Cold War perang dingin Korea dan Vietna

HSL 334: KERTAS KHAS SEJARAH DUNIA BARAT
TAHUN 3, SIDANG 2015/2016
SOALAN 10:
Bincangkan bentu penglibatan dan persaingan Amerika-Soviet-China yang
berlaku ketika Perang Korea dan Perang Vietnam.
NAMA PENSYARAH :
DR. AZMI BIN ARIFIN
PUSAT PENGAJIAN: ILMU KEMANUSIAAN
Bil
Nama
FAIDAH
BiNTI
1.

No. Matrik

YUSOF
Masa tutorial: ISNIN (9-10 AM)
TARIKH HANTAR: 25 APRIL 2016.

** UNTUK SALINAN DR. AZMI**


NO. IC

ISI KANDUNGAN
Tajuk

m/s

1.0

PENGENALAN

2.0

2.0 BIBIT-BIBIT AWAL PENGLIBATAN DAN
PERSAINGAN AMERIKA – SOVIET DAN CHINA.

2-3

PENGLIBATAN DAN PERSAINGAN AMERIKA –

SOVIET - CHINA DALAM PERANG.
3.1 Perang Korea.
3.2 Perang Vietnam.

3-8
8-16

3.0

1

4.0

SEJAUHMANAKAH PENGLIBATAN DAN PERSAINGAN
AMERIKA SOVIET DAN CHINA DALAM PERANG KOREA
DAN PERANG VIETNAM.
17

5.0
6.0

7.0

KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

18
29-20
21-27

1.0 PENGENALAN.
Selepas Perang Dunia II (1939-1945) dunia telah menyaksikan kebangkitan kuasa
Amerika, Soviet dan China dalam menentukan orde baru dunia sehingga mencetuskan krisis
dalam hubungan ketiga-tiga kuasa besar ini.1 Walaupun Perang dunia II telah tamat apabila
Jepun menyerah kalah pada 1945, namun dunia menyaksikan muncul pula Perang Dingin di
Eropah dimana Perang Dingin atau “Cold war”

inilah telah melibatkan persaingan

berasaskan blok fahaman secara tidak langsung. Istilah Perang Dingin telah diperkenalkan

pada tahun 1947 oleh Bernard Baruch dan Walter Lippman dari Amerika Syarikat yang
menggambarkan hubungan yang terjadi antara blok Barat diketuai Amerika (fahaman
1

Kapitalis) dengan blok Timur diketuai Kesatuan Soviet dan China (fahaman komunis)
bermula selepas Perang Dunia II.2 Maka disinilah bermula sebutan “Cold War” bagi sebuah
tempoh masa di mana terjadi konflik, ketegangan, dan isu dingin antara Amerika, Soviet dan
China.
Soalan tugasan kali ini memerlukan penulis untuk membincangkan mengenai
persaingan dan penglibatan Amerika-Soviet-China dalam Perang Korea dan Perang Vietnam.
Maka timbul persoalan utama oleh pembaca iaitu apakah bibit awal tercetus kedua-dua
perang ini. Malah bagaimanakah bentuk persaingan dan penglibatan ketiga-tiga kuasa besar
ini?. Mengapakah Amerika-Soviet-China telah masuk campur tangan dalam Perang Korea
dan Perang Vietnam?. Adakah mereka mempunyai matlamat masing-masing yang berbeza
dalam perang tersebut?. Oleh itu persoalan ini juga, memerlukan penulis membincangkan
secara terperinci penglibatan dan persaingan Amerika-Soviet-China dalam Perang Korea dan
Perang Vietnam dengan melihat kepada kepentingan Amerika-Soviet-China yang telah
terlibat secara tidak langsung terlibat dalam Perang Korea dan Perang Vietnam ini sendiri.
2.0 BIBIT-BIBIT AWAL PENGLIBATAN DAN PERSAINGAN AMERIKA – SOVIET
DAN CHINA..

Sebelum pergi lebih jauh, penulis ingin menceritakan sepintas lalu Perang Dingin
yang dikaitkan dengan Perang Korea dan Vietnam. Permulaan Perang Dingin dikatakan oleh
sejarawan ia mula berlaku pada Revolusi Rusia pada 1917 apabila pihak Bolshevik telah
mengambil alih kuasa di Rusia. 3 Namun menurut penulis ia terlalu jauh dan panjang untuk
diceritakan. Maka setelah dilihat secara terperinci bibit awal yang jelas mengenai Perang
Dingin ini berlaku selepas Perang Dunia II iaitu melalui tiga siri pendamaian oleh pemimpin
negara yang cuba dilakukan antara tahun 1943-1945. Penemuan pertama pada November
2
3

1943 di Teheran mesyuarat ini memutuskan bahawa selepas perang negara-negara dibawah
pengaruh masing-masing perlu diberikan kemerdekaan. Namun kata sepakat ini tidak
tercapai. Diikuti, penemuan siri kedua di Yalta iaitu “Yalta Conference February 1945” yang
terdiri daripada “The Big Three” iaitu Winston Churchill, Joseph Stalin dan Franklin D.
Roosevelt (rujuk Lampiran A gambar 1.0). Dalam penemuan ini Stalin menyatakan beliau
akan mengundurkan tenteranya dari Manchuria, Korea, Eropah Timur dan Kuwait manakala
Britain dan Amerika mahu negara ini ada hak dalam menentukan masa depan sendiri.
Seterusnya dalam siri perdamaian ketiga dikenali “Potsdam Conference July 1945”.
Membincangkan mengenai pembahagian tanggungjawab di German dengan membahagikan
Jerman kepada 4 kuasa yang terdiri daripada Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Russia

