minit mesyuarat penyelaras sukan dan per (1)

MINIT MESYUARAT UNIT SUKAN DAN PERMAINAN BIL.1 / 2014
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU RANAN, KANOWIT

TARIKH
MASA
TEMPAT
KEHADIRAN ( BILANGAN )

:
:
:
:

27 Januari 2014
2.30 petang – 3.30 petang
Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Ulu Ranan
1.
Pn. Dayang Jamillah bt. Abg. Walip
2.
Cikgu Mohd Haris bin Hashim @ Hassan
3.

Ustaz Mohd. Faris Bin Mohd. Hanapi
4.
Cikgu Azman Bin Mamat
5.
Cikgu Suraya Bt. Kadir
6.
Cikgu Mohd Haris bin Hashim
7.
Cikgu Nancy Ak Tadong
8.
Cikgu Andy
9.
Cikgu Nur Amalina Bt. Ahmad
10.
Cikgu Firdaus

Agenda
1.0 Ucapan Alu-aluan Penyelaras Unit Sukan dan Permainan (Cikgu Simon Ak. Jarit)
1.1 Cikgu Mohd Haris bin Hashim mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan semua
guru penasihat ke Mesyuarat Unit Sukan dan Permainan Tahun 2014. Beliau

mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk bersama - sama
dalam mesyuarat ini.
1.2 Beliau juga menyatakan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk merancang aktiviti
bagi unit sukan dan permainan sepanjang tahun 2014.
1.3 Beliau berharap sokongan dan kerjasama dan semua guru penasihat dalam merancang
dan melaksanakan aktiviti KK pada tahun ini.
(Tindakan: Sernua guru penasihat Unit Sukan dan Permainan)

2.0 Ucapan daripada Penolong Kanan Kokurikulum (Pn. Dayang Jamillah Bt. Abang Walip)
2.1 Cikgu Dayang Jamillah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru
penasihat dalam unit sukan dan permainan kerana sudi hadir pada mesyuarat kali ini.
2.2 Beliau berharap agar aktiviti pada tahun ini dapat meningkatkan mutu sukan sekolah dan
sekali gus dapat melahirkan murid-murid yang berdisiplin dalam sukan dan berdaya
saing.

2.3 Persediaan awal perlu dibuat untuk menghadapi pertandingan-pertandingan yang bakal
dikelolakan oleh pihak pejabat terutamanya kejohanan MSSR Peringkat Daerah. Semua
guru penasihat perlu memilih murid dan seterusnya membuat latihan secara berterusan
untuk menjadi wakil sekolah pada tahun ini.
(Tindakan: Semua guru)


3.0 Perkara berbangkit
Tiada

4.0 Penubuhan Jawatankuasa Unit Sukan dan Permainan 2014
4.1 Jawatankuasa Unit Sukan dan Permainan telah ditubuhkan dan dipersetujui oleh semua
(Sila rujuk lampiran)

5.0 Takwim Unit Sukan dan Permainan
5.1 Cikgu Mohd Haris bin Hashim memberitahu bahawa takwim unit ini selaras dengan
takwim induk Kokurikulum dan perlu dipatuhi Aktiviti sukan dan permainan akan
dilaksanakan pada hari Selasa jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.
5.2 Beliau juga mencadangkan bahawa Sukan Tahunan Sekolah dilaksanakan lebih awal
supaya guru-guru mudah untuk memilih wakil-wakil sekolah ke peringkat zon dan
seterusnya ke peringkat daerah.
(Sila rujuk lampiran takwim 2014)

6.0 Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.


Disediakan Oleh,

Disahkan Oleh,

……………………………………
(Azman Bin Mamat)
Penolong Penyelaras
Unit Sukan dan Permainan
SK Ulu Ranan, Kanowit

………………………………...........
(Mohd Haris bin Hashim)
Penyelaras
Unit Sukan dan Permainan
SK Ulu Ranan, Kanowit