BUKU PANDUAN PENGURUSAN PEMBIMBING RAKAN

BUKU PANDUAN
PENGURUSAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH MALAYSIA

SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
45200 SABAK BERNAM
SELANGOR
“Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain”
Kata Alu – aluan
Menteri Pelajaran Malaysia.

1

Dalam masa kita giat meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan bukan
akademik, kita harus sedar bahawa pelajar adalah golongan yang mempunyai kuasa
besar dalam membentuk masa hadapan Negara ini. Oleh yang demikian, mereka perlu
dididik dan dibimbing bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga dari segi rohani,emosi
dan jasmani seperti yang diharapkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha kearah ini melalui beberapa
program bimbingan yang terancang.
Proses pendidikan di sekolah rendah dan menengah bukan hanya tertumpu kepada

kecemerlangan akademik tetapi juga ko-kurikulum yang mampu mencungkil potensi
pelajar dan juga perkembangan sahsiah pelajar. Perkembangan kanak-kanak dan juga
remaja sering dipengaruhi oleh rakan sebaya.Disinilah letaknya keperluan remaja
sebagai pembimbing rakan sebaya yang mempunyai pengaruh positif terhadap
rakannya.Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha membantu
pelajar melalui Program Pembimbing Rakan Sebaya yang memberi pelbagai
kemahiran melalui latihan yang melibatkan pelbagai peringkat umur agar mereka
dapat mempengaruhi rakan mereka kea rah yang diingini.
Buku Panduan Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah-Sekolah Menengah
Malaysia ini dihasilkan sebagai panduan guru-guru melaksanakan program ini dengan
berkesan melalui perancangan yang sistematik agar pelajar yang dilatih dapat menjadi
pemimpin yang dicontohi keperibadiannya. Saya berharap buku ini dapat
memudahkan pengurusan guru penasihat Pembimbing Rakan Sebaya supaya
keberkesanan program dapat dinilai dengan lebih baik.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya
supaya keberkesanan program dapat dinilai dengan lebih baik.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penulisan Buku Panduan
Pengurusan Rakan Sebaya kerana telah menghasilkan buku ini.

Kata Alu – aluan

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia.

2

Bidang pendidikan adalah amat luas. Dengan kelulusan itu jugalah, kita mahu
mendidik pelajar-pelajar agar menjadi orang dewasa yang berguna kepada diri,
masyarakat dan Negara. Pelajar harus diasuh dengan sifat pendidikan yang
luas,supaya tercapai apa yang dirancangkan. Kementerian Pelajaran Malaysia
sentiasa berusaha membantu guru-guru memberi pendidikan dan pelajaran kepada
pelajar. Ini bertujuan memastikan proses pendidikan itu berjalan lancar dan
matlamatnya tercapai dengan berkesan.
Kelahiran buku panduan ini yang telah disusun dengan padat sebagai satu usaha
untuk membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling dan juga Guru Penasihat PRS
untuk memulakan perancangan program, seterusnya melaksanakan program-program
yang telah dirancang. Apabila perancangan telah dijalankan dengan baik,maka kesan
yang diharapkan juga sudah tentu akan membawa kesan yang positif. Diharapkan
dengan terhasilnya buku panduan ini, Pelbagai program peningkatan perkembangan
diri dan disiplin pelajar di sekolah dapat dilaksanakan dengan kerjasama Pembimbing
Rakan Sebaya sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum.

Buku ini bukan sahaja amat berfaedah kepada guru yang dipertanggungjawabkan
untuk melaksanakan khidmat bimbingan ini malah dapat mengatasi ketandusan
dokumen penting dalam bidang ini.
Matlamat Program Pembimbing Rakan Sebaya iaitu membina budaya kasih mesra
dan saling membantu di kalangan pelajar itu sendiri menunjukkan nilai-nilai murni
yang harus di contohi oleh generasi kini yang semakin ketandusan penghayatan nilainilai murni. Semoga para pelajar dapat menjadi insane yang penyayang dan
bertanggungjawab.
Saya turut merakamkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap anggota
yang berusaha gigih untuk menghasilkan buku ini. Semoga kita memperoleh kejayaan
jua.

Kata Alu – aluan
Pengarah Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia.

3

Pelbagai usaha dijalankan untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi
melahirkan pelajar yang berterampilan,termasuk usaha melatih pelajar untuk menjadi
pemimpin kepada diri mereka dan pelajar lain di sekolah yang sama, merupakan satu

langkah yang sangat baik dan sememangnya digalakkan. Dengan usaha yang
terancang ini,dijalankan oleh guru yang terlatih dalam bidang perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling khususnya, keatas sebilangan pelajar yang berpotensi
menjadi pemimpin, pelajar berkenaan akan dapat memajukan diri dan rakan-rakan
sekolah mereka yang lain. Ini sedikit sebanyak akan dapat menyumbangkan kepada
peningkatan tahap disiplin dan prestasi akademik serta bukan akademik pelajar
tersebut. Melalui program pembing rakan sebaya ,diharap pihak sekolah akan dapat
menggalakkan budaya kasih mesra dan saling mengambil berat di kalangan pelajar,
guru dan ibu-bapa.
Sehubungan itu, penerbitan buku panduan ini akan memudahkan guru penasihat PRS
khususnya melaksanakan program PRS di sekolah secara sistematik dan berkesan.
Buku panduan ini yang memuatkan pelbagai maklumat pengurusan PRS dan disusun
mengikut kesesuaian perlaksanaannya di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Saya berharap buku panduan ini akan digunakan sebaik-baiknya supaya khidmat
Pembimbing Rakan Sebaya akan dapat membantu mengurangkan masalah displin dan
mengurangkan gejala sosial yang semakin berleluasa dikalangan remaja kini.Dengan
bermatlamatkan membantu diri untuk berupaya membantu orang lain sudah pasti
mampu menjadikan PRS di sekolah sebagai golongan yang harus dicontohi dalam
membimbing diri sendiri dan rakan sebaya.
Saya mengucapkan tahniah dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

barisan kaunselor sekolah mengah negeri Selangor yang berusaha menyediakan buku
ini.
Terima kasih.

Isi Kandungan




Kata Alu – aluan Menteri Pelajaran Malaysia.
Kata Alu – aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kata Alu – aluan Pengarah Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia.

