komunikasi Dakwah Orang Asli Analisis La

BAB 10

Komunikasi Dakwah Orang Asli
Muhamad Faisal Ashaari, Mohd Harfiz Hamzah,
Abdul Ghafar Don, Razaleigh Kawangit &
Anuar Puteh

Pengenalan
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (JPDK) telah ditubuhkan
pada tahun 1979. Sejak awal penubuhan jabatan ini, dakwah kepada
orang asli merupakan salah satu dari tumpuan penyelidikannya.
Bagi mendekatkan lagi hubungan dengan Orang Asli, jabatan ini
telah memasukkan Latihan Amali Dakwah (LAD) bersama mereka
sebagai salah satu dari ko-kurikulum wajib. Ia merupakan aktiviti
kemasyarakatan selama seminggu di kampung orang Asli bagi
mendedahkan kepada pelajar realiti kehidupan mereka di samping
mengintegrasikan ilmu yang diperoleh di dalam bilik kuliah. Sejak
1985 ia dianjurkan, jabatan ini mempunyai pengalaman yang luas
bersama orang Asli. Pengalaman bersama dengan orang Asli, telah
diterjemahkan dalam bentuk kajian dan penyelidikan terutamanya di
peringkat sarjana muda. Di peringkat ini, pelajar telah mengenal pasti

masalah, menganalisis usaha yang dilakukan dan mencari pendekatan
yang terbaik bagi mendekati mereka. Sungguhpun kajian yang
dijalankan di peringkat sarjana muda tidak begitu mendalam, tetapi
ia cukup memberikan maklum balas awal tentang pendekatan dakwah
yang dilakukan. Berdasarkan rekod jabatan, antara tahun 1987 dan
2011, terdapat 28 latihan ilmiah (LI) yang berkaitan dengan dakwah
Orang Asli yang telah diusahakan oleh pelajar ijazah pertama jabatan
ini. Taburan LI dapat dilihat dalam Jadual 10.1.

Komunikasi Dakwah Orang Asli / 107

JADUAL 10.1: Taburan kajian mengikut tahun

Jumlah kajian
2
1
2
8
15


Tahun
1987-1989
1990-1994
1995-1999
2000-2004
2005-2011

Jadual 10.1 menunjukkan sebelum tahun 2000 penyelidikan di dalam
bidang ini tidak begitu rancak. Hanya terdapat satu LI sahaja yang ditulis
pada tahun 1980-an dan empat LI pada 90-an manakala selebihnya
iaitu sebanyak 23 LI pada tahun 2000 ke atas. Ini menandakan bahawa
kajian berkaitan Orang Asli ditumpukan dengan lebih serius sejak
2000 khususnya selepas 2005 di mana terdapat 15 LI yang telah ditulis.
Untuk tahun 2011 dan ke atas, dijangkakan kajian berkenaan dengan
Orang Asli akan lebih meningkat. Ini berikutan dengan penubuhan
Pusat Kajian Kecemerlangan Orang Asli dan peribumi (PRIBUMI)
pada 2010. Objektif utama kepada penubuhan pusat ini ialah untuk
mengoptimumkan potensi sumber pakar dan kepakaran universiti
dalam bidang berkaitan dakwah masyarakat Orang Asli dan Peribumi.
Ia telah diletakkan di bawah naungan Fakulti Pengajian Islam, UKM

yang kebanyakan penyelidik terdiri dari pensyarah Jabatan Pengajian
Dakwah dan Kepimpinan (JPDK).
Gabungan usaha antara JPDK dan PRIBUMI akan menjadikan
kajian dakwah kepada Orang Asli lebih terfokus dan lebih berkesan.
Untuk memastikan kajian akan datang berkaitan dengan orang asli
lebih mendalam dan relevan, bab ini memaparkan analisis terhadap
semua LI ijazah pertama dari perspektif komunikasi dakwah untuk
membuat unjuran penyelidikan pada masa akan datang. Ia dapat
mengenal pasti kelompangan yang wujud pada kajian yang telah lalu
dan merancang kajian yang relevan untuk masa akan datang. Konsep
komunikasi dakwah telah digunakan di dalam menganalisis LI kerana
konsep ini menggabungkan aspek teori asas dakwah seperti yang
terdapat di dalam ilmu dakwah dengan teori komunikasi yang boleh
menilai pelaksanaan usaha dakwah itu.

108 / Pembangunan Dakwah Mualaf

Penulisan ini menumpukan kepada analisis dari aspek komunikasi
dakwah yang membincangkan tiga perkara iaitu dari aspek kajian
metode dakwah, kajian memahami fenomena dan kajian penilaian

terhadap usaha dakwah.

Komunikasi Dakwah
Komunikasi dakwah ialah suatu bidang yang meneliti usaha dakwah
yang berkesan dan terancang bagi mencapai matlamat dan objektif
tertentu yang sesuai dengan kelompok sasaran dan kemampuan
pendakwah yang terhad (Bambang 2010). Ia berbeza dengan ‘ilmu
dakwah’ yang lebih tertumpu kepada cara menyampaikan mesej Islam
(al-Bayanuni 1999). Tumpuan utama di dalam ‘ilmu dakwah’ ialah
tentang prinsip dan halatuju dakwah itu sendiri yang hanya boleh
bersumberkan di dalam al-Quran dan sebagaimana yang ditunjukkan
oleh para Rasul terdahulu (Zaydan 1996). Maka memahami prinsip, hala
tuju dan cabaran dakwah yang dihadapi oleh para Rasul memerlukan
kajian yang bersifat kualitatif sebagaimana yang telah dijalankan
oleh para sarjana Islam (al-Rawi 1991). Walau bagaimanapun, usaha
dakwah itu tidak cukup dengan memahami prinsip, hala tuju dan
cabarannya sahaja, tetapi ia mestilah boleh dikaji aspek pelaksanaannya
pada masa kini dengan menggunakan pelbagai kaedah dan wasilah.
Paling penting lagi ialah, usaha dakwah yang dilakukan itu boleh
dinilai keberkesanannya untuk memastikan usaha yang terbaik dapat

dilakukan.
Di dalam bidang komunikasi, keberkesanan adalah suatu aspek
yang penting seperti yang disebutkan oleh Laswell (1948). Lantaran
salah satu matlamat sebuah komunikasi ialah untuk menyampaikan
maklumat. Untuk mengkaji keberkesanan usaha berkenaan, kajian
bersifat kualitatif lazimnya dilakukan seperti di dalam ilmu
komunikasi. Justeru, gabungan antara dakwah dan komunikasi itu
seperti aur dengan tebing kerana dakwah menumpukan kepada aspek
teori meliputi prinsip dan hala tuju dakwah manakala komunikasi pula
menumpukan kepada kajian pelaksanaan dan keberkesanan. Maka di
sini dapat disimpulkan bahawa komunikasi dakwah merupakan ilmu