(rujuk Lampiran A peta 2.0). 4 Namun perkara yang menjadi masalah besar ialah apabila Kota
Berlin yang berada seratus batu (160 KM) daripada Kesatuan Soviet di Timur dan berada di
bawah Soviet Union turut dibahagikan lagi kepada zon yang berbeza, setiap satunya adalah
untuk satu kuasa di pihak bersekutu iaitu Britain, Amerika, Perancis dan Soviet Union ( rujuk
Lampiran A peta 2.0) 5. Maka ini mewujudkan ketegangan hubungan Amerika-soviet.
Kemudian, ketegangan dan kedinginan bertambah teruk lagi apabila Presiden
Amerika Syarikat yang baru iaitu Harry S. Truman telah memperkenalkan “The Doctrine of
Truman” pada March 1947. Ketegangan bertambah renggang apabila setiausaha Amerika
Syarikat George Marshall telah memperkenalkan “The Marshall Plan” pada Jun 1947 untuk
memberi bantuan kepada negara-negara Eropah yang terjejas. 6 Namun pengenalan “The
Marshall Plan” ini ditentang oleh Russia kerana tujuan “The Marshall Plan” adalah bantuan
untuk menghapuskan fahaman Komunisme. Ketegangan kedua blok ini dijelaskan lagi
melalui Tembok Berlin 1948 atau “Blockade Berlin 1948” dilakukan untuk membuat sekatan

4
5
6

dan pemisahan fahaman Komunisme.7 Maka, di sinilah Perang Dingin lebih jelas berlaku
antara kuasa Kapitalis dan Komunis. Malah, pemberian bantuan Amerika Syarikat melalui

“The Marshall Plan” dan “The Doctrine of Truman” terhadap negara-negara di kawasan
Eropah dan Asia telah melahirkan Blok Kapitalis dan Komunis yang berbeza.8
3.0 PENGLIBATAN DAN PERSAINGAN AMERIKA - SOVIET - CHINA DALAM
PERANG.
3.1 Perang Korea.
Penglibatan tiga kuasa besar ini dalam isu Korea bermula pada 3 Mac 1945 apabila
Roosevelt mencadangkan Korea dan IndoChina ditelakkan di bawah Payung Pemegang
Amanah yang dikendalikan oleh Amerika, Soviet dan China bagi membolehkan bekas negara
jajahan baru mempelajari institusi demokrasi.9 Keputusan ini diterima dalam Deklarasi
Kaherah pada 28 November 1943 dengan pembentukan Payung Pemegang Amanah sebagai
pemerintah sementara Korea. Penglibatan Amerika jelas apabila pada persidangan Yalta 8
Februari 1945 Jabatan Negara Amerika mencadangkan 3 tahap pembentukan Korea yang
merdeka dengan pendudukan tentera Bersekutu, penubuhan kerajaan tentera di bawah
Pentadbiran Bersatu dan pemindahan kuasa pemerintahan Amerika ke Korea.

10

Maka

semasa persidangan di Potsdam Julai 1945, Soviet Union bersetuju membentuk garisan

pemisah dengan Amerika di Korea jika berlakunya Perang Pasifik oleh Russia.
Dalam isu pembahagian Korea ini, Amerika dan Soviet ini mempunyai matlamat dan
kepentingan masing-masing yang ingin dicapai. Di pihak Amerika matlamatnya ialah ingin
mengelakkan pendudukan Russia ke atas Korea, memberi perlindungan kepada tentera
Amerika semasa penyerahan Jepun dan paling penting menghadkan penguasaan kuasa
7
8
9
10

kawasan Komunis. Di pihak Soviet, pembahagian ini perlu bagi membolehkan Soviet
berkongsi kerajaan ketenteraan dengan Jepun dan memasukkan Korea bawah pengaruh
negaranya. 11 Bibit permulaan Perang Korea apabila pada 12 ogos 1945, duta Amerika Edwin
W. Paules mencadangkan Amerika menduduki Korea dan pembahagian Korea yang
ditentukan di garisan “38th parallel” Utara untuk mengelakkan penguasaan Soviet di Korea.
Namun Soviet terlebih dahulu memasuki Korea dan mendarat di “38th Parallel” Utara
bermula 10 Ogos di Woonggi, 13 Ogos di Chongjin, 14 Ogos di Nanam dan bergerak ke
Wonsan dan selatan

