Sejarah Perkembangan Sosio Ekonomi Suku

1

Sejarah Perkembangan Sosio-Ekonomi Suku Kaum Mah Meri Di Pulau Carey
Dari Tahun 1970 Hingga Tahun 2000
1.0 Pengenalan
Pelbagai tafsiran yang dikaitkan dengan makna Orang Asli antara adalah
masyarakat Orang Asli merupakan penduduk asal yang menetap di beberapa kawasan
di Semenanjung Malaysia ataupun penduduk dari sekitar Asia Tenggara berhijrah dan
menetap di sini. Kerajaan Malaysia telah mendefinisikan Orang Asli melalui
Perlembagaan Persekutuan di mana kewujudan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) di
bawah Aborigional Peoples Ordinance No. 3, 1954 yang telah dipinda pada tahun
1974, penetapan istilah dan kelayakan untuk dikatakan sebagai komuniti Orang Asli
telah dijelaskan dengan terperinci. Berdasarkan Seksyen 3 dalam Akta Orang Asli
1954 (Akta 134), Orang Asli ditakrifkan seperti berikut iaitu mana-mana yang
bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang
Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli,
dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki itu dan semasa budak oleh Orang
Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa
Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan
menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli atau anak daripada mana-mana
penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu

kaum lain,dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan
kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang
Asli.1
Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di daerah Kuala Langat,
Negeri

Selangor.

Wujudnya

afiqazizan1304@gmail.com

nama

Pulau

Carey

adalah bersempena


nama

Kolej T6 Desa Mahkota

2

Edward Valentine John Carey, yang merupakan seorang pegawai ladang British di
Malaya.2
Di Semenanjung Malaysia, masyarakat Orang Asli terbahagi kepada tiga kaum
terbesar iaitu kaum Semang ataupun Negrito yang mendiami di utara Semenanjung,
Senoi di tengah Semenanjung dan Proto-Melayu di selatan Semenanjung. Terdapat
enam suku kaum bagi setiap kaum terbesar itu. Jumlah kaum Mah Meri dianggarkan
antara 1300 orang sahaja. Di Kepulauan Carey terdapat beberapa buah kampung kaum
Mah Meri seperti Kampong Jugra dengan 100 populasi dan Kampong Sungai Bumbun
180 populasi.3
2.0 Latarbelakang Sosio-Ekonomi Suku Kaum Mah Meri Di Pulau Carey
Suku kaum Mah Meri merupakan sub-golongan Orang Asli Senoi yang
majoritinya menetap di persisiran pantai Selangor seperti di Pulau Carey. Asal-usul
suku kaum Mah Meri sukar untuk didapati kerana tiada bukti sejarah yang tepat
mengenai asal-usul mereka, tetapi nama Mah Meri bermaksud Orang Hutan manakala

dari segi istilahnya adalah bersisik.4 Walaubagaimanapun, mereka dipercayai berhijrah
dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai Selangor kerana melarikan diri daripada
musuh.5 Ciri-ciri fizikal orang-orang Senoi dikatakan adalah tinggi dan lebih kurus
dari kaum Negrito dan warna kulitnya lebih cerah dengan rambut yang beralun dan
dahi yang lebih lebar. Manakala memiliki mata yang berwarna coklat dan gaya
berjalan yang berloncatan tinggi adalah kaum Proto-Melayu dan Negrito.6
Dari segi kebudayaan dan struktur sosial mereka adalah lebih seiras dengan
corak kaum Proto-Melayu tetapi pertuturan bahasa yang mereka bertutur adalah
bahasa jenis Mon-Khmer kepada orang Senoi. Disebabkan kaum Mah Meri
merupakan suku kaum Senoi yang terletak paling jauh dan terasing daripada kaum

afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

3

Senoi yang lain, maka ini menyebabkan mereka kurang bertutur bahasa Mon-Khmer.
Kaum Mah Meri boleh bertutur bahasa Malaysia adalah kerana pergaulan dengan
masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli yang bertutur dalam Bahasa Melayu.7