Komunikasi Dakwah Orang Asli / 109

yang menggabungkan aspek teori, pelaksanaan dan penilaian usaha
dakwah yang telah dilakukan.
Muhamad Faisal & Razaleigh (2011) telah mencadangkan tiga skop
kajian di dalam komunikasi dakwah iaitu kajian keberkesanan metode
dakwah, kajian yang meneliti fenomena kehidupan sosial dan kajian
yang menilai kejayaan gerak kerja dakwah. Skop kajian yang pertama

meliputi manhaj dan pendekatan dakwah yang sesuai termasuk
pengurusan organisasi yang menjadi pelaksana kepada dakwah itu
sendiri. Manhaj ialah perancangan dakwah dalam tempoh tertentu bagi
mencapai matlamat yang disesuaikan dengan latar belakang kelompok
sasaran manakala pendekatan pula ialah aspek pelaksanaan kepada
manhaj dakwah itu. Skop kajian yang kedua ialah usaha memahami
fenomena sosial berkenaan Orang Asli dari aspek budaya, pemikiran
dan persepsi yang perlu untuk diteliti bagi membangunkan metode
atau pendekatan yang terbaik untuk menyampaikan dakwah kepada
mereka. Manakala skop kajian yang ketiga ialah penilaian tentang
kejayaan dan pencapaian usaha dakwah yang telah dilakukan terhadap
Orang Asli oleh organisasi mahu pun individu.
Menerusi tiga skop komunikasi dakwah Orang Asli, analisis yang
dibuat terhadap semua LI meneliti kekuatan dan kelemahan dalam
semua kajian itu yang boleh dijadikan panduan untuk meneroka kajian
baru pada masa akan datang. Dengan penelitian sebegini, ia turut boleh
merangka perancangan penyelidikan dakwah Orang Asli pada masa
akan datang. Analisis dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu berdasarkan
kepada bidang komunikasi dakwah seperti yang dinyatakan.


Kajian Keberkesanan Metode Dakwah
Metode bererti cara dan kaedah melakukan sesuatu. Ia juga termasuk
sistem dan aturan sesuatu perkara (al-Bayanuni 1995). Ia berasal
daripada perkataan Inggeris yang bererti sistem, aturan atau kaedah
(Ab. Aziz 1997). Metode terbahagi kepada tiga iaitu manhaj, uslub dan
wasilah. Pembahagian ini berdasarkan kepada ketiga-tiga perkataan
ini merupakan istilah yang selalu digunakan dalam kalangan para
sarjana dakwah dalam menjelaskan metode dakwah. Apa yang dapat
diperhatikan dari penggunaan setiap perkataan itu dalam kalangan para

110 / Pembangunan Dakwah Mualaf

sarjana ialah ketidak kesepakatan mereka di dalam mendefinisikannya.
Namun perselisihan itu hanyalah dari sudut istilah sahaja, bukan dari
sudut kandungannya.
Bagi mengharmonikan perbezaan semua pandangan itu, terdapat
tiga perkara yang perlu ada dalam sesuatu usaha dakwah. Pertama,
ialah perancangan dakwah berdasarkan kepada matlamat yang boleh
dicapai dalam sesuatu tempoh berdasarkan kesesuaiannya dengan
latar belakang kelompok sasaran. Ia boleh dinamakan dengan manhaj

iaitu penentuan hala tuju dan pencapaian yang perlu dicapai dalam
dakwah yang akan menjawab persoalan “apa, siapa dan kenapa?”.
Kedua ialah aspek konsep dan pelaksanaan aktiviti untuk mencapai
matlamat sepertimana yang telah digariskan oleh manhaj. Aspek yang
kedua ini dinamakan dengan uslub yang merujuk kepada kaedah untuk
melaksanakan kerja-kerja dakwah dan percubaan menjawab persoalan
tentang “bagaimana?”. Ketiga ialah aspek teknikal bagi melaksanakan
aktiviti tersebut. Ia dinamakan dengan wasilah yang merujuk kepada
kesesuaian penggunaan peralatan dan medium termasuk organisasi
yang digunakan bagi melaksanakan gerak kerja dakwah yang menjawab
persoalan “cara mana?”. Tuntasnya, menurut Ab. Aziz (1997), dakwah
dapat difahami bukan sekadar laungan yang tidak menentu, tetapi ia
merupakan seruan yang terancang. Seruan yang terancang memerlukan
suatu metode yang tersusun dan jelas matlamatnya.
Di dalam aspek keberkesanan metode dakwah ini, terdapat 15 LI
yang menumpukan kepada aspek ini seperti yang dipaparkan di dalam
Jadual 10.2. Ini menandakan bahawa aspek metode merupakan aspek
yang diberikan perhatian yang sewajarnya.
Analisis terhadap senarai LI seperti yang terdapat dalam Jadual 10.2
dapat dibuat berdasarkan kepada jenis kajian iaitu kajian yang lebih

terfokus dan agak mendalam sesuai dengan tahap ijazah sarjana muda.
Manakala, yang kedua ialah kajian yang dilakukan secara umum
sahaja dan tidak mempunyai fokus yang jelas. Pembahagian ini boleh
membezakan antara kajian yang benar-benar membincangkan tentang
metode atau kajian yang sekadar menyelitkan metode ini sebagai
sebahagian daripada perbincangan.

