KESAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TER

KESAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TERHADAP
PERKEMBANGAN JENAYAH KOMPUTER

AHMAD ZAIRY BIN ZAINOL ABIDIN

Pengenalan

Pembangunan di Malaysia menekankan pembangunan ekonomi yang diimbangi
dengan pembangunan dan keadilan sosial yang boleh dinikmati segenap lapisan
masyarakat. Ia merupakan sebuah pembangunan yang dirancang untuk membawa negara
ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Di era globalisasi, ledakan maklumat dan
revolusi teknologi telah membantu dalam memesatkan lagi proses pembangunan yang
dirancang. Namun begitu, dalam kita menelusuri arus pembangunan yang ada pada masa
kini, kita tidak ketinggalan dalam menerima tempias yang datang bersama-sama dengan
arus pembangunan yang dirangka. Isu, cabaran dan masalah yang timbul tidak dapat dielak
dan meliputi perbagai aspek kehidupan sekiranya ingin dibincangkan. Oleh itu, untuk
memahami akan isu, cabaran dan masalah yang dihadapi ini, tema berkaitan Keselamatan
telah dipilih. Berdasarkan kepada tema ini, tajuk yang akan di bincangkan adalah Kesan
Pembangunan Teknologi Maklumat terhadap Perkembangan Jenayah Komputer.

Pembangunan yang dirancang di era globalisasi ini lazimnya tidak dapat dipisahkan

dengan era teknologi maklumat. Globalisasi berkait dengan teknologi dan maklumat telah
membawa satu transformasi baru yang membawa banyak perubahan dalam dunia kini.
Pelbagai pandangan yang mengatakan bahawa globalisasi telah bermula dengan penciptaan
dan pencapaian baru dalam sejarah peradaban manusia iaitu penciptaan teknologi
maklumat dan komunikasi. Pencapaian ini kemudiannya diikuti oleh perubahan dalam
skala dan sifat penghasilan barangan dan perkhidmatan, pembahagian global bagi tenaga
kerja dan kuasa, penyebaran maklumat, berita dan lain-lain. Secara jelasnya, globalisasi
telah membawa satu fenomena ‘grand force’ yang membawa perubahan dalam bidang
ekonomi, politik dan sosial masyarakat dunia. Penduduk dunia kini saling terikat dalam
satu bentuk jaringan dan bergantungan di antara satu sama lain merentasi ruang dan masa.

1

Malah, satu perkara penting juga adalah revolusi pemikiran. Globalisasi telah membawa
perubahan kepada pemikiran penduduk dunia dan keadaan ini diperkuatkan lagi dengan
kecanggihan teknologi yang dijana oleh proses modenisasi yang menjadikan manusia di
seluruh dunia menjadi semakin dekat dan saling terikat antara satu sama lain. Menurut
Ishak Shaari (2006) mengatakan bahawa globalisasi sedang membawa perubahan kepada
kuasa, peranan dan autoriti di setiap negara.


Namun begitu, implikasi daripada kemajuan dunia teknologi maklumat tidak hanya
memberikan kebaikan dan manfaat kepada dunia global, kemunculan jenayah komputer
merupakan kesan sampingan yang muncul hasil daripada kewujudan kemajuan yang
dirancang ini. Kebergantungan kepada teknologi maklumat dalam era globalisasi membuka
ruang baru untuk munculnya jenayah baru iaitu jenayah komputer. Jenayah komputer
berupaya untuk memberikan ancaman yang lebih besar dan menyeluruh berbanding
jenayah biasa kerana rangkaian yang wujud di dalam dunia siber ini. Pembangunan dunia
teknologi maklumat yang dirancang untuk memberikan kemajuan dan kemudahan kepada
semua telah disalah gunakan oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan tidak baik
dan merosakkan kesejahteraan yang dibina.

Pembangunan

Pembangunan merupakan istilah yang diguna pakai selepas tamatnya Perang Dunia
Ke-2 dalam usaha untuk membentuk kembali masyarakat dunia selepas kemusnahan
Perang Dunia Ke-2. Bermula dengan Marshall Plan iaitu rancangan memulihkan semula
Eropah oleh Jeneral Marshall daripada Amerika Syarikat yang mana ia bertujuan untuk
membantu memulihkan semula Eropah yang musnah teruk akibat peperangan (Rahimah
Abdul Aziz. 2001). Bermula dengan pelan inilah, pembangunan mula digunakan sebagai
satu kata kunci untuk merancang pembangunan dengan lebih teliti dan bersistematik.

Pembangunan menurut Lorenzo G. Bellù (2011:2) menyatakan bahawa;
... development means an “event constituting a new stage in a changing situation”
or the process of change per se. If not qualified, “development” is implicitly intended as

2

something positive or desirable. When referring to a society or to a socioeconomic system,

“development” usually means improvement, either in the general situation of the system,
or in some of its constituent elements. Development may occur due to some deliberate
action carried out by single agents or by some authority preordered to achieve
improvement, to favorable circumstances in both. ...

