Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembel

Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Forum Panel)

Pengerusi: Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, ahli-ahli panel
yang bersama kita ialah saudara James Ngu (panel 1), saudari Tan Wei Shean (panel 2) dan
saudari Ting Tion Siew (panel 3). Saya Grace Chee, selaku pengerusi dan akan bersama ahliahli panel kepada forum untuk membicarakan tajuk kali ini, iaitu “Aplikasi ICT dalam Pengajaran
dan Pembelajaran”. Sebelum kami menyelami tajuk ini, saya akan memperkenalkan aplikasi
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulu. Sebagai guru pada abad ke-21, perlu
pandai menggunakan ICT. Jika tidak, kita akan ketinggalan zaman. Saya mempersilakan
saudara James Ngu untuk menjelaskan kebaikan aplikasi ICT dalam pengajran dan
pembelajran.
Panel 1: Terima kasih, pengerusi. Kebaikan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) ialah kelas akan menjadi lebih menarik kerana murid pada zaman ini sudah menguasai
kemahiran ICT. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran akan menarik perhatian para murid.
Dengan itu, merek akan lebih fokus kepada proses pengajaran yang dijalankan kerana suasana
kelas tidak akan membosankan dengan adanya penggunaan ICT dalam proses P&P.
Panel 2: Tepat sekali pendapat saudara James tadi. Selain kelebihan yang dikemukakan oleh
saudara James, aplikasi ICT dalam proses P&P juga dapat meningkatkan daya kefahaman
murid tentang sesuatu topik yang diajari. Misalnya, ada banyak fakta perlu diingat dalam mata
pelajaran Sejarah. Dengan menggunakan ICT dan grafik dan animasi menarik, mereka dapat
menguasai dengan cepat dan berkesan.
Panel 3: Bagi saya, aplikasi ICT untuk kegunaan pembelajaran dan pengajran ada

keburukannya, iaitu pelajar kurang biasa menulis nota. Mereka akan terlalu bergantung kepada
ICT. Oleh itu, saya tidak setuju dengan panel 1 dan panel 2. Itu sahaja daripada saya.
Pengerusi: Daripada perbincangan ahli-ahli panel, aplikasi ICT ada kebaikan dan keburukan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penonton diseru agar tidak menyalahgunakan
ICT. Sekian terima kasih.