Komunikasi Dakwah Orang Asli / 111

JADUAL 10.2: Senarai LI yang berkaitan dengan keberkesanan
metode dakwah

Bil
Pengkaji
1. Nor Hasnah bt
Hamali

Metode Dakwah
Masyarakat Orang Asli Di Daerah
Temerloh Pahang: Kajian Terhadap

Perkembangan Islam Dan MasalahMasalah Yang Dihadapi
2. Zamaksyari b.
Cawangan Dakwah Khas Orang
Abd Ghani
Asli:
Aktiviti-Aktiviti
Dalam
Mengembangkan Dakwah Islamiah
3. Che Azimah
Peranan Masyarakat Melayu Berjiran
Hamzah
Dengan Orang Asli Dalam Konteks
Dakwah Islamliyah. Tinjauan Di
kampung Paya Perak, Temerloh,
Pahang
4. Nor Suhaila bt
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Jerantut:
Hashim
Satu Kajian Dari Aspek Organisasi
dan Peranannya Dalam Penyebaran

Dakwah
5. Noresah bt Mohd Pengurusan Dakwah Terhadap Pelajar@ Abdullah
Pelajar Orang Asli: Tinjauan Di Asrama
Darul Falah, PERKIM.
6. Wan Noraini bt
Pendekatan Dakwah Kepada Orang
Wan
Asli:Kajian di Jabatan Agama Islam
Pahang
7. Norhazani bt
Pendekatan Program Dakwah Terhadap
Ahmad
Orang Asli: Kajian di Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan
8. Che Norasuati bt Pengurusan Dakwah Kepada Orang
Che Dollah
Asli: Kajian di Majlis Agama Islam
Kelantan
9. Faizah bt
Metodologi Dakwah Kepada Orang
Hamzah
Asli: Satu Kajian di Jabatan Agama
Islam Johor
10. Siti Munirah bt
Dakwah dan Pembangunan Masyarakat
Hassan
Orang Asli di Kampung Tekir Negeri
Sembilan

Tahun
1993

1998

1998

2001

2002

2002

2003

2003

2003

2007

112 / Pembangunan Dakwah Mualaf

11.

Azlizam b Abd
Aziz
12. Siti Noor Fazilah
bt Mohd Noor
13. Fadilah bt
Wahab
14. Ummu Syafiqah
bt Said
15. Syafiqah bt
Hassan

Strategi Dakwah Masyarakat Orang
Asli di Daerah Petaling, Selangor
Metodologi Dakwah Perdana Darul
Makmur Terhadap Masyarakat Orang
Asli
Pendekatan Dakwah Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli Negeri Sembilan Terhadap
Masyarakat Orang Asli
Metodologi Dakwah Terhadap Orang
Asli Di Terengganu: Kajian di Jabatan
Hal Ehwal Agama Terengganu
Dakwah Dalam Kalangan Masyarakat
Orang Asli Kampung Pasir Salam:
Kajian Peranan Jabatan Agama Johor

2007
2009

2010

2010

2011

Terdapat lapan LI yang dilakukan secara terfokus kepada aspek
tertentu di dalam kajian metode dakwah seperti yang disenaraikan
dalam Jadual 10.3. Semua LI yang dilakukan itu tertumpu kepada
aspek metode dakwah dan aplikasinya manakala lokasi kajiannya
berbeza antara satu sama lain.
Kesemua LI di dalam Jadual 10.3 tertumpu terhadap metode
dakwah dan dilihat dari sudut manhaj dan uslub dakwah. Bermula
dari 1998, kajian berkenaan aspek ini rancak dilakukan sehingga
2010 dan tiada kajian yang dilakukan dalam aspek ini antara tahun
1999-2001 dan 2004-2006. Berdasarkan analisis, hanya dua kajian
yang mengkaji secara langsung kepada metode dakwah iaitu Azlizam
(2007) dan Fazilah (2009). Manakala kajian-kajian lain memfokuskan
kajian metode dan dikaji bersama pelaksana dakwah iaitu organisasiorganisasi yang menggerakkan dakwah.

Komunikasi Dakwah Orang Asli / 113

JADUAL 10.3: Tumpuan Kajian LI

Bil
Pengkaji
1 Zamaksyari b.
Abd Ghani
2
3
4
5
6

7

8

Wan Noraini bt
Wan
Norhazani bt
Ahmad
Faizah bt
Hamzah
Azlizam b Abd
Aziz
Siti Noor
Fazilah bt
Mohd Noor
Ummu
Syafiqah bt
Said
Fadilah bt
Wahab

Tahun
1998

2002
2003
2009
2007
2010

Tumpuan kajian
Aktiviti-Aktiviti Dalam
Mengembangkan Dakwah
Islamiah
Pendekatan Dakwah Kepada
Orang Asli
Pendekatan Program Dakwah
Terhadap Orang Asli
Metodologi Dakwah Kepada
Orang Asli
Strategi Dakwah Masyarakat
Orang Asli
Metodologi Dakwah Perdana
Darul Makmur

2010

Metodologi Dakwah Terhadap
Orang Asli

2010

Pendekatan Dakwah Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli Negeri Sembilan

Zamaksyari (1998), Noraini (2002) dan Norhazani (2003)
membincangkan metode dakwah dengan menyenaraikan aktiviti
atau program dakwah yang dilakukan secara rawak dan dilaksanakan
dengan kerjasama pelbagai organisasi. Faizah (2003) kemudiannya telah
membahagikan pelaksanaan metode dakwah dengan melihat konteks
Orang Asli yang Muslim dan juga bukan Muslim. Kajian seterusnya
oleh Azlizam (2007), Ummu (2010) dan Fadilah (2010) juga telah
mengkhususkan pelaksanaan metode dakwah dengan mengkategorikan
pelaksanaan metode tersebut. Azlizam (2007) telah mengkategorikan
pelaksanaan metode dakwah kepada dua iaitu metode jangka panjang
dan jangka pendek. Ummu (2010) pula mengkategorikan kajian
pelaksanaan metode kepada dua iaitu metode sosial dan pendidikan.

