Elektrik Nama fungsi dan simbol

Elektrik

 
Pengenalan
          Dalam  kehidupan   seharian,   manusia   menggunakan   banyak   peralatan   elektrik.
Peralatan tersebut membantu manusia melakukan sesuatu kerja dengan lebih mudah.
Terdapat peralatan yang mengandungi komponen elektrik dan komponen elektronik.
Antara peralatan yang mengandungi komponen elektronik adalah seperti di bawah.
Penggunaan peralatan elektronik yang  banyak bermakna meningkatnya penggunaan
tenaga elektrik. Kita harus tahu bahawa sumber utama tenaga elektrik adalah daripada
bahan   fosil,   iaitu   gas   asli,   petroleum   dan   arang   batu.   Bahan   ini   akan   pupus   jika
digunakan berterusan tanpa henti. Oleh itu, kita harus memikirkan penggunaan sumber
lain yang ada di sekitar kita sebagai alternatif sumber yang berikut :

Tenaga suria ­ boleh menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik 
dengan menggunakan sel suria.

Tenaga ombak ­ menyebabkan pergerakan relatif pada mesin kuasa ombak dan 
bertukar kepada tenaga elektrik.

Tenaga biojisim ­ Bahan api biojisim dan biogas yang mengandungi tenaga 

kimia terhasil daripada tumbuhan, tanaman, haiwan reput dan najis haiwan. 
Tenaga kimia tersebut dapat menghasilkan tenaga haba. 

Tenaga geoterma ­ tenaga haba yang terhasil melalui proses ini dapat ditukar 
kepada tenaga elektrik.

Tenaga hidro ­ tenaga yang kita hasilkan melalui pergerakan air. Kita 
menggunakan tenaga ini untuk menghasilkan elektrik.

Nama fungsi dan simbol komponen elektronik
          Kita akan mempelajari komponen elektronik, iaitu diod pemancar cahaya (LED),
perintang tetap, perintang boleh laras dan buzer. Setiap komponen mempunyai nama, 
simbol dan fungsinya. Mari kita mengenal komponen elektronik di bawah.

Diod Pemancar Cahaya (LED)

LED boleh didapati dalam pelbagai 
warna. LED mempunyai dua kaki, iaitu 
kaki anod dan kaki katod. Kaki anod (+) 
hendaklah disambung pada punca positif. 

Kaki katod (­) pula hendaklah disambung
pada punca negatif. LED tidak akan 
menyala jika disambung pada punca yang
salah.
Perintang Tetap

Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang 
tidak boleh diubah. Pada badan perintang tetap 
terdapat jalur warna. Jalur warna menerangkan 
nilai rintangan.

Perintang boleh laras

Perintang boleh laras ialah sejenis 
perintang yang mempunyai nilai 
rintangan yang boleh diubah. Nilai 
rintangan perintang boleh laras boleh 
diubah dengan memutarkan tombol 
pelaras. Nilai rintangan maksimum 
sesuatu perintang boleh laras dilabelkan 

pada bahagian bawah badannya.

Buzer

Buzer digunakan sebagai 
penggera kerana menghasilkan 
bunyi apabila dibekalkan arus 
elektrik. Buzer boleh didapati 
pada penggera seperti jam 
loceng atau loceng rumah.

Langkah­langkah membaca dan 
memahami lukisan skematik :
1.
Kenal Pasti jenis dan nama 
komponen yang terlibat berpandukan 
simbol yang terdapat dalam lukisan 
skematik.
2.
Kenal pasti nilai komponen yang 

digunakan.
3.
Kenal pasti cara komponen 
disambung dengan komponen lain dalam 
litar.
4.
Tentukan kekutuban setiap 
komponen yang berkutub.
5.
Semak lukisan bergambar dengan 
lukisan skematik.
6.
Pastikan setiap sambungan dalam 
lukisan bergambar sama dengan lukisan 
skematik.

Langkah­langkah membuat penyambungan litar
1.  Baca dan fahami lukisan kerja terlebih dahulu.
2.  Sediakan bahan, komponen dan alatan tangan yang diperlukan.


3.  Susun komponen di atas papan mengikut lukisan bergambar.

4.  Tandakan kedudukan lubang skru komponen pada papan. Gunakan gerimit untuk membuat lubang.

5.  Pasangkan bongkah penyambung, suis pisau dan pemegang bateri pada papan litar.

6.  Ukur, potong dan jalur wayar. Kemudian, sambungkan pada bongkah penyambung dengan 
menggunakan pemutar skru.

7.  Sambungkan perintang tetap pada bongkah penyambung.

8. Sambungkan diod pemancar cahaya (LED) mengikut kutub yang betul.

9.  Sambungkan perintang boleh laras.

10.  Masukkan bateri pada kutub yang betul.

11. Uji litar dengan memasang suis. Laraskan tombol perintang boleh laras dan perhatikan nyalaan LED.