4



Bahagian 1: Pengenalan

o Pengenalan
o Sejarah perkembangan
o Prinsip perkhidmatan
o Definisi
o Rasional
o Falsafah
o Visi
o Misi
o Matlamat
o Objektif
o Etika
o Ikrar
o Senarai tugas PRS



Bahagian 2:Pengurusann PRS
o Carta aliran pengurusan PRS
o Kertas cadangan penubuhan.
o Pelan tindakan penubuhan.

o Contoh Borang pemohonan
o Contoh Borang cadangan keahlian
o Contoh Borang tawaran
o Surat makluman keahlian
o Surat kebenaran ibu bapa
o Surat panggilan kursus.



Bahagian 3:
o Carta aliran pentauliahan PRS
o Kertas cadangan aturcara majlis pentauliahan PRS.
o Contoh Sijil lulus peperiksaan
o Contoh sijil pentauliahan



Bahagian 5:Latihan lanjutan




Bahagian 6:Pemantauan
o Faedah pemantauan
o Cara pemantauan



Bahagian 7:Projek PRS



Bahagian 8:Pengurusan boku log PRS
o Contoh borang analisa bimbingan PRS mengikut bulan.
o Contoh borang analisa bimbingan PRS mengikut tahun
o Contoh borang rekod penghantaran buku log PRS mengikut bulan.
o Contoh borang rekod penghantaran buku log PRS mengikut tahun.

5

o Contoh buku log.



Bahagian 9:Jawatankuasa PRS



Bahagian 10:Rancangan tahunan PRS



Bahagian 11:Lagu PRS



Bahagian 12: Ujian Pra dan pos



Bahagian 13:Carta aliran
o Penubuhan PRS sekolah

o Kursus / Latihan PRS

BUKU PANDUAN
PENGURUSAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA

6

BAHAGIAN 1: PENGENALAN
1.0.

PENGENALAN
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diperkenalkan di sekolah
menengah Malaysia pada tahun 1988 setelah Institut Aminuddin Baki
menjalankan kursus kejurulatihan bagi kumpulan pertama. Sehingg tahun
1992, tiga kumpulan jurulatih telah menghadiri kursus ini di Institut
Aminuddin Baki.

2.0.


SEJARAH PERKEMBANGAN
2.1.

2.2.

2.3.

2.4.

2.5.

2.6.

Projek perintis di empat buah sekolah iaitu SMK(P) Sri Aman Petalang
Jaya, SMK Aminuddinbaki ,Kuala Lumpur, SM Sains Selangor,
Cheras Kuala Lumpur dan SMK (L) Bukit Bintang Petaling Jaya.
Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan
februari 1986 hingga bulan November 1986.
Laporan perkembangan latihan tersebut telah disampaikan kepada
Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN-IAB
sekarang). Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian
Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd Nor yang
telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di
beberapa buah sekolah lagi.
Rentetan laporan tersebut satu Seminar/Bengkel PRS diadakan pada 19
hingga 23 Januari 1987 yang dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah
Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan
Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah
dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan.
Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi
elemen-elemen konsep, falsafah, rasional dan objektif program
Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba diperingkat
sekolah.
IPPN (IAB) telah menerima peruntukan dari pinjaman Bank Dunia ke
8 untuk menjalankan kursus pendek tiga bulan yang releven untuk
Kementerian Pelajaran. Salah satu daripada kursus yang dicadangkan
ialah Kursus Pengurusan dan Latihan untuk program PRS bagi
menyedia dan melatih guru bimbingan dan kaunseling menjadi
jurulatih peringkat negeri.
Pada 9 hingga 10 November 1987 satu mesyuarat menggubal
kurikulum kursus diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh
Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah,
Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan
dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian
Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.
Pada 7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta
terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (30 orang ), dan
Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang ) telah mengikuti kursus
tersebut. 33 orang peserta telah dianugerahkan sijil lulus dan
disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji

7

2.7.

Ahmad Shah ibni Al-Marhum Sultan Abubakar dalam majlis
Pembukaan Rasmi sempena pertukaran nama IPPN kepada Institut
Aminuddin Baki (IAB) pada 20 Oktober 1988.
Jabatan Pelajaran Negeri telah giat meperkembangkan konsep ini
dengan menggunakan tenaga jurulatih untuk menjalankan Kursus
Teragih diperingkat negeri masing-masing.
2.7.1

2.7.2

2.7.3

Pada 21 hingga 24 Ogos 1988 bengkel mengemaskini draf
modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar ke
semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan
panduan.
Pada 13 hingga 14 September 1988 mesyuarat menyelaras
program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah
dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih) di
peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang
sama iaitu
 Pengenalan Konsep, Falsafah dan Matlamat Program
PRS
 Teknik tafsiran keperluan
 Teknik-teknik latihan.
 Teknik penilaian program
 Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran
kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling dan
kemahiran lanjutan yang spesifik.
 PRS dari perspektif Islam
Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul

3.0.

PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
3.1.
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa
mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan perlakuan dan fizikal.
3.2.
Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan
berdasarkan etika PRS.

4.0.

DEFINISI
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam
bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai
seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka
yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan
menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang
peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela
serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.

8

5.0.

RASIONAL
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam system
pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruanag yang
luas untuk diperbaiki, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu
khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab
pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan
perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang
terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
5.1.
5.2.
5.3.
5.4.

6.0.

Guru bimbingan dan kaunseling belum mencukupi untuk menampung
keperluan khidmat yang makin bertambah.
Bertambah masalah salahlaku dikalangan pelajar. Pelajar memerlukan
bimbingan dan perhatian. PRS sebagai khidmat sokongan.
Belum lagi menjelajah dan menggunakan pengaruh rakan sebaya
secara sistematik untuk membimbing rakan-rakan kearah perlakuan
positif.
Membantu khidmat bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan
saluran untuk mencurahkan perasaan, dan perkara lain yang tidak
dinyatakan kepada orang dewasa.

FALSAFAH
“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”
PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan,
kemahiran, kreativiti dan keimanan.

7.0.

VISI
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang
dan berkualiti.

8.0.

MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing
Rakan Sebaya.

9.0.

MATLAMAT
9.1.
9.2.
9.3.

Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dikalangan pelajar.
Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni
berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang
peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa
dalam masyarakat majmuk.

9

9.4.