114 / Pembangunan Dakwah Mualaf

Manakala Fadilah (2010) pula mengkategorikan pelaksanaan metode
kepada tiga iaitu pendidikan, kebajikan dan pembangunan ekonomi.
Fazilah (2009) pula mengecilkan skop kajian yang telah dilakukan
oleh Noraini (2002) dengan membincangkan metode dakwah melalui
“Dakwah Perdana Darul Makmur” yang dilaksanakan oleh Jabatan
Agama Islam Pahang (JAIP).
Berdasarkan dapatan ini, dapat dinyatakan bahawa kajian metode
dakwah pada tahap awal hanya membincangkan metode dakwah dengan
meletakkan sebanyak mana aktiviti dan program yang dilaksanakan
untuk tujuan dakwah kepada Orang Asli. Pada tahap seterusnya,
pelaksanaan metode dakwah telah dibincangkan mengikut kategori
yang sesuai dan tidak hanya dibincangkan secara rawak. Secara amnya,
perbincangan dalam aspek metode dakwah ini dibahaskan secara
berbeza-beza sekalipun aktiviti dan program yang dinyatakan dalam
kesemua kajian adalah hampir sama. Ia hanya disesuaikan mengikut
kategori yang diletakkan. Bagi kajian Fazilah (2009), sekalipun cuba
untuk mengecilkan skop perbincangan mengenai metode dakwah
melalui DPPM, namun perbincangannya tidak banyak berbeza dengan
kajian Noraini (2002) sekalipun jarak masa antara kedua-dua kajian
adalah tujuh tahun.
Sekalipun LI ini membincangkan metode dakwah Orang Asli
secara mendasar, namun penelitian yang lebih terperinci dapat
dibahas dengan melihat kesesuaian uslub yang digunakan serta
kesan-kesannya. Banyak LI hanya mengkaji tentang cara “apa”
yang hendak digunakan dalam berdakwah, tetapi kurang memberi
penekanan tentang “bagaimana” untuk mengetuk hati mad’u dengan
menggunakan cara “apa” itu. Seperti uslub meraikan hari kebesaran
dalam Islam. Apakah rasionalnya uslub ini dilaksanakan dan sejauh
mana uslub ini dapat memberi kesan terhadap Orang Asli sama ada
mereka dapat lebih memahami tentang hari kebesaran dalam Islam
dan lebih tertarik kepada Islam. Selain itu, kajian juga meneliti tentang
bagaimana metode dakwah yang dilaksanakan dapat memberi kesan
sama ada mampu untuk memberi Orang Asli berfikir tentang Islam,
menyentuh perasaan mereka terhadap Islam dan seterusnya dapat
membawa mereka untuk beriman kepada Allah SWT dengan sebenarbenar keimanan.

Komunikasi Dakwah Orang Asli / 115

Terdapat tujuh LI yang dapat dikategorikan sebagai kajian am yang
merangkumi pengurusan, peranan, perkembangan dakwah seperti
dalam Jadual 10.4 di bawah.
JADUAL 10.4: Tumpuan Kajian LI Am

Bil
1
2
3

4
5

6

7

Pengkaji
Syafiqah bt
Hassan
Nor Suhaila
bt Hashim
Che Azimah
Hamzah

Tahun
2011

Nor Hasnah
bt Hamali
Siti Munirah
bt Hassan

1993

Noresah bt
Mohd @
Abdullah
Che
Norasuati bt
Che Dollah

2001
1998

2007

2002

2003

Tumpuan kajian
Kajian Peranan Jabatan
Agama Johor
Kajian Dari Aspek
Organisasi dan Peranan
Peranan Masyarakat
Melayu Berjiran
Dengan Orang Asli
Dalam Konteks Dakwah
Islamiyah
Kajian Terhadap
Perkembangan Islam
Dakwah dan
Pembangunan
Masyarakat Orang Asli
Pengurusan Dakwah
Terhadap Pelajar-Pelajar
Orang Asli
Pengurusan Dakwah
Kepada Orang Asli

Jenis
Peranan
Peranan
Peranan

Perkembangan
Perkembangan

Pengurusan

Pengurusan

Jadual 10.4 menjelaskan kategori LI yang bersifat am iaitu yang tidak
dapat diletakkan dalam kategori yang lain. Analisis mendapati metode
dakwah turut dibincangkan di dalam LI di atas tetapi dibicarakan
secara umum. Contohnya, Azimah (1998) telah mengkaji peranan
masyarakat Melayu yang berjiran dengan Orang Asli. Manakala,
Suhaila (2001) dan Syafiqah (2011) telah mengkaji peranan Jabatan
Agama Islam Negeri dalam menyebarkan dakwah kepada Orang

116 / Pembangunan Dakwah Mualaf

Asli. Peranan utama masyarakat Melayu dan organisasi ini adalah
untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat Orang Asli. Dalam
aspek perkembangan pula, kajian telah dilakukan oleh Hasnah (1993)
dan Munirah (2007) yang mengkaji tentang perkembangan Islam
dalam kalangan masyarakat Orang Asli serta masalah-masalah yang
mereka hadapi. Dalam aspek pengurusan, kajian telah dilakukan oleh
Noresah (2002) yang mengkaji pengurusan dakwah di ASDAF dan
Norasuati (2003) yang mengkaji pengurusan dakwah di Majlis Agama
Islam Kelantan (MAIK). Kesemua penulisan ini, sekalipun tidak
meletakkan metode dakwah sebagai matlamat utama, tetapi masih
tetap membahaskannya di dalam penulisan masing-masing. Ini kerana,
metode dakwah amat terkait rapat dengan perbincangan tersebut.
Peranan untuk menyampaikan dakwah sukar untuk terlaksana tanpa
disertakan dengan metode dakwah yang sesuai. Begitu juga dakwah
akan sukar untuk dikembangkan dan dibangunkan serta pengurusan
tidak akan sempurna tanpa adanya metode dakwah yang terancang.
Dari aspek yang lain pula, LI yang dilakukan dengan skop tajuk yang
sangat luas tidak sesuai untuk dilakukan dalam kajian di peringkat
ijazah pertama.
Berdasarkan kepada pembahagian metode dakwah yang
dibahagikan kepada manhaj, uslub dan wasilah, LI boleh dibahagikan
kepada dua; yang pertama ialah manhaj dan uslub manakala yang
kedua ialah wasilah. Kedua-dua manhaj dan uslub ini digabungkan
dalam satu kategori kerana keduanya saling berkaitan rapat. Manhaj
ialah perancangan dakwah dalam tempoh tertentu bagi mencapai
matlamat tertentu yang disesuaikan dengan latar belakang kelompok
sasaran. Manakala uslub pula ialah aspek pendekatan pelaksanaan
kepada manhaj dakwah itu. Kesemua 15 LI ini telah mengkaji tentang
manhaj dan uslub baik secara umum mahupun secara khusus. Analisis
mendapati 8 daripada 15 buah penulisan ilmiah telah mengkaji
berkenaan metode dakwah secara mendasar atau khusus. Mereka
adalah Zamaksyari (1998), Noraini (2002), Norhazani (2003), Faizah
(2003), Azlizam (2007), Fazilah (2009), Ummu Syafiqah (2010) dan
Syafiqah (2011). Manakala selebihnya membincangkannya secara
literal atau umum.