Pembangunan merupakan satu usaha yang dirancang untuk membaiki kualiti dan
keselesaan hidup. Ia meliputi sama ada daripada apek pembangunan ekonomi,
pembangunan kemanusiaan, pembangunan kelestarian dan pembangunan kawasan,
kesemuanya bertujuan untuk mencapai matlamat yang sama. Ia juga menjangkaui aspek
ekonomi, politik dan teknologi. Ini kerana melalui pembangunan, kesemua aspek ini akan
dapat direncanakan dengan baik dan bermanfaat untuk kesejahteraan manusia itu sendiri.


Pembangunan dalam aspek teknologi pula merupakan salah satu kesan
pembangunan yang direncanakan untuk memastikan teknologi berupaya untuk digunakan
untuk memudahkan usaha dan kerja kehidupan sejagat. Teknologi yang dikatakan merujuk
kepada Sazali Abdul Wahab (2012) mengatakan bahawa ...technology consist of two
primary component: 1) a physical component which comprises of items such as product,
tooling, equipment, blueprint, techniques and processes; and 2) the informational
component which consists of known-how in management, marketing, production, quality
control, reliability, skilled labor and functional area... di mana teknologi merupakan

sebuah alat yang digunakan untuk mempermudah kerja seharian manusia.

Pendekatan untuk menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian merubah
bagaimana kita melakukan kerja seharian kita. Melalui teknologi, kita berupaya untuk
melaksanakan kerja dengan lebih pantas, cepat, efisien dan bersistematik. Matlamat untuk
menggunakan teknologi sebagai sebuah alat untuk membantu manusia membolehkan
komputer dicipta. Menurut Gary B. et.al (2004), komputer adalah ...an electronic device,
operating under control of instructions stored units own memory, that can accept data,
manipulate the data according to specified rules, produce results, and store the result for

3


future use…. Melalui penciptaan komputer, maka bermulalah satu era baru yang dinamakan
era teknologi maklumat.

Pembangunan dalam teknologi maklumat

Dunia teknologi maklumat pula merupakan satu era yang menjadikan globalisasi
sebagi suatu impian menjadi nyata. Kemampuan komputer untuk menyimpan data dan
mentafsirkannya membolehkan era teknologi maklumat menjadi satu era yang sangat
menakjubkan. Keupayaan dalam pertukaran maklumat, mencari maklumat, menyebarkan
maklumat menjadi satu perkara yang amat mudah berbanding di era sebelumnya.
Keupayaan ini juga secara tidak langsung mengubah kemampuan dalam merancang
pembangunan yang dirancang. Keupayaan merancang untuk pembangunan dapat
dilaksanakan dengan lebih cepat dan berkesan hasil penggunaan teknologi maklumat
sebagai medium pengantaranya. Perkembangan teknologi maklumat terutama keupayaan
komputer yang semakin lama-semakin pantas merancakkan lagi usaha tersebut. Ia telah
berjaya mengubah keupayaan individu dan masyarakat dalam melaksanakan sesuatu
pekerjaan tersebut. Teknologi maklumat yang sedang berkembang ini berperanan dalam
membentuk masyarakat yang baru yang bergantung pada komputer dalam kehidupan
seharian mereka.


Perkembangan komputer bermula daripada usaha untuk menjadikan kerja harian
yang lebih cepat dan bersistematik. Keupayaan komputer untuk membantu kerja-kerja
seharian merupakan kelebihan yang ada kepada manusia pada masa kini. Penggunaan
teknologi dalam membantu kehidupan seharian dapat dikesan bermula daripada seawal
tahun 1642 di mana kalkulator mekanikal mula diperkenalkan. Bermula daripada detik
tersebut, perkembangan teknologi terus berkembang sehingga terciptanya komputer
generasi pertama – UNIVAC pada 1947. Penambahbaikan terhadap komputer ini
berterusan dengan kemunculan-kemunculan generasi-generasi seterus komputer seperti
komputer generasi ke-2 - HONEYWELL 400 (1959), komputer generasi ke-3 – IBM 360
(1964) dan kemunculan komputer peribadi pertama APPLE 2 pada 1977 (OUM. t.th).

4

Perkembangan teknologi komputer telah membuka jalan dan ruang yang lebih luas dalam
pembangunan dunia.