Walaupun Suku Kaum Mah Meri telah berasilimasi dengan masyarakat
Melayu, Cina dan India tetapi mereka masih berpegang kepada tradisi dan
kepercayaan nenek moyang mereka. Kaum Mah Meri masih mengamalkan
kepercayaan anismisme. Kepercayaan dalam diri mereka bahawa kuasa tertinggi yang
mencipta alam dan manusia dikenali sebagai Tuhan dan di bawah tuhan tertinggi
terdapat pula moyang, iaitu roh datuk nenek dan pelbagai jenis hantu serta makhluk
halus lain sama ada yang membawa kebaikan mahupun keburukan.8
Sehubungan dengan itu, Kaum Mah Meri meraikan beberapa perayaan
tersendiri bagi menunjukkan tanda kesyukuran atau pemujaan mereka terhadap tuhantuhannya. Antara perayaan yang di sambut oleh mereka adalah perayaan Puja Pantai
yang diketuai oleh bomoh. Mereka akan berarak dari kampung hingga ke tepi laut
dengan iringan paluan muzik tradisional. Mereka mempercayai upacara ini dijalankan
untuk memohon restu moyang supaya mereka mendapat hasil tangkapan laut yang
banyak dan juga memohon agar keselamatan mereka tidak diancam.9
Mereka memiliki struktur sosial yang tersendiri bagi memastikan masyarakat
mereka terpelihara dengan tradisi yang masih dkekalkan. Kaum ini masih
menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi yang memegang jawatan-jawatan
tertentu walaupun tiada pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia. Bagi jawatan yang
tertinggi akan digelar Batin yang mana bertindak sebagai ketua kampung yang
bertanggungjawab dalam urusan nikah kahwin dan ketua adat. Batin akan dibantu oleh
Jenan iaitu orang kanan Batin. Penghulu pula akan membantu Jenan yang bertindak


afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

4

menyelaraskan kegiatan kampong serta menjadi saksi dalam upacara kahwin. Bagi
jawatan Jukrah, seseorang itu perlu menolong dan memberi arahan dalam
melaksanakan aktiviti dalam kampong dan keluarga. Tugas Penggawa pula adalah
menjalankan tugas sebagai penasihat, penyiasat, pendakwa berkaitan masalah
kampong dan keluarga dan yang terakhir adalah Laksamana iaitu membantu dalam
melaksanakan arahan daripada jawatan-jawatan yang lebih tinggi akan tetapi ada juga
kampong-kampong telah menghapuskan jawatan Laksamana.10
Masyarakat Orang Asli yang terpinggir dari kehidupan di bandar sentiasa
mengamalkan kegiatan ekonomi tradisional untuk menyara hidup. Mereka akan
bercucuk tanam dan mengumpul hasil-hasil hutan untuk dijual atau kegunaan sendiri.
Masyarakat Mah Meri yang tinggal berdekatan dengan persisiran pantai juga mampu
menangkap hasil-hasil laut bagi memenuhi keperluan harian mereka. Selain itu,
sebilangan kecil dari mereka ada yang sudah menceburi bidang perniagaan dan ada

juga yang memiliki ladang kelapa sawit dan getah.11
3.0 Perkembangan Sosio-Ekonomi Suku Kaum Mah Meri
Menurut Encik Azman bin Sap, Pengerusi JKKK di Pulau Carey, Orang Asli
pada waktu dahulu amat sukar untuk mendapat pendidikan secara formal. Sehubungan
dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah dipertanggungjawabkan
untuk menyediakan bangunan sekolah dan kelengkapan iaitu alat-alat tulis, buku teks
pelajar, pakaian seragam, makanan, kemudahan pengangkutan serta asrama pelajar. 12
Seterusnya JHEOA juga diamanahkan bagi menyediakan rumah guru yang akan
mendidik anak-anak Orang Asli. Maka, beberapa sekolah telah di dirikan seperti
sekolah di Kampong Sungai Bumbun dan SK Sungai Judah.

afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

5

Sosio-ekonomi merujuk kepada kegiatan ekonomi sesebuah masyarakat dan
kehidupan sosial mereka. Bagi kawasan penempatan kampung Mah Meri di Pulau
Carey yang berdekatan persisiran pantai, maka kebanyakan daripada mereka

menjalankan kegiatan perikanan. Walaubagaimanapun, geografi penempatan mereka
itu tidak mempengaruhi kegiatan ekonomi mereka kerana hanya segelintir sahaja yang
menjalankan kegiatan perikanan. Mereka menumpukan kepada hasil tangkapan ketam
dan kerang-kerangan di persisiran pantai sahaja kerana tidak dapat berlayar jauh
dengan sampan.13
Di sekitar tahun 1970-an, ekonomi Mah Meri mula beralih arah kepada
kegiatan ekonomi tunai atau “cash economy”. Mereka mula menanam kelapa sawit,
buah-buahan, jagung dan ubi yang juga merupakan sebahagian daripada pemakanan
seharian mereka. Kebanyakan tanah juga telah dijual bagi mengusahakan ladang getah
dan hasilnya dijual kepada orang tengah Cina. 14 Kopi juga adalah di antara tanaman
penting memandangkan kawasan persisiran pantai yang merupakan sesuai bagi
mengusahakan tanaman kopi. Kopi ini akan dijual kepada orang tengah Cina untuk
dijual di bandar. Hasil jualan kopi yang diperoleh oleh suku kaum Mah Meri melalui
akan digunakan membeli beras dan ikan masin di kedai-kedai berdekatan. Mereka
mempunyai pendapatan yang agak berpatutan walaupun ada segelintir perlu berhutang
dengan orang tengah Cina. Purata pendapatan keluarga Mah Meri adalah anggaran
antara M$60 hingga M$100 setiap bulan. Mereka juga mendapat sumber makanan
daripada tanaman ruji tersendiri seperti ubi kayu dan pisang serta ada juga yang
memelihara ayam ternakan. Kualiti kehidupan bagi sebuah perkampungan Mah Meri
bagi ketika itu adalah sama seperti perkampungan Melayu yang lain.15 Sektor ekonomi

utama adalah kawasan estet kelapa sawit yang kebanyakan daripada Orang Asli akan
bekerja di estet-estet ini. Mereka bekerja antara 6 hingga 8 jam sehari bergantung

afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

6

terhadap keperluan pekerjaan yang mereka terima. Kadar upah yang diterima oleh
mereka adalah sebanyak RM200 hingga RM250 setiap bulan yang akan dibelanjakan
untuk keperluan harian termasuk makanan.16
Menurut Encik Rozalizam bin Abdul Rahman, Pengawai Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah
menjalankan beberapa program bagi meningkatkan taraf kehidupan Orang Asli.
Antaranya adalah Program Pembangunan Ekonomi Negeri, yang mana Bahagian
Pembangunan Sosioekonomi JHEOA telah dipertanggungjawabkan untuk menentukan
semua aktiviti pembangunan yang memberi manfaat dan perubahan kepada
masyarakat Orang Asli serta meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih
stabil dan kukuh agar setanding dengan masyarakat umum. Bagi merealisasikan

projek pembangunan tanah, JHEOA telah bekerjasama dengan FELCRA, Jabatan
Pertanian, MARDI, LPP dan sebagainya.17 Tujuan utamanya adalah membangunkan
ladang kelapa sawit dan getah. Projek ini merupakan aktiviti utama Jabatan dalam
usaha mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli. Selain itu,
Projek Bencana Alam juga diperkenalkan pada tahun 1997 bagi mengenal pasti
kawasan-kawasan Orang Asli yang berisiko tinggi dilanda bencana. Kampung Orang
Asli yang dikategorikan berisiko tinggi adalah yang berkemungkinan akan mengalami
banjir, tanah runtuh, dipukul ombak atau rebut bagi perkampungan persisiran pantai
negeri Johor, Pahang dan Selangor, JHEOA ada menyediakan peruntukan bagi tujuan
pemindahan mereka ke lokasi baru, tapak dan perumahan baru, termasuk kemudahan
jalan, perparitan dan lain-lain manakala kampung yang dikategorikan berisiko
sederhana pula peruntukan disediakan untuk memperbaiki sistem perparitan,
pembetungan, pelebaran/mendalamkan sungai, benteng dan sebagainya.18

afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

7


Sebahagian besar orang asli Mah Meri juga merupakan pakar pengukir dan
bentuk rumah mereka yang dihasilkan melalui ukiran amat menarik. Kepakaran ilmu
ukiran ini telah mendorong pihak JHEOA untuk mengambil mereka bekerja sebagai
pengukir. Jabatan ini uga telah menubuhkan pasukan khas iaitu pasukan pembina yang
bertujuan untuk membina rumah kayu Orang Asli bagi yang memerlukan. Majoriti
ahli pasukan ini merupakan dari suku kaum Mah Meri. Bertugas sebagai pasukan
pembina ini membolehkan pendapatan mereka dihantar kepada keluarga atau saudaramara mereka di kampung.19 Perkhidmatan mereka juga digunakan bagi industri
pelancongan seperti membuat persembahan kepada pelawat-pelawat dan persembahan
kebudayaan seperti tarian yang menerima kadar upah sebanyak RM30. Oleh itu,
mereka telah asilimasikan diri mereka kepada hidup seharian masyarakat Malaysia.20
Pembinaan jambatan konkrit pada tahun 1990-an bagi menggantikan
perkhidmatan feri sebelumnya dan sebatang jalan raya sepanjang 15km adalah jalan
perhubungan Pulau Carey dengan Semenanjung Malaysia. Tetapi agak ketinggalan
Pulau Carey ini yang hanya dibekalkan bekalan air paip sahaja tanpa bekalan
elektrik.21
Program Pembangunan Sosial turut dijalankan dan ini meningkatkan
kemudahan awam di perkampungan Orang Asli. Antara projek yang dilaksanakan
adalah seperti penyaluran bekalan air, bekalan elektrik, membina dan menaik taraf
kemudahan jalan kampung, dewan serba guna, balai raya, jambatan dan sebagainya.
Di Kampung Jugra terdapat sebuah klinik kecil yang mana menerima lawatan doktor

JHEOA sebulan sekali. Seandainya berlaku sebarang kecemasan, pejabat JHEOA di
Banting akan di maklumkan tentang tahap kecemasan pesakit tersebut dan akan
dihantar ke Gombak iaitu Hospital Orang Asli oleh wakil JHEOA.22

afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

8

4.0 Cabaran Yang Dihadapi Oleh Suku Kaum Mah Meri Dalam Sosio-Ekonomi
Dalam menghadapi era globalisasi, terdapat banyak halangan terhadap
pembangunan dari segi sosial dan ekonomi Orang Asli. Antara halangan-halangan
yang perlu dihadapi dalam pelan pembangunan ini adalah dari segi peruntukan
kewangan kerajaan sebagai contoh untuk membina kemudahan-kemudahan seperti
saluran paip air, rumah kuasa elektrik dan lain-lain. Cabaran lain yang terpaksa
mereka hadapi juga adalah kekurangan fasiliti kesihatan kerana pada tahun 1980
hanya terdapat sebuah klinik kecil sahaja yang boleh digunakan oleh penduduk di
Pulau Carey iaitu di Kampung Jugra. Jika berlaku sebarang kecemasan, mereka akan
menggunakan sebuah bilik di balai raya untuk dijadikan klinik sementara. Malangnya,
kemudahan adalah terhad dan keadaan amat kritikal seperti katil yang koyak dan
berhabuk untuk pesakit23. Apabila pesakit menghadapi penyakit kritikal, mereka akan
dihantar oleh Pegawai JHEOA ke Hospital Orang Asli di Gombak iaitu 90 kilometer
bersamaan 1 jam 30 minit dari Pulau Carey. Setelah sembuh dan keadaan
mengizinkan mereka pulang, pengawai JHEOA sekali lagi perlu menghantar mereka
dan ini memerlukan masa yang panjang dengan terpaksa menunggu pegawai tersebut
datang menjemput mereka semula.
Sebelum tahun 1996, pihak JHEOA telah dipertanggungjawabkan untuk
memastikan masyarakat Orang Asli mendapat tahap pendidikan yang sewajarnya bagi
memudahkan mereka mendapat pekerjaan. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1996
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan bahawa mereka akan
mengambil alih tanggungjawab JHEOA dalam bidang pendidikan Orang Asli agar
masyarakat Orang Asli tidak terpinggir daripada arus perdana sistem pendidikan
negara Malaysia. Sekolah-sekolah Orang Asli yang ditadbirkan oleh JHEOA tidak
berupaya menyediakan pelajaran yang setanding dengan sekolah yang diuruskan oleh
afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