10.0.

OBJEKTIF
10.1.
10.2.
10.3.
10.4.

11.0.

Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS
dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah
salahlaku dikalangan pelajar.

Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi
akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.
Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan
PRS.
Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka
berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.
Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh menggerakan
program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

ETIKA PRS
PRS perlu patuh kepada etika berikut:
11.1.
11.2.
11.3.
11.4.
11.5.
11.6.
11.7.

12.0

Amanah dan menyimpan rahsia.
Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
Tahu batasan dan keupayaan diri.
Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek.
Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tenteng
kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan
Kaunseling.
Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

IKRAR PRS
Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan
teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS ) sesi _____.
12.1.
12.2.
12.3.
12.4.
12.5.
12.6.

13.0

Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta
amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan
Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
Berusaha menjadi pelajar contoh.
Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS

SENARAI TUGAS PRS
13.1.
13.2.

Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan
sekeliling.
Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan

10

13.3.
13.4.
13.5.
13.6.
13.7.
13.8.
13.9.
13.10.
13.11.
13.12.
13.13.
13.14.
13.15.
13.16.

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling
seperti membuat rujukkan jika perlu.
Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan
dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri,
Berasa selesa dan berimpati.
Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif
sebelum membuat keputusan.
Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah
positif.
Mematuhi etika kerahsiaan.
Menyedari bahawa buka semua masalah boleh diatasi.
Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah
biasa/normal.
Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan
Mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar
melalui pengalamannya.
Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain
supaya melibatkan diri.
Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk
Membantu.

BAHAGIAN 2: PENGURUSAN

3.0

Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah-sekolah Malaysia

11

3.1

Carta Airan Pengurusan PRS
Kajian Tindakan
Penyediaan Kertas Cadangan Penubuhan
Perbincangan dengan Pengetua
Taklimat kepada semua guru
Hebahan/Publisiti/Iklan
Borang Permohonan Keahlian
& Borang Cadangan
Proses Borang Permohonan
Temuduga
Surat Tawaran/Surat Makluman kepada ibu Bapa
Surat Panggilan Kursus

3.2

Kertas Cadangan Penubuhan PRS

1.0

Pendahuluan

12

Keperluan PRS di sekolah berlandaskan latar belakang masalah di
sekolah/
Rasional Penubuhan.
1.1

Matlamat Penubuhan PRS

1.2

Objektif

1.3

Sasaran

1.4

Tempoh

1.5

Ahli Jawatankuasa

1.6

Proses:
1.6.1

Pelan Tindakan Penubuhan PRS
(Rujuk Lampiran 1)

1.7

Penutup

1.8

Lampiran
1.0

2.0

Contoh Borang
1.1

Borang Permohonan

1.2

Borang Cadangan

Surat
2.1

Surat Panggilan Temuduga

2.2

Surat Tawaran

2.3

Surat makluman kepada Ibu/Bapa/Guru Tingkatan

2.4

Surat Persetujuan Ibu/Bapa/Penjaga

2.5

Surat Panggilan Kursus Asas PRS

2.6

Surat Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga (rujuk surat kebenaran ibu bapa/penjaga di sekolah
masing- masing)

13

LAMPIRAN 1
1.6.1

Pelan Tindakan Penubuhan PRS

Bil. Perkara
1.

Publisiti / Taklimat Guru

2.

Keluarkan borang Permohonan & borang

3.

cadangan.
Proses Borang Permohonan

4.

Temuduga

5.

Surat makluman kepada ibu bapa/guru

6.

tingkatan/surat tawaran kepada pelajar
Surat Panggilan Kursus

7.

Kursus Asas PRS

8.

PRAKTIKAL / Percubaan/Ujian

Jan

Feb

Mac

April Mei

Jun

Julai Ogos Sept

Okt

Catatan

(Lisan&Bertulis)
9.

Kursus Lanjutan

10.

Perlantikan Rasmi

14

11.

Calon-calon PRS yang gagal kursus perlu
ulang tahap 7 (Kursus Asas ) dan
seterusnya

15

Borang PRS 1.1
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK / SK ___________________
Telefon/ Fax :………………………

BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Nama
:…………………………………………………..
………………………
Jantina

: …………………………..

No. K/P
……………………

Ting. :

Kaum : ……………………

: …………………………………………………. No. S.B

:

Tatikh Lahir : …………………………………………………. Tempat Lahir:
………………
Alamat
:
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
Sebab anda berminat untuk menjadi PRS :

……………………………………….potong di sini
………………………………………………………………
BORANG
PRS 1.2
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK/SK .............................................................
Ruj. Kami : Bil. ( 07 ) dlm. SMK ……./02/02/006
Tarikh
: ______
JAWAPAN PANGGILAN TEMUDUGA PRS
Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari dijemput untuk menghadiri temuduga seperti
ketetapan berikut :
Tarikh
:
………………………………
Tempat
:
……………………………….
Masa
:
……………………………….
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
16

Saya Yang Menjalankan Tugas,
…………………………………………
(
)
Kaunselor/Guru Bimbingan
SMK /.SK
Borang PRS 2.1
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK / SK ___________________
Telefon/ Fax :………………………

BORANG CADANGAN KEAHLIAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Pengetua,
SMK / SK ___________________
(U.P. Penasihat UBK)
Tuan/Puan,
Cadangan Calon Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Berikut dikemukakan calon-calon PRS Tahun _______________
Bil.

Nama

Jant.

Ting.

No.
KP

* Kriteria Pencalonan

Ciri –ciri calon PRS :
1 .Suka menolong

2.

Bertanggungjawab

3.

5.

Mudah diterima oleh rakan sebaya

Peramah & mudah

mesra
4. Boleh dipercayai
Sekian, terima kasih.
Tanda tangan
………………………………….

Tarikh : ………………………

Guru Kelas / Guru tingkatan
……………………………………………………potong di sini
…………………………………………………
Borang PRS 1.2
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK/SK ………………………
Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK BBST/02/02/006
Tarikh
: __________________
17

JAWAPAN PANGGILAN TEMUDUGA PRS
Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari dijemput untuk menghadiri temuduga seperti
ketetapan berikut :
Tarikh
Tempat
Masa
Sekian, terima kasih.

:
:
:

………………………………
……………………………….
……………………………….