Evolusi daripada satu generasi komputer kepada generasi seterusnya merupakan
sebuah perancangan yang berterusan. Ia merupakan kesinambungan usaha yang dijalankan
oleh mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kemajuan teknologi

komputer ini. Kemunculan peneraju-peneraju dalam dunia komputer merancakkan
perkembangan pembinaan komputer seperti Apple, dan Microsoft dan juga berkaitan
dengan pembangunan program seperti Windows, SPSS dan sebagainya. Perkembangan ini
memberikan impak positif terhadap perkembangan dunia komputer. Kemunculan internet
dan laman sesawang melalui World Wide Web (WWW) pada awal 1990an merancakkan
lagi perkembangan dunia komputer kepada masyarakat dunia. Melalui akses tanpa
sempadan dan melalui dunia maya yang ada, hubungan di antara masyarakat dunia semakin
mengecil dan tidak terbatas dengan jarak lokasi masing-masing. Melalui internet satu
perkampungan global yang luas terbentuk, satu pendekatan yang sama dalam menceritakan
mengenai globalisasi yang turut sedang berlaku pada masa kini.

Pembentukan masyarakat yang peka terhadap teknologi (komputer)

Pembentukan dunia maya yang tanpa sempadan fizikal membentuk satu geografi
baru dunia. Bentuk geografi yang mula muncul iaitu kepada 2 iaitu alam nyata dan alam
maya. Kewujudan ini membentuk satu perubahan sosial yang memberikan impak terkesan
kepada dunia secara umumnya. Kebergantungan kepada teknologi juga mebentuk fahaman
untuk memodenkan kehidupan masyarakat dalam segala aspek kerja dan kehidupan mereka
seharian. Perubahan sosial ini berlaku kerana adanya perubahan yang dilakukan dalam
aktiviti seharian mereka di mana mereka mula bergantung kepada komputer dalam

kehidupan seharian mereka yang dilihat sebagai salah satu medium pemodenan. Komputer
mula menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden pada masa kini.
Kemodenan yang ingin dicapai oleh masyarakat dunia berkembang dengan pesat selari
dengan perancangan pembangunan. Keupayaan komputer membantu merealisasikannya.

5

Keupayaan komputer dalam melakukan dua atau tiga kerja serentak daripada
keupayaan yang sedia ada iaitu mengumpul, memproses, menjana, menyimpan, mencapai,
dan menyampai menguatkan lagi kebergantungan masyarakat terhadap komputer dalam
melaksanakan aktiviti seharian. Melalui keupayaan inilah, komputer menjadi sebuah
medium yang sangat penting dalam membantu manusia menyelesaikan dan menguruskan
aktiviti seharian mereka. Kemodenan melalui keupayaan komputer ini membentuk
masyarakat yang menggunakan dan memberikan manfaat berfaedah terhadap masyarakat
umumnya. Di antara manfaat yang memberikan kesan positif terhadap masyarakat adalah:

1. Berkeupayaan dalam membantu masyarakat
i. Meningkatkan keupayaan bagi mereka kurang keupayaan
Melalui penggunaan komputer, mereka yang kurang keupayaan
dapat melakukan kerja-kerja yang sebelum ini tidak dapat dilakukan

oleh mereka. Seperti contoh, golongan istimewa yang mempunyai
kekurangan untuk bergerak kini mampu untuk mendapatkan barangan
yang dijual di luar tanpa perlu keluar kerana mereka kini boleh membuat
pembelian secara atas talian dan barangan tersebut dihantar terus ke
rumah.

ii. Meningkatkan produktiviti
Produktiviti juga dapat ditingkatkan dengan adanya kemudahan
komputer dalam membantu menguruskan kerja yang dilakukan dengan
lebih sistematik dan terancang terutama dalam kerja berkumpulan. Jika
sebelum ini kerja-kerja yang dilakukan memerlukan koordinasi yang
kadang kala melambatkan dan menggagu kelancaran kerja kumpulan,
melalui penggunaan komputer, segala perancangan dapat diurus tadbir
dengan lebih berkesan dan menyeluruh tanpa mengira batasan masa dan
lokasi.

iii. Keupayaan komunikasi yang lebih mudah dan pantas

6


Komunikasi yang ada melalui kewujudan komputer membantu
manusia untuk berhubung dengan lebih mudah dan pantas. Keupayaan
untuk berkomunikasi secara langsung di antara dua pihak yang berada
di lokasi yang jauh merupakan manfaat yang di kecapi. Perhubungan
urus niaga, peribadi malah urusan rasmi juga dapat dipercepatkan
dengan penggunaan e-mel, panggilan video dan sebagainya.

iv. Mempercepatkan urus niaga
Urusan perniagaan juga dapat dipercepatkan dengan kemampuan
untuk menguruskan segala maklumat yang berkaitan dengan keupayaan
menguruskan urusan dalam ‘masa sebenar’. Antara perkara yang boleh
mendapatkan manfaat daripada pendekatan ‘masa sebenar’ ini adalah
keupayaan untuk mengetahui transaksi perniagaan yang dijalankan
secara terus tanpa perlu tunggu perniagaan mereka berakhir untuk
membolehkan mereka mengemaskinikan urusan perniagaan mereka
pada hari tersebut.

2. Berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah
i. Membantu menyelesaikan masalah dengan lebih cepat
Penggunaan komputer juga berupaya membantu menyelesaikan

masalah yang dihadapi dengan lebih cepat. Melalui komputer, usaha
untuk mengenal pasti punca masalah dapat dikenal pasti dengan lebih
cepat, oleh itu pengguna mempunyai lebih masa untuk mencari
penyelesaian masalah daripada mengambil masa dua kali ganda
sebelumnya kerana masa yang sama juga diperlukan dalam usaha untuk
mengenali masalah tersebut pada awalnya. Kemampuan ini boleh
dilakukan menggunakan kemahiran sendiri atau melalui bantuanbantuan perisian yang banyak dibangunkan untuk membantu mereka
menyelesaikan masalah.

7

ii. Berkeupayaan dalam memindahkan maklumat dengan pantas dan
selamat
Pemindahan maklumat dan data juga dapat dilakukan dengan pantas
dan selamat terutama dengan menggunakan alam maya. Jika sebelum
ini, maklumat dipindahkan melalui salinan kertas yang perlu di cetak
dan dibawa secara fizikal bersama-sama, pendekatan penggunaan
‘pendrive’ membantu mengurangkan penggunaan kertas dan maklumat
yang diperlukan juga mudah dibawa dan mampu untuk dibawa dengan
lebih banyak lagi. Pengenalan kepada simpanan data secara maya dalam
storan maya juga merupakan satu alternatif yang membolehkan
maklumat diakses di mana-mana tanpa perlu dibawa melalui ‘pendrive’
atau salinan kertas lagi.

iii. Menerokai penyelesaian alternatif hasil perkongsian bersama
Penggunaan perisian komputer dalam membantu menyelesaikan
masalah kadang kala menemui jalan buntu kerana masalah yang
dihadapi kadang kala tiada disediakan dalam bentuk perisian. Oleh itu,
penyelesaian alternatif juga mampu untuk diperoleh dengan keupayaan
komputer untuk berhubung dengan sesiapa sahaja di alam maya.
Keupayaan ini membolehkan masalah yang dihadapi dikongsi di
kumpulan maya atau forum yang berkaitan untuk mendapatkan
cadangan penyelesaian alternatif melalui perkongsian tersebut.

Namun begitu, kebaikan dan manfaat yang ada melalui penggunaan komputer dan
Internet ini tidak digunakan sebaiknya oleh segelintir masyarakat. Mereka ini
menyalahgunakan kemudahan teknologi ini dan menggunakannya ke arah negatif. Individu
atau sekumpulan individu ini akan menggunakan komputer untuk melakukan salah laku di
dalam dunia maya. Mereka ini telah mewujudkan subbudaya devian (deviant subcultures)
yang berlandaskan kepada salah saku melibatkan komputer. Subbudaya devian
didefinisikan sebagai satu kumpulan kecil dalam masyarakat yang berfahaman untuk
melanggar peraturan-peraturan normal masyarakat yang telah dipersetujui bersama

8

pengertiannya. Mereka lazimnya berhubung dan bergerak bersama-sama dalam kumpulan
kecil ini dalam usaha untuk menunjukkan keupayaan mereka dalam melanggar salah laku
normal masyarakat (Ferrante.2011). Kesefahaman yang muncul ini membentuk satu
struktur sosial yang baru yang menghubungkan mereka sesama sendiri dalam kumpulan
mereka. Perhubungan yang terjalin yang melibatkan kemahiran dan kepakaran komputer
ini akhirnya akan berubah daripada menjadi sebuah kumpulan yang devian kepada
kumpulan jenayah. Jenayah yang berkaitan inilah yang dinamakan sebagai Jenayah
Komputer.

Jenayah Komputer

Menurut Gary B. Shelly (2004) jenayah komputer adalah sebarang jenayah yang
dilakukan berkaitan dengan komputer. Penggunaan komputer yang digunakan dengan cara
yang bersistematik dan dirancang untuk melakukan kesalahan ini adalah di antara kesan
pembangunan jenayah komputer yang dipelopori oleh mereka yang menyalahgunakan
kebaikan komputer sebagai sebuah alat yang bermanfaat positif. Jenayah komputer yang
dirancang oleh individu, kumpulan atau organisasi merupakan satu hasil daripada kesan
pembangunan yang negatif. Mereka telah menggunakan kemudahan komputer untuk
mendapatkan keuntungan bagi diri sendiri atau untuk melakukan kerosakan kepada pihak
ketiga.

Jenayah komputer ini telah mula berkembang seiring dengan perkembangan
teknologi maklumat itu sendiri. Berikut adalah ringkasan sejarah perkembangan teknologi
maklumat dibandingkan dengan perkembangan jenayah komputer/siber berdasarkan era
perkembangannya (Jadual 1).