Korea pada 16 Ogos 1945.12 Manakala garisan lintang di selatan


dikuasai oleh Amerika dibawah Douglas McArthur. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah
ini pembahagian ini kekal apabila McArthur mengeluarkan General Order No. 1 yang
mengiktiraf pembahagian Korea berdasarkan garis lintang “38th Parallel” (rujuk Lampiran
peta 4.0). Namun bagaimanakah pembahagian ini mencetuskan perang?. Hal ini kerana
selepas pembahagian kedua-dua pihak bersaing mencetuskan provokasi antara satu sama lain.
Persaingan yang jelas pertamanya selepas pilihanraya di Korea Selatan, Syngman Rhee telah
dilantik menjadi pemimpin Korea Selatan pada 20 Julai 1948. 13 Kemudian pada 15 Ogos
1948 Republic of Korea (ROK) ditubuhkan. Pada 24 Ogos 1948 Amerika diwakili Jeneral
John R. Hodge membuat perjanjian pemindahan kuasa dengan Syngman Rhee (Korea
Selatan) dan diakui sebagai kerajaan sah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
pada Disember 1948.
Persaingan oleh Korea Utara apabila pada Februari 1948 tertubuhnya Supreme
People’s Assembly dan Central Committe dan Regular Army bagi menolak cadangan PBB.
Kemudian 9 September Democratic People Republic of Korea (DPRK) ditubuhkan dibawah

11
12
13


Kim II Sung dan Chistiakov sebagai duta Soviet ke (DPRK).14 Bagaimanakah provokasi ini
mencetuskan perang?.
Pada 1949 Amerika bekerjasama dengan North Atlantic Treaty Organization (NATO),
Intelligence Bureau di bawah McArthur, History Research Association dan organisasi lain
untuk merangka pelan pencerobohan dikenali “northward expedition” iaitu (Pelan
Pencerobohan di Asia secara berperingkat bermula di Korea-Manchuria dan ke Siberia).
Dalam masa ini seramai 350 tentera ROK (selatan) menceroboh kawasan Kachon pada 27
Mei 1949, diikuti pergunungan Kosan pada Ferbruari dan pergunungan Unpha pada Jun 1949
ini menimbulkan kemarahan DPRK(Utara). Akibat tekanan daripada Central Intelligence
Agency (CIA) akhirnya Amerika mengundurkan diri.
Namun begitu, Dean Achenson menyebut pada 12 Januari 1950 bahawa pertahanan
Amerika di Asia meliputi kawasan Jepun dan tidak menyebut tentang Korea. Oleh itu,
Kapten Shih Sung Mo (Menteri Pertahanan Korea Selatan) mengadakan sidang akhbar
dengan menyebut bahawa tentera Korea Utara sudah berhampiran dengan garisan “38
Parallel”,maka Syngman Rhee juga menyebut kerisauannya dengan tindakan Korea Utara
dengan menyebut:“May and June may be the crucial Period in the life of our nation”15
Maka apa yang dirisaukan menjadi realiti apabila pada 25 June 1950 pada jam 4.00
am (waktu Korea) DPRK membuat serangan mengejut ke garisan lintang “38th parallel”
sempadan pemisahan Korea Utara dan Selatan.


16

DPRK di bawah Jeneral Chai Ung-Jun

telah berjaya menawan Seoul seterusnya bergerak ke Pusan.

17

Persaingan dan penglibatan

Soviet jelas dengam membekalkan kereta kebal T-34, meriam yang besar dan kuasa tentera
14
15
16
17

I

udara membuat serangan skala penuh ke atas ROK di Korea Selatan. 18 Serangan ini memberi
kejutan kepada Amerika ini dibuktikan melalui “The White Paper” oleh “American State
Dipartement” menyatakan penyerangan ini ialah:“It’s a surprise attack”19
Maka dengan kelulusan PBB, Amerika dibenarkan untuk membantu ROK di selatan.
Perang Saudara ini terus berubah menjadi krisis antarabangsa melalui penglibatan Amerika
dan China.20 Maka disinilah bermulanya penglibatan ketiga-tiga kuasa besar Amerika-Soviet
–China dalam Perang Korea. Penglibatan China berlaku apabila Amerika telah berjaya
mendapatkan kelulusan daripada PBB untuk membantu ROK dan pada 27 Ogos 1950,
Amerika menghantar McArthur bersama-sama kapal “7Th Fleet”, kapal “Pledge”, “Pirate”
dan “incredible” untuk membersihkan periuk api di perairan Korea. Maka 4 bulan kemudian
Amerika berjaya mengundurkan DPRK dan menawan Pyongyang tetapi melalui Sungai Yalu
berhampiran China (rujuk Peta 5.0). Masalah bermula apabila Amerika menceroboh kawasan
perairan China. Ini menimbulkan kemarahan Perdana Menteri China, Zhou Enlai. Beliau
melalui N. V Roschin iaitu duta Russia ke China dengan tegas menyatakan:“…..if the American cross the 38th parallel, the Chinese Army plans to deploy
troops dressedin North Army Uniform….Chinese leader has ordered three armies of the
Chinese People’s Liberation Army (PLA), numbering 120, 000 trop, to amass at Mokdan”21
Maka tentera Bersekutu diketuai McArhur (Amerika) telah bertempur dengan PLA
(China) diketuai oleh Peng Daehuai. Akhirnya China dan DPRK berjaya mengundurkan
Amerika dan pihak Bersekutu lain ke bawah garisan “38th parallel” pada Januari 1951.22
Kemudian Presiden Amerika Harry S. Truman melalui Jeneral Matthew Ridgway pula, telah
18
19
20
21
22