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
…………………………………………
(
)
Kaunselor/Guru Bimbingan
Borang PRS 2.2
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK / SK ___________________
Telefon/ Fax :………………………

BORANG TAWARAN KEAHLIAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK BBST/02/02/006
Tarikh
: __________________________
Kepada:
…………………………………………………
Ting. ……………………………
Saudara /Saudari,
TAWARAN MENJADI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN
……………………
Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari telah terpilih sebagai Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS) Tahun ………………. di sekolah ini.
2.

Diharap saudara/saudari dapat memberi momitmen dan perkhidmatan yang cemerlang.

3.
Saudara/saudari juga dikehendaki mengikuti Kursus Asas PRS yang akan dimaklumkan
kemudian.

18

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menjalankan Tugas ,
…………………………………………
(
)
Kaunselor Pelajar / Guru Bimbingan
SMK /.SK

Borang PRS
2.3
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK / SK ___________________
Telefon/ Fax :………………………

SURAT MAKLUMAN KEAHLIAN KEPADA IBU/BAPA
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Ruj. Kami : Bil. (
Tarikh
:

) dlm. SMK BBST/02/02/006

Kepada:
Ibu Bapa/Penjaga/Guru Tingkatan
Tuan/Puan
MAKLUMAN TAWARAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN
……………….
Nama Pelajar: ____________________________________________
No. K.P.
: ______________________________
Kelas/Ting. : ______________________________
Sukacita dimaklumkan bahawa anak/anak jagaan/pelajar tuan/puan telah dilantik sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah ini. Syabas dan Tahniah diucapkan.
2.
Sehubungan dengan itu, pelajar tersebut dikehendaki mengikuti Kursus Asas PRS dan
dikehendaki lulus kursus-kursus yang akan diadakan dari masa ke semasa.
19

3.

Sokongan dan komitmen daripada tuan/Puan amatlah diharapkan .

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menjalankan Tugas ,
…………………………………………
(
)
Kaunselor Pelajar / Guru Bimbingan
SMK /.SK

Borang PRS 2.4
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK / SK ___________________
Telefon/ Fax :………………………

SURAT JAWAPAN PENERIMAAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Ruj. Kami : Bil. (
Tarikh
:

) dlm. SMK BBST/02/02/006

……………………………………………………..
(Nama ibu/bapa/penjaga)
Alamat : ………………………………………….
Kepada :
Pengetua,
SMK / SK ___________________
20

(U.P. Penasihat UBK)
Tuan/Puan,
SURAT JAWAPAN TAWARAN KEAHLIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
TAHUN ……………….
Bahawasanya saya, ……………………………………………………….. Bersetuju /Tidak
Bersetuju anak/jagaan saya yang bernama
………………………………………………………….. tingkatan/kelas
…………………………………………….. menjadi Ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
tahun ……………………………………
Sekian, terima kasih.
Saya Yang Benar,
…………………………………………
(
)
Nama Ibu/Bapa/Penjaga

Borang PRS
2.5
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK / SK ___________________
Telefon/ Fax :………………………

SURAT PANGGILAN KURSUS ASAS
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Ruj. Kami : Bil. (
Tarikh
:

) dlm. SMK BBST/02/02/006

Kepada:
21

Saudara / Saudari,
Nama
Ting.

: ………………………………………………….
: ……………………………………

Saudara / Saudari,
KURSUS ASAS PRS TAHUN ………………………………..
Adalah dimaklumkan bahawa saudara /saudari diminta menghadiri kursus di atas seperti
ketetapan berikut :
Tarikh
Tempat
Masa

:
:
:

………………………………
……………………………….
……………………………….

2.
Sebarang kemusykilan, sila hubungi Kaunselor / Guru Bimbingan Sekolah anda di
talian : …………………………………….

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menjalankan Tugas ,
…………………………………………
(
)
Kaunselor Pelajar / Guru Bimbingan
SMK /.SK

BAHAGIAN 3: PENGENDALIAN KURSUS / PRAKTIKAL.
4.1

Contoh Kertas Cadangan Penubuhan PRS

1.0 RASIONAL
Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah
ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah
22

dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk
menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
2.0 MATLAMAT
Membina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas untuk
membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.

3.0 OBJEKTIF
3.1

Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya
mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru, keluarga, dan orang lain.

3.2

Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling
supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan rakan.

3.3

Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan
kelemahan diri.

3.4

Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan
kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.

3.5

Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri dan
rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.

3.6

Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat, dan
kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.

4.0 KUMPULAN SASAR
Pelajar yang berminat:
 Kumpulan Perintis - Tingkatan 1 dan 2 seramai 40 orang pelajar lelaki dan perempuan

di bawah kelolaan seorang jurulatih / guru pembimbing.
5.0 INPUT KURSUS

23

Merujuk kepada Modul Latihan Asas PRS Kementerian Pendidikan Malaysia 1992.
6.0 JANGKA MASA KURSUS
Masa tidak kurang daripada 15 jam
( Satu sesi 2 jam x 3 kali seminggu )
7.0 SUMBER KEWANGAN
7.1 PCG Bimbingan dan Kaunseling
7.2 Sumbangan pelajar yang dilantik sebagai PRS
7.3 Derma PIBG
7.4 Derma masyarakat
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bagi tahun ini, kursus melatih kumpulan PRS adakan diadakan pada peringkat dalaman
sahaja iaitu dikendalikan oleh Guru Kaunseling dengan menjalankan aktiviti-aktiviti asas
dalam bidang Perkembangan Diri dan Kemahiran Asas Komunikasi. Oleh yang demikian,
hanya keperluan untuk membeli peralatan tulis sahaja yang diperlukan:
 Kertas Sebak

=

10 x 50 sen

= RM 5.00

 Kad manila

=

10 x 60 sen

= RM 6.00

 Kertas warna

=

5 x 80 sen

= RM 4.00

 Pen Marker ( Merah, Hitam, Biru )

=

6 x RM 2.50 = RM 15.00
Jumlah

= RM 30.00

9.0 PEMILIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS )
Pemilihan PRS sekolah dilakukan berdasarkan langkah-langkah berikut:
LANGKAH 1
 Kaedah 1

 Guru Kaunseling mengiklan di papan kenyataan tentang pemilihan PRS baru.