9

Jadual 1: Sejarah perkembangan teknologi maklumat dibandingkan dengan perkembangan
jenayah komputer/siber berdasarkan era.
Era
1960

Teknologi Maklumat
Kemunculan
UNIVAC

Jenayah Komputer/Siber

komputer Kerosakan kepada data yang disimpan

1

(generasi

1), secara fizikal yang bersaiz besar. Cth: Di

HONEYWELL (generasi 2)

Kanada, 1969, rusuhan pelajar mencetuskan
kebakaran merosakkan sistem komputer
universiti.

1970

Kemunculan

IBM

360 Perkembangan kepada kerosakan sistem.

(generasi 3)

menggunakan Cth: Penipuan semasa proses transaksi yang

kitar bersepadu.

berubah daripada sistem manual kepada
komputer.

1980

APPLE

II

memulakan

diperkenalkan, Perkembangan
era

komputer mencetuskan

peribadi.
1990

komputer
pemalsuan

peribadi

software

dan

penyebaran virus komputer.

Penggunaan HTTP dan WWW Perkembangan Internet dan kewujudan
di

CERN

Organization

(European dunia siber melalui akses World Wide Web
for

Nuclear

(WWW)

merancakkan

Research) merupakan pemula komputer dan

dunia Internet.

lagi

jenayah

mulanya perkembangan

jenayah siber.

Sumber: OUM. t.th. dan Marco Gercke 2012.

Perkembangan jenayah komputer ini terus berkembang sehingga mencapai definisi
baru yang sering juga digunakan untuk menyatakan jenayah komputer iaitu jenayah siber.
Jenayah komputer atau jenayah siber ini pula menurut Marco Gercke (2012) dipecahkan
kepada 4 jenis kategori yang mewakili jenis-jenis jenayah komputer masa kini iaitu:

1. Jenayah terhadap maklumat sulit, integriti dan kredibiliti data,
i. Pemerolehan data secara salah (Hacking, craking).
ii. Pemerolehan data secara tidak sah (data espionage),

10

iii. Pemintasan maklumat secara tidak sah,
iv. Gangguan terhadap data,
v. Gangguan terhadap sistem,

2. Jenayah berkaitan komputer secara langsung,
i. Penipuan komputer
a. Secara on-line
b. Bayaran pendahuluan
ii. Pemalsuan
a. Pencurian identiti
b. Pencurian maklumat peribadi
iii. Penyalahgunaan komputer

3. Jenayah berkaitan kandungan komputer
i.

Pornografi dan gambar erotik

ii.

Pornografi kanak-kanak

iii. Kecaman terhadap kaum, bangsa dan sokongan terhadap keganasan
iv. Kecaman terhadap agama
v.

Perjudian haram

vi. Maklumat salah yang disebarkan
vii. Spam
viii. Hak cipta, hak intelek dan tanda perniagaan

4. Jenayah berkaitan komputer secara tidak langsung
i. Pengganas
ii. Peperangan siber
iii. Penggubalan wang haram siber
iv. Memancing data (phishing)

Kategori-kategori ini secara tidak langsung menjelaskan apakah yang dikatakan
sebagai jenayah komputer kerana kadangkala jenis-jenis jenayah itu sendiri disalah ertikan

11

sebagai kategori besar yang akan mengelirukan pemahaman dalam memahami apakah yang
dikatakan sebagai jenayah komputer itu. Pengelasan yang diberikan oleh Marco Gercke
membantu menjelaskan dengan mudah apakah jenis-jenis jenayah yang ada dan di manakah
jenis-jenis jenayah ini dikategorikan.

Kesan modenisasi dan jenayah komputer

Melihat kepada perkembangan jenayah komputer ini, sebenarnya kita dapat melihat
bahawa jenayah-jenayah ini merupakan jenayah fizikal yang memang telah wujud sebelum
kemunculan era teknologi maklumat. Perlakuan jenayah ini dimodenkan oleh pelaku
seiring dengan perubahan teknologi maklumat masa kini. Perubahan ini merupakan kesan
langsung negatif pembangunan teknologi maklumat yang wujud kesan daripada
perancangan pembangunan teknologi maklumat yang muncul. Pemodenan ini yang
dilakukan oleh penjenayah-penjenayah ini selari dengan kepesatan dunia teknologi
maklumat. Pengelasan kategori-kategori jenayah ini juga membantu membezakan di antara
jenayah fizikal yang sedia ada dengan jenayah komputer kerana walaupun bentuk
kerosakan jenayah tersebut hampir sama, namun cara pelaksanaan jenayah tersebut berbeza
dan memerlukan pendekatan yang berbeza dalam menanganinya.