Komunikasi Dakwah Orang Asli / 117

Daripada 15 buah penulisan ini juga, hanya satu LI sahaja yang
menggunakan metode kajian berbentuk kuantitatif iaitu Fadilah (2010).
Manakala 14 buah LI lain menggunakan metode kajian dengan reka
bentuk kualitatif. Fadilah (2010) dalam hasil kajiannya mendapati
bahawa terdapat tiga bahagian metode dakwah yang dilaksanakan oleh
JHEOA, Negeri Sembilan iaitu metode dakwah melalui pendidikan,
kebajikan dan pembangunan ekonomi. Dakwah melalui pendidikan
adalah seperti kelas bimbingan Fardu Ain, majlis pengenalan program
al-Quran, kursus kemahiran bersuci dan bersolat dan dermasiswa
untuk pelajar anak mualaf. Dakwah melalui kebajikan pula adalah
seperti solat berjemaah, program dakwah dan ziarah, sambutan hari
kebesaran Islam, majlis berbuka puasa, gotong royong dan program
kunjungan budaya. Manakala pendekatan dari sudut pembangunan
ekonomi pula dapat dilihat melalui program bimbingan usahawan
dan program pembinaan ruang niaga untuk Orang Asli. Berdasarkan
metode tersebut, satu kaji selidik telah di edar kepada 20 orang
responden daripada masyarakat Orang Asli untuk mengkaji sejauh
mana penerimaan mereka terhadap metode tersebut. Hasil dapatan
kajian menunjukkan masyarakat Orang Asli lebih mendapat kefahaman
tentang Islam melalui program-program dakwah yang dijalankan oleh
JHEOA. Masyarakat Orang Asli juga berasa senang dengan JHEOA
kerana bantuan yang telah dihulurkan oleh organisasi ini kepada
mereka.
Wasilah merupakan bahagian yang ketiga dalam metode dakwah
iaitu saluran penyampaian sesebuah kandungan dakwah dan juga
sebagai medium pelaksanaan bagi sesebuah aktiviti dakwah.
Sebagai contoh, Noraini (2002) membincangkan majlis tilawah alQuran sebagai medium untuk mendekatkan Orang Asli dengan alQuran dan Fazilah (2009) telah membincangkan debat, kesenian
dan perkahwinan sebagai wasilah dakwah. Perbincangan berkenaan
wasilah tidak diberikan penekanan secara meluas di dalam penulisan
LI, walaupun dakwah kepada Orang Asli memerlukan kepada wasilah
yang bersesuaian dengan mereka. Dalam arus moden hari ini, Orang
Asli kebanyakannya mempunyai taraf kehidupan yang lebih baik
berbanding dahulu. Namun begitu, wasilah dakwah dalam konteks
kontemporari seperti penggunaan surat khabar, televisyen mahupun

118 / Pembangunan Dakwah Mualaf

Internet sebagai medium dakwah Orang Asli masih belum mendapat
tempat untuk dijadikan sebagai kajian.
Organisasi dakwah sebagai badan pelaksana dakwah Orang Asli
perlu dilihat sebagai suatu wasilah untuk menyampaikan dakwah. Ini
berasaskan kepada organisasi dalam konteks komunikasi dilihat sebagai
badan yang mempunyai kumpulan-kumpulan dan juga individu yang
bekerjasama bagi mencapai matlamat (Mohd Yusof, 2005). Justeru,
dalam usaha menyampaikan dakwah kepada Orang Asli, medium
terbesar yang digunakan adalah melalui organisasi-organisasi. Melalui
organisasi-organisasi tersebut, kegiatan dakwah dapat disusun secara
sistematik. Justeru, medium organisasi dianggap paling sesuai untuk
menjalankan dakwah kepada masyarakat Orang Asli berbanding
medium lain. Tambahan pula, lokasi kediaman mereka yang setempat,
yang memudahkan pendekatan organisasi dalam menjalankan usaha
dakwah. Dakwah kepada Orang Asli biasanya dilaksanakan secara
jama’ie berbanding secara fardi. Terdapat 10 kajian yang dilakukan
berkaitan dengan organisasi dakwah seperti yang dinyatakan dalam
Jadual 10.5.
Di dalam Jadual 10.5, terdapat banyak jabatan agama telah dijadikan
sebagai subjek kajian meliputi negeri Pahang, Negeri Sembilan,
Kelantan, Johor dan Terengganu. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak
menganalisis dapatan setiap dari hasil LI berkenaan. Sekiranya dapatan
kajian mendapati bahawa pendekatan yang dilakukan adalah sama,
maka kajian tentang organisasi ini tidak wajar lagi untuk diteruskan
melainkan sekiranya ada sebarang keistimewaan pendekatan organisasi
yang ingin dikaji.
Apa yang dapat diperhatikan kepada sifat penulisan LI itu ialah
sudut metodologi kajian. Majoriti kajian yang dijalankan melihat
aspek keberkesanan metode dari kaca mata pelaksana dakwah itu
sendiri. Sepatutnya, kajian yang mendalam perlu dilakukan terhadap
keberkesanan usaha dakwah berdasarkan penerimaan masyarakat
Orang Asli itu sendiri. Hanya terdapat satu sahaja LI yang menggunakan
reka bentuk kuantitatif iaitu yang telah dilakukan oleh Fadilah (2010).
Kajian berkenaan organisasi juga majoritinya bersifat satu hala dengan
hanya melihat keberkesanan dakwah dari sudut pelaksana dakwah,
tetapi tidak mengambil kira respons mereka yang menerima dakwah.