24

 Masa yang diperuntukkan adalah dalam tempoh seminggu ( 7 hari ) dari tarikh
iklan.
 Pelajar yang berminat diminta untuk mengisi borang permohonan yang boleh
didapati dari Unit Bimbingan dan Kaunseling.
 Kaedah 2

 Dengan mengedarkan soal selidik. Pelajar-pelajar diminta memilih dan mencatatkan
nama pelajar lain yang mereka merasa selesa untuk berbincang tentang sebarang
masalah / persoalan.
 Kaedah 3

 Guru memilih dan mengisi borang cadang nama pelajar yang dianggap sesuai
dilantik sebagai PRS.
LANGKAH 2
 Kaedah 1

 Semua nama pelajar yang dicalonkan akan disenaraikan. Guru Kaunseling akan
membuat satu pemberitahuan tentang tarikh, masa, dan tempat untuk calon-calon
PRS mengikuti ujian personaliti.
ATAU
 Kaedah 2

 Sekiranya bilangan pencalonan tidak melebihi 30 orang, maka satu sesi temuduga
akan dijalankan untuk memilih calon-calon yang layak dilantik sebagai PRS.
 Calon yang terpilih adalah layak untuk mengikuti latihan asas PRS yang akan
dimaklumkan.

Contoh Risalah / Iklan PRS
PROGRAM LATIHAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Apa itu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)?

25

Ia adalah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutama mereka yang
memerlukan pertolongan di dalam mengendalikan masalah. Pembimbing Rakan Sebaya akan
dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan kawan-kawan
berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan, dan lain-lain aspek lagi. Maklumatmaklumat yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi
seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan
faham. Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Guru Kaunseling dalam
masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka
menolong kawan memahami diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya sendiri akan
belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran-kendiri (self-awareness).
Adakah anda masih berminat mengikuti latihan ini?
Ringkasnya Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) ialah:
 seorang yang mesra dan senang bergaul dan berupaya menolong orang lain.
 mempunyai sifat menerima, sabar, mengambil berat, berminat, dan boleh dipercayai.
 mempunyai sikap yang positif terhadap kawan-kawan sebaya, sekolah, dan juga orang
dewasa.
Apa tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya?
 Menjadi pendengar yang faham kepada masalah kawan.
 Membantu Guru Kaunseling di dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.
 Membantu pelajar baru dalam masa orientasi.
 Memimpin kumpulan perbincangan.
 Membantu Guru Kaunseling di dalam kaunseling kelompok.
 Menjadi tenaga pengajar kepada pelajar yang lemah di dalam satu-satu mata pelajaran.
 Menjadi sebagai contoh / model.
 Merancang projek membantu pelajar-pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi moral

dan material.
 Menolong menjayakan kempen-kempen untuk faedah pelajar umumnya.

Masihkah anda berminat?

26

Jika masih berminat, isikan borang permohonan yang boleh didapati daripada Guru
Kaunseling di Bilik Kaunseling sama ada:
 Anda sendiri berminat untuk memohon menjadi ahli PRS ; atau
 Anda ingin mencadangkan nama rakan anda yang anda tahu dia berminat dan

berpotensi untuk menjadi ahli PRS.
Pemilihan akan dibuat sedikit masa lagi. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah
dimasukkan ke dalam kotak berwarna merah yang diletakkan di pintu Bilik Bimbingan &
Kaunseling.

Disediakan oleh;

Tarikh :

………………………………….
…………………………………….
(

)

Guru Kaunseling / Guru Bimbingan

Contoh Borang Cadang Nama PRS

27

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABD
RAHMAN PUTRA
JALAN USJ 4/3, 47600 SUBANG JAYA,
CADANGAN PESERTA
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS )

Saya ingin mencadangkan _________________________________________
dari Tingkatan

_________________________

menjadi peserta dalam projek Latihan

Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 Subang Jaya. Pelajar ini
saya dapati layak untuk menjadi seorang PRS kerana :

1. __________________________________________________________
2. __________________________________________________________
3. __________________________________________________________
4. __________________________________________________________
5. __________________________________________________________

Nama *Guru / Pelajar yang mencalonkan nama:

Tarikh : …………………………..

………………………………………………………
Tingkatan : ……………………………………….

* Potong yang tidak berkenaan

4.2

Lantikan Jawatankuasa
28

Jawatankuasa Induk
Penasihat

: Pengetua / Guru Besar

Pengerusi

: GPK HEM

Naib Pengerusi

: Penyelia Petang

Setiausaha

: Guru Kaunseling / Guru Bimbingan

Penolong Setiausaha : Guru Kaunseling / Guru Bimbingan
Bendahari

: Bendahari PIBG

AJK

: Penyelaras Tingkatan 1 – 5 / Penyelaras Darjah 4 – 6
Guru Disiplin
Guru Pendidikan Islam / Guru Pendidikan Moral

4.3

Mesyuarat JK Pelaksana Kursus
i)

Berbincang dengan GPK HEM dan usul kertas cadangan.

ii)

Mendapatkan kelulusan

iii)

Tetapkan tarikh mesyuarat dan tentukan agenda dan tempahan bilik mesyuarat

iv)

Keluarkan surat panggilan mesyuarat

v)

Menjalankan mesyuarat

vi)

Menyediakan

minit

mesyuarat

yang

juga

terkandung

senarai

tugas

Jawatankuasa
vii)

4.4

Maklumkan rancangan tahunan kepada Jawatankuasa

Surat Jemputan Penceramah
-

Surat yang dikeluarkan adalah ditandatangan oleh Pengetua / Guru Besar

29

4.5

Mengendalikan Ujian Lisan / Bertulis

PENGENDALIAN KURSUS/ LATIHAN/ PRAKTIKAL
4.2

Lantikan Jawatankuasa Pelaksana Kursus
30

Contoh :
Penasihat
:
Pengerusi
:
Naib Pengerusi:
Setiausaha
:
Naib Setiausaha:
Bendahari
:
AJK
:

4.3

Pengetua/ Guru Besar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penyelia Petang
Guru Kaunseling SM / Guru Bimbingan SR/
Guru Penasihat PRS
Guru Kaunseling/ Guru Bimbingan
Bendahari PIBG
i)
Penyelaras Tingkatan 1-5
ii)
Guru disiplin
iii)
Guru Agama / Pendidikan Moral

Carta Aliran Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Kursus
Contoh :
Berbincang dengan PK HEM
(Usulkan kertas cadangan)
Dapatkan kelulusan
Tetapkan tarikh mesyuarat,
Tentukan agenda, tempahan bilik mesyuarat
Keluarkan surat panggilan mesyuarat
Mesyuarat dijalankan
# Rujuk contoh minit mesyuarat, senarai tugas J/K,
Rancangan Tahunan PRS.