Melihat kepada kesan pemodenan jenayah komputer ini, jenayah ini juga boleh
dilihat daripada aspek teori modenisasi. Teori Modenisasi - Ideal Typical Index yang
diperkenalkan oleh Hoselitz membincangkan mengenai kemodenan daripada aspek
sosiologi. Ideal Typical Index membincangkan bagaimana dunia melihat daripada dua
perspektif iaitu tradisional

dan moden. Perspektif moden yang mengalami proses

penjelmaan maksud daripada perspektif tradisional sebagai satu proses mengurangkan
jurang pembangunan yang ada. Jurang pembangunan ini wujud kerana dalam
mentransformasikannya daripada tradisional kepada moden, proses transformasi berlaku
terlalu cepat oleh institusi sosial yang mana meninggalkan jurang yang perlu dipenuhi
untuk mencapai kemodenan itu sendiri. Namun dalam konteks jenayah komputer, jurang
pembangunan yang dibincangkan adalah bagaimana proses modenisasi turut mengubah
jenayah fizikal kepada jenayah komputer agar sesuatu jenayah itu masih relevan.

12

Kesan modenisasi terhadap jenayah komputer dapat diterangkan dengan lebih jelas
dengan melihat bagaimana ia digambarkan melalui peristiwa yang berkaitan. Berikut
adalah di antara beberapa peristiwa, implikasinya dan contoh peristiwa yang boleh
dikaitkan di antara kategori jenayah komputer dengan teori modenisasi - Ideal Typical
Index.

Jadual 2: Jenayah terhadap maklumat sulit, integriti dan kredibiliti data
Tradisional
Peristiwa



Mendapatkan

Moden
data

maklumat sulit
salinan



atau



melalui

cetakan

Mendapatkan data secara
atas talian atau alam maya

yang

kerana

kini

hamper

diperoleh daripada individu

kesemua maklumat sulit

yang tidak berintegriti.

berada di dalam keadaan

Menghantar perisik untuk

“soft copy” yang boleh

mendapatkan

diakses melalui komputer.

sulit

dan

maklumat
memindahkan



Tidak

memerlukan

maklumat tersebut dengan

individu-individu

apa

yang

menyusup masuk ke pihak

bersesuaian untuk sampai

lawan, hanya memerlukan

kepada pihak satu lagi.

komputer dan akses Internet

sahaja

cara

untuk

terhadap maklumat yang
diingini.
Impikasinya

Contoh





Maklumat sulit yang di



Maklumat

sulit

mudah

peroleh agak sukar untuk

diperoleh dan dipindahkan

dipindahkan kerana perlu

malah boleh dibuat salinan

dipindahkan secara fizikal.

pendua serentak.

Keputusan terhadap sesuatu



Keputusan mesyuarat rasmi

keputusan mesyuarat rasmi

tersebar secara meluas dan

akan tersebar dan dimiliki

pantas

oleh pihak ketiga selepas

bukti fizikal yang di ambil

berserta

dengan

13

satu tempoh masa kerana

semasa keputusan tersebut

maklumat tersebut perlu di

diputuskan. Isu dokumen

dihebahkan oleh pihak yang

1MDB yang diperoleh oleh

berkaitan

akbar Wall Street Journal .

dengan

penuh

rahsia.

Jadual 2 merupakan contoh bagaimana maklumat atau data sulit kini amat mudah untuk
dibawa keluar tanpa saringan atau kawalan yang sepatutnya akibat kemajuan teknologi
yang disalah guna untuk mereka yang berkepentingan.

Jadual 3: Jenayah berkaitan komputer secara langsung
Tradisional
Peristiwa



Moden

Penipuan dilakukan secara
fizikal

dan

atas talian sahaja tanpa

tersebut

perlu bersemuka dengan

tunai

yang

dipindahkan secara fizikal.


Penipuan dilakukan secara

bersemuka.

Penipuan
melibatkan



pembeli.


Maklumat individu dicuri

Maklumat peribadi individu

secara

atas

talian

dan

dipalsukan dengan adanya

dipalsukan untuk kegunaan

maklumat asal yang dicuri

penjenayah dalam sekelip

secara fizikal atau diperoleh

mata.

daripada pihak ketiga yang
mencurinya.
Impikasinya



Jenayah sebegini lazimnya
agak

sukar

dilakukan



Jenayah ini lebih mudah dan
licik

kerana

dilakukan

kerana memerlukan penipu

secara atas talian dan tidak

bersemuka dengan mangsa

dapat dijejak terus oleh

untuk

mangsa.

menipu

mendapatkan
peribadi mangsa.

atau

maklumat

Pemerolehan

maklumat
mudah

peribadi

diperoleh

juga
kerana

14

maklumat tersebut tersedia
di atas talian.
Contoh



Penipuan sistem piramid di



Penipuan sistem piramid

satu-satu kawasan tumpuan.