berjaya mengundurkan Komunis ke garisan lintang “38th parallel” di Selatan Korea. Dalam
Perang Korea ini Amerika telah memberi bantuan ketenteraan dan logistik iaitu 90% daripada
jumlah sumber peperangan. Misalnya dari segi kekuatan udara, Korea Selatan disokong
dengan pesawat jenis F-80, F-82, B-26, C-54s, C-47 dan F-86 sabre. Malah di pihak Korea
Utara DPRK yang disokong China mempunyai 200 000 sukarelawan ketenteraan dan semasa
era Mao Zedong menjadi pemimpin “Communist Chinese Party”, China tetap membantu
Korea Utara ditambah pula bantuan Soviet Union dengan kekuatan 162 buah kapal Yokovlev
dan Lavochkin, Ilyushin II-10s dan MiG-15. Persaingan hebat yang jelas apabila serangan
udara DPRK bermula di Kimpo pada Jun 1950 dan memusnahkan sistem C-54 milik
Amerika.

Maka keadaan ini jelas menunjukkan penglibatan Amerika-Soviet-China dan

mereka bersaing antara pihak Bersekutu di Korea Selatan diketuai Amerika berlawanan
dengan DPRK disokong oleh Soviet dan China untuk mengekalkan pengaruh mereka.
Permulaannya

hanya

disebabkan

kepentingan

berbeza

misalnya,

pihak

Amerika

kepentinganya ialah ingin menyekat penyebaran Komunis, dan di pihak China
kepentingannya ingin menjaga wilayah dan ingin menguasai Manchuria serta Korea daripada
diceroboh. Manakala, Soviet pula ingin menyebarkan idea Komunismenya. Namun tidak
diduga perang saudara di Korea membawa kepada persaingan dan penglibatan yang hebat
antara ketiga kuasa besar ini yang berbeza proksi fahaman antara Kapitalis (Amerika) dan
Komunis (China dan Soviet).
Maka perang tamat pada 27 Julai 1953 apabila Lt. Jeneral Nam-II dari DPRK dan Lt.
Jeneral K. Harrison dari Amerika memeterai Genjatan Senjata (Armistic Agreement) di
Panmunjom.

Dengan keluasan 4km lebar dan 155 batu panjang, kawasan ini menjadi

Demilitarized Zone (DMZ) dan konsep “trip wire” strategi diperkenalkan.
3.2 Perang Vietnam.

Perang di Vietnam ini juga merupakan sebahagian daripada Perang Dingin antara
kedua proksi kuasa besar ini terdiri daripada Amerika - Soviet - China. Perang Vietnam
terjadi antara tahun 1957 sampai tahun 1975 dan berlaku di Vietnam. Perang ini juga dikenali
sebagai Perang Indochina kedua atau Khang chien Chong My (Rintangan Perangi Amerika)
atau Chien tranh Viet Nam (The Vietnam War). Perang Vietnam melibatkan negara adikuasa
Amerika, Soviet dan China yang yang mempunai kepentingan yang berbeza.
Permulaan pemisahan Vietnam berlaku pada tahun 1954, setelah perjumpaan “The
Geneva Conference” diadakan 3 kali bermula 8 Mei - 21 Julai 1954 terdiri daripada Amerika
Syarikat, British, Perancis, Soviet Union, Vietnam Utara (Vietminh), Selatan Vietnam, Laos
dan Kemboja membincangkan isu Indochina dan Vietnam.23 Kemudian, pada bulan Julai
1954 pemimpin-pemimpin ini semua telah memutuskan pembahagian Vietnam kepada dua
bahagian selari dengan garisan“17th Parallel” (rujuk Lampiran A peta 6.0).24
Pada tahun 1955 tentera Perancis telah meninggalkan Vietnam Selatan dan disinilah
bermulannya penglibatan Amerika. Amerika telah mengambil alih dalam usaha menubuhkan
tentera tempatan di Selatan Vietnam kemudian mengiktiraf kerajaan Vietnam Selatan dan
melantik Ngo Dinh Diem seorang anti-Komunis sebagai pemimpin Vietnam Selatan. 25
Secara dasarnya Vietnam Utara dibantu oleh Soviet dan China dan Vietnam Selatan
dibantu oleh Amerika Syarikat. Namun ketiga-tiga kuasa besar ini mempunyai kepentingan
yang berbeza dalam Perang Vietnam. Misalnya objetif utama Amerika membantu Vietnam
Selatan kerana ingin Vietnam Selatan ini merdeka sebagai negara bukan Komunis ianya
merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial termasuk juga dalam bidang pertahanan dan
ketenteraan. Kesimpulannya, Amerika tidak ingin Vietnam jatuh ke tangan Komunis. Ini
dapat dibuktikan melaui presiden Amerika ke- 34 iaitu Dwight D. Eisenhower beliau
23
24
25