Komunikasi Dakwah Orang Asli / 119

JADUAL 10.5: LI yang berkaitan organisasi

Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Pengkaji
Zamaksyari b.
Abd Ghani
Nor Suhaila bt
Hashim
Noresah bt Mohd
@ Abdullah
Wan Noraini bt
Wan
Norhazani bt
Ahmad
Che Norasuati bt
Che Dollah
Faizah bt Hamzah
Fadilah bt Wahab
Ummu Syafiqah
bt Said
Syafiqah bt
Hassan

Tahun
1998

2002

Organisasi
Cawangan Dakwah Khas Orang
Asli
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
Jerantut
Asrama Darul Falah, PERKIM

2002

Jabatan Agama Islam Pahang

2003

Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan
Majlis Agama Islam Kelantan

2001

2003
2003
2010
2010
2011

Jabatan Agama Islam Johor
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
Negeri Sembilan
Jabatan Hal Ehwal Agama
Terengganu
Jabatan Agama Islam Johor

Kesimpulannya, kajian berkaitan keberkesanan metode ini telah
banyak dikaji oleh pengkaji yang terdahulu tetapi merujuk kepada skop
yang lebih kecil. Kajian berkenaan wasilah dakwah amat kurang diberi
penekanan berbanding kajian berkenaan manhaj dan uslub dakwah.
Selain itu, dalam kajian metode dakwah ini hanya menumpukan
kepada aspek dakwah secara jamai’e, tetapi tiada kajian berkenaan
metode dakwah yang dilaksanakan secara fardi.

Kajian Memahami Fenomena Sosial
Mengenali sasaran dakwah amat penting di dalam menjalankan usaha
dakwah. Menurut Abdul Karim Zaydan (1995), pendakwah adalah
ibarat seorang doktor yang perlu mengenali dan memahami keadaan

120 / Pembangunan Dakwah Mualaf

pesakitnya sebelum memberikan rawatan yang sesuai. Dari sudut
komunikasi dakwah, memahami fenomena sosial amat penting bagi
membolehkan pendakwah merancang metodologi yang bagaimana
seharusnya digunakan terhadap golongan yang telah disasarkan itu.
Ia tidak sekadar melaksanakan dakwah secara membuta tuli tanpa
mengenali sasaran yang mahu diseru kepada Islam.
Berdasarkan 28 LI, terdapat 11 buah LI yang mengkaji dan
membincangkan fenomena sosial dalam kalangan masyarakat Orang
Asli seperti di dalam Jadual 10.6.
Berdasarkan Jadual 10.6, jenis fenomena boleh dibahagikan kepada
empat iaitu budaya dan cara hidup, kefahaman dan penghayatan,
masalah dan persepsi. Pertama, kajian budaya dan cara hidup ini
tertumpu kepada pengkajian berkenaan budaya-budaya yang dimiliki
oleh masyarakat Orang Asli seperti budaya Pagan isme dan sebagainya.
Selain itu, kajian dalam aspek ini juga mengkaji tentang bagaimana
cara Orang Asli menjalani kehidupan harian mereka. Kedua, kajian
kefahaman dan penghayatan menyelidiki tentang tahap kefahaman dan
penghayatan berkenaan agama Islam yang dimiliki oleh masyarakat
Orang Asli. Sesuai dengan tahap kefahaman dan penghayatan ini,
dakwah dapat dilaksanakan dengan baik. Ketiga, kajian masalah iaitu
meneliti apa jua masalah dalam kalangan Orang Asli sama ada masalah
itu berbentuk umum mahupun khusus. Antaranya adalah masalah sifat
malu yang dimiliki oleh mereka atau gejala murtad yang melanda
masyarakat tersebut. Keempat ialah kajian persepsi untuk menyelidiki
persepsi mad’u dari pelbagai sudut.

Komunikasi Dakwah Orang Asli / 121

JADUAL 10.6: Senarai LI Berkenaan Fenomena Sosial

Bil
Pengkaji
1 Zainal Abidin
b Mohd Ali
Hanapiah
2 Mohd Zaki bin
Shafii
3 J. Rohaya bt
Fakhruddin
4 Mohd Ridzuan
b Supardin

Tahun
1990

2003
2007
2011

5

Johara Bibi bt
Suleiman

2003

6

Ismail b Abdul
Munir

2010

7

Siti Rafiqah bt
Basri

2011

8

Norashidah bt
Mat Arup

2009

9

Nurul
Hamizah bt
Abdul Aziz
Mohd Efendi b
Abutiar

2011

10

11

Siti Sharihah
bt Hassan

2007

2011

Fenomena Sosial
Sosiobudaya
masyarakat Orang Asli
Sungai Padi, Pahang
Budaya Orang Asli
Malaysia
Budaya Paganisme
Kadazan atau Dusun
Sistem hidup
dan kepercayaan
masyarakat Temuan
Penghayatan Islam
Orang Asli Sungai
Guntur
Pengetahuan dan Sikap
Orang Asli Kuala
Pangsun
Penghayatan Islam
Orang Asli Donglai
Baru
Masalah Dakwah
Kepada Masyarakat
Orang Asli Di
Kampung Batu 55
Maran Pahang
Murtad di Johor Bharu

Jenis
Budaya dan
cara hidup

Persepsi Masyarakat
Orang Asli Terhadap
Masyarakat Orang
Melayu
Penghayatan Etika
Kerja Dalam Kalangan
Kakitangan Pejabat
Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli Kota Bharu

Persepsi

Budaya dan
cara hidup
Budaya dan
cara hidup
Budaya dan
cara hidup
Kefahaman dan
penghayatan
Kefahaman dan
penghayatan
Kefahaman dan
penghayatan
Masalah