(Ponzi)

melangkaui

Skim Cepat Kaya Pak Man

meliputi seluruh negeri di

Telo di Utara Semenanjung

Malaysia. Skim Pelaburan

Malaysia.

Emas Online.

Penipuan menggunakan komputer sebagai alat untuk menipu berkembang dengan
mengaplikasikan jenayah fizikal kepada jenayah komputer yang memberikan impak lebih
meluas berbanding jenayah fizikal seperti di Jadual 3.

Jadual 4: Jenayah berkaitan kandungan komputer
Tradisional
Peristiwa





Moden

Kecaman terhadap kaum



Kecaman terhadap kaum

atau agama lazimnya terjadi

dan agama tersebar secara

di kalangan satu komuniti

meluas secara atas talian

dan bersifat setempat atau

yang memberikan kesan

dalam negara sahaja.

secara sejagat.

Maklumat

salah

juga



Maklumat salah juga mudah

lazimnya disebarkan secara

tersebar

setempat yang bertujuan

masyarakat dunia tanpa ada

untuk memburukkan pihak

sekatan dan tapisan.

satu

lagi

dalam

di

kalangan

satu

kelompok masyarakat atau
dalam negara sahaja.
Impikasinya



Kecaman dan kebencian
yang

wujud

bersifat lokal.

lazimnya



Kecaman dan kebencian
yang digemburkan tersebar
secara

meluas

melalui

Internet

yang digunakan

15

sebagai

medium

penyebaran.
Contoh



Hasutan

dan

tohmahan



Hasutan

dan

tohmahan

berkaitan individu atau parti

tidak lagi terbatas kepada

politik

ahli-ahli berkaitan tetapi

hanya

dilakukan

melalui

akbar

terbitan

sendiri

dan

kepada

ahli-ahli

menjangkau

diedarkan

seluruh

masyarakat negara dan juga

yang

dunia

berkaitan sahaja.

menggunakan

medium internet sebagai
platformnya.

Skandal

1MDB yang tersebar tidak
hanya di Malaysia malah
seluruh dunia.

Kandungan komputer juga merupakan salah satu jenayah komputer yang paling banyak
pecahan jenisnya kerana kandungan komputer adalah tidak terhad dan pecahan-pecahan
jenayah komputer kategori ini adalah sangat meluas. Jadual 4 merupakan salah satu jenis
jenayah komputer yang berkaitan yang dibincangkan.

Jadual 5: Jenayah berkaitan komputer secara tidak langsung
Tradisional
Peristiwa



Peperangan

Moden
berlaku



Peperangan yang berlaku

melibatkan serangan secara

adalah di antara negara-

fizikal di antara negara-

negara berkepentingan yang

negara yang bergolak untuk

menyerang

mendapatkan kuasa, dan

terhadap

kewangan

ekonomi

melumpuhkan

selain
kekuatan

negara yang berperang.

secara

kewangan,
dan

negara
melumpuhkan
negara.

maya

keamanan
dengan
kekuatan

16

Impikasinya



Menyebabkan
yang

nyata

terhadap

kerosakan
dan



Berupaya

untuk

fizikal

menjatuhkan negara hanya

negara-negara

dengan menyerang sektor

yang terlibat.

kewangan dan ketenteraan
melalui atas talian.

Contoh



Peperangan yang berlaku
memerlukan

anggota



Pencarian anggota tentera
untuk

bersama-sama

tentera yang dikumpulkan

berjuang dalam ideologi

secara

dilakukan

fizikal

dan

menggunakan

berhadapan

untuk

platform internet melalui

memastikan

anggota

Facebook atau Blog yang

tersebut benar-benar serius

boleh diakses oleh sesiapa

dalam

sahaja.

menyertai

perjuangan mereka.

Mereka

yang

merasakan perjuangan itu
sebagai benar akan terus
sahaja

berjuang

memikirkannya

tanpa
lagi.

Seperti pencarian anggota
untuk

IS

menggunakan
sebagai

medium

menyebarkan

yang
intenet
untuk
fahaman

mereka.

Jadual 5 menyatakan bahawa dalam dunia teknologi kini, komputer telah digunakan
sebagai medium untuk melakukan kerosakan dengan skala yang lebih besar termasuklah
mereka yang terlibat dengan pengganas dan juga peperangan.

17

Kesimpulan

Pembangunan yang ingin di kecapi lazimnya memerlukan kemodenan. Di antara
bentuk kemodenan adalah melalui perkembangan teknologi maklumat. Perkembangan
teknologi maklumat merupakan sebuah medium yang membantu dalam proses modenisasi.
Teknologi maklumat adalah pemangkin dalam mencapai kemajuan di era komputer dan
globalisasi . Namun begitu kesan pembangunan teknologi maklumat boleh menjadi sesuatu
kesan yang negatif. Ini kerana akses kepada teknologi maklumat yang mudah dan pantas
melalui akses Internet, kemunculan jenayah komputer mengubah senario positif yang
dibina. Jenayah komputer memberikan implikasi dan kesan buruk yang lebih berbahaya
berbanding sebelum era komputer kepada sesebuah masyarakat dan negara.