berhujah mengenai “Teori Domino 1954” menyatakan penyebaran fahaman Komunis di
Vietnam ini boleh memberikan kesan domino atau “falling domino” di negara-negara
sekitarnya.26 Kesan Domino ini dibuktikan dalam karya McMohan menjelaskan Eisenhower
berpendapat jika Vietnam jatuh ke tangan Komunis maka, negara sekitar seperti Burma,
Thailand, Indonesia, Semenanjung, Filipina, Laos , Kemboja dan Jepun juga boleh jatuh ke
tangan Komunis.27 Penulis berpendapat kesan “Domino Theory” menjadi kerisasuan kepada
Amerika jika mereka tidak menghalang Soviet Union mahupun China, maka Komunis akan
merebak ke seluruh Asia. Malah bukan itu sahaja semasa era Presiden Amerika yang ke-36
iaitu Lyndon B. Johnson pada 24 November 1963, mempunyai pendapat yang sama, ini
dibuktikan melalui ucapan beliau:"…the battle against communism [...] must be joined [...] with strength and
determination”.28
Di pihak China dan Soviet pula, kedua-duanya merupakan negara Komunis terbesar dunia.
Kedua-dua buah negara ini memainkan peranan iaitu penglibatan di Vietnam Utara dalam
Perang Vietnam. Walaupun, kedua-dua negara ini mempunyai fahaman komunis yang sama,
musuh yang sama iaitu membantu Vietnam Utara menentang Amerika Syarikat dan Vietnam
Selatan namun, kedua-dua negara Komunis ini ibarat bersatu dalam berpecah kerana keduadua ini mempunyai kepentingan masing-masing terutama semasa era pemerintahan Soviet
oleh Nikita Krushchev (1894-1971) dan Mao Zedong China (1893-1976). Malah sebelum
terlibat dalam Perang Vietnam, kedua-dua kuasa ini sering bersaing untuk meluaskan
pengaruhnya. Misalnya persaingan yang jelas pihak Soviet ingin meluaskan pengaruhnya ke
atas Vietnam Utara dan mengembangkan ideologi Komunisnya. China membantu Vietnam
kerana tidak ingin melihat Soviet Union mempunyai kuasa yang lebih besar berbanding
26
27
28

.

China dan ingin juga meluasakan pengaruh Komunis di Vietnam namun dibawah telunjuk
China sendiri. Maka, pemisahan Vietnam ini juga bermakna bermulalah persaingan dan
penglibatan untuk menyatukan Vietnam sebagai sebuah negara berdasarkan fahaman yang
diperjuangkan.29
Berbalik kepada isu persaingan dan penglibatan tiga kuasa besar ini dalam Perang
Vietnam.

Terdapat pelbagai bentuk bantuan yang diberikan dalam penglibatan dan

persaingan tiga kuasa ini. Bantuan penglibatan dan persaingan dijelaskan melalui beberapa
aspek. Aspek pertama bantuan yang menggalakkan persaingan.

Perang Vietnam ialah

senjata nuklear. Misalnya, Soviet menyediakan senjata kepada Vietnam Utara (Viet Cong).
Senjata yang digunapakai oleh Viet Cong merangkumi senjata PPSh 41, pucuk pistol
submesin versi Cina dan Soviet, karbin SKS, senapang jentera berat DShK dan RPG 2 / B 40
jenis pelancar grenad. Malah, Viet Cong juga mempunyai kedua-dua tangki amfibia (seperti
PT 76) dan tangki ringan (seperti Type 62) dan basikal digunakan untuk mengangkut senjata
api.

30

Walaupun Vietnam adalah negara yang kecil namun perang ini tidak semudah yang

dibayangkan kerana Perang ini berlanjut 11 tahun yang memusnahkan banyak hutan-hutan
Vietnam hancur dan jutaan wanita mengalami kecacatan hamil malah haiwan ternakan
terkena sejenis bahan kimia Agent Orange (Dioxin), sejenis senjata kimia oleh Amerika.
Tambahan lagi, Kesatuan Soviet membekalkan 7 000 pucuk senapang-senapang
artileri dan lebih daripada 5,000 pucuk meriam penangkis kapal terbang, 158 pelancar
misil darat ke udara serta 120 buah helikopter. Malah, Semasa perang, Soviet membuat
penghantaran senjata bernilai USD 450 juta.31 Selain itu, Viet Cong juga dibekalkan dengan
perubatan, tangki, kapal terbang, helikopter, altileri, peluru berpandu, dan peralatan
ketenteraan lain.
29
30
31
32