4.4

Surat Jemputan kepada kepada penceramah

4.4.1
4.4.2
4.4.3

Surat Pelepasan/ Jemputan Penceramah mesti ditandatangani oleh tanda tangani.
Surat jemputan kepada penceramah perlu melalui dan salinan PPD
Setiap surat mesti Salinan Kepada ( s.k) ke PPD. (Ketua Sektor Pengurusan &
Pembangunan Manusia).

4.5

Mengendalikan Ujian Lisan / Bertulis

31

Contoh-contoh soalan Ujian Lisan dan Bertulis
UJIAN LISAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.

Nama, Tempat tinggal, kampung, Anak yang ke berapa, Ibu bapa/penjaga, cita-cita,
hobi, isu-isu semasa dan lain-lain.
Bagaimana anda boleh menjadikan unit bimbingan dan kaunseling lebih diminati di
kalangan pelajar ?
Dari mana anda mendapatkan maklumat tentang PRS.
Kenapa anda berminat untuk menjadi PRS?
Apakah maksud PRS?
Bagaimana anda menghabiskan masa lapang anda?
Apakah peranan anda yang boleh anda mainkan sebagai PRS yang berjaya?
Apakah kekuatan/ kelemahan yang ada pada diri anda untuk menjadi seorang PRS?
Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar di
sekolah ini?
Bagaimana cara yang boleh menjadikan seseorang pelajar itu sebagai PRS yang
berkesan?
Adakah pernah anda menolong rakan anda dalam menyelesaikan masalah?
Apakah program / aktiviti unit bimbingan dan kaunseling yang telah anda ikuti di
sekolah ini?
Apakah pandangan anda mengenai unit bimbingan dan kaunseling?
Pada pandangan anda, apakah personality , kebolehan, kemahiran yang mesti ada pada
PRS?
Jika anda ada masalah, mahukah anda berbincang dengan seseorang mengenai masalah
tersebut. Mengapa?
Apakah harapan anda/ cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan unit
bimbingan dan kaunseling di sekolah?
Berapakah jumlah guru Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini?
Apakah yang anda tahu tentang kaunseling/ komunikasi?
Bagaimanakah cara anda mengendalikan sesebuah kes rakan anda yang kronik?
Bagaimanakah cara anda memberi respon / tindakbalas terhadap cerita rakan anda?
Apakah perasaan anda jika anda tidak terpilih sebagai PRS pada tahun ini?

UJIAN BERTULIS
32

Nama
Tingkatan
Tarikh

: ………………………
: ………………………
:……………………….

ARAHAN
: Sila beri respon kepada satu jawapan sahaja, dengan membulatkan jawapan
yang anda pilih.
1.

Komunikasi di antara manusia ialah
A. Cara kita berhubung dengan orang lain
B. Cara kita menggunakan alat-alat pancaindera
C. Cara kita menggunakan khidmat orang lain
D. Cara kita berusaha mencari bantuan orang lain

2.

Di bawah ialah sebab-sebab berlakunya masalah perhubungan di antara manusia,
melainkan:
A.
B.
C.
D.

3.

Kaunseling bermaksud
A.
B.
C.
D.

4.

Pertemuan bersemuka di antara Kaunselor dengan Klien
Kaunselor beri nasihat
Klien diberi pertolongan material
Menyelesaikan semua masalah

Satu cara meninggikan kepercayaan terhadap seseorang ialah
A.
B.
C.
D.

5.

Tidak faham bahasa
Sudah ada syak-prasangka
Maksud yang dihantar tidak jelas
Persefahaman di antara satu dengan lain

Pendedahan diri yang tinggi
Beri pinjam duit
Perhubungan yang berkesan
Selalu berjumpa

Di dalam memberi kepercayaan kepada seseorang terdapat risiko:
A. Sama ada hubungan menjadi lebih baik atau buruk terpulang kepada kelakuan
seseorang itu pada masa hadapan
B. Hubungan dengan seseorang akan bertambah erat
C. Kepercayaan yang diberi akan menambahkan beban seseorang
D. Hubungan dengan seseorang tidak akan berlanjutan.

6.

Etika Kaunselor ialah seperti di bawah MELAINKAN:
33

A.
B.
C.
D.
7.

Di dalam perhubungan kaunseling, pekara yang pertama yang harus diusahakan oleh
Kaunselor ialah:
A.
B.
C.
D.

8.

Memberi pertolongan secepat mungkin
Membina hubungan Kaunselor-Klien yang kukuh
Mendapat beberapa banyak maklumat mengenai Klien
Memberi nasihat yang berguna

Kemahiran penting yang harus dipelajari oleh Kaunselor ialah:
A.
B.
C.
D.

9.

Menyimpan rahsia
Memberi rujukan khidmat lain jika Kaunselor tidak upaya menolong
Menerangkan dengan jelas syarat-syarat menerima pertolongan
Menganggap Klien bukan unik, mereka serupa sahaja

Memberi nasihat
Memberi maklumat
Memberi perhatian
Memberi panduan

Empati bererti:
A. Faham tentang perasaan dan emosi seseorang seolah-olah diri sendiri
mengalaminya.
B. Berasa kasihan terhadap penderitaan seseorang
C. Menghormati perasaan seseorang dengan tidak mencungkil
D. Memberi pertolongan supaya seseorang itu tidak menderita lagi

10.

Respon yang menunjukkan empati kepada ayat ini: “Saya tidak tahu apa yang mesti
saya buat. Setiap kali saya bericadangan ada saja yang tidak betul. Kalau macam ini
lebih baik saya berdiam diri”
A.
B.
C.
D.

11.

‘Pendedahan Diri’ di dalam konteks kaunseling bererti:
A.
B.
C.
D.

12.

Kalau macam itu, memang baik awak berdiam diri.
Mungkin awak cakap kasar dengan dia
Awak rasa bosan dengan sikap dia
Usaha awak untuk mengambil bahagian tidak dihargai, ini membuat awak marah
dan kecil hati.