Jenayah komputer merubah bagaimana kita jenayah yang dilakukan secara
tradisional kepada sesuatu yang sangat moden. Ia membolehkan perhubungan dengan
mana-mana pihak di dalam dunia nyata pada bila-bila masa. Keupayaan ini memberikan
lebih peluang dan ruang yang membolehkan jenayah komputer ini berjaya. Dunia maya
membolehkan seseorang itu berada dalam dunia tanpa sempadan negara dan undangundang. Kewujudan jenayah komputer ini juga saling berkaitan dengan teori Juggernaut
yang diperkenalkan oleh Antony Gidden. Teori Juggernaut mengatakan bahawa
kemodenan adalah satu bentuk kuasa yang bergerak ke hadapan tanpa ada halangan yang
tidak mampu untuk menghalangnya daripada terus bergerak. Ia hanya boleh dikawal oleh
manusia namun kawalan itu juga terbatas berdasarkan kepada kekuatan dan kemampuan
manusia yang mengawalnya (Ritzer. 2003). Komputer merupakan satu modeniti yang
bergerak merentasi kesemua aspek kehidupan. Ia berupaya sesuatu yang tidak dapat
dikawal dan ia berupaya memberikan manfaat kebaikan dan juga keburukan terhadap
manusia. Jenayah komputer merupakan keburukan yang muncul kesan daripadanya selain
daripada kebaikan dan manfaat yang telah diberikan oleh teknologi komputer dan kita tidak
mampu untuk menghalangnya secara total.

Pembangunan merupakan pendekatan yang digunakan untuk membawa kemodenan
terhadap masyarakat. Teori kemodenan digunakan untuk membincangkan kesan

18

pembangunan terhadap teknologi maklumat dan juga kepada perkembangannya terhadap
jenayah komputer. Proses penjelmaan yang di bawa untuk mencapai kemodenan kadang
kala tidak hanya membawa kepada aspek positif (sesuatu yang berfaedah dan kebaikan),
malah kadangkala juga membawa aspek negatif (masalah dan risiko) kepada pembangunan
yang ada. Pendedahan akan jenayah komputer seharusnya dihebahkan dan diperincikan
kepada umum agar mereka berupaya untuk mengenali apakah sebenarnya kategori dan
jenis jenayah komputer yang wujud. Oleh itu, untuk menghadapi jenayah komputer ini,
pemantauan dan kawalan yang berterusan hendaklah dilakukan oleh setiap golongan
individu dan masyarakat agar jenayah komputer ini dapat dibendung dan ditangani
sepenuhnya.

19

Rujukan

Ferrante, Joan. 2011. Deviant: Differential Association. Seeing Sociology: An Introduction.
hlm 201-203. Canada. Wadsworth Cengage Learning.
Gary B. Shelly, Thomas J. Cashman dan Misty E. Vermaat. 2004. Discovering
Computers 2005: A Gateway to Information. Massachusetts. Thomson Course

Technology.
George Ritzer. 2003. Analyzing Modernity: The Juggernaut of Modernity and the Risk
Society. Contemporary Sociological Theory and its Classical Roots: The Basics
hlm. 135-138. New York. The McGraw-Hill Company.
Ishak Shaari. 2000. Krisis kewangan dan ekonomi Malaysia 1997-98 di Malaysia. Dlm.
Noranini Othman & Summit K. Mandal (pnyt). Malaysia menangani globalisasi:
Peserta atau Mangsa? hlm. 17-22. Bangi. Penerbit Univerisiti Kebangsaan

Malaysia.
Lorenzo G. Bellù. 2011. Development and Development Paradigms. A (Reasoned)
Review of Prevailing Visions. EASYPol.
http://www.fao.org/docs/up/easypol/882/defining_development_paradigms_102en
.pdf. [24 Disember 2015]
Marco Gercke. 2012. Understanding cybercrime: Phenomena, challenges and legal
response.

http://www.itu.int/ITU-D/cyb/cybersecurity/projects/crimeguide.html.

[12 Disember 2015]
OUM. t.th. Topik 1 – Pengenalan kepada Era Maklumat http://lms.oum.edu.my/econtent/CBCT2203/content/14132209Topik1PengenalankepadaEraMaklumat.pdf.
[12 Disember 2015]
Rahimah Abdul Aziz. 2001. Pengantar Sosiologi Pembangunan. Edisi ke-2. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sazali Abdul Wahab, Raduan Che Rose dan Suzana Idayu Wati Osman. 2012. Defining the
concept of technology and technology transfer: A literature analysis. International
Business Research. 5(1):61-71.