32

China pula, membantu Vietnam Utara sejak 1950-an dan China

berperanan mengiktiraf Democratic Republic of Vietnam. China telah menghantar senjata,
penasihat tentera seperti Luo Guibo untuk melawan anti-Komunis. Semasa era Mao Zedong
(1893-1976) sekitar tahun 1962, Mao Zedong membekalkan 90 000 laras senapang dan
senjata api percuma. Manakala, awal 1965 China menghantar unit-unit pesawat dan batalionbatalion kejuruteraan ke Vietnam Utara untuk membaiki kerosakan yang berlaku oleh
pengeboman Amerika seperti bateri-bateri kapal terbang, membina semula jalan raya,
landasan kereta api dan lain-lain.
Tidak kurang juga dari aspek ketenteraan, misalnya pada Jun 1961, era pemerintahan
John F. Kennedy presiden Amerika ke-35 dengan tegas tidak bersetuju dengan Perdana
Menteri Soviet Nikita Khrushchev apabila mereka bertemu di Vienna membincangkan isu
Vietnam. Persaingan ketenteraan oleh Amerika jelas apabila Amerika telah menaik taraf
“Strategic Air Command” (SAC). Semasa era pemerintahan John J. Kennedy (1961- 1963)
bantuan kewangan ketenteraan diberi kepada Vietnam Selatan dianggarkan 85 Juta Dollar
setahun sekitar tahun 1962.33 Selain itu, jumlah kehadiran pasukan AS juga mengalami
peningkatan dengan mendadak akibat insiden di Teluk Tonkin. Awalnya hanya berjumlah 2
000 orang pada 1961 menjadi 16 500 pada tahun 1964.34 Kemudian ditingkatkan lagi kepada
850 000 orang sehingga hampir sejuta orang.35 Amerika syarikat juga menubuhkan “Military
Assistance Advisory Group” (MAAG) iaitu tentera tempatan Vietnam Selatan seramai 40 000
orang “Self – Defense Corp”.36 Di pihak China dan Soviet juga bersaing memberi bantuan
ketenteraan. Contohnya, China menghantar 320 000 kumpulan askar untuk melawan Vietnam
Selatan malah penghantaran senjata tahunan oleh China bernilai $180 juta.37 Soviet pula,
bermula

pada

Julai 1965

sehingga

hujung

1974,

menghantar

6

500 orang pegawai dan jeneral serta lebih daripada 4 500 orang askar dan Sarjan “Armed
33
34
35
36
37

,
.

Forces Soviet” sebagai tentera tambahan.

Malah sekolah tentera dan akademi tentera

digunakan untuk melatih askar-askar Vietnam terdiri lebih daripada 10 000 orang tentera.
Soviet dan China ingin Viet Cong menguasai ekonomi Vietnam Selatan. Kerana
kekurangan makanan di Vietnam Utara telah di atasi oleh Soviet Union dengan menyumbang
150 000 tan beras dan sebanyak 150 Juta Dollar geran untuk pembangunan ekonomi telah
dikreditkan ke Vietnam Utara. Di pihak China, China telah memberi bantuan sekitar 200 Juta
Dollar yang diperuntukkan untuk kilang-kilang, juruteknik dan pembangunan ekonomi
Vietnam Utara.

38

Hal ini kerana dalam setahun sahaja Vietnam Utara terpaksa mengimport

beras sebanyak 250 000 tan dari Vietnam Selatan. Sedangkan populasi penduduk Vietnam
Utara seramai 16 Juta orang dan hanya mempunyai kurang dari 5 Juta ekar tanah yang sesuai
untuk pertanian berbeza dengan Vietnam Selatan berjaya menghasilkan beras sebanyak 60
peratus dengan populasi hanya 14 Juta orang.39
Penulis ingin buktikan dalam perang Vietnam persaingan dan penglibatan ketiga kuasa
besar ini jelas berlaku ketika dalam peristiwa “The Gulf of Tonkin Incident” atau Tragedi
Teluk Tonkin tahun 1964.40 Peristiwa bermula dengan Amerika mula mengirim bantuan
untuk menawan kawasan maritim dengan menghantar Kapal Perang USS Maddox ke Teluk
Tonkin (sila rujuk peta 7.0). USS Maddox dikirimkan ke perairan untuk melakukan misinya
namun perkara diluar jangka berlaku apabila USS Maddox diserang oleh 3 kapal PatrolTorpedo (PT) Vietnam Utara.41 Kapal selam tersebut menyerang USS Maddox pada 2 Ogos
dan serangan kedua pada 4 Ogos 1964 oleh enam kapal Patrol-Torpedo (PT) Vietnam Utara
yang telah merosakkan USS Turner Joy di Teluk Tonkin (rujuk gambar 8.0 ). Namun empat
jam kemudian, Amerika Syarikat dengan kapal terbang udara telah melepaskan peluru
menghancurkan kapal Patrol Torpedo (PT).
38
39
40
41

Peristiwa ini menjadi hangat apabila 13 jam selepas serangan di Teluk Tonkin Presiden
Johnson melalui siaran televisyen pada 4 Ogos jam 11.30 pm dengan tegas memberi amaran
kepada Vietnam Utara dengan berhujah:“Air Action is now in execuation against gunboats and certain supporting facilities
in North Vietnam which have been used in these hostile operations”42
Maka, menurut penulis persaingan dua blok kapitalis dan komunis ini menjadi semakin
rancak apabila era pemerintahan Presiden Amerika L. B. Johnson pengganti John F. Kennedy
membawa masalah ini ke Kongres Amerika Syarikat untuk meminta kuasa autoriti membuat
serangan balas terhadap Vietnam Utara yang ketika itu disokong oleh Soviet dan China.
Maka tertubuhnya “Golf of Tonkin Resolution” pada 7 Ogos 1964. Melalui resolusi ini
sebenarnya juga memberi kuasa kepada Presiden menjalan operasi ketenteraan tanpa
mengisytiharkan perang malah peperangan besar-besaran boleh berlaku jika perlu. 43 Beberapa
bulan kemudian antara November dan Disember tentera Vietnam Selatan telah membuat
pengeboman di sepanjang “Ho Chi Ming Trail” dan membuat sabotaj stesen radio Vietnam
Utara (rujuk gmabar 10.0).44
Bukan itu sahaja, seperti dijangka selepas resolusi Teluk Tonkin itu dibuat tentera
Amerika melancarkan Operasi Rolling Thunder, Arc Light dan operasi lainnya untuk
mengebom wilayah Vietnam Utara.45