Membuka minda
Mendedahkan rahsia orang
Menceritakan hal peribadi yang sulit kerana percaya.
Berkongsi perasaan

Di dalam memberi respon menunjukkan empati, perkara yang ditekankan ialah:
34

A.
B.
C.
D.
13.

Memberi respon (maklumbalas) yang minimum adalah seperti di bawah:
A.
B.
C.
D.

14.

Menukar perlakuan kepada yang lebih diterima
Menerima masalahnya
Memberi pertolongan seberapa yang boleh
Menggalakkan perlakuan yang sedia ada

Kaunseling individu ialah untuk:
A.
B.
C.
D.

19.

Ini awak punya?
Bagaimana perasaan awak sekarang?
Awakkah yang buat?
Tahukah awak siapa yang melakukannya?

Matlamat kaunseling individu yang bermasalah ialah:
A.
B.
C.
D.

18.

Gerak Badan
Air Muka
Pandangan Mata
Tanpa pertemuan

Satu daripada kenyataan di bawah menunjukkan soalan jenis terbuka:
A.
B.
C.
D.

17.

Benci, marah, gundah
Terlupa, terkenang, bersepah
Gembira, senang, tenang
Kecewa, hampa, bangga

Maksud yang hendak disampaikan boleh diberi melalui, MELAINKAN
A.
B.
C.
D.

16.

“Hmm…m…m
“Ceritakanlah lagi, apa berlaku”
“Tentu awak rasa marah pada saya”
“Oh, begitu rupanya”

Kumpulan perkataan-perkataan di bawah menunjukkan perasaan seseorang,
MELAINKAN:
A.
B.
C.
D.

15.

Kisah yang diceritakan oleh seseorang
Perasaan seseorang apabila berlaku satu peristiwa
Keinginan seseorang untuk bercerita
Perkara-perkara yang ditinggalkan semasa bercerita

Orang sakit jiwa
Orang yang ada masalah biasa
Orang gila
Orang yang dirasuk fikiran yang karut

Satu daripada cara memastikan seseorang kaunselor itu faham tentang apa yang
dicadangkan oleh klien ialah
35

A.
B.
C.
D.
20.

Mengesahkan (Checking)
Cungkil
Berdiam diri
Menerima

Satu daripada cara untuk menolong seseorang mengetahui tentang dirinya ialah:
A.
B.
C.
D.

Beri maklumbalas yang jujur
Jangan ditegur
Perhatikan sahaja
Beritahu orang lain

UJIAN EMPATI
(RESPON BERKESAN)
36

Nama
Tingkatan
Tarikh

: ………………………
: ………………………
:……………………….

ARAHAN: Baca kenyataan di bawah. Cuba anda pilih satu jawapan sahaja dengan
menandakan kepada respon yang anda fakir PALING sesuai untuk kenyataan-kenyataan
berikut.
1.

“Kedua ibu bapa terutama ayah saya merasa kecewa dengan saya. Dia sering
membandingkan saya dengan kakak saya. Kenapa dia tidak menerima hakikat bahawa
saya tidak dapat menandingi kakak saya?
A. Mungkin ayah anda berpendapat bahawa anda tidak benar-benar berusaha seperti
kakak anda.
B. Telah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa membandingkan anak-anak mereka.
Mungkin anda bersikap terlalu sensitive.
C. Anda merasa marah dan kecil hati kerana ayah anda tidak menghargai diri anda?
D. Apakah sebab-sebab kenapa ibu bapa anda tidak berpuas hati dengan anda?

2.

“ Saya cuba ikut nasihat cikgu. Saya tidak mahu lagi berkawan dengan budak-budak
jahat itu, tetapi mereka sentiasa mengganggu saya. Apa patut saya buat?”
A.
B.
C.
D.

3.

Jangan pedulikan mereka, buat tak tahu saja.
Kenapa awak berkenalan dengan dia dulu
Awak rasa menyesal sekarang berkawan dengan dia dulu.
Awak rasa bimbang dan takut setiap kali mereka menganggu awak. Awak rasa
diri awak terancam dan sekarang awak serba salah.

“Saya tak dapat langsung menumpukan perhatian pada pelajaran. Fikiran saya
melayang setiap kali saya mula belajar, saya apa pun tak dapat saya kerjakan. Kalau
beginilah seterusnya, saya pasti gagal. Oh Tuhan, apa yang harus saya lakukan? Saya
tak pernah gagal sebelum ini. Kedua ibu bapa menaruh penuh harapan kepada saya.”
A. Jangan bimbang. Kadang-kadang seseorang itu gagal. Saya pasti ibu bapa anda
akan faham.
B. Saya rasa awak ini terlalu memberatkan harapan keluarga anda
C. Oleh kerana penumpuan perhatian merupakan masalah anda, bolehkah anda
sebutkan perkara-perkara menganggu fikirkan anda sehingga menghalang kerjakerja anda?
D. Rasa takut gagal buat pertama kalinya di dalam hidup dan tidak dapat memenuhi
harapan ibu bapa amat merunsingkan anda.

4.

“Adik saya mahu mengaku saya ini kakak dia. Tiap-tiap kali dia cakap dengan
kawannya saya bukan kakak dia. Saya ingat dia benci saya”
37

A. Awak rasa kecil hati adik awak menolak awak sebagai kakaknya. Dia buat awak
rasa kekurangan pada diri awak.
B. Mengapa dia tidak mahu mengaku, kan ke awak kakak dia? Semua orang tahu.
C. Agaknya dia iri hati dengan awak sebab awak cantik?
D. Awak cakaplah dengan dia yang awak rasa kecil hati, bila dia kata begitu.
5.

“ Kadang-kadang saya mahu berhenti sekolah. Saya tidak nampak faedah mempelajari
semua ini yang kebanyakannya tidak berguna langsung apabila saya bekerja nanti.”
A. Jangan lakukan sesuatu yang akan anda kesali kemudian kelak. Anda tidak akan
sedar pentingnya pelajaran sehingga anda mengharungi alam pekerjaan
B. Kenapa anda mengatakan yang pelajaran tiada kaitan dengan pekerjaan anda pada
masa depan?
C. Mempelajari sesuatu yang kurang berkaitan dengan dunia pekerjaan benar-benar
membosankan anda dan ini membuat anda ingin behenti sekolah
D. Saya faham sekolah menjemukan kerana saya pernah merasa begitu

6.