9

Kementerian Pendidikan. Oleh itu, pelajar-pelajar Orang Asli perlu berpindah ke
sekolah di bawah Kementerian Pelajaran setelah tamat persekolahan di sekolah yang
ditadbirkan JHEOA.24
Menurut Encik Azman bin Sap, Pengerusi JKKK di Pulau Carey telah
menyatakan bahawa tahap keciciran dalam pendidikan adalah tinggi pada waktu
dahulu. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tahap keciciran yang tinggi ini
berlaku seperti sistem pendidikan yang lemah, kemudahan dan kelengkapan
pengajaran yang kurang, guru yang tidak terlatih, kemiskinan keluarga, sikap ibu bapa
yang tidak mementingkan pendidikan, sikap dan minat pelajar Orang Asli kepada
pendidikan yang rendah seperti tidak berminat dan berasa bosan untuk belajar.25 Dari
segi mentaliti Orang Asli boleh dikatakan sangat sensitif dan lebih 10% yang telah
berhenti sekolah adalah kerana sering dimarahi guru. Manakala punca-punca yang lain
adalah kerana mereka enggan meneruskan pelajaran, mempunyai tahap penghargaan
kendiri yang rendah, tidak mempunyai cita-cita, tidak ada kebolehan untuk belajar dan
tidak faham.26 Pada 1997, statistik jumlah pelajar sekolah telah menunjukan lebih
daripada 62% pelajar yang berdaftar di tahun satu gagal menamatkan persekolah
mereka hingga ke tahun enam. Lebih 32% yang tamat tahun enam tidak menyambung
persekolahan mereka ke tingkatan satu di sekolah menengah, 35% telah gagal
menamatkan persekolahan hingga ke tingkatan 3 dan 94% pelajar mendaftar dari
tingkatan satu gagal menamatkan persekolahan mereka hingga ke tingkatan lima.27
Pada tahun 1983, sektor pertanian di Pulau Carey yang diusahakan oleh
penduduk di situ telah mengalami kemunduran produktiviti kerana kurang penglibatan
oleh masyarakat Orang Asli yang mana tanaman mengikut musim dan pulangan
keuntunganya adalah rendah. Selain mengikut musim, mereka juga menggunakan
kaedah pengeluaran secara tradisional tanpa menggunakan sebarang jentera moden
afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

10

dan kurang mendapat sokongan dan bantuan dari mana-mana pihak yang berkaitan.
Saiz kebun yang diusahakan juga adalah bersaiz kecil, tidak ekonomik dan pendekatan
secara individu yang berasaskan kepada keperluan masing-masing atau sara hidup
tanpa berfikiran untuk mengkomersialkan hasil mereka.28
Kaum Mah Meri juga memiliki seni ukiran kayu yang tinggi dan mampu
mengkomersiakanl seni kraftangan mereka ke pasaran dunia. Pada tahun 1990-an,
walaupun mereka masih memilki seni ukiran yang tinggi tetapi ianya hanya untuk
upacara majlis dan amal ibadat. Mereka menghadapi masalah untuk memasarkan
kraftangan mereka kerana masih belum ada lagi mana-mana pihak penganjur yang
mahu bertanggungjawab mengendalikan aktiviti mempromosikan hasil ukiran mereka
ke dunia luar pada ketika itu.29
5.0 Kejayaan Dan Pencapaian Sosio-Ekonomi Suku Kaum Mah Meri
Suku kaum Mah Meri sering dipuji dan disanjungi hasil daripada seni ukiran
mereka yang sungguh unik dan artistik sebagai contoh ukiran topeng bagi upacara
mereka. Hasil seni suku kaum Mah Meri ini pada waktu itu hanya dilihat menghiasi
corak-corak seni pada sumpit mereka, penggunaan buloh serta seni menganyam daun
panda sahaja. Pada tahun 1959 beberapa ukiran Mah Meri telah dipamerkan pada
eksibisi Kedua yang telah dianjurkan oleh Angkatan Pelukis Semenanjong di Kuala
Lumpur. Pada Ogos 1962 lebih banyak lagi ukiran yang dipamerkan pada eksibisi
kelima iaitu Exposisi Seni Rupa yang juga telah diaturkan oleh Angkatan Pelukis
Semenanjong di British Council, Kuala Lumpur dimana telah memaparkan 26 hasil
ukiran Mah Meri daripada 12 pengukir.30
Selain daripada memaparkan kesenian mereka pada peringkat domestik,
masyarakat antarabangsa juga telah diberi peluang untuk menyaksikan seni hasil suku

afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

11

kaum Mah Meri ini. Pada 9hb Mac 1976, satu pameran selama satu bulan mengenai
kerja-kerja ukiran orang-orang asli Malaysia telah dibuka dengan rasminya di
Overseas Meseum, Bremem di Jerman Barat. Dua orang pengukir iaitu Encik Ahmad
dari suku kaum Mah Meri, Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey dan Encik Yaman
dari suku kaum Jahut, Pahang telah pergi ke Bremen khas bagi mempamerkan seni
ukiran mereka.31
Walaupun Orang Asli menghadapi tahap keciciran pendidikan yang tinggi,
terdapat segelintir daripada mereka yang mampu melanjutkan pelajaran mereka
hingga ke peringkat yang tinggi dengan melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT). Sekitar tahun 1998 seramai 152 orang Asli telah berjaya melanjutkan
pelajaran hingga ke peringkat IPT dan menamatkan pengajian mereka. Terdapat 43
orang telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah, 96 orang di peringkat diploma
dan 13 orang diperingkat sijil. Daripada 152 Orang Asli tersebut ada yang telah
menyambung pengajian seperti di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) dan lain-lain manakala ada yang mampu menyambung
pengajian keluar negara seperti Universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat dan
Australia. Daripada 152 orang Asli tersebut, terdapat 16 orang adalah daripada suku
kaum Mah Meri32.
Keunikan Mah Meri bukan sahaja terletak kepada seni ukiran mereka tetapi
juga kebudayaan yang mereka amalkan dan setiap Orang Asli mempunyai ciri-ciri
suku kaumnya tersendiri. Pada tahun 1997, dibawah Kementerian Pendidikan dan
UNICEF, sebanyak 13 buah kisah-kisah dongeng telah berjaya dikumpulkan dan
diterapakan di dalam buku-buku Teks Orang Asli bagi Tahun Dua dan Tiga di negara
ini. Kisah-kisah dongeng ini amat bermakna dan ia merupakan salah satu cara yang
terbaik untuk menggalakkan pembacaan dalam dunia pelajar. Kisah-kisah dongeng ini
afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

12

adalah untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap identiti kaum mereka sendiri,
memberikan mereka ‘role model’ yang positif, mengembangkan pengetahuan mereka
tentang sejarah budaya, dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka 33. Pada tahun
2005, UNESCO telah menganugerahkan meterai kecrmerlangan kepada seorang
pengukir kayu bernama Semi untuk ukiran kayu yang telah dihasilkan olehnya34.
6.0 Sumbangan Suku Kaum Mah Meri Dari Aspek Sosio-Ekonomi
Menurut Diana Uju, Setiausaha JKKK, seorang pelajar dari suku kaum Mah
Meri sedang melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru di Kuala Lipis pada
tahun 2015 manakala terdapat juga dua orang pelajar dari Sungai Bumbun yang
mendapatkan keputusan cemerlang dalam PT3 pada tahun yang sama. Terdapat juga
dua orang pelajar dari Sekolah Seni Johor yang berasal dari kampung yang sama
bergiat aktif di dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Mereka telah mengadakan
persembahan jemputan jelajah ke Perancis, Itali dan London pada tahun 201435.
Kerajaan Malaysia telah membangunkan industri pelancongan di Pulau Carey
berdasarkan kebudayaan Orang Asli. Masyarakat tempatan terutamanya Kaum Mah
Meri amat digalakkan untuk menceburi industri ini. “Mah Meri Cultural Village” telah
ditubuhkan bagi menarik pelancong domestik dan antarabangsa. Dengan penubuhan
tempat pelancongan ini, penduduk tempatan mampu memperoleh manfaat daripada
industri ini kerana mereka mampu berkongsi kebudayaan mereka terutamanya pelawat
antarabangsa dan juga menjual hasil kraftangan mereka seperti anyaman pandan,
ukiran patung dan topeng dan lain-lain. Secara tidak langsung taraf kehidupan mereka
akan lebih baik dan mampu dipertingkatkan36.

afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

13

7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, keadaan sosio-ekonomi masyarakat Mah Meri pada awalnya
agak mundur seperti kegiatan pengamalan ekonomi sara-diri dan tanaman komersial
kecil-kecilan. Walaupun mereka mempunyai ilmu kemahiran seni yang tinggi tetapi
ianya hanya untuk kegunaan upacara dan adat sahaja dan bukan untuk dipasarkan.
Namun dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan
Malaysia, maka pada ketika ini masyarakat di Pulau Carey terutamanya suku kaum
Mah Meri telah membangun selaras dengan arus pemodenan seperti masyarakatmasyarakat lain.

afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

14

Bibilografi
Azyantee Mohd Zarawee, Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Jilid 6 Bil.2,
2013
Comimisiner of Law Revision, Law of Malaysia, Act 134, Aboriginal People Act
1954, Percetakan Malaysia Berhad
Daphne chia wei loon, The Mah Meri in kampung sungai bumbun,carey
island,Selangor-the extent of their modernazation and the integration into Malaysian
society,Tahun 1998
Datuk Anthony Ratos,Marshal, Orang asli and their wood art, Cavendish
International, Tahun 2006
P.K. Voon, S.H.Khoo and Zahariah Haji Mahmud, Intergreted survey for sosioekonomi change among the orang asli in peninsular Malaysia, Jabatan Geografi
Universiti Malaya, Tahun 1977
Iskandar Carey, Orang Asli The Abroginal Tribes of Peninsular Malaysia, Oxfard
University Press, Tahun 1976
Jabatan Penerangan Malaysia, “Kerja-kerja tangan (ukiran) orang-orang asli
Malaysia”, dibuka dengan rasminya di Overseas Museum, Bremen, Jerman Barat,
09.Mac.1976, Rekod dan arkib awam.
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Kehidupan,Budaya dan Pantang Larang Orang Asli
Tahun 2001
Long bin jidin, Peranan kerajaan dalam mempertingkatkan penyertaan orang asli
dalam bidang pertanian, Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun 1984

afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

15

Roland Werner, Mah meri of Malaysia art and culture, Universiti Malaya, Tahun 1974
Muhammad Taib Harun, Seni Ukiran Mah Meri, Tahun 1993 UITM
New Strait Times, UNESCO award for Mah Meri shaman, 18 Mei 2005
Saiful Badri, Akademika 62, Tahun 2003 UKM journal respisotory
Shahrum bin Yub, Mah Meri Sculpture, Tahun 1969 Jabatan Museum
Unit Perundangan Universiti Malaya, Kajian kesan pembangunan RPS terhadap
masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia, Tahun 2000
“Mah Meri Cultural Village” dilayari pada 24 Mac 2016, http://mmcv.org.my/web/
“sgbumbun” dilayari pada 27 Februari 2016,
http://sgbumbun.net/index.php/pengenalan?showall=1&limitstart=
“Inspirasi daripada kisah dongeng dan lagenda untuk mempertingkatkan tahap
pembacaan anak-anak Orang Asli di Malaysia” dilayari pada 20 Mac 2016,
http://www.unicef.org/malaysia/msl/media_7116.html
“Program Pembagunan Penempatan Tersusun” dilayari pada 17 Mac 16,
http://www.jakoa.gov.my/orang-asli/pembangunan-orang-asli/program-pembangunanpenempatan-tersusun/