Masalah

Persepsi

122 / Pembangunan Dakwah Mualaf

Hasil pemerhatian terhadap LI seperti dalam Jadual 10.6,
perbincangan berkenaan fenomena sosial banyak ditumpukan kepada
budaya hidup Orang Asli serta tahap penghayatan dan kefahaman
mereka terhadap agama Islam. 7 daripada 11 kajian membincangkan
cara hidup Orang Asli baik dari cara menyambut perayaan, pantang
larang, adat-adat serta apa yang diwarisi daripada nenek moyang
mereka. Aspek lain yang dilihat adalah tentang sejauh mana ke semua
budaya tersebut menepati kehendak Islam. Hal ini dapat diperhatikan
dalam tiga LI iaitu yang ditulis oleh Zainal (1990), Zaki (2003) dan
Rohaya (2007). Berbeza dengan Ridzuan (2011) yang mengkaji sebuah
masyarakat yang telah diasimilasikan dengan penduduk Islam, tetapi
masih mempunyai kepercayaan warisan. Kepercayaan ini tidak
dikaji sama ada ia bertepatan atau tidak dengan akidah umat Islam,
tetapi kajiannya telah menganalisis cara kepercayaan ini membentuk
perasaan harmoni antara masyarakat tersebut dengan masyarakat lain.
Memahami selok-belok budaya Orang Asli adalah penting kerana tidak
semua budaya itu harus dihapuskan dan ditolak dengan sewenangwenangnya. Islam berlaku adil terhadap budaya-budaya ini. Sekiranya
terdapat penyelewengan dari sudut akidah Islam, maka ianya perlu
diperbetulkan oleh pendakwah.
Begitu juga dari sudut kefahaman dan penghayatan masyarakat
Orang Asli, pendakwah perlu menilai tahap kefahaman dan penghayatan
mereka ini dan seterusnya mengisi kelompangan dan kekosongan yang
telah dikenal pasti dengan melalui wasilah dan uslub yang bersesuaian.
Johara (2003), Ismail (2010) dan Rafiqah (2011) menumpukan kajian
mereka dalam aspek kefahaman dan juga penghayatan yang dimiliki
oleh Orang Asli. Kajian mereka hanya memfokuskan tahap kefahaman
dan penghayatan Orang Asli terhadap agama Islam. Namun begitu,
kajian yang dilakukan itu tanpa ada satu piawaian yang jelas dan
selaras dalam mengukur tahap-tahap tersebut.
Terdapat empat kajian yang mengkaji tentang fenomena dari sudut
memahami masalah dan persepsi. Kajian Norashidah (2009) dan
Hamizah (2011) telah melihat masalah dalam usaha dakwah terhadap
Orang Asli. Biarpun Norashidah (2009) hanya menyenaraikan masalah
dakwah kepada Orang Asli, tetapi Hamizah (2011) telah cuba untuk
mengecilkan skop perbincangan tentang masalah ini. Beliau memilih

Komunikasi Dakwah Orang Asli / 123

untuk mengkaji fenomena murtad yang berlaku dalam kalangan
masyarakat Orang Asli. Fenomena ini tidak seharusnya dipandang
mudah oleh pendakwah sekalipun kebanyakan mereka ini hidup tanpa
anutan agama yang benar-benar jitu. Kajian persepsi pula tidak hanya
melihat tentang bagaimana Orang Asli berpersepsi terhadap agama
Islam, tetapi kajian dalam konteks ini juga telah melihat bagaimana
persepsi mereka yang menjalankan usaha dakwah itu sendiri. Ini dapat
dilihat melalui penulisan Hamizah (2011) yang menilai bagaimana
etika kakitangan JHEOA bekerja dan ini menimbulkan satu persepsi
sama ada positif atau negatif terhadap usaha dakwah Orang Asli.
Kajian berkenaan fenomena sosial ini membolehkan pendakwah
mendapatkan cara yang berkesan untuk mengatasi masalah yang
membelenggu Orang Asli. Oleh kerana Islam datang sebagai agama
dan cara hidup yang perlu mengubah cara hidup mereka yang sedia ada
kepada cara hidup yang betul, maka suatu kajian yang mendasar perlu
dilakukan. Matlamat kajian bukan sahaja untuk memahami budaya
mereka, tetapi juga mencari cara bagaimana untuk menembusi tembok
budaya mereka agar mereka dapat menerima budaya yang dibawa oleh
Islam. Untuk mengukur tahap kefahaman dan penghayatan Orang Asli
terhadap Islam, satu piawaian khas perlu dibina untuk mengukur tahap
agar status mualaf tidak berlanjutan berpuluh tahun. Kajian bersifat
tindakan juga perlu difikirkan agar penambahbaikan terhadap usaha
dapat dilakukan dengan jayanya.

Kajian Penilaian Terhadap Usaha Dakwah
Penilaian terhadap usaha dakwah yang telah dilakukan amat penting
sebagai muhasabah dan juga sebagai panduan bagi tujuan perancangan
dan tindakan pada masa akan datang. Dalam teori Lasswell (1948),
keberkesanan penyampaian mesej komunikasi merupakan matlamat
penting sesebuah komunikasi. Ilmu yang berkaitan dengan perkara
ini tidak dikaji dari ilmu wahyu tetapi dari ilmu akli. Terdapat empat
LI yang membuat penilaian terhadap usaha dakwah seperti di dalam
Jadual 10.7. Ini dapat diperhatikan berdasarkan objektif serta dapatan
kajian yang telah diperoleh melalui kajian tersebut. Keempat-empat

124 / Pembangunan Dakwah Mualaf

pengkaji tersebut adalah Norasuati (2003), Fariza (2008), Fazilah
(2009) dan Fadilah (2010).
Bagi Norasuati (2003) dan Fadilah (2010), kajian mereka tertumpu
kepada dua organisasi iaitu MAIK dan JHEOA Negeri Sembilan.
Berdasarkan medium ini, pelbagai pendekatan telah digunakan bagi
tujuan dakwah Orang Asli sebagaimana yang telah dibincangkan
pada bab yang lepas. Rentetan dari itu, pendekatan atau metodologi
yang telah dilaksanakan oleh mereka membuahkan hasil yang positif.
Oleh kerana itu, pendakwah perlu menilai dan mengambil iktibar dari
kejayaan-kejayaan tersebut dan diadaptasikan secara optimum.
JADUAL 10.7: Senarai Kajian Penilaian Terhadap Usaha Dakwah

Bil
1

Pengkaji
Che Norasuati bt
Che Dollah

Tahun
2003

2

Fariza bt Abd
Aziz
Siti Noor Fazilah
bt Mohd Noor

2008

3

4

Fadilah bt Wahab

2009

2010

Tajuk
Pengurusan Dakwah Kepada Orang
Asli: Kajian di Majlis Agama Islam
Kelantan
Keberkesanan Dakwah Orang Asli Di
Negeri Pahang.
Metodologi Dakwah Perdana Darul
Makmur Terhadap Masyarakat Orang
Asli
Pendekatan Dakwah Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli Negeri Sembilan
Terhadap Masyarakat Orang Asli