Sekitar Mac 1965 sehingga November 1968

sebenarnya Vietnam Utara telah dibanjiri peluru, roket dan bom melalui “Rolling Thunder”
sebagai satu amaran kepada Vietnam Utara dan Komunis China serta Soviet untuk
memberhentikan sokongan terhadap Viet Cong.
Selain itu, Persaingan dan Penglibatan kedua blok semakin tegang juga melalui
peristiwa “Pengepungan Khe Sanh”. Vietnam Utara melalui “People’s Army of Vietnam”
42
43
44
45

(PAVN) cuba melalui lauan Ho Chi Minh ke Vietnam Selatan. Tetapi menghampakan apabila
Amerika berjaya melakukan pengepungan Khe Sanh dan menewaskan mereka, jadi pada
masa ini Amerika menganggap mereka menang dengan mudah dengan melumpuhkan Khe
Sanh.
Manakala, di Vietnam Selatan semasa diketuai oleh Jeneral William C. Westmoreland
beliau cuba menjalankan operasi ketenteraan terhadap Vietnam Utara iaitu Vietcong. 46
Misalnya, selepas isu Pengepungan Khe Sanh yang dianggap menang bagi Amerika maka,
dibawah Jeneral William S. Westmoreland beliau ingin menyerahkan pertahanan ketenteraan
kepada “Army Republic of Vietnam” (ARVN) kerana Jeneral Westmoreland melihat
kemampuan ARVN (selatan) setelah mampu melakukan Pengepungan Khe Sanh. Maka,
menjelang 15 Disember 1967, pemerintah pasukan tentera Amerika di Saigon menyerahkan
tanggungjawab pertahanan Saigon kepada pasukan ARVN. Tindakan ini adalah sebagai tanda
keyakinan Amerika kepada kesediaan ARVN memikul tanggungjawab mempertahankan ibu
negara tersebut. Tugas menjaga keselamatan Saigon dan keselamatan Saigon adalah di
pertanggungjawabkan kepada Kumpulan ke-5 Ranger ARVN dengan dibantu oleh BN 2/13
Rejimen Artileri Tentera Amerika.
Namun, masalah timbul apabila menjelang hari Perayaan Tet, hanya 14 batalion
tentera berada di sekitar Saigon. Leftenan Jeneral Fredrick C. Weyand berasa tidak sedap hati
apabila beliau mendapat tahu tariff radio Vietcong ditingkatkan. Maka pada 10 Januari 1968,
Weyand mendapat kebenaran untuk membawa masuk 13 batalion tempurnya ke Saigon.
Namun perkara yang mengejutkan apabila pada 31 Januari (Perayaan Tet) Viet Cong dan
PAVN telah menyerang 100 buah bandar dan lebih daripada 85,000 kumpulan askar-askar
musuh melakukan serangan termasuk ibu pejabat Westmoreland dan Kedutaan Amerika di

46

Saigon.47 Media Amerika menyifatkan Serangan Tet sebagai tamparan hebat ke atas tentera
Amerika.48 Kos perang yang dibiayai oleh Amerika dalam tahun 1968 ialah sebanyak US$66
juta setiap hari. Ini telah menyebabkan kedua-dua blok ini meningkatan ketenteraan dan
senjata untuk bersaing antara satu sama lain.

Namun begitu, walaupun Soviet-China

bersama-sama untuk menghapuskan kekuasaan Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan ini
wujud pula, persaingan antara Soviet dan China antara Nikita Kruschev dan Mao Zedong dari
segi bentuk peperangan. Misalnya penulis buktikan melalui peristiwa “Serangan Tet” atau
“Tet Offensive” sekitar tahun 1967. Mao Zedong mencadangkan bentuk peperangan melalui
serang hendap namun “Tet Offensive” dibawah Soviet Union menyerang secara besar-besar
di bandar pada hari Perayaan Tet seperti dijelaskan di atas. Maka ini menyebabkan mereka
berpecah pendirian walaupun bersama-sama melawan Amerika dan Vietnam Selatan.
Walaupun, dalam serangan semasa Perayaan Tet ini VietCong atau Vietnam Utara sering
dilengkapi dilengkapi dengan senjata-senjata yang lengkap dengan bantu oleh senjata Soviet
Union dan Mao Ze Dong untuk Viet Cong. 49
Ketegangan dengan Soviet bertambah lagi apabila China melalui Mao Zedong
menubuhkan revolusi budaya China ianya dikenali sebagai “The Red Army” (TRA).
Kumpulan “The Red Army” ini pernah menahan tentera Soviet yang membawa peralatan
perang ke Vietnam malah pernah membuat rusuhan di Moscow, Russia. Maka perkara ini
merenggangkan lagi hubungan Soviet –China yang sama-sama membantu Vietnam.
Hubungan kedua negara Komunis ini bertambah tegang juga apabila pada Oktober 1968,
merupakan ulang tahun kejayaan Komunis China oleh Mao Zedong yang berjaya merampas
kuasa daripada pemerintah sebelumnya namun, Soviet Union dan negara sekutunya
memboikot perayaan tersebut. Maka, ini menjatuhkan maruah Mao Zedong selaku sekutu
47
48
49

