Peranan dan Cabaran Masa Kini

Peranan dan Cabaran Masa Kini
Remaja adalah individu yang mempunyai peranan yang amat penting dalam
membangunkan ekonomi negara.Merekalah yang akan menjadi pencetus pada
generasi yang akan datang.Oleh sebab yang demikian,remaja perlu diajar
dengan ilmu-ilmu yang berguna.Bak kata pepatah”melentur buluh biarlah
daripada rebungnya”.Terdapat pelbagai peranan dan cabaran remaja yang perlu
dihadapi oleh remaja.
Antara peranan yang perlu dihadapi oleh remaja masa kini adalah mereka
perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita agar dapat
membangunkan lagi ekonomi negara dengan cita-cita mereka.Untuk mencapai
cita-cita mereka,haruslah ada dalam diri mereka semangat tidak mudah putus
asa dan tidak mengenal erti putus asa.Contohnya pelajar perlu mendapatkan
keputusan yang cemerlang untuk mencapai cita-cita mereka.
Selain itu,merekalah yang akan mendirikan semula ekonomi negara apabila
besar nanti.Oleh itu amatlah penting remaja perlu diajar mengenai kesedaran
sivik.Guru-guru boleh mengajar tentang kesedaran sivik kepada para
remaja.Guru-guru yang menyediakan perkhidmatan kaunseling itu mestilah
daripada guru-guru yang berpengalaman serta memiliki kemahiran yang cukup
dalam aspek memberi nasihat yang positif kepada remaja.
Di samping itu,remaja perlu menjauhkan diri daripada terjebak dalam
masalah sosial.Janganlah melibatkan diri dalam gejala

vandalisme,gengsterisme,peras ugut dan penyalahgunaan dadah.Kesemua
gejala ini akan merosakan diri remaja itu dan memalukan nama keluarga.
Seterusnya,remaja juga perlu mematahi segala peraturan dan undangundang negara agar negara aman dan rakyat dapat hidup dalam keadaan
haomoni.Apabila remaja mengamalkan sikap yang terpuji dan tidak melanggar
undang-undang negara,barulah segala wawasan negara dapat dijalankan
dengan sempurna.

Konklusinya,remaja memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan
negara.Remaja yang berkualiti merupakan pemangkin kepada kecemerlangan
negara.Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk mewujudkan
remaja yang benar-benar berwawasan,berdedikasi dan berketerampilan dan
akhirnya negara kita akan maju setanding dengan negara maju yang lain.
http://mantapbm.blogspot.my/2016/02/peranan-dan-cabaran-masa-kini.html