Manakala Fazilah (2009) pula mengkaji berkenaan program Dakwah
Perdana Darul Makmur (DPRM). Merujuk kepada skop kejayaan
dalam usaha-usaha dakwah, DPRM mampu menjadi contoh kepada
program besar yang bertaraf tinggi. Ini kerana ia diletakkan sebagai
program pada peringkat negeri dan dianjurkan dengan kerjasama
pelbagai organisasi bagi menjayakan program tersebut. Berdasarkan
objektif dan hasil kajian yang telah dibincangkan dalam kajian Fazilah
(2009) ini, maka ia boleh diklasifikasikan di dalam skop yang ketiga
ini iaitu untuk menilai kejayaan yang telah dicapai dalam usaha-usaha
dakwah.

Komunikasi Dakwah Orang Asli / 125

Fariza (2008) pula secara jelas berdasarkan tajuk kajiannya
menggambarkan tentang keberkesanan di dalam usaha dakwah
terhadap masyarakat Orang Asli di negeri Pahang. Hasil kajiannya
mendapati bahawa kejayaan dalam dakwah terhadap Orang Asli di
negeri Pahang dapat dibahagikan kepada 4 aspek iaitu pendidikan,
ekonomi, sosial dan kebajikan. Tambahan itu, kejayaan yang dicapai
sdalam usaha dakwah di Pahang adalah kerana banyaknya organisasi
yang menjadi medium kepada usaha ini. Antara organisasi tersebut
adalah JAIP, JHEOA Pahang, PETAMA dan PERKIM.
Sungguhpun terdapat usaha yang membuat penilaian terhadap usaha
yang dilakukan, tetapi kajian yang dijalankan itu tidak mempunyai satu
kayu ukur yang tepat untuk menilai sesuatu kejayaan usaha dakwah.
Ia mungkin disebabkan kajian tersebut dilakukan di peringkat sarjana
muda yang tentunya metode dan kajian literatur tidak mendalam.
Dakwah kepada masyarakat Orang Asli semakin berkembang dan
menunjukkan respons yang positif. Dengan usaha-usaha yang telah
dilaksanakan, dakwah Islam mampu untuk sampai kepada masyarakat
ini sekalipun suatu ketika dahulu mereka ini seakan terasing dari
masyarakat luar. Perkembangan positif ini perlu dikaji tentang
bagaimana manhaj, uslub dan wasilah yang digunakan sehingga
mencapai kejayaan pada hari ini. Bukan sekadar membincangkan
metode apa yang digunakan, tetapi apa yang lebih penting bagaimana
metode yang telah digunakan itu mencapai kejayaan dan mampu untuk
dijadikan contoh untuk pendakwah yang akan datang. Bagi menghadapi
dakwah kontemporari, satu model atau teori dakwah terhadap Orang
Asli perlu diwujudkan agar ianya dapat dijadikan sebagai garis panduan
dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat ini.

Kesimpulan
Kajian dakwah terhadap Orang Asli semakin berkembang dari tahun
demi tahun. Artikel ini mendapati bahawa penulisan LI yang telah
ditulis di JPDK antara 1987-2011 lebih banyak menumpukan kepada
aspek keberkesanan metode dakwah berbanding fenomena sosial dan
penilaian usaha-usaha dakwah yang telah mencapai kejayaan pada
masa-masa lepas. Kajian keberkesanan metode pula lebih tertumpu

126 / Pembangunan Dakwah Mualaf

kepada uslub dakwah berbanding wasilah dakwah. Dalam usaha
merangka dan merancang strategi dakwah yang lebih ampuh, laras
bahasa budaya Orang Asli dan pemikiran mereka perlu lebih difahami
oleh para pendakwah. Justeru, kajian berkaitan fenomena sosial perlu
diseimbangkan dengan kajian metode keberkesanan dakwah bagi
memperoleh kefahaman yang mendalam tentang kehidupan orang Asli
dari sudut psikologi, sosiologi dan sosiobudaya.

Untuk Citation.
Muhamad Faisal Ashaari, Mohd Harfiz Hamzah, Abd Ghafar Don, Razaleigh
Kawangit@Muhammad, Anuar Puteh. 2014. Komunikasi Dakwah Orang Asli:
Analisis Latihan Ilmiah di JPDK. Dlm. Siti Rugayah Tibek, Fariza Md. Sham,
& Muhammad Hilmi Jalil (pnyt.). Pembangunan Dakwah Muallaf, hlm. 106-126.
Bangi: Institut Islam Hadhari, UKM.

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

Analisis komparatif rasio finansial ditinjau dari aturan depkop dengan standar akuntansi Indonesia pada laporan keuanagn tahun 1999 pusat koperasi pegawai

15 355 84

Analisis Komposisi Struktur Modal Pada PT Bank Syariah Mandiri (The Analysis of Capital Structure Composition at PT Bank Syariah Mandiri)

23 288 6

FREKWENSI PESAN PEMELIHARAAN KESEHATAN DALAM IKLAN LAYANAN MASYARAKAT Analisis Isi pada Empat Versi ILM Televisi Tanggap Flu Burung Milik Komnas FBPI

10 189 3

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

Analisis Penyerapan Tenaga Kerja Pada Industri Kerajinan Tangan Di Desa Tutul Kecamatan Balung Kabupaten Jember.

7 76 65

Analisis Pertumbuhan Antar Sektor di Wilayah Kabupaten Magetan dan Sekitarnya Tahun 1996-2005

3 59 17

Analisis tentang saksi sebagai pertimbangan hakim dalam penjatuhan putusan dan tindak pidana pembunuhan berencana (Studi kasus Perkara No. 40/Pid/B/1988/PN.SAMPANG)

8 102 57

Analisis terhadap hapusnya hak usaha akibat terlantarnya lahan untuk ditetapkan menjadi obyek landreform (studi kasus di desa Mojomulyo kecamatan Puger Kabupaten Jember

1 88 63