Nota akhir sejarah

afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

16
1-

Comimisiner of Law Revision, Law of Malaysia, Act 134, Aboriginal People Act

1954, Percetakan Malaysia Berhad, 6
2-

“sgbumbun” dilayari pada 27 Februari 2016,

http://sgbumbun.net/index.php/pengenalan?showall=1&limitstart=
3

- Roland Werner, Mah meri of Malaysia art and culture, Universiti Malaya, Tahun

1974 9
4

- Ibid 9

5

-Azyantee Mohd Zarawee, Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Jilid 6 Bil.2,

2013, 156
6-

Datuk Anthony Ratos Marshal, Orang asli and their wood art, Cavendish

International, Tahun 2006, 36
7

- Op.cit 9

8-

Saiful Badri, Akademika 62, UKM journal respisotory,Tahun 2003, 44

9-

Azyantee Mohd Zarawee, Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Jilid 6 Bil.2,

2013, 98, 103
10

-Ibid 99

11

- Datuk Anthony Ratos Marshal, Orang asli and their wood art, Cavendish

International, Tahun 2006, 36
12

- Encik Rozalizam bin Abdul Rahman Temubual 23 Februari 2016

13

- Iskandar Carey, Orang Asli: The Abroginal Tribes of Peninsular Malaysia, Oxfard

University Press, Tahun 1976, 193

afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

17
14-

Ibid 194

15

-Ibid 194

16-

P.K. Voon, S.H.Khoo and Zahariah Haji Mahmud, Intergreted survey for sosio-

ekonomi change among the orang asli in peninsular Malaysia , Jabatan Geografi
Universiti Malaya, Tahun 1977, 16
17

- Encik Azman bin Sap, Temubual, 10 Februari 2016

18-

“Program Pembagunan Penempatan Tersusun” dilayari pada 17 Mac 16,

http://www.jakoa.gov.my/orang-asli/pembangunan-orang-asli/program-pembangunanpenempatan-tersusun/
19-

Iskandar Carey, Orang Asli: The Abroginal Tribes of Peninsular Malaysia, Oxfard

University Press, Tahun 1976, 195
20

-Daphne chia wei loon, The Mah Meri in kampung sungai bumbun,carey

island,Selangor-the extent of their modernazation and the integration into Malaysian
society Tahun 1998, 7
21

- Datuk Anthony Ratos Marshal, Orang asli and their wood art, Cavendish

International, Tahun 2006, 43
22

-Op.cit, 9

23

- P.K. Voon, S.H.Khoo and Zahariah Haji Mahmud, Intergreted survey for sosio-

ekonomi change among the orang asli in peninsular Malaysia , Jabatan Geografi
Universiti Malaya, Tahun 1977, 9
24-

Unit Perundangan Universiti Malaya, Kajian kesan pembangunan RPS terhadap

masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia, Tahun 2000, 46
afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota

18
25-

Encik Azman bin Sap, Temubual

26-

Op.cit 48

27

- Ibid 47

28

- Long bin Jidin, Peranan kerajaan dalam mempertingkatkan penyertaan orang

asli dalam bidang pertanian, Universiti Kebangsaan Malaysia, Tahun 1984
29

- Muhammad Taib Harun, Seni Ukiran Mah Meri, Tahun 1993 UITM

30

-Shahrum bin Yub, Mah Meri Sculpture, Tahun 1969 Jabatan Museum, 2

31

“Jabatan Penerangan Malaysia, “Kerja-kerja tangan (ukiran) orang-orang asli

Malaysia”, dibuka dengan rasminya di Overseas Museum, Bremen, Jerman Barat,
09.Mac.1976, Rekod dan arkib awam.
32

- Unit Perundangan Universiti Malaya, Kajian kesan pembangunan RPS terhadap

masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia, Tahun 2000, 50
33

-“Inspirasi daripada kisah dongeng dan lagenda untuk mempertingkatkan tahap

pembacaan anak-anak Orang Asli di Malaysia” dilayari pada 20 Mac 2016,
http://www.unicef.org/malaysia/msl/media_7116.html
34

-New Strait Times, UNESCO award for Mah Meri shaman, 18 Mei 2005

35-

Diana Uju, Temubual, 17 Mac 2016

36

- “Mah Meri Cultural Village” dilayari pada 24 Mac 2016, http://mmcv.org.my/web/

afiqazizan1304@gmail.com

Kolej T6 Desa Mahkota