“ Saya tahu saya gemuk. Itu sebab orang tak suka saya.”
A.
B.
C.
D.

7.

Lebih baik awak diet
Biasanya orang gemuk memang orang tak suka
Awak rasa awak tak cantik sebab awak gemuk
Awak rasa sedih bila orang tak pedulikan awak. Awak rasa diketepikan kerana awak
gemuk.

“Saya sedang memikirkan dengan serius untuk menarikdiri daripada pencalonan
sebagai ketua murid. Saya rasa ada pelajar lain yang lebih berkebolehan untuk
menjalankan tugas itu”
A. Anda tidak sepatutnya mengundur diri disaat akhir. Apa anggapan kawan-kawan
dan guru-guru anda nanti.
B. Bagi saya anda mempunyai kebolehan menyandang jawatan itu, lebih-lebih lagi
pada tahun lalu anda adalah nai ketua murid.
C. Adakah sesuatu kurang pada diri anda yang membuatkan anda merasa tidak dapat
menjalankan tugas itu sebaik orang lain?
D. Anda ragui kebolehan anda memikul tanggungjawab sebagai ketua murid.

8.

“ Macam mana nak belajar? Mak bapa saya sentiasa berkelahi. Macam mana saya nak
tumpukan fikiran pada pelajaran?”
A. Mengapa mak bapa awak selalu berkelahi?
38

B. Awak pergilah belajar di perpustakaan
C. Awak rasa curiga dan takut setiap kali mak bapa awak berkelahi. Ini membuatkan
awak runsing dan tak tenteram
D. Awak tak boleh tumpukan fikiran pada pelajaran sebab emak bapa awak selalu
berkelahi.
9.

“Saya tak tahan lagi dengan ibu bapa saya. Asyik nak ambil tahu hal saya saja. Kenapa
tak boleh biarkan sahaja saya sendirian?. Kadang-kadang saya rasa lebih baik mereka
mati.”
A. Anda tidak harus mengeluarkan kata-kata begitu terhadap ibu bapa anda. Saya pasti
mereka kasihkan anda.
B. Anda rasa ibu bapa anda mengongkong hidup anda dan ini benar-benar
membosankan anda.
C. Kemungkinan ibu bapa anda merasa anda masih memerlukan perhatian dan
perlindungan.
D. Bersabarlah. Saya faham perasaan anda. Saya pasti ibu bapa anda akan memberi
anda kebebasan yang lebih setelah anda dewasa.

10.

“Saya tak ada masa untuk belajar. Saya orang miskin dan terpaksa membantu emak
saya menjual kuih.
A. Awak rasa bertanggungjawab terhadap adik beradik awak.
B. Tanggungjawab yang awak pikul sangat berat & awak tak berani melepaskannya
kerana takut bersalah.
C. Saya kasihan melihat penderitaan awak. Boleh saya beri RM50 untuk menolong
awak.
D. Adik-beradik awak yang lain tak boleh menolong awak?

LATIHAN KOMUNIKASI

39

ARAHAN: Tandakan satu respon yang anda fikirkan boleh menunjukkan anda mendengar
dengan empati dan boleh menggalakkan rakan anda berkongsi maklumat tambahan
selanjutnya.
1.

“Ali beritahu saya, Cikgu hendak jumpa saya.”
A. Ya, saya dengar awak tak boleh bergaul dengan orang lain di dalam kelas
B. Oh ya, memang betul. Cakaplah apa yang telah berlaku antara awak dengan kawankawan lain di dalam kelas
C. Memang sudah lama saya hendak bercakap dengan awak. Bagaimana perasaan
awak tentang kawan-kawan awak di dalam kelas selama ini?
D. Ya, saya cuma ingin menolong anda supaya berasa senang di dalam kelas. Boleh
kita bincang tentang apa yang berlaku di dalam kelas selama ini.
E. Saya hendak dengar cerita awak tentang apa yang berlaku di dalam kelas.

2.

“Memang saya tak akan berjaya di dalam temuduga itu. Saya tahu saya akan gagal
seperti dulu juga.”
A. Tidak, Awak takkan gagal. Katakan pada diri awak, awak takkan gagal
B. Hai, awak harus yakin pada diri sendiri, saya pasti awak berjaya
C. Awak bertanyalah orang yang pernah pergi temuduga, mungkin mereka boleh
tolong awak untuk jadikan panduan.
D. Awak bertanyalah orang yang pernah pergi temuduga, mungkin mereka boleh
tolong awak untuk jadikan panduan.
E. Awak rasa, sebab awak pernah gagal masa lepas di dalam temuduga, kali ini pun
akan gagal juga.

3.

“ Saya datang berjumpa awak kerana saya perlukan pertolongan. Apa patut saya buat?
A. Nampaknya awak mahu saya beritahu awak apa yang harus awak lakukan.
B. Perkara pertama pertama yang patut awak buat ialah mendapatkan seberapa banyak
maklumat. Sudah awak Tanya tentang biasiswa?
C. Saya tak boleh menyelesaikan masalah awak
D. Apa yang awak hendak buat?
E. Saya tidak pasti. Boleh kita bincang lagi tentang perkara itu?

4.

“Kalaulah saya dengar cakap bapa saya, perkara ini tidak akan berlaku”
A.
B.
C.
D.

Kita hidup dan kita belajar. Bukan buruk sangat membuat kesilapan.
Menyesali perkara yang telah berlaku tiada guna
Memang susah. Cakaplah pada saya apa yang telah berlaku.
Awak rasa takut sebab bapa awak selalu betul di dalam beberapa perkara.Mungkin
ada perkara lain yag dia betul.
E. Saya tertanya-tanya apa yang awak telah usahakan untuk menolong diri awak
sendiri.
Ingat! bila anda memberi respon, anda tidak mahu menjadi seperti hakim, penyiasat @
seolah-olah tidak berminat. Memang sukar untuk kita menyampaikan rasa mesra dan
penerimaan melalui kata-kata. Pendedahan diri yang sangat awal, tidak akan menolong
40

kerana perhatian ditumpukan pada diri sendiri. Cubalah sampaikan perasaan yang
sedang dialami oleh Klien anda.

SELAMAT MENCUBA

4.6

Praktikal

41

CONTOH SOALAN-SOALAN LISAN:
1. Berikan definisi Pembimbing Rakan Sebaya ?
Jawapan :
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang
kemahiran asas ko