Soviet ini menyebabkan hubungan mereka bertambah tegang. Maka tidak hairanlah dalam
Perang Vietnam kedua-dua kuasa besar Komunis ini sering berhati-hati antara satu sama lain.
Contohnya melalui bantuan senjata nuklear, ekonomi, ketenteraan mahupun kewangan untuk
meluaskan pengaruh untuk kepentingan masing-masing seperti dijelaskan penulis di atas.
Persaingan dan penglibatan Amerika – Soviet - China ini hanyalah berakhir apabila
Perang Vietnam berakhir dan Amerika mengambil keputusan mengundurkan diri.50 Akhirnya
kemenangan telah berpihak kepada VietCong atau Vietnam Utara setelah jatuhnya ibu Kota
Saigon ke tangan VietCong pada tahun 1975. Seterusnya, pada tahun 1976, Vietnam Utara
dan Vietnam Selatan telah disatukan dan menjadi sebuah negara Vietnam sahaja dan gerakan
revolusi Viet Cong mahupun Viet Minh telah dibubarkan apabila Vietnam disatukan.
5.0 SEJAUHMANAKAH PERSAINGAN DAN PENGLIBATAN AMERIKA-SOVIETCHINA DALAM PERANG KOREA DAN PERANG VIETNAM.
Maka, menurut penulis penglibatan dan persaingan ketiga kuasa ini jelas apabila
ketiga-tiganya ingin meluaskan pengaruh mereka. Misalnya di pihak Amerika pelbagai
bantuan, cara dan strategi diperkenalkan oleh pemimpin Amerika Syarikat untuk menyekat
fahaman Komunis baik di Eropah mahupun Asia.

Disebabkan kepentingan untuk

membendung fahaman Komunis daripada merebak inilah yang menyebabkan Amerika masuk
campur bersaing dan secara tidak langsung terlibat dalam Perang Korea dan Perang Vietnam.
Manakala, di pihak Soviet dan China kedua buah negara ini telah bersaing antara satu sama
lain dikenali sebagai isu Sino-Soviet. Soviet dan China merupakan negara Komunis yang
memainkan peranan penting dalam melibatkan negara mereka dalam Perang Korea dan
Vietnam. Semasa Perang Korea Soviet ingin menguasai Korea kepentingannya untuk
diletakkan di bawah pengaruh Russia. Manakala, di Vietnam pula, Soviet dan China ini
50

merupakan dua buah negara yang paling dekat, maka tidak hairanlah jika Vietnam meminta
bantuan daripada Soviet-China, walaupun kedua negara ini mempunyai matlamat dan
kepentingan masing-masing dalam usaha untuk meluaskan pengaruh mereka dalam masa
yang sama menentang Amerika Syarikat dan sekutunya serta menghapuskan anti-Komunis.
6.0 KESIMPULAN.
Kesimpulannya, Negara Korea dan Vietnam ini hanyalah negara kecil yang
mempunyai kuasa yang terhad sahaja ketika itu berbanding negara kuasa besar iaitu Amerika
- Soviet –China yang memegang kuasa besar dunia sebab itulah apabila berlakunya krisis
antara tiga buah negara besar ini ianya memberi kesan langsung kepada negara Vietnam dan
Korea kerana tiga kuasa ini berperang bukan di atas tanah sendiri. Malah jika kita lihat
sehingga hari ini, dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Amerika, Soviet dan China
sendiri mempunyai kuasa Veto dalam membuat keputusan dalam dunia.

Oleh hal

demikianlah penulis dapat gambarkan bahawa Veitnam, Korea malah negara yang tidak ada
kuasa veto ini seperti kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus iaitu membawa
maksud kita lebih mudah teraniaya oleh orang yang mempunyai kuasa besar dalam soalan ini
penulis berpendapat, kita itu merujuk kepada Vietnam dan Korea yang teraniaya oleh kuasa
Soviet- Amerika-China sehingga membawa kepada kematian berjuta orang akibat perang
negara adikuasa ini. Hal ini kerana apabila Amerika-Soviet-China ini bersama-sama bersaing
untuk mengukuhkan kuasanya di dunia maka, negara seperti Korea dan Vietnam ini ibarat
sepeti kayu lempung yang belum ditolak condong sendiri iaitu mudah mengikut arahan luar
apabila alasan yang digunakan Amerika-Soviet-China ialah untuk membantu menyelesaikan
krisis dalaman Korea dan Vietnam tetapi sebaliknya disebabkan permulaan penglibatan dan
persaingan negara adikuasa inilah menyebabkan berlaku perang yang besar di Korea dan
Vietnam dan ketegangan ini yang membawa kepada Perang Korea dan Perang Vietnam
semasa era Perang Dingin ini.

7.0 BIBLIOGRAFI

8.0

LAMPIRAN.

-

SEKADAR RUJUKAN DAN PERKONGSIAN UMUM, PENULISAN YANG BAIK
ADALAH PENULISAN HASIL USAHANYA SENDIRI.

-

TERIMA KASIH.